SAAT
Tengku Elman ingin membuka pintu keretanya, tiba-tiba dia terpandang seorang
gadis yang tersenyum bila pintu kereta dibuka oleh teman lelakinya.
Sekelipan Tengku Elman
memandangnya. Dia bagaikan melihat ‘Ariana’ yang sedang tersenyum dan lelaki
itu adalah dirinya. Tengku Elman bagaikan berada dalam alam fantasi pula.
“Elman..”
Senyap.
“Elman!” panggilan
Isabella itu sedikit kuat.
Tubuh Tengku Elman
masih kaku. Isabella kehairanan dan dia terus keluar. entah apa yang di lihat
oleh lelaki itu.
“Elman, You ni kenapa?”
soal Isabella.
“Aaaaaa...” Tengku
Elman gugup. Hilang bayangan drama itu taktala wajah Isabella menghalang
penglihatannya terhadap pasangan kekasih itu.
Isabella melihat
keadaan sekeliling, kalau ada apa-apa yang merunsingkan Tengku Elman. Namun
tidak terlihat apa-apa pun olehnya. Hanya ada sepasang kekasih yang sudah memasuki
kereta yang terparking didepan kereta mereka.
“Kenapa you ni?” soal
Isabella tidak puas hati.
“Tak ada apalah.. Entah
perasaan I je kot” tipu Tengku Elman dan terus memasuki keretanya. Selamba
sahaja.
Dia tenang dengan
pemanduannya. Malah tidak bersuara lagi. Begitu juga dengan Isabella. Apabila
melihat kebisuan Tengku Elman dia juga turut membisu. Walaupun dalam benak
fikirannya sudah timbul pelbagai persoalan.
‘Ariana, kenapa cepat
sangat sayang pergi dari hidup abang? Abang terlalu rindukan sayang!!’ bisik
Tengku Elman sendirian.
Tengku Elman mendengus
perlahan. Terasa amat sukar hidupnya tanpa cinta Ariana di sisinya.
Isabella hanya mampu
menjeling Tengku Elman yang sedang memandu itu. Namun jauh di sudut hatinya,
Isabella kebingungan. Entah semenjak Tengku Elman berterus terang kepadanya
tentang soal hatinya, dia semakin rasa sakit hati terhadap lelaki di sebelahnya
itu.
Isabella menjeling lagi
Tengku Elman. Di lihatnya Tengku Elman masih menyepikan diri. Hah!! Dia
bersikap acuh tak acuh saje. ‘Apa perasaan lelaki ini pada aku sebenarnya? Atau
memang dia maksudkan erti kata-katanya di restoran tadi?’ Isabella bermonolog
sendirian.
Isabella masih
berkhayal ketika Tengku Elman memberhentikan kereta di depan rumahnya. Tengku
Elman menoleh ke sisinya. Lagak Isabella seperti tidak mahu keluar dari
keretanya. Dia hairan.
“Tak nak keluar?” tegur
Tengku Elman bersahaja.
Isabella terkejut apabila
mendengar Tengku Elman menegurnya. Mana tidak, tadi dia enak melayan
perasaannya sampaikan dia tidak sedar mereka sudah pun sampai didepan rumah
Teratak Humaira.
SESAMPAI
saja di rumah Tengku Elman terus berlalu ke biliknya selepas makan malam bersama
Isabella. Pintu biliknya di hempas. Kata-kata Bella yang didengarnya tadi amat
menyakitkan hatinya. Sampai bila perempuan itu mengongkong hidupnya.
Tengku
Suraya terus keluar dari biliknya apabila mendengar bunyi pintu di hempas. Lalu
di berjalan menuju ke muka pintu bilik Tengku Elman. Pintu di ketuk.
“El..
El.. buka pintu. Mama nak masuk ni..” ujar Tengku Suraya. Tadi sebenarnya dia
terkejut bila mendengar Tengku Elman menghempas pintu biliknya. Pastinya dia
bergaduh dengan Isabella.
“Masuk
je ma.. Tak kunci pun..” jawab Tengku Elman dari dalam. Dia sedang membaringkan
badannya di atas katil.
Tengku
Suraya memusing tombol pintu bilik Tengku Elman. Dia tersenyum sebaik saja dia
melihat kelibat Tengku Elman yang sedang berbaring di atas tilamnya.
“Ni
kenapa dengan anak mama ni?” soalan keluar dari mulut Tengku Suraya.
“Tak
ada apalah. Cuma letih je. Maklumlah hari pertama masuk kerja. El belum sempat
nak merehatkan badan dulu.” Tengku Elman memberi alasan. Dia tidak mahu
menyusahkan hati mamanya itu.
“El
gaduh dengan Bella ke?” tebak Tengku Suraya. Dia tahu dari riak wajah anaknya
pasti dia ada masalah.
“Taklah
mama. Salah faham sikit je..” jawab Tengku Elman.
“El,
tak baik tau selalu gaduh dengan Bella tu. Diakan bakal tunang kamu. Yelah tak
lama lagi kamu nak bertunang. Kalau selalu gaduh macam ni susahlah..” jawab
Tengku Suraya.
“Entahlah
ma.. Dia cemburu sangat. Bayangkanlah dengan arwah Ariana pun dia cemburu
walaupun dia tahu arwah dah lama meninggal dunia. Pantang El tersilap cakap mulalah
dia nak gaduh dengan El.. Kalau selalu macam ni mana tahan ma.. Pening kepala
El dibuatnya..” Tengku Elman mula mengadu.
Dulu
semasa di luar negara dia tidak pernah mengadu apa-apa tentang Bella kerana dia
tidak mahu mamanya risau tentang perihal mereka berdua. Tetapi sekarang, dia
sudah tidak tahan dengan sikap cemburu Isabella yang melampau sangat. Seingat
dia arwah Ariana cemburu tapi bertempat. Tapi Isabella ni.. huhh.. Tak tau nak
cakap apa!!
“Memanglah
dia cemburu. Mungkin El selalu sangat sebut nama arwah dan bandingkan dengan
dia ke..?” tebak Tengku Suraya sekali lagi.
“Ma..
El tak pernah nak bandingkan siapa-siapalah.. Tapi dia kuat sangat cemburunya.
Kalau macam ni masaklah El..” ujar Tengku Elman Qaufar.
Tengku
Suraya hanya tersenyum.
“Memanglah
cemburu juga perlu dalam hubungan tapi kalau terlampau cemburu tu tak bagus
juga..”
“Ha..
tau pun mama.. Mama..” ujar Tengku Elman perlahan. Dia mahu bertanya soalan
pada mamanya.
“Tapikan
ma, kalau misal kata, suatu hari nanti, El akan jumpa gadis yang serupa dengan
wajah arwah Ariana, macam mana pendapat mama?” entah kenapa soalan begitu pula
yang keluar dari mulutnya. Dia teringat kembali pada wajah gadis yang di
lihatnya tadi.
“El
kau jangan nak macam-macam. Jangan nak menakutkan mama.. Mana ada orang yang
betul-betul serupa..” jawab Tengku Suraya. Entah kenapa soalan Tengku Elman itu
menakutkannya.
“El
tanya ni seriuslah.. Katakanlah suatu hari nanti, El akan jumpa gadis yang
serupa dengan wajah arwah Ariana, macam mana?” di ulanginya pertanyaan itu.
“Tengoklah..
Macam mana. Tapikan El dah nak bertunang dengan Isabella. Kesian dia dah lama
tunggu kamu. Takkan El langsung tak punya rasa suka di hat itu..”
“Ala
mama.. Hati El masih milik dia.. Susah El nak lupakannya. Sebab tu El tak
berani nak janjikan apa-apa pada sesiapa” jawab Tengku Elman.
“Habis
macam mana dengan Isabella?”
“Kami
akan terus bertunang mama. Cuma dia tak boleh paksa El cintakan dia. Sebab hati
El masih milik dia..”
“Mama
ikut kau jugalah.. Kalau itu yang EL mahu mama akan ikut saja..”
Kemudian
Tengku Suraya keluar dari bilik Tengku Elman. Dia makin bingung dengan perangai
anaknya yang seorang itu.
Tengku
Elman masih baring. Pelbagai soalan yang timbul di fikirannya. Bagaimana
caranya untuk dia mendekati gadis itu.. Arggg!!!
DI
RUMAH Dato Farid, Isabella mengamuk di dalam biliknya. Berdentam-dentum
bunyinya. Datin Melinda segera mengetuk pintu bilik anaknya apabila Dato Farid
menyuruhnya melihat keadaan anaknya itu. Pintu bilik di ketuk.
“Bell..Bell..”
Datin Melinda memanggil dari luar. Tangannya tak henti-henti mengetuk pintu
bilik anak kesayangannya itu.
Namun
tiada juga tanda-tanda anaknya mahu membuka pintu.
“Bell..
Bella...” ujarnya sekali lagi. Datin Melinda sendiri yang memulas tombol pintu
itu.
“Apa
ni Bella..? Kenapa dengan awak ni?” soal Datin Melinda bertalu-talu.
“Elman..
Mummy.. Selalu saja nak sakitkan hati
Bella..”
“Kenapa
dengan dia pula.. Kamu janganlah ambil hati sangat, mungkin dia penat sangat,
dan kamu pula tanya benda yang bukan-bukan. Mestilah dia marah” pujuk Datin
Melinda. Dia tidak mahu gara-gara sikap Isabella yang melampau nanti akan
menggagalkan rancangannya.
“Salah
ke kalau Bell cuma tanya dia pergi mana sehari ni? Terus dia cakap Bell ni kuat
cemburu! Mestilah Bell marah..” jawab Isabella.
“Kalau
pasal tu mama tak sebelahkan siapa-siapalah. Bell masuk tidur awal. Esok pagi
Bell kena kerjakan?” ujar Datin Melinda.
“Yelah
mummy. Bell pun rasa letih juga ni..”
Kemudian
Datin Melinda masuk ke biliknya. Kelihatan Dato Farid masih ralit membaca buku
di tangannya.
“Ha
macam mana dengan Bella? Dia dah okey ke?” soalnya kepada si isteri.
“Dah
okey sikit...” jawab Datin Melinda.
“Dia
kenapa tadi? Mengamuk macam puting beliung tu?”soal Dato Farid lagi. Memang dia
sudah menganggap Isabella seperti anaknya sendiri tambahan lagi dia sudah
kehilangan Ariana.
“Kenapa
lagi? Dia gaduh dengan Tengku Elmanlah. Pasal Bella tanya kemana Tengku Elman
pergi, dia cakap Bella kuat cemburu pula.. Mana tak Bella angin semacam..”
“Orang
muda macam tulah.. Darah muda.. Pantang silap sikit. Cepat naik angin..” jawab
Dato Farid samba ketawa. Teringat dia masa zaman muda dulu.
“Eh
abang ni suka sangat ni kenapa?”soal Datin Melinda.
“Ai..
Memang betul pun.. Abang masa zaman muda-muda dulu pun jenis yang kuat naik
angin..” ujar Dato Farid sambil gelak sendiri bila mengingatkan zaman silamnya.
“Apa-apalah
abang ni.. Malas Mel nak layan perangai abang tu!”
Dato
Farid terus menutup bukunya lalu di letakkan di atas meja kecil tepi katilnya.
Lampu itu di tutup. Dia sepatutnya tidur awal dan banyak berehat. Lagi pun esok
mereka ada mesyuarat tergempar di syarikatnya.
No comments:
Post a Comment