Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday 22 March 2013

Ada Dia Di Hati 5


Hari ini Alisha di benarkan bercuti. Sudah seminggu dia bekerja di kedai cenderamata Kak Tipah. Dia rasa sangat gembira bekerja di situ. Pelbagai pengalaman baru yang di pelajarinya. Rupa-rupanya bukan mudah mahu berdepan dengan karenah pembeli yang agak cerewet. Namun dia bersyukur kerana selama dia melanggani pelanggan, dia tidak di marahi oleh pelanggan.

Dia hanya duduk di rumah sahaja. Malas dia mahu keluar dari rumah kerana dia rasa penat setiap hari bekerja. Jadi masa cuti ini dia luangkan masanya duduk di rumah. Kalau petang nanti tak ada hujan dia mahu ke tepi pantai untuk mengutip kulit siputnya yang sudah habis dia gunakan.

Waktu paginya dia menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Kemudian dia menyiram bunga. Selepas menyiram bunga dia dia mandi dan mencuci pakaian.

Nasib baiklah hari itu sangat panas. Dia dan ibunya pula sibuk menyediakan hidangan makan tengah hari. Kerana ayahnya akan pulang untuk makan tengah hari bersama mereka.

Selepas makan tengah hari, Alisha duduk di ruang tamu. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki misteri itu. Sudah lama dia tidak nampak batang hidung lelaki itu. Betul juga kata Shikin entah kemana dia pergi? Arghh!! Buat apa dia tiba-tiba teringat dengan lelaki itu. Dia bukannya siapa-siapa pun buat lelaki itu. Entah-entah di luar sana perempuan keliling pinggang. Lagipun rupanya boleh tahan. Cuma dia tidak tahu apa pekerjaan lelaki itu. Namun dari segi pengamatannya, lelaki itu bukan orang sebarangan.

Sekali lagi dia mengeluh.. Hishh!! Kenapalah dia asyik teringatkan lelaki itu. Tanpa sedar rupa-rupanya gelagatnya itu di perhatikan oleh ibunya.

“Kenapa Isha banyak mengeluh ni? Tak baik anak dara mengeluh tau!”

“Eh ibu.. Tak ada apalah ibu.. Isha teringatkan kerja dengan kak Tipah.. Kalau waktu beginilah waktu paling sibuk..”

“Oh.. iya ker??” soal Mak Limah.

Alisha mengangguk.

“Ibu petang nanti, kalau tak hujan, Isha nak pergi ke tepi pantai. Nak cari kulit siput. Yang Isha kutip hari tu pun dah habis..”

“Alah.. macam tak biasa..” usik Mak Limah. Kedua mereka ketawa.

....................................

Apabila kerjanya sudah selesai barulah Zafran pulang semula ke rumah agam. Dia rasa tidak sabar untuk bertemu dengan Alisha. Dengan cadangan Shahrul tempoh hari, dia nekad untuk menyunting Alisha sebagai isterinya. Lagi pun dia tidak mahu kenangan lama bersama perempuan bernama Sofia menghantui hidupnya. Benar kata Shahrul. Sepatutnya dia harus memulakan hidup baru bersama perempuan lain.

Dia tahu pasti ada pihak yang tidak suka dengan rancangannya itu terutamanya Sofia. Namun dia berhak menentukan hidupnya sendiri! Selagi dia tidak berkahwin, selagi itulah Sofia asyik menganggu hidupnya. Dan akhirnya dia juga yang rasa tertekan.

Sudah beberapa minggu Alisha tidak nampak wajah lelaki itu. Tiba-tiba petang itu dia menerima kunjungan dari lelaki itu.

“Assallamuailikum...” ujar Zafran sebaik sahaja dia berdiri di depan Alisha.

Alisha terus menjawab salam itu.

“Abang nak jumpa Isha kat tepi pantai boleh?” ujar Zafran serius sambil memandang wajah gadis itu. Nampak sangat wajah gadis itu terperanjat! Namun dia ada hal yang ingin di beritahu kepada gadis itu. Dia mahu berterus terang dengan Alisha pasal perasaannya.

“Bila?” soal Isha.

“Sekarang”

“Sekarang?” Zafran mengangguk. Sekali lagi Alisha terkejut mendengarnya. Ada hal penting ke yang ingin di beritahu oleh lelaki ini sampaikan dia seperti tergesa-gesa mahu berjumpa dengan dirinya.

“Tapi Isha kena tanya ibu dulu..” akhirnya dia bersuara juga.

“Baiklah, abang tunggu…”

“Ibu..”

“Ada apa?” soal Mak Limah.

“Isha nak keluar jumpa Encik Zafran!”

“Baiklah tapi jangan pulang lewat tau!” pesan Mak Limah seperti selalu. Dia turut mengikut Alisha pergi ruang depan.

“Baiklah bu..” Alisha bersalam dengan ibunya.

Zafran Haicarl tetap setia menunggu Alisha di depan keretanya. Akhirnya dia tersenyum apabila melihat kemunculan Alisha di muka pintu bersama dengan ibunya.

………………………………….

Di tepi pantai itu, Zafran sudah menyusun ayat-ayat untuk di luahkan kepada Alisha. Betapa susahnya dia dari malam tadi belajar mengatur dan menyusun ayat yang terbaik untuk dia luahkan pada Alisha nanti.

“Lama Encik Zafran menghilangkan diri. Encik Zafran pergi kemana?” soal Alisha tanpa ragu-ragu.

“Kenapa? Isha rindukan abang ye?” usik Zafran. Merah muka Alisha di usik begitu.

“Tak adalah. Lama Encik Zafran menghilang. Tapi sekarang tiba-tiba muncul pula! Macam biskut chipmore. Sekejap ada, sekeja tak ada..” luah Alisha tanpa memandang wajah Zafran. Dia malu sendiri apabila lelaki itu mengusiknya tadi.

“Abang ada urusan di KL. Sebab itulah abang menghilangkan diri..”

Alisha tersenyum.

“Terima kasih..” ucap Zafran.

“Kenapa pulak?” soal Alisha kehairanan.

“Sebab Isha teringatkan abang.. and please.. jangan panggil saya Encik Zafran.. Panggil saja nama Zaf atau abang Zaf ke? Romantic sikit. Ni tidak pangggil Encik. Macam ada jurang saja di antara kita..” ujar Zafran dengan nada seakan-akan merajuk!

Alisha ketawa. Dia benar-benar gelihati mendengar kata-kata Zafran. Zafran hanya memerhati. Dalam bahasa lainnya dia terpegun melihat wajah Alisha yang ketawa itu. Baru dia nampak, yang Alisha mempunyai lesung pipit dan sepasang mata yang cantik. Yang menjadi tanda tanya, wajah Alisha ikut siapa? Pada hal keluarganya langsung tiada iras dia.

“Kenapa tenung Isha macam tu?” soal Alisha apabila menyedari dari tadi lagi Zafran memerhatinya.

“Ab..ab..abang..”

“Ada apa abang nak jumpa Isha kat sini?” soal Alisha matanya memandang ke arah laut di hadapan mereka. Zafran menarik nafas. Dalam hati dia memang sudah gelabah. Entah kenapa suaranya seperti tidak mahu keluar. Susah sangat ke dia nak luahkan hasratnya. MEndengar suara Isha sahaja boleh membuatkan dia lupa pada tujuan asalnya.

“Mmmmm...” Zafran berdehem. Kononnya mahu menarik perhatian Alisha padanya.

“Begini… Isha terima tak kalau abang menghantar rombongan meminang?” akhir keluar juga ayat keramat itu.

“Rombongan meminang? Ab..abang biar betul??” soal Isha separuh menjerit. Dia segera memandang wajah lelaki di sebelahnya. Dia sebenarnya terkejut!!

“Betul.. abang tak bergurau.. Saya serius ni..” jawab Zafran dengan tenang.

“Abang rasa tak cepat sangat ke? Lagi pun kita kenal tak lama pun.. Isha ta…”

“Apa pula cepatnya. Lagi cepat lagi bagus! Saya rasa dah sampai masanya kita menoktahkan hubungan kita ke sebuah perkahwinan. Jadikannya hubungan yang halal.. Dah sampai serunya kita kahwin. Lagi pun bercinta lepas kahwin lagi indah!”  jawab Zafran dengan cepat. Bunyi seolah-olah dia memaksa gadis itu untuk berkahwin dengannya!

“Abang betul-betul yakin ke dengan diri abang tu. Isha tak nak nanti abang menyesal kahwin dengan Isha. Lagi pun Isha masih muda. Isha takut Isha tak dapat menjadi seorang isteri yang baik..” Alisha cuba memberi alasan.

“Abang memang serius dengan hubungan kita.. Sebab itulah abang tanya Isha dulu. Kalau Isha setuju abang akan hantar rombongan meminang..” ujar Zafran lagi.

“Isha tak boleh buat keputusan sekarang, Isha kena tanya kat ayah dan ibu. Saya hanya akan ikut cakap ibu dan ayah saya..”

“Kalau begitu, abang akan bertanya dengan ibu dan ayah Ishalah ya..” soal Zafran untuk memastikan kebenaran kata-kata Alisha tadi.

Alisha mengangguk. Dia juga hairan dengan sikapnya. Sepertinya dia mendengar dan menurut sahaja kata-kata lelaki itu.

Petang itu, Zafran menghantar Aslisha pulang ke rumah. Namun dalam masa yang sama dia terus sahaja berjumpa dengan Pak Hamid dan Mak Limah kerana mahu dengan segera menyatakan hasrat. Dia sedar mungkin tempoh perkenalan dia dengan Alisha sangat singkat. Namun dia seperti yakin bahawa jodohnya dengan gadis itu.

Pak Hamid hanya membuat keputusan selepas selesai berbincang dengan Alisha. Ini pasal masa depan dan rumah tangga. Dia tidak mahu Alisha hidup susah selepas kahwin. Zafran hanya bersetuju dengan kata putus Pak Hamid. Dia tersenyum lega. Akirnya dia sudah membuat keputusan bagi pihak dirinya. Dan dia hanya menunggu keputusan dari pihak perempuan pula.

Zafran pulang ke rumah agamnya. Dia tidak sabar memberitahu kepada Mak Jah tentang apa yang berlaku pada dirinya hari ini. Lagi pun dia percaya tentu Mak Jah akan gembira bila mendengar khabar itu.

 Dan seperti yang sudah di jangka, Mak Jah memang gembira mendengar khabar baik itu. Dia juga tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana hati Zafran terbuka untuk menerima kehadiran seorang gadis semula. Kebetulan Sofia sudah mendengar perbualan Mak Jah dengan Zafran.

Sofia jadi tidak senang hati. Betul ke Zafran nak kahwin dengan perempuan kampung. Lagipun gadis itu mungkin masih muda. Itulah gadis kampung. Pantang ada lelaki yang mahu berkahwin dengannya pasti tidak akan di tolak. Dia resah sendirian. Begitu mudahnya Zafran melupakan cintanya. Huh!! Dasar lelaki memang macam tu! Mulut saja dia kata setia dan cinta.. namun di belakang tiada siapa yang tahu..

……………………………

Zafran Haicarl duduk di tepi kolam renang yang terdapat di rumah agam itu. Fikirannya bercelaru. Betulkah tindakannya itu? Patutkah dia menjadikan Alisha sebagai isterinya? Memang pada mulanya dia hanya mahu menunjukkan pada Sofia yang dia juga mampu membina bahagia dengan gadis lain tapi entah kenapa hatinya mula tertarik dengan perwatakan gadis itu. Pada hal mereka baru saja kenal.

“I dengar you nak kahwin dengan perempuan kampung sebelah tu? You serius ke?”

Zafran Haicarl menoleh. Mati segala apa yang sedang bermain di fikirannya bila mendengar soalan itu keluar dari mulut Sofia.

“Apa kena mengena dengan you? Suka hati Ilah nak kahwin dengan siapa pun!” jawab Zafran sedikit keras. Pantang benar baginya kalau ada orang yang menganggu ketika dia sedang mengelamun.

“Tapi dia cuma perempuan kampung! Takkan you dah kemaruk nak kahwin dengan perempuan kampung? Apa dah tak ada perempuan lain lagi ke selain perempuan tu? Apa kelas?” Sofia tidak dapat menahan perasaannya.

“You tak ada hak nak cakap pasal orang lain.” Zafran Haicarl mendengus geram. Perempuan ni kalau tidak menyakitkan hatinya dalam sehari memang tak sah.

“Apa yang dia tahu pasal kehidupan orang macam kita ni! I tak boleh terima you nak kahwin dengan perempuan yang kolot macam tu!” ujar Sofia lagi. Mana boleh ada perempuan lain yang mahu merampas Zafran darinya. Cinta Zafran Haicarl hanya untuk dia bukannya untuk perempuan lain!!

“I tak kisah kalau pun dia perempuan kampung. Yang I tahu dia ikhlas dengan I. Dan dia bukan hanya sekadar perempuan kampung tetapi future wife I. I tak suka you gelar dia perempuan kampung!” Sofia mencebik. Dia tidak suka mendengar perkataan yang di sebut oleh Zafran tadi ‘Future wife’ konon!!

“I tau you lakukannya sebab nak balas dendam pada I kan? Tapi I masih sayangkan you. I hanya cintakan you..” rengek Sofia lagi. Tangannya mengelus-ngelus pipi Zafran. Sudah lama dia tidak menyentuh wajah lelaki yang selalu di rinduinya itu.

“You dah gila ke? You tu isteri papa I. Bukannya isteri I. Jadi tolong hormat I sebagai anak tiri you!!” suara kasar mula kedengaran di telinga Sofia. Tangan Sofia yang mengelus pipinya sebentar tadi di tolak kasar oleh Zafran.

“Sampai hati you buat I macam ni..” sayu sekali suara Sofia. Dia tidak menyangka begitu dalam sekali kebencian yang di tanam oleh lelaki itu dalam hatinya. Zafran Haicarl terus bangun bila ketenteramannya sebentar tadi sudah di ganggu gugat oleh Sofia. Makin lama dia berdepan dengan Sofia, makin memuncak amarahnya pada perempuan itu.

“You yang sampai hati. You yang lukakan hati I.. You yang tinggalkan I dulu semata-mata nak kahwin dengan papa I.. Sebab apa? Sebab hartakan? Sekarang you tuduh I pula? Perempuan jenis apa you ni? Ingat sampai mati pun aku tak akan terima balik cinta dan kasih sayang you!!” bentak Zafran dengan perasaan marahnya.

Sofia hanya kaku di tempatnya. Gerun dia melihat kemarahan di wajah Zafran.

................................

Pak Hamid duduk di ruang tamu selepas makan malam. Seperti kebiasaannya dia akan menonton berita yang bermula jam 8 malam. Ketika itu kelihatan Mak Limah sedang membawakan kopi untuknya. Mak Limah menjemput Pak Hamid minum. Dia pula sedang duduk di sisi suaminya.

“Sekarang sampai masanya kita bercakap tentang keluarga kandung Isha..” ujar Pak Hamid petang itu kepada isterinya. Mak Limah memandang wajah suaminya. Kalau tidak kerana hal petang tadi, mungkin dia dan isterinya belum lagi bersedia memberitahu hal yang sebenarnya pada Alisha.

“Kita nak cakap macam mana bang? Limah takut dia bencikan kita nanti..” ujar Mak Limah dengan nada risau. Yelah mana tak risau kalau-kalau berlaku hal di luar dugaan.

“Limah cakaplah elok-elok dengan Isha. Abang percaya Isha akan lebih memahami. Kita ni bukan keluarga kandung dia. Lagipun sampai bila kita nak simpan rahsia ini. Lagipun tak lama lagi dia akan kahwin juga..” ujar Pak Hamid lagi.

“Limah tak sampai hati nak cakap macam tu dengan dia bang. Limah tak sanggup kehilangan dia..” Pak Hamid mengeluh.

Lambat laun pun pasti mereka akan bercakap tentang hal itu kepada Alisha. Apatah lagi tak lama lagi Alisha akan berkahwin. Kalau tidak di beritahu sekarang bila lagi? Yang dia risaukan kalau-kalau Zafran punya saudara kandung yang lain. Dia akan bertanya hal itu.

Selepas makan malam seperti selalu Alisha, Pak Hamid dan Mak Limah akan duduk di ruang tamu. Namun malam itu seperti yang di bincangkan oleh Mak Limah dan Pak Hamid petang tadi membuatkan Mak Limah duduk di sisi Alisha.

“Isha, ibu dan ayah nak cakap sesuatu dengan Isha..” ujar Mak Limah seraya duduk di sisi Alisha.

“Ibu nak cakap apa? Ibu cakaplah Isha dengar..” ujar Alisha dengan lembut. Dia semakin hairan melihat wajah Mak Limah yang tenang itu.

“Sebenarnya Isha pun tau kan yang Isha bukan anak kandung ibu dan ayah?” soal Mak Limah dengan nada sedih. Alisha hanya mengangguk. Dia memang tahu akan kebenaran itu. Namun dia sudah menganggap kedua orang tua yang menjaganya selama ini seperti ibu bapa kandungnya.

“Sebenarnya, ketika ayah jumpa Isha di tepi pantai itu, Isha ada memakai kalung ni. Kalung perak ni terukir nama Alisha. Sebab itu ibu dan ayah anggap Isha bukannya anak orang miskin macam kami ni. Pada masa itu hanya orang yang berada saja mampu membuat rantai  dengan mengukir nama. Sebab itu kami gunakan nama yang terdapat pada rantai itu..” Mak Limah meletakkan rantai di tapak tangan Alisha yang pernah di pakaikan oleh Alisha ketika dia di temui dulu.

“Tapi ibu, Isha tak tahu siapa keluarga kandung Isha. Macam mana Isha nak cari mereka?” soal Alisha dengan perasaan sedih. Dia sedih bila mengenangkan tak lama lagi dia akan hidup berjauhan dengan kedua orang tua itu. Dia sangat menyayangi kedua orang tua angkatnya itu.

“Kalau memang tuhan mahu mempertemukan Isha dengan mereka jalannya akan menjadi mudah” jawab Pak Hamid pula. Memang pun bukan mudah mahu mencari keluarga kandung Isha.

“Isha kami sebenarnya tidak tahu bagai mana mahu mencari keluarga kandung Isha. Dan kami tahu suatu hari nanti pun Isha akan berkahwin. Sebab itulah kami beritahu hal ini pada Isha lebih awal” terang Mak Limah lagi.

“Isha, ayah dan ibu rasa inilah yang terbaik. Encik Zafran pun nampak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cinta Isha. Dia ikhlas untuk memperisterikan Isha. Ayah rasa dia seorang lelaki yang terbaik buat Isha. Apa-apa hal berkaitan Isha mesti dia minta izin dari ayah dan tanya ayah. Ayah harap Isha beri peluang pada dia dan juga pada diri Isha tu.” pujuk ayah. Isha terdiam seribu bahasa.

“Isha setuju ye..” pinta si ibu pula. Lama baru Alisha mengangguk perlahan.

“Kalau ibu dan ayah setuju dan merasakan itu yang terbaik, Isha ikut saja.” Akhirnya Alisha membuat keputusan. Terlihat sejuta cahaya kegembiraan di wajah mereka. Biarlah dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu. Demi membahagiakan perasaan orang lain apa salahnya dia berkorban perasaannya.

..............................................

Mak Jah cepat-cepat buka pintu sebaik saja melihat cahaya lampu kereta Puan Sofia memasuki perkarangan rumah. Sofia masuk ke dalam rumah dalam keadaan menyanyi-nyanyi.

Sofia masuk ke biliknya yang agak bersepah sedikit. Ketiadaan Tuan Razman membuatkan dia jadi sunyi. Dan bila Zafran marah dengannya dia menjadi sedih. Lalu dia pergi ke tempat yang biasa di kunjungi ketika ketiadaan Tuan Razman.

Dia mengintai dari celah pintu biliknya. Pintu bilik Zafran tertutup rapat. Sofia melangkah perlahan-lahan ke arah pintu bilik Zafran. Dia cuba membuka pintu namun ianya terkunci. Sofia kecewa. Kemudian dia teringat gugusan kunci yang ada di simpan di dalam almari di ruang tamu. Sofia perlahan-lahan menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

Kemudian dia kembali semula ke bilik Zafran. Dia mencuba beberapa kunci yang ada di tangannya. Akhirnya dia berjaya juga.

Zafran Haicarl sedang lena tidur di atas katil. Sofia terpegun melihat wajah kacak Zafran di bawah sinaran lampu tidur yang suram. Sofia tidak dapat mengawal dirinya. Dia mahu memeluk tubuh sasa itu secepat mungkin. Sofia menghampiri Zafran. Dia tidak mahu mengejutkan Zafran.

Matanya terus merenung wajah yang di cintainya. Dari dulu hingga sekarang cintanya pada lelaki itu tidak pernah berubah. Mesti pun kini dia sudah menjadi isteri Tuan Razman.

Tiba-tiba Zafran mengiring membelakanginya. Sofia tidak dapat mengawal dirinya lalu dia memeluk kuat tubuh Zafran. Tubuhnya menghimpit tubuh Zafran membuatkan Zafran terkejut yang amat sangat.

“Sofia! You dah gila ke masuk ke bilik ni?” Zafran yang terkejut melihat Sofia di atas katilnya. Zafran melompat turun dari katil.

Sofia pula merayu.

Zaf I love you.. I still love you..”

Sofia turut turn dari katil dan menerpa ke arah Zafran. Dia memeluk Zafran sekali lagi. Zafran menolaknya kuat hingga Sofia jatuh terduduk di atas lantai.

Are you crazy?? You tu isteri papa I.. Memang sah you ni dah tak betul!”

Please Zaf.. I love you.. I sanggup lakukan apa saja asalkan you tak kahwin dengan perempuan kampung tu..” rayu Sofia lagi.

“Sudah terlambat Sofia.. It too late..” ujar Zafran Haicarl lemah. Kalau dulu mungkin dia boleh memaafkan segala perbuatan Sofia, tetapi sekarang susah baginya untuk dia berbuat demikian.

Zafran bergegas keluar dari biliknya dan pantas menuruni tangga. Dia mencapai kunci rumah dan juga keretanya. Dia terus masuk kedalam keretanya dan terus meninggalkan rumah.

Belum pun jauh dia memandu dari rumah, Zafran memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia meraup wajahnya. Tak dapat dia bayangkan! Sofia semakin berani!  ‘Astaghfirullahalazim! Apa yang aku harus buat sekarang. Perangai Sofia semakin menjadi-jadi’ bisik hati Zafran.

1 comment: