Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday 9 November 2012

Kau Rantai Hatiku 20



Hari ini Arin menerima panggilan dari Tengku Suraya. Dia meminta agar bajunya di hantarkan ke rumahnya. Namun kerjanya yang banyak membuatkan dia terlupa sekejap.

Humaira sampai di kedai kainnya. Kesian dia melihat Arin tidak menang tangan dengan kerja dan tempahan dari pelanggan.

 Humaira segera mendekati Arin. Arin terpandang wajah Humaira yang tidak sibuk itu segera dia teringat ada baju pelanggan yang harus di hantar hari ini. Kata pelanggan tersebut, baju itu akan di pakai untuk malam ini. Dia nak hantar tapi tidak sempat kerana kerjanya yang banyak itu sedang menunggu. Pelanggan itu pula tak dapat datang sebab dia kurang sihat.

“Ira.. boleh tolong Arin tak?”

“Ye ada apa ni.. Takut Ira dengar ni?” sengaja dia mengusik sahabatnya itu. Sudah seminggu dia tidak dapat singgah ke kedai itu. Di pejabatnya dia sibuk menguruskan satu projek besar yang akan di langsungkan tidak lama lagi. Jadi kadang-kadang dia terpaksa balik lewat.

“Tak.. macam ni, tolong Arin hantarkan baju ke rumah Tengku Suraya. Arin banyak keja nak buat lagi ni! Lagi pun kau tak keja hari ni kan?” soal Arin sambil melihat ke arah Humaira.

“Boleh. Kau bagi alamat nanti aku tolong kau pergi hantar” jawab Humaira.

“Terima kasih..”

“Sama-sama..”

Arin segera mencari baju yang nak di hantarkan ke rumah Tengku Suraya. Dia bertuah sangat sebab dalam keadaan darurat seperti sekarang ada pula sahabatnya datang ke kedainya. Jadi bolehlah dia minta tolong dari Humaira.

Humaira memberhentikan kereta di depan pagar rumah mewah itu.

‘Mak ai besarnya rumah ni. Untung orang yang tinggal di dalamnya.’ Bisiknya sendirian. Dia berdiri di luar pagar lalu menekan loceng. Tidak lama kemudian pintu pagar itu di buka. Humaira mengatur langkah menuju ke pintu utama rumah besar itu.

 Dia mengetuk pintu itu. Tidak lama kemudian dia melihat orang gaji membuka pintu rumah itu. Kelihatan wajah orang gaji itu nampak terkejut. Namun sempat dia memberikan senyuman pada Humaira. Humaira di jemput masuk. Dengan langkah berhati-hati Humaira memegang baju yang di bawa dari kedainya tadi sambil mengikut belakang pembantu rumah itu.

“Ku Suraya, orang yang bawa baju Ku Suraya dah sampai” Kedengaran Mak Mah itu memberitahu kepada majikannya.

“Suruh dia tunggu di ruang tamu” Tengku Suraya memberi arahan. Pagi tadi dia sakit kepala. Nasib baik sekarang dia sudah okey sedikit. Sambil itu dia turun ke bawah menuju ke ruang tamu.

Tengku Suraya perlahan-lahan mengatur langkah menuju kearah Humaira. Humaira mengangkat kepalanya. Terkejutnya Tengku Suraya.

“Ariana!!!!!!!!!” rasa macam tak percaya dengan wajah yang berdiri di depannya ini. Segera dia mendekati Humaira lalu dia memeluk. Airmata laju menuruni pipinya.

“Ariana.. Mama rindu sangat dengan Ari..” ujar Tengku Suraya tanpa malu-malu.

Humaira hanya berdiam diri tanpa berkutik. Dia tidak faham dengan situasi itu. Lama mereka berpelukan. Terasa hangat sebelah bahunya di sirami oleh air mata perempuan separuh umur itu.

“Puan, puan kenal dengan saya ke?” soal Humaira.

“Saya bukan Ariana seperti yang puan kenal!” sambung Humaira lagi. Memanglah nama penuhnya Ariana Humaira. Tetapi janggal pula kalau ada orang memanggil nama Ariana bukan Humaira.

Baru Tengku Suraya tersedar apabila pertanyaan itu keluar dari mulut gadis itu. Tapi wajah gadis itu mirip arwah menantunya dulu.

“Kamu bukan Ariana?” dia bertanya kehairanan. Dia mengelap airmata yang masih berisisa di pipinya.

“Nama saya memang ada Ariana. Tapi Ariana Humaira. Keluarga saya dan kawan-kawan panggil saya Ira” jawabnya sambil tersenyum. Dia tidak menyangka yang Tengku Suraya pun beranggapan dia seperti ‘Ariana’ mereka. Sama seperti Tengku Elman Qaufar.

“Mama.. Apa yang kecoh sangat tu?” kedengaran satu suara garau dari tangga tersebut. Alangkah terkejutnya Humaira bila melihat seorang lelaki yang amat di kenalinya. Walaupun suaranya saja pun dia sudah dapat mengangak. Memang benar telahannya sebentar tadi.

“Tengku Elman!!” tanpa sedar dia memanggil nama itu.

“Ira!!” Tengku Suraya hanya menoleh ke arah anaknya. Dia inginkan kepastian.

“Ini rumah Tengku ke?” soal Humaira lagi.

“Aaa.. Awak buat apa kat sini?” soal Tengku Elman. Dia segera keluar dari bilik tidurnya bila dia melihat jam pukul 11.30 pagi. Malam tadi dia pulang lewat dari berjumpa dengan kawan-kawannya. Hari ini dia menerima undangan dari Isabella untuk hadir ke majlis hari jadinya.

“El kenal dia ke?” tanya Ku Suraya. Kelihatan anaknya kenal dengan gadis itu.

“Kenal. Dia pemilik kedai kain dekat Time square.”

“Dia pemilik kedai kain dekat Time Square? Maksudnya Butik IRARIN?” Tengku Suraya mula mengingati nama butik tempat dimana bajunya di tempah. Tengku Elman mengangguk. Memang Tengku Suraya pergi ke buitk itu, tetapi dia tidak nampak pun wajah gadis yang di katakan pemilik butik itu.

“Tapi mama tak nampak dia pun dekat butik tu?”

“Memanglah. Kalau nak tahu, Ira inilah yang menang peraduan hari tu dan terus mengikat kontrak kerja dengan syarikat kita ma..” Terang Tengku Elman. Sambil itu dia melabuhkan punggungnya di sofa yang ada di ruang tamu itu.

“Tapi dia mirip wajah Ariana. Dia bukan Ariana ke?” Soal Tengku Suraya yang masih kebingungan lagi.

“Nama dia memang Ariana Humaira. Tapi orang panggil dia Ira. Dia memang bukan Ariana menantu mama tu..” ujar Tengku Elman. Memang susah nak percaya. Sama seperti dirinya begitu juga dengan mamanya.

“Tapi mama macam tak percaya. Mama ingat dia Ariana isteri El..” ujar Tengku Suraya sayu dan sedikit kecewa. Sedih dia bila mengenangnya peristiwa yang meragut nyawa menantunya.

“Memang ma.. El pun macam mama juga dulu masa pertama kali jumpa dia. Lagi teruk El peluk dia di tengah-tengah orang ramai” Tengku Elman Qaufar gelak sendiri bila mengingatkan peristiwa yang memalukan itu. Merah muka Humaira bila mengingatkan peristiwa itu.

“Tapi..”

Humaira tidak tahu apa perbincangan dua anak beranak itu.   

“Mama.. nama penuh dia Ariana Humaira. Di panggil Ira. Lagi pun dia tak kenal pun siapa kita ni? Sebab tu El ingat dia macam orang lain. Wajahnya memang sama tapi dia bukan Ariana isteri El.” Bersungguh-sungguh Tengku Elman Qaufar menerangkan perkara yang sebenarnya. Ini baru mamanya belum lagi bapa mertuanya. Macam mana reaksinya jika dia berjumpa dengan gadis yang berada di depannya ini.

Tengku Suraya berjalan mendekati Humaira. Dia tersenyum walaupun dia di timpa perasaan sedih sebentar tadi.

“Maafkan auntie ya.. A..”

“Ira. Panggil Ira saja...” ujar Ira ramah. Dia turut tersentuh dengan sikap wanita itu sebentar tadi. Nampaknya semua orang yang mengenali Ariana dulu selalu silap tentang dirinya. Sedangkan dia tidak pernah kenal pun siapa mereka. Tengku Suraya tersenyum. Dia memang terlalu rindukan Ariana mereka. Apatah lagi anak lelaki tunggalnya itu. Wajah gadis yang seratus peratus mirip Ariana itu di tenung lagi. Biarlah rindunya terubat sedikit apabila melihat wajah itu.

“Mama.. Jangan tenung anak dara orang macam tu.. Nanti malulah dia..” tegur Tengku Elman membuatkan mamanya berpaling ke arahnya.

“Cakap mama.. Dia pun apa kurangnya..” balas Tengku Suraya. Dia menarik tangan Humaira supaya duduk di sofa tersebut. Humaira hanya menurut saja.

“Betul ke Ira tak ingat wajah kami ni?” soalnya lembut.

“Saya minta maaf auntie, Ira memang tak ingat langsung dengan wajah auntie.” Ira merenung wajah wanita yang di panggil Tengku Suraya itu.

“Ira tinggal dengan siapa?”

“Dengan keluarga Ira. Pak cik Dan Mak cik.”

“Ibu bapa Ira?”

“Mereka dah meninggal..”  jawab Humaira jujur. Tengku Suraya mengeluh. Mungkin dia salah orang. Tetapi dia berharap benar suatu hari nanti tuhan akan menunjukkan kebenarannya.

“Apa kata tengah hari ini, Ira makan di rumah auntie?”

“Tak apalah auntie, Ira dah nak balik ni..”

“Please.. Jangan tolak permintaan auntie..” Tengku Suraya benar-benar berharap.

“Ira.. Tak baik tau tolak rezeki.. Mama saya nak awak makan kat rumah. Bukan suruh memasak pun. Terima sajalah. Lagi pun sekarang dah waktu tengah hari pun” ujar Tengku Elman. Dia tahu gadis itu pasti akan menolak untuk jemputan makan tengah hari di rumahnya itu.

“Baiklah..” jawab Humaira pendek.

“El.. nak call seseorang dulu mama..” Tengku Elman terus berlalu dari situ.

Dia terus mendail nombor telefon Dato Farid. Selepas berbual sekejap, Tengku Elman mematikan taliannya.

Tidak lama kemudian datang pula seorang tetamu keluarga tersebut. Ketika Humaira dan Tengku Suraya bangun menjemput tetamu tersebut, lelaki separuh umur itu nampak terkejut. Dan begitulah reaksi setiap orang yang melihat gadis itu.

“Ariana!!! Anak papa dah balik..” lalu dia memeluk gadis itu. Gadis itu terpinga-pinga. Lama dia memeluk gadis itu. Pada mulanya gadis itu mahu menolak. Kerana mereka bukan muhrim. Berdosa berpelukan begitu. Tapi Humaira tidak sampai hati untuk menolak. Lainlah kalau dengan Tengku Elman tempoh hari. Cuma kudratnya tak setanding kudrat Tengku Elman untuk melonggarkan pelukan mereka pada masa itu.

Bila pelukan itu terlerai barulah Humaira menarik nafas panjang.

“Pakcik minta maaf ya! Bukan apa, Pakcik terlalu rindukan anak perempuan pakcik. Bila melihat wajah awak, Pakcik tidak dapat mengawal perasaan” ujar Dato Farid bila dia menyedari kelakuannya sebentar tadi.

“Tak apalah Pakcik, Ira faham dengan keadaan Pakcik..”

“Pakcik minta maaf ya..”

“Baiklah Pakcik..”

“Kamu kerja kat mana?” soal Dato Farid apabila melihat ada bungkusan baju untuk Ku Suraya. Ini pasti gadis itu yang membawa bungkusan itu.

“Oh.. saya datang menghantar baju Auntie ni tadi. Kawan minta tolong untuk hantarkan. Saya kerja sama syarikat dengan Tengku Elman.”

“Sama tempat kerja dengan Tengku Elman? Kenapa saya tak pernah nampak pun awak sebelum ini?” Dato Farid kehairanan. Sejak bila pula dia tidak kenal dengan pekerja baru Tengku Elman.

“Papa dia baru je masuk kerja. Dalam sebulan macam tu. Sama department dengan Isabella. Kan hari tu Elman ada buat pertandingan mereka fesyen tu. Jadi Ira adalah pemenangnya. Kalau papa nak tahu dia ada buka kedai pakaian dengan kawan dia. Tu tempat mama saya beli baju tu.. IRARIN.”

“Oh baguslah kalau macam tu. Ada usaha nak berjaya. Dalam bidang perniagaan ni kita mesti berani!”

Humaira hanya tersenyum. Entah kenapa hatinya begitu sejuk bila berbual-bual dengan lelaki yang bergelar Dato itu. Bertuah ‘Ariana’ ni. Nampaknya semua orang begitu menyayanginya.

“Macam nilah Pakcik nak jemput Ira datang ke majlis harijadi di rumah Pakcik malam ini. Sudi tak kiranya Ira datang”

“Saya tak dapat datang Pakcik. Lagipun saya ada kerja lagi lepas ni. Lain kali sajalah.”

“Baiklah kalau begitu. Ingatkan Pakcik boleh kenalkan Ira dengan isteri dan anak perempuan Pakcik. Kebetulan malam ini dia nak adakan majlis harijadi dia. Sebab itu jugalah Pakcik kemari nak jemput Tengku Suraya dan Tengku Elman datang ke rumah.”

“Oh.. minta maaflah Pakcik. Ira tak dapat nak datang. Ada banyak keja lagi kat kedai kain tu. Hujung minggu begini saja Ira dapat tolong kawan Ira kat kedai tu. Kesian dia sorang-sorang terpaksa uruskan kedai tu.”

“Ku Suraya, makan tengah hari dah siap. Jemput makan semua..”

“Baik Mak Mah. Terima kasih” ujar Ku Suraya.

 Mereka semua beredar menuju ke ruang makan. Segala lauk pauk sudah terhidang di atas meja.

Selepas makan, Humaira meminta diri hendak pulang. Begitu juga dengan Dato Farid. Lagipun malam nanti ada majlis keramaian. Tentu sekarang isterinya sedang sibuk menguruskan majlis itu. Setiap kali melihat wajah Humaira dia sentiasa terbayangkan anak tunggal perempuannya yang dikatakan meninggal dunia. Dari cara pandangannya, suaranya, cara dan semuanya mirip anaknya.

Tetapi apa yang membuatkan mereka percaya bahawa Humaira bukan Ariana mereka kerana Humaira langsung tidak mengenali wajah mereka. Walaupun Tengku Suraya menunjukkan beberapa buah album gambar itu namun satu pun dia tidak ingat langsung.

 



 

3 comments:

  1. bilalah dia nak tahu yg humaira tu isteri dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul..btul.. xde ke kisah pcintaan yg mgingatkan humaira pd suami dia

      cik do

      Delete
  2. blh x batalkan ptunangan diaorg tu ek.. x suka ngan si bella tue. Hehe

    cik do

    ReplyDelete