Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday 30 August 2014

Wednesday 27 August 2014

Kau Rantai Hatiku 53



PAGI tadi dia mendapat panggilan dari Tengku Suraya. Kenapa tiba-tiba sahaja bakal mertuanya itu mahu berjumpa dengannya. Selalunya dia akan bercakap sahaja dalam telifon kalau ada apa-apa. Resah Isabella memikirkannya.

Tengku Suraya bertemu dengan Isabella. Selepas Tengku Elman meminta pertunangannya dengan Isabella di putuskan dia rasa tidak senang hati. Dia mahu tahu kenapa Tengku Elman tiba-tiba sahaja mahu pertunagannya di putuskan.

“Bella apa khabar?” soal Tengku Suraya. Dia melihat gadis itu sangat menjaga penampilannya. Pakaiannya juga agak seksi. Dan ini membuatkan dia juga tidak berapa suka dengan sikap Bella.

“Bella sihat.. Auntie?” soal Bella pula.

Auntie pun sihat..” sambil itu matanya merenung ke arah gadis yang duduk di depannya itu.

“Ada apa Auntie nak jumpa Bella ni?” soal Isabella. Dalam hati dia tertanya-tanya juga. Tidak pernah Tengku Suraya mahu bertemu dengannya seperti sekarang ini.

“Ni auntie nak tanya Bella. Bella dengan Tengku Elman bergaduh ke?” Tengku Suraya bertanya perlahan. Wajah anak gadis itu di tatap. Dia seorang yang baik tetapi anaknya Tengku Elman tidak pernah memandang kebaikan yang ada pada Bella.

“Bergaduh? Tak adalah auntie. Kami berdua baik-baik saja. Kenapa Auntie tiba-tiba tanya macam tu?” soal Bella kehairanan.

“Tak adalah.. Auntie pun tak tahu nak cakap apa? Hari itu, Tengku Elman ada cakap dengan Auntie, dia mahu pertunangan kamu di putuskan. Bila auntie tanya sebab.. Dia cakap dia tak ada hati dengan Bella. Bella tahu kenapa dia jadi macam tu?” soal Tengku Suraya. Isabella rasa geram! Namun dia tidak menunjukkan perasaannya di depan Tengku Suraya. Manalah tahu Tengku Suraya tiba-tiba ubah fikiran dan mengikut kata Tengku Elman untuk memutuskan pertunangan mereka.

“Entahlah auntie, sejak dia balik dari Johor hari tu, dia sudah banyak berubah! Bella pun susah nak jumpa dia di pejabat” Kini giliran Bella pula mengadu kepada Tengku Suraya.

Auntie pun hairan. Sejak akhir-akhir ini dia selalu pulang lewat. Kalau hari minggu dia langsung tak balik rumah.. Bila auntie tanya dia cakap dia tidur di rumah kawannya.. Bella ada kenal ke kawan-kawan dia?” dahi Isabella berkerut. Dia langsung tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Entahlah auntie. Bella pun jarang dapat bertegur dengan dia. Setiap kali Bella nak keluar dengan dia, mesti dia berikan pelbagai alasan.. Bella pun bingung..”

Auntie rasa dia sembunyikan sesuatu dari kita tak?” Isabella menggeleng! Dia pun tidak tahu apa punca sebenar Tengku Elman bersikap dingin terhadapnya. Tidak pernah Tengku Elman mahu memberi peluang pada dirinya untuk membuktikan cintanya pada lelaki itu!

Pertemuannya dengan Tengku Suraya membuatkan dia bertambah yakin bahawa Tengku Elman sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

ISABELLA melangkah masuk kedalam pejabat Tengku Elman. Dirempuh terus pintunya tanpa sempat dihalang oleh setiausaha Tengku Elman yang berkawal diluar.

Hatinya betul-betul rasa sakit. Selama ini dia boleh bersabar dengan karenah Tengku Elman. Tetapi semenjak dia tahu Tengku Elman mahu memutuskan pertunangan mereka, dia jadi tak keruan. Mana boleh Tengku Elman putuskan pertunangan mereka begitu saja. Malulah dia kepada pekerja bawahannya. Semua tahu dia tunangan Tengku Elman Qaufar yang kacak itu.

“Sayang .. Kenapa sayang nak putuskan pertunangan kita?” bersuara lembut. Pada hal dalam hati dia sudah merasa bahang yang akan meletup bila-bila masa saja.

“Cepat betul mama I bagitahu you..” sindir Tengku Elman.

“I nak tahu kenapa tiba-tiba you nak putuskan pertunangan kita?” soal Bella lagi.

“I tak berminat. Lagi pun bukan I nak sangat pertunangan ini” jawab Tengku Leman selamba.

“Sayang.. baik cakap betul-betul. Ini mesti gara-gara perempuan yang mirip Ariana tukan” di hembur rasa marahnya.

“Kenapa?? Tak boleh ke kalau I nak serius dengan dia. Lagi pun dia baik apa.” jawab Tengku Elman perlahan. Dia sudah menduga pasti Isabella akan mengamuk jika dia tahu hal itu.

“Baik.. Perempuan yang merampas tunang orang tu yang you cakap baik?” soal Bella geram. Entah sejak bila pula Tengku Elman selalu menyebelahi perempuan tak guna itu!

“Dia tak rampas I dari sesiapa.. Lagi pun I cintakan dia.. Tak salah Elman jatuh cinta dengan dia?” selamba sungguh Tengku Elman dengan pengakuannya. Ini membuatkan Bella benar-benar marah!

What??? You boleh jatuh cinta dengan dia habis dengan I, you langsung tak cinta? I ni tak cukup baik ke??”

“Nampaknya begitulah..” jawapan itu membuatkan Bella geram. Apa lagi meruap-ruaplah rasa marah Isabella.

“You nikan.. Langsung tak kenang budi tahu. Lima tahun I bersabar dengan karenah you agar you boleh lupakan Ariana. Alih-alih you pilih perempuan yang mirip Ariana. You sedar tak yang dia bukan ‘Ariana’ awak tu. Ariana dah lama mati!!!” Hati Tengku Elman jadi panas. Matanya betul-betul berlaga dengan mata Isabella.

Shut up!!!” jeritnya di depan Bella. Bella terkejut melihat kemarahan di wajah Tengku Elman. Selama ini bila mereka bergaduh, akhirnya pasti Tengku Elman mengalah. Tetapi kali ini nampaknya Tengku Elman sudah bosan dengan dirinya.

“Memang I sedar. Tapi Ariana masih hidup dalam hati I! Dalam jiwa I! You nak buat apa? Nak bunuh perempuan yang mirip ‘Ariana’ tu? Kalau berani langkah mayat I dulu!!” kata-kata itu sungguh mengejutkan Isabella. Nampaknya kali ini dia gagal meraih cinta Tengku Elman sekali lagi.

“Elman.. I hate you.!!” ujar Bella sambil keluar dari pejabat Tengku Elman. Hatinya sunguh membara. Di mana perempuan itu sekarang? Dia harus mencarinya.

“Humaira!!!” Isabella menjerit nama perempuan itu. Terkocoh-kocoh Humaira datang berdiri di hadapan Isabella.

“Ya cik.. Ada apa?” soal Humaira. Dia tidak tahu kenapa Bella memanggilnya.

“Hei perempuan..!! Kau memang tak faham bahasakan? Berapa kali I cakap, jangan cuba nak dekat dengan tunang I..Yang you degil sangat kenapa..??? Dasar perempuan murahan...!!” Serang Isabella bertubi-tubi. Humaira yang tidak tahu apa-apa, terkejut diserang begitu. Aya juga begitu. Pekerja yang lain turut terkejut dengan situasi tersebut.

“Apa masalah Cik Isabella ni? Tiba-tiba nak serang saya macam ni? Kalau ya pun, elok-eloklah sikit. Malulah orang lain tengok..” Humaira msih lagi berlembut dengan Isabella. pada hal dia sudah malu juga di perlakukan begitu di depan pekerja lain.

“I nak tanya you, ilmu apa yang you pakai untuk goda Tengku Elman hah!!” jeritnya. Dia tidak kisah kalau satu pejabat itu mendengar suaranya yang penting hatinya puas untuk memalukan perempuan di hadapannya ini.

“Ilmu apa pula Cik Bella? Tak ada pun saya guna ilmu guna-guna” jawab Humaira terkebil-kebil. Dia tidak tahu apa puncanya sampai Cik Isabella tiba-tiba menjeritkan namanya.

“Habis kenapa sejak Tengku Elman berjumpa dengan you, hubungan kami makin jauh.. Dia langsung tidak menghormati I sebagai tunangnya. Malah dalam segala hal dia lebihkan you..”

“Minta maaflah cik, saya tak tahu apa kena dengan Tengku Elman tu..” jawab Humaira. Bagi Humaira layanan dia sama je dengan staff lain.

Bella semakin berang. Seolah-olah kata-kata Humaira itu menyindir dirinya.

“You nikan tak tahu malu tau!! Dahlah ada hati nak rampas tunang I, jangan harap you boleh dapatkan Tengku Elman. You sedarlah diri tu sikit” sambil itu dia menarik rambut Humaira. Humaira masa itu terkejut lalu menjerit. Apalagi kecohlah satu pejabat. Cepat sahaja setiausaha Tengku Elman merempuh ke bilik Tengku Elman.

“Maaf Tengku..”

“Ada apa Erin?”

“Cik Bella bergaduh dengan Cik Ira. Mereka main tarik-tarik kat luar.”

“Hah!!Jom kita pergi leraikan.” Ujarnya kepada Johan.

Mereka bertiga terus menuju ke tempat kejadian. Kelihatan pekerja lain mengerumi tempat itu. Kemudian mereka memberi laluan kepada Tengku Elman dan Johan. Encik Johan menarik Bella sementara Tengku Elman menarik Humaira.

“Isabella..! You ni kenapa..? What’s your problem..?” tanya Tengku Elman tegas.

“You tak malu ke dengan staff lain?” tambah Tengku Elman lagi.

“Tengok you nikan mesti sebelahkan perempuan tu kan. I ni tunang you bukannya perempuan tu” Jerit Isabella lagi.dalam kemarahan itu di sebaliknya dia sedih. Sedih apabila sekali lagi dia gagal membuatkan Tengku Elman menyebelahinya.

“Masalahnya dulu memang I tunang you. Sekarang you bukan tunang I lagi. Kita dah putus tunang pun...”

You!!!

“You yang langgar perjanjian kita.. Dengar ya semua I bukan lagi tunang Cik Bella...” pengumuman itu sangat memeranjatkan semua pekerja yang ada di situ.

You!!!” Bella menghentakkan kakinya ke lantai.. persis budak-budak yang mahukan ice cream.

“Yang lain, sambung buat kerja masing-masing...” jerit Tengku Elman kepada semua staff di bawah pengawasannya.

Mereka berlalu ke meja masing-masing. Bella masih lagi sakit hati melihat adegan mesra antara Tengku Elman dengan Humaira.

‘Tunggu kau Ira. Kau akan dapat balasannya nanti!!’ ujarnya dalam hati.

“Sayang okey ke?” ujar Tengku Elman. Dia tidak peduli dengan mata yang memandang. Apa yang pasti dia tahu kebenarannya.

“Saya tak apa-apa Tengku. Terima kasih sebab tolong saya.” Ujar Humaira. Memang dia masih dalam keadaan terkejut. Terkejut kerana tiba-tiba sahaja Isabella menyerangnya. Dia sendiri tidak tahu hujung pangkal cerita itu.

“Sama-sama. Memang abang dah jangka perkara ini akan berlaku. Tapi sayang tak payah risau, abang akan jaga sayang.” ujar Tengku Elman separuh berbisik.

“Tak payah susah-susah Tengku. Saya boleh jaga diri.”

“Tapi abang tetap risaukan sayang.”

Mereka masing-masing beredar ke meja masing-masing. Malunya dia kerana sikap Isabella sebentar tadi.

Masa Isabella bergaduh dengan dia tadi, Tengku Elman sempat mengumumkan bahawa Cik Isabella bukan tunangnya lagi. Sejak bila pula mereka putus tunang. Dia sendiri tidak tahu. Rupa-rupanya keputusan yang diambil untuk kembali bekerja di pajabat ini masih membawa masalah terhadap dirinya. Tapi dia harus buat apa. Surat perletakan jawatannya hari itu sudah di kembalikan oleh Tengku Elman. Dan sebab itulah dia turun kerja hari ini.

Patutlah sejak pagi tadi dia berasa tak sedap hati. Rupa-rupanya ini yang akan berlaku.

ISABELLA sudah memeluk ibunya. Sakit hatinya pada Tengku Elman masih terasa. Sampai hati lelaki itu mengecewakan dia setelah lima tahun dia bersabar untuk mendapatkan cinta lelaki yang di cintainya itu. Manakala Datin Melinda pula terkejut melihat keadaan anak perempuannya yang tidak terurus.

Mummy.. Elman dah putuskan pertunangan dengan Bella?” dia mula bersuara. Kali ini Datin Melinda pula terkejut mendengar kata-kata Bella.

“Apa?? Apa yang Bella buat sampai dia putuskan pertunangan kamu ni?” soal Datin Melinda. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja dia di khabarkan dengan berita yang mengejutkan itu.

“Bella gaduh dengan Humaira..”

“Apa kena mengena dia sampai putuskan pertunangan kamu? Sampai hati Tengku Elman memalukan kita dengan cara ini” ujar Datin Melinda. Dia jadi marah. Marah dengan sikap Tengku Elman yang seperti sengaja mempermainkan perasaan anaknya.

“Sebab sebelum pertunangan kami tu, kami ada perjanjian. Dan Bella sudah melanggar perjanjian itu. Sebab itu Elman marah! Tapi Bella tak tahan mummy..”

“Perjanjian? Perjanjian apa? Kenapa Bella tak cakap pasal perjanjian itu?” marah Datin Melinda pada Isabella.

“Habis apa kita nak buat mummy? Bella tak boleh kehilangan Elman. Bella sangat cintakan dia. Bella tak boleh hidup tanpa dia..” rengek Isabella lagi.

“Kalau Bella tak dapat Elman tu, perempuan itu pun tak dapat juga. Tak apa biar mummy cari iktiar” ujar Datin Melinda.

Dia cukup marah dan malu kerana pertunangan antara Isabella dan Tengku Elman di putuskan. Apa lagi masalah Tengku Elman ni? Takkan gara-gara perempuan yang mirip wajah isterinya itu dia sanggup memutuskan pertunangannya dengan Bella. Sungguh dia tidak menyangka. Dia berharap semoga Bella dapat berkahwin dengan Tengku Elman selepas dia membunuh Ariana. Tetapi dugaannya meleset. Sudah lima tahun dia menunggu saat ini.

Mummy nak buat apa? Mummy jangan cederakan Elman”

Mummy tau apa yang mummy buat sayang.. Jangan risau.”

Isabella tersenyum senang. Dia tahu mummynya akan berusaha apa saja asalkan dia dapat hidup bersama dengan Tengku Elman.

Tengku Elman tidak membenarkan Humaira keluar dari bilik sehingga habis waktu pejabat. Dia juga sedar Humaira masih berada dalam keadaan fobia. Mana tidaknya tiba-tiba sahaja Isabella naik gila dan dari caranya dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan dirinya. namun dia tidak akan membenarkan Humaira di sakiti.

Saturday 9 August 2014

Kau Rantai Hatiku 52


AWAL pagi lagi, Tengku Elman teringat hari ini hari lahir Humaira. Tengku Elman menyuruh Encik Johan memanggil Humaira masuk ke bilik pejabatnya.

“Kunci pintu tu Encik Johan..” Tengku Elman memberi arahan sebelum Encik Johan melangkah kearah pintu. Dia tidak mahu ada sesiapa mengacau ketika dia bersama Humaira di bilik itu. Encik Johan hanya tersenyum. Mana kala Humaira sudah menjengil matanya ke arah Encik Johan tanda memprotes.

“Duduk” itu saja arahan dari mulut Tengku Elman. Humaira pun duduk di hadapan Tengku Elman. Tengku Elman masih tunduk memerhati fail yang berada di atas mejanya. Lama mereka mendiamkan diri.

“Ada apa Tengku nak jumpa?” soal Humaira.

Tengku Elman mengangkat kepalanya. Dia melihat Humaira begitu serius. Dia rasa nak gelak pun ada. Rasa rindu untuk melihat wajah itu.

“Tak ada apa-apa yang Tengku nak cakapkan ke? Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu sebab di luar sana saya ada banyak kerja.” ujar Humaira dengan geram. Sakit pula hatinya bila dia di panggil masuk hanya untuk berpandang pandangan begitu.

Tengku Elman bangun. Tidakkah si isterinya tahu betapa dia rindukan wajahnya itu. Walaupun baru semalam mereka berpisah, Namun dia masih tidak berasa puas. Kalau boleh dia mahu sentiasa bersama dengan isterinya itu.

“Ada apa panggil saya masuk Tengku?” soal Humaira.

Tengku Elman menutup fail dia atas meja lalu dia bangun dan mendekati Humaira. Dia tetap memandang wajah itu biar pun Humaira membuang pandang ke lantai. Dia sebenarnya masih geram dengan sikap Tengku Elman yang selamba itu.

“Happy birthday sayang”

“Happy birthaday?” soal Humaira kehairanan.

“Lupalah tu. Hari lahir sendiri..” usikTengku Elman lagi. Suka benar dia melihat wajah Humaira begitu.

“Alamak! Hari ini hari lahir Ira ke? Maaflah Ira terlupa sebenarnya..”

“Ya. Lupalah tu!”

“Apa kena mengena Tengku panggil saya kemari?” soal Humaira dengan bahasa yang formal. Namun dia memandang wajah Tengku Elman. Namun hanya sekejap sahaja. Dia kehairanan. Kalau benar hari ini harijadi dia, kenapa Tengku Elman memangilnya masuk ke bilik itu. Apa kena mengena dengan dia?

“Malam ni abang nak ajak Ira keluar makan..” bisik Tengku Elman Qaufar ke telinga Humaira yang berdir tidak jauh dari depannya.

“Makan di mana?” soal Humaira masih tidak berani memandang wajah Tengku Elman yang dekat padanya.

“Makan di tempat kesukaan Ira..” jawab Tengku Elman.

“Ira ada tempat kesukaan ke?” soal Ira balik. Kini baru dia memandang ke arah wajah Tengku Elman.

“Tak ingatlah tu..” cebik Tengku Elman. Namun akhirnya dia tersenyum. Suka dia mahu mengusik Humaira. Apa pun dia bersyukur hari demi hari, Humaira sudah menunjukkan perubahan pada dirinya.

“Manalah Ira ingat..” jawab Humaira lagi. Entah mengapa lelaki ini sejak pagi tadi perangai romantiknya tidak habis-habis biar pun dia tidak suka. Namun kata lelaki itu, dia sangat merindukan waktu dulu-dulu. Selepas berbincang, Huamira terus keluar dari bilik Tengku Elman.

“Wah lama betul kau kat bilik bos!” tegur Aya. Dia hairan sejak akhir-akhir ini, bosnya suka mengajak Humairapergi kemana-mana berbanding dengan tunangnya sendiri. Adakah bosnya sukakan Humaira. Maklumlah Humaira pun tak kurang juga hebatnya kalau pasal cantik dan lebih baik dari Isabella. Sebab Humaira tak suka nak marah-marah walau pun tahu bosnya sukakan dia!

Senyuman di bibir Humaira mati! Dia tidak sedar yang dia asyik tersenyum sejak dia keluar dari bilik Tengku Elman.

“Tak adalah.. Kami ada perbincangan sikit tadi. Kenapa?” soal Humaira lagi.

“Tadi bukan kemain senyum sorang-sorang. Bos ada cakap apa-apa kat Ira ke?” usik Aya lagi.

“Tak adalah.. Aya jangan cakap sebarang..  Jangan pandai-pandai nak gosipkan Ira dengan Tengku. Nanti tunang dia naik angin! Siapa yang susah? Ira jugakan?” Humaira menasihati Aya. Dia tidak mahu dirinya di kaitkan dengan bos mereka. Biar pun hakikatnya dia adalah isteri lelaki itu! Cuma itu semuanya masih rahsia lagi. Dia hanya mengikut perintah sahaja.

YUSOF menghampiri Humaira. Dia berasa tidak puas hati. Selama ini dia selalu berusaha untuk mendekati Humaira namun gadis itu langsung tidak mempedulikan dirinya. Humaira melayannya seperti biasa sahaja walaupun dia selalu mengusik-ngusik si gadis itu.

“Ira..”

“Ya.. Yusof. Ada apa?” soal Humaira hairan melihat perangai pelik Yusof.

“Kalau I tanya sesuatu boleh?” ujar Yusof lagi. Semenjak dia melihat Tengku Elman keluar dengan Humaira hari itu, hatinya tidak senang. Dia dapat merasakan Tengku Elman berminat dengan Humaira. sebagai seorang lelaki dia faham benar dengan pandangan mata Tengku Elman pada Humaira.

“Tanyalah apa dia?” soal Humaira lagi. Dia mula cuak. Tidak senang dengan perangai Yusof yang tiba-tiba sahaja serius!

“You dengan Tengku tu ada apa-apa ke?” soal Yusof tanpa segan silu lagi. Namun matanya tetap menatap wajah Humaira yang sangat manis itu. Mata Humaira membalas pandangan itu.

“Tak adalah. Kenapa? Ira ada buat benda salah ke?” balas Humaira balik. Patutlah Yusof berwajah serius. Dia hanya bertanya tentang hubungannya dengan Tengku Elman.

“Tak I tengok Tengku tu macam berminat je dengan Ira. Pada hal semua orang tahu dia sudah bertunang dengan Cik Bella..” ujar Yusof lagi. Lega rasanya bila dia dapat meluahkan apa yang di rasa. Sekurang-kurangnya Humaira mendengar cakapnya.

“Oh pasal tu.. Kami selalu keluar sebab bincang pasal kerja. Jumpa klien.. Ira cuma mengikut dia saja. Tak tahulah pula kalau ada orang tersalah sangka terhadap kami..” jawab Humaira berhati-hati, dia tidak mahu orang lain mengesyakinya yang buka-bukan. Tetapi dia tidak dapat nak salahkan sesiapa juga.

“Oh.. Mungkin I salah sangka.. I minta maaf. Bukan you tak tahu yang I sukakan you. You je yang buat jual mahal kat I..” gelak Yusof lagi. Tanpa di sedari, Tengku Elman mendengar kata-kata Yusof itu. Hatinya berasa geram. Memang benar apa yang di katakannya tempoh hari. Lelaki itu memang berminat pada Humaira.

Sorrylah Yusof, hati Ira dah berpunya. Nanti Yusof tahulah siapa pilihan Ira.. Ira minta maaf sebab menghampakan niat baik Yusof tu.” Humaira berterus terang. Tetapi dia tidak memberitahu siapakah gerangannya. Dia tidak mahu lelaki itu terus menaruh harapan padanya. Lagi pun dia masih isteri orang. Biar pun dia masih lagi kabur dengan kenangan lalu.

“Siapa jejaka yang dapat menawan hati you itu?” soal Yusof dengan nada sedih. Dia benar-benar ingin tahu,lelaki macam mana pilihan Humaira si gadis yang Berjaya menambat hatinya.

“Adalah.. Nanti dah tiba masanya Yusof pun akan tahu juga..” ujar Humaira sambil berlalu pergi meninggalkan Yusof sendirian di situ. Tengku Elman juga angkat kakinya dari situ. Sekurang-kurangnya dia mendengar Humaira sudah menolak kasih lelaki yang bernama Yusof itu. Dia tersenyum sendiri. Rasa gembira pula mendengar jawapan dari mulut Humaira tadi.

Humaira terus duduk di meja kerjanya. Dia harus meneruskan kerjanya yang tertangguh itu. Dia harus pulang cepat kerana malam ini dia sudah berjanji dengan Tengku Elman untuk keluar makan. Rasa tidak sabarlah pula dia mahu makan malam bersama suaminya itu. Dia tersenyum sendiri.

MALAM itu, Tengku Elman sudah bersiap sedia. Dia kelihatan segak dengan pakaiannya. Dia mahu nampak kacak di mata Humaira. Dia pergi menjemput Humaira di rumah Pak Teh. Malam ini dia ada kejutan buat Humaira. Setelah lima tahun dia hanya menyambut hari lahir Humaira sendirian. Namun malam ini dia akan meraikannya bersama dengan isteri yang tercinta.

Malam itu seperti yang di janjikan Humaira sudah bersiap dengan cantik sekali sambil menunggu kedatangan suaminya di ruang tamu rumah. Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi kereta dari luar. Dia sudah menyangka memang Tengku Elman sudah sampai.

Seperti kebiasaannya dia menyambut kedatangan Tengku Elman dengan senyuman manis dan mengucup tangan suaminya. Wajah manis Humaira benar-benar buat Tengku Elman tidak sabar lalu di hampiri isterinya dan segera ciuman hangat singgah di pipi dan dahi. Tengku Elman melihat penampilan Humaira yang sungguh menarik pada pandangan matanya.

“Ira nak goda abang ke dengan pakaian yang cantik ni?” sememang hatinya akan tenang bila berada dekat dengan Humaira. Boleh di katanya segala masalah itu akan pergi menjauh bila melihat senyuman manis dari bibir Humaira. Segera dahi isterinya itu di kucup menandakan kasih sayangnya yang mendalam terhadap wanita itu. Humaira hanya ketawa.

“Mana ada, kan abang suruh Ira siap dulu. Jadi Ira pakailah cantik sikit. Tak boleh ker?” ujar Humaira. Tengku Elman merenungnya. Humaira naik malu. Merah mukanya.

“Kalau macam ni sayang nak bawa Ira keluar. Nanti tak pasal-pasal, semua lelaki kat luar tu asyik pandang pada sayang. Abang juga yang makan hati.” nada suaranya seperti orang merajuk.

“Hish!! Abang ni mengada-ngada saja tau. Mana ada orang nak tengok muka Ira jer. Kat luar tu pun ramai wanita yang cantik dari Ira tau!! Ira ni biasa-biasa saja..”

Tengku Elman tersenyum. Dia bangga mempunyai seorang isteri yang begitu taat, cantik dan sentiasa berlemah lembut ketika bersamanya. Tidak pernah sekali pun Humaira meninggikan suaranya ketika dia bercakap. Itulah sikap Humaira yang sebenarnya. Walau pun dia tidak beberapa mengingati kisah silam mereka.

“Wah!! Cantiknya kak Ira.. Abang Elman pun handsome juga..” tegur Zeti dari tingkat atas. Kedua mereka mendongak. Kelihatan Zeti sedang menuruni anak tangga.

“Mak mana?” soal Humaira lagi. Dari tadi lagi matanya melilau mencari Mak Teh. Namun batang tubuh orang tua itu tetap juga tidak kelihatan di mana-mana.

“Oh.. lupa nak beritahu, mak dan ayah pergi kenduri. Malam ni mereka pulang lewat sikit..”

“Kenapa Zeti tak ikut?”

“Malaslah kak.. Lebih baik Zeti duduk di rumah. Ada juga faedahnya..”

“Habis Zeti tinggal sorang-sorang ni tak apa ke? Sebab akak nak keluar dengan abang Elman ni?” soal Humaira kebingungan. Rasa menyesal pula kerana bersetuju keluar dengan Tengku Elman dan meninggalkan Zeti sorang-sorang kat rumah.

“Ala Zeti dah biasalah kak. Tak apa, akak keluar je dengan abang Elman.. Taulah Zeti jaga diri. Lagi pun Zeti duduk rumah je. Tak kemana-mana pun..”

“Kalau macam tu. Zeti cepat-cepat call akak kalau ada apa-apa tau!” pesan Humaira lagi.

“Ye kak.. Zeti tau.. lebih baik akak dan abang keluar sekarang nanti lambat pula..” Zeti menyorong tubuh Humaira menuju ke muka pintu.

“Ingat tau call akak kalau ada apa-apa berlaku!” pesan Humaira lagi.. Tengku Elman hanya ketawa melihat gelagat isterinya dan Zeti.

TENGKU Elman membawa Humaira pergi makan ke sebuah restoran mewah yang ada di ibu kota. Ianya sebuah restoran kegemaran Humaira suatu masa dulu.  Di sana tidak begitu ramai pengunjung membuatkan suasana bertambah romantic lagi.

Dia mahu membuat kejutan pada si isteri. Mungkin ada orang yang kenal dengan wajahnya, namun dia tidak peduli. Yang penting, Humaira adalah insan yang paling di sayanginya. Dia mahu Humaira mengingati serba sedikit tentang dirinya.

Semuanya di atur oleh Encik Johan. Kalau dia guna nama sendiri pasti ada orang yang mengesyakinya. Kerana orang kenal dia sebagai tunang Isabella.

Mereka pergi berjalan-jalan selepas makan malam. Menikmati suasana malam yang indah bertemankan cahaya bintang. Tiada perasaan lain yang dapat di gambarkan selain dengan perasan gembira dan penuh romantic. Dalam diam Humaira bersyukur kerana dia di kurniakan seorang suami yang penyayang lagi romantik. Dia rasakan dialah wanita paling bahagia sekali.

Sarah sedang berjalan-jalan. Tiba-tiba matanya terpandang sepasang kekasih yang sangat akrab sekali. Terkejutnya dia melihat Tengku Elman dengan Humaira begitu mesra sekali. Takkan Tengku Elman curang dengan Isabella. Memang sah mereka berdua mempunyai hubungan yang akrab. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.. Lalu dia mengambil gambar pasangan yang sangat mesra itu. Berita itu mesti sampai kepada Isabella.

ISABELLA semakin tidak dapat mengawal perasaannya. Gambar yang di kirim oleh Sarah itu betul-betul menyakitkan hatinya. Tengku Elman nampak mesra dengan Humaira. Apa yang ada di fikirannya sekarang ialah, adakah Humaira menipu tentang perasaannya? Atau Humaira sebenarnya sedang menyembunyikan sesuatu?

 Hari itu bila dia bertanya tentang hubungannya dengan Tengku Elman, Humaira tidak mengaku. Katanya Tengku Elman yang selalu menganggunya. Tetapi kalau di lihat dalam gambar itu, Humaira kelihatan tersenyum gembira. Apa yang berlaku sebenarnya?? Dia jadi bingung.

‘Siapa kau sebenarnya Humaira???’ bisik hati Isabella.

Isabella resah dan gelisah. Dia makin bingung apabila mengenangkan sikap Tengku Elman. Di pejabat dia jarang berada di biliknya. Di luar waktu pejabat memang susahlah mahu berjumpa.

Padahal semakin hari pernikahan mereka semakin dekat. Pakaian pengantin pun belum dicuba lagi. Dia sendiri pun selalu sibuk dengan kerjanya.