KEBIASAANNYA hari Isnin, Tengku Elman
Qaufar akan membawa Humaira berjumpa dengan doktor pakar. Pada minggu pertama
dan keduanya, Isabella belum lagi mengesyaki mereka. Namun lama-kelamaan
hubungan mereka menjadi tanda tanya pada Isabella. Entah kenapa, setiap hari
Isnin sebelah petang saja pasti Tengku Elman membawa Humaira keluar. Bila di
tanya katanya ada urusan penting. Tetapi takkan urusan penting itu setiap hari
Isnin. Pelik!!
Isabella benar-benar tidak sedap hati.
Tarikh perkahwinan mereka semakin dekat. Dia tidak mahu sesuatu berlaku sebelum
hari pernikahan mereka. Kerana dia sangat cintakan Tengku Elman dan dia tidak
mahu kehilangan lelaki yang umpama permata bagi dirinya. Kehilangan lelaki itu
akan membuatkan dia dan mummynya
kerugian atau terlepas peluang!
Petang itu dia sedia mengekori kemana
pemergian Tengku Elman dan Humaira. Dengan perlahan dan berhati-hati, Isabella
mengekori kereta Tengku Elman sebaik saja kereta Tengku Elman keluar dari
tempat parking.
Kereta Tengku Elman berhenti di tempat
parking di halaman hospital. Hati Isabella semakin tertanya-tanya. Apa tujuan
Tengku Elman membawa Humaira ke hospital itu? Hatinya semakin berdebar-debar.
Begitu juga dengan perasaan ingin tahunya. Adakah Humaira dan Ariana orang yang
sama? Jikalau hal itu benar, apa tindakan dia yang seterusnya?
Perlahan-lahan Isabella mengekori
langkah Tengku Elman dan Humaira. Bila tiba di satu bilik, dia melihat Tengku
Elman memengang tangan Humaira. Tiba-tiba perasaannya di hantui rasa cemburu!
Dia makin menjadi syak wasangka!
Tengku Elman pergi berjumpa dengan
Doktor Safrul. Doktor Safrul merupakan doktor psikriatri yang di kenali ramai.
Doktor Safrul hanya tersenyum sahaja melihat pasangan itu yang kelihatan
mesra.Si suami dengan senyuman yang lebar dan si isteri pula malu-malu.
Setiap hari Isnin mereka akan datang
untuk temujanji. Setakat ini, si isteri mula menunjukkan perkembangan yang
baik. Walaupun dia belum mengingati masa silamnya dengan baik tetapi perubahan
sedikit demi sedikit yang di tunjukkan amatlah memberansangkan.
Setitis demi setitis air mata membasahi
pipinya. Sampai hati Tengku Elman memperlakunya sedemikian rupa. Nampaknya dia
sudah kalah sebelum berperang. Cinta Humaira mendapat tempat paling teratas di
dalam hati Tengku Elman. Dia tidak meminta banyak dari Tengku Elman. Cukuplah
sekadar memberi sedikit ruang di hatinya untuk membalas cintanya. Namun apa
yang di harapkan tidak akan menjadi kenyataan.
Perlahan-lahan dia melangkahkan kakinya
meninggalkan tempat itu. Hal itu mesti di beritahu kepada mummynya. Pastinya mummynya
ada caranya.
“MUMMY,
Bella ada hal penting nak bagi tau mummy!”
ujar Isabella dengan tidak sabarnya.
“Hal apa yang Bell nak bagitau mummy ni? Macam tak sabar-sabar nak
jumpa mummy ni?” soal Datin Melinda.
Dia hairan bila melihat Isabella seperti diburu keresahan.
“Kalau Bella cakap mummy jangan terkejut ya?”
“Apa dia, cakaplah..” desak Datin
Melinda lagi. Dia yang tadi menegur Isabella tidak sabar pun jadi begitu bila
mendengar nada suara Isabella seperti keresahan.
“Sebenarnya.. Ariana masih hidup!!”
“Zapppp!!!” bagaikan terkena renjatan
elektrik wajah Datin Melinda mendengar kata-kata Isabella.
“Betul ke, apa yang Bella cakapkan ni?
Dari mana Bella tahu?” soal Datin Melinda bertalu-talu. Ada nada keresahan di
hujung suaranya.
“Mummy
ni kenapa? Cemas semacam je!” soal Isabella yang pelik dengan sikap mummynya. Selalunya mummynya tidak
pernah bersikap cemas begitu!
“Tak ada apa-apalah.. Bagus juga kalau
betul Ariana masih hidup!” ujar Datin Melinda yang cuba menutup gelabahnya.
“Tapi mummy.. Kalau Ariana masih hidup, Elman tak akan kahwin dengan
Bella.. Bella sangat cintakan dia. Bella sanggup jadi isteri ke duanya..”
terang Isabella tentang perasaannya pada Tengku Elman.
“Bella.. betul ke apa yang Bella
cakapkan ni? Bella sanggup ke berkongsi kasih dengan wanita lain yang merupakan
kakak tiri Bella..” ujar Datin Melinda yang sebenarnya terkejut mendengar
pengakuan dari bibir anaknya itu.
“Sebenarnya Bella tak nak berkongsi
kasih mummy! Tapi Bella sangat
cintakan Elman.. Bella tak sanggup kehilangan dia.. Bella tak sanggup mummy..” rintihan dari Isabella jiwa
hati seorang ibu seperti Datin Melinda. Datin Melinda terdiam. Dia sendiri pun
masih terkejut dengan berita itu. Tak mungkin Ariana masih hidup. Kalau Ariana
masih hidup mayat siapa yang rentung dalam letupan itu? Soalan demi soalan
berligar-ligar di fikirannya.
“Apa yang Bella patut buat mummy? Kalau Ariana masih hidup pasti
Elman tak nak kahwin dengan Bella. Ini bermakna majlis perkahwinan kami tak
akan di teruskan! Macam mana ni mummy?”
soal Isabella bertalu-talu.
“Jangan risau, Mummy akan cari jalan agar perkahwinan kamu di teruskan..” ujar
Datin Melinda perlahan. Dalam diam dia sudah berjanji dengan anak gadisnya.
Demi anak gadisnya dia sanggup lakukan apa saja asalkan anak gadisnya itu
bahagia.
SEMENJAK Isabella memberitahu yang Ariana masih hidup, Datin Melinda
jadi gelisah. Macam mana Ariana masih hidup? Kemana Ariana selama ini?
Bermacam-masam soalan yang timbul di fikirannya. Adakah Dato Farid sudah tahu
yang Ariana puteri tunggalnya itu masih hidup? Bagai mana pula dengan Tengku
Suraya yang memang dah lama rindukan Ariana? tengku Elman dah sah-sah tahu!
“Aku mesti cari jalan agar Bella dapat kahwin dengan
Tengku Elman..”
Datin Melinda duduk di taman.
“Mummy
kenapa ni?” soal Bella. Dari tadi lagi dia melihat mummynya asyik beralan ke hulu dan ke hilir.
“Shhh!! Jangan cakap kuat-kuat nanti Daddy kau dengar..”
“Kenapa??”
“Nanti Daddy
tau yang Ariana masih hidup. Kau nak ke kalau Daddy tiba-tiba tukar wasiat..” ujar Datin Melinda. Selama ini
itulah yang paling di takutinya. Namun hari ini dia tetap juga berlaku.
“Okey mummy..
Jadi apa yang mummy nak buat?” soal
Bella tidak puas hati.
“Mummy
tengah fikirkannya..”
“Okey Bella nak masuk ke dalam dulu. Lagipun Bella
letih ni..!”
“Baiklah. Bella berehatlah dulu ya.. Nanti mummy fikirkan jalan agar perkahwinan
kamu di teruskan..” janji Datin Melinda lagi. Dia akan buat apa saja cara agar
perkahwinan di antara Bella dan Tengku Elman di teruskan.
“Terima kasih mummy!!”
“HELLO Botak..”
“I nak jumpa you di tempat biasa!” perintah Datin Melinda. Hanya dengan
panggilan sebegitu, Botak hanya tersenyum. Dia tahu jika dirinya di cari pasti
ada perkara yang ingin di sampaikan oleh Datin Melinda. Dan dia akan sedia
berkhidmat untuk Datin itu. siapa yang tidak mahu dengan upah yang lumayan.
Petang itu, Datin Melinda berjumpa
dengan lelaki yang bernama Botak itu. Pertemuan meraka di tempat yang sunyi.
Jauh dari orang ramai dan suasana bising!
“Ada apa Datin nak jumpa aku?” soal
Botak sebaik saja mengambil tempat duduk di depan Datin Melinda.
“You
dah lakukan kesilapan!!”
“Kesilapan?? Apa maksud Datin?” soal
Botak yang terkejut dengan kata-kata Datin Melinda. Selama ini dia tidak pernah
membuat kesilapan untuk bekerja dengan Datin Melinda.
“Orang yang saya suruh awak bunuh tu
masih hidup!!” beritahu Datin Melinda.
“Maksud Datin?”
“Ariana masih hidup!! Tapi sekarang dia
guna nama Humaira!!” marah Datin Melinda lagi. Dia rasa benar-benar marah.
“Macam mana boleh jadi macam ni?
Sedangkan masa letupan itu tiada siapa pun yang berada di sana kecuali
Ariana!!” soal Botak lagi. Dia masih teringat lagi peristiwa yang berlaku lima
tahun yang lalu. Lagipun dia sendiri yang membuat kerja yang di suruh oleh
Datin Melinda.
“Itu yang aku nak soal kau!! Macam mana
perempuan itu masih hidup? Jadi siapa yang mati dalam letupan itu?” soal Datin
Melinda. Botak hanya menggeleng kepala.
“Kita harus cari jalan untuk selesaikan
perempuan itu, sebelum dia boleh ingat kembali..” Datin Melinda berkata dengan
yakinnya. Ya.. dia harus mencari jalan agar Humaira terus lenyap dalam hidup
Tengku Elman. Memanglah Tengku Elman sayangkan Humaira kerana perempuan itu
adalah isterinya.
ISABELLA mendekati
Humaira. Dia bagaikan di rasuk. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa ingin berbuat
sesuatu pada Humaira. Dia inginkan kepastian yang sebenarnya.
“Ira.. you ni siapa sebenarnya?
Kadang-kadang I rasa you ni Ariana.. Kadang-kadang I rasa you bukan Ariana..” ujarnya bila dia mendekati Humaira. Nasib
baiklah ketika itu pekerja lain sudah ramai yang pulang.
“Cik Bella rasa saya ni siapa? Kenapa
soal saya macam tu?” soal Humaira bersahaja. Dia tahu lambat laun, pasti
rahsianya akan terbongkar juga.
“Sebab
itu I tanya you, siapa you yang
sebenarnya?” soal Isabella dengan garang. Dia menjadi pendesak sejak Tengku
Elman mahu memutuskan pertunangan mereka. Sejak hari itu dia melihat Tengku
Elman selalu sahaja berada di samping Humaira. Alangkah indahnya kalau Tengku
Elman melayannya seperti dia melayan Humaira sekarang.
“Saya
tiada sebarang jawapan untuk soalan Cik Bella tu..” jawab Humaira dengan jelas.
Mendengarkan jawapan Humaira itu, Bella semakin sakit hati.
“You ni memang sengaja nak cari pasal
dengan I kan? You tentu ada sembunyikan sesuatu dari I. Atau you berpura-pura
berlakon agar dapat mengambil perhatian dari Tengku Elman. Dah puas hati
hancurkan hubungan kami!!”
“Saya
tak perlu berlakonlah. Saya tak macam cik Bella. Itu bukan salah saya..”
“Memang
salah you.. Kalau bukan di sebabkan you, kami tak akan jadi macam
sekarang..” ujar Isabella berang. Perempuan di depannya itu benar-benar
menaikkan kemarahannya.
Humaira
mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan. Dia mahu
pulang ke rumah dengan secepat mungkin. Dia rasa sangat penat hari ini.
Pelbagai perkara yang berlaku hari ini! Dia terus melangkah meninggalkan
Isabella di situ tanpa mempedulikan soalannya tadi.
“I belum habis lagi dengan you!!” jerit Isabella dari belakang.
Tiba-tiba dia menolak Humaira sehingga terjatuh. Kepala Humaira terhantuk pada dinding itu. Kelihatan
mengalir cecair merah di dahi yang terhantuk itu. Humaira mengaduh kesakitan.
Bella juga terkejut. Tiba-tiba Humaira merasakan pandangannya berputar. Namun
sedikit demi sedikit dia mula mengingat sesuatu. Isabella masih berdiri kaku di
situ. Dia tiadak menyangka akan bertindak sebegitu.
Dia mula mengingati sesuatu. Bella ketika itu sudah
rasa gementar. Humaira bangun dan mendekati Isabella. Dia mula mengingati apa
yang Isabella pernah lakukan padanya dulu.
“Isabella…” panggil Humaira lagi. Panggilan itu
mengejutkan Isabella. Dengan renungan mata yang tajam dari Humaira, sudah mampu
mengecutkan hatinya.
“Akak ingat apa yang Bella pernah lakukan pada akak..”
ujarnya perlahan. Wajah Isabella berubah!!
“Kakak dah ingat?” soal Bella ketakutan. Susahlah dia
kalau Ariana mengingati kembali masa lampaunya. Dan apa yang di bimbangkannya
akan berlaku.
“Ya, akak dah ingat apa yang Bella pernah lakukan.
Tapi kali ini akak tak akan lepaskan abang El kahwin dengan Bella.” Humaira
berterus terang. Entah mengapa semenjak dia mula mengingati perkara lepas dia
menjadi takut untuk kehilangan Tengku Elman untuk kali keduanya.
“I nak Elman balik dengan I!”
“Apa
Bella cakap ni? Akak tak faham.”
“You tak
boleh buat I macam tu. Bella nak
kahwin juga dengan Elman. Bella cintakan dia...” jerit Isabella.
“Cinta? Akak rasa Bella cuma cintakan harta abang El
sajakan?” soal Humaira. Setahu dia gadis macam Bella yang mempunyai ibu seperti
Datin Melinda hanya tamakkan harta. Tiada istilah cinta buat orang seperti
mereka. Lagi pun dulu dia selalu terserempak dengan Datin Melinda bersama
lelaki lain. Itu ketika papanya tiada di rumah. Namun dia diamkan hal itu
kerana tidak mahu papanya bergaduh dengan Datin Melinda. Dia sangat sayangkan
papanya.
“Tolonglah kak, Bella betul-betul cintakan Tengku
Elman. Bella nak kahwin dengan dia. Bella tak kisah kalau Bella terpaksa
bermadu dengan akak” pujuk Isabella dengan lembut. Tiada lagi panggilan I dan you lagi. namun Humaira hanya menggelengkan kepalanya. Kali ini dia
terpeak sa mempertahankan diri dan cintanya pada Tengku Elman.
“Itu kata Bella. Tapi bagi akak, akak tak nak
berkongsi kasih dengan sesiapa pun. Kalau pun akak izinkan Abang El kahwin lagi
pun belum pasti Abang El mahu. Kalau abang El nak kahwin dengan Bella akak
minta dia lepaskan akak” terang Humaira lagi. Bukan dia yang menentukan
keputusannya. Semua berada di tangan Tengku Elman. Namun dia percaya, Tengku
Elman masih menyayangi dan menyintainya seperti dulu. Namun kadang-kadang dia
juga keliru dengan perasaannya sendiri.
“Akak
dengar sini baik-baik.. Bella akan rampas balik Elman dari akak. Dulu akak
rampas dia dari Bella. Dan sekarang Bella akan rampas balik dia dari akak.
Bersedia sajalah akak mulai dari sekarang.. Bella akan mengambil kesempatan
keatas suami akak yang perfect tu.”
Isabella ketawa sepuas hatinya. Hilaian tawanya itu amat menggerunkan Humaira.
Dia tidak menyangka sampai begitu sekali dendam Isabella terhadapnya.
“Tapi
akak tak pernah rampas Tengku Elman dari Bella pun. Kami saling mencintai satu
sama lain..” ujar Humaira berani. Memang.. memang betul antara dia dengan
Tengku Elman saling cinta menyintai satu sama lain. Dan sekarang Isabella sudah
menyatakannya. Mampukah dia mempertahankan cintanya pada Tengku Elman.. Semua
persoalan itu tidak dapat di jawab dengan akal dan fikirannya.
“Cinta..?
Betul ke dia cintakan awak?” soal Isabella dengan nada menyindir. Padahal dalam
hati tuhan saja yang tahu betapa kecewanya dia dengan pengakuan Humaira itu.
Humaira
mengganggukkan kepalanya bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut
Isabella.
“Saya
dengan yakinnya bahawa dia cintakan saya. Kalau tidak masakan dia menangguhkan
majlis perkahwinan kamu. Dan untuk kali ini, saya tak akan berdiam diri lagi..”
kata-kata Humaira itu membuatkan Isabella sakit hati. Dia tidak sanggup
mendengar kata-kata cinta yang lahir dari mulut Humaira.
TENGKU Elman mendapatkan Humaira. Dari tadi lagi dia mencari Humaira.
Namun dia sendiri terkejut bila melihat Humaira bersama Isabella dan sambil itu
dia melihat dahi Humaira berdarah.
“Kenapa ni?”
“Tak ada apa apa..” jawab Humaira dengan senyuman yang
tawar sekali.
“Tapi kenapa dahi Ira berdarah?” soal Tengku Elman
resah.
“Tadi Ira terjatuh.. Ira tak nampak ada tiang besar
kat tengah tu. Ada pulak angin ribut yang tolak Ira..” jawab Ira selamba.
Isabella mengetap bibirnya. Paling dia risau jika
perempuan itu memberitahu hal yang sebenarnya. Macam mana ni? mesti Tengku
Elman akan memberi alas an untuk membatalkan majlis perkahwinan mereka.
Tengku Elman membawa Humaira masuk ke biliknya. Dia
dalam bilik, Tengku Elman mencari peti kecemasannya. Lalu dia mengambil ubat
gunting, dan kain pembalut.
“Kenapa boleh jadi macam ni sekali?” soal Tengku Elman
perlahan. Dia tahu pasti ada perkara yang berlaku di luar pengetahuannya.
“Abang, Isabella dah tahu siapa Ira sebenarnya..”
Humaira memberitahu hal itu kepada Tengku Elman.
“Macam mana dia tahu?” soal Tengku Elman kehairanan.
“Entahlah. Tiba-tiba saja dia bertanya pada Ira tadi.
Sebab Ira tak jawab..”
“Jadi dia yang tolak Ira jatuh tadi?”
Humaira mengangguk. Tengku Elman melepaskan keluhan.
Dia sudah agak. Perkara itu akan terbongkar juga. Tetapi macam mana Bella boleh
tahu hal itu? Nampaknya keadaan Humaira sekarang dalam bahaya. Kalau Isabella
tahu, hal itu pasti Datin Melinda juga akan tahu.
Isabella semakin
bingung. Perlukah dia memberitahu mummynya
bahawa Ariana sudah mengingati semula masa silamnya. Dan seperti yang dia
dengar dari mulut Ariana tadi memang cukup membuatkan hatinya resah. Dia
teringat kembali peristiwa lima tahun yang lalu.
Memang
sebelum Ariana keluar rumah malam itu, dia bertengkar hebat dengan Ariana. Dia
tahu Ariana akan menjemput Tengku Elman malam itu. Dia sebenarnya yang mahu
berjumpa dengan Tengku Elman. Nanti dia akan beritahu Ariana tidak sihat. Namun
rancangannya itu gagal apabila Ariana berdegil mahu dia sendiri yang pergi
menjemput suaminya.
Ketika
itu Datin Melinda juga melarang dia keluar dari rumah. Sebab itu dia sendiri
terkejut mendengar berita kemalangan Ariana malam itu.
Kini
dia terfikir adakah kemalangan itu di sengajakan. Tapi bagaimana? Dia mahu tahu
hal itu.
best 3x nak lagi .
ReplyDeletenak lagi..... nak lagi.....
ReplyDelete