AWAL pagi lagi, Tengku Elman teringat
hari ini hari lahir Humaira. Tengku Elman menyuruh Encik Johan memanggil
Humaira masuk ke bilik pejabatnya.
“Kunci pintu tu Encik Johan..” Tengku
Elman memberi arahan sebelum Encik Johan melangkah kearah pintu. Dia tidak mahu
ada sesiapa mengacau ketika dia bersama Humaira di bilik itu. Encik Johan hanya
tersenyum. Mana kala Humaira sudah menjengil matanya ke arah Encik Johan tanda
memprotes.
“Duduk” itu saja arahan dari mulut
Tengku Elman. Humaira pun duduk di hadapan Tengku Elman. Tengku Elman masih
tunduk memerhati fail yang berada di atas mejanya. Lama mereka mendiamkan diri.
“Ada apa
Tengku nak jumpa?” soal Humaira.
Tengku
Elman mengangkat kepalanya. Dia melihat Humaira begitu serius. Dia rasa nak gelak
pun ada. Rasa rindu untuk melihat wajah itu.
“Tak ada
apa-apa yang Tengku nak cakapkan ke? Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu
sebab di luar sana saya ada banyak kerja.” ujar Humaira dengan geram. Sakit
pula hatinya bila dia di panggil masuk hanya untuk berpandang pandangan begitu.
Tengku
Elman bangun. Tidakkah si isterinya tahu betapa dia rindukan wajahnya itu.
Walaupun baru semalam mereka berpisah, Namun dia masih tidak berasa puas. Kalau
boleh dia mahu sentiasa bersama dengan isterinya itu.
“Ada apa panggil saya masuk Tengku?”
soal Humaira.
Tengku Elman menutup fail dia atas meja
lalu dia bangun dan mendekati Humaira. Dia tetap memandang wajah itu biar pun
Humaira membuang pandang ke lantai. Dia sebenarnya masih geram dengan sikap
Tengku Elman yang selamba itu.
“Happy
birthday sayang”
“Happy
birthaday?” soal
Humaira kehairanan.
“Lupalah tu. Hari lahir sendiri..”
usikTengku Elman lagi. Suka benar dia melihat wajah Humaira begitu.
“Alamak! Hari ini hari lahir Ira ke?
Maaflah Ira terlupa sebenarnya..”
“Ya. Lupalah tu!”
“Apa kena mengena Tengku panggil saya
kemari?” soal Humaira dengan bahasa yang formal. Namun dia memandang wajah
Tengku Elman. Namun hanya sekejap sahaja. Dia kehairanan. Kalau benar hari ini
harijadi dia, kenapa Tengku Elman memangilnya masuk ke bilik itu. Apa kena
mengena dengan dia?
“Malam ni abang nak ajak Ira keluar
makan..” bisik Tengku Elman Qaufar ke telinga Humaira yang berdir tidak jauh
dari depannya.
“Makan di mana?” soal Humaira masih
tidak berani memandang wajah Tengku Elman yang dekat padanya.
“Makan di tempat kesukaan Ira..” jawab
Tengku Elman.
“Ira ada tempat kesukaan ke?” soal Ira
balik. Kini baru dia memandang ke arah wajah Tengku Elman.
“Tak ingatlah tu..” cebik Tengku Elman.
Namun akhirnya dia tersenyum. Suka dia mahu mengusik Humaira. Apa pun dia
bersyukur hari demi hari, Humaira sudah menunjukkan perubahan pada dirinya.
“Manalah Ira ingat..” jawab Humaira
lagi. Entah mengapa lelaki ini sejak pagi tadi perangai romantiknya tidak
habis-habis biar pun dia tidak suka. Namun kata lelaki itu, dia sangat
merindukan waktu dulu-dulu. Selepas berbincang, Huamira terus keluar dari bilik
Tengku Elman.
“Wah lama betul kau kat bilik bos!”
tegur Aya. Dia hairan sejak akhir-akhir ini, bosnya suka mengajak Humairapergi
kemana-mana berbanding dengan tunangnya sendiri. Adakah bosnya sukakan Humaira.
Maklumlah Humaira pun tak kurang juga hebatnya kalau pasal cantik dan lebih
baik dari Isabella. Sebab Humaira tak suka nak marah-marah walau pun tahu
bosnya sukakan dia!
Senyuman di bibir Humaira mati! Dia
tidak sedar yang dia asyik tersenyum sejak dia keluar dari bilik Tengku Elman.
“Tak adalah.. Kami ada perbincangan
sikit tadi. Kenapa?” soal Humaira lagi.
“Tadi bukan kemain senyum
sorang-sorang. Bos ada cakap apa-apa kat Ira ke?” usik Aya lagi.
“Tak adalah.. Aya jangan cakap
sebarang.. Jangan pandai-pandai nak
gosipkan Ira dengan Tengku. Nanti tunang dia naik angin! Siapa yang susah? Ira
jugakan?” Humaira menasihati Aya. Dia tidak mahu dirinya di kaitkan dengan bos
mereka. Biar pun hakikatnya dia adalah isteri lelaki itu! Cuma itu semuanya
masih rahsia lagi. Dia hanya mengikut perintah sahaja.
YUSOF menghampiri Humaira. Dia berasa
tidak puas hati. Selama ini dia selalu berusaha untuk mendekati Humaira namun
gadis itu langsung tidak mempedulikan dirinya. Humaira melayannya seperti biasa
sahaja walaupun dia selalu mengusik-ngusik si gadis itu.
“Ira..”
“Ya.. Yusof. Ada apa?” soal Humaira
hairan melihat perangai pelik Yusof.
“Kalau I tanya sesuatu boleh?” ujar
Yusof lagi. Semenjak dia melihat Tengku Elman keluar dengan Humaira hari itu,
hatinya tidak senang. Dia dapat merasakan Tengku Elman berminat dengan Humaira.
sebagai seorang lelaki dia faham benar dengan pandangan mata Tengku Elman pada
Humaira.
“Tanyalah apa dia?” soal Humaira lagi.
Dia mula cuak. Tidak senang dengan perangai Yusof yang tiba-tiba sahaja serius!
“You dengan Tengku tu ada apa-apa ke?”
soal Yusof tanpa segan silu lagi. Namun matanya tetap menatap wajah Humaira
yang sangat manis itu. Mata Humaira membalas pandangan itu.
“Tak adalah. Kenapa? Ira ada buat benda
salah ke?” balas Humaira balik. Patutlah Yusof berwajah serius. Dia hanya
bertanya tentang hubungannya dengan Tengku Elman.
“Tak I tengok Tengku tu macam berminat
je dengan Ira. Pada hal semua orang tahu dia sudah bertunang dengan Cik
Bella..” ujar Yusof lagi. Lega rasanya bila dia dapat meluahkan apa yang di
rasa. Sekurang-kurangnya Humaira mendengar cakapnya.
“Oh pasal tu.. Kami selalu keluar sebab
bincang pasal kerja. Jumpa klien.. Ira cuma mengikut dia saja. Tak tahulah pula
kalau ada orang tersalah sangka terhadap kami..” jawab Humaira berhati-hati,
dia tidak mahu orang lain mengesyakinya yang buka-bukan. Tetapi dia tidak dapat
nak salahkan sesiapa juga.
“Oh.. Mungkin I salah sangka.. I minta
maaf. Bukan you tak tahu yang I sukakan you. You je yang buat jual mahal kat
I..” gelak Yusof lagi. Tanpa di sedari, Tengku Elman mendengar kata-kata Yusof
itu. Hatinya berasa geram. Memang benar apa yang di katakannya tempoh hari.
Lelaki itu memang berminat pada Humaira.
“Sorrylah
Yusof, hati Ira dah berpunya. Nanti Yusof tahulah siapa pilihan Ira.. Ira minta
maaf sebab menghampakan niat baik Yusof tu.” Humaira berterus terang. Tetapi
dia tidak memberitahu siapakah gerangannya. Dia tidak mahu lelaki itu terus
menaruh harapan padanya. Lagi pun dia masih isteri orang. Biar pun dia masih
lagi kabur dengan kenangan lalu.
“Siapa jejaka yang dapat menawan hati
you itu?” soal Yusof dengan nada sedih. Dia benar-benar ingin tahu,lelaki macam
mana pilihan Humaira si gadis yang Berjaya menambat hatinya.
“Adalah.. Nanti dah tiba masanya Yusof
pun akan tahu juga..” ujar Humaira sambil berlalu pergi meninggalkan Yusof
sendirian di situ. Tengku Elman juga angkat kakinya dari situ.
Sekurang-kurangnya dia mendengar Humaira sudah menolak kasih lelaki yang
bernama Yusof itu. Dia tersenyum sendiri. Rasa gembira pula mendengar jawapan
dari mulut Humaira tadi.
Humaira terus duduk di meja kerjanya.
Dia harus meneruskan kerjanya yang tertangguh itu. Dia harus pulang cepat
kerana malam ini dia sudah berjanji dengan Tengku Elman untuk keluar makan.
Rasa tidak sabarlah pula dia mahu makan malam bersama suaminya itu. Dia
tersenyum sendiri.
MALAM itu, Tengku Elman sudah bersiap
sedia. Dia kelihatan segak dengan pakaiannya. Dia mahu nampak kacak di mata
Humaira. Dia pergi menjemput Humaira di rumah Pak Teh. Malam ini dia ada
kejutan buat Humaira. Setelah lima tahun dia hanya menyambut hari lahir Humaira
sendirian. Namun malam ini dia akan meraikannya bersama dengan isteri yang
tercinta.
Malam
itu seperti yang di janjikan Humaira sudah bersiap dengan cantik sekali sambil
menunggu kedatangan suaminya di ruang tamu rumah. Tidak lama kemudian dia
terdengar bunyi kereta dari luar. Dia sudah menyangka memang Tengku Elman sudah
sampai.
Seperti
kebiasaannya dia menyambut kedatangan Tengku Elman dengan senyuman manis dan
mengucup tangan suaminya. Wajah manis Humaira benar-benar buat Tengku Elman
tidak sabar lalu di hampiri isterinya dan segera ciuman hangat singgah di pipi
dan dahi. Tengku Elman melihat penampilan Humaira yang sungguh menarik pada
pandangan matanya.
“Ira
nak goda abang ke dengan pakaian yang cantik ni?” sememang hatinya akan tenang
bila berada dekat dengan Humaira. Boleh di katanya segala masalah itu akan
pergi menjauh bila melihat senyuman manis dari bibir Humaira. Segera dahi
isterinya itu di kucup menandakan kasih sayangnya yang mendalam terhadap wanita
itu. Humaira hanya ketawa.
“Mana
ada, kan abang suruh Ira siap dulu. Jadi Ira pakailah cantik sikit. Tak boleh
ker?” ujar Humaira. Tengku Elman merenungnya. Humaira naik malu. Merah mukanya.
“Kalau
macam ni sayang nak bawa Ira keluar. Nanti tak pasal-pasal, semua lelaki kat
luar tu asyik pandang pada sayang. Abang juga yang makan hati.” nada suaranya
seperti orang merajuk.
“Hish!!
Abang ni mengada-ngada saja tau. Mana ada orang nak tengok muka Ira jer. Kat
luar tu pun ramai wanita yang cantik dari Ira tau!! Ira ni biasa-biasa saja..”
Tengku
Elman tersenyum. Dia bangga mempunyai seorang isteri yang begitu taat, cantik
dan sentiasa berlemah lembut ketika bersamanya. Tidak pernah sekali pun Humaira
meninggikan suaranya ketika dia bercakap. Itulah sikap Humaira yang sebenarnya.
Walau pun dia tidak beberapa mengingati kisah silam mereka.
“Wah!!
Cantiknya kak Ira.. Abang Elman pun handsome
juga..” tegur Zeti dari tingkat atas. Kedua mereka mendongak. Kelihatan Zeti
sedang menuruni anak tangga.
“Mak
mana?” soal Humaira lagi. Dari tadi lagi matanya melilau mencari Mak Teh. Namun
batang tubuh orang tua itu tetap juga tidak kelihatan di mana-mana.
“Oh..
lupa nak beritahu, mak dan ayah pergi kenduri. Malam ni mereka pulang lewat
sikit..”
“Kenapa
Zeti tak ikut?”
“Malaslah
kak.. Lebih baik Zeti duduk di rumah. Ada juga faedahnya..”
“Habis
Zeti tinggal sorang-sorang ni tak apa ke? Sebab akak nak keluar dengan abang
Elman ni?” soal Humaira kebingungan. Rasa menyesal pula kerana bersetuju keluar
dengan Tengku Elman dan meninggalkan Zeti sorang-sorang kat rumah.
“Ala
Zeti dah biasalah kak. Tak apa, akak keluar je dengan abang Elman.. Taulah Zeti
jaga diri. Lagi pun Zeti duduk rumah je. Tak kemana-mana pun..”
“Kalau
macam tu. Zeti cepat-cepat call akak kalau ada apa-apa tau!” pesan Humaira
lagi.
“Ye
kak.. Zeti tau.. lebih baik akak dan abang keluar sekarang nanti lambat pula..”
Zeti menyorong tubuh Humaira menuju ke muka pintu.
“Ingat
tau call akak kalau ada apa-apa berlaku!” pesan Humaira lagi.. Tengku Elman
hanya ketawa melihat gelagat isterinya dan Zeti.
TENGKU Elman membawa Humaira pergi makan ke sebuah restoran
mewah yang ada di ibu kota. Ianya sebuah restoran kegemaran
Humaira suatu masa dulu. Di sana tidak begitu
ramai pengunjung membuatkan suasana bertambah romantic lagi.
Dia mahu membuat kejutan pada si
isteri. Mungkin ada orang yang kenal dengan wajahnya, namun dia tidak peduli.
Yang penting, Humaira adalah insan yang paling di sayanginya. Dia mahu Humaira
mengingati serba sedikit tentang dirinya.
Semuanya di atur oleh Encik Johan.
Kalau dia guna nama sendiri pasti ada orang yang mengesyakinya. Kerana orang
kenal dia sebagai tunang Isabella.
Mereka
pergi berjalan-jalan selepas makan malam. Menikmati suasana malam yang indah
bertemankan cahaya bintang. Tiada perasaan lain yang dapat di gambarkan selain
dengan perasan gembira dan penuh romantic. Dalam diam Humaira bersyukur kerana
dia di kurniakan seorang suami yang penyayang lagi romantik. Dia rasakan dialah
wanita paling bahagia sekali.
Sarah sedang berjalan-jalan. Tiba-tiba
matanya terpandang sepasang kekasih yang sangat akrab sekali. Terkejutnya dia
melihat Tengku Elman dengan Humaira begitu mesra sekali. Takkan Tengku Elman
curang dengan Isabella. Memang sah mereka berdua mempunyai hubungan yang akrab.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.. Lalu dia
mengambil gambar pasangan yang sangat mesra itu. Berita itu mesti sampai kepada
Isabella.
ISABELLA semakin tidak
dapat mengawal perasaannya. Gambar yang di kirim oleh Sarah itu betul-betul
menyakitkan hatinya. Tengku Elman nampak mesra dengan Humaira. Apa yang ada di
fikirannya sekarang ialah, adakah Humaira menipu tentang perasaannya? Atau
Humaira sebenarnya sedang menyembunyikan sesuatu?
Hari itu bila dia bertanya tentang hubungannya
dengan Tengku Elman, Humaira tidak mengaku. Katanya Tengku Elman yang selalu
menganggunya. Tetapi kalau di lihat dalam gambar itu, Humaira kelihatan tersenyum
gembira. Apa yang berlaku sebenarnya?? Dia jadi bingung.
‘Siapa
kau sebenarnya Humaira???’ bisik hati Isabella.
Isabella resah dan gelisah. Dia makin bingung apabila
mengenangkan sikap Tengku Elman. Di pejabat dia jarang berada di biliknya. Di
luar waktu pejabat memang susahlah mahu berjumpa.
Padahal semakin hari pernikahan mereka semakin dekat.
Pakaian pengantin pun belum dicuba lagi. Dia sendiri pun selalu sibuk dengan
kerjanya.
best 3x.
ReplyDeletebest nak lg
ReplyDelete