Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 25 September 2012

Kau Rantai Hatiku 14



Petang itu sebaik saja masuk waktu kerja, Humaira pergi berjumpa dengan Cik Isabella. Dia mahu memohon cuti pada hari Jumaat ini. Dia sedar sepatutnya dia tidak boleh bercuti kerana dia baru masuk kerja selama tiga hari ini. Namun dia rasakan Mak Teh dan Pak Teh memerlukan dia pada saat genting itu. Lagipun dia sudah berjanji dengan Mak Teh dia akan memohon cuti pada hari tersebut.

“Tok..tok..tok..”  bunyi pintu di ketuk.

“Ya Humaira ada apa nak jumpa I ni?” soal Isabella sinis. Wajah Humaira di pandangnya dengan hairan.

“Begini Cik Bella, saya nak memohon cuti hari jumaat ni.. Boleh ke?”

“Hari jumaat ini? Bukan ke awak baru masuk kerja dah nak minta cuti?”

“Saya tahu saya baru masuk kerja tapi saya ada hal mustahak pada hari tersebut..” terang Humaira lagi.

“I tak boleh bagi.. Lagipun I tak ada kuasa dalam bidang ini. Tapi you nak juga cuti hari tersebut, you pergi jumpa Tengku Elman. Pandai-pandailah you bagi alasan kat dia nanti”  jawab Isabella.

“Terima kasih.. Cik Bella.. Terima kasih banyak-banyak..”

“Okey.. sekarang you pergilah jumpa Tengku Elman. Kalau dia tak benarkan you cuti memang I tak dapat nak tolong.. ini kuasa dia..” ajar Isabella. Dia sengaja menyuruh Humaira pergi berjumpa dengan Tengku Elman. Mungkin Humaira akan di marahi oleh Tengku Elman kerana baru saja mula bekerja dia sudah berani minta cuti. Tak pernah di buat orang!!

“Saya faham Cik Bella.. Terima kasih banyak-banyak..” Humaira tersenyum. Sekurang-kurangnya dia akan mendapatkan persetujuan dari Cik Bella. Tinggal dia berjumpa dengan Tengku Elman saja. Dan dia berharap lelaki itu akan meluluskan permohonan cutinya.

Perlahan-lahan dia melangkahkan kakinya menuju ke pejabat Tengku Elman. Di luar bilik itu dia berjumpa dengan Erin, setiausaha Tengku Elman. Humaira segera memberitahu tujuannya datang berjumpa dengan Tengku Elman. Cepat saja Erin menekan intercom untuk bertanya kepada Tengku Elman. Setelah dia mendapat persetujuan dari tengku Elman, Erin mempelawa Humaira masuk ke dalam bilik Tengku Elman.

Humaira mengatur langkah menuju ke meja Tengku Elman. Tengku Elman yang ketika itu masih sibuk meneliti fail yang ada di depannya.

“Selamat petang Tengku..” Humaira menyapa Tengku Elman. Tengku Elman mengangkat mukanya. Ada kerutan diwajahnya.

“Duduk Humaira. Ada apa hal nak jumpa saya ni?” soal Tengku Elman Qaufar. Fail yang ada di depannya itu terus di tutup. Anak matanya menikam terus wajah yang ada di depannya itu. Dia sedang menantikan jawapan dari Humaira.

“Sebenarnya begini, saya nak minta cuti pada hari jumaat ini.. Cik Bella yang suruh saya datang jumpa Tengku untuk memberitahu hal ini. Katanya dia tak boleh bagi kata putus dalam hal ini. Sebab saya baru masuk kerja..” terang humaira dengan panjang lebar. Dia tidak mahu membuang banyak masa dengan lelaki di depannya ini. Dia sedar lelaki itu sedang galak memerhatinya.

“Memang pun... Sepatutnya awak tak boleh ambil cuti!” ujar Tengku Elman.

“Itu saya tahu sebab itulah saya datang ke sini jumpa Tengku untuk meminta persetujuan dari Tengku..” ujar Humaira perlahan. Seram juga dia melihat wajah Tengku Elman ketika ini.

“Kenapa awak nak minta cuti?”

“Saya ada hal penting..”

“Boleh saya tahu apa hal penting itu?”

“Ini masalah keluarga. Rasanya Tengku tak payah tahu!” timbul pula akan nakal Tengku Elman. ‘Dia ni kalau tak di ugut, dia tak akan beritahu hal yang sebenarnya!’

“Kalau awak tak nak bagi tahu hal yang sebenarnya, macam mana saya nak bagi awak cuti. Tak apalah kalau kamu ingat saya nak menyibuk dalam keluarga kamu tu.. tapi untuk minta cuti ni, saya perlu tahu alasan munasabah dari awak. Kenapa awak nak minta cuti pada hari jumaat ini? Sedangkan awak tahu, yang awak tu baru masuk kerja..”

Humaira mendiamkan diri. ‘Patut ke tidak dia memberithau hal yang sebenarnya. Kalau tak bagitau mesti lelaki ni tak nak bagi cuti. Dan yang penting tadi dia sudah berjanji dengan Mak Teh. Bodoh! Siapa suruh berjanji dulu sebelum dia mendapat kepastian.

“Macam mana? Tak nak bagi tahu apa masalah awak?”

Humaira menganggkat mukanya. Nafasnya di hembus perlahan. Dia tiada pilihan lain selain dari berterus terang akan keadaan keluarga. Walaupun dia pernah menyuruh lelaki itu agar tidak masuk campur dalam urusan keluarganya.

“Sebenarnya, saya nak temankan keluarga saya. Hari Jumaat ini ialah hari pembedahan adik saya yang mengalami sakit jantung. Mereka memerlukan sokongan semua ahli keluarga. Jadi saya tak nak ketinggalan bersama mereka..”

Tengku Elman mengangguk. Sebenarnya dia sudah tahu hal itu namun dia sengaja untuk mendengar alasan dari mulut Humaira sendiri.

“Baiklah kalau macam tu. Saya bagi awak cuti hari Jumaat ni..”

“Terima kasih Tengku.. Tadi mak saya ucap terima kasih pada Tengku pasal duit tu..” tiba-tiba Humaira teringat pesanan Mak Teh tadi.

“Sama-sama. Bukan ke saya perlu bertanggung  jawab pada pekerja saya?”

Humaira tersenyum. Dia rasa lega. Humaira tidak menyangka bahawa Tengku Elman akan meluluskan permohonan cutinya itu. Pada mulanya memang dia berasa risau jika dia tidak dapat cuti. Lelaki tahu juga bertolak ansur dengannya.

MALAM itu, Humaira mahu berehat awal. Dia sudah memberitahu Arin bahawa dia tidak singgah ke kedai butik petang itu.

Tubuhnya di hempaskan di atas katil. Bantal lembut yang sering menjadi alas kepalanya di capai dan letakkan di kepalanya. Mata di pejam rapat. Namun telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Azwan pula di skrin itu. Terus saja di tekannya butang hijau. Rasa sudah seminggu lelaki itu tidak menelefonnya mungkin kerana dia sibuk dengan kerjanya.

“Hello..” sapanya tidak bermaya.

“Hello.. Ira sihat?”

“Sihat..”

“Kenapa suara Ira macam lain je?” soal Azwan. Walaupun Humaira cuba menyembunyikan sesuatu namun dia dapat rasakan perubahan suara itu.

“Taklah.. Penat sikit kot! Ada apa Wan call ni?”

“Rindu.. rindu nak dengar suara Ira.. Tapi kalau Ira penat, lain kalilah Wan call ya..”

“Tak pe.. Ira dah baring dah pun.. Wan cakap jelah apa Wan nak cakap. Ira dengar ni..” ujarnya. Dia tidak mahu Azwan terasa dengan sikapnya.

“Sebenarnya minggu depan Wan akan datang ke Kl tau! Wan ada meeting kat Kl. Wan ingat nak ajak Ira keluar time tu nanti..”

“Oh ya ke? Takpa macam nilah kalau Wan dah sampai KL. Wan calllah Ira. Manalah tau kalau Ira dapat keluar dengan Wan. Ni Ira lupa nak bagitau, Zeti masuk hospital. Dah dekat seminggulah juga..” Humaira memberi tahu hal itu. Sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan hati Azwan. Walaupun dia tahu Mak Teh dan Pak Teh adalah Pak Lang dan Mak Lang kepada Azwan.

“Apa? Baru sekarang nak bagitau Wan. Kenapa tak bagitau Wan awal-awal!”

Sorrylah Ira lupa. Lagipun Ira baru masuk ke tempat kerja baru.. Kiranya baru tiga hari Ira kerja kat situ..”

“Ira, kenapa benda penting macam ni, Ira tak telifon bagitau!” marah Azwan. Dia kecil hati bila perkara sebegini berlaku. Dia merasakan Humaira tidak mempedulikan perasaannya. Ada keluhan kedengaran di telinga Humaira.

“Ira minta maaf.. Ira ingat Mak Teh ada bagi tau Wan?”

“Tak ada. Ira kerja kat mana sekarang? Tadi Ira cakap Ira kerja tempat baru..” Azwan mengalih topik pula. Dia tidak mahu Humaira rasa bersalah pada dirinya.

Humaira segera memberitahu Azwan tentang pekerjaannya yang baru itu. Syarikat Global memang sebuah syarikat yang terkenal dalam bidang peragaan. Perekanya selalu menonjolkan fesyen terbaru untuk bidang peragaan.

AWAL pagi Jumaat, Mak Teh dan Humaira sudah bersiap-siap mahu ke hospital. Mengikut kata Pak Teh dalam perbualan telefon tadi, Zeti akan masuk ke bilik pembedahan pada pukul 8 pagi.

Sesampai sahaja di hospital, Mak Teh yang masuk dulu ke bilik Zeti sementara Humaira dan Pak Teh menunggu di luar.

Dekat pukul 7.45 pagi, Zeti di masukkan ke bilik pembedahan. Sementara itu Humaira, Mak Teh dan Pak Teh menunggu di luar dengan perasaan gelisah. Berdebar-debar hati mereka kerana tahu risiko yang menimpa Zeti selepas pembedahan itu nanti. Namun mereka berharap Zeti akan selamat dan tabah dalam mengharungi dugaan itu nanti.

Panggilan demi panggilan yang di terima oleh Humaira langsung tidak di pedulikannya. Hatinya mendongkol geram pada si pemanggil itu yang langsung tidak penat mendail nombornya. Nasib baik dia senyapkan bunyi telefon bimbitnya. Namun getaran itu tetap mengganggu dirinya.

Akhirnya setelah tiga jam mereka menunggu, Doktor Wong pun keluar dari bilik pembedahan itu.

“Siapa ahli keluarga pesakit bernama Rosma Zeti bte Puteh?” soalnya kepada mereka yang menunggu di luar bilik tersebut.

“Saya ayah pesakit. Ini ibunya dan sebelah sana kakak angkat dia. Macam mana keadaan anak saya doktor?” soal Pak Teh.

Dalam hatinya dia memang berdebar menunggu keputusan dari doktor itu. Humaira memeluk bahu Mak Teh supaya bertenang dengan apa yang bakal doktor itu bagitahu nanti.

“Kami berjaya dalam pembedahan ini. Cuma dia tidak sedarkan diri buat sementara waktu.  Mungkin masa itu nanti dia akan mengalami tempoh yang sukar bagi dirinya. Jika dia berjaya mengatasi masa ini dia akan terus selamat. Namun kita banyak-banyak berdoa dan bersabar. Kita tengoklah nanti..”

Ketiga-tiga insan itu mengukir sedikit senyuman. Sekurang-kurangnya pembedahan Zeti berjaya dan juga selamat walaupun dia terpaksa menempuhi masa yang sangat sukar sekarang. Tidak lama kemudian Zeti di tempatkan di unit rawatan rapi. Mereka bertiga sekadar menjadi pemerhati sahaja.

DARI pagi tadi Tengku Elman Qaufar langsung tidak dapat menumpukan perhatian. Entah mengapa dia rasa sesuatu. Biasanya dia tidak pernah berkelakuan aneh begini. Namun dia terpaksa juga menghadap fail-fail itu untuk kegunaan pada mesyuarat petang nanti. Akhirnya dia bangun lalu menuju ke bilik Encik Johan. Itu pun setelah merasakan otaknya tidak dapat berfungsi, dia mahu meminta pertolongan Encik Johan yang sudah biasa dengan kerja-kerja pejabat itu.

Isabella perasan setelah habis mesyuarat sahaja petang itu, Tengku Elman Qaufar sudah lesap. Bukannya mahu beritahu kemana dia pergi. Dan dia pergi bersama Encik Johan. Mungkin mereka ada mesyuarat dengan klien fikirnya.

Petang itu, Humaira menyuruh Pak Teh membawa Mak Teh pulang kerana kesihatan Mak Teh yang tidak mengizinkan. Biarlah dia yang menjaga Zeti di hospital. Lagipun dia sudah meminta cuti dan esok hari minggu. Mendengar kata-kata Humaira, Pak Teh membawa Mak Teh pulang untuk berehat di rumah.

Tengku Elman Qaufar datang ke butik IRARIN. Dia mahu berjumpa dengan kawan Humaira. Dari pagi dia cuba menghubungi Humaira namun gadis itu langsung tidak mempedulikan panggilannya. Rasa geram dan sakit hati pula bila melihat Humaira yang langsung tidak pedulikannya.

“Buat apa Tengku ke sini?” soal Arin sebaik saja melihat wajah Tengku Elman Qaufar berada di dalam butiknya itu. Dia hairan kenapa lelaki itu datang ke butiknya. Sedangkan Humaira tidak berada di situ lagi.

“Saya nak cari kawan awak Humaira. Saya cuba call dia tadi dia langsung tak angkat call. Kenapa ya?” soal Tengku Elman walaupun dia tahu sebab-sebab Humaira meminta cuti pada hari tersebut.

“Oh begitu.. Mungkin dia masih di hospital sekarang. Pagi tadi dia beritahu, Zeti sudah menjalani pembedahan. Mungkin mereka dalam keadaan risau. Sebab itu Humaira langsung tidak pedulikan panggilan dari Tengku..” Arin mencipta alasan. Tapi ada logiknya juga. Dia kenal benar dengan perangai sahabatnya itu.

“Awak tahu tak, mereka berada di hospital mana? Saya nak pergi melawat..” soal Tengku Elman tanpa menunggu lama. Sebab sekarang Encik Johan sedang menunggunya di tempat parking.

“Tau.. tapi tak ada orang nak jaga butik saya ni..” Arin berterus terang. Butik itu adalah hasil titik peluh dia dengan Humaira.

“Awak tutuplah butik tu. Nanti awak balik kesini lepas melawat mereka. Saya pasti awak pun nak pergi jenguk merekakan?” soal Tengku Elman Qaufar mahu menarik minat Arin. Arin mengangguk. Memang dia mahu melawat Zeti tapi keadaan masa itu tidak mengizinkan.

“Baiklah.. Tapi saya kena cakap dengan pekerja saya dulu.. Mungkin saya suruh mereka keluar sekejap, sementara tunggu saya balik dari hospital.” Akhirya Arin mengalah. Memang benar kata Humaira, lelaki ini memang jenis yang tidak mahu mengalah!!

“Okey.. saya tunggu di luar...”

Tengku Elman melangkah ke luar kedai. Matanya melilau melihat sekeliling. Manalah tahu ada orang yang ternampak dia berada di situ. Sebab itu dia menukar pakaiannya sebelum datang ke sini tadi. Dia tidak mahu dirinya menjadi perhatian. Dua orang pekerja Arin sudah keluar. Sementara Arin menutup pintu butiknya.

Arin mengikut Tengku Elman Qaufar ke tempat parking. Kelihatan Encik Johan sudah sedia menunggu mereka berdua. Tengku Elman menyuruh Arin naik kereta bersamanya sekali. Selepas melawat nanti, dia menyuruh Encik Johan menghantar Arin balik ke sini semula.

 Encik Johan hanya menerima arahan dari Tengku Elman. Dia segera memandu menuju ke hospital yang di sebutkan oleh Arin.

Petang itu ketika Mak Teh dan Pak Teh pulang, Humaira dikejutkan dengan kedatangan Tengku Elman Qaufar bersama dengan Arin. Memang dia tidak tahu kenapa Tengku Elman menjejakinya sampai ke sini. Terus dia mendekati Arin.

“Kenapa dia datang ke sini?” soal Humaira ke telinga Arin. Arin hanya tersenyum.

“Dia yang nak sangat jumpa awak kat sini. Mungkin dia ingat awak tipu dia dan bagi alasan jaga Zeti kat sini!” balas Arin lagi.

“Apa?? Aku tak tipulah.. Lelaki ini memang menjengkelkan.” Humaira mencebik. Tak sudah-sudah lelaki ini mahu menjejakinya.

“Awak ni buta kot!”

“Kenapa pula cakap Ira macam tu?” soal Huamira tidak puas hati. Dia melihat Tengku Elman tersenyum padanya. Hati dia pula yang rasa sakit.

“Memanglah.. Sebenarnya dia ni baik hati tau!! Mana pernah seorang bos nak datang melawat ahli keluarga pekerjanyan yang baru masuk kerja?”

“Awak jangan mengarut boleh tak!!” bisik Humaira lagi.

“Okeylah.. Aku tak boleh tinggalkan kedai tu lama-lama. Ni datang pun sebab dia merayu kat aku. Kalau tidak jangan harap aku nak keluar temankan dia sampai ke sini” jawab Arin pula. Namun matanya sempat mengerling ke arah Tengku Elman sambil itu dia melemparkan senyuman pada lelaki itu.

“Okeylah kalau awak memang ada kerja. Hati-hati balik tau!” pesan Humaira. Dia sudah biasa memberi pesanan sebegitu pada Arin dan begitu juga sebaliknya.

Mereka berdua berpelukan. Lupa seketika bahawa ada insan lain bersama dengan mereka di dalam bilik itu.

“Awak jagalah Zeti baik-baik. Esok kalau ada masa aku datang lagi tau!”

“Okeylah..Hati-hati..”

Selepas Arin menutup pintu, Humaira kembali duduk di kerusinya.

No comments:

Post a Comment