Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday, 12 April 2014

Saat Ku Cinta 11

ZHARIF duduk di kerusinya. Matanya masih terasa mengantuk. Malam tadi dia pulang lewat. Nasib baik dia tersedar jam locengnya berbunyi pagi tadi. Kalau tidak mesti dia lambat masuk ke pejabat.

 Morning Zhar..” sapa Hana.

Good morning.. Ada apa-apa hal pagi ini?” soal Zharif sambil memandang Hana.

“Tak ada.. Sebab meeting semuanya untuk esok pagi..”

“Baguslah..” jawab Zharif pendek. Dia masih menguap. Rasa mengantuknya masih ada.

“Kau ni kenapa Zharif? Macam tak bermaya je?” soal Hana lagi. Zharif tersenyum. Dia tahu pasti Hana risau pasal dirinya. Bukannya apa dia kenal dengan Hana pun sejak mereka belajar di sekolah tinggi dulu. Kawan baiknya pula suami kepada Hana. Kekadang dia cemburu juga melihat kawannya sudah berkahwin dan bakal mempunyai cahaya mata.

“Aku balik lambat malam tadi.. Ada hal..” balas Zharif.

“Berpoya-poyalah tu sampai larut malam.. Dah tak ingat dunia..” cebik Hana lagi.

“Aku tak keluar pergi mana-mana pun. Cuma malam tadi aku balik lewat sikit dari office. Lepas tu aku terdengar seorang gadis meminta tolong.. Jadi aku tolonglah..” jawab Zharif lagi.

“Kenapa dengan gadis tu?”

“Sebenarnya pada masa itu dia di kejar oleh dua orang lelaki. Dan lelaki itu pula cuba nak merogol gadis itu. Nasib baik aku sempat sampai.. Tapi gadis itu sudah pengsan. Kedua lelaki itu pula melarikan diri..” Zharif menceritakan peristiwa yang  berlaku malam tadi.

“Huh..” ujar Hana mengurut dadanya tanda lega. Dia tidak dapat bayangkan bagai mana jika mereka sempat merogol gadis itu. Sedih betul!!

“Gadis tu tak apa-apa ke?” soal Hana lagi.

“Dia okey. Cuma mungkin dia traumalah..” jawab Zharif lagi. Hana mengurut dadanya tanda lega.

“Hei.. Macam-macam dunia sekarang. Itulah aku suruh kau kahwin.. tak nak..” rungut si Hana lagi.

“Apa kena-mengena pula dengan bab kahwin ni?”

“Saja sekadar mengingatkan kau..”

“Bukan aku tak nak kahwin tapi aku belum jumpa jodoh yang sesuai. Nanti kalau dah memang ada jodoh, aku akan cepat-cepat kahwin..” usik Zharif lagi. Hana hanya tersenyum. Bukan sekali dia mendengar gurauan seperti itu, malah untuk kali ini sudah keberapa kali Zharif berkata demikian padanya.

“Hana dan Wan, kalau boleh memang nak sangat kau bahagia Zhar. Memang susah nak jumpa calon, tapi kalau dengan izin NYA, pasti Zhar akan jumpa juga jodoh itu.”

Zharif tersenyum.

“Kalau dah ada isteri sekurang-kurangnya ada juga orang yang jaga pakaian, makan minum, dan semuanyalah macam I ni. Walau pun I sibuk bekerja, balik rumah mesti I nak masak. Sebab suami I tu liat nak makan kat luar..” beritahu Hana lagi. Dia memang masak dengan perangai suaminya sendiri. Biar sesibuk macam mana pun dia tetap akan balik kerumah untuk masak bagi makan malam. Namun dia beruntung kerana si suami ringan tulang untuk membantunya di dapur.

“Hei.. Beruntungnya Safwan dapat isteri macam kau Hana...” ujar Zharif tanpa segan. Memang selalu sangat dia mendengar gurauan seperti itu dari mulut Hana.

Zharif tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Ingatannya asyik teringat kepada gadis yang di tolongnya malam tadi. Dia sedar gadis itu tunangan orang dan akan berkahwin tak lama lagi. Perasaan itu tiba-tiba muncul. Dia teringat dia pernah mengambil gambar beberapa bulan yang lalu. Telefon bimbit itu di bukanya. Dia mencari folder gambar.  

ZARRA tidak turun kerja hari itu. Dia masih bingung memikirkan perkara yang berlaku malam tadi. Dia hanya sempat menelefon ke pejabat bahawa hari ini dia mengambil cuti sakit.

Hadri merenung kosong. Ketika dia lalu didepan meja kerja Zarra, nampaknya masih kosong. Takkan Zarra tak turun kerja. Sedangkan kertas kerja itu di siapkan oleh Zarra malam tadi. Di sebabkan dia ada hal keluarga, dia terpaksa balik awal dan meninggalkan Zarra untuk menyiapkan kertas kerja itu.

“Bos, ini dia kertas kerja Zarra.”

“Zarra mana?”soal Hadri kehairanan.

“Zarra tak turun kerja hari ini. Dia ambil cuti sakit..” ujar Melly. Dia teringat dengan pesanan Zarra melalui telefon tadi.

“Zarra sakit? Dia sakit apa?” soal Hadri lagi. Melly menggelengkan kepalanya.

“Manalah I tahu bos. Dia call tadi cakap macam tu jer!!”

Okey, you boleh keluar dulu..” Melly terus keluar dari bilik Encik Hadri. Hadri termenung lagi. Itu semua salah dia. Dia yang menyuruh Zarra menyiapkan kertas kerja itu sehinggakan gadis itu sakit. Dia benar-benar rasa bersalah. Telefon bimbit di ambil. Terus sahaja dia mendail nombor telefon Zarra. Namun dia mengeluh hampa apabila telefon Zarra tidak aktif.

PAGI itu, Mona menelefon Ashraf. Dia mengajak Ashraf untuk bertemu. Dia langsung tak boleh melelapkan mata bila memikirkan hal yang berlaku pada Zarra malam tadi. Mahu tidak mahu, Ashraf berjanji akan pergi berjumpa dengannya di sebuah cafe sebaik sahaja dia sampai dari Langkawi.

Seperti yang di janjikan, Ashraf pergi bertemu dengan Mona di sebuah restoran. Dari jauh Mona tersenyum melihat Ashraf yang sedang mencari dirinya. Dia terus melambai kearah Ashraf agar lelaki itu tidak tercari-cari lagi.

“Ada hal apa yang penting sangat you nak bagitahu I?” soal Ashraf dingin.

Mona tersenyum. Tak sabar sungguh lelaki ini mahu tahu tujuan mereka berjumpa. Tapi kalau dia tahu hal itu, pasti dia akan terkejut! ‘Tak payah nak berlagak sangat dengan aku!’ marah Mona dalam hati.

“Begini, sebenarnya malam tadi kak Zarra balik lambat dengan seorang lelaki.” Perlahan Mona mengatur bicara. Ashraf terdiam.

“Balik lambat? Kenapa? Apa kena mengena dengan tujuan you panggil I ke mari?” keluar soalan bertalu-talu dari mulut Ashraf. Dia masih geram dengan Zarra. Malam tadi dia tidak putus-putus membuat panggilan ke telefon bimbit Zarra. Namun satu pun tiada berjawab.

“Malam tadi, Kak Zarra di rogol…” selamba sahaja Mona menuturkan kata-kata itu.tanpa rasa bersalah dia mengatakannya. Dia mahu melihat reaksi Ashraf yang pastinya terkejut mendengar berita itu.

“Apa? Di rogol? You biar betul?” soal Ashraf seakan tidak percaya. Baru sehari sahaja dia berada jauh dari Zarra, tiba-tiba dia mendengar berita yang menyedihkan dari mulut Mona itu.

“Iya betul.. Menurut lelaki yang bawa kak Zarra balik tu, dia yang tolong kak Zarra.” Jawab Mona dengan senyuman di bibirnya.

You pasti ke dengan apa yang you cakapkan ni?” Ashraf masih juga tidak mahu percaya kata-kata Mona. Manalah tahu itu hanya taktik Mona untuk memutuskan pertunangannya dengan Zarra. Mona mengangguk. Memang itu yang dia dengar sendiri perbualan mereka malam tadi.

“Kesian Kak Zarra. Tentu dia sekarang susah hati sekarang. Lagipun majlis perkahwinan korang tinggal dua minggu lagi. Jadi I bagitahu you semua tu untuk you fikirkan balik. Sama ada you nak teruskan majllis pernikahan ini ke atau tidak dengan Kak Zarra yang sudah di ragut kesuciannya..” cucuk Mona lagi. Kali ini biarlah caranya berkesan.

Ashraf mengeluh dengan perasaan yang sungguh kesal sekali. Patutlah malam tadi, Zarra langsung tak angkat panggilannya. Rupa-rupanya ada hal yang berlaku di luar pengetahuannya. Macam mana semua ini boleh terjadi? Di saat dia mahu menganyam bahagia tiba-tiba datang pula bala sebegini.

“Ash tak tahu nak buat apa? Jadi Kak Zarra kat mana sekarang?” soalnya kepada Mona. Dia mahu bertemu dengan Zarra sendiri. Dia tahu, pasti Zarra tengah bersedih sekarang. Tapi dia tidak tahu mahu menyalahkan siapa sekarang.

“Dia duduk dalam bilik saja. Mungkin dia malu nak berdepan dengan semua orang. Yelah kena rogol tu bukannya perkara yang baik. Mona tahu dia tak bersalah. Yang merogolnya itu yang bersalah..” Mona sengaja mengapi-apikan perasaaan Ashraf. Dia berharap Ashraf akan mengubah keputusannya untuk berkahwin dengan Zarra! Dan jika perkahwinan itu di batalkan, Zarra akan menanggung malu kerana dia bukan sahaja tidak jadi berkahwin tetapi dia juga menjadi mangsa rogol.

Argh!! Tiba-tiba pula dia rasa gembira dengan berita yang di dengarinya malam tadi.

“KORANG ni betul-betul tak guna!! I suruh korang gertak dia saja bukan suruh korang apa-apakan dia..” jerit Tasha.  Kedua lelaki itu hanya berdiam diri. Mereka sebenarnya tidak takut dengan suara Tasha tetapi  mereka risau kerana kes itu sudah menjadi kes polis. Mereka berdua takut sekiranya mereka di tangkap.

“Memang tak boleh di harap. Sekarang tengok apa dah jadi? Kalau pihak polis terlibat sama macam mana?” soal Tasha lagi. Lelaki upahannya itu sekadar tersenyum sinis.

“Memang kami gertak dia tapi tiba-tiba je ada orang yang tolong dia, jadi kami pun terus cabut. Itu pun nasib dapat melepaskan diri. Kalau tidak dengan Cik Tasha pun kena tangkap sekali..” jawab Bada. Dia geram kerana dari tadi ladi Tasha memekik terhadap mereka berdua.

Ashraf balik ke pejabat. Namun badannya sahaja berada di pejabat tetapi fikirannya asyik melayang mengingatkan Zarra. Dia tidak menelefon Zarra pun untuk bertanyakan hal yang menimpa tunangnya itu. Selepas sahaja dia mendengar perkara itu dari Mona, fikirannya bagaikan buntu. Dia tidak tahu berbuat apa. Macam mana kalau mama dan papanya tahu hal ini? Mereka pasti akan memutuskan pertunangan dan majlis kahwin itu akan di batalkan. Itulah yang paling dia risaukan. Dia belum bersedia dengan semua itu lagi.

Selepas sahaja Mona memberitahu hal yang sebenarnya, dia tidak keruan. Rasa marah pada diri sendiri kerana meninggalkan Zarra pada saat Zarra memerlukan dia di sisi. Kalaulah dia tidak pergi ke Langkawi pasti perkara itu tidak terjadi. Zarra tidak bersalah. Sebaliknya dia yang tidak bertanggung jawab.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Dia dengan rasa malas terus bangkit dari tempat duduknya. Kalau pulang ke rumah terus pasti mamanya akan bertanyakan hal itu. Itu pun kalau Mona sudah beritahu kepada mamanya. Dia terus memandu ke Starbuck. Tangannya sempat menelefon kawannya yang bernama Joe. Nasib baiklah Joe pun pada masa yang sama ingin berjumpa dengan Ashraf.

“Ada apa kau nak jumpa aku ni?” soal Joe sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di hadapan Ashraf. Ashraf yang termenung jauh terkejut. Rupa-rupanya Joe sudah pun sampai.

“Jauhnya kau termenung?” soal Joe lagi bila melihat tiada respon dari Ashraf.

“Aku pening kepala Joe..” Joe ketawa. Pelik betul dia dengan perangai Ashraf. Sebelum ini dia melihat kawannya sentiasa gembira. Siapa tak gembira kalau dapat kahwin dengan wanita yang di cintai. dia cemburu melihat Ashraf dengan pasangannya.

“Kenapa? Nak kahwin dengan Zarra pun kau pening kepala?” Joe tersengih-sengih. Hari tu bukan main lagi Ashraf gembira kerana Zarra sudah menjadi tunangnya dan mereka bakal berkahwin tak lama lagi.

“Aku ada masalah besar Joe..”

“Masalah besar.. takut pula aku dengarnya..”

Kedengaran Ashraf mengeluh. Wajahnya bagaikan keresahan. Entah apa yang di fikirkannya.

“Cuba kau ceritakan masalah kau pada aku.. Manalah tahu aku boleh tolong..” pujuk Joe lagi. Ashraf memandang wajah kawannya itu. Ashraf menceritakan masalah yang menimpanya. Ternganga Joe mendengarnya.

“Macam mana kalau orang tua kau tak setuju dengan pernikahan kamu berdua?” soal Joe lagi.

“Itulah yang aku bingung! Lagi pun mama aku macam tak suka dengan Zarra..”

“Macam mana kau tahu?”

“Aku kenallah perangai mama aku tu...” jawab Ashraf lagi.

“Harap-harap orang tua kau belum tahu sehingga tiba hari itu nanti..”

“Aku pun berharap begitu..” ujar Ashraf penuh berharap. Berharap dia masih mempunyai harapan untuk bersama Zarra. Dia segera balik kerumah bila jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

“ASH, mama dengan papa nak cakap sikit dengan Ash..” kedengaran Datin Melissa bersuara.

“Nak cakap apa mama? Ash penatlah.. Ash nak naik dulu..” Ashraf memberi alasan. Memang benar hari ini dia sangat penat dengan apa yang di laluinya.

“Ash??” sedikit meninggi suara Datuk Majid. Ashraf menghentikan langkahnya. Kalau papanya yang sudah bersuara dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

“Ada apa lagi ni, Ash betul-betul penat tahu tak?” balas Ashraf lembut.

“Mama nak Ash putuskan pertunangan Ash dengan Zarra!”

“Mama!!”

“Mama tak nak keluarga kita malu dengan apa yang berlaku pada Zarra. Mama tetap nak Ash putuskan pertunangan itu!” ujar Datin Melissa lagi. Inilah peluang dia mahu memisahkan Zarra dengan anaknya.

“Tapi mama, majlis kami tak lama lagi. Lagi pun Ash cintakan Zarra” jawab Ashraf dengan tenang. Dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancur harapannya untuk memiliki Zarra dalam keadaan sempurna.

“Ash sempat batalkan. Lagi pun mama sanggup bayar semua yang telah kita buat tu.. Janji Ash tak kahwin dengan Zarra!” ujar Datin Melissa. Kali ini dia harus bertegas. Mana mungkin dia mahu menjatuhkan maruah keluarga mereka dengan apa yang telah berlaku pada Zarra.

“Papa macam mana ni?” soal Ashraf kepada papanya Datuk Majid. Datuk Majid hanya membisu. Dia pun tidak tahu untuk berkata apa. Ini soal maruah keluarga mereka. Memang pada mulanya dia setuju bila Ashraf bertunang dengan Zarra. Tetapi keadaan sudah berubah. Zarra yang sekarang bukannya Zarra yang dulu. Sebagai ketua keluarga dia juga harus menjaga maruah mereka.

“Ash cintakan Zarra papa! Ash tak sanggup lukakan hati dia.”

“Tapi hati Ash tak terluka ke? Eh! Ramai lagilah perempuan di luar sana yang layak untuk di buat isteri. Nak mama tolong pilihkan?” ujar Datin Melissa lagi. Dia benar-benar geram dengan sikap anak lelakinya itu. Adakah patut dia sanggup nak kahwin dengan gadis yang sudah kena rogol! Dia tidak akan benarkan maruah keluarganya tercemar.

“Kalau Ash berdegil, Ash jangan menyesal!”

“Apa maksud papa?” soal Ashraf kehairanan. Begitu juga dengan Datin Melissa. Datuk Majid segera menyebut apa yang berada dalam fikirannya. Kata-katanya itu membuatkan Ashraf melopong rasa tidak percaya. Sampai hati papanya buat dia begitu. Tidakkah papanya tahu yang dia amat cintakan Zarra.

“Papa serius ke?” soal Ashraf lagi. Datuk Majid mengangguk. Pada mulanya memang dia bersetuju untuk menjodohkan Ashraf dengan Zarra. Tetapi mulai sekarang hatinya sudah berubah. Dia juga perlu menjaga maruah keluarga dan juga masa depan syarikatnya. Jatuhlah saham kalau bermenantukan perempuan seperti Zarra itu.

Kini Ashraf tahu kedua orang tuanya serius. Dia mengorak langkahnya. Perlahan-lahan Ashraf menuju ke biliknya. Kini fikirannya berserabut. Sayang untuk dia melepaskan Zarra. Namun dia juga sayang kepada orang tuannya. Baru kini dia sedar bahawa hidupnya banyak bergantung kepada kemewahan yang di perolehi dari kedua orang tuanya. Dia memang anak yang tidak berguna.

Ashraf mendiamkan diri. Dia tidak tahu berkata apa. Semuanya bagaikan angin lalu. Cinta sahaja kepada Zarra tidak meyakinkan dia untuk meneruskan majlis itu, sedangkan dia tidak tahu bagaimana perasaan Zarra terhadapnya. Adakah Zarra cinta kepadanya? Dia semakin bingung! Mahu berdepan dengan Zarra untuk memberitahu perkara itu, dia tidak sanggup. Dia masih cintakan Zarra. Namun untuk tidak mengikut kata orang tuanya dia tidak mahu kehilangan segala-gala yang di milikinya hari ini.

2 comments:

  1. Konflik telah pun bermula .. next n3 please...

    ReplyDelete
  2. Makin best!!cpt smbg cik penulis.Hadri &Zharif.......siapa yg bertuah tu ya?????

    ReplyDelete