Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday 23 July 2012

Hanya Kau Milikku 16


Mereka sudah sampai ke tempat yang di tuju. Cuaca yang melanda Cameron Highland itu sudah cukup menyenangkan. Namun gelora di hati Mira Syafika tidak setenang cuaca di Cameron Highland itu. Dia hanya mampu mengikut rentak Iqbal Iskandar.

Mira yang sudah berada di luar kereta jadi tak tentu hala. Memang dia merasa kagum dengan keindahan alam sekitar tapi..?

‘Habis la kalau aku tidur sini malam ni! Dah sah-sah la satu bilik lagi dengan dia. Gila ke? Dah hujung minggu macam ni mesti ramai pengunjung. Mesti tak ada bilik kosong yang lain. Nak balik KL pun jauh!  Tapi kenapa Iqbal Iskandar berkeras mahu membawanya ke sini?’ Pelbagai perkara yang sudah muncul di kotak fikirannya.

Iqbal Iskandar membawa keluar beg-beg pakaian dari kereta. Kemudian dia berjalan ke arah Mira.  Beg tadi sudah pun di sambut oleh pekerja hotel. Ditekannya butang merah pada kunci kereta. Tangan Mira diraihnya laju. Dia tersenyum. Mira masih terkebil-kebil dengan perangai Iqbal yang terlebih mesra itu.

“Jom…” Iqbal sudah berjalan masuk melalui pintu utama. Tangan isterinya masih dalam genggamannya. Dia tak akan lepaskan tangan itu.

“Kita tinggal satu bilik ke?” soal Mira perlahan ke telinga Iqbal.

“Ya.. Kenapa pula?” soal Iqbal balik. Dia pelik dengan soalan dari Mira.

Mira gigit bibirnya. Malu dia hendak menjelaskannya. Jika tidur sebilik dengan Iqbal lagi.. Arghh!! Dia tak dapat bayangkan apa akan berlaku lagi.. Takut peristiwa itu berulang lagi.. Kalau di kampung dia tak takut. Ini hotel!! Alamak apa alasan aku nak bagi kat dia?

“Mira nak balik KL..” ujarnya perlahan. Terkejut Iqbal Iskandar mendengarnya. Wajah Mira di tatapnya.

“Sayang, kita dah sampai sini tau! Kan dah janji hari tu nak ikut abang pergi sini?”

“Mira tau..”

“Habis, sayang tak kesian ke dekat abang? Penat abang memandu ke sini tau. Ni penat abang pun belum hilang lagi” Iqbal memujuk lagi. Dia tahu apa yang di fikirkan Mira. Tetapi dia tidak peduli.. Hanya kepenatan yang menguasai dirinya. Tak sabar rasanya dia nak berbaring dan melelapkan matanya sekejap. Sebab malam nanti ada sesuatu yang dia raikan bersama Mira. Mira terdiam kemudian mengangguk perlahan.

“Berapa lama kita kat sini?”

“Tiga hari dua malam”

Iqbal Iskandar tersenyum lebar. Dicakapnya sesuatu pada pekerja di kaunter reception. Sekeping kad dihulurkan kepada Iqbal Iskandar dengan penuh senyuman. Iqbal Iskandar membalas senyuman kemudian menarik semula tangan Mira dan berjalan ke bilik mereka.

Mira duduk di atas katil.  Matanya memerhati keadaan sekeliling. Dia tersenyum melihat bilik penginapan mereka sangat besar dan kelihatan mewah sekali. Seronok pun ada! Tak pernah dia sangka dapat datang dan tidur dalam hotel di Cameron Highland ni. Siapa la dia ni nak datang tempat-tempat yang mewah macam tu. Bukan macam Iqbal Iskandar, tiap-tiap hari pun dia dapat pergi! Hilang rasa resahnya sebentar tadi.

Selepas mengemas barang-barang yang di bawa, Mira mengambil kain dan pakaiannya lalu menuju ke bilik mandi. Dia tak nak menyalin pakaian di luar. Malu! Walaupun Iqbal tidur mana tau tiba-tiba dia terjaga. Lebih baik dia berwaspada dahulu.  Dia membuka pili air untuk mengisi tab mandi itu. Dia mahu menyegarkan badannya. Itulah kali pertama dia mandi dalam tab mandi. Selalunya dia hanya berkesempatan melihat jenis tab mandi dalam majalah atau di kedai-kedai perabot sahaja. Tetapi kali ini dia berkesempatan untuk merasai sendiri mandi di dalamnya. Huh bagaikan dunia ini dia yang punya!! Seronoknya. Dia tersenyum sendiri.

Setelah air itu hampir memenuhi ruang tab mandi itu, Mira memasukkan sedikit mandian kedalamnya. Selepas itu barulah dia perlahan-lahan mendudukkan badannnya. Entah kenapa makin lama makin terlelap matanya. Mungkin dia keletihan dalam perjalanan tadi sedangkan bukan dia yang memandu.

Iqbal merasakan begitu lama Mira di dalam bilik mandi. Sesekali dia tertoleh ke pintu bilik mandi itu. Tadi dia tertidur atas katil. Dia melayan saja matanya apabila dia terlalu mengantuk dan penat. Tetapi selepas 20 minit dia mencelikkan matanya.

‘Lama betul dia mandi.. Entah-entah dia pengsan kot’ ujarnya dalam hati.

Tiba-tiba dia terdengar suara Mira meminta tolong. ‘Hish.. Kenapa pula dia minta tolong tu.. Tak kan lemas dalam tab mandi kot.. Bukan dalam pun airnya.’

Dia segera berlari ke arah bilik mandi itu. Di bukanya pintu bilik mandi itu. Nasib Mira tidak mengunci pintu itu. Terkejut dia melihat, Mira sudah tenggelam dalam tab mandi itu. Dengan cepat sahaja dia memanggil nama Mira.

Dia mendekati tab mandi itu dan terus mengangkat Mira dari tab mandi itu. Tidak peduli dengan pakaiannya yang sudah lencun dengan air mandian itu. Lalu dia mengangkat Mira dari tab mandi itu. Mira sudah pengsan. Terpaksalah dia membuat pernafasan mulut ke mulut. Mungkin ini adalah hikmah untuk dirinya. Di sedut perlahan air dari mulut Mira. Sambil itu tangannya menekan dada Mira. Memang dia rasa sesak nafas. Sesak melihat keadaan Mira yang amat seksi! Walaupun Mira mengenakan baju lengan pendek dan seluar pendek namun itu sudah cukup menggoda bagi dirinya.

Mira tersedar sambil terbatuk-batuk. Pandangannya masih samar-samar namun dia cuba juga untuk membuka matanya. Ada kain tuala membaluti tubuhnya. Baju dan seluarnya pergi kemana?

“Apa kau buat tadi tu hah!!” laju sahaja Mira bertanya dalam suara yang sedikit lemah. Terkejut dia apabila mendapati lelaki itu sedang galak memerhatinya. Dengan keadaan seperti itu tidak mustahil lelaki itu akan bertindak di luar batasan.

“Awak, lemas tadi. Nasib baik abang dengar awak jerit tadi. Kalau abang tak dengar macam mana? Awak nak main air tu sampai lemas tu kenapa? Awak ingat tu awak masih budak-budak lagi ke nak main air?!” Iqbal Iskandar bersuara keras. Geram dia dengan sikap Mira. Panggilan sayang pun sudah bertukar kepada awak!

Mukanya serius sekali. Airmata Mira sudah tidak dapat di tahan lagi. Iqbal Iskandar memejamkan matanya buat seketika sambil meraup wajahnya berkali-kali. Sebentar tadi hatinya cemas dan kalut kerana kebimbangan. Betapa dia takut untuk kehilangan gadis kesayangannya itu.

Mira mengelap airmatanya sambil menundukkan kepalanya. Rasa malunya semakin menebal apabila Iqbal Iskandar masih lagi berdiri di situ. Dia sebenarnya terkejut mendengar suara Iqbal Iskandar yang berbaur kerisauan. Hatinya sedikit tersentuh dengan keperihatinan lelaki itu yang telah menyelamatkan nyawanya.

Mira meronta-ronta dan suaranya sudah menjerit kecil apabila menyedari Iqbal Iskandar mengangkat badannya. Dia takut Iqbal akan melakukan sesuatu yang tidak diingininya. Namun rontaannya hanya menyebabkan kepalanya semakin sakit berdenyut-denyut. Berdebar-debar jantungnya ketika ini, perasaan takutnya menggila.

“Diam boleh tak?! Sakit-sakit pun ada hati nak meronta-ronta. Takkan kau nak lemas sekali lagi. Dah kau tu penyejuk!” keras suara Iqbal Iskandar sambil mengukuhkan tangannya supaya tubuh Mira tidak terjatuh.

Tubuh kecil isterinya itu diletakkan ke atas katil. Mira Syafika menarik selimut hingga ke paras bahunya. Namun perasaan takutnya masih lagi terasa. Iqbal Iskandar selamba sahaja melabuhkan punggungnya di birai katil. Wajah mulus Mira di tenung oleh Iqbal Iskandar.

“Awak jangan pandang saya macam tu.. Ngeri tau!” ujar Mira dengan berani. Iqbal Iskandar hanya tersenyum.

“Abang tak akan buat apa-apa pada sayang. Abang tunggu sayang dah okey je ni!” balas Iqbal Iskandar beriak selamba.

Padahal dalam hati sudah lama dia menginginkan tubuh itu. Naluri sebagai seorang suami yang tidak pernah mendapat haknya terasa berkocak hebat apabila melihat penampilan Mira yang hanya memakai tuala yang ditukarkannya tadi dengan rambutnya yang basah itu. Namun dia harus mengawal keinginannya. Biarlah dia menunggu saat di mana Mira akan merelakan hubungan itu. Walaupun dia terpaksa berperang dengan perasaan sendiri. Cukuplah dia hanya sempat merasa kesejukan bibir mungil milik Mira.. Dia takut kehilangan Mira sekali lagi..

Wajah yang sedang tidur itu di renung sayang oleh Iqbal Iskandar. Seperti sudah lama dia tidak menatap wajah gadis itu sedang terlena. Memanglah mereka tinggal sebumbung namun dia tidak berpeluang untuk menatap wajah itu ketika tidur. Bilik Mira sentiasa berkunci. Mungkin takut dia akan masuk sekali lagi seperti hari itu.

Iqbal Iskandar tersentak apabila terlihat pergerakan tubuh Mira Syafika. Isterinya itu mengubah kedudukan badannya dengan tidur mengiring ke sebelah kanan pula. Kini Mira sudah membelakangi Iqbal Iskandar. Bibir Iqbal Iskandar mengukir senyum bahagia. Dia sungguh bahagia kerana dapat menyaksikan adegan Mira Syafika yang sedang tidur itu.

Akhirnya dia keluar dari bilik itu. Malam ini dia akan membuat kejutan pada Mira. Semuanya dalam perancangannya.

...................................................................

Petang itu, Iqbal mengambil sebuah beg kertas dan di hulurkan kepada Mira. Mira tidak segera menyambut, keningnya di jungkit tanda tidak faham.

“Untuk sayang, pakailah..” ujar Iqbal Iskandar lembut. Dia masih lagi teringat peristiwa yang berlaku petang tadi.

“Pakai?” Mira sambut juga huluran Iqbal setelah suaminya itu menarik tangannya. Dibelek seketika isi didalam beg itu. Sepasang dress berwarna unggu muda dan dihiasi sedikit labucci menyerlah pandangan matanya. Cantik sangat!

“Malam ini special dinner untuk kita. Sayang pakailah dress ni. Please..” pinta Iqbal Iskandar dengan nada yang lembut.

Mira Syafika kaku untuk membalas. Dia benar-benar rasa gembira dengan kejutan ini, tetapi untuk membalas, perasaan malu dan segan masih menerjah di ruang hatinya.

“Sayang..” panggil Iqbal, lembut dan juga menggoda. Mira mengangkat muka dan memandang wajah Iqbal.

“Dahlah.. bagi Mira bersiap dulu..” Mira pantas menguraikan tautan jari jemarinya mereka. Wajah Iqbal Iskandar di tatap tepat. Iqbal tergelak besar. Malu dengan sikapnya sendiri yang selalu terleka sampai tak sedarkan diri. Dan dia tahu sangat dengan perangai Mira. Suka sangat nak mengelakkan diri!!

“Baik sayang..” bibirnya masih tak lekang dengan senyumannya. Mira terus berlalu masuk ke bilik air untuk menyalin pakaian.

Selepas menyalin pakaian dan berpuas hati dengan penampilannya, Mira keluar dari bilik air itu. Dia melihat Iqbal sedang asyik membaca akhbar di tangannya.

“Awak.. saya dah siap ni..”ujar Mira perlahan. Iqbal terus menoleh. Terpaku seketika. Cantik sungguh Mira malam ini. Sesuai dengan dress yang di belikannya petang tadi. Dia keluar membeli dress itu ketika Mira asyik tidur setelah berendam lama dalam tab mandi itu. Ketika dia pulang semula ke bilik hotel itu barulah Mira terjaga.

“Awak!!” panggil Mira lagi. Sambil melayang-layang tangannya di hadapan wajah Iqbal. Iqbal terkejut dengan gelagat Mira terus tersenyum.

“Maaf kalau lama menunggu..” ujar Mira.

“Tak apalah kalau sayang lama bersiap sebab nak cantik malam ni. Biar lama mana pun abang sanggup tunggu. Jom..” Iqbal menarik lengan Mira dan melingkarkan ke lengannya. Dia sengaja buat tak tahu saja dengan jelingan tajam Mira kepadanya.

“Mengada!”

“Biarlah. Abang nak denda sayang sebab buat abang lama menunggu..”

Wajah Mira berona kemerahan menandakan malu.

“Awak ni!! Tadi cakap sanggup tunggu Mira, sekarang nak denda Mira pula.. Apa ni??” jawab Mira dengan perasaan tidak puas hati.

Iqbal Iskandar tergelak. Dia suka mengusik Mira.

..............................................................

Malam itu, suasana sangat romantik. Mira begitu teruja sekali. Inilah kali pertama dalam hidupnya dapat makan di tempat yang mewah serta cantik begini. Sampai tak terkata dia melihat kesungguhan Iqbal untuk menjayakan majlis hari jadinya. Sungguh dia amat terharu!

“Mana awak tau hari ini hari jadi saya?” soal Mira malu. Sumpah dia sendiri pun tidak ingat akan tarikh hari ini. Malunya dia!!

“Tiada apa yang mustahil kan.. Untuk sayang semuanya ada dalam ini dan di sini” ujar Iqbal sambil menunjukkan kepala dan juga dadanya. Mira hanya tersenyum malu. Kelakar pun ada! Saja je ni ni suka buat malu aku! Desis hati Mira.

Dengan suasana dan hidangan yang sungguh enak ditambahkan lagi dengan cahaya dua batang lilin dan alunan melodi dari petikan piano yang mempersonakan membuat Mira rasa gembira sekali. Santapan mata Iqbal Iskandar yang redup membuatkan Mira rasa berdebar-debar. Lelaki di hadapannya ini sungguh mencabar hati dan perasaannya.

Sekali sekala Iqbal menyuapkan makanan ke mulutnya. Walaupun jarak mereka berdua agak jauh namun, Iqbal tetap menghulurkan tangannya yang memegang sudu berisi makanannya ke mulut Mira. Mulanya Mira tidak mahu tetapi di paksa oleh Iqbal. Mereka tidak banyak berbual kerana asyik menikmati suasana romantik itu. Namun banyak usikan Iqbal mencuit hati Mira sebenarnya.

“Sayang kenyang?”

“Kenyang sangat. Sampai tak boleh bernafas rasanya” ujar Mira sambil menggosokkan perutnya.

“Okey, abang nak habiskan kek ni dulu, baru kita balik ke bilik ya?”

Mira mengangguk-ngangguk. Tetapi tiba-tiba saja dia ketawa.

“Kenapa?” soal Iqbal kehairanan.

“Awak makan ni macam mana? Sampai comot macam budak kecik!” ujar Mira dengan tawanya.

“Ya ke? Tang mana tu?” Iqbal melihat-lihat kearah hidungnya pun tak juga nampak.

“Sini Mira lapkan..” Mira mengelap sisa kek yang terkena di tepi bibir Iqbal.

“Dah!” Mira tersengih-sengih.

“Sukanya.. Dah jom kita balik. Tapi kalau sayang nak jalan-jalan dulu pun kita boleh jalan. Lagi pun kalau kita balik bilik pun masih awal lagi ni! Ni nak balik terus ke nak jalan-jalan?” soal Iqbal lagi.

“Nak jalan-jalanlah. Mira nak tengok langit waktu malam.. Nak tengok bintang” jawab Mira.

Sampai di satu bangku itu, Iqbal dan Mira duduk. Sengaja Iqbal meletakkan tangannya di atas bahu Mira. Dan sengaja juga dia merapatkan Mira ke tubuhnya. Namun sekejap sahaja. Mira perlahan-lahan menarik tangan Iqbal yang berada di bahunya.

“Sayang.. Please..”

“Please what?” soal Mira tidak mengerti.

“Izinkan abang peluk sayang macam ni. Dan lagi satu, sepanjang tempoh kita disini, abang nak kita jadi seperti pasangan bercinta.” pujuk Iqbal lagi. Dia merayu-rayu!

“Awak jangan nak merepek macam ni. Meremang bulu saya di buatnya..” balas Mira lagi. Dia rasa tidak selesa. Berada dekat dengan Iqbal membuatkan dadanya jadi sesak. Bernafas bagaikan tak cukup oksigen..

“Sayang.. Birthday girl sepatutnya tidak boleh menghampakan hasrat seseorang.. Terutamanya suami sayang ni..” ujar Iqbal cuba memancing perasaan Mira.

“Oh macam tu.. Jadi awak nak ambik kesempatanlah ya!”

“Kalau sayang cakap abang ambik kesempatan, abang tak kisah. Sebab dengan isteri sendiri tak salah rasanya..” jawab Iqbal lagi.

Mendengar hasrat Iqbal itu, Mira merelakan saja perbuatan Iqbal terhadapnya. Malah dia berasa tenang pula berada di sisi Iqbal. Dia berasa begitu di sayangi dan di kasihi. Namun hatinya tetap belum dapat menerima cinta sesiapa lagi!

“Sayang percaya tak, orang putih cakapkan kalau tahi bintang lalu kita mesti wish something. Dan wish kita akan termakbul!” ujar Iqbal Iskandar memecah kesunyian.

‘Kalau betul tahi bintang itu lalu, pastinya dia berdoa semoga pintu hatinya terbuka untuk menerima cinta sidia!’ detik hati Mira. Mengarutnya dia malam ini. Entah dia sendiri pun tidak faham dengan perangainya sendiri.

“Awak nikan mengarut betullah! Suka percaya benda yang karut macam tu!” ujar Mira.

Iqbal tergelak. Suasana jadi senyap seketika. Mereka berdua asyik melihat bintang di langit.

“Hari ini Mira rasa gembira sangat! Gembira sangat-sangat!” Mira memulakan bicara yang lahir dari hatinya. Memang dia terharu di atas perbuatan Iqbal.

“Kenapa?”

“Sebab buatkan Mira mampu senyum dan ketawa semula..” jawab Mira lagi.

“Kenapa pula? Apa abang dah buat dengan isteri abang ni? Opss sorry kalau sayang belum rasa hendak meluahkan abang faham!” cepat-cepat Iqbal menyedari kata-katanya.

“Mira minta maaf.. Mira tahu, awak sayangkan Mira. Tapi buat masa sekarang, Mira tak boleh terima sehingga Mira dah betul-betul yakin awak sayangkan Mira dan tak ada orang lain selain Mira dalam hidup awak. Maklumlah lelaki macam awak ni semua gadis diluar sana sukakan? Lagi pun Mira tak kuat untuk menerima rasa kehilangan sekali lagi. Mira bukannya tuhan untuk tentukan takdir hidup sendiri. Tapi itulah yang Mira rasakan saat ini.”

Mira menghela nafasnya. Dia benar-benar rasa lega dengan keadaan sekarang. Kiranya dia belum pernah meluahkan perasaan yang terperangkap dalam hatinya kepada sesiapa selain Nek Nab. Kini barulah Iqbal Iskandar faham, kenapa Mira seperti itu. Dia taku merasa kehilangan dalam hidupnya!

“Habis sayang masih tak percayakan abanglah?” soal Iqbal.

“Mungkin awak dah biasa hidup macam ni agaknya..”

“Apa maksud sayang?”

“Yelah depan Mira cakap lain di belakang cakap lain.. Lagi pun bukan Mira tak tahu gadis di luar sana terkejar-kejar dengan awak ni. Terutamanya Rozie tu..”

“Sayang abang jelous yer?” duga Iqbal lagi.

“Taklah.. Tapi Mira hairan. Tak kan sepanjang hidup awak, awak tak pernah mendampingi mana-mana perempuan.. I mean bercinta dengan mana-mana perempuan?”

Iqbal menggeleng.

“Sayang? Pernah bercinta juga ker?” soal Iqbal kembali.

Mira menggeleng.

“Mustahil. Gadis secantik awak tak pernah bercinta?”

“Tak pernah dan Mira takut sebenarnya..”

“Sebab dalam hati sayang tu dah isi dengan nama Iqbal Iskandarkan? Yang paling di benci, yang paling meluat dan menyampah, yang patut di marahi dan yang paling di sayangi.. jadi tak ada runag untuk di isi oleh lelaki lain.”

“Awak!!” Mira mencubit lengan Iqbal. Suasana sepi seketika.

“Tapi.. Macam mana dengan Rozie. Dia bukan buah hati awak?” soal Mira selamba. Bukan niatnya mahu campur dalam urusan peribadi suaminya. Namun dia mahu tahu dari mulut Iqbal sendiri tentang hubungannya dengan Rozie. Kalau dengar dari mulut Rozie memang dia mengaku yang Iqbal itu kekasih hatinya.

“Sayang cemburu yer?” usik iqbal lagi.

“Tak.. Cuma saya nak tahu kebenarannya. Mana tau boleh di jadikan alasan untuk saya menjauhkan diri dari awak.”

“Sayang!!” sambil itu tangannya memicit hidung Mira.

Mira tergelak. Suka dia mengusik suaminya itu. Hari ini anginnya betul-betul baik. Iqbal pun begitu. Hatinya berbunga-bunga bila melihat Mira sudah mampu tersenyum manis dan bergurau senda dengannya. Betul kata Amirul inilah masanya dia menunjukkan dan meluahkan kasih sayangnya kepada Mira.

“Sayang.. Bukan macam tu.. Sebenarnya mama nak jodohkan abang dengan Rozie. Tapi mama tak tahu macam mana perangai Rozie. Apa yang mama tahu Rozie tu anak orang berpangkat yang setaraf dengan abang. Abang memang tak sukakan dia sejak dulu lagi..  Abang nak jelaskan pada Mira, abang tak akan ada apa-apa dengan Rozie. Sebab abang cintakan orang lain”

“Siapa gadis bertuah tu?” soal Mira sedikit cuak. ‘Selalu panggil sayang.. Tiba-tiba dia cakap dia cintakan gadis lain.. Apa semua ni?’ bisik hati Mira lagi.

“Abangkan dah ada isteri. Dan gadis bertuah itu adalah sayang... Jadi biarlah abang jadi pencinta yang setia buat isteri abang..” terang Iqbal Iskandar.

Mira merenung dalam ke arah wajah Iqbal. Rasa dia tidak percaya dengan kata-kata Iqbal yang membuatkannya rasa terharu.

“Kenapa sayang tak percaya?” soal Iqbal lagi. Memang dia sedar, tak semudah itu Mira percaya kata-katanya. Dia tahu sangat perangai Mira. Degil dan susah nak percaya orang lain.

“Abang betul-betul cinta dan sayang sangat kat Mira..  Sayang sangat-sangat. Tak ada perempuan lain dalam hati abang ni. Cuma Mira Syafika seorang saja iaitu isteri abang.. Abang janji, abang tak akan tinggalkan Mira walau apa pun yang berlaku. Tapi abang mahu kita mulakan sekali lagi. Abang akan tunggu Mira sehingga Mira sudi terima abang dalam hati Mira. Izinkan abang menebus segala kesilapan yang abang lakukan pada Mira..” rayu Iqbal lagi. Dia mahu Mira fahami isi hatinya. Sarat rasanya dia menyimpan selama empat tahun lebih. Baru hari ini dia berpeluang meluahkan segala isi hatinya.

Dia tidak mahu ada penghalang di dalam rumah tangganya. Biarlah malam ini dia meluahkan segala apa yang di pendam dalam hati yang di simpan selama empat tahun ini.

Mira mengangguk. Iqbal Iskandar mengeratkan pelukannya. Malam itu bersaksikan bulan dan bintang, kedua-duanya memahat janji di dalam hati. Mereka harus menerima kenyataan bahawa, mereka memang di takdirkan untuk bersama!

Mereka balik ke bilik hotel apabila malam semakin larut. Sejuk makin terasa. Mira bimbang dia akan bersin. Maklumlah dia tidak tahan dengan keadaan yang sejuk. Seperti yang di janjikan, mereka berpegangan tangan dan jalan beriringan menuju ke bilik hotel.

maaf sebab lambat buat N3 ni. harap N3 kali ini dapat memuaskan hati pembaca sekalian. terima kasih yang memberi komen..






2 comments: