Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 27 May 2014

Kau Rantai Hatiku 48


SEBAIK saja Tengku Elman membuka pintu masuk, Tengku Suraya sudah sedia menunggu. Tiga hari dua malam anaknya itu pun langsung tidak memberitahu kemana perginya. Dia bukan main risau lagi. Yang menghairankan telefon bimbit anaknya juga tidak dapat di hubungi.. Matanya juga tidak dapat tidur lena. Dia risau jika ada apa-apa berlaku pada Tengku Elman satu-satu anaknya.

“El pergi mana? Bella call El pun tak dapat. Dia mengadu pada mama yang El tutup telifon” bebel Tengku Suraya lagi. Dia pun geram dengan sikap anaknya itu. Tengku Elman hanya tersenyum. Dia tidak kisah kalau Tengku Suraya membebel. Apa yang penting dia tahu apa nak di buat sekarang.

“El tak pergi manalah mama. El pergi ke rumah tepi pantai. El nak tenangkan fikiran. El nak hilangkan rasa penat El pada projek pertama El tu. Salah ke?” ujar Tengku Elman bertubi-tubi.

“Tapi kenapa El tak cakap dengan Bella. Sampai dia terfikir yang bukan-bukan pasal El..” kedengaran keluh kesal di bibir Tengku Suraya.

“Mama, tak kan semua benda El kena bagitahu. Lagipun El hanya nak tenangkan fikiran. El tak mahu di ganggu. Itu pun salah ke?” soal Tengku Elman lagi. Geram juga dia dengan sikap Isabella yang suka membuatkan mamanya risau!

“Hish susah nak cakap dengan anak mama. Sepatutnya El kena faham perasaan Bella. Dia betul-betul sayangkan El. Lagipun El kan tunang dia. Sebab itulah dia ambil berat pasal El. Itu pun salah ke?” soal Tengku Suraya lagi. Dia hairan melihat perubahan sikap Tengku Elman sejak akhir-akhir ini.

“Huh!! El penatlah ma.. El nak masuk bilik dulu…”

“Tengok mama cakap sikit je dah nak merajuk..” usik Tengku Suraya apabila dia mendengar keluhan dari bibir anaknya itu.

“El tak merajuk. Tapi El penat ni…El betul-betul penat ma..”

“Yelah-yelah naik mandi dulu nanti kita makan malam bersama…” kesian pulak Tengku Suraya mendengar rintihan Tengku Elman. Betul juga mungkin benar Tengku Elman pergi ke rumah pantai itu unutk menenangkan fikirannya. Yelah semenjak balik dari luar negara, Tengku Elman tidak sempat berehat pun.

“Baiklah ma.. El naik dulu..”

Tengku Elman terus naik ke biliknya. Dia terus mandi. Sebentar nanti di mahu makan malam bersama mamanya.

SELEPAS makan malam, Tengku Elman mengambil angin di luar rumahnya. Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti didepan pagar rumahnya.

“Bella.” dia menyebut nama gadis itu. Kelihatan Bella menekan loceng namun tidak jadi sebaik saja melihat kelibat Tengku Elman.

“Buat apa you datang màlam-malam ke sini?” soal Tengku Leman sebaik sahaja dia berdiri di depan Isabella.

I datang nak jumpa you. Habis you langsung tak àngkat call I. You pergi mana sebenàrnya?” soal Bella lagi. Sudah beberapa hari dia tidak dapat menghubungi lelaki itu. Malah dia mula berfikir yang bukan-bukan pula!

Sorry.. I cuma nak tenangkan fikiran. Dan I tak nak di ganggu” jawab Tengku Elman tenang. Dia tidak mahu Isabella memikirkan yang bukan-bukan.

“Apa yang you fikir sampai you nak tenangkan fikiran segala?” soal Bella mula naik geram. Sikap Tengku Elman yang agak dingin itu sangat memilukan hatinya.

“Tak ada apa.. Cuma I perlukan rehat. You tak payah risau. I okey je.. Bukan I dah ada di depan you sekarang?” Isabella terdiam sebentar.

“Kalau macam tu I balik dulu.. I risaukan you sebab itu I datang ke mari.”

“Terima kasih sebab risaukan I..”

“Jangan cakap macam tu.. You tu tunang I. Tak lama lagi kita akan kahwin. Jadi dah taggung jawab I jaga you..” Isabella memberi penjelasan. Dia tidak mahu Tengku Elman tersalah anggap niat baiknya itu.

“I nak baliklah..” Isabella terus berlalu. Asalkan dia sudah dapat bertemu dengan Tengku Elman pun dia sudah lega. Terjawab juga segala kerunsingannya dua tiga hari ini.

“Hati-hati balik tu..”

“Okey, jumpa di pejabat esok..”

“Selamat malam..”

Bila kereta Isabella berlalu dari situ, barulah Tengku Elman Qaufar masuk kedalam rumah. Namun dia terejut apabila mendengar suara mamanya menegurnya.

“Siapa tu?” soal Tengku Suraya.

“Bella..”

“Bella? Buat apa dia datang ke sini dan kenapa tak jemput dia masuk?”

“Dia pun nak cepat. Sebab itu El tak jemput masuk..”

“Tengok tu, sanggup dia datang kesini nak bejumpa dengan El..” bebel Tengku Suraya lagi. Entah dia sendiri tidak tahu nasihat yang macam mana lagi dia mahu berikan kepada anaknya itu agar dapat menerima Isabella dalam hidupnya. Kesian gadis itu. Dia sangat bai dan dia sebagai seorang ibu pasti mahukan yang terbaik buat anaknya.

“El tau..  Okeylah ma, El nak naik tidur.. Esok El nak kerja lagi...” Tengku Elman mengejutkan lamunan Tengku Suraya.

“Okeylah.. Pasti El dah penat sangat. Lagi pun esok El kena kerja.”

“Selamat malam ma..”

“Selamat malam..”

Tengku Elman terus melangkahkan kakinya menuju ke biliknya. Namun matanya tetap juga tidak mahu lelap. Biar pun dia sedikit penat memandu petang tadi. Lalu tangannya mencapai kameranya. Di dalamnya ada banyak gambar Humaira yang di ambilnya. Biar pun pada mulanya Humaira malu-malu dengan dirinya. Namun dia suka. Itulah sifat yang membuatkan dia rindukannya.

 Satu persatu butang di tekan untuk melihat gambar Humaira. Kadang-kadang dia tersenyum sendiri bila melihat gambar Humaira yang lucu itu.

Tengku Elman cuba mendail nombor Humaira. Baru beberapa jam saja dia terpisah dengan Humaira dia mula berasa rindu. Nasib baik panggilannya itu berjawab. Tengku Elman tersenyum. Mungkin Humaira juga merindukan dirinya seperti mana dia rindukan Humaira.

“Assalamualaikum,” jawab Humaira perlahan.

“Waalaikumusalam. Tengah buat apa?” lembut suara Tengku Elman mendebarkan dada Humaira. Dalam tidak sedar dia senyum sendiri.

“Tengah baring-baring. Dah nak tidur,” Humaira mengiringkan badan ke kanan.

“Ooh… awalnya. Abang kacau ke?” soal Tengku Elman lagi.

“Tak adalah. Abang tengah buat apa?”

“Tengah baring-baring juga. Mata ni tak boleh nak lelap,” ujar Tengku Elman. Dia kemudiannya terdiam. Di corong telefon hanya kedengaran deruan nafas masing-masing. Serius, Humaira merasakan yang dia sekarang seperti sedang bercinta.

“Kenapa abang?”

“Errmm… Abang rindulah. I miss you very-very much!” ucapan Tengku Elman mambuatkan Humaira tergelak kecil.

“Mmm ye ker? Tapi Ira tak rindukan abang pun..” usik Humaira. ‘Siapa kata Ira tak rindukan abang? Ira pun rindu juga!’

“Yer ker.. Kalau macam tu, abang nak merajuklah..” balas Tengku Elman.

“Hishh!! Abang merajuklah sorang-sorang. Ira tak nak pujuk..” usik Humaira lagi.

“Sampai hati sayang..” ujar Tengku Elman. Tanpa di sedari, perbualan itu di dengar oleh Tengku Suraya. Dengan siapa pula anaknya berbual mesra di corong telefon. Berabang pulak dia bahasakan dirinya.Sedangkan tadi Isabella baru balik.

I think you should rest now. Good night. Assalamualaikum…” Tengku Elman sudah mahu mematikan perbualan.

“Waalaikumusalam. Good night, abang,” selepas itu talian terus dimatikan. Humaira merenung telefon bimbit. Dia tersenyum sendirian. Macam orang jatuh cinta pun ada juga. Tak apalah bukannya salah pun jatuh cinta pada suaminya sendiri juga.

Selepas menelefon, barulah Tengku Elman dapat melelapkan mata. Dia berharap semoga Humaira dapat berada di sisinya buat selama-lamanya. Cintanya hanya untuk Ariana Humaira.

BELLA masuk kedalam rumah dengan bernyanyi kecil. Keadaan itu membuatkan Datin Melinda dan Dato Farid kehairanan.

Dua tiga hari sebelum ini anak gadis itu nampak muram sahaja. Maklumlah tunangnya menyepikan diri. Mestilah dia risau kalau ada apa-apa terjadi pada tunangnya. Tengku Elman pun satu. Kalau nak pergi mana-mana beritahulah.. tidaklah anak gadisnya itu bermuram durja begitu sekali.

“Gembira benar anak mummy..” tegur Datin Melinda.

“Mestilah Bella gembira.. Tadi Bella pergi ke rumah El… Dia ada di rumah..”

“Habis dia kemana dua tiga hari ni? Sampai buat anak mummy moyok semacam je?” soal Datin Melinda.

“Dia pergi jalan-jalan. Dia nak berehat dan melapangkan fikiran. Sebab itu dia tutup telifon sebab tak nak di ganggu.. Bella pula yang terfikir yang bukan-bukan” jawab Bella sambil tersenyum. Dia jadi malu sendiri apabila dia sering memikirkan yang bukan-bukan. Mungkin betul juga kata Tengku Elman yang dia kuat cemburu!

“Oh, baguslah kalau macam tu..”

“Hishh awak ni.. Itukan soal orang lelaki. Kalau dia rasa penat bekerja mestilah dia nak melapangkan fikiran dan berehat. Dia kan baru lepas melancarkan majlis pelancaran hari itu.. Mestilah dia nak ambil angin” ujar Dato Farid lagi.

Akhirnya mereka semua menuju ke bilik untuk tidur.

                                                 

Thursday, 22 May 2014

Saat Ku Cinta 13


ZHARIF memandu keretanya membelok ke simpang rumah yang dia pernah pergi malam itu. Tiba-tiba dia ternampak Zarra sedang membawa beg besar keluar dari simpang rumahnya. Dia berasa hairan. Entah kemana gadis itu mahu pergi? Takkan dia lari dari rumah pada siang hari begini. Arghh zaman sekarang apa-apa pun boleh berlaku! Dia memberhentikan keretanya.

Zarra kelihatan terkejut apabila mendengar hon kereta di depannya. Dia tergamam seketika! Dia tidak kenal siapa empunya kereta itu.

Tidak lama kemudian dia melihat seorang lelaki keluar dari perut kereta itu. Lama juga dia memerhati gelagat lelaki itu barulah dia teringat. Lelaki misteri malam itu. ‘Tapi apa dia buat kat sini?’ bisik hati Zarra.

“Eh Zarra.. Zarra nak kemana ni?” soal Zharif sebaik saja dia mendekati Zarra. Dari jauh tadi dia melihat gadis itu membawa beg pakaian. Gayanya seperti orang yang mahu keluar dari rumah.

“Saya pun tak tahu kemana saya nak pergi!” ujar Zarra lemah.

“Kenapa dengan Zarra? Zarra lari dari rumah ye?” soal Zharif lagi. Walau pun soalan itu agak lucu tapi mungkin ada kebenarannya juga!

“Zarra bukan lari dari rumah tapi di halau dari rumah!” jawab Zarra perlahan-lahan. Zharif terkejut! Biar betul! Siapa pulak yang menghalau Zarra dari rumahnya?

“Di halau? Siapa yang halau Zarra? Ayah Zarra?” teka Zharif. Dari reaksi yang dia lihat malam itu, adalah tidak mustahil kalau Encik Harun menghalau anak gadisnya itu. Tapi itu bukan salah dan silap Zarra. Kesian dia dengan Zarra. Zarra menggeleng kepalanya.

“Habis siapa?”

“Makcik Saleha dan Mona. Mereka halau Zarra ketika ayah tiada di rumah..” ujar Zarra berterus terang. Entah kenapa laju saja mulutnya memberitahu hal yang sepatutnya tidak dia beritahu kepada lelaki yang baru dia kenali.

“Kenapa mereka halau Zarra?”

“Sebab mereka tak nak tanggung malu. Saya tak tahu nak cakap apa. Lagi pun fikiran saya buntu. Saya dah putus tunang. Dan tak ada apa lagi yang saya risaukan lagi!” ujar Zarra kepada Zharif. Zharif hanya mengangguk. Sempit betul fikiran keluarga bekas tunang Zarra. Tapi dia juga tidak dapat salahkan sesiapa. Manusia memang begitu, nak yang baik tapi tak sedar dirinya tak sebaik mana.

“Sabar sajalah. Lagi pun ini mungkin dugaan buat Zarra..” pujuk Zharif lagi. Entah mengapa ketika dia melihat wajah sugul Zarra, ada perasaan halus yang sukar dia sendiri faham menusuk hatinya. Apa yang pasti itu bukan perasaan simpati.. Lalu dia mendapat satu idea.

“Baik awak ikut saya sekarang!!” arah Zharif.

“Nak pergi mana?” soal Zarra terkejut.

“Ikut sajalah..” ujar Zharif sambil mengangkat beg pakaian Zarra! Zarra hanya mengikut saja. Entah kemana lelaki ini mahu membawanya. Lagipun buat masa sekarang, memang dia tiada arah tuju juga.

Kereta Zharif berhenti didepan rumah dua tingkat itu. Zarra hanya melihat sekeliling. Dia tidak berani keluar pun dari kereta itu. Entah rumah siapa pula lelaki itu bawa dia.

“Ini rumah siapa?”

“Rumah saya..” selamba sahaja Zharif menjawab.

“Encik..”

“Zharif”

“Encik Zharif tinggal seorang diri kat rumah ini?” soal Zarra lagi.

“Taklah.. Ada orang lain juga.. Zarra tak payah takut. Buat sementara ini, Zarra boleh tinggal di sini dulu..” ujar Zharif perlahan.

“Tapi takkan Zarra nak menumpang lama di rumah Encik Zharif ni..” soal Zarra lagi.

“Awak boleh tinggal di rumah ini selama mana pun. Nanti saya suruh Mak Enon sediakan bilik untuk Zarra..”

“Terima kasihlah Encik Zharif..”

Zharif mengangkat beg Zarra lalu mempersilakan Zarra masuk ke rumah. Dia bercakap sesuatu pada Mak Enon. Kelihatan orang tua itu mengangguk-ngangguk. Entah apa yang mereka bincang tidak Zarra ambil peduli. Apa yang penting dia harus kuat dan berani untuk memulakan hidup baru.

DIA di berikan tempat tinggal yang selesa. Sekurang-kurangnya dia masih ada tempat berteduh. Kalau tidak dia mahu kemana? Menumpang siapa? Ada kawannya pun si Hanis tidak ada di sini sekarang ini.

Zarra masih menangis. Ketika Zharif membuka pintu bilik itu dia melihat, Zarra masih duduk di bawah katil sambil memeluk lututnya.

“Zarra menangislah selagi Zarra merasakan begitu. Saya tak tahu apa yang Zarra rasakan. Cuma saya minta Zarra jangan menangis lagi selepas hari ini.. Saya nak keluar dulu..” ujar Zharif. Sungguh dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk gadis yang baru di kenalinya itu. Namun hanya itu saja yang mampu dia lakukan. Mendengar kata Zharif, Zarra terus mengesat sisa air matanya. Dia bangun menuju kearah Zharif yang berdiri di depan pintu biliknya.

“Nak keluar? Pergi mana?” spontan sahaja Zarra bertanya.

“Saya nak keluar jemput budak-budak balik.” ujar Zharif sambil memandang kearah Zarra.

“Budak-budak?” soal Zarra. Dia terkejut. Ingatkan lelaki di depannya itu masih bujang. Rupa-rupanya sudah berkahwin. Patutlah tadi dia perasan ada gambar budak budak di ruang tamu didepan tadi. Mungkin budak berdua itu yang di maksudkan oleh Zharif.

“Arghh!! Lupa saya nak beritahu, habis waktu sekolah saya akan jemput budak-budak balik kerumah.” terang Zharif lagi.

“Budak-budak? Anak siapa budak-budak itu? Sebelum ini, Encik Zharif dah kahwin ke? Mana isteri Encik Zharif?” soal Zarra dengan berani. Pada mulanya dia hairan apabila Zharif mengatakan dua orang budak akan pulang ke rumah petang itu. Benar seperti yang di katakan oleh Zharif itu. Tapi mereka anak siapa? Dia ingat Zharif belum kahwin! Tapi budak-budak tu anak dia ke?

“Belum. Tapi bakal berkahwin” jawab Zharif pendek. Zarra mengerutkan dahinya. Bakal berkahwin? Dia nak kahwin dengan siapa? Pelbagai persoalan timbul di fikiran Zarra!

“Bakal berkahwin? Nak kahwin dengan siapa? Mana bakal isteri Encik Zharif?” soal Zarra kebingungan! Kalau boleh dia tidak mahu menjadi orang ketiga dalam hubungan Encik Zharif dengan bakal isterinya.

“Kahwin dengan Zarralah. Kan Zarra bakal isteri saya..” jawab Zharif selamba. Zarra geram. Dia bertanya dengan serius, Zharif main-main pulak!!

“Zarra serius tanya Encik Zharif ni? Bila masa saya setuju nak jadi isteri Encik Zharif?” kedengaran tawa halus dari bibir Zharif. Suka benar dia mengusik Zarra. Rupa-rupanya Zarra seorang gadis yang prihatin juga.

“Betullah saya serius ni… Apa kata kita kahwin?” spontan saja dia bertanya.

“Kahwin???” ujar Zarra. Dia sudah gelisah. ‘Macam mana ni? Takkan nak kahwin dengan lelaki yang baru beberapa hari dia kenali? Hish dah gila agaknya! Tapi kenapa lelaki ini macam desperate nak kahwin dengan dia?’ getus hati Zarra. Lelaki itu kenal dia ke sebelum ni?

“Yelah takkan kita tinggal serumah tanpa ikatan? Awak tu bukan muhrim saya tau tak! Kalau ada Mak Enon tak apalah. Di buatnya Mak Enon pergi mana-mana nanti macam mana?” Zarra masih mendiamkan diri. ‘Betul juga cakap lelaki ini. Tapi takkan dia nak kahwin dengan lelaki yang dia tak kenal sangat ni? Apa pun dia kena ambil masa untuk berfikir.’

“Awak nak ke tidak?” soal Zharif lagi. Dia bukannya sangat mahu menggertak gadis itu. Namun dia buat begitu untuk kebaikan. Mana boleh dia tinggal serumah dengan gadis yang bukan muhrimnya.

“Kalau tak nak kahwin dengan saya tak kisah. Bagaimana kalau Zarra tiba-tiba mengandung nanti? Bukan senang tau nak jumpa pak sanggup macam saya ni..” ugut Zharif lagi. Muka Zarra berubah merah. MENGANDUNG?? Kenapalah dia tidak terfikir akan hal itu. Lama juga Zarra terdiam. Zharif mula tersengih-sengih. Mesti Zarra akan bersetuju dengan cadangannya tadi.

“Boleh Encik Zharif bagi saya masa?” Zharif mengangguk! Gila!! Macam mana dia boleh melamar Zarra dalam keadaan begini. Bukankah itu di namakan mengambil kesempatan di atas kesulitan orang lain? Dia mengutuk perangai Makcik Saleha dan Mona tapi dia sendiri pun apa kurangnya..

“Budak-budak itu anak siapa?” Zarra kembbali menyoal.

“Perlu ke saya beritahu?” soal Zharif. Dia tahu lambat laun pasti Zarra akan bertanyakan siapa budak berdua tu.

“Perlu.. Biar Zarra tahu siapa mereka sebenarnya.. Tak adalah timbul salah faham nanti.”

“Mereka anak buah saya sendiri. Anak arwah abang Zulhairi dan Kak Arfa. Abang Zul tu abang long kami..”

“Jadi kenapa mereka ada di sini? Maksud Zarra..” soalan Zarra terputus! Sepatutnya budak-budak itu di bawah penjagaan orang lain.

“Perkahwinan abang Zulhairi tidak di ketahui oleh parent saya. Sebab parent saya tidak merestui perhubungan mereka. Akhirnya mereka bernikah tanpa pengetahuan ibu dan ayah saya... Namun perkahwinan mereka tidak lama apabila kedua mereka kemalangan. Dan arwah abang Zulhairi mengamanahkan kedua anaknya ini kepada saya!”

“Lepas itu apa yang terjadi?” soal Zarra seolah-olah berminat. Hilang sekejap masalah dalam kepala otaknya.

“Saya terpaksa menyuruh Mak Enon menjaga mereka buat sementara waktu. Sebab saya nak menghabiskan pengajian waktu itu. Bila saya habis pengajian, barulah saya dapat duduk dengan mereka. Pejabat saya itu sebenarnya hasil titik peluh arwah abang Zulhairi dan isterinya. saya kerja di situ dan menerajui syarikat yang di tinggalkan oleh abang Zulhairi...”

“Jadi ibu dan ayah Encik Zharif tak tahu siapa mereka tu?” Zarra bertanya lagi.

“Itulah yang menyebabkan saya keluar dari rumah keluarga saya. Sebab mereka marah saya mengambil mereka sebagai anak angkat saya! Pada hal mereka tidak pernah tahu, dalam diam mereka sudah mempunyai cucu!” jelas Zharif lagi. Zarra mengangguk.

“Kesiannya mereka. Mereka tidak bersalah..” ujar Zarra dengan perlahan.

ZARRA duduk termenung. Dia tidak tahu apa yang dia harus buat. Semua kerja dalam rumah sudah di siapkan oleh orang gaji Zharif. Mungkin sebelum kedatangan dia, Zharif memerlukan orang gaji untuk mengemas, mencuci dan sebagainya.

Namun dia nekad untuk melupakan perkara yang terjadi dalam hidupnya. Dia harus kuat semangat dan memulakan hidup baru di rumah ini. Dia melangkahkan kaki ke dapur. Ringan saja mulutnya bertanya kepada Mak Enon.

“Ada apa-apa yang saya perlu tolong ke Cik Zarra?” soal Mak Enon sebaik saja melihat Zarra tetamu Tuan Zharif nya itu menjejak kaki ke dapur.

“Mak Enon, tak payahlah nak bercik-cik dengan saya... Malu saya tau!” ujar Zarra. Dia rasa tidak selesa bila Mak Enon memanggilnya begitu.

“Tapi Cik Zarrakan bakal isteri Tuan Zharif..” balas Mak Enon lagi. Dia takut di marahi Encik Zharif kalau dia memanggil nama Zarra sahaja!

‘Hish.. Bila masa aku cakap nak kahwin dengan dia. Pandai-pandai dia cakap dengan Mak Enon yang aku ni bakal isteri dia!’ gerutu hati Zarra. Dia memandang wajah Mak Enon.

“Mak Enon.. Panggil je saya Zarra. Tolonglah..”

“Baiklah..” akhirnya Mak Enon mengalah. Zarra tersenyum. Hormat betul Mak Enon pada Zharif. Mungkin di sebabkan Zharif seorang majikan yang baik barang kali.

Tuesday, 20 May 2014

Saat Ku Cinta 12

SUDAH tiga hari Zarra mengurungkan diri dalam bilik. Dia tidak lalu makan dan minum. Biar pun berkali-kali di pujuk oleh ayahnya, namun dia tetap tidak mengendahkan keadaaan sekelilingnya.

“Zarra, Ash dah suruh mama dan papa jumpa orang tua Zarra. Maafkan Ash sebab terpaksa mengundur diri disaat-saat akhir begini. Mungkin kita tak ada jodoh ...” kata-kata itu turut merobek hatinya sendiri. Dia benar-benar kecewa kerana gagal mempertahankan cinta pertamanya. Dia kecundang melawan desakan egonya sebagai seorang lelaki. Tetapi yang menjadi mangsanya ialah Zarra!

“Tapi Zarra nak jumpa Ash. Nak terangkan perkara yang sebenarnya..” rayu Zarra lagi. Dia tidak akan berputus asa.. Selagi dia tidak berdepan dengan Ashraf dan mendengar sendiri dari mulut Ashraf untuk memutuskan pertunangan itu dia tidak akan percaya.

“Buat apa nak jumpa lagi? Zarra tak faham ke, pertunangan kita di putuskan. P-U-T-U-S!!” Zarra yang sedari tadi menekur lantai mendongak. Ashraf sudah pun secara rasmi menjatuhkan hukuman. Hanya dengan satu panggilan telefon sahaja sekelip mata semuanya hancur berkecai. Dia terasa hendak meraung melepaskan perasaan. Mimpi ngerinya menjadi kenyataan, Ashraf telah membuangnya. Tiada belas kasihan di hati lelaki itu. Sedangkan dia baru saja belajar untuk mencintai lelaki yang menjadi tunangnya itu. Kini hanya tinggal gelaran bekas tunang sahaja!

Telefon itu di leparkan sambil dia menjerit. Hancur berkecai telefon bimbitnya itu. Zarra kembali menangis lagi. Kini dia tidak mempunyai hubungan lagi dengan Ashraf. Dan majlis itu juga akan di batalkan. Dia menangis lagi. Kesian ayahnya yang terpaksa berdepan dengan penduduk di situ untuk memberitahu majlis pernikahannya sudah di batalkan!

“Nampaknya berita ini sudah sampai ke pengetahuan Datuk Majid. Seperti apa yang ayah duga, serta merta mereka mahu memutuskan pertunangan Zarra dengan anak lelakinya..” ujar Pak Harun perlahan. Dia mengeluh sendirian. Apalah malang nasib anak perempuannya itu. Dia tahu pasti Zarra tengah bersedih sekarang. Tapi dia tidak dapat mengubah pendirian Datuk Majid serta keluarganya. Mereka sekeluarga yang rasa malu kerana terpaksa membatalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir.

“Itu lebih baik ayah.. Zarra pun tak nak teruskan perkahwinan ini..” jawab Zarra perlahan.

Ketiga-tiga insan itu terkejut. Terkejut mendengar kata-kata Zarra sebentar tadi! Betapa lamanya Zarra berkurung di dalam bilik, rupa-rupanya Zarra sedar yang hubungannya dengan Ashraf tidak dapat di selamatkan lagi. Mereka sekeluarga akan menanggung malu kerana perkahwinan Zarra dan Ashraf di batalkan.

“Habis, Zarra tak sedih ke dengan semua yang berlaku ini? Zarra tak malu ke dengan apa yang berlaku sekarang ini?” soal Makcik Salehanya pula. Dia pun naik hairan. Ingatkan Zarra akan menangis kesedihan kerana putus tunang dengan Ashraf! Namun sangkaannya meleset.

“Seperti yang Zarra katakan, itu lebih baik.. Biar Zarra tak payah kahwin dengan lelaki itu..” ujarnya geram! Tajam pandangannya di tujukan kepada Makcik Saleha. Mona terkejut!

“Kenapa kak? Kenapa kakak tak nak kahwin dengan abang Ashraf?” soal Mona lagi.

“Sebab akak tak suka dan tak cintakan dia. Lebih-lebih lagi sekarang maruah akak dah tercemar. Mona ingat dia akan kahwin dengan akak. Biar pun dia suka tapi orang tuanya?” soal Zarra dengan tegas. Mereka semua terdiam. Betul juga kata Zarra!! Dalam diam Mona tersenyum lebar.

Pak Harun juga menyokong dengan tindakan Zarra. Malu? Memanglah dia rasa malu. Tetapi untuk kebahagian anak perempuannya itu dia sanggup lakukan apa saja. Bukannya salah Zarra dia di ‘rogol’.

“Ayah pun setuju dengan cadangan Zarra. Ayah akan sokong apa yang terbaik buat Zarra..” jawab Pak Harun sambil melepaskan keluhan.

“Apa yang terbaik pulak?” soal Makcik Saleha kurang senang dengan kenyataan suaminya.

“Awak ni tak boleh ke nak bagi sokongan pada Zarra! Dari dulu sampai sekarang, perangai awak tetap macam tu! Tak pernah nak berubah baik dengan Zarra!” marah Pak Harun. Dia sedar selama ini isterinya selalu tidak menyokong apa sahaja yang berkaitan dengan anak perempuannya Zarra.

ZHARIF melakukan solat istikharah. Wanita di dalam mimpinya itu betul-betul persis gadis yang bernama Zarra. ‘Apakah itu jodoh aku? Banyak kali juga dia bermimpi tentang gadis itu selama ini. Tetapi wajah gadis itu selalu kabur. Namun selepas malam kejadian itu. Dia nampak dengan jelas gambaran gadis dalam mimpinya itu.

Sejak malam kejadian itu juga, Zharif tidak boleh tidur lena. Akhirnya dia nekad, kalau gadis yang bernama Zarra itu merupakan jodoh yang terbaik buat dirinya, dia akan menjaga rumah tangga itu dengan sebaik mungkin. Dia mahu bertemu dengan gadis itu esok pagi. Tapi macam mana dia mahu memulakan hubungannya dengan Zarra. Argh!! Payahnya!!

ZARRA mengambil keputusan untuk pergi ke pejabat. Surat perletakan jawatan sudah dia lipat dan di masukkan ke dalam sepucuk surat. Selepas balik dari pejabat nanti dia akan fikirkan apa yang dia buat seterusnya.

Setelah sampai di pejabat, hanya Melly yang datang awal. Melihat kedatangan Zarra, Melly segera mendekati.

“Hai Zarra.. Lamanya kau cuti. You kenapa ni? You sakit ke? Pucat sangatlah wajah you ni..” soal Melly bertalu-talu. Sudah tiga hari Zarra tak datang kerja dan semua mereka merindunya.

“Tak adalah Melly.. I okey jer!”jawab Zarra lemah.

“Betul ni?” soal Melly lagi. Zarra mengangguk!

“Melly boleh you tolong I tak?” soal Zarra tanpa menunggu lama.

“Boleh.. You nak I tolong apa?”

“Bagi ni kat bos.. I tak boleh lama ni..” ujar Zarra tergesa-gesa. Sambil itu tangannya mengambil barang peribadi miliknya. Dia risau jika ramai pekerja lain sudah masuk kerja, pasti dia tidak mampu menjawab pertanyaan demi pertanyaan.

“Surat apa ni?” soal Melly lagi.

“Nanti bos tahulah.. Okeylah I kena pergi dulu.. Sampaikan salam pada kekawan yang lain ya.. I nak minta maaf kalau ada silap dan salah pada you selama ini..” ujar Zarra sebak. Melly terus memeluknya. Dia tahu pasti Zarra ada masalah. Tapi dia belum bersedia untuk meluahkannya.

You okey ke beb?” soal Melly lagi. Zarra merenggang pelukan. Dia memandang wajah Melly. Sambil itu dia tersenyum.

I okey.. Jangan lupa pesan I tadi.”

Melly mengangguk. Kemudian, Zarra terus mengangkat kotak yang berisi barang peribadinya. Walau pun dia rasa sayang mahu meninggalkan tempat kerja ini, namun dia terpaksa. Semua orang tahu tentng pertunangannya dengan Ashraf. Dan mungkin juga mereka tidak sabar untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka. Nasib baiklah kad jemputan belum di hantar. Mungkin ada hikmah di sebaliknya juga.

Dia terus menahan teksi dan menuju ke rumahnya. Dia betul-betul rasa lega bila surat perletakan jawatan itu sudah di hantar.

HADRI masuk ke pejabat lewat sedikit hari ini. Ketika dia melalui meja Zarra, kelihatan meja gadis itu masih lagi kosong. Dalam diam timbul pula kerisauan. Masuk hari ini adalah hari keempat Zarra tidak datang kerja. Entah apa masalah gadis itu. Selama ini Zarra seorang pekerja yang berdisiplin. Jarang sekali dia lewat turun kerja kecuali kalau keretanya rosak.

Melly terus sahaja menuju kearah pintu bilik bosnya. Sebelum masuk pintu itu di ketuk dahulu. Kedengaran suara memberi arahan dari dalam menyuruhnya masuk.

“Oh Melly. Ada apa datang jumpa I ni?”

“Bos.. Saya datang nak hantar surat ni kepada bos.”

“Surat apa?”

“Entah! Surat dari Zarra. Dia suruh saya sampaikan kepada bos. Tapi dia tak bagitau pulak itu surat apa?” ujar Melly lagi. Surat itu sudah bertukar tangan. Sambil mengerutkan dahinya Encik Hadri membaca segala isi surat itu.

“Kenapa bos. Surat apa tu?” soal Melly. Sebenanya dia pun ingin tahu apa isi kandungan surat itu.

“Surat perletakan jawatan. Kenapa Zarra buat macam tu? Kalau dia minta cuti saya boleh bagi” balas Encik Hadri lagi. Dia mengeluh.

“Entahlah bos. Mungkin dia nak buat persiapan perkahwinan dia kot” Hadri merenung wajah Melly. Perkahwinan! Ya itu yang dia dengar dari mulut Melly tadi. Memang dia tahu Zarra sudah bertunang, Cuma dia tidak tahu bila majlis perkahwinannya di langsungkan. Nampaknya dia benar-benar akan kehilangan Zarra. 

“Kahwin?”

“Ye. Bos tak tahu ke yang Zarra akan berkahwin dua minggu lagi..” soal Melly kehairanan. Ingatkan Encik Hadri tahu pasal ni.

“Tapi dia boleh minta cuti. Bukan minta perletakan jawatan dalam masa 24 jam!” Hadri mengeluh perlahan. dia kesal dengan sikap terburu-buru Zarra itu.

“Mungkin bakal suaminya tak benarkan dia bekerja lagi. Nak suruh dia jadi suri rumah sepenuh masa” jawab Melly sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hairan kenapa Encik Hadri begitu emosi ketika ini. Mungkin dia ada hati dengan Zarra kot! Dia mula membuat andaian sendiri. Selama ini, Encik Hadri tidak pernah menunjukkan minat pada mana-mana gadis pun. Tetapi dengan Zarra bermacam soalan yang dia perlu jawab!

“Gila!!” sebaris perkataan itu keluar dari mulut Encik Hadri.

“Pagi tadi masa dia masuk ke pejabat pun tergesa-gesa. Tak sempat pulak saya nak tanya kat dia apa-apa..” Melly memberitahu hal yang sebenarnya.

“Baiklah.. Biarlah saya uruskan hal ini. Terima kasih Melly.”

“Sama-sama. Bos pujuklah Zarra kerja balik kat sini. Rindu pula tak tengok muka dia dalam sehari..” usik Melly lagi. Dia berharap sangat yang Zarra ada jodoh dengan Encik Hadri. Dia tahu Encik Hadri ada perasaan kepada Zarra. Tapi tup-tup dia dah bertunang dengan orang lain. Melepaslah Encik Hadri.

Sebaik sahaja Melly keluar dari bilik tersebut, Hadri terus mendail nombor telefon Zarra. Namun panggilannya itu tidak berjawab. Dia cuba sekali lagi. Tetap juga panggilannya di biarkan oleh Zarra.

Zarra hanya merenung telefon bimbitnya yang dari tadi lagi berbunyi. Sebaik sahaja dia melihat nama Encik Hadri yang keluar, di biarkannya sahaja panggilan itu tidak berjawab. Dia pasti Encik Hadri mahu bertanya kenapa dia tiba-tiba letak jawatan.

“LEBIH baik kau keluar sebelum ayah Zarra pulang!” jerit Makcik Saleha. Zarra yang terkejut mendengar jeritan Makcik Saleha itu segera menoleh. Kelihatan Makcik Saleha dan Mona berdiri di depan pintu biliknya.

“Tapi Zarra nak duduk dengan ayah..” jawab Zarra tidak mengerti kata-kata Makcik Saleha.Makcik Saleha tiba-tiba menyinga. Bagaikan ada benda yang merasuknya.

“Aku tak nak, nanti keluarga kita dapat malu. Semua orang yang tinggal di sini tahu yang Zarra pernah kena rogol!! Sana-sini orang cakap pasal Zarra! Makcik malu tau tak?” terang Makcik Saleha dengan kasar. Matanya mencerlung tajam pada Zarra.

Zarra mengucap sendirian. Begitu tajam dan kejinya perkataan itu. Dia pun tidak minta hal itu berlaku. Tapi apa boleh dia buat jika itu yang sudah tertulis.

Kali ini dia nekad untuk keluar rumah. Dia rasa selagi dia berada di rumah itu fikirannya tidak tenang. Di tambahkan lagi dengan kata-kata Mona dan Makcik Saleha yang hanya tahu menyindirnya saja. Didepan ayahnya mereka berdua melayan dia dengan baik. Tetapi selepas saja ayahnya pergi bekerja, Mona dan Makcik Saleha akan buat hal dengan dirinya.

Beg pakaiannya segera di kemas. Walaupun dia tidak tahu kemana arah tujunya apa yang penting dia keluar dari rumah itu agar Makcik Saleha dan Mona puas hati. Mungkin dengan cara itu, kisah hidupnya tidak akan di ungkit oleh segenap lapisan masyarakat.

Zarra memandang rumah itu agak lama. Kalau dia keluar dari rumah ini, entah bila pula dia boleh datang kembali. Dia mengesat kembali air matanya yang jatuh ke pipi.

“Ayah, maafkan Zarra.. Zarra terpaksa tinggalkan ayah sekarang. Bukannya Zarra tak sayangkan ayah. Tapi Zarra juga perlukan ketenangan..” gumamnya sendirian. Tanpa sedar kakinya sudah melangkah.

 

Monday, 19 May 2014

Kau Rantai hatiku 47


ISABELLA duduk di ruang tamu dengan menghembus nafas risau. Entah kali keberapa dia mendail nombor telefon Tengku Elman. Satu pun tidak berjawab. Asyik-asyik operator sahaja yang menjawab. Bukan sekali saja Tengku Elman bersikap demikian. Entah ini kali yang keberapa sudah. Hatinya mula sakit dengan layanan dingin Tengku Elman.Telefon bimbit itu di renungnya. Dia mengharapkan Tengku Elman akan membalas panngilannya. Untuk beberapa minit kemudian dia sendiri berasa hampa kerana tunangnya itu langsung tidak memberi respon.

“Kenapa anak mummy ni macam orang susah hati je?” tegur Datin Melinda. Isabella menoleh. Kelihatan Mummynya sedang berjalan menuju kearahnya.

“Tak ada apalah mummy..”

“Jangan nak tipu mummylah.. Ini mesti pasal Tengku Elmankan?” ujar Datin Melinda. Dia tahu sangat jika anaknya itu mengalamai masalah, ia mesti berkaitan dengan Tengku Elman.

“Bella dah cuba hubungi dia banyak kali tapi still tak dapat.. Entah kemana dia pergi? Dia suka buat Bella macam ni!” ujar Isabella lagi. Datin Melinda merengus! Lelaki bernama Tengku Elman tidak sudah-sudah membuatkan Isabella bersedih seperti ini. Namun dia diamkan dirinya.

“Kenapa tak call Tengku Suraya tanya kemana Tengku Elman?” pujuknya lagi. Dia tidak mahu hati anak perempuannya sedih terus.

“Dah.. Bella dah call Tengku Suraya.. Tapi..”

“Apa jawapannya?”

“Dia kata dia pun tak tahu kemana Tengku Elman pergi. Sudah dua hari dia tak balik, mummy. Dia cuma pesan kat Tengku Suraya supaya tak risaukan dirinya. Itu je..”

“Tengku Elman pergi ke mana ya?” soal Datin Melinda sendirian.

“Kita pergi je tanya orang..” Datin Melinda memberi cadangan.

“Kat mana? Oh ya Bella ingat, Humaira ada buka butik bernama IRARIN. Mungkin Humaira boleh tolong..” ujar Isabella dengan senyuman.

DATIN Melinda dan Isabella terus menuju ke butik IRARIN. Dia menonong menuju ke arah seorang gadis yang tekun membuat kerjanya. Dia pasti perempuan itu tahu kemana orang yang di carinya.

“Mana perempuan keji itu?” herdik Datin Melinda kepada Arin. Arin Natasha yang terkejut itu terus merenung wajah yang sedang menyinga di hadapannya. Rupa-rupanya Datin Melinda. Dia kenal dengan wanita itu kerana dia pernah ternampak wanita itu dengan seseorang ketika dia keluar bersama Humaira tempoh hari.

“Maaf Auntie. Siapa yang Auntie maksudkan? Siapa perempuan keji yang Auntie cari?” ujar Arin Natasha dengan berani. Pantang benar baginya kalau ada orang yang mahu mengeji kawan baiknya itu. Dia bagaikan turut sama di hina!

“Bukan Auntie.. Datin.. I am Datin Melinda..” jawab Datin Melinda dengan megah. Mungkin gadis di depannya itu tidak kenal dengan dirinya.

“Oh.. Datin Melinda.. Sorry..

So where is Humaira? Kawan baik you tu! Mana dia?” soal Datin Melinda dengan kasar!

“Oh.. Datin cari kawan saya yang bernama Humaira..” ujar Arin sambil tersenyum.

“Entahlah Datin. Saya pun tak tahu di mana dia sekarang. Lagipun sudah lama dia tak jejak kakinya ke kedai ini..” terang Arin lagi.

“Tak guna!! Jangan-jangan kau sengaja cakap tak tahu dia kat manakan?” marah Datin Melinda. Dia pantang sekali kalau orang mahu mempersendakan dia lebih-lebih lagi berdepan dengan gadis seperti Arin Natasha!

“Datin.. Saya betul-betul tak tahu Humaira pergi ke mana? Sebab saya tak ada masa nak jadi bodyguard Humaira sepanjang masa.. Kerja saya kat butik ni pun tak selesai lagi. Apatah lagi nak jaga kawan baik saya tu 24 jam...” balas Arin dengan nada geram. ‘Ingat dia saja ke yang pandai nak marah-marah!’kutuk Arin dalam hati.

You!!” Datin Melinda berhenti meneruskan kata-katanya.

“Dahlah mummy.. Jangan buat malu kat sini.. Mungkin betul juga cakap kawan Ira tu..” pujuk Bella lagi. Malu juga dia dengan perangai mamanya yang turut menarik perhatian pelanggan di kedai itu.

“Ha.. kan bagus kalau bersopan macam anak Datin tu.. Ni tak tanya macam tak ada hati perut..” sindir Arin Natasha lagi. ‘Biar padan muka Datin Melinda. Ingat dia sajakah yang boleh nak tengking orang. Aku pun boleh!’ ujar Arin dalam hati. Geram sungguh dia dengan kebiadapan Datin Melinda dan Isabella terhadapnya. Namun dia kembali teringat dengan apa yang beritahu Amir kepadanya.

Datin Melinda dan Isabella segera berlalu dari situ. Datin Melinda masih marah-marah. Geram betul dia dengan sikap Arin. Kurang ajar sungguh gadis itu dengan dirinya. Mungkin gadis itu tidak kenal siapa dirinya.

ARIANA Humaira merenung ke langit. Dia cukup bahagia, walaupun dia belum mengingati kisah silam mereka. Namun dengan penuh keyakinan Tengku Elman membuatkan dia percaya bahawa mereka saling menyintai satu sama lain.

“Sayang ni tengah fikir apa? Sayang flashback pasal kita ke?” usik Tengku Elman dengan kening dijongket - jongket ke atas. Lucu melihat wajah isterinya yang tertunduk - tunduk. Humaira menggigit bibir. Berdebar-debar saat terpandangkan renungan menggoda suaminya yang semakin kerap menghilangkan denyutan nadinya. Lemah seluruh badan.

“Errr... mana ada,” balasnya perlahan.

“Habis, kenapa sayang diam?” Tengku Elman tersenyum. Perlahan dia bangun dan menapak ke belakang Humaira yang berdiri menghadap kaki langit. Badan diluruskan dan erat dia melingkarkan tangannya mengepung tubuh isterinya. Sekilas pipi itu dikucup penuh kasih. Sudah menjadi mejadi kegemaran dia sekarang memeluk dan mencium Humaira. Sekurang-kurangnya Humaira yakin bahawa dia benar-benar cintakannya.

“Sayang tak suka abang buat macam ni?” Soalnya lembut ditelinga Humaira yang tidak bertudung. Humaira kaku menahan getaran di dada yang berkocak deras. Seram sejuk seluruh tubuhnya dengan kemesraan mereka berdua. Liur terasa kesat untuk ditelan, tekak pula tiba-tiba saja kering dan perit. Argh!! Tengku Elman memang pandai menggoda.

“Errr... taklah, mana ada tak suka.” Balasnya tersekat-sekat. Terasa pelukan lelaki itu yang semakin kejap. Semakin hebat jantungnya berpalu. Dia rasa malu sendiri. Mulut kata tidak tapi hatinya memang berdebar-debar setiap kali dia melihat pandangan Tengku Elman terhadapnya.

“Hmmmm.. jadi sayang sukalah?” Berkerut - kerut dahi Humaira dengan soalan itu. Aduhai kenapalah dia buat-buat tak fahamlah pulak!!

“Sayang, jawablah.” 

“Abang ni.” Bibirnya diketap rapat.

“Abang ni suka tanya bukan-bukanlah.” Tengku Elman tergelak kecil. Semakin seronok mahu mengusik isterinya yang pemalu itu. Dia tahu Humaira tidak menolak apa yang berlaku, jelas Humaira tutur sama mencari kesesuaian rentak antara mereka berdua petang itu membuatkan jiwa dia semakin teruja. Bukan mudah baginya untuk menyakin Humaira pada mulanya. Dia juga perlu bersabar dengan karenah Humaira. Namun dia akan lakukan apa saja asalkan Humaira dapat mengingati semula.

“Terima kasih sayang.. Abang berharap kali ini biarlah jodoh kita sampai ke syurga.. Abang tak sanggup lagi berpisah dengan sayang..”

Kata-kata itu sungguh mengharukan hati dan jiwa Humaira. Lelaki ini betul-betul menyintai dan menyayanginya. Bagaimana dia mampu menolak. Dalam masa dua hari ini, hatinya sudah terpaut dengan layanan dan kebaikan yang di berikan oleh Tengku Elman. Dia bagaikan jatuh cinta pada lelaki itu walaupun untuk ke berapa kalinya.

“Ira akan belajar menyayangi dan menyintai abang. Ira sedar, Ira tak sempurna. Tapi Ira akan buat yang terbaik untuk abang..” balas Humaira dengan lembut. Kata-kata itu menyentuh hati lelaki bernama Tengku Elman. Airmatanya terus mengalir. Dia tidak menyangka secepat itu Humaira akan memberi tindak balas terhadapnya. Mungkin betul kata Arin, walaupun Humaira hilang ingatan, namun instint mereka masih kuat. Sekali lagi dia memeluk Humaira dengan kuat. Bagaikan dia tidak mahu melepaskan tubuh itu lagi.

TENGAH hari itu mereka berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Tangan Tengku Elman tidak melepaskan jari jemari Humaira. Kadang-kadang dia sengaja menarik jari jemari Humaira lalu di ciumnya.

“Abang, tengok depan tu..” ujar Humaira sekali sekala. Namun dengan kecekapan Tengku Elman memandu ianya tidak menjadi masalah bagi dirinya. Lagi pun mereka menggunakan jalan lebuh raya yang agak rengang.

MEREKA berdua sudah sampai di rumah Pak Teh. Kepulangan mereka di sambut mesra oleh Pak Teh dan Mak Teh. Zeti juga tidak ketinggalan. Pada mulanya dia juga tidak percaya yang Tengku Elman itu suami kak Iranya. Maklumlah dulu dia tinggal di kampung bersama neneknya. Apabila ayahnya Pak Teh dan ibunya Mak Teh bercadang mahu berhenti kerja barulah dia dapat tinggal bersama-sama dengan mereka.

Humaira memandang wajah Tengku Elman.

“Macam mana dengan hal kamu berdua? Tengku dah cakap ke hal penting dengan Humaira?” soal Pak Teh. Dia berharap sangat Humaira akan mengingati serba sedikit tentang Tengku Elman.

“Elman dah beritahu segala-galanya. Tapi buat masa sekarang memang susah dia nak terima semuanya.. Tapi Elman akan cari doktor pakar untuk merawat Ira…” terang Tengku Elman lagi.

“Baguslah kalau macam tu..”

“Apa pun saya tetap nak mengucapkan terima kasih tak terhingga pada Pak Teh dan Mak Teh kerana menjaga Ira untuk saya” ujar Tengku Elman sambil tersenyum.

“Samà sama..”

“Saya nak balik dulu.. Ira esok kita jumpa di pejabat ya..” ujar Tengku Elman. Rasa berat hatinya mahu berpisah dengan Humaira. Itu baru satu malam. Dia tidak tahu bagaimana dia mengharungi hari-hari yang seterusnya.

“Baik Tengku..” ujar Humaira lagi.

“Tengku lagi!!” ujar Tengku Elman selamba. Kalau tidak mengenangkan mereka berada di depan Mak teh dan Pak Teh, sudah lama Humaira akan di beri hadiah istimewa olehnya.. Geram!!

Pak Teh, Mak Teh hanya ketawa sahaja mendengar kata-kata Tengku Elman. Memang Humaira akan mengambil masa untuk memulihkan ingatannya. Mereka hanya mampu berdoa semoga pasangan ini akan kembali bersatu dan bahagia semula. Mereka terlalu banyak menderita sepanjang perpisahan ini.