Zafran Haicarl pergi lagi ke tepi pantai itu. Hanya di situ saja dia mendapat ketenangan dalam hidupnya. Hidupnya bagaikan satu cerita telenovela. Kalau di ikutkan hatinya dia memang tidak mahu balik ke rumah agam itu lagi. Sakit hati, kecewa dan marah masih lagi menyelubungi hatinya. Namun di atas desakan papanya kerana urusan perniagaan dia terpaksa juga balik ke sini. Dan setiap kali mereka berjumpa dia akan bergaduh dengan papanya dan juga dengan wanita yang di nikahi papanya.
Semalam ketika dia datang kesini, dia tidak nampak pun kelibat gadis itu. Tetapi entah kenapa pada
hari ini matanya asyik saja melihat gelagat gadis itu. Kelihatan dia begitu
seronok dengan kehidupannya. Alangkah bagusnya kalau kehidupannya seperti si
gadis itu. Tidak perlu memikirkan benda yang menyusahkan!!
Zafran Haicarl duduk di
atas batu besar sambil menghalakan pandangan kearah laut yang ada di depan
matanya. Sekali sekala dia melemparkan pandangan pada seorang gadis yang leka
mengutip kulit siput. Dia nampak gadis itu membawa bakul di tangannya. Macam
seronok pula dia melihat gadis itu membuat pekerjaannya. Lalu dia bangun menuju
kearah gadis itu. Kakinya yang terpijak pasir itu tiba-tiba terpijak sesuatu.
Ada rasa tajam menusuk di kakinya.
“Aduh!!” jeritnya.
Suaranya itu menarik
perhatian gadis yang sedang leka mengutip kulit siput itu. Gadis itu menoleh.
Lama dia memandang. Namun bila dia ternampak lelaki itu mengangkat kaki yang
berdarah itu, cepat-cepat si gadis itu menuju ke arahnya sambil membawa bakul
di tangannya itu. Bakul itu di letakkan di tepinya.
“Encik kenapa?” soal
gadis itu dalam keadaan cemas.
“Kaki I kena sesuatu.
Sakitnya..” beritahu Zafran pada gadis itu. Sambil itu dia terduduk di atas
pasir.
“Cuba encik angkat kaki
itu sedikit..” gadis itu memberi arahan. Gadis itu pun duduk bersimpuh di
depannya. Zafran Haicarl menurut saja. Teliti benar gadis itu melihat luka di
kakinya.
Cepat-cepat dia
mengambil ubat gamat yang sentiasa di bawanya kemana saja. Menurut ibunya ubat
gamat ini memang sesuai untuk semua kelukaan atau sengatan. Sapu tangannya juga
di ambil. Dia menggosokkan botol gamat
itu dan menuangkan sikit ubat itu ke sapu tangannya. Perlahan-lahan dia
menggosok saputangan itu pada kelukaan pada kaki Zafran.
“Maaf ya.. Encik kena
bertahan sikit. Ubat ini taklah pedih. Cuma mungkin ada orang tak suka baunya
saja” ujar gadis itu sambil menyapu perlahan sapu tangannya pada luka itu. Sambil
itu dia meniup-niup di bahagian luka itu agar minyak gamat itu menyerap ke
dalam luka di kaki lelaki itu.
Zafran Haicarl memandang
wajah gadis itu dengan teliti. Gadis ini nampak polos. Biasalah gadis kampung. Tetapi
dia lemah lembut, penuh dengan sopan dan menjaga budi pekerti. Terbuai seketika
dia melihat wajah indah di hadapannya. Walaupun wajah gadis itu sedikit gelap,
tetapi dia dengan tidak sengaja ternampak betis gadis itu. Angin pantai telah
menyelak kain batik yang di pakai oleh gadis itu. Rupa-rupanya gadis itu
bukanlah gelap sangat. Mungkin di sebabkan dia selalu terkena penahan matahari
ketika dia mengutip kulit siput. Atau mungkin dia berjemur buat kerja lain di
bawah matahari!
“Dah siap..” ujar gadis
itu mengejutkan lamunan Zafran Haicarl sebentar tadi. Cepat-cepat dia tersedar.
Takut si gadis itu perasan yang dia tengah perhatikan wajahnya tadi.
“Thank you..” ucapnya. Gadis itu cuma tersenyum. Senyuman itu amat
manis!
“Sama-sama..”
Gadis itu bangun. Dia
mahu balik ke rumah kerana waktu hampir senja. Dia tidak mahu ibu dan ayahnya
risau tentang dia. Walau pun dia sudah biasa dengan keadaan di situ, namun
kedua orang tuanya tetap juga risau kerana dia seorang gadis.
“Hei sweet girl!!” laung Zafran Haicarl apabila menyedari gadis itu
mahu berlalu meninggalkan dia di situ. Dia memanggil begitu kerana pada
pandangannya mungkin gadis itu berumur belasan tahun. Mungkin lepas SPM atau
STPM. Begitulah dia membuat kesimpulan selepas dia meneliti wajah gadis itu
ketika membalut lukanya tadi.
Gadis itu pantas
menoleh ke belakang apabila lelaki itu mula bersuara. Dia merenung tajam ke arah
lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ. Terpegun seketika matanya memandang
wajah yang kacak berdiri beberapa meter di belakangnya. Tadi dia tidak perasan
kerana tidak berani mengangkat wajahnya untuk memandang wajah lelaki asing itu.
Hanya suaranya saja sudah menggetarkan hatinya. Hish!! Mengarut sungguh
perasaannya itu.
“Hmmm..hm..”
Lamunan gadis itu terhenti
bila mendengar Zafran berdehem berulang kali.
“So, anything did you want say to me, sweet girl?” Zafran Haicarl bertanya
lagi. Namun dia dapat melihat sepasang mata yang sangat cantik itu. Mungkin
orang lain tidak perasan, tapi matanya telah menangkap satu pandangan yang
sangat indah.
“Nak cakap apa?” soal
gadis itu. Hairan! Apa yang lelaki itu inginkan? Apa yang dia ingin tahu? Lagi
pun cukuplah tadi dia sudah menjalankan kewajipannya sebagai seorang manusia.
Membantu pada orang yang memerlukan pertolongannya.
“Anything..” balas Zafran Haicarl acuh tak acuh. Sambil itu dia
berusaha melangkah mendekati gadis itu. Nampak si gadis itu tidak suka dengan
caranya.
“Maaf saya dah lewat
ni. Saya nak balik” ujar gadis itu selamba juga.
“That
its?” ujar Zafran tidak puas hati. Gadis itu terperanjat
dan dia mula berundur setapak di belakang.
“Iyalah, habis tu nak
cakap apa lagi?” nada suara gadis itu mula rendah apabila melihat wajah Zafran
itu begitu serius memandang tepat ke wajahnya. Dia mula kecut perut dan
sepantas kilat gadis itu cuba mencari helah untuk cepat lari dari situ. Pandangan
lelaki itu betul-betul membuatnya rimas dan lemas.
“Tak adalah. Dah penat-penat
you tolong I tadi, tak kan you nak blah macam tu je tanpa minta apa-apa dari I”
keluhnya. Dia mula pelik dengan sikap si gadis itu.
“Tak apalah... Saya
ikhlas tolong encik. Saya kena balik dulu. Dah lewat ni” gadis itu mencari
alasan. Wajah gadis itu nampak pucat! Kemudian gadis itu berundur lagi!
“Tapi at least you bagi tau nama you, phone number or apa-apa sajalah
pada I..” jerit Zafran Haicarl bila
melihat gadis itu melangkah tanpa memberitahu apa-apa! Tidak pernah dia di
perlakukan begitu!!
“Maaflah.. Lain kali
sajalah..” ujar gadis itu sambil berlari meninggalkan lelaki itu tanpa
mempedulikan apa yang lelaki itu katakan. Apa yang penting dia harus sampai ke
rumahnya sebelum ibunya berleter kerana lewat sampai. Nampaknya hari pun
semakin gelap. Selalunya dia akan sampai ke rumah sebelum hari gelap. Tapi hari
ini, gara-gara lelaki itu dia akan lewat sampai ke rumah.
Zafran Haicarl hanya
dapat memandang sigadis itu pergi begitu sahaja. Ada juga manusia yang begitu
zaman ini. Menolong tanpa meminta balasan. Dia tersenyum memandang sapu tangan
yang berwarna biru lembut itu. Gadis itu mengikat di kakinya tadi. Akhirnya dia
balik ke rumahnya dengan jalan terjungkit-jungkit. Sampai di rumah, Mak Jahlah
yang terlebih dulu menegurnya.
“Kenapa dengan kaki Zaf
tu?” soal Mak Jah dengan perasaan risau. Mana tidaknya dia yang menjaga Zafran
dari kecil hingga dewasa itu memang cepat gelabah bila melihat kaki Zafran
yang berbalut itu. Zafran hanya
tersenyum.
“Luka sikit je mak.. Tadi
Zaf jalan-jalan kat tepi pantai manalah tau tiba-tiba ada benda gigit..” jawab
Zafran untuk menghilangkan rasa risau Mak Jah.
Cepat-cepat Mak Jah
mengambil peti ubat lalu di suruhnya Zafran duduk. Dia membasuh luka itu lalu
di balutnya. Namun dia hairan saputangan yang membalut luka Zafran tu siapa
punya?
Dia mahu mengambil sapu
tangan itu tetapi Zafran cepat mengambil sapu tangan itu dari tangannya. Zafran
menghidunya. Walaupun ubat gamat itu kuat baunya, namun sapu tangan itu tetap
mempunyai baunya sendiri. Mak Jah hanya tersenyum melihat anak majikannya yang
seorang itu.
“Sapu tangan gadis ya?”
usik Mak Jah. Setahu dia mana ada Zafran menyimpan sapu tangan yang berbunga
seperti itu. Masakan dia tak tahu barang kepunyaan Zafran!
“Mesti gadis itu
baikkan, sampai dia balut luka di kaki Zaf macam ni?” soal Mak Jah lagi.
Senyumannya tidak lekang dari bibirnya.
Zafran mengangguk. Dia
memang selalu meluahkan perasaannya pada wanita yang sudah di anggap macam
emaknya sendiri. Sebab itu dia memanggil wanita itu mak. Mak Jah hanya tersenyum.
Dia berharap sangat semoga suatu hari nanti, Zafran akan mendapat jodoh yang
baik dan hidup bahagia. Lagipun Zafran memang seorang anak yang baik. Demi
kebahagiaan Tuan Razman, dia rela berkorban cintanya. Dia sudah tahu hal-hal
yang berkaitan dengan hidup Zafran Haicarl. Sudah tiga tahun Zafran membawa
diri kerana merajuk!
Zafran Haicarl
kemudiannya naik ke biliknya. Dia mahu berehat.
.......................................
“Kenapa lambat balik
ni?” Mak Limah mula membebel bila melihat Alisha tergopoh-gapah menaiki tangga.
Hari hampir malam. Tadi dia risau kerana Alisha belum pulang-pulang lagi. Selalunya
jika dia pergi ke tepi pantai pasti dia akan balik sebelum senja. Tapi mujurlah
Alisha sempat sampai sebelum suaminya pulang. Sekarang ni macam-macam boleh
jadi. Sebab itulah dia risau sangat tadi! Lagi pun Alisha itu seorang gadis.
Dia takut kalau ada apa-apa berlaku pada anak gadisnya itu.
“Isha ada hallah ibu.
Itu yang Isha lambat tadi. Isha minta maaf sebab buat ibu risau ” jawab Alisha
sambil tersenyum.
“Hal apa? Jangan Isha
buat benda yang bukan-bukan! Nanti kalau ayah Isha tahu masak Isha di
buatnya...” Mak Limah memberi amaran.
“Taklah bu.. Tadi Isha
tolong orang. Kakinya kena sengat. Lepas tu Isha tolong dia sapukan minyak
gamat tu. Kan ibu ada cakap yang minyak gamat itu bagus untuk rawatan macam tu. Lepas tu Isha baliklah.” Terang
Alisha pada Mak Limah.
“Oh begitu.. Lain kali
jangan balik lambat tau! Nanti kalau ayah Isha tau mesti kena marah dengan ayah
tu.” Jawab Mak Limah.
“Apa yang kecoh sangat
tu, dari jauh abang boleh dengar?” ujar Pak Hamid. Dia yang baru sampai dari
kebun menuju ke paip untuk mencuci cangkulnya. Memang isterinya akan berleter
kalau ada perkara yang dia tidak suka. Dia faham benar dengan perangai
isterinya itu.
“Tak adalah. Limah
berleter dengan anak kesayangan abang tu. Tadi dia balik lambat.” jawab Mak
Limah.
“Kan dia dah sampai
dengan selamat. Limah tak payahlah membebel kat dia.” balas Pak Hamid. Dia
memang sayangkan Alisha. Begitu juga dengan Mak Limah. Perkongsian hidup mereka
tidak di kurniakan anak. Namun entah macam mana dia terjumpa dengan Alisha yang terdampar di tepi pantai 15 tahun yang
lalu. Mereka tidak tahu untuk melaporkan pada siapa hal itu. Lalu mereka
menjadikan Alisha sebagai anak angkat mereka.
Kini Alisha kian
meningkat dewasa. Walaupun kehidupan mereka susah, mereka tetap bahagia kerana
Alisha merupakan seorang anak yang sangat rajin dan kuat berusaha. Kerana
kemiskinan yang menghimpit mereka dan faktor usia yang meningkat, Alisha tidak
sanggup meninggalkan mereka untuk meneruskan
pelajaran ke universiti atau ke kolej yang berdekatan. Alisha merupakan seorang
pelajar SPM dan STPM yang cemerlang di sekolahnya. Walaupun tawaran banyak yang
di terima namun Alisha menolaknya. Dengan alasan ibu dan ayahnya sudah tua, dan
tiada orang yang menjaganya
Malam itu Alisha tidak
dapat melelapkan mata. Entah apa yang membuatkannya langsung tidak dapat tidur.
Berulang kali bayangan lelaki di tepi pantai itu menghantuinya. Penyakit apa
pula yang tiba-tiba datang menyerangnya. Bukan sekali dia berhadapan dengan manusia
bernama lelaki tetapi kali ini dia benar-benar tidak faham kenapa ada perasaan
lain pula yang muncul di ruang hatinya. Renungan lelaki itu membuatkan hatinya
tiba-tiba berdebar.
Arghhh!!! Gila ini baru
kali pertama dia jumpa lelaki itu. Namun perasaannya seperti dia sudah
mengenali lelaki itu lama.. Tak boleh jadi ni!! Aduh.. Tidurlah mata.. rayu
Alisha pada matanya.
Bantalnya di pusingkan
lagi. Kalau matanya masih juga tidak mahu tidur.. Dia tak tahu nak buat apa
lagi!
..........................................
Sudah beberapa hari dia
menunggu gadis itu di tepi pantai. Namun penantiannya hanya sia-sia sahaja.
Macam mana dia mahu bertemu dengan gadis itu sedangkan nama gadis itu pun dia
tak tau. Pada siapa dia mahu bertanya. Mak?? Pasti mak kenal dengan gadis itu.
Zafran Haicarl berlari anak
balik ke rumah agamnya itu. Dengan nafas yang tercungap-cungap dia memanggil
maknya. Nasib baik kaki kesan di gigit hari itu sudah sembuh.. Memang mujarab
juga ubat si gadis itu.
“Mak... Mak..”
“Ya ada apa Zaf? Dari
jauh lagi terjerit panggil mak ni kenapa?” Mak Jah kehairanan. Entah hantu mana
yang merasuk Zafran sambil terpekik memanggil dia.
“Mak..” panggil Zafran
perlahan.
“Ada apa? Cakaplah
perlahan-lahan..” Mak Jah menegur Zafran.
“Mak tau tak gadis yang
selalu mengutip kulit siput kat tepi pantai depan tu?” soal Zafran Haicarl.
Dalam hatinya dia berharap sangat Mak Jah mengenali gadis itu.
“Gadis? Gadis mana pula
ni?” soal Mak Jah sambil tersenyum.
“Gadis yang kutip kulit
siput di tepi pantai tu. Manalah tau mak kenal dengan dia?” soal Zafran lagi.
Entah mengapa hati dia seperti di tarik-tarik untuk mengetahui latar belakang
gadis itu.
“Oh.. Zaf nak tanya
pasal sidialah ni?” usik Mak Jah sambil tersenyum.
Zafran mengangguk. Namun mukanya agak serius sedikit.
“Dia anak kampung
sebelah tu.. Namanya mak tak ingat. Tapi ibu bapanya mak kenallah.. Kenapa?”
sengaja Mak Jah bertanya lagi.
“Zaf nak tahu nama dia.
Hari tu Zaf ada tanya tapi dia tak bagi tau pun dia blah macam tu je..” Zafran
teringat bagai mana selamba badak saja si gadis itu meninggalkan dia
terkuat-kulat tanpa memberitahu apa-apa tentang dirinya.
“Sebab itulah Zaf
setiap hari pergi ke pantai itu ya?” tembak Mak Jah. Zafran Haicarl tersenyum
malu.
“Mak ni tau-tau je..”
jawab Zafran malu-malu.
“Macam nilah.. Minggu
ni ada kenduri kahwin kat kampung tu. Kalau Zaf nak pergi pergilah. Mak dapat
surat jemputan tapi tengoklah mak tak janji dapat pergi.” ujar Mak Jah.
“Kenduri apa Mak Jah?”
terdengar satu suara bertanya. Zafran dan Mak Jah menoleh. Kelihatan Sofia
sedang berdiri di belakang mereka. Wajahnya sedikit masam.
“Kenduri kahwin di
kampung sebelah. Tuan Razman dapat surat jemputan tak?” soal Mak Jah. Selalunya
kalau ada kenduri kahwin, majikannya tidak terlepas dari surat undangan.
“Tak taulah.. Kahwin
ala kampung bukan ada kelas pun. Lagipun I tak minatlah nak masuk kampung macam
tu!” jawab Sofia dengan angkuhnya. Namun matanya melirik Zafran di sebelah Mak
Jah. Seharian ini baru kali ini dia melihat wajah Zafran ada di dalam rumah.
Entah kemana dia pergi sehari suntuk. Dia mahu bercakap dengannya pun susah.
Tidakkah Zafran tahu
betapa dia merindui wajahnya itu. Seksa dia menanggung rindu setelah Zafran
menyepikan diri selama tiga tahun. Baru kali ini dia balik ke rumah agam itu
gara-gara desakan dari Tuan Razman. Dialah manusia yang paling gembira ketika
mengetahui Zafran Haicarl akan pulang ke rumah agam itu.
“You pulak Zaf nak
pergi ke kenduri kampung macam tu? Tak ada taste langsung.. Semua di bedal!!”
soal Sofia sebaik saja dia memandang wajah Zafran yang mencuka itu.
“Suka hati Ilah. Nak
pergi ke tak pergi ke? Bukan urusan you!” jawab Zafran lagi. Hatinya mula panas
mendengar sindiran dari Sofia.
Sofia mendengus marah. ‘Dia
nikan kalau tak sakitkan hati aku dalam sehari memang tak sah!!’ bisiknya dalam
hati.
“Sudahlah Zaf.. Tak
baik gaduh-gaduh macam ni..” nasihat Mak Jah.
“Yelah.. kerana mak,
Zaf mengalah.. Tapi kalau di belakang mak, Zaf tak tahulah boleh hormatkan
perempuan macam ni!” Zafran berterus terang. Memang kalau di ikutkan hatinya
mahu saja dia terus bergaduh dengan Sofia. Tetapi bila mendengar Mak Jah mula
menegur, dia jadi sejuk hati.
“Baiklah mak, Zaf nak
berehat dulu.. Penat Zaf hari ini..” ujar Zafran lalu dia naik ke bilik yang
terletak di tingkat atas sebelah hujung sekali.
Sofia juga berlalu dari
situ. Entah kemana pula dia pergi. Mak Jah hanya mampu menggeleng kepalanya.
Zafran kini sudah jauh berubah dari Zafran yang dia kenal dulu. Cuma walau apa
pun Zafran masih menghormatinya sebagai orang yang lebih tua. Jika nak di
bandingkan dengan Sofia isteri baru Tuan Razlan itu langsung tidak menghormati
orang lain.
............................................
Petang itu, Shikin
pergi kerumah Alisha. Dia ada cerita yang ingin di khabarkan pada kawan baiknya
itu.
“Semalam Shikin ada
jumpa seseorang!”
“Seseorang?”
“Iya.. dia lelaki yang
kacak dan bergaya tau?”
“Dekat mana? Siapa
orangnya? Anak siapa?” soal Alisha bertalu-talu.
“Entahlah Shikin pun
tak tahu. Tapi Shikin rasa inilah kali pertama Shikin nampak dia kat tepi
pantai tu. Itu pun kebetulan dia singgah ke kedai. Handsomenya.. Kalaulah dia boleh jadi pakwe aku..”
“Hishh kau ni.. Baru
pertama kali jumpa lelaki terus nak jatuh cinta..”
“Aku serius.. Kalau dia
mahu jadi pak we aku memang aku tak akan lepaskan dia..” ujar Shikin tanpa
berselindung lagi. Sumpah kalau lelaki itu jadi pakwe dia pasti dia tak akan
lepaskan..
Alisha hanya ketawa
mendengar kata-kata Shikin.