Mereka sudah
sampai ke tempat yang di tuju. Cuaca yang melanda Cameron Highland itu sudah
cukup menyenangkan. Namun gelora di hati Mira Syafika tidak setenang cuaca di
Cameron Highland itu. Dia hanya mampu mengikut rentak Iqbal Iskandar.
Mira yang sudah berada di luar kereta jadi tak
tentu hala. Memang dia merasa kagum dengan keindahan alam sekitar tapi..?
‘Habis la kalau aku tidur sini malam ni! Dah
sah-sah la satu bilik lagi dengan dia. Gila ke? Dah hujung minggu macam ni
mesti ramai pengunjung. Mesti tak ada bilik kosong yang lain. Nak balik KL pun
jauh! Tapi kenapa Iqbal Iskandar berkeras
mahu membawanya ke sini?’ Pelbagai perkara yang sudah muncul di kotak
fikirannya.
Iqbal Iskandar membawa keluar beg-beg pakaian dari
kereta. Kemudian dia berjalan ke arah Mira. Beg tadi sudah pun di sambut oleh pekerja
hotel. Ditekannya butang merah pada kunci kereta. Tangan Mira diraihnya laju.
Dia tersenyum. Mira masih terkebil-kebil dengan perangai Iqbal yang terlebih
mesra itu.
“Jom…” Iqbal sudah berjalan masuk melalui pintu
utama. Tangan isterinya masih dalam genggamannya. Dia tak akan lepaskan tangan
itu.
“Kita tinggal satu bilik ke?” soal Mira perlahan ke
telinga Iqbal.
“Ya.. Kenapa pula?” soal Iqbal balik. Dia pelik
dengan soalan dari Mira.
Mira gigit bibirnya. Malu dia hendak
menjelaskannya. Jika tidur sebilik dengan Iqbal lagi.. Arghh!! Dia tak dapat
bayangkan apa akan berlaku lagi.. Takut peristiwa itu berulang lagi.. Kalau di
kampung dia tak takut. Ini hotel!! Alamak apa alasan aku nak bagi kat dia?
“Mira nak balik KL..” ujarnya perlahan. Terkejut
Iqbal Iskandar mendengarnya. Wajah Mira di tatapnya.
“Sayang, kita dah sampai sini tau! Kan dah janji
hari tu nak ikut abang pergi sini?”
“Mira tau..”
“Habis, sayang tak kesian ke dekat abang? Penat
abang memandu ke sini tau. Ni penat abang pun belum hilang lagi” Iqbal memujuk
lagi. Dia tahu apa yang di fikirkan Mira. Tetapi dia tidak peduli.. Hanya
kepenatan yang menguasai dirinya. Tak sabar rasanya dia nak berbaring dan
melelapkan matanya sekejap. Sebab malam nanti ada sesuatu yang dia raikan
bersama Mira. Mira terdiam kemudian mengangguk perlahan.
“Berapa lama kita kat sini?”
“Tiga hari dua malam”
Iqbal Iskandar tersenyum lebar. Dicakapnya sesuatu
pada pekerja di kaunter reception. Sekeping kad dihulurkan kepada Iqbal
Iskandar dengan penuh senyuman. Iqbal Iskandar membalas senyuman kemudian
menarik semula tangan Mira dan berjalan ke bilik mereka.
Mira duduk di atas katil. Matanya memerhati keadaan sekeliling. Dia
tersenyum melihat bilik penginapan mereka sangat besar dan kelihatan mewah
sekali. Seronok pun ada! Tak pernah dia sangka dapat datang dan tidur dalam
hotel di Cameron Highland ni. Siapa la dia ni nak datang tempat-tempat yang
mewah macam tu. Bukan macam Iqbal Iskandar, tiap-tiap hari pun dia dapat pergi!
Hilang rasa resahnya sebentar tadi.
Selepas
mengemas barang-barang yang di bawa, Mira mengambil kain dan pakaiannya lalu
menuju ke bilik mandi. Dia tak nak menyalin pakaian di luar. Malu! Walaupun
Iqbal tidur mana tau tiba-tiba dia terjaga. Lebih baik dia berwaspada dahulu. Dia membuka pili air untuk mengisi tab mandi
itu. Dia mahu menyegarkan badannya. Itulah kali pertama dia mandi dalam tab
mandi. Selalunya dia hanya berkesempatan melihat jenis tab mandi dalam majalah
atau di kedai-kedai perabot sahaja. Tetapi kali ini dia berkesempatan untuk
merasai sendiri mandi di dalamnya. Huh bagaikan dunia ini dia yang punya!! Seronoknya.
Dia tersenyum sendiri.
Setelah air
itu hampir memenuhi ruang tab mandi itu, Mira memasukkan sedikit mandian
kedalamnya. Selepas itu barulah dia perlahan-lahan mendudukkan badannnya. Entah
kenapa makin lama makin terlelap matanya. Mungkin dia keletihan dalam
perjalanan tadi sedangkan bukan dia yang memandu.
Iqbal
merasakan begitu lama Mira di dalam bilik mandi. Sesekali dia tertoleh ke pintu
bilik mandi itu. Tadi dia tertidur atas katil. Dia melayan saja matanya apabila
dia terlalu mengantuk dan penat. Tetapi selepas 20 minit dia mencelikkan
matanya.
‘Lama betul
dia mandi.. Entah-entah dia pengsan kot’ ujarnya dalam hati.
Tiba-tiba
dia terdengar suara Mira meminta tolong. ‘Hish.. Kenapa pula dia minta tolong
tu.. Tak kan lemas dalam tab mandi kot.. Bukan dalam pun airnya.’
Dia segera
berlari ke arah bilik mandi itu. Di bukanya pintu bilik mandi itu. Nasib Mira
tidak mengunci pintu itu. Terkejut dia melihat, Mira sudah tenggelam dalam tab
mandi itu. Dengan cepat sahaja dia memanggil nama Mira.
Dia
mendekati tab mandi itu dan terus mengangkat Mira dari tab mandi itu. Tidak
peduli dengan pakaiannya yang sudah lencun dengan air mandian itu. Lalu dia
mengangkat Mira dari tab mandi itu. Mira sudah pengsan. Terpaksalah dia membuat
pernafasan mulut ke mulut. Mungkin ini adalah hikmah untuk dirinya. Di sedut
perlahan air dari mulut Mira. Sambil itu tangannya menekan dada Mira. Memang
dia rasa sesak nafas. Sesak melihat keadaan Mira yang amat seksi! Walaupun Mira
mengenakan baju lengan pendek dan seluar pendek namun itu sudah cukup menggoda
bagi dirinya.
Mira
tersedar sambil terbatuk-batuk. Pandangannya masih samar-samar namun dia cuba
juga untuk membuka matanya. Ada kain tuala membaluti tubuhnya. Baju dan
seluarnya pergi kemana?
“Apa kau
buat tadi tu hah!!” laju sahaja Mira bertanya dalam suara yang sedikit lemah.
Terkejut dia apabila mendapati lelaki itu sedang galak memerhatinya. Dengan
keadaan seperti itu tidak mustahil lelaki itu akan bertindak di luar batasan.
“Awak, lemas
tadi. Nasib baik abang dengar awak jerit tadi. Kalau abang tak dengar macam
mana? Awak nak main air tu sampai lemas tu kenapa? Awak ingat tu awak masih
budak-budak lagi ke nak main air?!” Iqbal Iskandar bersuara keras. Geram dia
dengan sikap Mira. Panggilan sayang pun sudah bertukar kepada awak!
Mukanya
serius sekali. Airmata Mira sudah tidak dapat di tahan lagi. Iqbal Iskandar
memejamkan matanya buat seketika sambil meraup wajahnya berkali-kali. Sebentar
tadi hatinya cemas dan kalut kerana kebimbangan. Betapa dia takut untuk
kehilangan gadis kesayangannya itu.
Mira
mengelap airmatanya sambil menundukkan kepalanya. Rasa malunya semakin menebal
apabila Iqbal Iskandar masih lagi berdiri di situ. Dia sebenarnya terkejut
mendengar suara Iqbal Iskandar yang berbaur kerisauan. Hatinya sedikit
tersentuh dengan keperihatinan lelaki itu yang telah menyelamatkan nyawanya.
Mira
meronta-ronta dan suaranya sudah menjerit kecil apabila menyedari Iqbal
Iskandar mengangkat badannya. Dia takut Iqbal akan melakukan sesuatu yang tidak
diingininya. Namun rontaannya hanya menyebabkan kepalanya semakin sakit
berdenyut-denyut. Berdebar-debar jantungnya ketika ini, perasaan takutnya
menggila.
“Diam boleh
tak?! Sakit-sakit pun ada hati nak meronta-ronta. Takkan kau nak lemas sekali
lagi. Dah kau tu penyejuk!” keras suara Iqbal Iskandar sambil mengukuhkan
tangannya supaya tubuh Mira tidak terjatuh.
Tubuh kecil
isterinya itu diletakkan ke atas katil. Mira Syafika menarik selimut hingga ke
paras bahunya. Namun perasaan takutnya masih lagi terasa. Iqbal Iskandar
selamba sahaja melabuhkan punggungnya di birai katil. Wajah mulus Mira di
tenung oleh Iqbal Iskandar.
“Awak jangan
pandang saya macam tu.. Ngeri tau!” ujar Mira dengan berani. Iqbal Iskandar
hanya tersenyum.
“Abang tak
akan buat apa-apa pada sayang. Abang tunggu sayang dah okey je ni!” balas Iqbal
Iskandar beriak selamba.
Padahal
dalam hati sudah lama dia menginginkan tubuh itu. Naluri sebagai seorang suami
yang tidak pernah mendapat haknya terasa berkocak hebat apabila melihat
penampilan Mira yang hanya memakai tuala yang ditukarkannya tadi dengan
rambutnya yang basah itu. Namun dia harus mengawal keinginannya. Biarlah dia
menunggu saat di mana Mira akan merelakan hubungan itu. Walaupun dia terpaksa
berperang dengan perasaan sendiri. Cukuplah dia hanya sempat merasa kesejukan
bibir mungil milik Mira.. Dia takut kehilangan Mira sekali lagi..
Wajah yang
sedang tidur itu di renung sayang oleh Iqbal Iskandar. Seperti sudah lama dia
tidak menatap wajah gadis itu sedang terlena. Memanglah mereka tinggal
sebumbung namun dia tidak berpeluang untuk menatap wajah itu ketika tidur.
Bilik Mira sentiasa berkunci. Mungkin takut dia akan masuk sekali lagi seperti
hari itu.
Iqbal
Iskandar tersentak apabila terlihat pergerakan tubuh Mira Syafika. Isterinya
itu mengubah kedudukan badannya dengan tidur mengiring ke sebelah kanan pula.
Kini Mira sudah membelakangi Iqbal Iskandar. Bibir Iqbal Iskandar mengukir
senyum bahagia. Dia sungguh bahagia kerana dapat menyaksikan adegan Mira
Syafika yang sedang tidur itu.
Akhirnya dia
keluar dari bilik itu. Malam ini dia akan membuat kejutan pada Mira. Semuanya
dalam perancangannya.
...................................................................
Petang itu,
Iqbal mengambil sebuah beg kertas dan di hulurkan kepada Mira. Mira tidak
segera menyambut, keningnya di jungkit tanda tidak faham.
“Untuk
sayang, pakailah..” ujar Iqbal Iskandar lembut. Dia masih lagi teringat
peristiwa yang berlaku petang tadi.
“Pakai?”
Mira sambut juga huluran Iqbal setelah suaminya itu menarik tangannya. Dibelek
seketika isi didalam beg itu. Sepasang dress berwarna unggu muda dan dihiasi
sedikit labucci menyerlah pandangan matanya. Cantik sangat!
“Malam ini
special dinner untuk kita. Sayang pakailah dress ni. Please..” pinta Iqbal
Iskandar dengan nada yang lembut.
Mira Syafika
kaku untuk membalas. Dia benar-benar rasa gembira dengan kejutan ini, tetapi
untuk membalas, perasaan malu dan segan masih menerjah di ruang hatinya.
“Sayang..” panggil
Iqbal, lembut dan juga menggoda. Mira mengangkat muka dan memandang wajah
Iqbal.
“Dahlah..
bagi Mira bersiap dulu..” Mira pantas menguraikan tautan jari jemarinya mereka.
Wajah Iqbal Iskandar di tatap tepat. Iqbal tergelak besar. Malu dengan sikapnya
sendiri yang selalu terleka sampai tak sedarkan diri. Dan dia tahu sangat
dengan perangai Mira. Suka sangat nak mengelakkan diri!!
“Baik
sayang..” bibirnya masih tak lekang dengan senyumannya. Mira terus berlalu
masuk ke bilik air untuk menyalin pakaian.
Selepas
menyalin pakaian dan berpuas hati dengan penampilannya, Mira keluar dari bilik
air itu. Dia melihat Iqbal sedang asyik membaca akhbar di tangannya.
“Awak.. saya
dah siap ni..”ujar Mira perlahan. Iqbal terus menoleh. Terpaku seketika. Cantik
sungguh Mira malam ini. Sesuai dengan dress yang di belikannya petang tadi. Dia
keluar membeli dress itu ketika Mira asyik tidur setelah berendam lama dalam
tab mandi itu. Ketika dia pulang semula ke bilik hotel itu barulah Mira
terjaga.
“Awak!!”
panggil Mira lagi. Sambil melayang-layang tangannya di hadapan wajah Iqbal.
Iqbal terkejut dengan gelagat Mira terus tersenyum.
“Maaf kalau
lama menunggu..” ujar Mira.
“Tak apalah
kalau sayang lama bersiap sebab nak cantik malam ni. Biar lama mana pun abang
sanggup tunggu. Jom..” Iqbal menarik lengan Mira dan melingkarkan ke lengannya.
Dia sengaja buat tak tahu saja dengan jelingan tajam Mira kepadanya.
“Mengada!”
“Biarlah.
Abang nak denda sayang sebab buat abang lama menunggu..”
Wajah Mira
berona kemerahan menandakan malu.
“Awak ni!!
Tadi cakap sanggup tunggu Mira, sekarang nak denda Mira pula.. Apa ni??” jawab
Mira dengan perasaan tidak puas hati.
Iqbal
Iskandar tergelak. Dia suka mengusik Mira.
..............................................................
Malam itu,
suasana sangat romantik. Mira begitu teruja sekali. Inilah kali pertama dalam
hidupnya dapat makan di tempat yang mewah serta cantik begini. Sampai tak
terkata dia melihat kesungguhan Iqbal untuk menjayakan majlis hari jadinya. Sungguh
dia amat terharu!
“Mana awak
tau hari ini hari jadi saya?” soal Mira malu. Sumpah dia sendiri pun tidak
ingat akan tarikh hari ini. Malunya dia!!
“Tiada apa
yang mustahil kan.. Untuk sayang semuanya ada dalam ini dan di sini” ujar Iqbal
sambil menunjukkan kepala dan juga dadanya. Mira hanya tersenyum malu. Kelakar
pun ada! Saja je ni ni suka buat malu aku! Desis hati Mira.
Dengan
suasana dan hidangan yang sungguh enak ditambahkan lagi dengan cahaya dua
batang lilin dan alunan melodi dari petikan piano yang mempersonakan membuat
Mira rasa gembira sekali. Santapan mata Iqbal Iskandar yang redup membuatkan
Mira rasa berdebar-debar. Lelaki di hadapannya ini sungguh mencabar hati dan
perasaannya.
Sekali
sekala Iqbal menyuapkan makanan ke mulutnya. Walaupun jarak mereka berdua agak
jauh namun, Iqbal tetap menghulurkan tangannya yang memegang sudu berisi
makanannya ke mulut Mira. Mulanya Mira tidak mahu tetapi di paksa oleh Iqbal.
Mereka tidak banyak berbual kerana asyik menikmati suasana romantik itu. Namun
banyak usikan Iqbal mencuit hati Mira sebenarnya.
“Sayang
kenyang?”
“Kenyang
sangat. Sampai tak boleh bernafas rasanya” ujar Mira sambil menggosokkan
perutnya.
“Okey, abang
nak habiskan kek ni dulu, baru kita balik ke bilik ya?”
Mira
mengangguk-ngangguk. Tetapi tiba-tiba saja dia ketawa.
“Kenapa?”
soal Iqbal kehairanan.
“Awak makan
ni macam mana? Sampai comot macam budak kecik!” ujar Mira dengan tawanya.
“Ya ke? Tang
mana tu?” Iqbal melihat-lihat kearah hidungnya pun tak juga nampak.
“Sini Mira
lapkan..” Mira mengelap sisa kek yang terkena di tepi bibir Iqbal.
“Dah!” Mira
tersengih-sengih.
“Sukanya.. Dah
jom kita balik. Tapi kalau sayang nak jalan-jalan dulu pun kita boleh jalan.
Lagi pun kalau kita balik bilik pun masih awal lagi ni! Ni nak balik terus ke
nak jalan-jalan?” soal Iqbal lagi.
“Nak
jalan-jalanlah. Mira nak tengok langit waktu malam.. Nak tengok bintang” jawab
Mira.
Sampai di
satu bangku itu, Iqbal dan Mira duduk. Sengaja Iqbal meletakkan tangannya di
atas bahu Mira. Dan sengaja juga dia merapatkan Mira ke tubuhnya. Namun sekejap
sahaja. Mira perlahan-lahan menarik tangan Iqbal yang berada di bahunya.
“Sayang.. Please..”
“Please
what?” soal Mira tidak mengerti.
“Izinkan abang peluk sayang macam ni. Dan lagi
satu, sepanjang tempoh kita disini, abang nak kita jadi seperti pasangan
bercinta.” pujuk Iqbal lagi. Dia merayu-rayu!
“Awak jangan nak merepek macam ni. Meremang bulu
saya di buatnya..” balas Mira lagi. Dia rasa tidak selesa. Berada dekat dengan
Iqbal membuatkan dadanya jadi sesak. Bernafas bagaikan tak cukup oksigen..
“Sayang.. Birthday girl sepatutnya tidak boleh
menghampakan hasrat seseorang.. Terutamanya suami sayang ni..” ujar Iqbal cuba
memancing perasaan Mira.
“Oh macam tu.. Jadi awak nak ambik kesempatanlah
ya!”
“Kalau sayang cakap abang ambik kesempatan, abang
tak kisah. Sebab dengan isteri sendiri tak salah rasanya..” jawab Iqbal lagi.
Mendengar hasrat
Iqbal itu, Mira merelakan saja perbuatan Iqbal terhadapnya. Malah dia berasa tenang
pula berada di sisi Iqbal. Dia berasa begitu di sayangi dan di kasihi. Namun
hatinya tetap belum dapat menerima cinta sesiapa lagi!
“Sayang
percaya tak, orang putih cakapkan kalau tahi bintang lalu kita mesti wish
something. Dan wish kita akan termakbul!” ujar Iqbal Iskandar memecah kesunyian.
‘Kalau betul
tahi bintang itu lalu, pastinya dia berdoa semoga pintu hatinya terbuka untuk
menerima cinta sidia!’ detik hati Mira. Mengarutnya dia malam ini. Entah dia
sendiri pun tidak faham dengan perangainya sendiri.
“Awak nikan
mengarut betullah! Suka percaya benda yang karut macam tu!” ujar Mira.
Iqbal
tergelak. Suasana jadi senyap seketika. Mereka berdua asyik melihat bintang di
langit.
“Hari ini
Mira rasa gembira sangat! Gembira sangat-sangat!” Mira memulakan bicara yang
lahir dari hatinya. Memang dia terharu di atas perbuatan Iqbal.
“Kenapa?”
“Sebab
buatkan Mira mampu senyum dan ketawa semula..” jawab Mira lagi.
“Kenapa
pula? Apa abang dah buat dengan isteri abang ni? Opss sorry kalau sayang belum
rasa hendak meluahkan abang faham!” cepat-cepat Iqbal menyedari kata-katanya.
“Mira minta
maaf.. Mira tahu, awak sayangkan Mira. Tapi buat masa sekarang, Mira tak boleh
terima sehingga Mira dah betul-betul yakin awak sayangkan Mira dan tak ada orang
lain selain Mira dalam hidup awak. Maklumlah lelaki macam awak ni semua gadis
diluar sana sukakan? Lagi pun Mira tak kuat untuk menerima rasa kehilangan
sekali lagi. Mira bukannya tuhan untuk tentukan takdir hidup sendiri. Tapi
itulah yang Mira rasakan saat ini.”
Mira
menghela nafasnya. Dia benar-benar rasa lega dengan keadaan sekarang. Kiranya
dia belum pernah meluahkan perasaan yang terperangkap dalam hatinya kepada
sesiapa selain Nek Nab. Kini barulah Iqbal Iskandar faham, kenapa Mira seperti
itu. Dia taku merasa kehilangan dalam hidupnya!
“Habis sayang
masih tak percayakan abanglah?” soal Iqbal.
“Mungkin awak dah biasa hidup macam ni agaknya..”
“Apa maksud sayang?”
“Yelah depan Mira cakap lain di belakang cakap
lain.. Lagi pun bukan Mira tak tahu gadis di luar sana terkejar-kejar dengan
awak ni. Terutamanya Rozie tu..”
“Sayang abang jelous yer?” duga Iqbal lagi.
“Taklah.. Tapi Mira hairan. Tak kan sepanjang hidup
awak, awak tak pernah mendampingi mana-mana perempuan.. I mean bercinta dengan
mana-mana perempuan?”
Iqbal menggeleng.
“Sayang? Pernah bercinta juga ker?” soal Iqbal
kembali.
Mira menggeleng.
“Mustahil. Gadis secantik awak tak pernah bercinta?”
“Tak pernah dan Mira takut sebenarnya..”
“Sebab dalam hati sayang tu dah isi dengan nama
Iqbal Iskandarkan? Yang paling di benci, yang paling meluat dan menyampah, yang
patut di marahi dan yang paling di sayangi.. jadi tak ada runag untuk di isi
oleh lelaki lain.”
“Awak!!” Mira mencubit lengan Iqbal. Suasana sepi
seketika.
“Tapi.. Macam mana dengan Rozie. Dia bukan buah
hati awak?” soal Mira selamba. Bukan niatnya mahu campur dalam urusan peribadi
suaminya. Namun dia mahu tahu dari mulut Iqbal sendiri tentang hubungannya
dengan Rozie. Kalau dengar dari mulut Rozie memang dia mengaku yang Iqbal itu
kekasih hatinya.
“Sayang
cemburu yer?” usik iqbal lagi.
“Tak.. Cuma
saya nak tahu kebenarannya. Mana tau boleh di jadikan alasan untuk saya menjauhkan
diri dari awak.”
“Sayang!!” sambil
itu tangannya memicit hidung Mira.
Mira
tergelak. Suka dia mengusik suaminya itu. Hari ini anginnya betul-betul baik.
Iqbal pun begitu. Hatinya berbunga-bunga bila melihat Mira sudah mampu
tersenyum manis dan bergurau senda dengannya. Betul kata Amirul inilah masanya
dia menunjukkan dan meluahkan kasih sayangnya kepada Mira.
“Sayang.. Bukan macam tu.. Sebenarnya mama nak
jodohkan abang dengan Rozie. Tapi mama tak tahu macam mana perangai Rozie. Apa
yang mama tahu Rozie tu anak orang berpangkat yang setaraf dengan abang. Abang
memang tak sukakan dia sejak dulu lagi..
Abang nak jelaskan pada Mira, abang tak akan ada apa-apa dengan Rozie.
Sebab abang cintakan orang lain”
“Siapa gadis
bertuah tu?” soal Mira sedikit cuak. ‘Selalu panggil sayang.. Tiba-tiba dia
cakap dia cintakan gadis lain.. Apa semua ni?’ bisik hati Mira lagi.
“Abangkan
dah ada isteri. Dan gadis bertuah itu adalah sayang... Jadi biarlah abang jadi
pencinta yang setia buat isteri abang..” terang Iqbal Iskandar.
Mira
merenung dalam ke arah wajah Iqbal. Rasa dia tidak percaya dengan kata-kata Iqbal
yang membuatkannya rasa terharu.
“Kenapa
sayang tak percaya?” soal Iqbal lagi. Memang dia sedar, tak semudah itu Mira
percaya kata-katanya. Dia tahu sangat perangai Mira. Degil dan susah nak
percaya orang lain.
“Abang
betul-betul cinta dan sayang sangat kat Mira.. Sayang sangat-sangat. Tak ada perempuan lain dalam
hati abang ni. Cuma Mira Syafika seorang saja iaitu isteri abang.. Abang janji,
abang tak akan tinggalkan Mira walau apa pun yang berlaku. Tapi abang mahu kita
mulakan sekali lagi. Abang akan tunggu Mira sehingga Mira sudi terima abang
dalam hati Mira. Izinkan abang menebus segala kesilapan yang abang lakukan pada
Mira..” rayu Iqbal lagi. Dia mahu Mira fahami isi hatinya. Sarat rasanya dia
menyimpan selama empat tahun lebih. Baru hari ini dia berpeluang meluahkan
segala isi hatinya.
Dia tidak
mahu ada penghalang di dalam rumah tangganya. Biarlah malam ini dia meluahkan
segala apa yang di pendam dalam hati yang di simpan selama empat tahun ini.
Mira
mengangguk. Iqbal Iskandar mengeratkan pelukannya. Malam itu bersaksikan bulan
dan bintang, kedua-duanya memahat janji di dalam hati. Mereka harus menerima
kenyataan bahawa, mereka memang di takdirkan untuk bersama!
Mereka balik ke bilik hotel apabila malam
semakin larut. Sejuk makin terasa. Mira bimbang dia akan bersin. Maklumlah dia
tidak tahan dengan keadaan yang sejuk. Seperti yang di janjikan, mereka
berpegangan tangan dan jalan beriringan menuju ke bilik hotel.
maaf sebab lambat buat N3 ni. harap N3 kali ini dapat memuaskan hati pembaca sekalian. terima kasih yang memberi komen..
maaf sebab lambat buat N3 ni. harap N3 kali ini dapat memuaskan hati pembaca sekalian. terima kasih yang memberi komen..
best2...cpt smbg....ya n3
ReplyDeleteBEST SANGAT2 CPT SMBG YA TQ
ReplyDelete