Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 13 March 2014

Kau Rantai Hatiku 40


“KORANG pergi mana tadi?” soal Bella sebaik saja melihat Tengku Elman masuk ke bilik pejabatnya.

“I keluar jumpa klien.. Kenapa dengan you ni? Jelous?” soal Tengku Elman dengan serius! Dia dah agak Isabella akan mencarinya di bilik pejabat itu.

“Memang I jelous. Tapi I jelous tak bermakna I tak percayakan you. I hanya takut akan kehilangan you!!” jawab Isabella lagi.

Tengku Elman mendengus marah.. Lagi-lagi cemburu!! Cemburu yang tiada penghujungnya.

“You jangan ingat I tak dengar apa yang you cakap pada Humaira pagi tadi.. Bukan main lagi bersayang-sayang dan ucap I love you! Dengan I, you tak pernah cakap macam tu walau pun hanya dengan gurauan!”  marah Isabella. Dia cemburu mendengar kata-kata Tengku Elman kepada Humaira walauoun itu di anggap gurauan.

“I tak bergurau!!” cepat Tengku Elman menjawab. Walaupun beribu kali dia memberitahu perkara yang sama tentang perasaannya, namun Isabella tak pernah ambil pusing. Kononnya dia sangat cintakan dirinya. Namun bila dia mengetahui serba sedikit tentang perangai Isabella dan Datin Melinda dia juga menjadi orang yang berprasangka buruk.

“What?? It not joke??”soal Bella dengan nada suara yang tinggi. Mengapalah lelaki ini tidak pernah mahu mengerti dan memberi peluang untuk dirinya. Dengan orang lain, lelaki mahu pula berbaik-baik.

“Yes.. I really-really mean it! I am sorry!!

Isabella terduduk lemah di atas sofa yang berada di ruang sudut bilik pejabat Tengku Elman. Dia melihat Tengku Elman seperti tidak mengendahkan dirinya.

How dare you!!

I am sorry!!” ujar Tengku Elman lagi.

“Tapi I tak akan berputus asa untuk hubungan kita ini!” akhirnya Isabella memberi jaminan.

Tengku Elman memandang wajah Isabella. Gadis itu benar-benar tekad! Itulah yang dia khuatir selama ini. Bagai mana pula kalau dia tahu Ariana masih hidup!

Kemudian Isabella bangun meninggalkan Tengku Elman dengan perasaan yang sukar di gambarkan.

“KENAPA ni Ira? Ira ada masalah ke?” soal Mak Teh sebaik saja dia duduk dekat dengan Humaira. Humaira yang baru saja mahu memejam mata terus saja terbuka matanya. Dia menegakkan tubuhnya.

“Tak ada apa-apalah Mak Teh.. Ira penat sikit je..”

“Oh ingatkan Ira ada masalah. Risau Mak Teh tau!!” ujar Mak Teh.

“Boleh Ira tanya sesuatu?”

“Boleh. Tanyalah apa dia?”

“Mak Teh dan Pak Teh kenal lama ke dengan Tengku Elman?” soal Humaira berhati-hati.

“Kenal lama dah.. Itu pun nasib baik dapat jumpa semula.. Kenapa Tengku Elman buat apa-apa kat Ira ke?” Mak Teh bertanya pula. Manalah tahu kalau-kalau Tengku Elman buat perkara macam-macam dengan Humaira. Tapi itu mustahil sebab dia tahu Tengku Elman sangat sayangkan Humaira.

Humaira serba salah. Nak bagitahu ke tidak dengan Mak Teh tentang apa yang sudah berlaku hari ini.

“Tak adalah.. Saja je Ira tanya.”

“Baguslah kalau dia layan Ira dengan baik. Mak Teh ingatkan dia buat apa-apa yang sakitkan hati Ira..” ujar Mak Teh sambil tersenyum. ‘Layan Ira dengan baik? Dia bukannya seperti yang Mak Teh sangka’ bisik Humaira dalam hati.

“Ira nak naik ke atas dululah Mak Teh.. Lagi pun badan ni lekat dengan peluh. Rasa tak selesa pulak!!” beritahu Humaira. Dia tidak mahu Mak Teh akan bersoal panjang dengannya.

 

MALAM itu Dato Farid duduk di bilik tidurnya. Entah kenapa dia terkenang kembali pertemuannya dengan Humaira tengah hari tadi. Hatinya berasa sayu bila mengenangkan anaknya yang sebaya dan serupa dengan gadis itu. Tiba-tiba dia rasa rindu!! Setelah sekian lama dia di tinggalkan pergi oleh anaknya Ariana itulah kali pertama dia betul-betul rasa rindu dan mula menyesal dengan sikapnya yang selalu berat sebelah.

Ketika anak gadisnya masih hidup, dia jarang meluangkan masa bersama. Sehingga itu dia mengambil keputusan supaya Ariana di kahwinkan dengan Tengku Elman. Lagipun dia tahu Tengku Elman boleh menjaga Ariana dengan baik. Tetapi tuhan tetap sayangkan anak tunggalnya itu. Ketika dia kehilangan Ariana, barulah dia sedar betapa dia selalu mengabaikan tanggung jawabnya pada anak gadisnya itu. Manakala dia selalu menyebelahi Isabella yang merupakan anak tirinya.

“Ari.. Papa sangat rindukan Ari.. Kalau Ari masih hidup, papa mahu meminta maaf kerana selalu mengabaikan Ari dahulu.. Bila Ari pergi dari hidup papa barulah papa sedar yang selama ini papa selalu mengabaikan Ari dalam hidup papa..” ujar Dato Farid sendirian.

Kemudian dia tersenyum bila mengingatkan kembali pertemuannya dengan gadis yang bernama Humaira tengah hari tadi. Tiba-tiba pula Tengku Elman menyuruh gadis itu memanggilnya papa.. Itu pun cukup untuk melepaskan rasa rindu pada anak gadisnya.

“Bang.. Kenapa senyum sorang-sorang ni?” soal Datin Melinda yang melangkah masuk ke bilik mereka.

“Tak ada apa-apalah.. Abang cuma teringatkan Ariana..” jawabnya perlahan.

“Abang ni tak sudah-sudah ingat orang yang dah mati.. Kita yang ada didepan ni tak pula dia nak ingat!!” soal Datin Melinda dengan perasaan tak puas hati.

“Siapa cakap abang tak ingat..”

“Atau Mel dah nampak tua sebab itu tak menggoda?” ujar Datin Melinda dengan suara rajuknya.

“Siapa cakap Mel tak menggoda.. Kalau tak masakan abang kahwin dengan Melkan?” jawab Dato Farid lagi. Dia faham, isterinya itu selalu cemburu kalau dia menyebut nama orang lain. Sama juga seperti Isabella.

“Yelah.. Kita ni kulit pun dah berkedut.. Sebab itu abang dah tak sayangkan Mel lagi.. tapi tak apa, esok Mel akan pergi buat rawatan muka biar nampak cantik di mata abang..” ajuk Datin Melinda dengan gayanya yang manja. Dato Farid hanya ketawa kecil. Isterinya ini pantang betul kalau dia menyebut nama orang lain pasti dia akan merajuk..

“Duduklah kat sini.. Nanti abang sayangkan Mel..”

Datin Melinda tersenyum lebar. Dia tahu kalau dia merajuk sedikit sahaja, pasti Dato Farid akan cuba memujuknya. Sebab itulah dia sukakan Dato Farid dulu.

 

HUMAIRA sampai ke pejabat ketika hari masih pagi benar. Tidak ramai yang sudah sampai, cuma Kak Sofi dan Encik Johan sahaja yang sedang sibuk memulakan operasi dalam pejabat ini.

Dia terus duduk di mejanya dan mengemaskan mejanya yang sedikit berselerak.

“Awal kau sampai Ira?” soal Kak Sofi yang kebetulan menghidupkan semua suis penting dalam pejabat.

“Biasa jelah kak. Ira tak nak lambat turun nanti jalan jam. Lagipun Ira tak suka dengan jalan yang sesak. Lebih baik Ira keluar awal dari rumah..” balas Humaira sambil tersenyum. Kemudia Kak Sofi berlalu ke meja yang berada di hujung sudut.

Manakala Humaira pula terus menuju ke pantry untuk bersarapan seperti kebiasaannya.

TENGKU Elman masuk ke pejabatnya, kemudian dia keluar semula bila dia perasan Humaira tidak ada di tempat duduknya. Tapi keretanya ada. Dalam hati tertanya-tanya juga. Tak mungkin Humaira tidak turun kerja atau dia berada di mana-mana dia ruang pejabat itu.

“Ya bos nak apa?” soal Kak Sofi sebaik saja melihat Tengku Elman seperti mencari sesuatu berdekatan dengan meja kerja Humaira.

“Mmm Ira dah sampai?” soal Tengku Elman tidak sabar.

“Dah.. mungkin dia ke pantry agaknya..” j.awab Kak Sofi lagi. Tengku Elman mengangguk. Dia terus langkah menuju ke ruang pantry. Pagi ini dia keluar awal dari rumah dan dia belum sempat bersarapan dengan mamanya. semuanya gara-gara dia tidak sabar unutk bertemu dengan Humaira.

Dia membuka pintu itu perlahan. Kelihatan Humaira sendirian di ruang pantry itu berdiri membelakangkan tubuhnya. Hanya kedengaran bunyi air yang di masak oleh Humaira yang menunggu untuk mendidih.  Dia mendail nombor Encik Johan. Dia mahu Encik Johan menjaga di bahagian depan untuk memastikan tiada siapa yang menganggu dia ketika dia berada di bilik itu bersama Humaira. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke arah Humaira.

“Sayang buat apa tu?” bisiknya ke telinga Humaira. Humaira terkejut. Hampir terlepas mug yang di pegang di tangan. Nasib baiklah ketika itu dia belum lagi menuangkan air panas ke dalam mugnya itu.

“Tengku!!!” jerit Humaira lagi. Dia benar-benar geram dengan kelakuan Tengku Elman yang sesuka hati saja memanggilnya sayang.

“Ala comelnya sayang abang kalau dah marah..” usik Tengku Elman lagi. Suka benar dia melihat wajah Humaira yang berlagak marah! Tawanya masih belum berhenti. Pagi tadi dia sanggup keluar awal dari rumah kerana dia tahu Humaira biasanya awal datang ke tempat kerja. Apa yang di sangkanya itu tepat. Lagi pun buat masa ini hanya mereka berempat sahaja yang sudah sampai di pejabat.

“Siapa sayang abang? Tengku jangan nak merepek yang bukan-bukan. Boleh sakit jantung Ira kalau hari-hari macam ni!!” marah Humaira lagi.

“Janganlah marah-marah! Nanti cepat tua..” dia mengusik lagi. Namun matanya tetap memandang wajah Humaira yang masih marah itu. Rasa rindu!!

“Ada Ira kisah? Suka hati Iralah!!”

“Sayang, jangan marah.. Ni tolong buatkan abang coffee..”

“Buat sendirilah!!” balas Humaira lagi. Ada ke patut dia cakap macam tu dengan bos dia sendiri. Memang dia pekerja yang tidak bertanggung jawab.

Please.. Make me a coffee.. Because coffee you paling sedap!” Humaira rasa serba salah dengan rayuan Tengku Elman. Nampak sangat lelaki itu belum minum pagi.

“Okey. Tengku duduk dulu. Nanti Ira buatkan coffee untuk Tengku” kini giliran Humaira pula memberi arahan.

Tengku Elman tersenyum. Dia pasti Humaira tidak sampai hati menolak permintaannya.

Humaira terus sahaja mengambil satu lagi mug untuk membuat air kopi Tengku Elman. Tengku Elman yang duduk di meja makan itu terus tersenyum. Matanya ternampak bekas makanan dalam plastic yang berada di atas meja. Mungkin itu kuih sarapan yang di beli oleh Humaira. Tapi kalau beli takkan di letakkan dalam bekas makanan?

Humaira terus meletakkan mug yang berisi air kopi didepan Tengku Elman. Kemudian dia pun turut duduk bersama. Dia membuka bekas makanan yang di ambilnya dalam plastic tadi.

“Makan Tengku kalau sudi..” ajaknya selamba. Tengku Elman tersenyum lebar.

“Kalau sayang abang yang ajak, abang tak akan tolak..”

“Dah mulalah tu!! Malas nak layan perangai Tengku yang mengarut ni! Kan bagus kalau Tengku simpan panggilan sayang Tengku itu untuk Cik Bella...” cebik Humaira lagi.

“Untuk apa? Saya panggil pada yang layak je tau!!” balas Tengku Elman sambil menyuakan kuih ke mulutnya. Masih lagi mahu mengusik Humaira. Tapi dia bukan sekadar mengusik, dia cuba memberi hint kepada Humaira.

“Ira ni layak ke Tengku? Boleh tak Tengku jangan cakap yang bukan-bukan. Cik Bella tu tunang Tengku dan kalian berdua akan kahwin tak lama lagi.. tapi Ira masih tak faham dengan perangai Tengku yang suka buat hal dengan Ira. Yang menjadi mangsanya ialah Ira.. Tak pasal-pasal pula Cik Bella marahkan Ira!” kini pecah jua apa yang mahu di simpannya.

What?? Bella marah Ira?” soal Tengku Elman tiba-tiba.

“Bila?” sambung Tengku Elman lagi. Humaira membisu. Kenapalah dia terlepas cakap tadi? Adoi!! Masalah timbul lagi. Dia menepuk mulutnya sendiri. Dia sudah tersasul.

Ira, I ask you!!” suara Tengku Elman agak keras. Dia melihat Humaira mendiamkan diri. Mungkin Ira serba salah. Tapi dia tidak boleh membiarkan Isabella menganggu Humaira.

“Kita lupakanlah..” pujuk Humaira lagi. Dia tidak mahu meretakkan lagi hubungan Tengku Elman dengan Cik Bella.

No!! This is serious matter!!”

“Kan Ira cakap lupakannya..” sambil itu Humaira terus bangun dari tempat duduknya. Makin lama dia duduk berdepan dengan Tengku Elman makin banyak pulak hal yang berlaku.

Ira.. Please tell me the truth..” desak Tengku Elman. Tangannya memegang tangan Humaira. Humaira terkejut. Lagi pun jantungnya juga mula berdegup kencang. Ia seolah-olah mahu melompat keluar dari tubuhnya.

“Apa Tengku buat ni? Nanti ada orang nampak tau!!” marahnya lagi.

“Tak ada orang nampak. Cuma kita berdua saja kat sini..” jawab Tengku Elman dengan yakin. Kalaulah Humaira tahu ada orang yang jaga line depan hanya untuk dia meluangkan masa dengan Humaira.

“Tengku nak buat apa dengan Ira?”

“Tak buat apa-apa. Cukup kalau abang dapat menikmati sarapan pagi dengan sayang..” ujar Tengku Elman dengan suara romantiknya.

“Itu jer?” soal Humaira kehairanan. Apa istimewanya sekadar sarapan pagi di pantry dan makan kuih muih yang di sediakan oleh Mak Teh dengan secawap kopi yang dia sediakan. Pelik!!

“Mmm.. itu dah cukup membuatkan abang bahagia sayang..” balas Tengku Elman.

“Uhuk…” Humaira terbatuk. Rasa nak muntah dia mendengar Tengku Elman memanggilnya sayang dan membahasakan dirinya abang. Mungkin Tengku Elman tak sihat kot. Dia meletakkan belakang tangannya di dahi Tengku Elman.

“Tak demam pun.”

“Abang tak demam sayang.. Ini kenyataan..” ucap Tengku Elman lembut.

“Apa-apalah Tengku ni. Malas nak layan..” marah Humaira. Dia rasa geram kerana rasa dirinya di permainkan. adakalanya dia sendiri pun tidak dapat mengawal perasaannya terhadap lelaki itu. kadang kala bagaikan ada magnet yang melekatkan dia dengan Tengku Elman.

Ketika Humaira melangkah keluar, dia melihat Encik Johan tersenyum padanya. Patutlah tidak ada orang masuk ke pantry seperti selalu sebab Encik Johan jaga line dekat depan. tengku Elman memang melampau!!

SETIAP hari mereka sangat sibuk dengan persediaan untuk majlis pelancaran itu nanti. Dalam masa yang sama, Humaira masih lagi belum berkesempatan untuk keluar membeli pakaian yang akan di pakai malam itu nanti. Kerana kesibukan yang memanjang, dia langsung tidak dapat balik awal. Ada saja yang Tengku Elman suruh dia buat. Kadang-kadang dia orang yang paling akhir pulang. Tengku Elman pula sentiasa memberi alasan yang munasabah supaya dia pulang lewat dari orang lain. Dia sendiri pun kadang-kadang ingin saja memberontak namun bila mengingatkan kembali budi Tengku Elman dia diamkan diri sahaja.

Setiap hari, Humaira terpaksa pulang lewat. Sesampai sahaja di rumah dia hanya mahu melelapkan matanya sahaja. Kepenatannya membuatkan dia langsung tidak mempedulikan orang sekelilingnya.

9 comments:

  1. terima kasih atas sambungan. Tengku Elman telah pun membuka langkah pertama. tetapi nampaknya isabela pun akan mengorak langkahnya juga. kesian humaira dan papanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Hasiza.. memang tengku ELman lelaki yang gentleman.. mmg kesian humaira dengan papanya.. itulah lumrah hidup. bila ada di depan mata langsung tak di hargai..

      Delete
  2. salam, saya suka sgt novel dlm blog nie.. best...
    jgn putus asa n maju terus dlm brkarya... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. walau pun Tak kenal siapa.. saya akan terus berkarya.. sebab saya suka mengarang dari membaca..

      Delete
  3. best... Sweet ny TEQ...
    smbung la cpt.... :)

    ReplyDelete
  4. assalamulaikum. apa langkah tengku elman seterusnya ya. harap penulis cepat sambung ya. terima kasih juga kepada penulis atas kegigihan untuk memberi yang terbaik kepada pembaca.

    ReplyDelete
  5. assalamulaikum. terima kasih atas balasan. cuma sekarang yang menjadi persoalan kemana menghilang amir dan airin. apa tindakan tengku elman nanti

    ReplyDelete