Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 15 May 2014

Kau Rantai Hatiku 46

TENGKU Elman masuk ke bilik tidur. Dari tadi lagi dia mencari-cari Humaira. Mungkin isterinya itu sudah masuk ke bilik memandangkan dia tidak nampak wajah itu walau di ceruk mana pun. Ketika dia membuka pintu bilik dia tersenyum melihat tubuh Humaira sudah pun berada di atas katil.

“Sayang.. awalnya nak tidur?” ujar Tengku Elman berbisik di telinga Humaira. Ini membuatkan Humaira terkejut. Tengku Elman hanya ketawa. Dia tahu isterinya hanya pura-pura tidur.

“Hish.. Tengku ni.. Buat Ira terkejut saja.” Humaira terus terbangun.

“Aik dah lupa nak panggil abang, abang ke?” Tengku Elman duduk mendekati pembaringan Humaira.

“Tengku nak apa ni?” soal Humaira bila menyedari wajah Tengku semakin mendekatinya.

“Masih nak panggil abang ni Tengku ke?” Tengku Elman tidak puas hati.

“Iya.. Tengku. Tengku nak apa sebenarnya ni?” Humaira bertanya lagi. Hatinya sudah tidak keruan. Rasa seram sejuk dengan pandangan Tengku Elman yang menusuk kalbu.

“Abang nak sayang..”  jawab Tengku Elman dengan senyuman.

“Tengku jangan main-main boleh..” ujar Humaira dengan geram. Pada hal dalam hati dia takut.

“Tengku lagi!! Memang nak kenalah ni!!” kali ini Tengku Elman mendekatkan wajahnya ke wajah Humaira. Si isteri ini perlu di beri pengajaran. Kalau tidak sedap je mulutnya memanggilnya ‘Tengku’. Melihat wajah Tengku yang mendekat, Humaira merayu.

“Ampun.. ampunkan Ira a..aa..bang..” ujar Humaira. Tengku Elman tersenyum gembira. Sekian lamanya dia menyepi dan kesunyian, akhirnya hari ini dia dapat mengecap semula kebahagiaan yang telah lama hilang.

‘Terima kasih ya tuhan kerana mengembalikan kegembiraan buatku’ bisik Tengku Elman dalam hati.

Mereka menghabiskan hujung minggu bersama di rumah itu. Tengku Elman langsung tidak berlengang dari Humaira walaupun seminit. Kadang-kadang, Humaira rasa rimas. Rimas dengan perangai romantik Tengku Elman. Mengalahkan orang yang bercinta lagaknya. Cuma dalam hati saja dia berkata demikian.

Humaira dapat melihat kegembiraan di wajah Tengku Elman. Masalahnya sekarang hanya dia yang belum dapat mengingati masa lalunya. Walau bagai mana pun Tengku Elman tetap bersabar melayannya. Maklumlah orang sakit!!

HUMAIRA membuka matanya perlahan-lahan. Dia bergerak perlahan. Namun dia terasa tubuhnya sudah di kunci oleh lingkaran tangan seseorang di pinggangnya. Dia terkejut! Dia cuba untuk meleraikan tangan itu tetapi tangan itu bagaikan mengunci pergerakannya. Kemudian dia memusing badannya. Sekali lagi dia terkejut.

“Tengku! Apa Tengku buat ni?” soal Humaira terkejut. Rupa-rupanya dia bukan bermimpi berada dalam pelukan lelaki itu. Ia memang berlaku.

Kelihatan Tengku Elman hanya tersenyum namun matanya di pejamkan. Sebenarnya dia sudah lama tersedar. Apabila menyedari Humaira terjaga, sengaja dia memeluk pinggang itu dengan kuat. Biar isterinya itu tidak dapat bangun.

Good morning sayang.. Abang tak buat apa-apa pun..” ujarnya lembut. Tangannya pula mengelus-ngelus rambut Humaira.

“Ma..macam mana Tengku boleh berada di sini?” soal Humaira tanpa menghiraukan ucapan selamat pagi dari Tengku Elman. Malam tadi lelaki itu membiarkan dia tidur keseorangan. Tapi bila dia tersedar pagi ini dia tidur di sebelah lelaki itu.

“Ni yang kena denda ni..” Tiba-tiba Tengku Elman mencium bibir Humaira.. Makinlah Humaira bertambah bengang.

“Tengku ni kenapa? Lepaslah..” ujar Humaira geram!

Sekali lagi Tengku Elman mencium bibir Humaira. Ini menyebabkan Humaira berdiam diri. Dia terfikir semula. Alamak!! Dia silap lagi memanggil suaminya itu dengan panggilan ‘Tengku!’. Sebab itulah dia menerima hadiah istimewa dari Tengku Elman.

Malam tadi Humaira tidur dengan nyenyak sekali. Mungkin sebab itu dia tidak sedar yang dia tidur di sebelah Tengku Elman. Cuma Tengku Elman saja yang tidak dapat melelapkan matanya kerana dia asyik memandang wajah yang sangat di rinduinya itu.

“Baru malam tadi abang dapat tidur dengan lena..” ujar Tengku Elman. Humaira memandang wajahnya.

“Kenapa pulak?” soal Humaira kehairanan.

“Sebab abang dapat tidur di sebelah isteri abang..” jawab Tengku Elman dengan senyuman. Kalaulah Humaira tahu betapa gembiranya dia pada saat ini. Kalaulah Humaira dapat melihat ke dalam hatinya ketika ini.. Segalanya kalau??

Humaira bangun dan duduk di sisi katil sambil melepaskan keluhan. Kenapa dia langsung tidak dapat mengingati apa yang berlaku malam tadi? Wajah lelaki itu pun sukar juga baginya untuk dia mengingati kembali. Namun saat mereka bertentang mata ada perasaan yang sukar dia mengertikan. Apakah itu perasaan cinta seperti yang lelaki itu cakapkan. Tengku Elman tetap setia memandang wajah Humaira yang duduk di sisi katil.

“Abang minta maaf kalau sikap abang terlalu terburu-buru. Namun apa yang pasti, Humaira isteri abang. Dan sah-sah isteri abang..” terang Tengku Elman dengan jelas. dia tahu perasaan keliru Humaira buat masa ini.

“Habis bagaimana dengan Cik Bella?” soal Humaira lagi. Entah mengapa tiba-tiba dia teringatkan gadis yang sudah menjadi tunang kepada lelaki itu.

“Hal Bella biar abang yang uruskan. Dahlah pergi mandi. Nanti abang nak bawa Ira jalan-jalan sekitar sini..”

Humaira terus bangun lalu mencapai kain tuala yang di gunakannya semalam. Manakala, Tengku Elman sudah keluar dari bilik itu. Mungkin memberi laluan supaya Humaira lebih selesa ketika ketiadaannya dalam bilik itu. Dia menuju ke ruang dapur. Dia meminta Mak Munah agar menyediakan sarapan kegemaran isterinya.  Mak Munah hanya mengangguk. Dia juga berharap agar Tengku Elman akan hidup bahagia bersama Ariana selama-lamanya.

HARI ini, Tengku Elman mahu menghabiskan masa bersama Humaira. Mereka pergi ke tepi pantai. Duduk di tempat di mana dia dan Humaira suka duduk suatu masa dulu. Sementara itu, Tengku Elman memberitahu segala kisah silam antara mereka berdua. Biar pun Humaira tidak mengingati dia berharap dengan penerangan itu, dapat membantu Humaira untuk mengingati semula.

Pada mulanya memang Humaira rasa segan dan kelihatan malu-malu. Namun Tengku Elman sangat pandai mengambil hati dan membuat lawak jenaka. Ini membuatkan Humaira lupa pasal ketengangannya pada lelaki itu.

Tengku Elman meminta tangan Humaira. Humaira memberikan tangannya. Tengku Elman menuliskan sesuatu di tangan Humaira. Humaira tertawa kegelian. Dia mula mengeja tulisan Tengku Elman.

“Apa yang abang nak tulis ni?” ucap Humaira sambil tersenyum senang. Tengku Elman selesai menulis. Humaira hanya tersenyum. Dia dapat membaca apa yang di tulis Tengku Elman di tapak tangannya.

“Ariana Humaira, abang sangat cintakan sayang...” ulang Tengku Elman lagi. Wajah Humaira berubah. Akhirnya dia menggeleng. Tengku Elman buat wajah sedih. Dia terasa dengan tindak balas Humaira. Wajahnya itu membuatkan Humaira serba salah.

“Abang, kenapa ni?” tanya Humaira cemas.    

Tengku Elman menggeleng. Dia hanya berkata bahawa dia terlalu bahagia. Inilah saat-saat yang tak pernah dia terfikir sebelum ini.

“Abang tak perlu pujian dari seluruh dunia. Abang hanya perlu satu orang saja. Abang hanya menginginkan Ira untuk mengatakan hal-hal yang menggembirakan hati abang. Namun abang tak memaksa Ira mengatakannya dahulu...” Humaira memandang wajah Tengku Elman. Dia berasa kesal dengan dirinya sendiri.

“Ira faham perasaan abang. Tapi Ira berharap abang akan bersabar dengan Ira kerana Ira masih tak mampu mengingati saat-saat penting kita.”

“Abang akan sentiasa bersabar, seperti mana abang meneruskan hidup tanpa Ira di sisi abang selama ini..”

 Tanpa sedar Humaira memeluk lengan Tengku Elman. Kalau boleh dia mahu mengingati kenangan bersama Tengku Elman sebagai mana yang di terangkan oleh lelaki itu kepadanya.

“Ira minta maaf bang. Ira masih belum dapat mengingati memori kita bersama. Tapi Ira berharap abang akan sabar dan membantu Ira untuk kembali pulih seperti dulu.

“Abang janji, abang tak akan menghampakan sayang.. Cuma sayang perlu berhati-hati dengan orang sekeliling terutamanya Bella. Lagipun dia sekarang tunang abang.. Abang risau dengan keselamatan sayang..”

“Siapa yang suruh abang gatal nak bertunang dengan dia?” soal Humaira. sayang ketika pertunangan Tangku Elman dan Isabella itu dia tidak dapat datang..

“Sayang jelous yer?”

Humaira menyepikan diri. Dia cemburu ke dengan Tengku Elman? Tapi dia dapat rasakan perasaan kecewanya di malam pertunangan Tengku Elman dengan Isabella.

“Sayang, sayang jangan risau. Perasaan abang tak pernah berubah. Abang masih sayang dan cintakan sayang. Abang tak nak orang lain yang jadi peneman hidup abang. Abang hanya perlukan sayang..”

Humaira tersenyum. Bukan itu dia tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu, tetapi dia takut untuk ‘kehilangan’ lagi.

“Ira tahu. Abang sangat cintakan Ira, tapi..” Tengku Elman terus meletakkan jari telunjuk ke bibir Humaira. Dia tidak mahu mendengar ayat yang menakutkan dirinya.

“Sayang jangan cakap apa-apa. Cuma abang hairan, masa majlis pertunangan abang dengan Bella, kenapa Ira tak datang?”

“Abang perasan ke Ira tak datang?” soal Humaira kembali.

“Mestilah!! Tetamu pertama yang abang nak lihat ialah Ira.. Lagi-lagi lepas Ira menolak perasaan dan cinta abang ketika itu.. Masa itu abang kecewa sangat!!”

“Masa itu, Ira rasa tak yakin dengan diri sendiri. Kebetulan masa itu Mak Teh demam. Jadi Ira mengambil keputusan untuk tidak hadir ke majlis itu..”

“Habis tu, kenapa sayang larikan diri dari abang selepas hari pertunangan abang tu?”

“Sebab abang dah jadi tunang orang!! Ira tak naklah orang salah faham dengan kita..” balas Humaira. Dia masih terbayangkan keadaan masa itu. Bukan mudah baginya untuk mengelakkan diri dari Tengku Elman.

“Bijaknya isteri abang..” ujar Tengku Elman sambit mencuit hidung Humaira. Dia berasa benar-benar bahagia hari ini.

“Abang!! Sakit tau!!”

“Sayang ni jahat!! Suka buat abang jadi tak betul!!” Tengku Elman pura-pura merajuk.

“Masa tu manalah Ira tahu!!! Abang janganlah merajuk. Buruk muka abang yang handsome tu nanti..” Humaira memandang wajah Tengku Elman. Walaupun dia belum mengingati kisah silam, namun dia dapat merasakan hubungannya dengan Tengku Elman semakin baik.

Kali ini, Tengku Elman merapatkan tubuhnya dengan Humaira. Dia memeluk bahu Humaira. Serasa dia tidak mahu melepaskan lagi.. Di sini sahaja mereka bebas melakukan apa saja. Bila pulang ke Kuala Lumpur, mereka terpaksa membataskan pergaulan mereka.

Tuesday, 6 May 2014

Kau Rantai Hatiku 45

Petang itu Tengku Elman Qaufar dan Humaira bertolak dari Kuala Lumpur. Sebelum ini memang pelbagai alasan yang dia terpaksa berikan kepada Humaira. Kononnya mereka pergi atas urusan kerja. Mahu tidak mahu, Humaira terpaksa menurut juga kata-katanya.

Sepanjang perjalanan mereka berdua masing-masing berdiam diri. Mungkin tidak tahu apa topik yang harus di bualkan. Tengku Elman memandang Humaira yang sedang melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

“Sayang.. Kenapa senyap je dari tadi?” suara Tengku Elman memecah kesunyian. ‘Sayang???’ Tengku Elman panggil begitu lagi? Humaira memandang tajam ke arahnya. Dia ni betul-betul tak faham bahasa kot!

“Berapa kali Ira cakap jangan panggil Ira sayang! Ira tak suka!” bentak Humaira.

“Tapi abang suka. Walaupun Ira marah beribu kali pun pada abang, abang tetap panggil Ira sayang.” Terdengar usikan dari Tengku Elman.

“Huh..! Tak faham bahasa agaknya. Makin di larang makin menjadi.” Gumamnya sendirian.

Tengku Elman Qaufar ketawa. Dia tahu Humaira bengang dengannya. Di tambahkan lagi dengan keadaan cuaca yang panas. Aircond pun tidak terasa lagi. Humaira mula sakit kepala. Dia cuba mencari ubatnya di dalam tas tangan. Kemudian dia mengambil botol air yang juga ada dalam tas tangannya.

“Sayang kenapa ni?” soal Tengku Elman gelisah. Dia melihat wajah Humaira berkerut menahan sakit. Kadang-kadang terdengar juga suara Ira mengaduh kesakitan.

“Kepala saya sakit”

“Kita berhenti dululah. Rehat sebentar. Mana tahu nanti elok sedikit” Humaira mengangguk tanda setuju. Lagi pun dia nak bersolat sekejap.

Selepas itu mereka meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan mata Humaira sudah mula mengantuk. Mungkin kesan ubat yang di telannya.

“Nanti kalau dah sampai kejutkan Ira ya!”

“Baiklah. Sayang tidurlah dulu.” Tengku Elman mengalihkan pandangannya.

Walaupun dia sedar tempat yang mereka tuju semakin hampir, namun dia sengaja menyuruh Ira tidur. Sebelum memulakan perjalanan tadi dia sudah menelefon Mak Munah agar menyediakan apa yang patut.

Sesampai di halaman rumah itu dia melihat Mak Munah sudah sedia menunggu. Tengku Elman tersenyum. Lama juga dia tidak mengunjungi rumah itu. Kawasan rumah itu tetap seperti dahulu. Mak Munahlah yang tolong dia jagakan dan membersihkan rumah itu.

“Macam mana Mak Munah? Dah siapkan apa yang saya pesan tadi?”

“Dah Tengku. Semuanya Mak Munah sediakan.”

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

Tengku Elman membuka pintu kereta lalu mengangkat tubuh Humaira dari dalam kereta. Humaira seperti tidak sedarkan diri. Dia mencempung tubuh Humaira lalu di bawa ke bilik utamanya. Perlahan-lahan tubuh itu di daratkan atas katil. Kemudian dia selimutkan Humaira. Hari nampaknya semakin gelap.

Jam pun sudah menunjukkan pukul 7 malam. Kemudian Tengku Elman masuk kebilik air untuk membersihkan diri. Dia tidak mahu mengganggu Humaira. Kesian dia melihat wajah Humaira yang sakit itu. Mungkin dia selalu sakit begini!

Selesai mandi dia hanya mengenakan seluar panjang warna hitam dan berbaju t-shirt putih. Dia keluar dari bilik lalu mendail nombor Pak Teh. Ketibaan mereka harus di beritahu kepada orang tua itu supaya mereka tidak risau dengan mereka berdua.

Dan seperti yang dijangka, Pak Teh memberitahu bahawa Humaira selalu sakit kepala. Bila di suruhnya pergi ke klinik dia tidak mahu.

Tengku Elman mengangguk. Dan malam ini merupakan malam dia bersama Humaira. Namun dia tidak tahu bagaimana reaksi gadis itu jika dia tahu mereka berada di rumah persendirian.

Lena sungguh Humaira tidur. Tengku Elman perlahan-lahan baring di sebelah Humaira. Dia terlalu rindukan wajah itu. Tangannya perlahan-lahan mengelus wajah itu. Sesekali Humaira menepis juga jarinya yang mendarat di pipinya. Namun Humaira tetap terus tidur. Lama Tengku Elman Qaufar memerhati wajah itu. Masih seperti dulu cuma sekarang dia semakin cantik dan matang.

Akhirnya dia tertidur sambil tangannya memeluk pinggang Humaira. Esok pagi dia mesti bangun awal dari Humaira. Kalau tidak masaklah dia bila Humaira mengamuk nanti.

HAMPIR jam 8 pagi, Humaira tersedar. Dia terdengar seseorang memasuki rumah itu. Humaira melompat dari katil. Dia mencari sesuatu yang boleh menjadi senjata untuk mempertahankan dirinya. Tidak ada satu pun yang boleh digunakan kecuali penyangkut baju. Dia berdiri di belakang pintu apabila pintu bilik terbuka. Dengan sekuat hatinya dia memukul seorang lelaki yang baru saja masuk. Lelaki tersebut kedengaran ketawa sambil memegang tangannya.

“Tengku Elman!”

Humaira menjerit geram dan sekali gus pipi lelaki itu di tamparnya. Dia tidak faham kenapa Tengku Elman melakukannya begitu. Apa maksud Tengku Elman sebenarnya!

“Huh..”

Itu saja yang dikatakan oleh Tengku Elman sebelum memaut tubuhnya dan merebahkannya di atas katil. Tengku Elman memeluknya erat. Humaira cuba meronta.

“Tengku Elman, lepaskan Ira! Lepaskan!” Humaira menjerit sekuat hatinya.

Humaira benar-benar marah dengan kelakuan Tengku Elman. Siapa dia yang berani menyentuh dan memeluknya sebegitu. Geram di hatinya tidak dapat di bendung. Apa tujuan Tengku Elman membawanya ketempat itu? Bukankah sepatutnya mereka menginap di hotel bukannya di rumah persendirian ini. Namun Tengku Elman seperti orang kehilangan akal. Dia masih memeluk Humaira. Berhempas pulas Humaira mahu melepaskan dirinya.

“Gila...!” Humaira menjerit kuat.

Tengku Elman bangun lalu ketawa kecil. Kemudian badannya di sandarkan ke dinding.

“Apa Tengku nak buat dengan Ira? Hah!!” jerit Ira.

Perasannya tidak dapat di kawal lagi. Hilang segala adab sopannya. Tengku Elman tersenyum sambil merenung Ira, hilang rasa rindunya. Semalam dia tidak dapat tidur kerana dia takut Humaira akan tersedar dan mungkin akan melarikan dirinya.

“Abang nak mandi dulu. Nanti baru abang ceritakan semuanya, okey!” ujar Tengku Elman selamba.

Tengku Elman langsung tidak menunjukkan rasa bersalahnya. Dia sentiasa tersenyum. Humaira hanya memerhatikan Tengku Elman membuka bajunya kemudian dia hilang di bilik air. Humaira meluru ke pintu bilik dan membukanya. Dia kini berada di ruang tamu. Dia terpegun seketika. Hiasan rumah tersebut memang cantik. Ada beberapa buah sofa di situ. Television dan rak buku. Perlahan-lahan dia duduk di sofa yang menggunakan kain fabric itu. Adakah rumah ini kepunyaan Tengku Elman Qaufar? Dan apa tujuan dia membawanya ke sini? Dia memerhati sekeliling. Hiasan dalaman rumah itu di atur dengan begitu kemas sekali dan teliti. Langsirnya juga begitu cantik dan menarik. Kedengaran deruan ombak. Dia menuju ke tepi tingkap. Pantai!! Dia tersenyum! Seolah-olah hilang segala kemarahannya sebentar tadi.

Lamanya dia tidak melihat pantai. Dia tersenyum melihat keindahan alam itu.matanya terpejam taktala mendengar suara ombak yang memukul pantai dan si selangi dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

“Sayang suka tak?” Tengku Elman bertanya.

Humaira tersentak kerana pertanyaan itu betul-betul berada di telinganya. Hampir melompat Humaira mendengarnya. Dia menghadap Tengku Elman yang berada di depannya. Lelaki itu hanya tersenyum merenungnya. Lelaki itu sangat tampan walaupun hanya mengenakan baju T-shirt biasa dan seluar panjang.

“Tengku Elman dah gila agaknya? Ira boleh report polis kalau Ira mahu tahu tak?” Humaira berkata separuh menjerit. Geram rasanya. Tengku Elman mendepangkan tangannya sambil ketawa kecil.

Reportlah.. Apa yang polis boleh buat. Cuba cakap dengan abang. Mak Teh dan Pak Teh kenal abang. Polis nak cakap apa kalau mereka tahu abang ni suami Ira” Tengku Elman mengejek.

What??

Humaira tidak faham akan maksudkan dengan Tengku Elman. Tengku Elman duduk di sofa. Lelaki itu kelihatan tenang. Hanya memakai seluar panjang dan t-shirt warna biru. Humaira nampak pakaian itu di dalam almari tadi dan dia langsung tak terfikir itu pakaian Tengku Elman Iskandar.

“Suami?? Jadi kenapa bawa Ira ke sini? Apa salah Ira?” ujar Humaira.

“Ira tak salah apa-apa. Abang sengaja bawa sayang ke sini”

“Apa kena-mengena Ira dengan rumah ini?” soalnya kehairanan.

Humaira duduk semula tapi agak jauh dari Tengku Elman. Dia hairan kenapa lelaki itu boleh tenang begini. Dia cuba mengingati peristiwa yang berlaku semalam. Namun dia tidak dapat mengingat sepenuhmya.

“Apa pulak tak ada kena mengena. Kita akan duduk bersama nanti.”

Dengan selamba dan ketawa kecil Tengku Elman berkata. Terkebil-kebil mata Humaira melihat kelakuan Tengku Elman.

“Kita? Apa maksud Tengku ni?” tanya Humaira tidak puas hati. Tengku Elman ketawa. Selepas lima tahun berlalu baru hari ini dia benar-benar rasa gembira dan boleh ketawa senang.

“Yalah. Kitakan suami isteri. Takkan abang tak boleh gembirakan hati sayang!”

“Kita suami isteri? Bila masa pula kita nikah? Lepas tu Cik Isabella macam mana?” soal Humaira. Sempat lagi dia teringat kepada Isabella yang kini tunang kepada Tengku Elman.

“Itu yang abang nak terangkan sebenarnya” Tengku Elman bangun lalu mendekati Humaira.

“Ira nak balik sekarang!” ujar Humaira berani. Dia tidak mahu mendengar Tengku Elman merepek dengannya lagi. Makin lama dia dekat dengan Tengku Elman makin tak terkawal pula perasaannya nanti. Ingat!! Tengku Elman Qaufar bakal berkahwin Ira!!

“Kalau abang tak nak, sayang nak buat apa?” soal Tengku Elman selamba.

“Ira akan balik sendiri” jawabnya laju.

“Sayang... Dekat sini mana ada teksi. Tak ada bas. Atau apa saja kemudahan perkhidmatan awam. Kecuali sayang balik dengan abang..” Tengku Elman berkata dengan lembut.

“Tolonglah hantar Ira balik sekarang!” Humaira mula merayu. Dia takut bersendirian dengan lelaki yang di kenali sebagai Tengku Elman Qaufar itu.

“Tapi dengan syarat!”

“Apa syaratnya?”

“Kita akan balik esok pagi. Dan sebelum itu abang nak bawa Ira jalan-jalan kat pantai tu. Abang ada sesuatu nak cakap pada Ira...”

“Kita berdua saja ke dalam rumah ni?” soal Humaira lagi. Matanya tetap memandang keadaan sekeliling. Tiada sesiapa pun kecuali dia dengan Tengku Elman.

“Yup.. Kalau Ira takut pada abang, abang boleh minta Mak Munah datang temankan Ira.”

“Itulah yang sebaiknya..” jawab Ira. Lapang sedikit dadanya. Manalah dia tidak takut jika berada berdua-duaan dengan lelaki di depannya ini. Bukan boleh di jangka perangainya.

“Tengku.. Sarapan dah siap...” kedengaran satu suara yang menegur Tengku Elman. Kedua-dua mereka menoleh.

Mak Munah hanya tersenyum saja. Dia tahu mungkin isteri majikannya itu merasa pelik dengannya. Kalau mengikut cerita Tengku Elman pagi tadi memang wajarlah isteri majikannya itu tidak mengenalinya. Dan memang benar ‘Ariana’ langsung tidak mengenalinya.

“Terima kasih Mak Munah. Jom kita sarapan. Lepas sarapan abang bawa Ira pergi jalan-jalan” lembut sekali bicara Tengku Elman. Dia tidak setegang tadi. Humaira hanya mengangguk. Lega rasanya bila dia tahu dia tidak berdua saja dengan Tengku Elman. sebelum itu tadi dia bagaikan nak gila bila memikirkan mungkin hanya mereka berdua sahaja berada di rumah itu. Namun kini dia lega apabila dia mengetahui mereka bukan berdua sahaja tetapi ada orang gaji yang bernama Mak Munah turut berada di dalam rumah tersebut.

SELEPAS bersarapan, Tengku Elman membawa Humaira ke tempat yang selalu mereka berdua menghabiskan masa suatu ketika dulu.

“Kita duduk di sini dulu” ujar Tengku Elman. Humaira hanya menurut. Dia membuang pandang ke pantai. Memang dari dulu lagi dia suka mendengar bunyi ombak memukul pantai. Entah kenapa hatinya akan menjadi tenang.

“Ada apa-apa yang Tengku nak cakap dengan Ira ke” soal Humaira. Sebelum apa-apa dia harus tahu apa tujuan Tengku Elman membawanya ke sini. Dan bukannya tempat yang di sebutkannya tempoh hari.

“Ada. Tapi sayang kena percaya cakap abang” jawabnya lembut.

“Kenapa Ira mesti percaya cakap Tengku? Kita bukannya ada apa-apa pertalian pun. Cuma Tengku memandang Ira seperti arwah isteri Tengkukan?” soal Humaira berani.

“Itulah silapnya. Sebenarnya Ira memang isteri abang. Pada mulanya abang pun tak percaya. Ingatkan abang hanya bermimpi.”

“Macam mana Tengku percaya yang Ira ni isteri Tengku?”

“Sayang ingat tak masa abang pergi rumah sayang hari tu. Abang jumpa dengan Mak Teh dan Pak Teh.”

“Ingat. Kenapa?”

“Sebenarnya Mak Teh dan Pak Teh adalah bekas pekerja di rumah Ira. Hari itu abang gembira sangat”

“Kenapa pulak?”

“Sebab abang jumpa kebenarannya. Jumpa orang yang di cari-cari selama ini. Yang boleh membuatkan abang tersenyum semula. Bagaikan abang bermimpi tapi itulah kenyataannya.” terdengar tawa dari bibir Tengku Elman. Memang masa itu rasa mahu sahaja dia memeluk Humaira namun dia mengawal perasaannya bila mendengar nasihat Pak Teh. Mereka perlukan masa yang sesuai unutk berterus terang dengan Humaira.

“Tengku cakap apa ni? Boleh tak Tengku berterus terang saja. Kalau tak Ira nak balik!” otaknya semakin tidak dapat menerima berita yang baru di sampaikan oleh Tengku Elman tadi.

“Sabar.. Ni yang abang nak cakap. Sebenarnya Ira memang isteri abang.”

“Tak percayalah.. Kenapa Ira langsung tak ingat wajah Tengku?” selamba saja dia bertanya. Tengku Elman tergelak. Lucu sekali pertanyaan Ira.

“Tapi abang tak pernah lupakan wajah Ira. Walau pun Ira tidak ingat siapa abang. Abang tetap sayangkan Ira dan cintakan Ira lebih dari diri sendiri” balas Tengku Elman lagi. Hari ini dia akan menceritakan satu persatu tentang dia dengan Humaira. Kalau pun Humaira tidak ingat sekurang-kurang pertanyaan Humaira terjawab kenapa dia membahasakan dirinya abang dan memanggil Humaira sayang. Itu yang pertama dahulu.

“Huh.. Lelaki memang macam tu ke?” soal Humaira lagi. Tengku Elman membeliakkan biji matanya.

“Tapi, betul ke Ira ni isteri Tengku?” soal Humaira inginkan kepastian. Bagaikan dia bermimpi! Tengku Elman tersenyum. Dia tahu mungkin Humaira sukar menerima kenyataan tetapi itulah hakikatnya. Humaira itu isterinya.

“Betul sayang.. Buat apa abang nak tipu sayang?” jawab Tengku Elman dengan tenang. Humaira terdiam. Tetapi dia masih tidak dapat mengingat apa-apa tentang Tengku Elman seperti yang di ceritakan oleh Tengku Elman.

“Sejak bila Tengku tahu Ira ni isteri Tengku..” kali ini berderai ketawa Tengku Elman. lucu betul dengan wajah Humaira sekarang. kesian sungguh rupa isterinya yang langsung tak tahu apa-apa.

“Sejak bertemu semula dengan Pak Teh dan Mak Teh...” Humaira terkejut. Patutlah selama ini mereka seperti menyembunyikan sesuatu tetapi hingga ke hari ini barulah dia mengetahuinya.

“Tapi sayang tak boleh salahkan mereka.. Kalau abang jadi mereka pun abang akan buat benda yang sama..” Humaira megangguk! Mana dia sampai hati marah kepada kedua orang tua yang telah selamatkan nyawa dan menjaganya dengan baik. Sebaliknya dia yang berterima kasih dengan mereka.

“Kenapa? Masih lagi tak percaya ke? Cuba Ira buka kalung tu” Tengku Elman pun sama membuka kalung di lehernya. Humaira juga berbuat demikian.

“Bawa sini!!”

Humaira menurut saja kata Tengku Elman. Dia tidak tahu apa yang akan di buat dengan kalungnya itu.

“Sayang tau tak kali pertama abang nampak kalung ini di leher Ira, abang sudah yakin bahawa Ira adalah isteri abang. Namun abang mahu memastikan kebenaranya. Sehingga suatu hari tu abang pergi cari Ira sampai ke rumah Pak Teh. Dari situlah abang tahu bahawa Ira benar-benar isteri abang. Cuma Pak Teh beritahu yang Ira hilang ingatan. Sebab itu abang tidak mahu menyukarkan keadaan. Dan Ira tengok ni. Kalung ini adalah pemberian abang semasa hari pernikahan kita. Walaupun Ira hilang sekejap dari hidup abang, namun kalung ini tidak pernah abang buangkan. Abang sentiasa pakai walau kemana saja pergi.”

Dalam masa yang sama, Tengku Elman Qaufar mencantumkan kedua-dua biji kalung itu.


     “Dan inilah kebenarannya.”

     Terkejut Humaira melihat kedua-dua biji kalung yang di cantumkan itu. Memang benar dia isteri lelaki itu. Tapi bagaimana jika masih belum dapat mengingat semula. Sejak akhir-akhir ini dia sering pening kepala.

     “Jadi kita memang suami isteri?” soalnya lagi. Dia mahukan kepastian.

     Tengku Elman mengangguk. Kini barulah dia faham kenapa semenjak pertemuan Tengku Elman dengan keluarga angkatnya, lelaki itu galak mengusiknya dengan memanggilnya sayang dan berani mengakunya isteri pula. Dan paling penting, dia sentiasa berwajah ceria.

     Dia sendiri terkejut mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Tengku Elman.

     “Sayang masih tak percayakan abang ke?” soal Tengku Elman lagi. Namun dia percaya suatu hari nanti pasti Humaira akan mengingati dirinya. Cuma dia harus bersabar dan bertawakal.

     Humaira hanya menggeleng.

     “Bukan tak percaya. Tapi berikan Ira masa untuk menerima semuanya ini.” Gila dia tidak percaya dengan bukti yang Tengku Elman tunjukkan. namun dia mahu mengambil masa unutk melalui semuanya itu.

     “Abang tak kisah. Apabila semuanya selesai nanti kita boleh hidup bersama.”

     “Terima kasih. Tapi Ira betul-betul minta maaf sebab Ira langsung tak ingat cerita kita.”

     “Tak mengapa. Yang penting abang dah jumpa orang yang buat abang rasa sengsara sebelum ini.”

     Tangan Humaira segera di capai dan di kucup penuh kerinduannya. Sudah lima tahun dia tidak dapat mengucup jari jemari itu. Inilah kebesaran dari tuhan. Orang yang baik akan sentiasa di lindungi.

     Kemudian dia memeluk tubuh isterinya. Dikucup lembut ubun-ubunnya. Selepas ini tiada apa yang dapat memisahkan mereka. Namun begitu dia akan membenarkan Humaira tinggal dengan Mak Teh dan Pak Teh untuk sementara waktu demi keselamatan Ira.

 

 

 

                                                                

Tuesday, 29 April 2014

Kau Rantai Hatiku 44

“WAH!! Bukan main lagi malam tadi kan?” usik Kak Sofi. Humaira hanya tersenyum sahaja. Dia tahu pagi ini pasti Kak Sofi akan galak mengusiknya.

“Kenapa akak cakap Ira macam tu?”

“Yelah siapa yang sangka rupa-rupanya Ira boleh dapat gelaran Miss Beauty! Padan muka Cik Bella. Tergedik-gedik dekat Tengku Elman. Menyampah tau tengok muka dia!” sampuk Aya pulak.

“Hish kau ni! Macamlah tak tahu. Tengku tukan tunang dia. Tak lama lagi mereka akan kahwin. Suka hati dialah nak buat apa!” balas Humaira lagi. Kemudian Aya berlalu pergi meninggalkan Humaira dengan Kak Sofi.

“Ira tak ada apa-apa perasaan pada Tengku Elman ke?” soal Kak Sofi sebaik sahaja tinggal mereka berdua sahaja di ruang pantry itu.

“Apa maksud Kak Sofi?” soal Huamira kehairanan.

“Tak begini. Sebenarnya akak tengok Tengku tu macam ada hati kat Humaira. Yelah Ira pun tahu wajah Ira tu seiras dengan arwah isterinya. Tapi cara dia pandang Ira tu lain macamlah..” Kak Sofi meluahkan rasa hatinya. sudah lama dia perasan dengan layanan Tengku Elman kepada Humaira. Tetapi dia diamkan saja kerana mungkin itu hanya apa yang di fikirkannya. Namun dari hari kehari Tengku Elman semakin ceria dan sekarang berani pula dia mengusik Humaira di depan mereka. Kadang-kadang dia hairan, nama sahaja Cik Bella itu tunangan Tengku Elman tetapi mereka jarang-jarang keluar makan bersama atau berjumpa selalu walaupun mereka berkerja di bawah satu bumbung.

“Apa yang lainnya. Akak jangan nak menakutkan Ira pulak!” ujar Humaira dalam gelaknya. ‘Kak Sofi ni mAcam-macam’ bisik hatinya. Tapi betul ke Tengku Elman ada hati dengannya. Kalau sekadar usikan itu tak bermakna lelaki itu ada perasaan padanya. Siapalah dia jika di bandingkan dengan tunang Tengku Elman.

“Entahlah perasaan akak je kot. Ira tak payah ambil seriuslah dengan apa yang akak cakap” Kak Sofi mematikan lamunan Humaira.

Humaira hanya mengangguk.

“Jom kita mula kerja.. nanti mengamuk pula si bos kat kita..” Humaira mengangkat punggungnya sambil menuju ke sinki untuk mencuci mug yang di gunakannya. Kak Sofi pun turut berbuat benda yang sama. Kemudian mereka masing-masing menuju ke meja kerja masing-masing.

Petang itu, Zana terdengar Tengku Elman memberitahu Erin tentang sesuatu. Namun dia segera bertanya pada Erin untuk memastikan kebenaran cerita itu.

“Dengar-dengar, Tengku Elman nak belanja petang ni?” ujar Zana kepada Aya.

“Mana kau tahu?” soal Aya kepada Zana.

“Tadi bos cakap.. Bestnya dapat makan bersama-sama bos!” ujar Zana kegembiraan.

Baginya bukan mudah dapat peluang untuk duduk makan semeja dengan bos. Tapi bos ini sangat baik walaupun wajahnya selalu saja susah mahu tersenyum. Cuma sejak kebelakangan ini, bosnya itu galak mengusik Humaira. Biar pun dia tahu Isabella itu tunang bos, tetapi dia tidak pernah melihat bos mereka gembira bila bersama dengan Isabella.

“Ira kau pergi tak petang ni?” soal Zana kepada Humaira. kebetulan juga Humaira lalu di depannya.

“Pergi mana?” soal Humaira balik. Dia tidak tahu apa-apa pun.

“Bos ajak semua staff keluar makan petang ni.. Dia nak belanja!!”

“Oh iya ker.. Ira tak nak pergilah..” Humaira memberi alasan. Malas dia mahu pergi dengan mereka. Lagi pun rasa penatnya belum hilang lagi.

“Siapa yang tak nak pergi?” kedengaran suara garau mencelah perbualan mereka. Mereka bertiga berpaling. Dan yang membuatkan mereka terkejut ialah suara itu datang dari mulut Tengku Elman.

“Ira bos..” jawab Zana dan Aya serentak!

“Kenapa Ira tak nak pergi?” soalnya dengan wajah yang serius! Saja dia mahu menunjukkan wajah serius itu kepada Humaira!

“Ira memang tak nak pergi!” jawab Humaira dengan berani.

“Beri seribu satu alasan Ira tak boleh pergi..”

‘Seribu satu alasan? Apa dah gila agaknya Tengku ni?? Kenapa aku kena bagi seribu satu alasan hanya kerana tidak mahu pergi keluar makan dengan mereka petang nanti..’ gumam Humaira dalam hati.

“Ira penat..”

“Satu..”

“Ira malas..”

“Dua..”

“Memang Ira tak nak pergi!! Walaupun Ira tak dapat bagi seribu satu alasan!” Humaira melawan. Geram betul hatinya bila sedar yang dirinya di permainkan oleh Tengku Elman Qaufar.

“Okey, kalau Ira tak pergi, saya batalkan rancangan tu..”

“Ira.. Pergilah.. Kami nak sangat duduk makan semeja dengan bos. bukan selalu tau!”

“Yelah Ira, kempunan kami nak rasa bos belanja kami makan..”

“Dengar ya.. Kalau Ira tak pergi, saya batalkan rancangan untuk makan petang ini..” ugut Tengku Elman pula.

“Kenapa Ira mesti pergi?”

“Sebab kerana Iralah majlis kita berjaya.. dan kita pun dapat beberapa tajaan besar.”

“Okeylah kerana kawan-kawan Ira, Ira akan pergi..” akhirnya Humaira mengalah. Kalau dia tak pergi kesian dengan rakan-rakan sepejabatnya yang bersusah payah menjayakan majlis itu dengan sempurna.

PETANG itu seperti yang di janjikan, selepas waktu bekerja, Tengku Elman meminta pekerjanya menunggu dia di sebuah restoran. Dia sudah pun menempah bilik besar yang khas untuk mereka petang itu. Isabella juga tidak ketinggalan. Dia berasa bangga dengan dirinya sendiri kerana Tengku Elman juga turut memujinya.

Sampai di restoran itu, Tengku Elman sengaja menarik hujung baju Humaira supaya duduk dekat dengan dirinya.. Kini Tengku Elman di apit oleh dua orang gadis. Manakala Isabella menjeling tajam ke arah Humaira. ‘Dia ni saja je nak duduk dekat Tengku Elman. Macamlah tak ada tempat lain dia nak duduk!’ bisik hati Isabella.

“Wah untungnya bos, dapat di apit dua orang gadis lagi.. Ini yang buat kami jelous ni..” usik Encik Johan. Yang lain pula bergelak ketawa.

“Kalau jelous duduklah di sebelah mana mana yang Encik Johan suka!” ujar Tengku Elman dengan selamba. Kata-kata Tengku Elman itu di sambut dengan gelak ketawa.

Makanan yang mereka pesan sudah sampai. Masing-masing sudah tidak sabar melihat keenakan makanan di restoran tersebut.

Tengku Elman menyeduk makanan untuk Humaira. Isabella sekali lagi menahan perasaan. Dia cemburu dengan Humaira kerana Tengku Elman sentiasa memberi perhatian kepadanya.

“Baiknya bos dengan Ira..” usik salah seorang pekerja di situ.

“Mestilah.. Kalau bukan kerana dia, majlis malam itu tidak akan berjaya tau.. Ini sikit je kalau nak dibandingkan jasa dia pada syarikat kita.. Saya hanya nak berterima kasih dengan dia. Dan tidak lupa juga dengan jasa kamu orang semua.. Sebab itulah saya belanja kamu semua makan kat sini hari ini..” terang Tengku Elman.

Semua mereka mengangguk.

Selesai makan-makan, masing-masing pulang dalam keadaan yang mengenyangkan! Lauk pauk di restoran itu semuanya sedap! Yang paling best bila bos keluar belanja!

“Terima kasih bos, sebab belanja kami makan malam ini..” ujar para pekerjanya. Tengku Elman hanya menganguk.

“Sama-sama..”

Dari dia datang ke restoran itu lagi, dia lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin di sebabkan kepalanya yang sedikit pening. Namun di gagahinya jua dirinya didepan rakan-rakan sekerjanya. Mereka berpisah di tempat parking kereta. Mereka masing-masing masuk ke kenderaan sendiri. Begitu juga Humaira. 

Dia menghidupkan enjin keretanya namun enjin keretanya tidak mahu hidup. Beberapa kali juga dia memusing kunci itu namun tetap sama.

“Arghh!! Meragam lagi kereta ni!” rungut Humaira sendirian. Kepala juga sedikit berdenyut. Rasa tidak sabar dia mahu sampai kerumah. Tetapi keretanya pula buat hal!!

Tengku Elman yang menyedari keadaan itu terus mendekati pintu di bahagian memandu. Dia menegur Humaira. Di tinggalkan sahaja Bella sendirian berhampiran dengan keretanya. Lagi pun semua mereka datang dengan kenderaan sendiri.

“Kenapa?” soal Tengku Elman tiba-tiba.

“Kereta ni meragam lagi..” beritahu Humaira.

“Selalu ke meragam macam ni?” soal Tengku Elman lagi.

“Baru-baru ni pun meragam juga. Tapi mujurlah Pak Teh tolong tengokkan untuk Ira..” terang Humaira lagi. Dia melepaskan keluhannya.

“Apa kata Ira tinggalkan kereta ni di sini.. Nanti saya suruh Encik Johan hantar kereta Ira ke bengkel..”

“Kalau macam tu saya call Pak Teh je jemput Ira kat sini..” balas Humaira apabila mendengar Tengku Elman menghulurkan bantuan. sambil itu tangannya mula menyeluk beg mencari telefon bimbitnya.

“Tak payah, saya boleh hantarkan Ira balik..” jawab Tengku Elman dengan cepat.

Tengku Elman terus mendekati keretanya. Namun dia melihat Isabella maih lagi berdiri di tempat tadi dengan muncung yang panjang.

“Bella, I pergi hantar Ira balik dulu.. You pun baliklah..”

“I belum habis cakap lagi dengan you..” rengek Isabella.

“Nak cakap apa? Lain hari sajalah ya!!”

“Habis bila kita nak bincang soal majlis perkahwinan kita?” soal Bella dengan geram. Dari tadi dia menahan perasaan apabila kehadirannya langsung tak di ambil perhatian oleh Tengku Elman. Sikit-sikit Ira.. sikit-sikit Ira..

“Kita bincang hari lainlah.. Lagi pun I nak hantar Ira balik ke rumah. Kereta dia rosak..”

“Kenapa tak suruh Encik Johan hantarkan dia?”

“I suruh Encik Johan tunggu orang tarik kereta Ira masuk bengkel..”

‘Huh!! Mengada-ngada..’ ujar Bella dalam hati.

Tengku Elman segera membukakan pintu untuk Humaira. Makin panaslah hati Bella melihat layanan baik yang di terima oleh Humaira.

MEREKA masing-masing diam didalam kereta milik Tengku Elman. Akhirnya Humaira memulakan bicara.

“Cik Bella tak marah ke Tengku hantar Ira balik rumah?” soal Humaira. Dia pasti Cik Bellanya tidak suka melihat Tengku Elman rapat dengan dirinya. Lagi pun tadi dia tidak sengaja terdengar kata-kata Isabella..

“Buat apa nak marah? Bukan salah Ira pun.. Dah memang kereta Ira tu meragam..” jawab Tengku Elman sambil matanya memandang ke depan.

“Ira minta maaflah kerana terpaksa menyusahkan Tengku..”

“Gunung akan ku daki, lautan akan ku renangi.. kerana Ira, abang sanggup buat apa saja..” tiba-tiba Tengku Elman berjiwang-jiwang. Berharap orang sebelahnya itu faham dengan maksud ayat-ayatnya itu.

“Hish tak padan dengan rupa Tengku ni. Terror jugakan dengan ayat-ayat jiwang ni. Tengku ni pun pandai touching jugakan?” Humaira berkata sambil ketawa. Dia sebenarnya geli mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Tengku Elman. Tak sangka dalam diam Tengku ni romantik juga orangnya.

“Itu baru sikit je.. Intro je.. Kalau Ira nak dengar yang lebih lagi, lain kalilah ya!” ujar Tengku Elman. Dia sudah membuat rancangan selepas ini dia mahu membawa Humaira ke rumah di tepi pantai tempat mereka selalu menghabiskan hujung minggu suatu masa dulu.

“Gelilah Ira nak dengar.. Baik Tengku mengucapkan ayat-ayat cinta Tengku tu pada Cik Isabella. Pasti Cik Isabella terharu mendengarnya.. Lagi pun tak lama lagi kalian berdua akan berkahwin!”

‘Abang tak nak kahwin dengan Isabella.. Cukuplah abang mempunyai seorang isteri seperti Ira!’

Tanpa mereka sedari, mereka sudah berada didepan rumah Pak Teh. Tengku Elman memberhentikan kereta.

“Terima kasih Tengku sebab hantar Ira malam ini..”

“Alah apalah sangat jika nak di banding kan dengan apa yang Ira buat untuk saya dan syarikat kita..” ujar Tengku Elman. Humaira tersenyum.

“Jangan lupa esok kita kena pergi ke Johor..” entah keberapa kali Tengku Elman berpesan. Barulah Humaira teringat.

“Ira ingat Tengku.. nanti Ira terus kemas pakaian dan esok kita akan bertolak mengikut masa..”

“Bagus macam itulah yang saya nak..”

“Eh tengku tak nak singggah ke?” soal Humaira lagi. rasa serba salah pulak. baik-baik Tengku bawa dia pulang, tapi dia tak jemput masuk ke rumah pulak!

“Tak apalah Ira. lagi pun saya juga nak pack barang malam ini..”

“Oh ya lupa pulak! Okeylah kalau macam tu saya nak masuk kedalam dulu. Selamat malam..”

“Selamat malam sayang.. Jangan lupa mimpikan abang tahu!!”

“Dah mulalah Tengku ni.. Apa-apa sajalah..” gelak Humaira. Dia sedar macam mana pun dia memarahi Tengku Elman kerana memanggilnya sayang, namun lelaki itu memang tak pernah makan saman.

SELESAI mandi dan membersihkan diri, Humaira terus mengemas pakaiannya. Dia terpaksa pergi ke Johor bersama dengan Tengku Elman. Pada mulanya dia memang malas mahu mengikut Tengku Elman, kerana dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia tidak akan mengikut Tengku Elman atas urusan kerja di mana-mana selepas selesai majlis itu. Namun sangkaannya itu ternyata meleset sekali.

Tengah hari tadi, dia di panggil oleh Tengku Elman. Pada mulanya dia memang tidak mahu berjumpa dengan bos mereka. Namun dia terpaksa juga kerana itu arahan kerja. Rupa-rupanya Tengku Elman mahu memberitahu bahawa dia terpaksa pergi ke Johor bersama-samanya. Pada mulanya Humaira memang membentak, namun Tengku Elman Berjaya memujuknya.

“Boleh Mak Teh masuk?” kedengaran suara Mak Teh yang kini berdiri di luar pintu bilik Humaira yang memang terbuka.

“Masuklah..” jawab Humaira ddengan senyuman di bibirnya. Hilang segala sumpah seranahnya pada Tengku Elman.

“Ira pergi outstation lagi ke?” soal Mak Teh sebaik saja dia melangkah masuk ke bilik Humaira. Selepas makan tadi Humaira cepat-cepat naik ke biliknya.

“Nampaknya begitulah Mak Teh.. Ingatkan bila dah selesai majlis pelancaran tu, Ira tak payah nak kerja ke tempat lain, rupa-rupanya Ira tersalah tafsir pulak!” keluh Humaira sekali lagi. Kalau bukan kerana mengenangkan itu pasal kerja memang dia tidak mehu ikut Tengku Elman kemana-mana pun!

“Tak apalah, dah memang itu kerja Ira nak buat macam manakan?” pujuk Mak Teh pula. Dia tahu perasaan Humaira yang sejak kebelakangan ini agak terganggu.

“Iyalah Mak Teh.. Kadang-kadang Ira fikir nak berhenti kerja je.. Nak kerja balik dengan Arin. Kesian Arin buat kerja kat kedai itu tanpa bantuan Ira...” Humaira menyuarakan perasaannya.

“Pasal Arin tu, Ira janganla risau.. Dia kan ada pembantu yang lain.. Ira tak payah risau punyalah.. Kalau memang benar Arin ada masalah pasti dia akan cari Ira..” pujuk Mak Teh pula.

“Betul kata Mak Teh.. Kami kawan pun lama, takkan Arin tak cari Ira kalau ada masalah.. Lagi pun buat masa sekarang Ira tak ada masa nak jenguk dia..” terdengat keluhan dari mulut Humaira. Mak Teh hanya tersenyum sambil membelai rambut Humaira.

“Esok pukul berapa bertolak?”

“Lepas sembahyang Jumaat. Itu kata Tengku..” jawab Humaira lagi.

Mak Teh hanya menganggukkan kepalanya. Dia berdoa dalam hati, semoga Humaira kembali hidup bahagia bersama Tengku Elman. Dan janganlah ada cubaan dan dugaan lagi buat mereka berdua! Semoga sinar kebahagiaan tetap menyinari kehidupan mereka berdua.