PAGI tadi dia mendapat
panggilan dari Tengku Suraya. Kenapa tiba-tiba sahaja bakal mertuanya itu mahu
berjumpa dengannya. Selalunya dia akan bercakap sahaja dalam telifon kalau ada
apa-apa. Resah Isabella memikirkannya.
Tengku
Suraya bertemu dengan Isabella. Selepas Tengku Elman meminta pertunangannya
dengan Isabella di putuskan dia rasa tidak senang hati. Dia mahu tahu kenapa
Tengku Elman tiba-tiba sahaja mahu pertunagannya di putuskan.
“Bella
apa khabar?” soal Tengku Suraya. Dia melihat gadis itu sangat menjaga
penampilannya. Pakaiannya juga agak seksi. Dan ini membuatkan dia juga tidak
berapa suka dengan sikap Bella.
“Bella
sihat.. Auntie?” soal Bella pula.
“Auntie pun sihat..” sambil itu matanya
merenung ke arah gadis yang duduk di depannya itu.
“Ada
apa Auntie nak jumpa Bella ni?” soal
Isabella. Dalam hati dia tertanya-tanya juga. Tidak pernah Tengku Suraya mahu
bertemu dengannya seperti sekarang ini.
“Ni
auntie nak tanya Bella. Bella dengan
Tengku Elman bergaduh ke?” Tengku Suraya bertanya perlahan. Wajah anak gadis
itu di tatap. Dia seorang yang baik tetapi anaknya Tengku Elman tidak pernah
memandang kebaikan yang ada pada Bella.
“Bergaduh?
Tak adalah auntie. Kami berdua baik-baik saja. Kenapa
Auntie tiba-tiba tanya macam tu?” soal Bella kehairanan.
“Tak
adalah.. Auntie pun tak tahu nak
cakap apa? Hari itu, Tengku Elman ada cakap dengan Auntie, dia mahu pertunangan kamu di putuskan. Bila auntie tanya sebab.. Dia cakap dia tak
ada hati dengan Bella. Bella tahu kenapa dia jadi macam tu?” soal Tengku
Suraya. Isabella rasa geram! Namun dia tidak menunjukkan perasaannya di depan
Tengku Suraya. Manalah tahu Tengku Suraya tiba-tiba ubah fikiran dan mengikut
kata Tengku Elman untuk memutuskan pertunangan mereka.
“Entahlah
auntie, sejak dia balik dari Johor
hari tu, dia sudah banyak berubah! Bella pun susah nak jumpa dia di pejabat”
Kini giliran Bella pula mengadu kepada Tengku Suraya.
“Auntie pun hairan. Sejak akhir-akhir ini
dia selalu pulang lewat. Kalau hari minggu dia langsung tak balik rumah.. Bila auntie tanya dia cakap dia tidur di
rumah kawannya.. Bella ada kenal ke kawan-kawan dia?” dahi Isabella berkerut.
Dia langsung tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
“Entahlah
auntie. Bella pun jarang dapat
bertegur dengan dia. Setiap kali Bella nak keluar dengan dia, mesti dia berikan
pelbagai alasan.. Bella pun bingung..”
“Auntie rasa dia sembunyikan sesuatu dari
kita tak?” Isabella menggeleng! Dia pun tidak tahu apa punca sebenar Tengku
Elman bersikap dingin terhadapnya. Tidak pernah Tengku Elman mahu memberi
peluang pada dirinya untuk membuktikan cintanya pada lelaki itu!
Pertemuannya
dengan Tengku Suraya membuatkan dia bertambah yakin bahawa Tengku Elman sedang
menyembunyikan sesuatu darinya.
ISABELLA melangkah masuk kedalam pejabat Tengku Elman. Dirempuh terus
pintunya tanpa sempat dihalang oleh setiausaha Tengku Elman yang berkawal
diluar.
Hatinya
betul-betul rasa sakit. Selama ini dia boleh bersabar dengan karenah Tengku
Elman. Tetapi semenjak dia tahu Tengku Elman mahu memutuskan pertunangan
mereka, dia jadi tak keruan. Mana boleh Tengku Elman putuskan pertunangan
mereka begitu saja. Malulah dia kepada pekerja bawahannya. Semua tahu dia
tunangan Tengku Elman Qaufar yang kacak itu.
“Sayang
.. Kenapa sayang nak putuskan pertunangan kita?” bersuara lembut. Pada hal
dalam hati dia sudah merasa bahang yang akan meletup bila-bila masa saja.
“Cepat
betul mama I bagitahu you..” sindir Tengku Elman.
“I
nak tahu kenapa tiba-tiba you nak putuskan pertunangan kita?” soal Bella lagi.
“I
tak berminat. Lagi pun bukan I nak sangat pertunangan ini” jawab Tengku Leman
selamba.
“Sayang..
baik cakap betul-betul. Ini mesti gara-gara perempuan yang mirip Ariana tukan”
di hembur rasa marahnya.
“Kenapa??
Tak boleh ke kalau I nak serius dengan dia. Lagi pun dia baik apa.” jawab
Tengku Elman perlahan. Dia sudah menduga pasti Isabella akan mengamuk jika dia
tahu hal itu.
“Baik..
Perempuan yang merampas tunang orang tu yang you cakap baik?” soal Bella geram.
Entah sejak bila pula Tengku Elman selalu menyebelahi perempuan tak guna itu!
“Dia
tak rampas I dari sesiapa.. Lagi pun I cintakan dia.. Tak salah Elman jatuh
cinta dengan dia?” selamba sungguh Tengku Elman dengan pengakuannya. Ini
membuatkan Bella benar-benar marah!
“What??? You boleh jatuh cinta dengan dia
habis dengan I, you langsung tak cinta? I ni tak cukup baik ke??”
“Nampaknya
begitulah..” jawapan itu membuatkan Bella geram. Apa lagi meruap-ruaplah rasa
marah Isabella.
“You
nikan.. Langsung tak kenang budi tahu. Lima tahun I bersabar dengan karenah you
agar you boleh lupakan Ariana. Alih-alih you pilih perempuan yang mirip Ariana.
You sedar tak yang dia bukan ‘Ariana’ awak tu. Ariana dah lama mati!!!” Hati
Tengku Elman jadi panas. Matanya betul-betul berlaga dengan mata Isabella.
“Shut up!!!” jeritnya di depan Bella.
Bella terkejut melihat kemarahan di wajah Tengku Elman. Selama ini bila mereka
bergaduh, akhirnya pasti Tengku Elman mengalah. Tetapi kali ini nampaknya Tengku
Elman sudah bosan dengan dirinya.
“Memang
I sedar. Tapi Ariana masih hidup dalam hati I! Dalam jiwa I! You nak buat apa?
Nak bunuh perempuan yang mirip ‘Ariana’ tu? Kalau berani langkah mayat I
dulu!!” kata-kata itu sungguh mengejutkan Isabella. Nampaknya kali ini dia
gagal meraih cinta Tengku Elman sekali lagi.
“Elman..
I hate you.!!” ujar Bella sambil
keluar dari pejabat Tengku Elman. Hatinya sunguh membara. Di mana perempuan itu
sekarang? Dia harus mencarinya.
“Humaira!!!”
Isabella menjerit nama perempuan itu. Terkocoh-kocoh Humaira datang berdiri di
hadapan Isabella.
“Ya
cik.. Ada apa?” soal Humaira. Dia tidak tahu kenapa Bella memanggilnya.
“Hei
perempuan..!! Kau memang tak faham bahasakan? Berapa kali I cakap, jangan cuba
nak dekat dengan tunang I..Yang you degil sangat kenapa..??? Dasar perempuan
murahan...!!” Serang Isabella bertubi-tubi. Humaira yang tidak tahu apa-apa,
terkejut diserang begitu. Aya juga begitu. Pekerja yang lain turut terkejut
dengan situasi tersebut.
“Apa
masalah Cik Isabella ni? Tiba-tiba nak serang saya macam ni? Kalau ya pun,
elok-eloklah sikit. Malulah orang lain tengok..” Humaira msih lagi berlembut
dengan Isabella. pada hal dia sudah malu juga di
perlakukan begitu di depan pekerja lain.
“I
nak tanya you, ilmu apa yang you pakai untuk goda Tengku Elman hah!!” jeritnya.
Dia tidak kisah kalau satu pejabat itu mendengar suaranya yang penting hatinya
puas untuk memalukan perempuan di hadapannya ini.
“Ilmu
apa pula Cik Bella? Tak ada pun saya guna ilmu guna-guna” jawab Humaira terkebil-kebil.
Dia tidak tahu apa puncanya sampai Cik Isabella tiba-tiba menjeritkan namanya.
“Habis
kenapa sejak Tengku Elman berjumpa dengan you, hubungan kami makin jauh.. Dia
langsung tidak menghormati I sebagai tunangnya. Malah dalam segala hal dia lebihkan
you..”
“Minta
maaflah cik, saya tak tahu apa kena dengan Tengku Elman tu..” jawab Humaira.
Bagi Humaira layanan dia sama je dengan staff lain.
Bella
semakin berang. Seolah-olah kata-kata Humaira itu menyindir dirinya.
“You
nikan tak tahu malu tau!! Dahlah ada hati nak rampas tunang I, jangan harap you
boleh dapatkan Tengku Elman. You sedarlah diri tu sikit” sambil itu dia menarik
rambut Humaira. Humaira masa itu terkejut lalu menjerit. Apalagi kecohlah satu
pejabat. Cepat sahaja setiausaha Tengku Elman merempuh ke bilik Tengku Elman.
“Maaf
Tengku..”
“Ada
apa Erin?”
“Cik
Bella bergaduh dengan Cik Ira. Mereka main tarik-tarik kat luar.”
“Hah!!Jom
kita pergi leraikan.” Ujarnya kepada Johan.
Mereka
bertiga terus menuju ke tempat kejadian. Kelihatan pekerja lain mengerumi
tempat itu. Kemudian mereka memberi laluan kepada Tengku Elman dan Johan. Encik
Johan menarik Bella sementara Tengku Elman menarik Humaira.
“Isabella..!
You ni kenapa..? What’s your problem..?”
tanya Tengku Elman tegas.
“You tak
malu ke dengan staff lain?” tambah
Tengku Elman lagi.
“Tengok
you nikan mesti sebelahkan perempuan tu kan. I ni tunang you bukannya perempuan
tu” Jerit Isabella lagi.dalam kemarahan itu di sebaliknya dia sedih. Sedih
apabila sekali lagi dia gagal membuatkan Tengku Elman menyebelahinya.
“Masalahnya
dulu memang I tunang you. Sekarang you bukan tunang I lagi. Kita dah putus
tunang pun...”
“You!!!”
“You
yang langgar perjanjian kita.. Dengar ya semua I bukan lagi tunang Cik
Bella...” pengumuman itu sangat memeranjatkan semua pekerja yang ada di situ.
“You!!!” Bella menghentakkan kakinya ke
lantai.. persis budak-budak yang mahukan ice
cream.
“Yang
lain, sambung buat kerja masing-masing...” jerit Tengku Elman kepada semua staff di bawah pengawasannya.
Mereka
berlalu ke meja masing-masing. Bella masih lagi sakit hati melihat adegan mesra
antara Tengku Elman dengan Humaira.
‘Tunggu
kau Ira. Kau akan dapat balasannya nanti!!’ ujarnya dalam hati.
“Sayang
okey ke?” ujar Tengku Elman. Dia tidak peduli dengan mata yang memandang. Apa
yang pasti dia tahu kebenarannya.
“Saya
tak apa-apa Tengku. Terima kasih sebab tolong saya.” Ujar Humaira. Memang dia
masih dalam keadaan terkejut. Terkejut kerana tiba-tiba sahaja Isabella
menyerangnya. Dia sendiri tidak tahu hujung pangkal cerita itu.
“Sama-sama.
Memang abang dah jangka perkara ini akan berlaku. Tapi sayang tak payah risau,
abang akan jaga sayang.” ujar Tengku Elman separuh berbisik.
“Tak
payah susah-susah Tengku. Saya boleh jaga diri.”
“Tapi
abang tetap risaukan sayang.”
Mereka
masing-masing beredar ke meja masing-masing. Malunya dia kerana sikap Isabella
sebentar tadi.
Masa
Isabella bergaduh dengan dia tadi, Tengku Elman sempat mengumumkan bahawa Cik
Isabella bukan tunangnya lagi. Sejak bila pula mereka putus tunang. Dia sendiri
tidak tahu. Rupa-rupanya keputusan yang diambil untuk kembali bekerja di
pajabat ini masih membawa masalah terhadap dirinya. Tapi dia harus buat apa.
Surat perletakan jawatannya hari itu sudah di kembalikan oleh Tengku Elman. Dan
sebab itulah dia turun kerja hari ini.
Patutlah
sejak pagi tadi dia berasa tak sedap hati. Rupa-rupanya ini yang akan berlaku.
ISABELLA sudah memeluk
ibunya. Sakit hatinya pada Tengku Elman masih terasa. Sampai hati lelaki itu
mengecewakan dia setelah lima tahun dia bersabar untuk mendapatkan cinta lelaki
yang di cintainya itu. Manakala Datin Melinda pula terkejut melihat keadaan
anak perempuannya yang tidak terurus.
“Mummy.. Elman dah putuskan pertunangan
dengan Bella?” dia mula bersuara. Kali ini Datin Melinda pula terkejut
mendengar kata-kata Bella.
“Apa??
Apa yang Bella buat sampai dia putuskan pertunangan kamu ni?” soal Datin
Melinda. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja dia di khabarkan dengan
berita yang mengejutkan itu.
“Bella
gaduh dengan Humaira..”
“Apa
kena mengena dia sampai putuskan pertunangan kamu? Sampai hati Tengku Elman
memalukan kita dengan cara ini” ujar Datin Melinda. Dia jadi marah. Marah
dengan sikap Tengku Elman yang seperti sengaja mempermainkan perasaan anaknya.
“Sebab
sebelum pertunangan kami tu, kami ada perjanjian. Dan Bella sudah melanggar
perjanjian itu. Sebab itu Elman marah! Tapi Bella tak tahan mummy..”
“Perjanjian?
Perjanjian apa? Kenapa Bella tak cakap pasal perjanjian itu?” marah Datin
Melinda pada Isabella.
“Habis
apa kita nak buat mummy? Bella tak
boleh kehilangan Elman. Bella sangat cintakan dia. Bella tak boleh hidup tanpa
dia..” rengek Isabella lagi.
“Kalau
Bella tak dapat Elman tu, perempuan itu pun tak dapat juga. Tak apa biar mummy cari iktiar” ujar Datin Melinda.
Dia
cukup marah dan malu kerana pertunangan antara Isabella dan Tengku Elman di
putuskan. Apa lagi masalah Tengku Elman ni? Takkan gara-gara perempuan yang
mirip wajah isterinya itu dia sanggup memutuskan pertunangannya dengan Bella.
Sungguh dia tidak menyangka. Dia berharap semoga Bella dapat berkahwin dengan
Tengku Elman selepas dia membunuh Ariana. Tetapi dugaannya meleset. Sudah lima
tahun dia menunggu saat ini.
“Mummy nak buat apa? Mummy jangan cederakan Elman”
“Mummy tau apa yang mummy buat sayang.. Jangan risau.”
Isabella
tersenyum senang. Dia tahu mummynya
akan berusaha apa saja asalkan dia dapat hidup bersama dengan Tengku Elman.
Tengku
Elman tidak membenarkan Humaira keluar dari bilik sehingga habis waktu pejabat.
Dia juga sedar Humaira masih berada dalam keadaan fobia. Mana tidaknya
tiba-tiba sahaja Isabella naik gila dan dari caranya dia sanggup buat apa saja
untuk mendapatkan dirinya. namun dia tidak akan membenarkan Humaira di sakiti.
best nak lagi.
ReplyDeleteassalamulaiku. semakin menarik.Apa tindakan datin Melinda terhadap Humairah ya. sila sambung lagi dah tak sabar nak tahu yang seterusnya
ReplyDelete