Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday, 24 June 2013

Ada Dia Di Hati 15


 

Alisha rebah di depan rumah mewah itu. Entah mengapa pandangannya mula kabur dan dia terus tidak sedarkan diri. Mak Som yang ingin membuang sampah terkejut melihat sekujur tubuh yang tidak sedarkan diri di luar pagar itu. Lalu dia menjerit nama Pak Mat. Pak Mat merupakan pemandu Dato Hadi Syam terus sahaja mendapatkan Mak Som.

“Kenapa?” soalnya terkocoh-kocoh.

“Ni bang, ada orang pengsan depan ni..” terang Mak Som lagi.

“Jomlah kita angkat dia bawa masuk ke dalam..”

“Kenapa Mak Som?” soal Amri dan juga ayahnya. Pada masa itu mereka sudah mahu berangkat ke pejabat bersama. Namun bila mendengar jeritan Mak Som kedua mereka bergegas keluar dari rumah.

“Tadi Mak Som terjumpa seorang gadis pengsan di depan pagar rumah.. Itu yang saya suruh Pak Mat angkat dia..” ujar Mak Som gelisah.

Tanpa menunggu lama, Amri terus saja mengangkat tubuh itu menuju ke bilik Mak Som. Dia terus menghubungi doktor peribadi mereka. Kalau perlu mereka akan menghantar gadis itu ke hospital.

Mak Som membuka tudung yang ada di kepala Alisha. Mungkin juga gadis ini lari dari rumah. Melihat gayanya si gadis ini mungkin baru tiba dari kampung. Tetapi kenapa dia pergi ke kawasan rumah mewah ini? Mungkin juga dia tersesat? Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran Mak Som.

Dengan tidak sengaja dia terlihat rantai yang di pakai oleh Alisha. Di rantai  itu tertulis nama Alisha. Zap!! Mungkin gadis ini anak gadis Dato Hadi yang hilang dulu. Dia cuba mengingatkan kembali. Dulu dia dan isteri Dato Hadi pernah pergi ke kedai emas untuk membuat rantai itu.. argh!! Memang tidak salah. Dia memengang rantai itu. Akhirnya dia mengucap syukur. Bersyukur kepada tuhan jika gadis itulah anak perempuan majikannya yang mereka cari selama ini.

“Dato..”

“Ada apa Mak Som?”

“Saya rasa gadis ini anak perempuan Dato yang hilang dulu..” ucap Mak Som.

“Maksudnya dia Alisha?? Alisha anak perempuan saya tu??” soal Dato Hadi bertalu-talu.

Mak Som mengangguk. “Iya Dato.. Saya pasti benar dia tu anak gadis Dato..”

“Macam mana awak tahu Mak Som?” soal Dato Hadi. Kalau betullah bagai apa yang di kata Mak Som dialah manusia yang paling gembira sekali!

“Dia ada pakai rantai bernama Alisha. Rantai itu sama seperti rantai yang saya dan arwah Datin buat dulu. Memang sebiji Dato..” terang Mak Som dengan perasaan yang sangat gembira sekali.

Semua mereka mengucap syukur. Biarpun mereka belum pasti sama ada gadis itu anak perempuan Dato Hadi yang hilang dulu.

...................................

Alisha duduk di sofa yang empuk itu. Namun matanya gatal melihat sekeliling rumah itu. Semuanya nampak mewah. Rumah siapakah ini? Tidak lama kemudian datang pula seorang lelaki yang kira berumur. Agak-agak sebaya dengan ayahnya Pak Hamid. Dan yang seorang lagi masih muda. Boleh di panggil abang.

Kedua mereka mengambil tempat berhadapan dengan dirinya. Dalam hati, Alisha masih tertanya-tanya apakah tujuan mereka memanggilnya duduk di ruang tamu itu.

“Siapa nama awak?”

“Alisha..”

“Alisha saja?” soal Dato Hadi hairan.

“Ya nama saya Alisha” jawab Alisha dengan tenang.

“Dulu awak tinggal di mana?”

Alisha terus sahaja menyebut nama kampung dan bercerita perihal keluarga angkatnya. Kemudian dia bercerita tentang dirinya yang sudah berkahwin. Dan dia datang ke Kuala Lumpur untuk mencari suaminya. Namun dia sesat kerana dia tidak tahu alamat sebenar suaminya.

Dato Hadi dan Amri mengangguk. Kini mereka sudah faham dengan masalah gadis itu. Patutlah doktor peribadi mereka cakap yang gadis itu hamil. Sebab itu dia pengsan mungkin kerana dia tidak makan. Apabila perut kosong itu yang menyebabkan tenaganya kurang.

“Malam ini, kamu berehat dulu. Esok saya suruh anak lelaki saya bawa kamu jumpa doktor.” ujar Dato Hadi. Sedikit sebanyak hatinya mula tenang. Entah mengapa kehadiran gadis yang tiba-tiba itu mengingatkan dia pada seseorang.

Dia berbisik ke telinga Mak Som.

“Mak Som tunjukkan bilik atas. Bilik Alisha dulu..”

“Dato izinkan dia tinggal di situ? Itukan bilik anak perempuan Dato?” soal Mak Som keliru. Bagai mana Dato Hadi mengizinkan Alisha tinggal di bilik anak perempuan majikannya yang hilang itu. Selama ini bilik itu langsung tidak di usik. Hanya sekali sekala dia mengemas untuk mempastikan kebersihannya.

“Saya rasa sangat yakin dia anak perempuan saya yang hilang dulu. Rupa parasnya pun mirip arwah isteri saya!” jawab Dato Hadi lagi. Mak Som hanya mengangguk. Naluri seorang ayah juga kuat. Mungkin benar juga apa yang di katakana oelh Dato hadi itu. Kemudian dia mendekati Alisha lalu di tunjukkan bilik anak perempuan Dato Hadi yang hilang dulu.

Alisha hanya mengangguk macam burung belatuk. Dia pun tidak mahu menyaratkankan masalahnya. Esok dia akan berjumpa dengan doktor. Nasib baiklah dia ada bawa dokumen penting. Nanti senanglah dia berurusan dengan pihak hospital.

..................................

Selepas dua minggu kemudian, Doktor Hashim telah menelefon Dato Hadi. Dia mahu Dato Hadi pergi berjumpa dengannya untuk mengambil keputusan ujian DNA itu. Dato Hadi terus sahaja membatalkan segala temu janjinya petang itu kerana dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Doktor Hashim. Dia juga menyuruh Amri mengikutnya sama.

Dato Hadi dan Amri berasa sangat gembira apabila keputusan DNA itu menyebelahi mereka. Ternyata Alisha adalah orang yang di cari-cari selama ini. Nampaknya penantian mereka sudah berakhir. Perempuan yang mereka temui pengsan di depan rumah mereka itu sebenarnya orang yang mereka cari selama beberapa tahun.

Sesampai sahaja di rumah dia mencari-cari Alisha. Namun dia langsung tidak nampak kelibat Alisha. Entah di mana agaknya Alisha ketika ini?

“Mak Som, mana Alisha?” soalnya kepada Mak Som yang kebetulan lalu di ruang tamu.

“Dia ada kat bilik atas. Katanya dia nak solat tadi..” jawab Mak Som. Dia hairan melihat Amri seperti tersenyum-senyum padanya.

“Oh.. Papa, Am pergi jumpa dia adik dulu ya!” ucap Amri sambil tersenyum. Dato Hadi hanya mengangguk.

“Kenapa dengan Amri tu? Gembira semacam je?” soal Mak Som kepada Dato Hadi.

“Itu yang saya nak cakap dengan Mak Som. Tadi kami jumpa Doktor Hashim.”

“Kenapa? Dato sakit ke?” soal Mak Som lagi. Bukannya dia tidak tahu keadaan majikannya selama ini kurang baik. Bimbang juga kalau ada apa-apa yang berlaku. Dia sudah menganggap keluarga Dato Hadi seperti keluarganya sendiri.

“Bukan. Ini pasal Alisha..”

“Pasal Alisha. Macam mana?”

“Ternyata keputusan ujian DNA itu memihak kepada kami Mak Som. Alsiha itu memang anak perempuan saya. Saya rasa bersyukur sangat. Akhirnya kami sempat juga bertemu sebelum saya menutup mata..”

“Syukur. Alhamdulillah.. Memang kita tak sangkakan..” ujar Mak Som lagi. Dia juga turut gembira.

Amri mencapai sampul surat sebelum berlalu ke bilik Alisha. Dia perlu membawa surat itu bersama sebagai bukti, manalah tahu gadis itu bertanya nanti. Setibanya di depan pintu, dia mengetuk perlahan. Berkali kali namun sepi.

“Abang masuk ya.”

“Masuklah..” kedengaran suara Alisha dari dalam. Amri menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan. Daun pintu ditolak perlahan. Kelihatan Alisha baru lepas melipat kainnya. Alisha kelihatan duduk di katil. Dengan teragak agak Amri melabuhkan punggungnya di birai katil. Bilik itu diperhati sebelum pandangannya jatuh pada tubuh adiknya.

“Isha. Abang ada hal nak beritahu Isha”

“Hal apa tu bang?” soal Isha bersahaja. Ini mesti hal penting. Kalau tidak mustahil lelaki yang di gelar abang itu berani masuk ke biliknya. Memang pun pintu biliknya terbuka. Tetapi dia masih sedar tentang dirinya.

“Sebenarnya tadi, abang dengan papa baru lepas jumpa Doktor Hashim.”

“Kenapa Dato Hadi sakit ke?” soal Asliha dengan cepat.

“Tak Isha. Kami pergi mengambil keputusan ujian DNA yang kita buat hari tu. Jadi keputusannya memang Isha adik abang dan anak perempuan papa” terang Amri dengan gembira.

“Mustahil bang?”

“Betul.. ini keputusannya..” Amri terus menyerahkan sampul surat yang berisi keputusan ujian DNA itu.

Alisha terus sahaja membukanya. Ternyata benar kata Amri. Keputusan ujian DNA itu memihak pada mereka.

“Jadi benarlah abang ni abang kandung Isha?” soal Alisha sambil itu air matanya sudah bergenang. Amri mengangguk. Bbahu Alisha disentuh dan diusapnya perlahan. Cuba meredakan hati kecil milik gadis itu. Dia tahu pasti Alisha masih tidak biasa dengannya.

“Abang tahu apa yang Isha rasa sekarang. Tapi percayalah kami sudah lama mencari Isha. Sampaikan arwah mama sakit sehingga dia meninggal kerana terlalu rindukan Isha. Papa juga selama ini bimbang. Sebab dia risau dia tidak sempat bertemu dengan Alisha” Amri berhenti sebentar.

“Kenapa abang cakap macam tu?”

“Sebenarnya papa tu selalu sakit. Kiranya kesihatannya sejak akhir-akhir ini tidak mengizinkan..”

“Papa sakit apa?”

“Dia ada sakit jantung..”

“Isha tak sangkalah pula, yang papa tu sakit.” Amri hanya mengangguk!

“Jadi mulai sekarang, Alisha adalah sebahagian dari hidup papa. Abang rasa dah tiba masanya papa berehat di rumah. Lagipun Alisha boleh jaga papakan?”

“Kalau itu yang abang nak, Isha tak kisah. Alisha lagi suka kalau dapat jaga papa. Tak adalah Isha bosan sangat duduk kat rumah.”

Akhirnya kedua mereka adik beradik itu berpelukan. Siapa sangka hari ini mereka di pertemukan. Alisha tidak habis-habis mengucapkan syukur.

..........................................

Sejak mengetahui Alisha adalah anak kandungnya, Dato Hadi mengambil berat tentang Alisha. Apatah lagi dia mengetahui Alisha sedang mengandung. Hajatnya untuk bertemu dengan anak perempuannya sudah tercapai. Tetapi sayangnya isterinya tidak sempat untuk berjumpa dengan Alisha. Kerana mereka kehilangan Alisha, isterinya selalu jatuh sakit sehingga akhirnya dia meninggal tanpa sempat bertemu dengan Alisha.

Kini walau pun dia sering jatuh sakit dia tetap berasa gembira kerana setiap hari dia di temani oleh anak perempuannya. Dia tidak akan mempersiakan walau sesaat pun untuk bersama anak perempuannya. Lagi pun dia sudah menyerahkan kerjanya di pejabat kepada anak sulungnya iaitu Amri. Dia percaya Amri akan dapat menjalankan tugasnya sebagai ketua dalan syarikat itu.

Kandungan Alisha semakin hari semakin membesar. Tanpa sokongan suami yang entah dimana, dia tetap bersabar dan selalu berdoa semoga dia di pertemukan dengan suaminya suatu hari nanti. Sekali sekala dia menatap album gambar ketika hari persandingannya.

.......................

Zafran Haicarl kembali ke Malaysia dengan perasaan gembiranya. Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan Alisha. Ketika dia berjauhan dengan Alisha barulah dia merasakan dirinya benar-benar jatuh cinta pada isterinya. Perasaan rindunya rasa membuak-buak di dada. Rasa menyesal pula kerana ketika Alisha ada di depan mata dia tidak melayannya dengan baik. Dia asyik marahkan dirinya kerana tidak dapat melupakan Sofia. Namun Alisha begitu sabar melayani karenahnya. Sehingggalah suatu hari dia tidak tahan dengan kelembutan yang di tunjukkan oleh Alisha. Akhirnya dia akur sendiri bahawa dia cintakan isterinya sepenuh jiwa dan raganya.  Dia juga tahu isterinya itu sangat mencintai dirinya.

‘Alisha tunggu kepulangan abang. Abang tak sabar nak jumpa Alisha. Abang benar-benar rindukan Alisha!!’ jeritnya dalam hati. Akhirnya dia terlena sendiri membawa kenangan yang indah pernah di laluinya bersama Alisha.

...............................

1 comment:

  1. HABIS LA KALAU DIA BALIK PUN X DAPAT JUMPA ALISHA.

    ReplyDelete