Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 28 September 2012

Kau Rantai Hatiku 15




TENGKU Elman Qaufar masih juga berdiri di hujung katil Zeti. Matanya memandang wajah gadis itu. Muda-muda dah sakit. Itulah penyakit ini bukannya mengira umur tua atau muda. Kalau dah kena bukan boleh kata apa!! Patutlah hari itu Huamira bersungguh-sungguh meyakinkan orang yang di telefonnya bahawa dia akan mengusahakan duit itu, Rupa-rupanya gadis ini yang terlantar sakit. Sungguh kesian!!

“Kenapa Tengku datang sini?” soal Humaira perlahan. Dia mengalih pandangnya.

“Saja. Salah ke kalau saya datang melawat?” jawab Tengku Elman dengan selamba. Bukan niatnya mahu menyakiti hati Humaira, tetapi dia jadi sakit hati bila panggilan demi panggilannya pagi tadi tidak di jawab. Sebab itu dia bertindak untuk menjejaki Humaira sampai ke sini.

“Tak salah. Tapi tak eloklah Tengku lama-lama berada dalam bilik ni. Lagipun Tengku ni orang luar. Nanti apa kata orang sekeliling atau kalau terserempak dengan budak pejabat nanti kecoh pula jadinya.” Terang Humaira. Dia tidak mahu ada gossip yang timbul di antara dia dengan Tengku Elman. Sedangkan ketika Tengku Elman memanggilnya masuk ke pejabatnya hari itu pun mereka yang lain sudah sibuk bertanya.

“Kalau macam tu kita bercakap di luar..” pujuk Tengku Elman Qaufar. Dia tahu memang ada benarnya kata-kata Humaira. Tapi hatinya tidak berkata begitu.

“Ira tak nak tinggalkan dia!! Mana tau dia tersedar nanti. Tiba-tiba saya tak ada di sisinya pula. Saya rasa lebih baik Tengku balik saja. Lagipun kita tak ada urusan yang nak di bincangkan pun!!” balas Humaira lagi.

“Saya nak bercakap dengan awak sekejap saja!” janji Tengku Elman. Wajah itu di tatapinya. dia hatinya dia tetap bersimpati dengan apa yang terjadi.

Hish degilnya lelaki ni!! Entah apa yang dia mahukan!

“Baik Tengku balik. Takut ada orang nampak Tengku kat sini. Saya tak nak ada masalah dengan Tengku!” Humaira tetap juga berdegil dengan memberikan pelbagai alasan.

“Awak ni degil jugakan. Please sekejap saja kita bercakap di luar..”

Melihat kedegilan Tengku Elman Qaufar, Humaira mengalah. Lalu dia melangkah ke luar bilik. Dia duduk di kerusi yang di sediakan di luar. Tengku Elman Qaufar pula mengambil tempat di sisi! Wajah itu di pandangnya.

Sorrylah kalau kedatangan saya ni menganggu awak di sini. Bukan apa saya cuma nak tau macam mana keadaan ahli keluarga awak yang sakit ni.” Tengku Elman mula menuturkan kata dengan lembut. Dia tidak mahu mereka berdua semakin tegang lagi.

“Bukan itu tujuan Tengku bukan? Tengku datang sini untuk memastikan yang saya cuti bersebabkan?” tuduh Humaira. Sakit benar hatinya ketika ini. Tengku Elman Qaufar diam. ‘Kalaulah awak tahu apa tujuan aku mencari awak sampai ke sini pastinya awak tak akan percaya!!’bisik Tengku Elman lagi.

Wajah Humaira di pandangnya lama. Kelihatan gadis itu benar-benar tidak selesa dan tidak suka dengan kedatangannya ke situ. Namun dia hanya mengikut kata hatinya. Walaupun otaknya kata tidak namun hatinya kata ya. Jadi dia meminta Arin menemankan dia datang ke sini untuk berjumpa dengan gadis ini.

“Awak jangan salah faham. Saya memang ikhlas datang melawat. Apa salahnya saya sebagai majikan datang melawat..” dia cuba menahan rasa geramnya.

Humaira mendengus geram juga. Alasan!! Cakap sajalah yang Tengku tu memang tak percaya dia cuti sebab nak jaga Zeti.

“Macam nilah.. Kalau Tengku benar ikhlas datang melawat, tolong pergi dari sini. Saya tak nak menimbulkan gossip tentang Tengku dengan saya. Lagi pun sekarang budak opis pun dah syak yang bukan-bukan pasal saya dengan Tengku. saya nak bekerja cari rezeki bukannya nak di gossipkan dengan Tengku! Tolonglah faham. Please!!” rayu Humaira lagi. Dia berharap selepas ini lelaki itu tidak akan menganggunya lagi. Biarlah hubungan mereka sekadar majikan dan pekerja.

“Peduli apa dengan apa yang mereka cakap. Nanti pandailah mereka bosan!!” geramnya Tengku Elman pada gadis itu.

Humaira mengeluh. Bahasa apa lagi yang dia mahu cakapkan kepada lelaki yang tak faham bahasa ini. Sudah berbuih mulutnya mengatakan agar dia tidak masuk campur dalam urusan keluarga mereka namun semuanya bagaikan mencurahkan air di daun keladi sahaja.

Humaira mengeluh lagi. Dia memandang wajah Tengku Elman. Semua rasa bercampur gaul. Ada rasa sedih, marah, gembira dan juga geram pada lelaki itu.

“Saya minta maaf kalau kedatangan saya ini hanya menganggu ketenteraman awak. Tapi kalau Ira perlukan bantuan apa-apa, jangan segan beritahu dengan saya.” Pesan Tengku Elman. Berkerut dahi Humaira. Bantuan apa yang di maksudkan?

“Apa maksud Tengku?” Humaira bertanya meminta kepastian. Bunyinya macam orang bodoh saja.

“Yelah manalah tahu Ira perlukan bantuan apa-apa terutamanya dari segi kewangan? Saya boleh bantu pada bila-bila masa saja. Janganlah segan dengan saya.” Humaira tersenyum pahit mendengarnya.

“Tengku sindir saya ke?” soal Humaira. Terasa panas telinganya mendengar kata-kata Tengku sebentar tadi.

“Bukan menyindir, saya katakan dari hati saya yang ikhlas. Mungkin Ira sudah lupa bahawa kita kongsi rasa yang sama..” Tengku Elman menjawab dengan berhati-hati. Dia tidak mahu Humaira tersinggung dengan katanya. Memang niatnya ikhlas..

“Jangan Tengku, nanti saya ambil kesempatan. Habis duit Tengku saya kikis nanti. Hari itu pun saya dah gunakan banyak duit Tengku. Tak terbayar saya..” Humaira menjawab dengan nada bergurau. Lupa sekejap tentang perasaan marahnya.

Tengku Elman Qaufar merenung wajah Humaira yang begitu manis pada pandangan matanya. Dia tahu gadis itu cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenarnya.

“Selalunya orang yang cakap dia tak akan buat. Lebih-lebih lagi orang yang macam Ira. Saya tak percaya Ira orang yang macam itu.” Begitu lembut Tengku Elman berkata. Humaira mengangkat bahunya.

“Entahlah Tengku, kita ni manusia. Sebaik mana pun seseorang itu akan tergelincir juga sekali sekala.” Jawab Humaira lagi.

“Itu memang betul. Tapi saya tetap tak percaya Ira kategori orang yang macam tu.”

“Terserah.”

Kedua mereka tersenyum. Macam mana mereka berdua sering saja seia dalam suatu hal. Mungkin betul kataTengku Elman. Mereka berdua berkongsi rasa yang sama!!

Tengku Elman bertanya sedikit tentang latar belakang keluarga Humaira. dia juga bertanya macam mana Zeti boleh jatuh sakit. Humaira mula mencertiakan perkara yang sebenarnya. Dia rasa lega kerana dapat meluahkan masalahnya pada Tengku Elman tanpa disedari.

PETANG Sabtu itu, Arin mahu melawat Zeti. Hari itu dia tutup kedai butiknya terlebih awal dari biasa. Dia juga menyuruh pembantunya balik awal hari itu.

Di sebabkan waktu melawat tidaklah lama, Arin cepat-cepat melangkah ke pintu besar hospital itu. Arin terkocoh-kocoh berjalan tanpa menyedari dia terlanggar seorang pemuda yang sedang berjalan keluar dari pintu utama hospital.

Opss sorry..

Sorry saya yang terlanggar awak tadi..” ujar Arin. Dia malu sendiri. Kelihatan pemuda itu juga tersenyum. Berdebar-debar pula hatinya melihat senyuman di bibir pemuda itu.

“Saya juga salah sebab tak nampak awak tadi..”

Inspektor Amir tersenyum melihat gadis itu tersipu malu. Kalau dilihat penampilan gadis itu memang boleh tahan juga!

“Cik, saya benar-benar minta maaf...”

“Arin Natasya. Panggil Arin saja..” jawab Arin dengan cepat. Dia sudah malu untuk menatap wajah lelaki yang berada di depannya itu. Boleh tahan juga gaya lelaki ini!

“Saya Amir Nazim. Panggil Amir saja. Selamat berkenalan..” ujar Amir sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di pipinya

“Nampaknya nama kita ni bermula dari huruf A dan N lah kan?” Arin pula berseloroh. Siapa sangka nama mereka berdua bermula dengan huruf A dan N.

Kedua mereka tergelak. Amir cepat teringat. Mahu meminta nombor telefon gadis itu. Mana tau untung kalau gadis itu belum berpunya!

Mereka berdua bertukar nombor telefon. Arin cepat-cepat menuju ke wad yang menempatkan Zeti. Kelihatan Humaira masih setia menemani Zeti. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik itu.

“Akhirnya kau datang juga..”

“Beb.. sorrylah terlambat sikit.. Tadi aku terlanggar pemuda kacak kat bawah tu..” Arin memberitahu dengan nada yang tercungap-cungap. Nasib baik plastik makanannya tidak jatuh ketika dia berlanggar dengan lelaki itu tadi.

“Sempat pula kau!” cebik Humaira.

“Siap bertukar nombor telefon lagi..” Arin sengaja menggiat Humaira. Dia tahu Humaira masih marahkan dirinya kerana membawa Tengku Elman semalam. Tapi apa boleh dia buat bila lelaki sekacak itu merayu-rayu meminta dia pergi melawat pesakit itu.

“Siapalah lelaki bertuah tu? Yang dapat memikat hati cik Arin Natasya kita ni yer?” usik Humaira lagi. Dia gembira melihat wajah Arin yang berseri-seri menceritakan peristiwa yang berlaku di bawah itu tadi.

‘Nampaknya Humaira tidak lagi marahkan dirinya jika dia boleh bergurau seperti itu’bisik Arin dalam hati. Sebenarnya dia risau juga jika Humaira marahkan dirinya. Namun bila mendengar kata-kata Humaira sebentar tadi dia percaya kawannya itu tidak marahkan dirinya.

“Bagai mana keadaan Zeti hari ini?”

“Macam tulah.. Dia belum sedarkan diri lagi. Entahlah bila dia akan tersedar..” jawab Humaira dengan sayu. Dia sedih melihat keadaan Zeti yang terlantar di atas katil pesakit dengan berbirat wayar yang di cucuk sana sini. Bagai mana pula perasaan Mak Teh dan Pak Teh bila melihat keadaan Zeti begitu. Mereka tentunya rasa sedih melihat satu-satunya puteri mereka yang sakit ini.

“Bersabar sajalah. yang penting dia dah menjalani pembedahan itu dan dia selamat.” Arin cuba memujuk hati Humaira. dia tahu sahabatnya itu dalam kesedihan. dia pun rasa kasihan pada Zeti yang umur semuda itu sudah di duga dengan cubaanseperti ini.

“Pasal semalam tu, aku minta maaf ya!” Arin segera teringat tentang Tengku Elman yang merayu-rayu mahu berjumpa dengan Humaira.

“Buat apa kau nak minta maaf?” soal Humaira kehairanan.

“Pasal bawa Tengku tu kesini. Dia yang beriya-iya mahu datang melawat ke sini. Dah sedaya upaya Arin tolak namun dia pandai memujuk!” ujar Arin dengan nada kesalnya.

“Ira tahu, perangai Tengku tu. Dia tak mungkin mengalah begitu saja.. Sebab itulah Ira marahkan dia semalam.” teringat kembali bagai mana dia memarahi Tengku Elman aka bosnya itu. Memang dia selalu memarahi lelaki tu namun, lelaki itu tetap juga berdegil dengan sikapnya sendiri. Sampaikan dia mati akal di buatnya. Tidak pernah dia jumpa lelaki yang benar-benar buat dia meluat!!

Arin tersenyum lega. Sekurang-kurangnya sahabatnya itu tidak marahkan dirinya. Dia benar-benar risau kalau Humaira menyangka dia sengaja membawa Tengku Elman berjumpa dengannya hari itu.

Setelah habis waktu melawat, Arin meminta diri. Tinggallah Humaira yang menjaga Zeti. Pagi tadi dia sudah bertukar dengan Mak Teh. Masa yang terluang itu dia gunakan untuk merehatkan fikiran dan badannya. Bila waktu petang, dia akan pergi ke hospital untuk menggantikan Mak Teh yang menjaga Zeti waktu pagi itu.

 

 

No comments:

Post a Comment