“Selamat
pagi Mak Som..” ucap Alsiha sebaik sahaja dia duduk di meja makan. Pagi ini dia
kelihatan bersemangat sekali. Langsung dia lupa kepada apa yang sudah terjadi
semalam.
“Selamat
pagi.. Nyenyak tidur ke malam tadi?” soal Mak Som lagi. Walaupun wajah Alisha
begitu ceria pagi ini, namun dia perasan mata Alisha sedikit cengkung.
“Tidur
nyenyak. Kenapa Mak Som tanya macam tu?” Alisha bertanya kehairanan.
“Tak
adalah..”
“Ni
mesti Mak Som ingat Isha ada apa-apakan?” soal Alisha lagi. Mereka bagaikan
seorang ibu dengan anak sahaja. Apatah lagi Alisha hanya dapat bermanja dengan
Mak Som seorang saja.
“Sebenarnya
Mak Som nak beritahu, ada barang dapur yang dah habis. Kalau Isha tak ada masa
tu, biar Mak Som pergi beli.” Ujar Mak Som lagi.
“Barang
apa Mak Som?”
“Susu
Akif.. Lupa pula Mak Som nak beritahu Isha hari minggu tu.. Maaflah Mak Som tak
sengaja..”
“Tak
pa Mak Som. Bukan salah Mak Som pun.. Ada benda lain lagi yang kena beli lagi
ke?” soal Alisha sambil menyuapkan mi goreng yang di sediakan oleh Mak Som ke
mulut Akif.
“Adalah
juga.. Nantilah Mak Som beri senarai pada Isha..”
“Okey..”
Mak Som terus berlalu ke dapur dan memeriksa barang dapur yang kehabisan. Dia
terus menulis apa yang patut. Kemudian dia keluar dari dapur dan memberikan senarai barang itu kepada
Alisha.
“Terima
kasih Mak Som. Nanti habis waktu kerja Isha akan singgah ke Carefour. Mungkin lewat
sikit sampai kat rumah..”
“Sama-sama..”
“GOOD Morning Mai” suara riang Alisha
menyapa Maisarah setiausaha abangnya. Semenjak dia bekerja dengan abangnya
Maisarahlah orang yang paling rapat dengan dirinya.
“Good morning Kak Isha. Amboi senang hati
nampaknya hari ini. Ada apa-apa ke Kak Isha?” ramah juga Maisarah dengannya.
“Mana
ada Mai. Sajalah nak tegur. Nanti kang akak monyok korang juga yang susah
hatikan?” Alisha tersenyum manja ke arah Maisarah. Memang tidak di nafikan yang
dia rapat juga dengan Maisarah kerana mereka pun bukannya orang lain. Mereka
sepupu sebenarnya. Sebab itulah Maisarah bekerja untuk abangnya.
“Kak
Isha!” laungan suara Su mengejutkan Alisha dan Maisarah.
“Hish..
Boleh tergugur jantung akak di buatnya..” marah Alisha dengan Suzana. Suzana
hanya tersenyum dia tahu Alisha hanya marah-marah sayang. Dia sebenarnya pelik
dengan sikap Alisha. Kalau orang lain tentunya dia gembira menerima hadiah dari
orang terutamanya kaum lelaki tetapi Alisha pula tidak suka.
“Ni
ha untuk hari ini” tangannya menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Alisha.
Alisha hanya memandang sepi. Tetapi tangannya tetap juga menyambut bunga yang
di hulurkan itu.
“Terima
kasihlah wahai Suzana. Susah susah je kau belikan untuk akak” sengih Alisha
lagi. Sengaja dia mahu mengusik gadis manis itu.
“Kak,
tak ada maknanya Su nak membeli untuk kak Isha.” balas Suzana. Ada saja dia
menerima bunga setiap hari. Kadang-kadang bunga itu menjadi makanan kepada tong
sampah. Orang yang memberi bunga kepadanya semua membuatkan dia menyampah!!
“Habis
tu siapa yang bagi?” soal Alisha hairan. Jangan-jangan lelaki itu! Tapi tak
mungkinlah!! Lagi pun kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu, lelaki
langsung tidak perasan akan dirinya.
“Macam biasalah. Secret admirer akak yang bagi. Bacalah kad dia tu.” Mulut Su
muncung sambil menunjukkan kad yang terselit pada sejambak bunga itu.
Salam perkenalan
buat Alisha. Sambutlah salam perkenalan yang yang ikhlas ini.
Mazuan.
Alisha
mencebik. Meluat juga dengan sikap Mazuan yang tidak berputus asa mahu
mendekati dirinya. Sejak sebulan dia bekerja dengan abangnya memang boleh di
katakan setiap hari juga dia menerima bunga atau pelbagai jenis hadiah yang
lain dari klien. Pada hal dia tidaklah membuat kerja diluar sangat. Mungkin di
sebabkan dia selalu menemani abangnya, membuatkan dia jadi popular di kalangan
mereka. Hai lelaki tetap lelaki!
“Nah,
ambiklah bunga ni. Kalau tak nak letak je kat dalam bakul sampah” seraya itu
tangan Alisha sudah menyuakan bunga ros tadi.
“Eh
sayangnya nak buang. Baik letak je kat meja Mai ni.” ujar Maisarah lagi.
“Ni
dengan coklatnya sekali. Aku tak naklah..” ujar Alisha lagi. Lagipun dia
bukannya minat nak makan coklat.
“Hai,
bertuah badan kau Kak Isha.. Mai yang lama kerja kat sini pun tak pernah dapat
bunga apatah lagi coklat. Mahal tu coklat ni..” cebik Maisarah lagi.
“Ambiklah
kalau Mai nak.”
“Okeylah
akak nak masuk kerja dulu. Nanti tak siap pula. Marah bos kita..” ujar Alisha
dengan nada gurau. Kemudian dia terus masuk ke bilik pejabatnya.
................................
Alisha
memperlahankan keretanya masuk ke tempat letak kereta di pusat membeli belah
Carefour itu. Hari ini di perlu singgah untuk membeli barang keperluan yang
sudah kehabisan.
“Hish!!
Tak ada parkinglah pulak! Kenapalah hari kereta banyak pula?” Alisha bersungut
sendirian. Selalunya banyak tempat kosong. Dia terfikir mungkin hari ini awal
bulan. Dan ramailah orang keluar berbelanja. Dia melihat jam di tangan sudah
menunjukkan jam enam petang.
Waktu
Magrib tidak lama lagi. Nasib baiklah dia tidak boleh bersembahyang pada hari
itu. Jadi dia ingat bershopping waktu
ini pastinya tidak ramai orang. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Orang
datang tidak kira masa. Matanya masih meliar mencari tempat letak kereta yang
kosong. Hatinya mula lega apabila sebuah kereta memberi isyarat mahu keluar
dari tempat letak kereta.
Alisha
menunggu kereta itu keluar dengan sabar. Perlahan-lahan kereta itu berundur dan
meluncur pergi. Alisha menukarkan gear yang memusing stering. Tiba-tiba sebuah
kereta masuk ke ruang yang kosong itu. Alisha terkejut. Dan terus menekan brek!
Nasib baik dia perasan dengan kehadiran kereta itu tadi.
“Wei aku
penat-penat tunggu dia masuk je suka hati! Kurang ajar punya orang!” Alisha
membentak sendirian. Dia kemudiannya membunyikan hon kereta dengan kuat kepada
pemandu kereta tersebut. Pemandu kereta itu keluar dengan wajah yang selamba.
Alisha mengerdipkan matanya. Dia rasa dia kenal dengan lelaki itu. Alisha
menekan hon keretanya bertalu-talu. Ini mengakibatkan lelaki yang baru keluar
dari kereta itu merenung tajam ke arahnya dengan pandangan yang marah. Alisha
menurunkan cermin keretanya.
“Hei..”
sergah Alisha. Lelaki itu turut merenung Alisha dengan wajah yang garang juga.
Namun sesaat kemudian dia tersenyum. Dia menghampiri Alisha. Alisha tergamam!
Zafran haicarl!!
“Hai
sayang!” tegur lelaki itu ramah. Namun Alisha buat-buat tidak dengar. Dia
segera menaikkan semula cermin tingkap itu apabila menyedari lelaki itu adalah
orang yang di kenalinya. Zafran mengetuk cermin tingkap kereta Alisha. Tetapi
Alisha terus meluncur laju. Timbul pula rasa kesal di hati. Kenapalah dia tidak
perasan awal-awal tadi. Tadi dia memang nampak sebuah kereta itu sedang
menunggu tempat letak kereta itu. Namun dia tidak menyangka itu adalah Alisha
dalam kereta tersebut.
Zafran
berjalan masuk kedalam pusat membeli belah itu dengan perasaan kesal. Dia mahu
mencari di mana Alsiha, tetapi agak mustahil dia akan berjumpa dengan wanita
itu di tempat yang besar sebegini. Ketika dia asyik membelek pisau cukur,
tiba-tiba dia terasa bahunya di cuit.
“Zaf!”
Satu
suara menyapanya lembut. Dia tersentak melihat Fana berdiri di belakangnya
dengan senyuman mengulum. Perempuan itu kelihatan sangat gembira. Mungkin dia
tidak menyangka akan bertemu dengannya di sini.
“Tak
sangka pulak I jumpa you kat sini!”
Zafran
tersenyum tawar. Ingatkan perempuan mana yang menyapanya tadi. Alangkah
bahagianya dia sekiranya orang yang menyapanya itu adalah Alisha. Tapi entah
mengapa di mana-mana sahaja dia pasti akan berjumpa dengan wajah ini.
Kadang-kadang dia naik rimas juga.
“Hai.. I
tanya pun you tak jawab ke? Takkan you tak kenal I?” Kata Fana dengan senyuman
menggodanya tapi dalam keadaan bergurau. Zafran ketawa kecil. Terasa lucu
dengan kata-kata perempuan itu.
“Sorry I tak kenal you pun!” jawab Zafran
selamba. Tiba-tiba dia melihat wajah Fana berubah marah.
“Zaf!! How could you!” jerit Fana sambil
menghentakkan kakinya. Dia mahu memengang tangan Zafran, namun Zafran pantas
mengelak.
Fana
mengejar Zafran dari belakang. Zafran melangkah kakinya dengan panjang-panjang
agar perempuan itu tidak dapat mengejarnya. Dalam terkejar-kejar itu dia
terlanggar seseorang yang sedang menolak troli.
“Buta
ke!” suara garang menyembur ke arahnya. Dia terpempan seketika. Namun sesaat
kemudian bibirnya menguntum senyum. Inilah peluangnya! Bagaikan pucuk di cita
ulam mendatang.
“Hai
sayang!”
Dengan
pantas dia meraih tangan Alisha yang terkejut dengan tindakannya. ‘Apa kena dengan lelaki ni? Dah buang tabiat
ke?’
“Hei
kenapa ni?”
Alisha
yang terperanjat cuba mengelak. Namun tangan Zafran sudah tegap memengang
tangannya. Bagai mana dia mahu melarikan diri dari lelaki itu.
Fana yang
sudah menghampiri Zafran terpana! Dia merenung wajah Zafran dengan mata yang
membulat. Di pejam celik matanya beberapa kali bagaikan tidak percaya. Zafran
bersama gadis lain? Siapa gadis itu? Dia pernah jumpakah gadis itu sebelum ini?
“Sayang
jom kita balik,” kata Zafran kepada Alisha seolah-olah dapat menangkap apa yang
sedang Fana fikirkan ketika itu.
“You ni
kenapa? I tak kenal youlah..” bisik Alisha dengan wajah yang tidak puas hati.
“Zaf!!
You memang nak kena. Siapa perempuan ni? Cakap dengan I!” jerit Fana lagi.
Bertambah marah lagi bila melihat Zafran mendekati wanita yang tidak di
kenalinya itu.
Berkerut
dahi Alisha apabila perempuan yang tidak di kenalinya menuding jari telunjuk ke
arahnya dengan wajah yang sungguh bengis sekali. Oh.. Patutlah perangai lelaki
itu pelik semacam. Rupa-rupanya dia sudah bertemu dengan singa betina. Aku pun
boleh jadi singa betina kalau kau nak! Getus Alisha dalam hatinya. Dia sangat
marah kepada perempuan itu!
“Hei
kenapa kurang ajar ni?” jerkah Alisha yang tiba-tiba naik geram. Pantang
baginya kalau orang marah sebegitu sambil menuding jari ke arahnya.
“Kau tu
perampas kekasih orang. Tak malu!” tengking Fana. Alisha menarik nafas kasar.
‘Perampas kekasih orang? Tak terlintas pun dia nak rampas siapa-siapa dari
siapa-siapa.’
“Kekasih
awak? Saya pun tak tahu dia kekasih awak. Tapi saya dah lama kenal dengan
dia..” Alisha mula mereka cerita. Dia bukannya mahu menyebelahi Zafran tetapi
dia mahu membakar hati Fana. Dalam erti kata lain dia sebenarnya geram!! Geram
dengan lelaki itu! Tak sudah-sudah dengan perangai buaya daratnya!
“You
jangan nak tipu..” tengking Fana geram. Alisha hanya tersenyum. Dia merenung
wajah Fana yang masam itu. ‘Kesian kau terpaksa mengemis cinta dari lelaki yang
memang buaya tembaga!’ desis hati Alisha lagi.
“Kalau lelaki
memang tak tahu malu kenapa nak terhegeh-hegeh dengan dia. Buat malu kaum
perempuan saja. Kita ni ada harga diri. Ada maruah. Jangan bagi kaum lelaki
pijak kita macam tu. Sudahlah menjerit-jerit depan orang ramai. Tengok tu semua
orang pandang kita.” Alisha menjuihkan bibirnya kepada orang ramai yang mula
memerhati mereka.
“Hei
perempuan, you tu yang tak ada harga diri. Macamlah dia ada harga diri. Tapi
tak sedar diri yang dia rampas kekasih orang!” marah Fana lagi. Dia tidak mahu
kalah dengan perempuan yang bersama Zafran itu.
“Tak ada
maknanya aku nak rampas kekasih kau ni. Kalau kau nak, ambillah. Bagi free pun aku tak nak!” jawab Alisha
dengan rasa hati yang sakit. Apalah malangnya nasib dia hari ini.
“Betul
ke?” kini suara Fana kembali lembut. Tindak lagi nadanya meninggi seperti
sebelum tadi.
“Tapi
cuba kau tanya dia. Dia nak ke dengan kau?” mata Alisha beradu dengan mata
Zafran. Dalam hati penuh debar. Zafran pula ketika itu sudah kelihatan bimbang.
‘Aku minta tolong dengan dia, boleh pula dia bersekongkol dengan Fana!’ getus
Zafran dalam hati.
“Sayang
jomlah kita balik. Jangan di layan sangat dia ni.” Zafran menarik tangan
Alisha. Dia tidak mahu kelakuan mereka menjadi tontonan orang ramai. Membiarkan
Fana dalam keadaan terkulat-kulat.
“Siapa
perempuan itu?” soal Alisha sebaik sahaja dia menarik tangannya. Mereka sudah
jauh meninggalkan perempuan yang naik hantu tadi.
“Fana.
Nirfana.” jawab Zafran perlahan. Dia rasa serba salah kerana terpaksa
mempergunakan Alisha dalam keadaan begini. Tapi dia tak salah kerana Alisha
masih isterinya.
“Oh..Girlfriend baru youlah tu.. Patutlah dia
nampak I terus saja dia naik hantu!Mesti you tengah gaduh dengan dia sampai dia
jadi macam tu!” provok Alisha lagi. Pada hal dalam hati pedih juga untuk dia
mengungkapkan kata-kata itu. tapi dia harus berlagak selamba dengan Zafran!
“Isha tak
faham apa yang berlaku,” kata Zafran lagi.
“Memang I
tak faham apa yang berlaku. Dan memang malas nak faham pun! Tapi kenapa
melibatkan I dalam hal ini?” marah Alisha lagi.
Entah
mengapa takdirnya selalu menemukan dia dengan lelaki itu. Zafran bukanlah
seorang lelaki yang baik. Jauh sekali menjadi suami atau ayah yang
bertanggungjawab.
“Abang
boleh terangkan..” Zafran meminta pengertian. Dia tidak mahu Alisha berterusan
salah sangka terhadapnya.
“Tak
payah! I tak perlukan keterangan dari you! I nak pergi sekarang.” Alisha
menolak trolinya menuju ke bahagian makanan basah. Zafran merenung wajah
Alisha. Sejuk matanya memandang. Dia tidak perasan apabila mukanya hanya
beberapa inci dari muka Alisha.
“Isha
makin cantik sekarang”
Alisha
yang mendengar kata-kata pujian itu menjeling tajam ke arah Zafran. Tergesa-gesa
dia menolak trolinya. Dia tidak mahu berlama-lama berdepan dengan lelaki itu.
“Sayang,
abang minta maaf.” Zafran menarik troli Alisha. Wajah Alisha di renungnya lama.
Namun Alisha membuang pandang. Rasa geram masih berbuku di hati.
“Dahlah I
malas nak bertekak dengan you lagi. I minta jasa baik you agar tidak menganggu
I lagi. I nak cepat, nak balik rumah!” tiba-tiba Alisha teringat dengan Akif
yang mungkin sedang menunggunya sekarang. Kesian anaknya itu.
Terkulat-kulat
Zafran mendengar kata-kata Alisha itu. Akhirnya dia mengalah.
“Okay.. but thanks a lot..”
Alisha
menjeling tajam. “Huh!!”
Jelingan
itu cukup membuatkan hati Zafran haru biru. Akhirnya dia hanya mampu memerhati
Alisha pergi begitu sahaja.
HATINYA
terasa sakit, sebal dan rasa pahit semuanya ada dalam diri. Hari ini dia
berjumpa lagi dengan lelaki itu. Muka lelaki itu tidak banyak berubah tetapi
dia semakin matang dan bertambah segak dan bergaya berbanding lima tahun yang
lalu. Alisha menghambus nafas lega apabila kelibat lelaki itu tidak lagi
mengekorinya. Cepat sahaja dia menuju ke tempat letak kereta.
Ketika
dia baru membuka pintu kereta, terasa tangannya di tarik. Rupanya lelaki itu
mencengkam tangannya.
“Eh
you ni kenapa? Lepaslah tangan I!” Alisha merengus. Geram dengan lelaki itu
yang terus mengekorinya.
“Abang
nak bercakap dengan Isha..” mendatar sahaja suara Zafran Haicarl.
“Nak
cakap apa? Tadi you dah beri keterangan pun. Dan I nak balik sekarang!” balas
Alisha lagi.
“Isha
memang tak banyak berubah. Makin cantik abang tengok..” Zafran merenung wajah
di hadapannya itu. Wajah yang sangat di rinduinya.
“Eh
you ni kenapa haa..? Tak tau sakit ker? Baik you lepaskan tangan you tu. I nak
balik!” jerit Alisha lagi.
“Abang
belum habis bercakap dengan Isha pun. Mula pun belum..” Zafran tetap juga
memengang pergelangan tangan Alisha.
Dengan
sekuat hatinya, Alisha cuba melepaskan tangannya dari genggaman Zafran.
Wajahnya bengis bagaikan singa lapar. Kalau tidak di kenangkan itu tempat awam,
sudah lama pipi lelaki itu di tamparnya. Namun dia masih mampu mengawal
perasaan.
Pintu
keretanya di buka. Terus sahaja dia masuk kedalam kereta tanpa mempedulikan
perasaan Zafran ketika itu.
“Isha!!”
panggil Zafran lagi. Baru dia tersedar dengan bunyi pintu kereta Alisha yang
sudah di tutup. Alisha terus sahaja menghidupkan enjin keretanya. Zafran terus
mengetuk cermin pintu, namun Alisha tidak mempedulikannya.
isha jangan lah keras hati sangat cuba dengar apa zafran nak kata.
ReplyDeleteKeras betul hati si Isha niii :).. pe2 pun best sgtttt.
ReplyDelete