Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday, 6 March 2013

Ada Dia Di Hati 4



Zafran Haicarl duduk di ruang tamu. Malam itu dia menyuruh Shahrul datang ke rumahnya untuk berbual-bual dengan dirinya malam itu. Hatinya bingung. Entah mengapa semenjak dia bertemu dengan gadis yang bernama Alisha hatinya berasa tidak tenteram.

“Kau ni kenapa Zaf? Dari tadi lagi aku tengok kau asyik termenung.. Kemudian tersenyum sendiri..”

Suara itu mengejutkan Zafran dari termenung. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Shahrul.

“Aku asyik teringatkan seseorang..” ujar Zafran perlahan.

“Kau ingatkan siapa bro? Tak nak share dengan aku ke?” soal Shahrul. Mana mungkin sahabatnya itu masih terkenangkan Sofia. Perempuan yang berjaya merobekkan hati sahabatnya itu..

Some one.. Yang aku jumpa masa balik hari tu..” jawab Zafran perlahan. Namun tidak lama kemudian dia terdengar Shahrul tergelak.

“Oh.. ini kes jatuh cinta lagilah ya..” usik Sahrul lagi. Dia tersenyum. Rupa-rupanya Zafran masih lagi berminat untuk mendekat dirinya dengan perempuan.

“Ini bukan cintalah.. Entah mengapa ketika aku berdepan dengannya aku rasa lain.. Ada.. Hishh tak tahulah aku nak cakap apa sebenarnya..” terang Zafran sambil tersenyum memandang Shahrul. Dia jadi malu sendiri kerana meluahkan apa yang di rasa.

“Jatuh cinta lagilah tu.. Kalau tidak cinta apa ke benda nama penyakit kau tu.. Angau?”

“Hishh... Susahlah nak cakap dengan kau!!”

“Apa yang susahnya.. Cuba kau cerita apa yang kau rasa..”

“Aku jumpa seorang gadis kampung. Dia sangat baik. Kerana dia juga pernah menolong aku masa di tepi pantai itu. Masa tu kaki aku di gigit binatang. Dia yang menolong bubuhkan ubat dan membalutnya dengan saputangan..”

“Habis yang kau asyik teringatkan dia kenapa?”

“Entahlah..”

“Entahlah??”

“Mungkin sebab dia gadis yang baik. Mak Jah pun berkenan dengan budak perempuan tu.. Dia cadangkan agar aku kahwin dengan dia..”

“Baguslah kalau macam tu. Jadi apa masalahnya sekarang?” soal Shahrul hairan.

“Tak tahu...”

“Kau masih ingatkan Sofia lagi ke? Kau janganlah teringatkan perempuan itu lagi.. Lebih baik kau fikirkan untuk masa depan sendiri...” nasihat Shahrul. Dia tahu sahabatnya itu menderita kerana perbuatan perempuan yang bernama Sofia itu.

“Itulah yang buat aku bingung. Kalaulah kau tahu apa yang aku lalui di rumah itu..” terdengar keluhan dari bibir Zafran.

“Dia buat hal lagi ke?”

“Bukan setakat buat hal.. Malah makin buat aku bencikan dia. Kau tau tak, masa ketiadaan papa aku kat rumah, dia boleh menceroboh masuk bilik tidur aku.. yang aku sakit hati dia selamba saja nak peluk segala.. Kononnya dia rindulah, masih cintalah.. Aku tak tahu nak buat apa? Perasaan aku jadi tak menentu.. Nasib baik akal ku waras lagi.. ”

“Baguslah kalau kau masih waras lagi! Mungkin kau masih keliru. Antara masa lampau dan masa depan..” terang Shahrul lagi. Dia dapat melihat wajah Zafran yang masih kebingungan.

“Entahlah.. Tapi aku pelik dengan perasaan aku sendiri. Bila aku dekat dengan gadis yang bernama Alisha itu, aku rasa damai sekali. Seolah-olah hilang segala masalah dalam hidup aku!”

“Macam ni sajalah.. Kalau kau memang ada perasaan pada perempuan tu, lebih baik kau kahwin dengan dia.. Biar Sofia tak menganggu kau lagi. Habis cerita..” Shahrul tiba-tiba memberi cadangan. Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi masalah Zafran itu.

“Kahwin??” kedengaran suara Zafran yang terperanjat mendengar cadangan sahabatnya itu.

“Iyelah.Kahwin! Kau kahwin je dengan Alisha habis cerita!!”

“Tapi perempuan tu nak ke dengan aku? Lagi pun dia masih muda lagi..” soal Zafran tiba-tiba. Dia mula risau kalau-kalau gadis itu tidak mahu menerima dirinya.

“Kenapa kau tanya aku? Kau tanyalah dia sendiri. Yang muda tak semestinya tidak berfikiran matang.. Kalau dah tua macam kau pun tak matang lagi itu yang hampeh!!”

“Hish.. dia ni.. Boleh cakap aku dah tua!!” ajuk Zafran lagi.

“Padan muka kau.. Jangan jual mahal sangat.. Aku takut ada orang kebas dia dari kau macam mana?”

.................................

Dari petang tadi lagi dia menunggu kepulangan Zafran. Nampaknya sekarang jam dah menunukkan pukul 8 malam. Takkan Zafran masih lagi belum pulang? Dia mahu bertanya. Tapi pada siapa? Kemudian dia melangkahkan kaki menuju ke ruang dapur manalah tahu Mak Jah boleh menjawab segala kekusutan fikirannya. Dia benar-benar rasa sunyi. Tuan Razman pun belum pulang dari outstation.

“Mak Jah, Zaf belum balik lagi ke?” soal Sofia. Dari pagi Zafran keluar sampai sekarang dia belum balik lagi. Takkan dia duduk di pejabat sampai malam-malam begini.

“Cik Sofia tak tahu ke?” soal Mak Jah hairan. Tapi mungkin jga Cik Sofia tidak tahu kerana Zafran keluar rumah awal pagi lagi.

“Tahu apa?” soal Sofia hairan!

“Zaf memang tak balik sebab dia pergi ke KL pagi tadi. Katanya dia ada urusan penting di KL..” jawab Mak Jah perlahan.

“Jadi maknanya pagi tadi dia terus pergi ke KLlah?” soal Sofia lagi.

Mak Jah mengangguk.

Sofia terus menuju ke biliknya. Dia marahkah dirinya sendiri. Sepatutnya ketika ketiadaan Tuan Razman inilah dia dapat mendekatkan dirinya dengan Zafran Haicarl. Namun kerana kesilapannya malam tadi, nampaknya Zafran cuba menjauhkan diri darinya.Dia runcing.kesunyian malam ini benar-benar membuatkannya nanar!

Menguji sungguh perasaan cintanya pada Zafran. Rasa kesal datang bertandang kerana kesilapan dirinya yang tidak dapat membezakan kemewahan dan kebahagiaan hidup.

Buat apa hidup mewah kalau dirinya sentiasa di tinggalkan seperti sekarang? Dan suaminya  tidak boleh menyalahkan dia seratus peratus kerana sehingga sekarang mereka belum di kurniakan anak!

Mesti Zafran sangat bencikan dirinya kerana meninggalkan dirinya uuntuk berkahwin dengan Tuan Razman.

“I menyesal sebab tinggalkan you dulu Zaf!!! Kalau tidak pasti kita sedang hidup bahagia sekarang!” ujarnya sambil itu air matanya juga turut menuruni pipinya.

...........................................

Shikin datang ke rumah Alisha. Dia mahu bertanya tentang sesuatu. Sudah lama dia tidak nampak lelaki yang bernama Zafran itu. Manalah tahu kalau-kalau lelaki itu ada menghubungi Alisha.

“Isha..”

“Mmmm Shikin.. Isha kat sini..” jerit Alisha lagi. Shikin terus mendapatkan Alisha yang berada di belakang rumahnya. Alisha hanya tersenyum melihat gelagat Shikin.

“Kenapa senyum-senyum tu?” soal Alisha kepada Shikin.

“Isha.. Kau ada jumpa mamat handsome tu tak?” soal Shikin.

“Mamat handsome? Siapa?” soal Alisha.

“Abang Zafran..”

Alisha menggeleng kepalanya..

“Shikin rasa dah lama Shikin tak nampak dia.. Dia pergi mana?”

“Tanya Isha pula.. Manalah Isha tau!!” jawab Alisha sambil menjemput Shikin duduk di atas serambi.

“Aku rasa dia pergi kerja ke luar daerahlah kot!! Atau dia memang ada urusan kat bandar besar tu..”

“Hish!! Mana kau tau! Entah-entah dia pergi jumpa girlfriend dia..” jawab Alisha selamba.

“Mana kau tau?”

“Aku cakap je..”

“Hish.. ko ni buat aku suspen saja..” ujar Shikin sambil memandang ke arah Alisha.

Akhirnya mereka berdua ketawa.

..................................



Hari ini, Alisha mula bekerja di kedai cenderamata kak Tipah. Kalau dulu dia hanya menolong kak Tipah membuat cenderamata, tetpi suatu hari Kak Tipah datang ke rumahnya untuk meminta bantuan. Kak Tipah mahu dia bekerja dengannya. Lagipun Alisha juga tidak ada pekerjaan lain selepas dia menduduki peperiksaan STPM.

Alisha bersetuju dengan di beri izin oleh kedua orang tuanya. Lagi pun duduk di rumah dia masih juga membuat cenderamata untuk di hantar ke kedai cenderamata Kak Tipah.

“Selamat pagi Kak Tipah..”

“Selamat pagi. Dah sampai pun Isha..” ujar Kak Tipah dengan senyumannya.

“Maaflah kak, Isha terlambat sikit.. tapi Isha janji hari-ahari berikutnya Isha tak akan lambat lagi.

“Hish tak apalah Isha.. akak sebenarnya yang risau. Takut Isha tak nak tolong akak..”

Macam tu sekali ke?”

“Hishh tak adalah akak berguruau saja..”

Selepas itu, Kak Tipah memberitahu kerja-kerja yang patut Alisha buat. Lagi pun kalau bab buat cenderamata, memang Alisha sudah pandai. Cuma ada sikit-sikit bab lain tu yang Alisha kena belajar.

Walau pun begitu, Kak Tipah begitu senang dengan sikap Alisha.

Alisha bekerja di kedai Kak tipah enam hari seminggu. Untuk hari cuti, Isha bebas memilih harinya.

………………………………

“Isha hari tu, akak ada tegur seorang lelaki.. dia kacak tinggi dan berkulit cerah. Katanya dia kenal dengan Isha. Isha ada kenal ke dengan mana-mana lelaki ke?”

Alisha mengerutkan dahinya. Lelaki? Setahu dia, hanya lelaki yang sama sekolah saja yang dia kenal. Kalau lelaki seperti yang Kak Tipah sebut tu..

‘Jangan-jangan, Kak tipah maksudkan Encik Zafran. Tapi tak mungkin? Sudah lama dia tidak nampak lelaki itu. Entah kemana dia menghilang? Ishh apa kena dengan aku ni?’

Perlahan-lahan Alisha menggeleng.

“Tak mungkin, atau Isha lupa.. Dia kenal dengan Isha”

“Memang Isha tak kenal siapa pun seperti yang akak cakap tu..”

“Itulah akak pun lupa nak tanya nama dia. Tapi akak memang pernah nampak dia sebelum ini tapi akak tak ingat dan bila?”

“Pelanduk dua serupa tak kak..” usik Alisha lagi. Kak Tipah ketawa. Mungkin juga benar kata Alisha , pelanduk dua serupa!!

Petang itu, Alisha terus pulang ke rumah. Dia rasa penat sangat kerana hari ini hari ahad. Dan sudah pasti ramai pengunjung ke pantai itu singgah membeli cenderamata sebelum pulang. Rasa tak cukup tangan dia dengan Kak Tipah. Lagi pin musim ini waktu cuti sekolah. Jadi patutlah Kak Tipah datang meminta jasa baiknya untuk menolong di kedai itu.

Malam itu, awal Alisha masuk tidur. Buka apa ini hari ketiga dia bekerja memang dia rasa tidak percaya, rupa-rupa ramai juga orang yang singgah di kedai cenderamata Kak Tipah untuk memebeli barang sebgai tanda kenangan!
……………………….

Hari ini, Tuan Razman sudah pulang. Sofia tersenyum bagai di buat-buat. Pada hal dalam hatinya dia sudah tidak keruan. Bimbang dia memikirkan sikap Zafran yang semakin hari semakin menjauhkan diri. Benar dia kesal dengan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak dapat mengawal perasaannya yang semakin membara. Cintanya pada lelaki yang bernama Zafran Haicarl itu masih utuh di lubuk hatinya. Bagaimana dia mahu melupakan wajah itu. Namun rasa menyesal itu tiada gunanya lagi, dia sudah menjadi isteri kepada ayah lelaki yang di cintainya.

“Zaf pergi mana? Dari tadi abang tak nampak pun batang hidung dia?” soal Tuan Razman.

“Dia balik KL bang.. Kenapa abang tanya pasal dia?” soal Sofia lagi. Sedaya upaya dia menyembunyikan rasa gelisahnya.

“Oh patutlah.. Tak ada apa. Abang cuma tanya je.. sebab abang hairan dari abang sampai tadi tak nampak pun wajah dia..”

Sofia tersenyum hambar.

“Ni Sofia kenapa? Macam tak suka je abang tanya pasal Zaf?”

“Tak adalah bang.. Sofia rasa kurang sedap badan je..”

“Tak sedap badan ke, atau Sofia merajuk?” soal Tuan Razman.

“Kenapa abang cakap Sofia merajuk?”

Tuan Razman ketawa. Dia suka melihat wajah isterinya seperti sekarang. Dia berdiri mendekati isterinya yang sedang duduk didepan meja solek. Dari tadi lagi gelagat isterinya itu menarik perhatiannya.

“Abang nak minta maaf sebab selalu tinggalkan Sofia sendirian..”

“Abang kan pergi kerja.. Bukannya abang pergi berjoli..”

“Abang ada sesuatu nak bagi kat Sofia ni..” ujar Tuan Razman sambil memandang wajah Sofia melalui cermin.

“Apa dia bang?” soal Sofia teruja. Kini barulah senyuman manis terukir di bibirnya.

“Untuk isteri abang yang kuat merajuk..”

Tuan Razman menghulurkan sebuah kotak baldu biru kepada Sofia. Lalu Sofia membukanya. Terbeliak biji matanya apabila suaminya benar-benar membeli rantai permata idamannya. Lidahnya kelu tak terkata. Rasa nak menjerit kesukaan pun ada. Tapi dia harus mengawal perasaannya!

Thank you abang.. Thank you very much.. Ni yang Sofia sayang abang lebih ni..” ucapnya sambil matanya memandang ke arah Tuan Razman.

“Nak abang pakaikan untuk Sofia ke?” soal Tuan Razman lagi. Sofia mengangguk. Siapa tidak suka kalau di belikan barang yang mahal seperti itu.

I love you.. abang sayangkan Sofia.. abang rindukan Sofia..”

“Sofia pun rindukan abang juga.. Rasanya Sofia tak sanggup di tinggalkan lama-lama oleh abang..” ujar Sofia dengan perlahan.

Malam itu, Sofia dapat melupakan wajah Zafran seketika. Tuan Razman juga bijak melayannya malam itu. Dia di layan bagaikan puteri. Rasanya mungkin kerana dia sudah lama di tinggalkan sebab itulah Sofia melayan sahaja suaminya malam itu.