Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 20 May 2014

Saat Ku Cinta 12

SUDAH tiga hari Zarra mengurungkan diri dalam bilik. Dia tidak lalu makan dan minum. Biar pun berkali-kali di pujuk oleh ayahnya, namun dia tetap tidak mengendahkan keadaaan sekelilingnya.

“Zarra, Ash dah suruh mama dan papa jumpa orang tua Zarra. Maafkan Ash sebab terpaksa mengundur diri disaat-saat akhir begini. Mungkin kita tak ada jodoh ...” kata-kata itu turut merobek hatinya sendiri. Dia benar-benar kecewa kerana gagal mempertahankan cinta pertamanya. Dia kecundang melawan desakan egonya sebagai seorang lelaki. Tetapi yang menjadi mangsanya ialah Zarra!

“Tapi Zarra nak jumpa Ash. Nak terangkan perkara yang sebenarnya..” rayu Zarra lagi. Dia tidak akan berputus asa.. Selagi dia tidak berdepan dengan Ashraf dan mendengar sendiri dari mulut Ashraf untuk memutuskan pertunangan itu dia tidak akan percaya.

“Buat apa nak jumpa lagi? Zarra tak faham ke, pertunangan kita di putuskan. P-U-T-U-S!!” Zarra yang sedari tadi menekur lantai mendongak. Ashraf sudah pun secara rasmi menjatuhkan hukuman. Hanya dengan satu panggilan telefon sahaja sekelip mata semuanya hancur berkecai. Dia terasa hendak meraung melepaskan perasaan. Mimpi ngerinya menjadi kenyataan, Ashraf telah membuangnya. Tiada belas kasihan di hati lelaki itu. Sedangkan dia baru saja belajar untuk mencintai lelaki yang menjadi tunangnya itu. Kini hanya tinggal gelaran bekas tunang sahaja!

Telefon itu di leparkan sambil dia menjerit. Hancur berkecai telefon bimbitnya itu. Zarra kembali menangis lagi. Kini dia tidak mempunyai hubungan lagi dengan Ashraf. Dan majlis itu juga akan di batalkan. Dia menangis lagi. Kesian ayahnya yang terpaksa berdepan dengan penduduk di situ untuk memberitahu majlis pernikahannya sudah di batalkan!

“Nampaknya berita ini sudah sampai ke pengetahuan Datuk Majid. Seperti apa yang ayah duga, serta merta mereka mahu memutuskan pertunangan Zarra dengan anak lelakinya..” ujar Pak Harun perlahan. Dia mengeluh sendirian. Apalah malang nasib anak perempuannya itu. Dia tahu pasti Zarra tengah bersedih sekarang. Tapi dia tidak dapat mengubah pendirian Datuk Majid serta keluarganya. Mereka sekeluarga yang rasa malu kerana terpaksa membatalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir.

“Itu lebih baik ayah.. Zarra pun tak nak teruskan perkahwinan ini..” jawab Zarra perlahan.

Ketiga-tiga insan itu terkejut. Terkejut mendengar kata-kata Zarra sebentar tadi! Betapa lamanya Zarra berkurung di dalam bilik, rupa-rupanya Zarra sedar yang hubungannya dengan Ashraf tidak dapat di selamatkan lagi. Mereka sekeluarga akan menanggung malu kerana perkahwinan Zarra dan Ashraf di batalkan.

“Habis, Zarra tak sedih ke dengan semua yang berlaku ini? Zarra tak malu ke dengan apa yang berlaku sekarang ini?” soal Makcik Salehanya pula. Dia pun naik hairan. Ingatkan Zarra akan menangis kesedihan kerana putus tunang dengan Ashraf! Namun sangkaannya meleset.

“Seperti yang Zarra katakan, itu lebih baik.. Biar Zarra tak payah kahwin dengan lelaki itu..” ujarnya geram! Tajam pandangannya di tujukan kepada Makcik Saleha. Mona terkejut!

“Kenapa kak? Kenapa kakak tak nak kahwin dengan abang Ashraf?” soal Mona lagi.

“Sebab akak tak suka dan tak cintakan dia. Lebih-lebih lagi sekarang maruah akak dah tercemar. Mona ingat dia akan kahwin dengan akak. Biar pun dia suka tapi orang tuanya?” soal Zarra dengan tegas. Mereka semua terdiam. Betul juga kata Zarra!! Dalam diam Mona tersenyum lebar.

Pak Harun juga menyokong dengan tindakan Zarra. Malu? Memanglah dia rasa malu. Tetapi untuk kebahagian anak perempuannya itu dia sanggup lakukan apa saja. Bukannya salah Zarra dia di ‘rogol’.

“Ayah pun setuju dengan cadangan Zarra. Ayah akan sokong apa yang terbaik buat Zarra..” jawab Pak Harun sambil melepaskan keluhan.

“Apa yang terbaik pulak?” soal Makcik Saleha kurang senang dengan kenyataan suaminya.

“Awak ni tak boleh ke nak bagi sokongan pada Zarra! Dari dulu sampai sekarang, perangai awak tetap macam tu! Tak pernah nak berubah baik dengan Zarra!” marah Pak Harun. Dia sedar selama ini isterinya selalu tidak menyokong apa sahaja yang berkaitan dengan anak perempuannya Zarra.

ZHARIF melakukan solat istikharah. Wanita di dalam mimpinya itu betul-betul persis gadis yang bernama Zarra. ‘Apakah itu jodoh aku? Banyak kali juga dia bermimpi tentang gadis itu selama ini. Tetapi wajah gadis itu selalu kabur. Namun selepas malam kejadian itu. Dia nampak dengan jelas gambaran gadis dalam mimpinya itu.

Sejak malam kejadian itu juga, Zharif tidak boleh tidur lena. Akhirnya dia nekad, kalau gadis yang bernama Zarra itu merupakan jodoh yang terbaik buat dirinya, dia akan menjaga rumah tangga itu dengan sebaik mungkin. Dia mahu bertemu dengan gadis itu esok pagi. Tapi macam mana dia mahu memulakan hubungannya dengan Zarra. Argh!! Payahnya!!

ZARRA mengambil keputusan untuk pergi ke pejabat. Surat perletakan jawatan sudah dia lipat dan di masukkan ke dalam sepucuk surat. Selepas balik dari pejabat nanti dia akan fikirkan apa yang dia buat seterusnya.

Setelah sampai di pejabat, hanya Melly yang datang awal. Melihat kedatangan Zarra, Melly segera mendekati.

“Hai Zarra.. Lamanya kau cuti. You kenapa ni? You sakit ke? Pucat sangatlah wajah you ni..” soal Melly bertalu-talu. Sudah tiga hari Zarra tak datang kerja dan semua mereka merindunya.

“Tak adalah Melly.. I okey jer!”jawab Zarra lemah.

“Betul ni?” soal Melly lagi. Zarra mengangguk!

“Melly boleh you tolong I tak?” soal Zarra tanpa menunggu lama.

“Boleh.. You nak I tolong apa?”

“Bagi ni kat bos.. I tak boleh lama ni..” ujar Zarra tergesa-gesa. Sambil itu tangannya mengambil barang peribadi miliknya. Dia risau jika ramai pekerja lain sudah masuk kerja, pasti dia tidak mampu menjawab pertanyaan demi pertanyaan.

“Surat apa ni?” soal Melly lagi.

“Nanti bos tahulah.. Okeylah I kena pergi dulu.. Sampaikan salam pada kekawan yang lain ya.. I nak minta maaf kalau ada silap dan salah pada you selama ini..” ujar Zarra sebak. Melly terus memeluknya. Dia tahu pasti Zarra ada masalah. Tapi dia belum bersedia untuk meluahkannya.

You okey ke beb?” soal Melly lagi. Zarra merenggang pelukan. Dia memandang wajah Melly. Sambil itu dia tersenyum.

I okey.. Jangan lupa pesan I tadi.”

Melly mengangguk. Kemudian, Zarra terus mengangkat kotak yang berisi barang peribadinya. Walau pun dia rasa sayang mahu meninggalkan tempat kerja ini, namun dia terpaksa. Semua orang tahu tentng pertunangannya dengan Ashraf. Dan mungkin juga mereka tidak sabar untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka. Nasib baiklah kad jemputan belum di hantar. Mungkin ada hikmah di sebaliknya juga.

Dia terus menahan teksi dan menuju ke rumahnya. Dia betul-betul rasa lega bila surat perletakan jawatan itu sudah di hantar.

HADRI masuk ke pejabat lewat sedikit hari ini. Ketika dia melalui meja Zarra, kelihatan meja gadis itu masih lagi kosong. Dalam diam timbul pula kerisauan. Masuk hari ini adalah hari keempat Zarra tidak datang kerja. Entah apa masalah gadis itu. Selama ini Zarra seorang pekerja yang berdisiplin. Jarang sekali dia lewat turun kerja kecuali kalau keretanya rosak.

Melly terus sahaja menuju kearah pintu bilik bosnya. Sebelum masuk pintu itu di ketuk dahulu. Kedengaran suara memberi arahan dari dalam menyuruhnya masuk.

“Oh Melly. Ada apa datang jumpa I ni?”

“Bos.. Saya datang nak hantar surat ni kepada bos.”

“Surat apa?”

“Entah! Surat dari Zarra. Dia suruh saya sampaikan kepada bos. Tapi dia tak bagitau pulak itu surat apa?” ujar Melly lagi. Surat itu sudah bertukar tangan. Sambil mengerutkan dahinya Encik Hadri membaca segala isi surat itu.

“Kenapa bos. Surat apa tu?” soal Melly. Sebenanya dia pun ingin tahu apa isi kandungan surat itu.

“Surat perletakan jawatan. Kenapa Zarra buat macam tu? Kalau dia minta cuti saya boleh bagi” balas Encik Hadri lagi. Dia mengeluh.

“Entahlah bos. Mungkin dia nak buat persiapan perkahwinan dia kot” Hadri merenung wajah Melly. Perkahwinan! Ya itu yang dia dengar dari mulut Melly tadi. Memang dia tahu Zarra sudah bertunang, Cuma dia tidak tahu bila majlis perkahwinannya di langsungkan. Nampaknya dia benar-benar akan kehilangan Zarra. 

“Kahwin?”

“Ye. Bos tak tahu ke yang Zarra akan berkahwin dua minggu lagi..” soal Melly kehairanan. Ingatkan Encik Hadri tahu pasal ni.

“Tapi dia boleh minta cuti. Bukan minta perletakan jawatan dalam masa 24 jam!” Hadri mengeluh perlahan. dia kesal dengan sikap terburu-buru Zarra itu.

“Mungkin bakal suaminya tak benarkan dia bekerja lagi. Nak suruh dia jadi suri rumah sepenuh masa” jawab Melly sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hairan kenapa Encik Hadri begitu emosi ketika ini. Mungkin dia ada hati dengan Zarra kot! Dia mula membuat andaian sendiri. Selama ini, Encik Hadri tidak pernah menunjukkan minat pada mana-mana gadis pun. Tetapi dengan Zarra bermacam soalan yang dia perlu jawab!

“Gila!!” sebaris perkataan itu keluar dari mulut Encik Hadri.

“Pagi tadi masa dia masuk ke pejabat pun tergesa-gesa. Tak sempat pulak saya nak tanya kat dia apa-apa..” Melly memberitahu hal yang sebenarnya.

“Baiklah.. Biarlah saya uruskan hal ini. Terima kasih Melly.”

“Sama-sama. Bos pujuklah Zarra kerja balik kat sini. Rindu pula tak tengok muka dia dalam sehari..” usik Melly lagi. Dia berharap sangat yang Zarra ada jodoh dengan Encik Hadri. Dia tahu Encik Hadri ada perasaan kepada Zarra. Tapi tup-tup dia dah bertunang dengan orang lain. Melepaslah Encik Hadri.

Sebaik sahaja Melly keluar dari bilik tersebut, Hadri terus mendail nombor telefon Zarra. Namun panggilannya itu tidak berjawab. Dia cuba sekali lagi. Tetap juga panggilannya di biarkan oleh Zarra.

Zarra hanya merenung telefon bimbitnya yang dari tadi lagi berbunyi. Sebaik sahaja dia melihat nama Encik Hadri yang keluar, di biarkannya sahaja panggilan itu tidak berjawab. Dia pasti Encik Hadri mahu bertanya kenapa dia tiba-tiba letak jawatan.

“LEBIH baik kau keluar sebelum ayah Zarra pulang!” jerit Makcik Saleha. Zarra yang terkejut mendengar jeritan Makcik Saleha itu segera menoleh. Kelihatan Makcik Saleha dan Mona berdiri di depan pintu biliknya.

“Tapi Zarra nak duduk dengan ayah..” jawab Zarra tidak mengerti kata-kata Makcik Saleha.Makcik Saleha tiba-tiba menyinga. Bagaikan ada benda yang merasuknya.

“Aku tak nak, nanti keluarga kita dapat malu. Semua orang yang tinggal di sini tahu yang Zarra pernah kena rogol!! Sana-sini orang cakap pasal Zarra! Makcik malu tau tak?” terang Makcik Saleha dengan kasar. Matanya mencerlung tajam pada Zarra.

Zarra mengucap sendirian. Begitu tajam dan kejinya perkataan itu. Dia pun tidak minta hal itu berlaku. Tapi apa boleh dia buat jika itu yang sudah tertulis.

Kali ini dia nekad untuk keluar rumah. Dia rasa selagi dia berada di rumah itu fikirannya tidak tenang. Di tambahkan lagi dengan kata-kata Mona dan Makcik Saleha yang hanya tahu menyindirnya saja. Didepan ayahnya mereka berdua melayan dia dengan baik. Tetapi selepas saja ayahnya pergi bekerja, Mona dan Makcik Saleha akan buat hal dengan dirinya.

Beg pakaiannya segera di kemas. Walaupun dia tidak tahu kemana arah tujunya apa yang penting dia keluar dari rumah itu agar Makcik Saleha dan Mona puas hati. Mungkin dengan cara itu, kisah hidupnya tidak akan di ungkit oleh segenap lapisan masyarakat.

Zarra memandang rumah itu agak lama. Kalau dia keluar dari rumah ini, entah bila pula dia boleh datang kembali. Dia mengesat kembali air matanya yang jatuh ke pipi.

“Ayah, maafkan Zarra.. Zarra terpaksa tinggalkan ayah sekarang. Bukannya Zarra tak sayangkan ayah. Tapi Zarra juga perlukan ketenangan..” gumamnya sendirian. Tanpa sedar kakinya sudah melangkah.

 

2 comments: