Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday, 19 May 2014

Kau Rantai hatiku 47


ISABELLA duduk di ruang tamu dengan menghembus nafas risau. Entah kali keberapa dia mendail nombor telefon Tengku Elman. Satu pun tidak berjawab. Asyik-asyik operator sahaja yang menjawab. Bukan sekali saja Tengku Elman bersikap demikian. Entah ini kali yang keberapa sudah. Hatinya mula sakit dengan layanan dingin Tengku Elman.Telefon bimbit itu di renungnya. Dia mengharapkan Tengku Elman akan membalas panngilannya. Untuk beberapa minit kemudian dia sendiri berasa hampa kerana tunangnya itu langsung tidak memberi respon.

“Kenapa anak mummy ni macam orang susah hati je?” tegur Datin Melinda. Isabella menoleh. Kelihatan Mummynya sedang berjalan menuju kearahnya.

“Tak ada apalah mummy..”

“Jangan nak tipu mummylah.. Ini mesti pasal Tengku Elmankan?” ujar Datin Melinda. Dia tahu sangat jika anaknya itu mengalamai masalah, ia mesti berkaitan dengan Tengku Elman.

“Bella dah cuba hubungi dia banyak kali tapi still tak dapat.. Entah kemana dia pergi? Dia suka buat Bella macam ni!” ujar Isabella lagi. Datin Melinda merengus! Lelaki bernama Tengku Elman tidak sudah-sudah membuatkan Isabella bersedih seperti ini. Namun dia diamkan dirinya.

“Kenapa tak call Tengku Suraya tanya kemana Tengku Elman?” pujuknya lagi. Dia tidak mahu hati anak perempuannya sedih terus.

“Dah.. Bella dah call Tengku Suraya.. Tapi..”

“Apa jawapannya?”

“Dia kata dia pun tak tahu kemana Tengku Elman pergi. Sudah dua hari dia tak balik, mummy. Dia cuma pesan kat Tengku Suraya supaya tak risaukan dirinya. Itu je..”

“Tengku Elman pergi ke mana ya?” soal Datin Melinda sendirian.

“Kita pergi je tanya orang..” Datin Melinda memberi cadangan.

“Kat mana? Oh ya Bella ingat, Humaira ada buka butik bernama IRARIN. Mungkin Humaira boleh tolong..” ujar Isabella dengan senyuman.

DATIN Melinda dan Isabella terus menuju ke butik IRARIN. Dia menonong menuju ke arah seorang gadis yang tekun membuat kerjanya. Dia pasti perempuan itu tahu kemana orang yang di carinya.

“Mana perempuan keji itu?” herdik Datin Melinda kepada Arin. Arin Natasha yang terkejut itu terus merenung wajah yang sedang menyinga di hadapannya. Rupa-rupanya Datin Melinda. Dia kenal dengan wanita itu kerana dia pernah ternampak wanita itu dengan seseorang ketika dia keluar bersama Humaira tempoh hari.

“Maaf Auntie. Siapa yang Auntie maksudkan? Siapa perempuan keji yang Auntie cari?” ujar Arin Natasha dengan berani. Pantang benar baginya kalau ada orang yang mahu mengeji kawan baiknya itu. Dia bagaikan turut sama di hina!

“Bukan Auntie.. Datin.. I am Datin Melinda..” jawab Datin Melinda dengan megah. Mungkin gadis di depannya itu tidak kenal dengan dirinya.

“Oh.. Datin Melinda.. Sorry..

So where is Humaira? Kawan baik you tu! Mana dia?” soal Datin Melinda dengan kasar!

“Oh.. Datin cari kawan saya yang bernama Humaira..” ujar Arin sambil tersenyum.

“Entahlah Datin. Saya pun tak tahu di mana dia sekarang. Lagipun sudah lama dia tak jejak kakinya ke kedai ini..” terang Arin lagi.

“Tak guna!! Jangan-jangan kau sengaja cakap tak tahu dia kat manakan?” marah Datin Melinda. Dia pantang sekali kalau orang mahu mempersendakan dia lebih-lebih lagi berdepan dengan gadis seperti Arin Natasha!

“Datin.. Saya betul-betul tak tahu Humaira pergi ke mana? Sebab saya tak ada masa nak jadi bodyguard Humaira sepanjang masa.. Kerja saya kat butik ni pun tak selesai lagi. Apatah lagi nak jaga kawan baik saya tu 24 jam...” balas Arin dengan nada geram. ‘Ingat dia saja ke yang pandai nak marah-marah!’kutuk Arin dalam hati.

You!!” Datin Melinda berhenti meneruskan kata-katanya.

“Dahlah mummy.. Jangan buat malu kat sini.. Mungkin betul juga cakap kawan Ira tu..” pujuk Bella lagi. Malu juga dia dengan perangai mamanya yang turut menarik perhatian pelanggan di kedai itu.

“Ha.. kan bagus kalau bersopan macam anak Datin tu.. Ni tak tanya macam tak ada hati perut..” sindir Arin Natasha lagi. ‘Biar padan muka Datin Melinda. Ingat dia sajakah yang boleh nak tengking orang. Aku pun boleh!’ ujar Arin dalam hati. Geram sungguh dia dengan kebiadapan Datin Melinda dan Isabella terhadapnya. Namun dia kembali teringat dengan apa yang beritahu Amir kepadanya.

Datin Melinda dan Isabella segera berlalu dari situ. Datin Melinda masih marah-marah. Geram betul dia dengan sikap Arin. Kurang ajar sungguh gadis itu dengan dirinya. Mungkin gadis itu tidak kenal siapa dirinya.

ARIANA Humaira merenung ke langit. Dia cukup bahagia, walaupun dia belum mengingati kisah silam mereka. Namun dengan penuh keyakinan Tengku Elman membuatkan dia percaya bahawa mereka saling menyintai satu sama lain.

“Sayang ni tengah fikir apa? Sayang flashback pasal kita ke?” usik Tengku Elman dengan kening dijongket - jongket ke atas. Lucu melihat wajah isterinya yang tertunduk - tunduk. Humaira menggigit bibir. Berdebar-debar saat terpandangkan renungan menggoda suaminya yang semakin kerap menghilangkan denyutan nadinya. Lemah seluruh badan.

“Errr... mana ada,” balasnya perlahan.

“Habis, kenapa sayang diam?” Tengku Elman tersenyum. Perlahan dia bangun dan menapak ke belakang Humaira yang berdiri menghadap kaki langit. Badan diluruskan dan erat dia melingkarkan tangannya mengepung tubuh isterinya. Sekilas pipi itu dikucup penuh kasih. Sudah menjadi mejadi kegemaran dia sekarang memeluk dan mencium Humaira. Sekurang-kurangnya Humaira yakin bahawa dia benar-benar cintakannya.

“Sayang tak suka abang buat macam ni?” Soalnya lembut ditelinga Humaira yang tidak bertudung. Humaira kaku menahan getaran di dada yang berkocak deras. Seram sejuk seluruh tubuhnya dengan kemesraan mereka berdua. Liur terasa kesat untuk ditelan, tekak pula tiba-tiba saja kering dan perit. Argh!! Tengku Elman memang pandai menggoda.

“Errr... taklah, mana ada tak suka.” Balasnya tersekat-sekat. Terasa pelukan lelaki itu yang semakin kejap. Semakin hebat jantungnya berpalu. Dia rasa malu sendiri. Mulut kata tidak tapi hatinya memang berdebar-debar setiap kali dia melihat pandangan Tengku Elman terhadapnya.

“Hmmmm.. jadi sayang sukalah?” Berkerut - kerut dahi Humaira dengan soalan itu. Aduhai kenapalah dia buat-buat tak fahamlah pulak!!

“Sayang, jawablah.” 

“Abang ni.” Bibirnya diketap rapat.

“Abang ni suka tanya bukan-bukanlah.” Tengku Elman tergelak kecil. Semakin seronok mahu mengusik isterinya yang pemalu itu. Dia tahu Humaira tidak menolak apa yang berlaku, jelas Humaira tutur sama mencari kesesuaian rentak antara mereka berdua petang itu membuatkan jiwa dia semakin teruja. Bukan mudah baginya untuk menyakin Humaira pada mulanya. Dia juga perlu bersabar dengan karenah Humaira. Namun dia akan lakukan apa saja asalkan Humaira dapat mengingati semula.

“Terima kasih sayang.. Abang berharap kali ini biarlah jodoh kita sampai ke syurga.. Abang tak sanggup lagi berpisah dengan sayang..”

Kata-kata itu sungguh mengharukan hati dan jiwa Humaira. Lelaki ini betul-betul menyintai dan menyayanginya. Bagaimana dia mampu menolak. Dalam masa dua hari ini, hatinya sudah terpaut dengan layanan dan kebaikan yang di berikan oleh Tengku Elman. Dia bagaikan jatuh cinta pada lelaki itu walaupun untuk ke berapa kalinya.

“Ira akan belajar menyayangi dan menyintai abang. Ira sedar, Ira tak sempurna. Tapi Ira akan buat yang terbaik untuk abang..” balas Humaira dengan lembut. Kata-kata itu menyentuh hati lelaki bernama Tengku Elman. Airmatanya terus mengalir. Dia tidak menyangka secepat itu Humaira akan memberi tindak balas terhadapnya. Mungkin betul kata Arin, walaupun Humaira hilang ingatan, namun instint mereka masih kuat. Sekali lagi dia memeluk Humaira dengan kuat. Bagaikan dia tidak mahu melepaskan tubuh itu lagi.

TENGAH hari itu mereka berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Tangan Tengku Elman tidak melepaskan jari jemari Humaira. Kadang-kadang dia sengaja menarik jari jemari Humaira lalu di ciumnya.

“Abang, tengok depan tu..” ujar Humaira sekali sekala. Namun dengan kecekapan Tengku Elman memandu ianya tidak menjadi masalah bagi dirinya. Lagi pun mereka menggunakan jalan lebuh raya yang agak rengang.

MEREKA berdua sudah sampai di rumah Pak Teh. Kepulangan mereka di sambut mesra oleh Pak Teh dan Mak Teh. Zeti juga tidak ketinggalan. Pada mulanya dia juga tidak percaya yang Tengku Elman itu suami kak Iranya. Maklumlah dulu dia tinggal di kampung bersama neneknya. Apabila ayahnya Pak Teh dan ibunya Mak Teh bercadang mahu berhenti kerja barulah dia dapat tinggal bersama-sama dengan mereka.

Humaira memandang wajah Tengku Elman.

“Macam mana dengan hal kamu berdua? Tengku dah cakap ke hal penting dengan Humaira?” soal Pak Teh. Dia berharap sangat Humaira akan mengingati serba sedikit tentang Tengku Elman.

“Elman dah beritahu segala-galanya. Tapi buat masa sekarang memang susah dia nak terima semuanya.. Tapi Elman akan cari doktor pakar untuk merawat Ira…” terang Tengku Elman lagi.

“Baguslah kalau macam tu..”

“Apa pun saya tetap nak mengucapkan terima kasih tak terhingga pada Pak Teh dan Mak Teh kerana menjaga Ira untuk saya” ujar Tengku Elman sambil tersenyum.

“Samà sama..”

“Saya nak balik dulu.. Ira esok kita jumpa di pejabat ya..” ujar Tengku Elman. Rasa berat hatinya mahu berpisah dengan Humaira. Itu baru satu malam. Dia tidak tahu bagaimana dia mengharungi hari-hari yang seterusnya.

“Baik Tengku..” ujar Humaira lagi.

“Tengku lagi!!” ujar Tengku Elman selamba. Kalau tidak mengenangkan mereka berada di depan Mak teh dan Pak Teh, sudah lama Humaira akan di beri hadiah istimewa olehnya.. Geram!!

Pak Teh, Mak Teh hanya ketawa sahaja mendengar kata-kata Tengku Elman. Memang Humaira akan mengambil masa untuk memulihkan ingatannya. Mereka hanya mampu berdoa semoga pasangan ini akan kembali bersatu dan bahagia semula. Mereka terlalu banyak menderita sepanjang perpisahan ini.

2 comments:

  1. Thanks atas sambungan. Tahniah TEQ kerana telah mengambil langkah untuk berterus terang kepada Humairah tentang hubungan mereka yang sebenar. Apa tindakan TEQ kepada Isabella dan mamanya

    ReplyDelete