Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday, 6 January 2014

Saat Ku Cinta 9



AMYLIA pergi berjumpa dengan Zharif di pejabat. Dia mahu menjelaskan kepada Zharif, apa yang dia nampak semalam adalah tidak benar. Dia tidak mahu lelaki itu terus terusan menjauhkan diri darinya. Kalaulah lelaki itu sudi menerimanya, dia tidak akan menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki di luar sana.

“Hana, Zharif ada dalam pejabat?” soalnya kepada Hana selaku setiausaha Zharif. Kali ini dia bercakap dengan cukup lembut.

“Ada. Cik Amylia nak jumpa dia ke?” soal Hana lagi. Inilah pertama kali Amylia datang dengan cara yang sopan. Dia jadi hairan. Kenapa wajah Amylia nampak sedih? Padahal sebelum ini wanita itu akan terus masuk ke bilik pejabat Zharif tanpa bertanya terlebih dahulu dengannya.

Amylia mengangguk! Jenuh dia memikirkan perkara itu pagi tadi. Bagai mana kalau Zharif terus membencinya.

“Zharif you ada tetamu hari ini. Nak bagi dia masuk ke?” soal Hana melalui intercom.

“Suruh je dia masuk!” ujar Zharif melalui intercom.

Amylia tersenyum sebaik sahaja mendengar jawapan dari Zharif. Perlahan dia menuju ke pintu bilik Zharif. Dia mengetuk pintu itu sebaik dia berada di depan pintu itu.

“Tok..tok..tok..”

“Masuk!”

Amylia terus memulas tombol pintu tersebut dan melangkah masuk. Pintu itu di tutup perlahan. kelihatan Zharif sedang sibuk dengan kerjanya. Kepalanya langsung tak di angkat. Hanya dia mempersilakan tetamunya itu duduk sahaja. Amylia tersenyum suka.

“Hai Zhar!”Amylia memulakan bicara. Suara itu seperti biasa dia dengar. Zharif mengangkat mukanya. Terkejut melihat amylia yang duduk di hadapannya.

“Buat apa you datang sini?” soalnya. Amylia tersenyum. Lupa seketika tujuannya datang ke sini. Dia rasa gembira dapat melihat wajah Zharif ketika ini. Dia terbuai seketika.

“Amylia! I tanya buat apa you datang jumpa I?” sekali lagi Zharif meninggikan suaranya. Amylia terkejut! Wajahnya kembali pucat!

“I datang nak minta maaf dengan you..”

“Minta maaf? pasal apa?” Amylia menggigit bibir. Benarkah Zharif tidak nampaknya hari itu? Mungkin itu cuma perasaannya. Tapi kalau itu setakat perasaannya kenapa Zharif bersikap dingin dengannya?

“I nak minta maaf pasal..”

“Pasal apa?” soal Zharif lagi. Pasti Amylia mahu menerangkan perkara yang dia nampak tempoh hari. Dia tidak akan sedih dan kecewa malah sebaliknya dia gembira kerana selama ini Amylia berjaya menyembunyikan perkara yang sebenarnya. Ya perempuan itu tidak pernah setia dengan dirinya.

“Pasal apa yang you nampak tempoh hari!”

“Apa yang I nampak?” kali ini giliran Zharif cuba memutar belitkan soalan. Amylia sekali lagi menggigit bibirnya. Benar ke dia tidak nampak apa yang berlaku tempoh hari? Atau Zharif sengaja buat-buat tak nampak?

“Sebenarnya I dengan Datuk Maarof tu kawan biasa saja.. I tak nak you salah anggap dengan I..” beritahu Amylia. Kali ini dia terpaksa berterus terang.

“Oh pasal tu.. Ada I kisah? You nak kawan dengan sesiapa pun I tak ada hak nak melarang. Cuma satu saja yang I pinta, jangan ganggu hidup I lagi. Dan I tak nak tengok pun muka you kat sini!” Zharif meluahkan apa yang dirasa. Amylia kaku. Dia tidak menyangka Zharif berkata demikian dengannya.

Zharif please.. I’am sorry.. I beg you...” Amylia merayu.

“Seperti yang I cakap tadi, buat apa you nak minta maaf dari I. You dengan hidup you. I dengan hidup I. Jadi itu hal you.. Suka hati youlah nak buat apa? You bukannya budak kecik lagikan?” soal Zharif lagi. Amylia tidak tahu berkata apa lagi. Dia rasa Zharif benar-benar memaksudkan kata-katanya itu.

“You yang buat I jadi begini” ujar Amylia masih tidak mahu mengalah.

“Hei.. What you talking about? I buat you jadi apa?” balas Zharif sambil bangun dari tempat duduknya. Dia rasa kali ini, Amylia tetap tidak mahu mengalah. Dan kini dirinya pula yang di salahkan. Dia tidak mengerti apa yang Amylia mahukan yang sebenarnya.

“You yang buat I jadi macam ni! I cintakan you, tapi apa yang I dapat? You tak pernah berikan cinta you pada I. Malah you buat tak tahu saja dengan I. Alasan semua pasal budak-budak yang tak guna tu!” luah Amylia. Sering kali Zharif membuat alasan untuk mengelakkan diri. Kadang-kadang dia sakit hati dengan budak-budak itu.

“Hei!! You jangan berani libatkan pasal anak-anak I dalam masalah kita ya.. Mereka tak bersalah! You yang bermasaalah! You tak layak jadi ibu kepada anak-anak I tau!” bentak Zharif lagi. Selama ini dia bersabar sahaja dengan karenah Amylia. Tetapi sekarang dia tidak akan bersabar lagi!

“Apa maksud you?” Amylia semakin mendekatkan dirinya dengan Zharif. Dia mahu tahu apa alasan Zharif kali ini. Dia benar-benar ingin tahu.

“You tak sedar lagi ke? Budak-budak tu tahu apa yang terbaik untuk mereka. Dan I memang mencari wanita yang boleh menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Bukannya macam you! Depan I you buat baik. Belakang I? You ingat budak-budak tu tak pandai menilai ke?”

Amylia terdiam. Kali ini dia memang terkena dengan Zharif. Tak guna budak berdua tu! Pandai pulak mereka komplen dengan ‘papa’ mereka tu!

“Hish!! Malas nak cakap dengan you ni! Ada-ada saja yang tak kena!” marah Amylia lagi. Dia terus mengambil beg tangannya yang berada di atas meja lalu keluar dari bilik Zharif. Pintu pejabat itu di hempas kuat. Zharif tersenyum! Kali ini Amylia memang terkena dengan dia!

“Kus semangat!” ujar Hana sambil megurut dadanya. Hana yang terkejut mendengar pintu di hempas kuat mengangkat muka. Dia naik hairan. Tadi bukan main lagi Amylia bercakap lembut dengan dirinya. Bila keluar dari bilik Zharif lain pulak jadinya.

AMYLIA memandu menuju ke suatu tempat. Di sana dia mahu menenangkan fikirannya. Sejak semalam lagi fikirannya bercelaru. Dia tidak tahu untuk buat apa lagi bagi mendapatkan cinta dan kasih sayang Zharif. Lelaki itu selalu sahaja menyakiti hatinya. Dia tidak pernah di beri peluang untuk membuktikannya.

Amylia duduk di sebuah kerusi yang menghalakan pandangannya pada tasik itu. Dia mahu menenangkan fikirannya. Dia terlihat sepasang pasangan yang sangat mesra. Tiba-tiba dia rasa cemburu. Alangkah indahnya jika Zharif melayannya dengan baik seperti lelaki itu pada teman wanitanya. Dia pasti, dialah wanita paling bahagia sekali di dunia. Setelah sejam berlalu Amylia bercadang balik ke rumah mamanya.

“Awak ni dari mana tadi Amy? Sekarang baru balik? Tak reti nak duduk rumah ker?” Datin Rodiah membebel sebaik sahaja melihat anak gadisnya melabuhkan pinggungnya di atas sofa yang berwarna hitam itu.

“Balik jumpa Zharif!”

“Jumpa Zharif? Buat apa nak jumpa lelaki bodoh tu?” ternyata Datin Rodiah terkejut mendengar pengakuan Amylia. Masih tak berubah lagilah perangai anaknya itu, walaupun beberapa kali dia menasihatinya.

“Saja nak jumpa Zharif. Ada hal yang Amy nak cakap dengan dia.”

Datin Rodiah hanya menggelengkan kepala. Rupa-rupanya anak gadisnya itu masih berhubung dengan Zharif. Sudah puas dia menasihati anak gadisnya itu agar melupakan Zharif si bingung itu! Namun anaknya berdegil juga!

“Amy kau jangan nak buat hal lagi. Carilah pengganti yang lain. Mana tahu kau dapat yang lebih bagus dari si Zharif tu.”

“Ma.. Amy tak akan lupakan Zharif begitu sajalah.. Lagipun Zharif tu makin kacak, tampan dan bergaya sekarang. Macam itulah lelaki idaman Amy ma..”

“Masalahnya dia tak suka Amy. Cari lelaki lain. Jangan dok menggatal dengan dia tu. Tak berbaloi langsung!” marah Datin Rodiah lagi.

“Ala.. mama ni, Amy taulah nak buat apa. Yang penting Amy dapat hidup dengan dia. Nanti pandai-pandailah.. Amy bukan budak kecillah ma. Nak saja ikut cakap mama tu..” Amylia mula membentak. Dia tidak kira walau apa pun yang berlaku dia tetap akan merebut Zharif. Dia sudah nekad.

“Kau tu memang suka nak lawan cakap mama. Tak ada faedahnya kau nak kejar si Zharif tu! Apa gunanya Datuk Maarof tu? Dia kaya dan berduit. Takkan kau masih lagi berharap pada si Zharif yang tak kenang budi itu! Hishh!! Tak fahamlah mama dengan perangai kau ni!” marah Datin Rodiah lagi.

“Mama ni kan kalau tak membebel tak sah tau.. Dahlah Amy penat tau.. Dengar mama membebel macam ni..” Amylia terus saja mengangkat punggungnya bila mendengar mamanya mula berleter. Datin Rodiah hanya menggeleng kepala. Tidak tahu apa nak jadi dengan anak gadisnya yang seorang ni.

Di dalam bilik, Datin Rodiah mengeluh bila mengenangkan kata-kata Amylia sebentar tadi. Dia rasa bimbang dengan perangai anak gadisnya itu.

Tiga hari kemudian, Datin Rodiah menunggu Burhan di sebuah restoran. Baru sahaja dia menoleh, Burhan juga sampai.

“Amboi cepatnya dia sampai!” sindir Datin Rodiah.

“Mestilah saya cepat sampai!” balas Burhan dengan senyumannya. Dia pasti bekas isterinya itu sudah menyediakan sejumlah wang yang di mintanya. Dengan senyuman di bibirnya, kelihatan Datin Rodiah mencebik geram.

“Kalau ya pun belanjalah abang minum.. Tekak abang dah haus ni!” Burhan berkata dengan selamba.

“Kau ni tak ada kerja lainkan? Asyik nak minta belanja saja!” marah Datin Rodiah.

“Alah makin awak marah makin cantik!” ujar Burhan lagi.

Datin Rodiah hanya merengus! Perangai Burhan tidak pernah berubah. Memang dia masih sayangkan bekas suaminya itu tetapi sikap suaminya yang suka berjudi itu yang dia tidak suka. Kadang-kadang, mereka anak beranak terjerat dengan hutang bekas suaminya itu. Semenjak dia bertemu dengan arwah Datuk Mahdi, dia berasa senang hati. Lelaki itu melayannya dengan baik. Malah dia dan anak-anaknya di berikan wang ringgit untuk perbelanjaan. Lantaran itu dia meminta Burhan menceraikannya. Atas beberapa perjanjiannya dengan Burhan, Datin Rodiah di ceraikan dan kemudiannya dia berkahwin dengan Datuk Mahdi.

Namun sekarang Datuk Mahdi juga sudah meninggal dunia. Di sebabkan itu Burhan berani berjumpa dengannya untuk meminta pertolongan.

“Apa yang Diah fikirkan ni?” soal Burhan apabila melihat Datin Rodiah menyepikan diri.

“Tak ada apalah.. Kau dah ke ni?” soal Datin Rodiah balik.

“Dah. Terima kasih sebab bagi duit ni. Abang sayang sangat kat Diah..” Burhan menyambut sampul surat yang berisi duit itu lalu di ciumnya. Datin Rodiah mencebik lagi. Perangai bekas suaminya itu masih tidak berubah.

“Huh!! Sayang? Kalau sayang mengapa awak selalu menyusahkan hidup kami?” soal Datin Rodiah dengan geram.

SUDAH tiga hari juga Ashraf mengambil Zarra dari rumah dan menghantar ke tempat kerja dan juga begitu juga sebaliknya. Namun hari ini dia terpaksa pergi ke Langkawi lagi kerana ada urusan penting. Kalau di ikutkan hati memang dia tidak mahu Zarra menaiki teksi. Lagi pun keadaan sekarang sangat merbahaya.

“Zarra jaga diri baik-baik tau masa Ash tak ada..” pesannya pada tunang tersayang. Rasa berat hati dia mahu pergi ke Langkawi. Sebelum ini dia tidak pernah merasakan perasaan takut atau bimbang sebegitu.

“Ash jangan bimbang,. Zarra tahu jaga diri.. Berdoalah agar Zarra tak apa-apa!” pujuk Zarra lagi. Dia tidak mahu Ashraf susah hati sementara dia pergi ke Langkawi. Dia memberikan senyuman yang meyakinkan kepada lelaki bernama Ashraf itu. Ashraf lega.

Zarra duduk di kerusinya sambil mengeluh.

“Bos nak apa?” soal Nora. Semenjak mereka dapat bos baru, memang keadaan pejabat agak kelam kabut. Orangnya begitu certewet. Dan yang nampak sangat tadi mangsanya ialah Zarra. Kadang-kadang dia juga kesian melihat Zarra yang selalu di beri kerja yang banyak dan selalu lambat balik. Namun sahabatnya itu tidak pernah merungut.

“Tak ada apa-apa. Dia nak saya siapkan dokumen ini dengan cepat” jawab Zarra perlahan.

“Tapi sekarang dah dekat waktu habis pejabat. Awak tak balik tumpang saya ke? Lagi pun tunang awak tak ada kat sinikan sekarang?” soal Nora lagi.

“Tak apalah. Saya kena siapkan dokumen ini dulu. Pasal kenderaan tu, Nora tak payah risau. Nanti saya naik teksi. Macam tak biasa..” jawab Zarra sambil tersenyum. dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu.

Zarra terus berlalu menuju ke meja kerjanya. Dia harus menyiapkan dokumen itu dengan cepat kalau dia nak balik cepat. Tanpa lengah lagi. Dia terus membuat kerjanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Namun tiada tanda-tanda Zarra akan balik awal hari ini. Kerja itu perlu di selesaikan segera. Encik Hadri mahu laporan itu di atas mejanya esok pagi sebelum pukul 9 pagi. Jadi dia terpaksa menyiapkan kerja itu. Kawan sepejabat yang lain sudah beransur pulang. Suasana  sudah menjadi sunyi sepi. Hanya ada beberapa orang yang tinggal. Itu pun akan pulang sebentar lagi!

Telefon bimbit itu berdering lagi. Zarra melihat nama panggilannya. Ashraf! Terus saja dia mengangkatnya. Tadi dia tidak sempat mengangkatnya kerana dia masih sibuk dengan kerjanya.

“Helloo.. Asaaalamuailikum..”           

“Waalaikum sallam..”

“Ada apa Ash call Zarra ni? Sorrylah tadi Zarra tak sempat nak angkat.” Serba salah dirinya. Dia takut Ashraf berkecil hati!! Terus saja dia meminta maaf.

“Ash ingat Zarra dah merajuk sebab tu tak angkat call..” ujar Ashraf lagi. Kemaafan yang di pinta Zarra tadi menyejukkan hatinya. Dia tahu mungkin tunangnya itu terlalu sibuk. Namun di sebabkan rasa rindu yang tak tertahan, tangannya tetap gatal untuk menghubungi Zarra.

Sekarang sudah pukul 7 petang barulah kerjanya itu siap. Dia melihat ke arah bilik Encik Hadri pun sudah gelap. Ini bermakna hanya dia seorang yang masih berada dalam pejabat itu. Cepat-cepat dia mengemaskan mejanya lalu dia bangun dan mengambil beg tangan lalu menuju ke stesen teksi.

 

No comments:

Post a Comment