Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday 16 August 2012

Kau Rantai Hatiku 8




Isabella mendail nombor Tengku Elman Qaufar. Masih juga tidak dapat. Entah kemana dia pergi sejak pagi lagi dia menghilangkan diri. Dia berasa marah! Semenjak dia dan Tengku Elman pulang ke Malaysia, semakin hari hubungan mereka terasa semakin jauh. Yang dia tidak faham, waktu pejabat pun Tengku Elman jarang berada di dalam biliknya. Entah kemana dia pergi pun dia tidak tahu. Bila di tanya soalan itu kepada Tengku Elman, dirinya di anggap terlalu cemburu tak bertempat. Ingin bertanya kepada Encik Johan, jangan harap lelaki itu mahu menjawabnya, walaupun dia tahu kemana Tengku Elman pergi!

Dia bingkas bangun menuju ke bilik Tengku Elman Qaufar. Namun dia hampa wajah yang di cari tiada di situ. Yang kelihatan hanya Encik Johan.

“Encik Johan, kemana Tengku Elman pergi? Dari pagi I call dia tak dapat-dapat. Dia ada cakap tak kemana dia pergi?” soal Isabella dengan perasaan geram.

“Minta maaf Cik Isabella.. Saya memang tak tahu kemana Tengku Elman pergi. Selepas mesyuarat pagi tadi dia terus keluar dengan pemandunya. Kemudian dia berpesan agar saya menjaga pejabat ini.” jawab Encik Johan lagi. Memang pun Tengku Elman tak cakap apa-apa pun dengan dia.

“Hish.. dia ni tak habis-habis dengan perangai dia tu.. Kenapalah nak di ingatkan sangat dengan orang yang dah mati!” jawab Isabella dengan keras. Sakit hatinya apabila mengingatkan Tengku Elman tidak pernah melupakan Ariana walau pun untuk sesaat.

Terkejut Encik Johan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Isabella. Memang sejak dulu lagi dia tidak suka dengan perangai Isabella yang tidak sopan dan suka bercakap ikut sedap mulut dia saja. Berbanding dengan Ariana memang jauh. Arwah Ariana memang merupakan seorang yang baik, sopan santun, dan dia menghormati orang tua.

Isabella terus melangkah keluar dari pejabat Tengku Elman Qaufar.  Sampai sekarang pun dia masih belum balik ke pejabat! Kemana pulak perginya dia ni? Suka sangat nak sakitkan hati aku ni! Sekali lagi nombor itu didail namun hampa.

MEREKA pergi makan malam. Sebelum itu Humaira menelefon Mak Teh bahawa dia akan pulang selepas makan malam. Dia takut mereka akan tertunggu-tunggu pula.

“Humaira telefon siapa?” soal Tengku Elman Qaufar apabila mendengar perbualan Humaira dengan seseorang.

“Telefon mak. Cakap Humaira pulang lepas makan ni. Takut pula dia orang tertunggu-tunggu kat rumah” jawab Humaira dengan senyuman terukir di bibirnya. Dia tidak mahu Mak Teh risau tentangnya.

“Oh.. Awak tak kisah ke lambat balik?” Tengku Elman Qaufar. Dia tahu gadis itu bukanlah jenis yang suka balik lambat. Kalau lambat pun dia akan memberitahu orang tuanya.

“Memang saya kisah. Dan saya berharap selepas malam ini, awak jangan ganggu saya lagi. Untuk hari ini saya dah tunaikan permintaan awak. Dan selepas hari ini saya berharap awak jangan ganggu saya lagi” jawab Humaira dengan panjang lebar. Memang dia berharap lelaki itu tidak akan menganggu hidupnya lagi. Apalagi setelah dia membuktikan bahawa dia bukan isteri kepada lelaki itu.

“Tak kan sampai hari ini saja?” soal Tengku Elman Qaufar dengan perasaan tidak puas hati.

“Ya. Sampai hari ini saja. Saya berharap esok lusa awak jangan ganggu saya lagi” balas Humaira.

Malam itu Humaira pulang agak lewat sedikit. Ini gara-gara dia terpaksa menemani Tengku Elman seperti yang di janjikan. Tetapi benarkah lelaki itu akan mengotakan janjinya. Dan dia berharap juga semoga lelaki itu tidak lagi menganggunya seperti hari-hari sebelum ini.

DIKAMAR tidur, Tengku Elman Qaufar masih gagal untuk melelapkan matanya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Humaira.

‘Aku akan terus ganggu hidup kau! Jangan harap aku biarkan kau macam tu saja. Sebab kau dah rantai hati aku semula! Kau yang mulakan semuanya sekali lagi’

Gambar Ariana di tatapnya dalam. ‘Maafkan abang sayang.. Abang betul-betul tak dapat lupakan wajah sayang. Sampaikan abang jumpa orang yang sama wajahnya dengan sayang..’

Dia mengeluh sekali lagi.

AWAL pagi Humaira sudah bersiap-siap dengan pakaian sukan. Kekadang asal ada masa terluang dia pasti akan bersenam. Humaira duduk di taman. Sudah lama dia tidak pergi ke taman ini.

Dari tadi lagi Tengku Elman Qaufar mengekori Humaira. Sudah tiga hari dia tidak menampakkan wajahnya di depan Humaira. Dia tahu gadis itu bengang dengan sikapnya yang suka menganggu. Namun tiga hari itu bagaikan sukar baginya. Pada mula dia hanya mahu menguji diri sendiri sama ada dia mampu menjauhkan dirinya dari gadis itu. Namun perasaan jadi tidak menentu. Memang dia terasa kesunyian bila dia tidak dapat melihat dan bertegur dengan gadis itu. Ada perasaan lain yang timbul di sudut hatinya.

“Assallamuailikum..” kedengaran satu suara memberi salam. Humaira langsung tidak dengar. Dia masih asyik termenung. Entah sudah sampai kemana pun dia sendiri tidak sedar.

Suara itu masih juga mengganggunya. Namun kali ini Humaira terperanjat sambil mengurut dadanya.

“Tak jawab salam dosa..” ujar suara itu. Humaira memandang wajah lelaki itu. ‘Dia ni lagi!! Tak sudah-sudah nak ganggu aku ni!’

“Cik Humaira kalau ya pun rupa aku ni handsome sangat, jangan lupa jawab salam..” tegur si lelaki itu.

“Waalikum salam..” jawab Humaira perlahan. Dia mahu bangun namun dia segera di tegur oleh lelaki itu.

“Awak nak ke mana Cik Humaira?”

“Suka hati sayalah nak pergi mana! Yang awak suka sangat nak ikut saya kenapa? Tak sudah-sudah nak ganggu hidup saya!” marah Humaira.

Kalau sekali lelaki itu datang padanya tidak mengapa. Namun sangkaannya meleset setelah dia selalu sahaja bertemu dengan lelaki aneh itu. Banyak kali dia mengatakan dia bukanlah isteri kepada lelaki itu namun semua kata-katanya di abaikan begitu sahaja. Makin hari dia semakin tidak faham dengan perangai lelaki itu.

“Tak baik awak tuduh saya macam tu!” jawab lelaki itu. Dia tidak terkejut kalau gadis itu berasa tidak selesa dengan kehadiran dirinya di situ.  Pada mulanya tadi dia cuma mahu mengekori langkah gadis itu sahaja. Namun dia sendiri seperti terdorong oleh sesuatu! Tanpa di duga mulutnya pula menegur.

Tengku Elman mengejar Humaira dari belakang. Dia tidak mahu gadis itu berlalu pergi tanpa dia meminta maaf kerana sering menganggunya. Dia sendiri pun tidak faham mengapa dia suka untuk berada dekat dengan gadis itu.

“Awak nak apa lagi? Sudahlah.. Pening kepala saya nak melayan karenah awak tahu tak!!” marah Humaira lagi. Dia tidak peduli kalau dengan cara itu lelaki itu boleh jauhkan diri darinya.

Please.. saya bukan sengaja ikut awak. Tapi semua itu kebetulan. Saya pun tak faham dengan diri saya. Semenjak saya jumpa awak, hati saya begitu tenang. Dan kalau boleh memang saya nak jumpa awak setiap masa...” ujar lelaki itu perlahan.

“Gila.. memang awak dah gila!” ujar Humaira sekali lagi. Dia tidak tahu mahu bercakap apa lagi.

Please kita jadi kawan..” ujar Tengku Elman Qaufar.

“Betul.. Cuma kawan saja?” ulang Humaira lagi. Dia tidak mahu lelaki itu menaruh harapan tinggi padanya. Cukuplah Azwan saja kini dalam hidupnya.

“Betul.. Saya hanya nak jadi kawan awak..”

“Boleh percaya ke cakap awak.. Hari tu pun awak cakap macam tu.. tapi tengok, masih juga nak ganggu saya!”

“Awak tu suka sangat jual mahal.. Lelaki memang suka gadis yang macam tukan?” soal Tengku Elman.

“Lagi satu, Kenapa awak suka sangat nak kacau hidup saya?” soal Humaira berterus terang. Sudah bebuih mulutnya dia memberitahu lelaki itu agar menjauhkan diri darinya namun semua itu sia-sia saja.

“Bukan saya yang kacau awak, awak yang kacau hidup saya..” balas Tengku Elman Qaufar selamba.

“Bila masa pulak saya kacau hidup awak? Awak yang kacau hidup saya.. Dulu saya tak pernah dikacau orang..” ujar Humaira geram. Kalau boleh mahu di siat-siat lelaki gila yang berada di depannya kini. Nampaknya dia mungkir janji lagi. Menyesal pula dia menurut kata lelaki itu tempoh hari. Cuma tiga hari saja dia tidak menampakkan dirinya, namun sekarang dia timbul di depannya pula!

“Sebab saya belum muncul dalam hidup awak.. Sebab itulah tak ada orang kacau hidup awak..” ujar Tengku Elman. Sengaja dia mahu membuatkan gadis yang berada di depannya itu berasa marah.

“Susah nak cakap dengan manusia yang tak tahu bahasa ni!!” tempelak Humaira. Malas dia mahu bergaduh dengan lelaki yang berada di depannya kini. Cakap bahasa apa pun lelaki ini tidak akan faham. Makin menambahkan sakit di hatinya adalah. Lebih baik dia segera beredar dari situ.

“Ira.. Ira.. tunggu..” panggil Tengku Elman Qaufar  apabila melihat langkah Humaira meninggalkannya.

“Apa lagi.. Tolonglah jangan ganggu hidup saya lagi.. Saya ni bukan siapa-siapa pada awak..” Humaira merayu lagi. Kalau boleh dia tidak mahu terikat dengan perangai lelaki itu.

“Untuk hari ini ya.. Tapi tak janji pada hari yang akan datang..” ujar Tengku Elman sambil tersenyum.

Humaira mengeluh lagi.

“Kenapa mengeluh.. Tak baik tau..” Tengku Elman mengusik.. Tanpa sedar dia berjalan di atas jalan raya yang sudah menandakan isyarat merah. Tiba-tiba

Dum!!!!!!!!!

Humaira menoleh.. Terkejut dia bila melihat Tengku Elman berbaring di atas jalan raya itu dengan darah yang pekat mengalir...

“Elman...” jerit Humaira. Dia benar-benar terkejut. Dia terus berlari mendapatkan Tengku Elman. Tengku Elman sudah tidak sedarkan diri.

Call ambulans..” jerit Humaira kepada orang ramai yang mula mengerumi di situ.

Tidak lama kemudian ambulans pun sampai. Ketika itu Humaira ikut naik bersama untuk menemani Tengku Elman. Timbul rasa kesal dihatinya. Tapi sumpah dia tidak mahu buat begitu pada lelaki itu. Sampai sahaja di hospital Tengku Elman terus di masukkan dalam bilik kecemasan.

Lama Humaira menunggu. Akhirnya penantiannya berakhir juga apabila dia melihat doktor yang keluar dari bilik kecemasan itu.

“Siapa ahli keluarga si mangsa?” soal doktor yang separuh umur itu.

“Maaf doktor.. Saya yang datang bersama dia tadi. Ada apa doktor?” soal Humaira.

“Sebenarnya begini, si mangsa kekurangan darah. Jadi kami memerlukan darah untuk menambahkan darah. Kebetulan tabung darah kami berkurangan. Nak tunggu mereka hantarkan lama lagi..”

“Kalau macam tu, boleh saya menderma untuk dia doktor?”

“Sebelum menderma pun kami kena pastikan darah cik sesuai dengan darah dia. Kalau macam tu cik ikut nurse ni pergi buat ujian darah. Kalau sesuai cik boleh menderma..”

“Baiklah doktor.. Terima kasih..” ucap Humaira. Ini sajalah caranya dia menyelamatkan lelaki itu. Di sebabkan rasa bersalah dia akan lakukan apa saja untuk menebus rasa bersalahnya itu.

Selesai membuat pemeriksaan, pihak hospital mendapati darah Humaira tiada masalah dan di boleh menderma untuk Tengku Elman Qaufar.

Selepas menderma darah, Humaira di minta untuk berehat di bilik yang di khaskan. Dia tidak putus-putus berdoa agar lelaki pelik itu selamat.

Setelah beberapa jam dia berehat akhirnya dia di benarkan keluar dari bilik tersebut. Sebelum itu dia sempat lagi bertanya kepada jururawat dimana bilik Tengku Elman.

Baru saja dia mahu menuju ke bilik tersebut, dia melihat ada beberapa orang yang berdiri di luar bilik itu. Macam pengawal peribadi?

“Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa kamu tak awasi dia? Kamu tahukan dia baru balik dari oversea, manalah dia tahu sangat Kuala Lumpur ni.”

‘Siapa lelaki itu sebenarnya? Nampaknya dia bukan orang sembarangan! Kenapa dia ada pengawal? Hish.. dia ni keturuanan di raja kot!’ bisik hati Humaira.

Kedengaran suara wanita yang nampak elegan dengan cara dan penampilannya. Humaira terus tidak jadi melangkah lagi. Dia terus berpusing balik berkira-kira mahu pulang. Lagi pun dia amat letih sedikit selepas menderma darahnya tadi. Dia terus memanggil teksi menuju di mana keretanya di tinggalkan sebelum kemalangan itu tadi.

Tengku Elman Qaufar sudah tersedar. Pertama sekali matanya melilau mencari seseorang. Seraya itu mulutnya menyebut nama Humaira.

“Ira..”

“Elman.. Elman dah sedar nak?” ujar Tengku Suraya. Dia sangat gembira bila melihat satu-satunya anak kesayangannya sudah tersedar.

“Saya kat mana ni mama?” soal Tengku Elman.

“Elman kat hospital. Elman kemalangan... Elman tak ingat ke?” soal Tengku Suraya. Tadi dialah insan yang paling risau dengan keadaan Tengku Elman. Mujurlah sekarang Tengku Elman sudah sedar.

“Elman tak ingat apa-apa..” dia berbohong. Namun sebenarnya dia ingat. Dia tidak mahu Humaira di persalahkan jika dia menceritakan hal yang sebenarnya. Kesian gadis itu.

“Elman tau tak, ada hamba Allah yang sangat baik hati. Dia menderma darah pada Elman tau.. Sebab Elman kekurangan darah.. Siapa dia pun kami tak tau sebab dia tidak mahu dirinya dikenali..” terang Tengku suraya lagi. Dia benar-benar berterimakasih kepada insan yang sudi menolong Tengku Elman tersebut.

“Siapa dia mama?” soal Tengku Elman Qaufar lagi.

“Kan mama dah cakap dia tidak mahu di kenali..” jawab Tengku Suraya.

“Ermm... Tak apalah.. Terima kasih pada orang itu walau pun Elman tak kenal dia..” ujarnya hampa.

Humaira!!! Tiba-tiba dia teringat sebaris nama itu. Pasti gadis itu yang mendermakan darah untuknya.. Itu pasti.. Tak apa selepas dia sembuh nanti dia akan bertanya sendiri kepada pihak hospital. Memang ikut prosedur nama si penderma tidak boleh di dedahkan namun dia ada kawan yang bekerja di hospital itu sebagai seorang doktor.

PAGI-pagi lagi mereka berdua sudah sibuk dengan tempahan pelanggan. Selain menjual mereka juga membuat tempahan untuk menjahit baju bagi pelbagai majlis. Dan pelanggan mereka bukan sebarangan orang.

Wajah Humaira agak sugul sedikit. Tiada senyuman terukir di bibirnya seperti selalu. Arin agak kehairanan. Biasanya gadis itulah yang paling banyak bercakap. Tetapi hari ini wajah Humaira agak pucat sedikit.

“Hari  ini kenapa dengan awak? Dari tadi senyap saja? Awak sakit ke?” soal Arin tidak puas hati.

“Tak ada apalah” jawab Humaira lemah.

“Awak jangan nak bohong Ira. Saya kenal awak bukan sehari dua.. Awak ada masalah ke?” soal Arin lagi. Wajah sahabatnya itu betul-betul pucat.

“Betul tak ada apa-apalah.. Jangan risaukan saya.”

“Betul ke awak tak ada masalah? Kalau awak sakit, baik awak balik berehat.. tak payah risau pasal kerja ni” soal Arin tidak puas hati.

“Sebenarnya, lelaki pelik tu..”

“Kenapa dengan lelaki pelik tu? Dia buat benda tak senonoh kat Ira ke?” laju saja Arin menyoalnya. Dia tak akan berdiam diri jika lelaki itu cuba melukakan hati sahabatnya itu.

“Tak. Sebenarnya semalam dia kemalangan.”

“Apa? Macam mana boleh jadi macam ni?”

Humaira terus menceritakan peristiwa yang berlaku terhadap dirinya. Terkejut Arin mendengarnya. Patutlah dari masuk kerja tadi kelihatan wajah Humaira sugul sekali. Rupa-rupanya lelaki yang selalu datang mengacau Humaira itu berada di hospital.

“Kau tak pergi melawat dia ke? Mesti dia tengah tunggu kau datang melawat.”

“Macam mana aku nak melawat dia. Di luar pintunya sudah ada pengawal yang tunggu.”

“Pengawal? Dia tu keturunan di raja ke sampai ada pengawal segala?” soal Arin lagi. Memang rasa macam tak percaya bila dia mendengar lelaki pelik itu di kawal ketat oleh pengawalnya.

“Mana Ira tau! Biarlah janji dia sudah selamat. Ira dah buat apa yang patut.” Balas Humaira lagi. Dia melihat Arin merenung ke arahnya.

“Ira risaukan dia yer?” Arin mengusik. Tak pernah diamelihat Humaira begitu risau macam tu sekali.

“Hish.. Apa awak mengarut ni.. saya ni bukan siapa-siapa nak risaukan dia.. Lagi pun mungkin dia sudah ada yang punya.”

“Mana awak tau?”

“Hari tu, masa kami keluar makan, ada seorang gadis telefon dia..”

“Oh.. Orang kacak macam tu mustahil tak ada peminatkan?”

“Tau taka pa.. lagi pun Ira tak minatlah dengan orang yang kacak macam lelaki pelik tu..”

“Awak dah hantar borang pertandingan tu ke Ira?” kini Arin baru teringat tentang borang pertandingan itu.

“Belum. Kenapa?” Ira tersenyum mendengar soalan sahabatnya itu.

 “Tapi kau jangan lupa tau tarikh dia tak lama lagi.. Mesti kena hantar sebelum due datenya” Arin cuba mengingatkannya.

“Itu aku tahulah Arin. Sebab itu aku cuba sedaya upaya yang boleh. Kalau ada rezeki tu baguslah” ujar Humaira sambil menunjukkan rekaan fesyen yang sudah siap di lukisnya. Melopong Arin melihatnya. Biar betul sahabatnya itu! Dia sudah siapkan lukisan rekaan itu. Cantik lagi itu! Dia berharap lukisan itu akan terpilih. Sebab dia tahu akan kebolehan gadis itu.

 

1 comment:

  1. finally...setelah lama menunggu n3 bru ni...terubat rindu hamba....ahaks

    ReplyDelete