Zafran
Haicarl sesekali membuang pandang ke meja depan. Dari belakang gadis itu,
mungkin itulah orang yang di langgarnya pagi tadi. Dia sedang menikmati
hidangan tengah hari bersama seseorang. Tak mungkin dia. Tak mungkin dia yang
selama ini di cari. Dia pernah memangggil sebaris nama itu di depan wanita itu.
Namun wanita itu langsung tidak pedulikannya. Mungkin dia tersilap orang!
“Kenapa
you tak makan lagi?” suara Fana mengejutkannya dari lamunan. Zafran tersentak.
Jauh betul dia mengelamun. Dahlah depan rezeki pulak tu.
“I
rasa tak ada seleralah..” jawabnya.
“You
sakit ke? Muka you pucat je..” soal Fana lagi. Setahu dia pagi tadi Zafran
lambat masuk ke pejabat. Mungkin dia tidak berapa sihat. Bukannya dia tidak
tahu perangai Zafran yang workhaholic.
“I
tak apa-apalah...”
“Betul
ni. Kalau rasa tak sihat bagus you balik berehat..” Fana memberi nasihat.
Zafran menggeleng. Mana mungkin dia balik rumah dan berehat sekiranya akal dan
fikirannya asyik memikirkan kerja. Lagi pun petang ini dia ada janji temu
dengan sebuah syarikat. Dia tidak akan mempersiakan peluang yang ada!
“Betul..
Jom. Takut I lambat nanti. Lagi pun petang ini I ada janji temu dengan sebuah
syarikat..”
Fana
hanya mengangguk. Memang dia dah agak. Kalau pasal kerja Zafran Haicarl memang
tidak mempedulikan kesihatannya. Zafran terus bangun dari tempat duduknya. Tapi
dia sempat menoleh ke arah meja yang menarik perhatiannya sejak mereka duduk
tadi. Kedua pelanggan itu sudah menghilang. Argh!! Mungkin perasaannya sahaja
kot. Tak mungkin orang yang di lihatnya tadi itu Alisha. Entah mengapa sukar
baginya untuk menidakkan perasaannya.
Sehingga
sekarang, Zafran masih juga tidak dapat menumpukan perhatiannya pada kerja. Entah
mengapa hatinya tiba-tiba berdebar-debar. Pada hal dia tahu akan bertemu dengan
klien dari syarikat RISHA. Namun dia segera teringat jam dua nanti dia akan ada
tetamu. Bingkas sahaja dia bangun menuju ke laci yang menyimpan fail. Manalah
tahu orang yang di maksudkan itu dalam perjalanan menuju ke pejabatnya
sekarang.
..............................
Alisha
mendongak ke arah bangunan itu. Betullah itu alamat yang di carinya. Dia
mencari tempat parking kereta. Sebetulnya dia tidak mahu terlewat untuk
berjumpa dengan klien itu.
Dia
melangkahkan kakinya masuk ke pejabat itu. Entah mengapa hatinya mula
berdebar-debar. Dia sendiri pun tidak tahu. Dia nekad dan mahu mengurangkan
rasa getar di hatinya. Dia teringat ketika abangnya menyebut nama klien itu.
Encik Haicarl? Tapi kenapa dia rasa semacam dengan nama itu? Tak mungkin dia
orang yang sama? Orang yang telah lama dia lenyapkan namanya dalam kamus
hidupnya. Alisha terus menuju ke tempat pertanyaan. Dia ternampak seorang gadis
tersenyum padanya. Alisha juga membalas senyuman gadis itu.
“Boleh
saya bantu cik?” soal gadis itu dengan lemah lembut dan penuh sopan.
“Saya
ada janji temu dengan Encik Haicarl. Dia ada di pejabat sekarang?” soal Alisha
dengan sopan. Tudung di kepalanya di betulkan. Si gadis itu tersenyum.
“Sekejap
ya? Saya telefon bos! Cik duduklah dulu.. Alisha mengangguk! Dia melangkah ke
arah kerusi yang terdapat di ruangan menunggu dan melabuhkan punggungnya di
situ. Tidak lama kemudian gadis itu datang menghampirinya.
“Sila
ikut saya. Bos sedang menunggu Cik sekarang!”
Alisha
bingkas bangun! Membuntuti gadis yang mengenakan pakaian pejabat itu sehingga
kakinya tiba di hadapan sebuah bilik.
Perlahan-lahan
gais itu memulas tombol pintu itu. alsiha hanya berdiri di luar sambil
melilau-lilau pandangannya di sekeliling.
“Tetamu
bos dah datang!” kedengaran suara gadis itu tadi berkata.
“Cik
boleh masuk sekarang!” ujar gadis itu sambil tersenyum kepada Alisha.
“Masuk!”
Alisha terdengar suara bos menjerit dari dalam. Cepat-cepat Alisha menapak
masuk ke dalam bilik. Dia ternampak tubuh lelaki sedang terbongkok-bongkok
mencari fail di kabimet besi.
“Asaalammuailikum!”
tegur Alisha.
Lelaki
itu berpaling.
Alisha
tersentak. Bibirnya kelu. Di hadapannya kini adalah lelaki yang telah lama
menghilang dalam hidupnya. Alisha menelan air liurnya. Terkaku di situ. Zafran
Haicarl! Apa yang dia buat di sini? Takkan dia bos syarikat ini? Tapi abangnya
tak beritahu pun bos yang di maksudkan itu ialah Zafran Haicarl!
“Silalah
duduk!” Suara Zafran kedengaran lagi. Dia kembali memusingkan badannya. Namun
dia menoleh sekali lagi apabila dia menyedari wajah itu.
Alisha
tidak dapat bertahan di situ. Segera saja dia menuju ke pintu utama.
“Cik..”
kedengaran Encik Zafran memanggil
namanya.
Alisha
yang mendengar namanya di panggil terus saja membuka pintu bilik itu. Dia tidak
menghiraukan panggilan lelaki itu. Apa yang penting dia mahu segera pulang!
Zafran Haicarl juga mengejarnya dari belakang.
Dia pasti itulah wajah yang di carinya selama ini. Kalau bukan dia masakan
wanita itu terus keluar dari biliknya setelah mereka bertentang mata tadi. Dia
sebenarnya juga tidak percaya yang wanita yang berdiri di depannya itu adalah
Alisha. Namun melihat wajah wanita yang terkejut itu, dia yakin! Dan
seyakin-yakinnya!
“Aik
sekejap betul bos berbincang dengan dia?” soal gadis yang menjaga di kaunter
pertanyaan tadi.
“Ada
nampak wanita itu tadi tak?”
“Siapa?
Cik Alisha?”
“You mean Alisha?” soal Zafran Haicarl
balik.
“Mmm
itulah nama yang dia beritahu saya tadi..” jawab Noni lagi. Dia hairan melihat
perangai bosnya kali ini.
“So mana dia?” soal Zafran Haicarllagi.
“I
nampak dia dah keluar. Mungkin dia dah balik...”
Zafran
Haicarl menepuk dahinya. Memang benarlah dia Alisha yang di carinya. Mengapa
dia tidak perasan ketika dia berdepan dengan wanita itu tadi. Berkali-kali dia
meramas rambutnya.
“Kenapa
bos? Ada problem ke?”
“Nope!!”
Zafran
Haicarl kembali menuju ke bilik pejabatnya. Dia duduk sambil memandang ke luar.
Sudah
tiga jam dia menatap fail di hadapannya itu. Namun satu benda pun tidak masuk
dalam fikirannya. Peristiwa tadi asyik terbayang di ruangan matanya. Menyesal dia
kerana pada mulanya dia langsung tidak menyedari wanita yang berdiri di
hadapannya itu adalah orang yang selama ini di cari dan di rindui. Sehari ini
sudah tiga kali dia terserempak dengan wanita yang selama ini di cari.
...............................
Alisha
terus pulang ke pejabat. Dia juga duduk termenung di meja kerjanya. Kedengaran
pintu di tolak dari luar. Alisha nampak wajah abangnya berdiri di situ. Mungkin
abangnya juga baru habis meeting
dengan klien dari Jepun itu.
“Macam
mana tadi? Adik dah settle dengan
syarikat itu?” soal Amri lagi. Alisha terdiam. Entah kenapa tiba-tiba sahaja
kepalanya rasa sakit. Mungkin juga kerana perubahan cuaca. Dia memicit
kepalanya yang tiba-tiba sakit.
“Isha...”
panggil Amri lagi. Dia melihat Alisha seperti menahan sakit kepalanya.
“Isha
minta maaf bang. Isha terus balik sebab rasa sakit kepala tadi..” Isha menjawab
pertanyaan abangnya tadi.
“Jadi
Isha tak jumpalah bos syarikat itu?” soal Amri lagi. Dia tidak marah kalau Isha
tidak pergi berjumpa dengan kliennya yang penting kesihatan Isha.
Alisha
menggelengkan kepalanya. Amri mengangguk!
“Tak
apalah.. Kalau memang dah rezeki kita, mesti kita akan bekerjasama juga dengan
mereka nanti.”
“Abang
tak marah?” soal Alisha lagi. Manalah tahu abangnya akan marah.
“Isha
minta maaf..”
“Tak
apa.. Isha dah makan ubat?” soal Amri lagi. Dia risau juga melihat Alisha yang
dalam keadaan sakit itu!
“Dah..
Tapi Isha rasa nak balik ke rumah saja. Isha nak berehat di rumah.”
“Nak
abang hantar Isha balik rumah ke?” soal Amri lagi.
“Tak
payahlah. Isha masih boleh drive lagi..”
seraya itu Alisha bangun sambil mengambil beg tangannya.
“Tapi
abang risaukan Isha tu..” Amri masih tidak puas hati dengan kedegilan Alisha.
Alisha
tersenyum. Memanglah kepalanya sakit bukan di sebabkan apa. Dia sebenarnya masih
dalam keadaan mood terkejut. Kalau
dia balik ke rumah dia boleh menghilangkan rasa resahnya bermain dengan Akif.
..........................
Alisha
pulang kerumah. Dia benar-benar masih terkejut dengan pertemuan petang tadi.
Dia jadi bingung. Benarkah itu Zafran Haicarl? Salahnya juga kerana dia segera
berlalu dari situ. Kenapa dia tidak pastikan lelaki itu benar-benar Zafran
Haicarl.
Zafran
Haicarl duduk di luar halaman rumahnya. Dia termenung. Dia masih terbayang-bayang wajah wanita itu.
Benarkah dia Alisha. Isteri yang selama ini di carinya. Dan kalau dia melihat
pakaian yang di kenakan wanita itu sama dengan pakaian dengan wanita yang di
langgarnya pagi tadi. Dan dia yakin itu adalah Alisha. Tetapi mengapa wanita
itu terus berlari meninggalkan dirinya.
Mengingatkan
peristiwa yang berlaku dalam hidupnya semenjak kehilangan Alisha. Bagaikan
tiada tujuan untuk dia hidup di muka bumi ini.
Dari
dalam rumah Tuan Razman menggeleng kepalanya melihat kelibat anak tunggalnya
itu. Semenjak Alisha pergi dari hidupnya tidak pernah sekali pun dia melihat
Zafran tersenyum. Jika perlu pun senyumnya hanya di buat-buat. Dia keluar
menuju ke arah tempat Zafran duduk.
“Termenungkan
apa tu?” soal Tuan Razman.
“Eh..
papa. Tak ada apalah.. Saja je Zaf nak ambil angin. Panas kat dalam tu..”
Zafran cuba berselindung. Tuan Razman mengeluh kecil. Dia sudah biasa mendengar
pelbagai alasan yang keluar dari mulut anaknya itu.
“Sampai bila Zaf macam ni? Kadang-kadang papa
pun rasa bersalah dalam hal ini..” ujar Tuan Razman.
“Zaf
tak nak fikirkan lagi. Hidup Zaf tenang sekarang.”
Bukan
itu yang difikirkannya. Dia ingin mencari Alisha. Hanya Alishalah satu-satunya
insan yang boleh membahagiakan dirinya. Wanita yang sangat dicintainya dari
dulu sampai sekarang. Sayang di mana kau sekarang? Abang sangat merinduimu.
“Apa
pun jangan putus asa cari Alisha. Kalau memang jodoh kamu kuat, suatu hari
nanti tuhan pasti menemukan kamu berdua..” pujuk Tuan Razman lagi.
‘Hari
ini Zaf dah jumpa dia pa. Tapi Zaf masih tidak tahu sama ada dia mahu kembali
pada Zaf semula.’ Detik hati Zafran lagi.
“Terima
kasih papa..”
“Papa
nak masuk ke dalam dulu. Jangan tidur lewat sangat..” nasihat Tuan Razman pada
anak lelakinya itu.
Zafran
masih duduk di luar. Fikirannya kembali melayang dari peristiwa pagi tadi
hingga petangnya. Mengapa dia tidak perasan wanita yang di jumpainya itu adalah
Alisha. Dia benar-benar mengutuk dirinya sendiri.
Tanpa
sedar jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dia terus bangun menuju ke dalam
rumah.
Di
dalam bilik tidurnya dia membaringkan tubuh di atas katil. Dia rasa lega
setelah seharian bekerja dan tidak sempat untuk berehat pun. Namun matanya
terasa payah untuk pejam. Bayangan Alisha dan riak wajahnya menganggu
fikirannya.
‘Kenapa
sayang pandang abang dengan perasaan benci? Apa yang telah abang lakukan
Isha. Sesungguhnya abang sangat merinduimu. Abang tak sanggup lagi berpisah
dengan sayang. Dan abang berharap selepas ini tiada lagi yang akan memisahkan
kita!’ gumam Zafran sendirian. Akhirnya dia tertidur dengan memeluk bingkai
gambar Alisha.
..................................
best....
ReplyDeleteN3 baru selepas lama menanti. Kesian kat Zafran, dia menyesal sangat. Bila agaknya Alisha akan memaafkan dirnya..
ReplyDeleteCik writer,
Nk Tanya sikit ttg progress cite " Kau Milikku" bila nak siapkan versi cetak.
Untuk has_1309. Terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan novel dalam blog saya ini. Sebenarnya saya pun masih menanti jawapan dari pihak penerbit. katanya, mereka akan maklumkan bila keluar versi cetak nanti.
Delete