Air matanya berguguran lagi bila mengenangkan
peristiwa lalu.. Nak menyesal pun tiada gunanya lagi. Alangkah indahnya jika
dia msih lagi berpeluang untuk menjalani kehidupan bersama anak perempuannya
seperti dulu. Masa itu dia tidak akan sia-siakan seperti mana yang dia lakukan
sebelum ini. Kesedihan melanda hatinya lagi.
BERITA
yang di bawa oleh penyiasatnya tadi benar-benar menghancurkan hatinya. Datin
Melinda tidak menyangka Tengku Elman Qaufar sanggup membawa perempuan yang amat
di bencinya bercuti ke rumah persendirian di tepi pantai itu. Mungkin itulah
penyebab yang membuatkan Tengku Elman memutuskan pertunangan dengan Isabella.
“Jahanam
kau Elman. Kau nak mainkan perasaan anak aku.. Kau tunggulah balasannya
nanti!!” bentak Datin Melinda. dia benar-benar rasa marah.
Dia
segera bertemu dengan anaknya Isabella. Berita ini harus di beritahu kepada
Isabella.
“Bell,
awak tahu tak Tengku Elman pergi mana dua hari ini?”
“Tak
mummy. Lagi pun sejak hari tu Bell
jarang jumpa dia lagi. Kalau jumpa pun Elman asyik mengelak saja..” dia mengadu
kepada ibunya.
“Dia
bawa Humaira pergi ke rumah tepi pantai tu..” ujar Datin Melinda. Dia tahu
pasti Isabella terkejut mendengar berita yang di sampaikan itu,
“Apa???!!”
terbeliak mata Isabella mendengar berita yang beritahu oleh mummynya tadi.
“Dari
mana mummy tahu?”
“Mummy upah penyiasat persendirian ekori
mereka.”
“Wow.. mummy.. Memang best.!!”
“So sekarang jangan risau. Suatu hari
nanti Tengku Elman tetap jadi milik Isabella.”
“Terima
kasih mummy kerana memahami perasaan
Bell..”
Mereka
berdua berpelukan. Selepas ini Datin Melinda sudah punya rancangan. Dia akan
memisahkan pasangan itu. Dia tidak mahu melihat Isabella dalam kesedihan.
MALAM ini sudah pukul sepuluh. Malam itu rasa sunyi dan sepi. Tiba-tiba
Humaira teringatkan Tengku Elman. Dia terus mencapai telefon bimbitnya. Memberi
salam ketika mendengar suaranya di hujung talian. Salam bersambut penuh ceria.
“Abang tengah buat apa tu?”
“Tengah bercakap dengan isteri abang.” suara mesra
Tengku Elman mengusik.
Humaira ketawa.
“Mimpi apa telefon abang ni? Seingat abang, jarang
Humaira nak telefon kecuali kalau perlu sahaja,” ujar Tengku Elman.
Humaira sedar akan hakikat itu, namun masih juga tidak
mahu mengalah.
“Abang tak ingat Ira?” soal Humaira manja.
“Abang tak ingat?” Tengku Elman mengulang kata-kata
Humaira seolah-olah inginkan kepastian.
“Setahu abang, sesaat pun abang tak pernah lupa.”
balas Tengku Elman.
Humaira terdiam. Terharu mendengar kata-kata Tengku
Elman. Betapa lelaki itu begitu. Selalu jujur dengan berterus terang tentang perasaannya.
“Habis tu, kenapa abang tak telefon Ira?” Humaira mula
melunakkan suaranya dengan nada yang seakan merajuk.
“Malam ini, memang abang sengaja nanti Ira yang
telefon abang. Dan sepatutnya abang yang tanya Ira. Ira benar-benar ingat abang
ke tak?” ucap Tengku Elman selamba.
Humaira kehilangan kata. Hatinya jadi resah dan tidak
menentu. Mujurlah Tengku Elman tidak berada di depannya. Kalau tidak malulah
dia di usik oleh Tengku Elman.
“Mengapa diam?” Tengku Elman menyoal tiba-tiba.
Memecah sepi antara mereka. Namun Humaira tetap berdiam diri. Itulah siapa
suruh tangannya menggatal mendail nombor Tengku Elman. Dan sekarang, dia tidak
tahu apa nak cakap.
“Hello anybody
home?” Tengku Elman mula berlawak. Humaira ketawa.
Humaira juga mendengar Tengku Elman ketawa. Humaira
lega. Kadang-kadang dia pura-pura marah dan merajuk kerana dia tahu Tengku
Elman pasti tidak akan membiarkan rajuknya berpanjangan. Kalau mereka bersama,
pasti Tengku Elman akan menariknya ke dalam pelukannya. Memujuk dan membelai
penuh mesra.
“Ira rindukan abang ke?”
“MMmmm…”
“Kalau rindu tunggu sekejap..”
Seraya itu bunyi ketukan di pintu bilik itu
mengejutkan Humaira. Humaira menoleh.. Takkan secepat itu dia datang? Malunya..
sekarang Tengku Elman sudah benar-benar berada di depannya.
“Masuk..”
Memang betul Tengku Elman yang terpacak berdiri di
depan pintu. Humaira mengurut dadanya. Dia betul-betul rasa terkejut.
“Rindukan abang ker?” suara romantik kedengaran dari
bibir Tengku Elman. Humaira tidak dapat berkata apa-apa. Cuma dia mengangguk
sahaja. Tengku Elman terus memeluk tubuh Humaira. Dia juga merasakan perasaan
yang sama.
Malam itu Tengku Elman lewat pulang ke rumah mamanya.
HARI ini, Isabella awal pergi ke rumah Tengku Elman.
Hari ini rancangannya harus berjaya. Dia mahu membawa Tengku Suraya bersama
mereka agar Tengku Elman tidak dapat mengelak darinya.
“Good morning
Auntie…”
“Assallamuailikumm.. Awal Bella sampai..” balas Tengku
suraya. Pada hal dalam hati dia pun hairan juga kenapa Isabella awal pagi sudah
tercengat di depan rumahnya..
“Elman dah bangun ke Auntie?”
“Dah kot. Mungkin tengah bersiap nak pergi pejabat..
Kenapa?”
Isabella tersenyum. Dia mula dengan rancangannya. Dia
berharap kali ini rancangannya akan berjaya.
SEKALI-sekali matanya melirik ke
arah jam tangannya. Tadi dia terlelap sekejap. Namun dia terbangun kerana
terkejut. Orang yang di tunggu tak muncul-muncul lagi. Cakap nak jumpa kat
sini. Tapi orangnya tak sampai-sampai lagi. Dia pergi kemana? Kalau tak jadi
jumpa cakaplah. Marah Ira dalam hati.
Humaira
bangkit dari tempat duduknya. Sudah dua jam dia menunggu Tengku Elman di apartment itu, namun batang hidung
Tengku Elman masih belum kelihatan. Dia mengambil beg tangannya dan menuju ke
muka pintu. Humaira yang sudah penat menunggu berniat mahu pergi. Namun dia
terkejut apabila ada orang membuka pintu dari luar. Sudah berapa lama dia
menjadi penunggu di apartment itu. Marah benar rasa hatinya.
Namun Tengku
Elman menahannya. Kalau selalu dia di biarkan begini, lebih baik dia pergi.
Lelah rasanya menunggu orang yang tak kunjung tiba.
“Sayang...Sayang
nak kemana?” panggil Tengku Elman. Dia tahu dia sudah terlewat dua jam dan
membiarkan Humaira menunggunya. Namun dia sudah berusaha untuk melepaskan diri
dari Isabella dan mamanya sebentar tadi. Sehinggakan dia menyuruh Encik Johan
yang menghantarnya kerana bimbang mereka dapat mencarinya.
“Ira nak
balik..”
“Sayang
abang merajuk ye..” Tengku Elman menyentuh pipi Humaira. Humaira mengelak. Dia
masih rasa sakit hati biar pun dia tidak dapat melawan rasa rindu.
‘Ingat
dia tidak ada perasaan ke?’ marah Humaira dalam hati.
“Sayang,
say something? Please!! Abang betul-betul minta maaf..” ujar Tengku Elman dengan
bersungguh-sungguh. Dia sudah membuatkan si jantung hatinya itu merajuk. Dia
rasa bersalah sangat kerana beberapa hari ini dia sudah mengabaikan Humaira,
tetapi semua itu ada alasannya.
“Ira
nak balik jelah. Lagi pun abang ada banyak kerja nak buatkan?” akhirnya Humaira
bersuara.
“Sayang
marahkan abang ke?” Tengku Elman terasa dengan sikap dingin Humaira. Dia tahu
dia bersalah, tetapi dia sudah minta maaf. Humaira menggeleng. Dia tidak seharusnya
mementingkan diri sendiri. Pada hal dia tahu Isabella sakit dan memerlukan
bantuan suaminya Tengku Elman. Tapi dia tidak dapat mengelak dari perasaan
cemburunya.
“Apakah
hubungan kita akan terus begini?” tanya Humaira dingin. Humaira mengeluh. Dalam
diam dia mula protes pada jadual kerja Tengku Elman yang padat. Minggu ini saja
mereka hanya bertemu tiga kali.
“Abang
tahu sudah berapa lama Ira menunggu?” tanya Humaira tajam. Tengku Elman
melepaskan keluhan. Seraya itu tangannya mencari tapak tangan Humaira. Dia tahu
Humaira lama menunggunya.
“Abang
dah berusaha untuk melepaskan diri dari mama dan Bella tadi. Sampaikan abang
telefon Encik Johan supaya menghantar abang ke sini. Abang minta maaf kerana
membiarkan Ira tunggu abang kat sini..” Humaira hanya mengeluh resah. Perlahan
dia menyuarakan.
“Mulai
sekarang Ira tak akan menunggu abang lagi. Lagi pun abang akan kahwin tak lama
lagi. Memang patut pun abang kena buat persiapan untuk hari yang berbahagia
itu..” ujar Humaira sambil berusaha melepaskan tangannya yang di genggam oleh
Tengku Elman. Kali ini dia tidak akan mengharapkan apa-apa dari lelaki itu. Dia
sedar mungkin Tengku Elman juga terpaksa memilih dalam hal ini. Tersentap juga
jiwa Tengku Elman mendengar kata-kata dari Humaira. Kali ini dia akan berjuang
sendirian. Dia tidak akan melepaskan Humaira lagi. Tidak akan membenarkan
sesiapa pun yang menyakiti hati perempuan kesayangannya itu.
“Abang,
sayang dan cintakan Ira seorang saja. Hanya Ira saja satu-satunya wanita yang
bertakta di hati abang. Tak kan sayang tak percayakan abang?” ujar Tengku Elman
sambil memeluk Humaira dari belakang. Humaira menarik nafas lega. Dia tahu
suaminya Tengku Elman amat sayangkan dirinya. Kalau tidak masakan si suaminya
itu sanggup menolak cinta Isabella. Namun sebagai seorang wanita dan juga
isteri kebimbangannya itu tetap ada.
Akhirnya
mereka bertengkar. Tengku Elman rasa tersinggung dengan ucapan Humaira. Dia
sudah berusaha menyisihkan waktunya untuk bertemu Humaira. Tapi sepertinya
Humaira tidak memahaminya. Hari ini dia sangat penat untuk bertengkar. Dia
membiarkan Humaira pergi. Humaira hanya menahan emosinya dan juga pergi membawa
hatinya yang sangat sedih.
Malam itu
Tengku Elman cuba menghubungi telefon bimbit Humaira namun satu panggilan pun
tidak di jawab. Dia jadi marah pada dirinya sendiri. Dia seperti gagal untuk
mengawal perasaannya petang tadi. Bukankah doktor yang merawat Humaira sering
berpesan agar dia bersabar dengan karenah Humaira kerana ada perkara yang tidak
dapat di terima oleh Humaira.
Gambar
Humaira yang di simpannya di dalam telefon bimbit itu di tatap.
‘Maafkan
abang sayang.. Abang terlalu mengikut perasaan sehinggakan sayang pergi
tinggalkan abang macam tu saja. Tapi percayalah cinta abang hanya untuk sayang..’
Tengku
Elman memejamkan mata. Dia tidak dapat membayangkan andainya Humaira pergi jauh
darinya lagi. Sungguh dia tidak sanggup.
tqvm...lama tunggu ...muncul jugak...
ReplyDeleteLama tunggu best nak lagi.
ReplyDeleteassalamulaikum. bila nak sambung lagi dah lama tunggu ni
ReplyDeleteNICE STORIE.. BARU JE JUMPA BLOG NI.. BEST CITER DIA KENAPA X DI BUKUKAN..
ReplyDeleteLama tak update. Apa status cerita ini? Bila nak sambung lagi?
ReplyDelete