Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday 30 April 2013

Kau Rantai Hatiku 34




MALAM ini Tengku Elman bagaikan orang yang hilang arah. Surat perletakan jawatan oleh Humaira yang di terimanya petang tadi masih lagi dalam kotak pemikirannya. Memang dia ingin bertemu dengan Humaira tetapi dia sibuk dengan mesyuarat dengan ahli lembaga. Dan ketika ini pun dia baru balik dari pejabat. Keletihan masih terasa. Handphone di ambilnya. Di dailnya nombor milik Humaira. Hanya kedengaran suara wanita yang menyatakan talian tiada dalam perkhidmatan.

Dia dailnya nombor itu sekali lagi. Namun jawapannya masih sama. Lalu dia mencari nombor telefon rumah milik Humaira. Kedengaran suara seorang gadis menyahutnya. Dia menyatakan Humaira sudah tidur. Mungkin dia tidak sihat itulah alasan yang gadis itu berikan.

Terdengar bunyi pintu dari bilik Humaira, Zeti menoleh. Kelihatan Humaira sedang menuruni anak tangga.

“Akak nak ke mana pula tu?” tanya Zeti.

Humaira memuncungkan bibirnya ke dapur. Dia mahu buat minuman. Tiba-tiba pula tekaknya berasa haus.

“Zeti nak air?” soal Humaira kepada Zeti.

“Boleh juga kalau akak rajin”

Humaira terus menuju ke ruang dapur. Malam ni ada cerita best. Esok hari cuti. Dia boleh tidur lewat sikit malam ini. Selepas membuat air dia membawa mug menuju ke ruang tamu.

Ketika meletakkan mug di hadapannya, terasa Zeti memandangnya.

“Kenapa Zeti?”

Berkerut dahi Humaira. Dia terasa seolah-olah dia buat silap.

“Bos kakak call sebentar tadi.”

Berubah wajah Humaira. Apa yang Tengku Elman mahu tengah malam buta ni? Dia melihat jam dinding sudah pukul 10 malam. Lama juga dia dalam biliknya sebentar tadi.

“Dia nak apa?” tanya Humaira.

“Dia tanya kenapa akak off handphone? Akak ni kenapa? Ada masalah dengan dia ke? Diakan sudah bertunang. Akak jangan layan sangat dia tu.”

Terkedu Humaira mendengar bebelan Zeti itu. Dia tahu itu yang akan di katakan oleh Zeti. Walaupun umurnya masih muda tetapi kadang-kadang pemikirannya boleh tahan juga.

“Apa dah jadi ni kak?” tanya Zeti lagi tanpa menunggu jawapan darinya.

“Jadi apa?” tanya Humaira buat tak tahu apa sebenarnya maksud Zeti. Zeti mengeluh perlahan.

“Kenapa dia kacau kakak lagi. Diakan sudah bertunang?” suara Zeti seolah keras bunyinya.

“Akak pun tak tahu. Sebab itulah kakak off handphone. Malaslah nak fikir pasal dia tu. Biarkan saja nanti jemulah dia” ujar Humaira kepada Zeti.

Kedua mereka mendiamkan diri. Memang perangai Tengku Elman Qaufar susah di jangka.

TELEFON bimbitnya sudah berapa kali berbunyi. Namun tidak Humaira endahkan. Apa lagi yang dia mahu? Tak reti bahasa agaknya. Kalau berterusan begini boleh jadi gila agaknya dia nanti. Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi ketukan pintu biliknya. Mesti Zeti yang mengetuk pintunya.

“Buka jelah. Tak kunci pun” ujar Humaira dari dalam bilik.    

Zeti terus membuka pintu bilik Humaira. Sambil tersengih-sengih. Dia sebenarnya bukan apa terkejut bila melihat Tengku Elman Qaufar yang tercengat berdiri di depan pagar rumah mereka sebentar tadi.

“Kenapa sengih-sengih macam kerang busuk tu?” ujar Humaira. Geram melihat kelibat Zeti dengan keadaan yang tersengih-sengih.

“Bos kakak datang. Dia tengah tercongok kat depan pagar tu” ujarnya sambil tersenyum. ‘Bos??? Siapa pula bos dia ni? Takkan Tengku Elman?’detik hati Humaira.

“Bos? Siapa?” soal Humaira lagi.

“Ala..! Kakak ada berapa orang bos? Tengku Elmanlah kakakku sayang oi!! Si Handsome tu..”

“Apa? Kenapa dia datang sini pula? Takkan pasal kerja dari pejabat di bawa sampai kat sini pulak” bebel Humaira.

“Entahlah.. Dia cakap ada hal penting nak jumpa kakak..” jawab Zeti lagi.

“Ada-ada sajalah dia ni. Dia nak apa lagi? Kakakkan dah berhenti kerja.”

“Manalah Zeti tahu!”

“Apa-apalah dia ni..” Zeti hanya tersenyum saja mendengar bebelan dari mulut Humaira. Humaira terus menuju ke pintu pagar rumah. Dari muka pintu, dia sudah dapat melihat wajah lelaki itu.

Geram juga dia dengan lelaki yang berada di depannya sekarang ini. Ada apa lagi masalahnya sekarang ini. Sedangkan surat perletakan jawatan dia sudah serahkan kepada Cik Bella.

“Ada apa Tengku nak jumpa saya ni?” soal Humaira sebaik saja dia berdiri di depan pagar rumah. Namun pintu pagar di bukanya sedikit.

“Saya ada hal penting nak bincang dengan Ira” terang Tengku Elman.

“Tapi saya dah bagi surat letak jawatan! Nak bincang apa lagi?”

“Sebab itulah saya datang ke mari. Nak bincang pasal tu..”

Dari dalam lagi Mak Teh mendengar bunyi bising. Dia terus menuju ke pintu utama rumah..

“Siapa tu Ira? Dari jauh lagi Mak Teh dengar suara kamu ni?” soal Mak Teh sambil mendekati Humaira dan lelaki itu.

“Bos Ira..” jawab Humaira pendek. Tengku Elman terkejut dengan orang yang berada di hadapannya kini.

 “Mak Teh??” cepat saja Tengku Elman Qaufar menyalami orang tua itu.

“Awak ni siapa?” Mak Teh bertanya. Hairan juga kenapa pemuda di depannya itu tiba-tiba mengenalinya.

“Saya Elman. Mmm.. Tengku Elman. Mak Teh tak ingat wajah saya ker?” soal lelaki itu lagi. Berkerut-kerut dahi Mak Teh cuba mengingati sesuatu.

“Mak Teh kenal dengan Tengku Elman ke?” Mak Teh menggeleng.

“Sebenarnya bos Ira inilah yang beri sumbangan masa Zeti buat pembedahan hari itu..” terang Humaira lagi. Terkejut juga bila mendengar Tengku Elman menyebut nama Mak Teh sebentar tadi.

Sekali lagi Mak Teh terkejut. Mak Teh mengangguk perlahan. Lain benar wajah Tengku Elman Qaufar sekarang. Memang patut pun dia tidak kenal sebentar tadi.

“Jemputlah masuk..”

“Aaaa.. Jemputlah masuk kalau Tengku tak malu..” balas Humaira. Sakit hatinya masih lagi terasa bila lelaki itu suka mendesaknya. Sebenarnya tadi dia tak terfikir pun untuk menjemput lelaki itu masuk ke rumah. Tetapi sekarang dia terpaksa mengikut kata Mak Teh.

 “Ira! Kenapa cakap macam tu!! Mak Teh tak ajar pun sikap biadap dengan tetamu..” Mak Teh menegur sikap Humaira. Kalaulah dia tahu siapa lelaki itu padanya, tak mungkin Humaira bersikap dingin begitu.

Opppp.. Sorry.. ” ujar Humaira selamba.

“Ira ni kan ada-ada saja...” jawab Mak Teh.

“Tak apalah Mak Teh.. Mungkin salah saya juga..” balas Tengku Elman dengan senyumannya.

“Ira nak ke dapur dulu. Tengku bersembanglah ya dengan Mak Teh” ujar Humaira. Dia terus meninggalkan Mak Teh dan Tengku Elman di ruang tamu.

“Duduklah Tengku..” pelawa Mak Teh.

“Terima kasih. Mak Teh apa khabar? Dah lama kita tak jumpakan?” ujar Tengku Elman yang memulakan bicara. Dia teringat kembali ketika mereka di Johor, Humaira ada menyebut nama Mak Teh, tetapi dia tidak percaya Mak Teh ini yang di maksudkan.

“Baik sihat. Dah lima tahun kita tak jumpa sebenarnya” tidak lama kemudian Mak Teh melihat kelibat suaminya yang baru masuk kedalam rumah. Cepat sahaja Mak Teh mendapatkan suaminya.

“Bang kita ada tetamu..” ujarnya perlahan ke telinga Pak Teh.

“Siapa?”

“Tengku Elman...” jawab Mak Teh pendek. Wajah Pak Teh sedikit terkejut.

“Tengku Elman?” Mak Teh mengangguk.

Dia terus berjalan menuju ke ruang tamu rumah mereka. Pak Teh mengambil tempat duduk berhadapan dengan Tengku Elman.

“Ada apa datang sini?” serius saja bunyinya. Tengku Elman Qaufar memandang wajah Pak Teh. Dia kehairanan! Kenapa kedatangan dia ke rumah itu seperti tidak di ingini?

Dan mungkin gadis yang di panggil Humaira itu adalah Ariana? Dia harus mengambil kesempatan ini untuk bertanya. Dan dia teringat kata-kata yang di ucapkan oleh Humaira bahawa dia tidak di benarkan kahwin dengan mana-mana lelaki pun.

“Pakcik, itu Arianakan?” Tengku Elman bertanya tanpa sabar.

Pak Teh memandang Mak Teh. Begitu juga Mak Teh. Dia memandang tepat ke arah suaminya. Kemudian Pak Teh bersuara.

“Sebenarnya..”

“Sebenarnya apa Pak Teh? Dia siapa sebenarnya?” Tengku Elman Qaufar bertanya dengan tidak sabar.

“Bang mungkin dah tiba masanya kita cakap saja perkara yang sebenarnya” ujar Mak Teh. Dia kesian melihat wajah itu. Dia tahu bukan salah Tengku Elman Qaufar. Semua orang tahu bahawa Tengku Elman terlalu sayang kepada isterinya. Semua terjadi atas angkara Datin Melinda yang tidak mahu melihat kebahagiaan mereka!!

“Apa yang benar Mak Teh? Ada apa yang saya tak tahu.. Pak Teh cakaplah apa yang sebenarnya berlaku??” soal Tengku Elman tidak sabar.

Pak Teh mengeluh. Pandangannya tetap pada wajah yang berada di depannya itu. Terbayang peristiwa yang berlaku lima tahun yang lalu.

“Sebenarnya dia memang Ariana isteri Tengku...”

“Apa?? Biar betul Pak Teh?” melopong mulut Tengku Elman. Selama ini firasatnya tidak pernah salah. Ingin saja dia menghemburkan rasa marahnya tetapi dia harus bersabar jika dia mahu tahu kebenarannya.

“Iya betul. Dia memang Ariana isteri Tengku..” jawab Mak Teh pula. Dia tahu mungkin lelaki muda di hadapannya itu tidak percaya. Tetapi itulah kebenarannya!!

“Patutlah begitu mudah untuk saya jatuh cinta dengan Humaira. Hati saya mengenali dia dan cinta saya” ujar Tengku Elman kepada Pak Teh.

“Pak Teh dan Mak Teh benar-benar minta maaf kerana menyembunyikan isteri Tengku...” ujar Pak Teh perlahan.

“Tapi kenapa Pak Teh panggil dia Humaira?”

“Untuk keselamatan dia. Kami tak mahu ada orang tahu dia masih hidup!”

“Tapi kenapa perkara ini boleh berlaku? Lima tahun saya hidup menanggung sengsara. Kerinduan yang tiada penghujung.. Saya masih tak faham...” wajah tua di hadapannya di tatap. Ada perasaan sedih di wajahnya.

“Panjang ceritanya..” ujar Pak Teh. Baru saja Pak Teh mahu menceritakan hal itu, Humaira sudah muncul dengan dulang minuman di tangannya.

Segera dia tersenyum agar Humaira tak perasan tentang topik mereka tadi! Sorotan matanya memang tidak berkelip memandang Humaira yang sedang mambawa air di dulang. Perasaan yang penuh kerinduan memang tak tertanggung rasanya.

“Amboi senang hati nampak!! Ni mesti kes kutuk Ira ni!” celah Humaira. Sakit betul hatinya apabila melihat kemesraan Tengku Elman dengan Mak Teh dan Pak Teh.

“Eh mana ada! Kami berborak kosong je.. Ada cerita lucu, jadi kami ketawalah..” jawab Tengku Elman. Pak Teh dan Mak Teh tadi yang dalam mood sedih juga tersenyum mendengar jawapan dari Tengku Elman. Mereka tidak mahu Humaira tahu hal yang rumit itu. Lalu Mak Teh bangun dari tempat duduknya.

“Saya nak masak untuk makan tengah harilah ya.. Nanti Tengku boleh makan dengan kami sekali..” ujar Mak Teh mesra.

“Tak payah susah-susah Mak Teh..” ujar Tengku Elman.

“Tak ada yang susahnya. Lagi pun kami nak balas budi Tengku yang menolong kami masa itu.. Kalau tak ada bantuan dari Tengku tentu anak kami tak sihat seperti sekarang..”

“Bagus juga.. Ira tolong Mak Teh masaklah ya.. Nanti kita makan sama-sama.. Kami nak berborak di luar dulu..” ujar Pak Teh kepada Humaira.

“Baiklah Pak Teh.. Saya tolong Mak Teh masak..” jawab Humaira sambil menuju ke ruang dapur bersama Mak Teh.

Humaira dan Mak Teh segera beredar di dapur.          

 

 

 
 


 

7 comments: