BAB
56
TENGKU Elman membawa Humaira pergi ke kondo mereka. Dia sana dia akan
melepaskan segala rindu dendamnya untuk beberapa hari ini pada Humaira. Belum
sempat Humaira melabuhkan duduk di atas sofa, Humaira rasa tubuhnya di tarik
lembut. Sekali lagi dia tenggelam di dada suaminya. Dia tersenyum bahagia. Betapa
rindunya dia dengan pelukan sebegitu. Namun dia tidak boleh menunjukkan
sangat.Sekarang ni dia masih dalam mood merajuk.
“Abang rindu
sangat kat sayang..”
“Really??”
sepatah sahaja Humaira menyoal. Tengku Elman mengangguk. Dia tahu mungkin Humaira berfikir yang bukan-bukan pasal
dirinya. Namun dia berharap Humaira akan setia di sisinya walau apa pun yang
berlaku. Tak dapat di ungkapkan bagaimana perasaannya dalam beberapa hari tanpa
bertemu atau mendengar suara Humaira. Namun semua itu dia tempohi demi kasih
sayangnya pada Humaira.
“Sayang, don’t
you know that I miss you so much? Abang harap sangat sayang rindukan abang
juga..” bisikan itu membuatkan Humaira sebak. Ingatkan tadi dia mampu menahan perasaannya.
Dia juga membalas pelukan suaminya erat-erat.
“Abang tak payah tanya kalau abang memang sudah tahu
jawapannya..” balas Humaira lagi.
“I love you
sayang..”
Bisikan keramat itu benar-benar membuatkan Humaira
mengingati betapa romantiknya lelaki itu padanya suatu masa dulu.
“I love you too,
suamiku sayang..” dia membalas dengan senyuman.
Tengku
Elman juga tersenyum gembira. Hilang rasa resah di hati. Hilang rasa rindu bila
Humaira sudah berada dalam pelukannya. Entah sampai bilakah dia dan Humaira
hidup dalam keadan seperti ini? Dia rasa amat terseksa namun dia tetap bersabar
kerana dia percaya suatu hari nanti pasti ada jalan keluar dari masalah ini.
“Sayang
tahu tak betapa seksanya hidup abang dalam beberapa hari ini?” soal Tengku
Elman. Dia memandang tepat ke arah anak mata Humaira. Dia tidak pernah puas
unutk menatap sepasang anak mata yang cantik milik Humaira itu. Dari dulu
sehinggakan sekarang. Kadang-kadang dia terpaksa menahan perasaan apabila
mata-mata lelaki lain memandang minat terhadap Humaira.
Humaira menggeleng kepalanya. ‘Abang pasti
juga tidak tahu betapa rindunya Ira pada abang!’ bisik hati Humaira lagi.
“Abang
betul-betul minta maaf pada sayang..”
“Macam
mana dengan Bella?” soal Humaira lagi. Sekali pun hatinya pedih, tetapi dia bukanlah
insan yang kejam. Dia faham perasaan cinta Bella kepada Tengku Elman. Namun
Tengku Elman tetap memilih dirinya.. Dia rasa sangat bertuah.
“Itulah
yang abang nak jelaskan.. Abang nak sayang faham dengan keadaan abang buat masa
sekarang. Abang pun tak suka dengan situasi abang sekarang..”
Humaira
tersenyum. Nampak sangat Tengku Elman berserabut dengan masalahnya. Dia percaya
pasti ada jalan keluar dari masalah ini.
“Tak
pelah bang.. Abang cakap je terus terang dengan Ira.. Ira akan cuba faham
dengan masalah abang.” Sekali lagi Tengku Elman menarik tubuh Humaira ke dalam
dakapannya. Dia betul-betul tidak percaya dalam keadaan dia sekarang ini,
Humaira masih mampu berfikir secara terbuka.
Tengku
Elman menarik Humaira duduk di sofa. Satu persatu perkara di ceritakannya. Dia
tidak mahu Humaira berasa sangsi terhadap dirinya.
Hari
ini, Tengku Elman dan Humaira menghabiskan masa bersama. Berulang kali juga
Tengku Elman menceritakan kenangan manis dalam hidup mereka. Dia mahu Humaira
mengingati semula. Biar pun lambat tapi dia yakin Humaira akan ingat semula
jika dia rajin menceritakan perkara-perkara yang paling manis dalam hidup
mereka.
Terasa
terubat rindu yang ditanggung beberapa hari ini terhadap Humaira. Hatinya
tenang bila melihat wajah Humaira yang gembira bersama dengannya. Kalau boleh
dia memang mahu hidup begini dengan Humaira namun selagi masalah itu belum
selesai, dia tidak akan dapat hidup bersama dengan Humaira.
DI SYARIKAT Global,
Isabella berasa tidak senang hati. Tengku Elman masih belum nampak bayangnya.
Sementara itu, dia juga mendapat tahu yang Humaira juga tidak masuk kerja.
Takkan mereka berdua ada pergi kemana-mana tanpa memberitahu dia. Tapi betulkah
itu satu kebetulan atau mereka berdua bersama di mana-mana. Sakit hatinya bila
mengenangkan kemesraan Tengku Elman dengan Humaira.
Tadi
dia bertanya pada Encik Johan, namun lelaki itu juga menyatakan dia tidak tahu
kemana Tengku Elman pergi. Cuma katanya Tengku Elman menelefon yang dia tidak
masuk pejabat hari ini. Isabella bertambah risau. Kemana Tengku Elman pergi?
Telefon bimbitnya juga di tutup. Takkan dia pergi berjumpa dengan perempuan
itu. lagipun Humaira tidak masuk kerja hari ini! Hish!! Tak mungkinlah..
Mungkin dia pergi ke tempat lain.. Isabella cuba menenangkan hatinya.
Malam
sudah menginjak pukul lapan malam. Selepas makan malam, Tengku Elman akan menghantar
Humaira pulang ke rumah Pak Teh. Lagi pun esok mereka akan masuk kerja.
Sesampai
sahaja Tengku Elman di hadapan rumahnya, dia ternampak kereta Isabella sedang
terparkir di depan rumahnya. Dia pasti Bella akan melaporkan ketiadaannya di
pejabat kepada Tengku Suraya. Kali ini dia harus bersedia berdepan dengan
soalan-soalan yang bakal di tujukan kepadanya nanti.
Sebaik
sahaja Tengku Elman membuka pintu utama, Kelihatan Isabella sedang bersembang
dengan ibunya Tengku Suraya.
“Dah
sampai pun! El dari mana?”
“El
ambik cuti ma..”
“Patutlah
EL tak masuk pejabat..” jawab Tengku Suraya. Dia dapat melihat wajah anaknya
itu keletihan. Namun Tengku Suraya sengaja memberi ruang kepada Tengku Elman
dan Isabella.
“Kamu
bersembanglah.. Saya nak naik atas dulu..”
“Selamat
malam ma..” ujar Tengku Elman.
“Sayang
you pergi mana? Puas I call you tau! You pulak tutup handphone!”
sampuk Isabella lagi. perasaan tidak sabarnya membuatkan dia terus bertanyakan
soalan seperti itu.
“I pergi jalan-jalan. I nak tenangkan fikiran..”
“Nak
tenangkan fikiran? Apa masalah you
ni?” tiba-tiba Isabella naik berang.
Tengku
Elman memandang wajah Isabella. Geram juga dia dengan perangai Isabella yang
tidak pernah memahami dirinya.
“Sekarang
ni I dah penat..”
“I tak peduli!! I nak tahu you pergi mana
hari ini? Kenapa you tutup handphone?”
“Itu
bukan urusan you..”
“Masalahnya
kita tidak banyak masa untuk persiapan hari perkahwinan kita. Kak Abby pun dah
bising. You selalu tak datang bila
nak cuba pakaian..”
“I penat layan karenah you ni! Macam budak-budak. You tak faham bahasa ke.. Sampai masanya
nanti I sendiri pergi ke butik. Tak
payah you bising-bising dengan I.. Dahlah sekarang ni otak I tengah serabut dengan masalah yang
sedia ada.”
“Masalah
apa?”
“Masalah
pasal youlah.. Tak habis-habis nak
curiga..”
“I am sorry sayang. I tak bermaksud nak buatkan you
marah. Tapi I betul-betul sayangkan you. I tak nak kehilangan you. You dah janji akan teruskan
pernikahan kitakan?” soal Bella mahukan
kepastian. Menjadi juga tricknya
malam itu. Dalam diam dia tersenyum riang.
“Kalau
macam tu I nak balik sekarang.. Lega
rasanya..”
“Baliklah…
I pun dah penat.”
Tengku
Elman mengiringi Isabella sampai ke kereta. Sebaik sahaja kelibat Isabella
tidak kelihatan, dia terus masuk ke dalam rumah. Penatnya dia hari ini. Namun
dia tersenyum gembira. Hari ini dia menghabiskan masanya bersama Humaira.
Alangkah bahagianya jika setiap hari Humaira berada di sisinya.
Tengku
Elman terus menuju ke ruang kamar. Dia mahu membersihkan dirinya. Selesai
semuanya nanti barulah dia akan menelefon Humaira.
ISABELLA sudah sampai
ke rumah. Kelihatan mummynya sedang
menunggu kepulangannya di ruang tamu. Dia memang sudah mengangak yang mummynya akan menunggunya. Mungkin mummynya risau kejadian malam itu akan
berulang lagi.
“Bella you okey ke?” soal Datin Melinda
sebaik sahaja nampak kelibat anak gadisnya itu
“Bella okey mummy.. Mummy tak payah
risau!”
“Macam
mana mummy tak risau. Bella tu selalu
buat mummy risau..”
Humaira
baring di atas tilamnya. Hari ini dia benar-benar rasa gembira. Gembira apabila
Tengku Elman sanggup menghabiskan masa bersamanya. Hilang segala resah dan
rindunya pada suami tersayang. Tiba-tiba
telefon bimbitnya berbunyi. Siapa lagi nama yang tertera selain nama TEQ.
Singkatan nama Tengku Elman Qaufar suaminya. Jarinya terus menekan butang
hijau.
“Assallamuailikum
sayang..”
“Waalaikumsallam
suamiku sayang..” jawab Humaira sambil tersenyum.
“Sayang
dah nak tidur ke?” soal Tengku Elman.
“Baru
baring-baring.. Mata pun belum mengantuk lagi.”
“Sayang
tak rindu abang kat sini ke?” usik Tengku Elman.
“Tak.”
“Tak??
Abang mati-mati rindu kat dia tau..”
“Dia?
Siapa dia?” kini giliran Humaira lagi bertanya. Perkataan dia itu membuatkan
dia tersedar seketika.
“Dia
tu, sayanglah..” jawab Tengku Elman bila menyedari pertanyaan Humaira itu
berbau cemburu. kemudian dia tergelak sendiri.. itulah ayat yang tidak semperna
kadang-kadangnya akan membuatkan seseorang itu salah faham!
“Oh
ingatkan abang maksudkan Isabella..”
“Macam
bunyi orang cemburu je?”
“Buat
penat je Ira nak cemburu. Abang bukan kisah pun!”
“Siapa
cakap abang tak kisah? Abang susah hati tau kalau sayang fikir yang
bukan-bukan. Lagi pun sayang kena jaga kesihatan..” bebel Tengku Elman. Humaira
faham benar bila encik suami mula membebel.
“OKlah
Ira nak tidur. Selamat malam..” terus di tekannya butang merah. Tengku Elman
pula yang terkejut dengan perbuatan Humaira. Dia belum habis bercakap lagi.
Adui!!! Mesti Humaira merajuk lagi.. Di dailnya lagi nombor telefon bimbit
Humaira. Namun panggilannya tidak di jawab.
best nak lagi..
ReplyDeletebest...bila nk smbg lagi smpai tamat...hehe
ReplyDeletex sbr nk baca smbgnnya lah....
ReplyDeleteJalan cerita ni lebih menarik berbanding kisah Zafran+Alisha.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete