Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday 12 September 2013

Ada Dia Di Hati 27



“Selamat pagi Mak Som..” ucap Alsiha sebaik sahaja dia duduk di meja makan. Pagi ini dia kelihatan bersemangat sekali. Langsung dia lupa kepada apa yang sudah terjadi semalam.

“Selamat pagi.. Nyenyak tidur ke malam tadi?” soal Mak Som lagi. Walaupun wajah Alisha begitu ceria pagi ini, namun dia perasan mata Alisha sedikit cengkung.

“Tidur nyenyak. Kenapa Mak Som tanya macam tu?” Alisha bertanya kehairanan.

“Tak adalah..”

“Ni mesti Mak Som ingat Isha ada apa-apakan?” soal Alisha lagi. Mereka bagaikan seorang ibu dengan anak sahaja. Apatah lagi Alisha hanya dapat bermanja dengan Mak Som seorang saja.

“Sebenarnya Mak Som nak beritahu, ada barang dapur yang dah habis. Kalau Isha tak ada masa tu, biar Mak Som pergi beli.” Ujar Mak Som lagi.

“Barang apa Mak Som?”

“Susu Akif.. Lupa pula Mak Som nak beritahu Isha hari minggu tu.. Maaflah Mak Som tak sengaja..”

“Tak pa Mak Som. Bukan salah Mak Som pun.. Ada benda lain lagi yang kena beli lagi ke?” soal Alisha sambil menyuapkan mi goreng yang di sediakan oleh Mak Som ke mulut Akif.

“Adalah juga.. Nantilah Mak Som beri senarai pada Isha..”

“Okey..” Mak Som terus berlalu ke dapur dan memeriksa barang dapur yang kehabisan. Dia terus menulis apa yang patut. Kemudian dia keluar dari dapur  dan memberikan senarai barang itu kepada Alisha.

“Terima kasih Mak Som. Nanti habis waktu kerja Isha akan singgah ke Carefour. Mungkin lewat sikit sampai kat rumah..”

“Sama-sama..”

 

GOOD Morning Mai” suara riang Alisha menyapa Maisarah setiausaha abangnya. Semenjak dia bekerja dengan abangnya Maisarahlah orang yang paling rapat dengan dirinya.

Good morning Kak Isha. Amboi senang hati nampaknya hari ini. Ada apa-apa ke Kak Isha?” ramah juga Maisarah dengannya.

“Mana ada Mai. Sajalah nak tegur. Nanti kang akak monyok korang juga yang susah hatikan?” Alisha tersenyum manja ke arah Maisarah. Memang tidak di nafikan yang dia rapat juga dengan Maisarah kerana mereka pun bukannya orang lain. Mereka sepupu sebenarnya. Sebab itulah Maisarah bekerja untuk abangnya.

“Kak Isha!” laungan suara Su mengejutkan Alisha dan Maisarah.

“Hish.. Boleh tergugur jantung akak di buatnya..” marah Alisha dengan Suzana. Suzana hanya tersenyum dia tahu Alisha hanya marah-marah sayang. Dia sebenarnya pelik dengan sikap Alisha. Kalau orang lain tentunya dia gembira menerima hadiah dari orang terutamanya kaum lelaki tetapi Alisha pula tidak suka.

“Ni ha untuk hari ini” tangannya menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Alisha. Alisha hanya memandang sepi. Tetapi tangannya tetap juga menyambut bunga yang di hulurkan itu.

“Terima kasihlah wahai Suzana. Susah susah je kau belikan untuk akak” sengih Alisha lagi. Sengaja dia mahu mengusik gadis manis itu.

“Kak, tak ada maknanya Su nak membeli untuk kak Isha.” balas Suzana. Ada saja dia menerima bunga setiap hari. Kadang-kadang bunga itu menjadi makanan kepada tong sampah. Orang yang memberi bunga kepadanya semua membuatkan dia menyampah!!

“Habis tu siapa yang bagi?” soal Alisha hairan. Jangan-jangan lelaki itu! Tapi tak mungkinlah!! Lagi pun kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu, lelaki langsung tidak perasan akan dirinya.

 “Macam biasalah. Secret admirer akak yang bagi. Bacalah kad dia tu.” Mulut Su muncung sambil menunjukkan kad yang terselit pada sejambak bunga itu.

Salam perkenalan buat Alisha. Sambutlah salam perkenalan yang yang ikhlas ini.

Mazuan.

Alisha mencebik. Meluat juga dengan sikap Mazuan yang tidak berputus asa mahu mendekati dirinya. Sejak sebulan dia bekerja dengan abangnya memang boleh di katakan setiap hari juga dia menerima bunga atau pelbagai jenis hadiah yang lain dari klien. Pada hal dia tidaklah membuat kerja diluar sangat. Mungkin di sebabkan dia selalu menemani abangnya, membuatkan dia jadi popular di kalangan mereka. Hai lelaki tetap lelaki!

“Nah, ambiklah bunga ni. Kalau tak nak letak je kat dalam bakul sampah” seraya itu tangan Alisha sudah menyuakan bunga ros tadi.

“Eh sayangnya nak buang. Baik letak je kat meja Mai ni.” ujar Maisarah lagi.

“Ni dengan coklatnya sekali. Aku tak naklah..” ujar Alisha lagi. Lagipun dia bukannya minat nak makan coklat.

“Hai, bertuah badan kau Kak Isha.. Mai yang lama kerja kat sini pun tak pernah dapat bunga apatah lagi coklat. Mahal tu coklat ni..” cebik Maisarah lagi.

“Ambiklah kalau Mai nak.”

“Okeylah akak nak masuk kerja dulu. Nanti tak siap pula. Marah bos kita..” ujar Alisha dengan nada gurau. Kemudian dia terus masuk ke bilik pejabatnya.

................................

Alisha memperlahankan keretanya masuk ke tempat letak kereta di pusat membeli belah Carefour itu. Hari ini di perlu singgah untuk membeli barang keperluan yang sudah kehabisan.

“Hish!! Tak ada parkinglah pulak! Kenapalah hari kereta banyak pula?” Alisha bersungut sendirian. Selalunya banyak tempat kosong. Dia terfikir mungkin hari ini awal bulan. Dan ramailah orang keluar berbelanja. Dia melihat jam di tangan sudah menunjukkan jam enam petang.

Waktu Magrib tidak lama lagi. Nasib baiklah dia tidak boleh bersembahyang pada hari itu. Jadi dia ingat bershopping waktu ini pastinya tidak ramai orang. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Orang datang tidak kira masa. Matanya masih meliar mencari tempat letak kereta yang kosong. Hatinya mula lega apabila sebuah kereta memberi isyarat mahu keluar dari tempat letak kereta.

Alisha menunggu kereta itu keluar dengan sabar. Perlahan-lahan kereta itu berundur dan meluncur pergi. Alisha menukarkan gear yang memusing stering. Tiba-tiba sebuah kereta masuk ke ruang yang kosong itu. Alisha terkejut. Dan terus menekan brek! Nasib baik dia perasan dengan kehadiran kereta itu tadi.

“Wei aku penat-penat tunggu dia masuk je suka hati! Kurang ajar punya orang!” Alisha membentak sendirian. Dia kemudiannya membunyikan hon kereta dengan kuat kepada pemandu kereta tersebut. Pemandu kereta itu keluar dengan wajah yang selamba. Alisha mengerdipkan matanya. Dia rasa dia kenal dengan lelaki itu. Alisha menekan hon keretanya bertalu-talu. Ini mengakibatkan lelaki yang baru keluar dari kereta itu merenung tajam ke arahnya dengan pandangan yang marah. Alisha menurunkan cermin keretanya.

“Hei..” sergah Alisha. Lelaki itu turut merenung Alisha dengan wajah yang garang juga. Namun sesaat kemudian dia tersenyum. Dia menghampiri Alisha. Alisha tergamam! Zafran haicarl!!

“Hai sayang!” tegur lelaki itu ramah. Namun Alisha buat-buat tidak dengar. Dia segera menaikkan semula cermin tingkap itu apabila menyedari lelaki itu adalah orang yang di kenalinya. Zafran mengetuk cermin tingkap kereta Alisha. Tetapi Alisha terus meluncur laju. Timbul pula rasa kesal di hati. Kenapalah dia tidak perasan awal-awal tadi. Tadi dia memang nampak sebuah kereta itu sedang menunggu tempat letak kereta itu. Namun dia tidak menyangka itu adalah Alisha dalam kereta tersebut.

Zafran berjalan masuk kedalam pusat membeli belah itu dengan perasaan kesal. Dia mahu mencari di mana Alsiha, tetapi agak mustahil dia akan berjumpa dengan wanita itu di tempat yang besar sebegini. Ketika dia asyik membelek pisau cukur, tiba-tiba dia terasa bahunya di cuit.

“Zaf!”

Satu suara menyapanya lembut. Dia tersentak melihat Fana berdiri di belakangnya dengan senyuman mengulum. Perempuan itu kelihatan sangat gembira. Mungkin dia tidak menyangka akan bertemu dengannya di sini.

“Tak sangka pulak I jumpa you kat sini!”

Zafran tersenyum tawar. Ingatkan perempuan mana yang menyapanya tadi. Alangkah bahagianya dia sekiranya orang yang menyapanya itu adalah Alisha. Tapi entah mengapa di mana-mana sahaja dia pasti akan berjumpa dengan wajah ini. Kadang-kadang dia naik rimas juga.

“Hai.. I tanya pun you tak jawab ke? Takkan you tak kenal I?” Kata Fana dengan senyuman menggodanya tapi dalam keadaan bergurau. Zafran ketawa kecil. Terasa lucu dengan kata-kata perempuan itu.

Sorry I tak kenal you pun!” jawab Zafran selamba. Tiba-tiba dia melihat wajah Fana berubah marah.

Zaf!! How could you!” jerit Fana sambil menghentakkan kakinya. Dia mahu memengang tangan Zafran, namun Zafran pantas mengelak.

Fana mengejar Zafran dari belakang. Zafran melangkah kakinya dengan panjang-panjang agar perempuan itu tidak dapat mengejarnya. Dalam terkejar-kejar itu dia terlanggar seseorang yang sedang menolak troli.

“Buta ke!” suara garang menyembur ke arahnya. Dia terpempan seketika. Namun sesaat kemudian bibirnya menguntum senyum. Inilah peluangnya! Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang.

“Hai sayang!”

Dengan pantas dia meraih tangan Alisha yang terkejut dengan tindakannya.  ‘Apa kena dengan lelaki ni? Dah buang tabiat ke?’

“Hei kenapa ni?”

Alisha yang terperanjat cuba mengelak. Namun tangan Zafran sudah tegap memengang tangannya. Bagai mana dia mahu melarikan diri dari lelaki itu.

Fana yang sudah menghampiri Zafran terpana! Dia merenung wajah Zafran dengan mata yang membulat. Di pejam celik matanya beberapa kali bagaikan tidak percaya. Zafran bersama gadis lain? Siapa gadis itu? Dia pernah jumpakah gadis itu sebelum ini?

“Sayang jom kita balik,” kata Zafran kepada Alisha seolah-olah dapat menangkap apa yang sedang Fana fikirkan ketika itu.

“You ni kenapa? I tak kenal youlah..” bisik Alisha dengan wajah yang tidak puas hati.

“Zaf!! You memang nak kena. Siapa perempuan ni? Cakap dengan I!” jerit Fana lagi. Bertambah marah lagi bila melihat Zafran mendekati wanita yang tidak di kenalinya itu.

Berkerut dahi Alisha apabila perempuan yang tidak di kenalinya menuding jari telunjuk ke arahnya dengan wajah yang sungguh bengis sekali. Oh.. Patutlah perangai lelaki itu pelik semacam. Rupa-rupanya dia sudah bertemu dengan singa betina. Aku pun boleh jadi singa betina kalau kau nak! Getus Alisha dalam hatinya. Dia sangat marah kepada perempuan itu!

“Hei kenapa kurang ajar ni?” jerkah Alisha yang tiba-tiba naik geram. Pantang baginya kalau orang marah sebegitu sambil menuding jari ke arahnya.

“Kau tu perampas kekasih orang. Tak malu!” tengking Fana. Alisha menarik nafas kasar. ‘Perampas kekasih orang? Tak terlintas pun dia nak rampas siapa-siapa dari siapa-siapa.’

“Kekasih awak? Saya pun tak tahu dia kekasih awak. Tapi saya dah lama kenal dengan dia..” Alisha mula mereka cerita. Dia bukannya mahu menyebelahi Zafran tetapi dia mahu membakar hati Fana. Dalam erti kata lain dia sebenarnya geram!! Geram dengan lelaki itu! Tak sudah-sudah dengan perangai buaya daratnya!

“You jangan nak tipu..” tengking Fana geram. Alisha hanya tersenyum. Dia merenung wajah Fana yang masam itu. ‘Kesian kau terpaksa mengemis cinta dari lelaki yang memang buaya tembaga!’ desis hati Alisha lagi.

“Kalau lelaki memang tak tahu malu kenapa nak terhegeh-hegeh dengan dia. Buat malu kaum perempuan saja. Kita ni ada harga diri. Ada maruah. Jangan bagi kaum lelaki pijak kita macam tu. Sudahlah menjerit-jerit depan orang ramai. Tengok tu semua orang pandang kita.” Alisha menjuihkan bibirnya kepada orang ramai yang mula memerhati mereka.

“Hei perempuan, you tu yang tak ada harga diri. Macamlah dia ada harga diri. Tapi tak sedar diri yang dia rampas kekasih orang!” marah Fana lagi. Dia tidak mahu kalah dengan perempuan yang bersama Zafran itu.

“Tak ada maknanya aku nak rampas kekasih kau ni. Kalau kau nak, ambillah. Bagi free pun aku tak nak!” jawab Alisha dengan rasa hati yang sakit. Apalah malangnya nasib dia hari ini.

“Betul ke?” kini suara Fana kembali lembut. Tindak lagi nadanya meninggi seperti sebelum tadi.

“Tapi cuba kau tanya dia. Dia nak ke dengan kau?” mata Alisha beradu dengan mata Zafran. Dalam hati penuh debar. Zafran pula ketika itu sudah kelihatan bimbang. ‘Aku minta tolong dengan dia, boleh pula dia bersekongkol dengan Fana!’ getus Zafran dalam hati.

“Sayang jomlah kita balik. Jangan di layan sangat dia ni.” Zafran menarik tangan Alisha. Dia tidak mahu kelakuan mereka menjadi tontonan orang ramai. Membiarkan Fana dalam keadaan terkulat-kulat.

“Siapa perempuan itu?” soal Alisha sebaik sahaja dia menarik tangannya. Mereka sudah jauh meninggalkan perempuan yang naik hantu tadi.

“Fana. Nirfana.” jawab Zafran perlahan. Dia rasa serba salah kerana terpaksa mempergunakan Alisha dalam keadaan begini. Tapi dia tak salah kerana Alisha masih isterinya.

“Oh..Girlfriend baru youlah tu.. Patutlah dia nampak I terus saja dia naik hantu!Mesti you tengah gaduh dengan dia sampai dia jadi macam tu!” provok Alisha lagi. Pada hal dalam hati pedih juga untuk dia mengungkapkan kata-kata itu. tapi dia harus berlagak selamba dengan Zafran!

“Isha tak faham apa yang berlaku,” kata Zafran lagi.

“Memang I tak faham apa yang berlaku. Dan memang malas nak faham pun! Tapi kenapa melibatkan I dalam hal ini?” marah Alisha lagi.

Entah mengapa takdirnya selalu menemukan dia dengan lelaki itu. Zafran bukanlah seorang lelaki yang baik. Jauh sekali menjadi suami atau ayah yang bertanggungjawab.

“Abang boleh terangkan..” Zafran meminta pengertian. Dia tidak mahu Alisha berterusan salah sangka terhadapnya.

“Tak payah! I tak perlukan keterangan dari you! I nak pergi sekarang.” Alisha menolak trolinya menuju ke bahagian makanan basah. Zafran merenung wajah Alisha. Sejuk matanya memandang. Dia tidak perasan apabila mukanya hanya beberapa inci dari muka Alisha.

“Isha makin cantik sekarang”

Alisha yang mendengar kata-kata pujian itu menjeling tajam ke arah Zafran. Tergesa-gesa dia menolak trolinya. Dia tidak mahu berlama-lama berdepan dengan lelaki itu.

“Sayang, abang minta maaf.” Zafran menarik troli Alisha. Wajah Alisha di renungnya lama. Namun Alisha membuang pandang. Rasa geram masih berbuku di hati.

“Dahlah I malas nak bertekak dengan you lagi. I minta jasa baik you agar tidak menganggu I lagi. I nak cepat, nak balik rumah!” tiba-tiba Alisha teringat dengan Akif yang mungkin sedang menunggunya sekarang. Kesian anaknya itu.

Terkulat-kulat Zafran mendengar kata-kata Alisha itu. Akhirnya dia mengalah.

“Okay.. but thanks a lot..”

Alisha menjeling tajam. “Huh!!”

Jelingan itu cukup membuatkan hati Zafran haru biru. Akhirnya dia hanya mampu memerhati Alisha pergi begitu sahaja.

HATINYA terasa sakit, sebal dan rasa pahit semuanya ada dalam diri. Hari ini dia berjumpa lagi dengan lelaki itu. Muka lelaki itu tidak banyak berubah tetapi dia semakin matang dan bertambah segak dan bergaya berbanding lima tahun yang lalu. Alisha menghambus nafas lega apabila kelibat lelaki itu tidak lagi mengekorinya. Cepat sahaja dia menuju ke tempat letak kereta.

Ketika dia baru membuka pintu kereta, terasa tangannya di tarik. Rupanya lelaki itu mencengkam tangannya.

“Eh you ni kenapa? Lepaslah tangan I!” Alisha merengus. Geram dengan lelaki itu yang terus mengekorinya.

“Abang nak bercakap dengan Isha..” mendatar sahaja suara Zafran Haicarl.

“Nak cakap apa? Tadi you dah beri keterangan pun. Dan I nak balik sekarang!” balas Alisha lagi.

“Isha memang tak banyak berubah. Makin cantik abang tengok..” Zafran merenung wajah di hadapannya itu. Wajah yang sangat di rinduinya.

“Eh you ni kenapa haa..? Tak tau sakit ker? Baik you lepaskan tangan you tu. I nak balik!” jerit Alisha lagi.

“Abang belum habis bercakap dengan Isha pun. Mula pun belum..” Zafran tetap juga memengang pergelangan tangan Alisha.

Dengan sekuat hatinya, Alisha cuba melepaskan tangannya dari genggaman Zafran. Wajahnya bengis bagaikan singa lapar. Kalau tidak di kenangkan itu tempat awam, sudah lama pipi lelaki itu di tamparnya. Namun dia masih mampu mengawal perasaan.

Pintu keretanya di buka. Terus sahaja dia masuk kedalam kereta tanpa mempedulikan perasaan Zafran ketika itu.

“Isha!!” panggil Zafran lagi. Baru dia tersedar dengan bunyi pintu kereta Alisha yang sudah di tutup. Alisha terus sahaja menghidupkan enjin keretanya. Zafran terus mengetuk cermin pintu, namun Alisha tidak mempedulikannya.

 

2 comments:

  1. isha jangan lah keras hati sangat cuba dengar apa zafran nak kata.

    ReplyDelete
  2. Keras betul hati si Isha niii :).. pe2 pun best sgtttt.

    ReplyDelete