Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday, 13 July 2013

Cerpen: Kasihnya Laila



Laila membaringkan tubuhnya di sisi suaminya. Asyik benar suaminya menatap majalah tentang perniagaan di tangannya.

“Abang.” Panggilnya.

“Ada apa sayang?” soal Hazzim.

“Abang tak menyesal ke kahwin dengan Laila?” soal Laila perlahan. Suaminya yang tadi tengah asyik membaca majalah terus saja menutup majalahnya. Dia sebenarnya terkejut dengan soalan yang keluar dari bibir isterinya.

“Kenapa abang menyesal kahwin dengan Laila pula?” soal Hazzim kehairanan.

“Yelah dah lima belas tahun kita kahwin, tapi kita belum di kurniakan zuriat lagi..” adu si isteri. Bukan sekali dua dia menyuarakan tapi saban tahun, mereka tetap menunggu.

“Apa yang Laila risaukan. Kesihatan Laila tu penting tau! Jangan nak kusutkan fikiran dengan masalah macam ni.” nasihat Hazzim lagi. Dia tahu semenjak akhir-akhir ni Laila tidak berapa sihat. Berbuih jugalah mulutnya menasihati Laila supaya pergi ke klinik, namun isterinya itu degil orangnya.

“Laila pun nak tahu juga apa perasaan abang. Kalau abang nak juga ada anak, apa kata abang kahwin lagi..” tiba-tiba dia memberi idea gila.

“Hish gila!! Apa Laila merepek ni? Abang bersyukur tau punya isteri macam Laila. Isteri yang sanggup bersama dalam keadaan abang susah dan senang. Sakit dan sihat abang. Semuanya Laila yang jagakan.”

“Tapi abang mesti nak anak lagikan. Memanglah abang dah ada Yusoff tapi..”

“Dah jangan nak merepek malam-malam macam ni.. Mari kita tidur..” ujar Hazzim memotong ayat Laila. Kalau di layan kata-kata Laila sampai esok pagi pun tak habis. Dia menarik selimut menutup tubuh isterinya. Dia memeluk tubuh isterinya. Dia mendekatkan bibir ke telinga isterinya.

“Dengar sini baik-baik. Abang sayangkan Laila seorang.. Abang tak nak menduakan Laila. Biar apa pun orang cakap, Laila jangan pernah peduli. Dan lagi satu, abang bersyukur kita sudah ada Yusoff. Jadi abang harap, Laila jangan nak ungkitkan pasal kahwin tu.. Faham!!” sambil itu dia mencium dahi isterinya. Laila hanya mengangguk. Entah kenapa hari ini dia tiba-tiba saja membuka cerita itu. Bukannya dia tidak tahu kasih dan sayang Hazzim kepadanya. Namun dia rasa rendah diri bila tidak dapat melahirkan zuriat untuk abang Hazzim.

........................

“Selamat pagi umi..” sapa Yusoff. Laila yang menyediakan sarapan pagi hanya tersenyum. Memang itulah kebiasaannya.

“Selamat pagi Yusoff..”

“Umi masak apa pagi ni?”

“Nasi goreng.. Yusoff nak ke?”

“Kalau umi yang masak mestilah Yusoff nak.. Rugi tau tak makan makanan yang umi masak..” balas Yusof lagi. Memang dia suka dengan masakan uminya. Uminya memang umi yang terbaik di dunia! Kadang-kadang teman rapatnya juga cemburukan dia. Mereka sering mengatakan Yusoff bertuah punya umi yang baik. Pada hal mereka tahu uminya itu bukan ibu kandung. Kiranya ibu tirilah tu.

Laila hanya tersenyum. Yusoff ni memang pandai mengambil hati. Dia juga seorang anak yang baik. Laila meletakkan nasi goreng ke pinggan Yusoff. Berselera sungguh Yusoff menikmati hidangannya.

“Abah mana umi?” soal Yusoff lagi. Dia baru perasan abahnya belum turun lagi. Sedangkan dia sudah separuh nasi goreng yang di makannya.

“Tu, dah turun pun. Umi baru ingat nak jenguk dia tadi.” jawab Laila.

..............................

“Hai Hazzim..”

Hazzim melihat kearah seorang perempuan yang menyebut namanya. Dia rasa macam kenal tetapi di mana dan bila?

“You tak kenal I ke?” soal perempuan itu lagi. Hazzim masih lagi cuba mengingati. Takkan dia?

“Marissa?” dia menyebut nama yang sudah lama hilang dari hidupnya.

“Iya ex wife you.” Balas Marissa tersenyum. Dia sendiri pun tidak menyangka akan bertemu semula dengan bekas suaminya di sini. Sudah lapan belas tahu dia bercerai dengan Hazzim. Ketika dia pergi dari hidup Hazzim dulu, Hazzim tidaklah segah sekarang. Namun dari hari ke hari jiwanya meronta-ronta mahu berjumpa dan bersua muka dengan Hazzim. Hazzim sudah menjadi seorang ahli perniagaan yang sangat hebat sekarang. Dan dia mahu kembali dalam hidup Hazzim seperti dulu.

Tiba-tiba Hazzim berasa tidak sedap hati. Kemunculan Marissa itu adalah sesuatu yang mengejutkan. Namun dia tidak boleh berburuk sangka dengan bekas isterinya.

“You  ni kenapa? Tak suka jumpa I ke?” soal Marissa pura-pura terasa dengan sikap Hazzim.

“Tak adalah. Cuma I terkejut tengok you sekarang..” balas Hazzim sambil tergelak sendiri.

“Anak kita mesti dah besarkan? Macam mana rupanya dia sekarang?” soal Marissa lagi. Sengaja dia bertanya pasal ‘anak’ yang telah di tinggalkan bersama Hazzim dulu. Inilah yang paling merisaukan Hazzim. Kewujudan perempuan ini mesti mahu bertanya pasal anak mereka. Tapi kenapa sekarang? Setelah berbelas tahun Marissa tinggalkan dia dengan Yusoff, baru sekarang dia muncul!

“Ya dia dah besar. Kami jaga dia dengan penuh kasih sayang..” jawabnya dengan jujur. Marissa sedikit terasa.

“Kami?” soalnya pendek.

“I dah kahwin lagi. Itu pun selepas kita bercerai dan you pun pergi dari hidup I.” Jawab Hazzim dengan tenang. Kalau di fikir-fikirkan kembali, betapa sakit hatinya ketika itu. Namun, Lailalah perempuan yang banyak membantunya untuk bangkit semula. Melihat kejujuran Laila yang selalu menjagakan Yusoff untuknya, ibunya Puan Mariam menyuruh dia berkahwin dengan Laila. Pada mulanya dia memang tidak dapat menerima sepenuhnya Laila sebagai seorang isteri. Namun lama kelamaan dia berasa tidak sanggup lagi menipu dirinya sendiri. Cintanya sudah utuh buat wanita yang bernama Laila itu.

“Oh mesti you dah punya anak dengan wife youkan? Berapa orang agaknya?” soal Marissa dengan nada cemburu. Beruntunglah perempuan yang menjadi isteri lelaki itu.

“Kalau tak ada apa-apa lagi I nak pergi dulu.” Hazzim cuba memberi alasan. Dia malas mahu menjawab pertanyaan demi pertanyaan dari mulut Marissa.

“Macam mana I nak jumpa you lagi?” soal Marissa yang kecewa dengan sikap dingin Hazzim. Dia berharap pertemuan mereka tidak terhenti di situ saja.

“I rasa I tak nak jumpa lagi.. Takut ada orang salah faham dengan pertemuan kita.” Jawab Hazzim. Marissa mengeluh kecewa. Nampaknya Hazzim masih terasa dengan sikapnya yang dulu.

..................................

Tiba-tiba Yusoff terlanggar seorang wanita yang agak bergaya itu. Kalau di lihat umurnya mungkin lebih kurang dengan umur uminya.

“Maafkan saya puan. Saya tak sengaja..” dia terus meminta maaf. Dia teringat pesan uminya. Dan pesanan sebegitulah yang membentuk dia menjadi seperti sekarang ini.

“Awak buta ke? Jalan pakai kepala lutut!” marah wanita itu lagi. Terasa sakit bahunya di langgar lelaki muda itu tadi. Entah apa yang di kejarnya sehinggakan dia yang besar itu di rempuh oleh pemuda itu!

“Saya dah minta maaf. Terpulanglah kalau puan tak nak maafkan saya.” Ujar Yusoff lalu berlalu pergi. Dia dapat melihat wajah wanita yang garang macam singa itu. Geram pula bila maafnya tidak di terima oleh wanita itu.

.................................................

“Umi tak sihat ke?” soal Yusoff sebaik saja melihat wajah Laila yang pucat itu. Semenjak akhir-akhir ini dia sibuk dengan assignment di kolej membuatkan dia tidak sempat bersembang dengan uminya seperti selalu.

“Tak adalah. Umi cuma pening sedikit..” jawab Laila mahu melegakan hati Yusoff.

“Kalau Umi tak sihat, Yusoff call abah balik cepat.” Usulnya lagi.

“Tak payahlah. Abah Yusoffkan banyak kerja. Umi tak nak dia risau!” balas Laila lagi.

Yusoff hanya mendiamkan diri. Namun dia dapat melihat wajah uminya yang sedang menahan kesakitan.

“Umi dah makan ubat ke?” soanya lagi.

“Dah. Umi nak berehat sekejap. Nanti baiklah tu. Yusoff tak payah risau ye!”

“Okeylah kalau macam tu, Yusoff masuk bilik dululah ya umi..” ujar Yusoff lagi. Pintu biliknya di tutup perlahan.

Dia duduk termenung di atas katil. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati bila melihat seorang sedang menghendap di luar rumah mereka tadi. Dia mahu memberitahu hal itu kepada uminya. Tetapi tidak jadi memandangkan uminya tidak sihat. Dia bangun menuju ke tingkap. Dia masih lagi melihat kereta yang sama berada di luar rumah mereka.

.......................................

Hazzim pulang ke rumah dengan wajah yang penuh kerisauan. Pertemuannya dengan Marissa tengah hari tadi masih lagi terbayang di ingatannya.

“Kenapa abang nampak risau?” soal Laila bila melihat suaminya asyik termenung. Dari petang tadi lagi dia perasan.

“Tak ada apalah..” jawab Hazzim. Tapi dia rasa serba salah kerana tidak bersikap jujur dengan Laila. Patutkah dia memberitahu Laila hal itu. Tapi kalau Laila tahu adakah isterinya itu akan cemburu! Mungkin dengan orang lain Laila tidak cemburu kerana tahu dia begitu sayangkannya. Tapi wanita ini adalah Marissa bekas isterinya sendiri!

“Kalau tak ada apa-apa masakan abang asyik termenung je dari petang tadi..” Laila memancing perhatian suaminya.

“Sebenarnya, abang ada jumpa Marissa tengah hari tadi. Waktu abang balik dari jumpa klien.”

“Iya.. dia cakap apa?” soal Laila lagi.

“Dia bertanyakan Yusoff. Tapi abang risaulah..” terdengar keluhan dari bibir Hazzim.

“Apa yang abang risaukan..” soal Laila hairan.

“Entahlah. Macam-macam. Abang sendiri pun tak tahu..” jawab Hazzim lagi. Memang benar pun dia pun tak tahu kenapa dia berasa risau.

“Baik abang berehat. Abangkan dah penat. Seharian bekerja. Nak Laila urut tak?” soal Laila manja. Hazzim mengangguk. Memang begitulah sikap Laila. Dirinya di layan dengan penuh kasih sayang.

.....................................

Marissa bertemu dengan kawannya Ainul. Peritstiwa pertemuannya dengan Hazzim masih lagi terbayang di fikirannya.

“Aku ada jumpa Hazzim..”

“Kau jumpa dengan Hazzim? Kat mana?” soal Ainul. Bertahun-tahun kawannya itu bercerai dengan lelaki itu, baru kini dia berjumpa dengannya semula.

“Masa tu aku pergi spa. Aku pun tak sangka terserempak dengan dia kat luar Spa tu.”

“Habis tu, macam mana?”

“Aku tengok dia makin handsome dan bergaya. Maklumlah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Pasti dia menjadi pujaan ramai wanita di luar sana.” ujarnya sambil tersenyum.

“Jadi apa kau nak buat?”

“Aku fikir aku nak berbaik semula dengan dia. Manalah tahu aku masih ada peluang..” jawab Marissa lagi. Entah mnegapa selepas dia bertemu dengan Hazzim. Pelbagai perkara yang timbul di kotak fikirannya.

“Diakan dah kahwin. Tapi aku dengar dia tak ada anak dengan isteri dia tu..”

“Betul ke ni? Mana kau tau?” Marissa seperti teruja. Nampaknya dia masih ada peluang untuk mendekatkan dirinya dengan Hazzim.

................................................

“Buat apa you datang sini?” soal Hazzim sambil matanya masih memandang fail yang berada di depannya. Marissa hanya tersenyum. Nampaknya Hazzim buat-buat dirinya sibuk!

“I datang nak berbaik dengan you..” 

“Apa maksud you?” Kali ini barulah Hazzim mengangkat mukanya. Dia pandang wajah Marissa yang duduk di depannya.

“Maksud I, kita berbaik seperti dulu. Lagipun ini untuk kebaikan anak kita..” selamba saja Marissa memberi alasan. Hazzim tergelak! Kali ini giliran Marissa lagi yang kehairanan.

“Hei you! Apa mimpi you nak berbaik dengan I? Kalau untuk kebaikan anak kita, I think you wrong. It not a good reason..” ujar Hazzim lagi masih menyambung gelaknya. Kelakar sungguh! Sudah bertahun-tahun dia dan Marissa bercerai dan berpisah, tiba-tiba kali ini Marissa meminta untuk berdamai.

“Kenapa? Tak boleh ke I berbaik dengan you? I sanggup jadi bini nombor dua you..”

“Ini bukan perkara mudah Marissa. Cuba you fikir, setelah bertahun-tahun you tinggalkan I dengan Yusoff, baru sekarang you nak fikir semua ini. Mengapa tidak dari dulu?”

“Jadi you masih cintakan I?” soal Marissa tanpa ragu. Laila yang berdiri di luar itu hanya berdiri mendengar butir bicara suaminya dengan seorang perempuan. Dia menggenggam erat tali bungkusan makanan tengah hari untuk suami tercinta. Namun sesampai di luar bilik suaminya dia terdengar suara seorang perempuan sedang berbalah dengan suaminya. Dia menguatkan hati.

“Apa you cakap ni? Antara kita dah lama terpadam. Cinta I dengan you pun dah tak ada semenjak you mengambil keputusan untuk meninggalkan kami. I hanya cintakan isteri I saja. Dialah isteri yang terbaik di dunia”

“Apa lebihnya dia? Sampai you sanjung sangat isteri mitahli you tu?” soal Marissa geram. Ingatkan Hazzim masih cintakan dirinya. Namun dia tersalah sangka. Malu sungguh!!

“I tak boleh cakap apa-apa. Cuma I nak you tahu, I betul-betul sayangkan isteri I..” tegas Hazzim lagi. Perempuan seperti Marissa tidak layak untuk bertanyakan kelebihan orang seperti Laila itu.

“Walaupun dia mandul!” soal Marissa lagi. Perkataan mandul itu benar-benar membuatkan hati Hazzim sakit!

Shut up!! Dia bukannya mandul. Cuma belum rezeki kami dapat anak.” jerit Hazzim. Dia pantang benar kalau ada orang yang mahu merendahkan maruah isterinya. Sekali lagi Marissa terkejut dengan tindak balas Hazzim.

“You tak berhak tuduh isteri I yang bukan-bukan. Walau apa pun yang orang lain cakap, I pasti semua itu ada hikmahnya.. dan you sedar sikit, you memang tak ada hak nak masuk campur dalam urusan rumah tangga I”

Laila yang mendengar kata-kata Hazzim begitu terharu! Dia tidak menyangka suaminya itu benar-benar menyayanginya. Dia terus memusingkan badannya. Tidak jadi dia mahu masuk kebilik pejabat suaminya. Dia meninggalkan plastic makanan itu kepada setiausaha suaminya. Dia tidak mahu mengganggu urusan suaminya. Kini apa yang di fikirkannya dia mahu segera pulang! Manalah tahu Yusoff sudah menunggunya di rumah.

Dia menyuruh pemandunya Pak Husin menghantarnya pulang segera ke rumah.

.............................

Marissa keluar dari pejabat Hazzim dengan perasaan marah! Dia tidak menyangka bekas suaminya itu masih berdendam dengan dirinya.

Sebaik sahaja melihat Marissa keluar dari bilik Hazzim, cepat-cepat Nurul mengetuk pintu bilik Hazzim.

“Ada apa?” soal Hazzim tanpa memandang. Nurul meletakkan bungkusan makanan yang di hantar oleh Puan Laila tadi.

“Encik Hazzim, ini makanan yang di hantar oleh Puan Laila tadi.” Ujar Nurul.

“Mana dia?” soal Hazzim sebaik saja mendengar Nurul menyebut nama isterinya.

“Dia sudah pulang! Katanya dia tidak mahu menganggu urusan Encik Hazzim..”

“Terima kasih..”

“Saya keluar dulu. Sekarang waktu makan tengah hari..”

“Baiklah.” Hazzim terus mengambil telefon bimbitnya. Dia mendail nombor telefon Laila. Panggilan pertama tidak di jawab. Kemana isterinya pergi? Dia mendail lagi, namun dia tetap hampa apabila panggilannya tidak berjawab.

Dia terus mendail nombor Pak Husin. Pak Husin menjawab.

“Hello..”

“Ya Tuan..”

“Puan mana?” soal Hazzim gelisah!

“Puan sudah balik ke rumah Tuan. Kenapa?” soal Pak Husin hairan.

“Tak ada apa-apa. Saya call tadi dia tak jawab..” perasaan Hazzim sedikit lega. Walau pun dia risaukan sesuatu, namun dia tetap juga memakan makanan yang di hantar oleh Laila tadi.

.........................................

Laila duduk termenung di biliknya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Marissa kepada suaminya. Bukannya dia tidak pernah menyusulkan suaminya kahwin lain, tapi suaminya yang menolak. Namun kini dia perlu memikirkan untuk suaminya. Ya dia harus membuat keputusan!

“Laila ada datang ke pejabat abang tengah hari tadikan?” soal Hazzim sebaik saja di berada didepan Laila.

“Ada. Tapi Laila terus balik sebab Laila tengok abang ada tetamu..” jawab Laila dengan senyuman.

“Tetamu tu tak penting. Abang terasa tau, Laila balik macam tu saja. Lepas tu abang call pun Laila tak angkat. Risau abang tau!” Hazzim meluahkan perasaannya.

“Laila minta maaflah bang. Manalah Laila tahu abang perlukan Laila..” Laila membuka tali leher yang di pakai oleh Hazzim.

“Laila nak tahu tak, siapa tetamu tak di jemput tu?” soal Hazzim lagi.

“Siapa tu bang? Laila kenal ke?”

“Marissa. Dia datang nak berbaik dengan abang..”

“Baguslah tu..” jawab Laila selamba. Namun dia cemburu juga pada mulanya bila mengetahui perempuan itu adalah Marissa! Namun dia tidak mahu menampakkan rasa cemburu di depan suaminya.

“Apa yang bagus? Dia sanggup nak jadi madu Laila. Laila nak ke?” kali ini Hazzim pula yang naik geram dengan sikap acuh tak acuh Laila. Tidakkah isterinya tahu yang dia tidak boleh hidup tanpa isterinya di sisi.

“Laila tak halang kalau abang nak rujuk balik dengan dia. Lagi pun, Laila sedar akan kekurangan Laila..” ada nada sayu di hujung suaranya itu. Merajuk kali!!

“Apa yang Laila cakapkan ni?”

“Tak ada apa-apalah..” Laila terus menuju ke dapur untuk menyediakan minuman petang buat suaminya.

......................................

“You buat apa kat sini?” soal Hazzim. Dia terkejut melihat Marissa sudah berdiri di depan pintu pagarnya. Pada masa itu dia sedang membelek bunga yang di tanam oleh Laila. Memang hari minggu begitu dia meluangkan masa bersama isterinya.

“I nak jumpa anak I..” jawab Marissa.

“You nak jumpa Yusoff?”

“Ya. I teringin nak tengok wajah dia..” rayu si Marissa. Dia harus bersikap lembut sedikit. Manalah tahu umpannya mengena. Lagi pun dia melihat seorang wanita berdiri di sisi Hazzim. Kalau dengan si Hazzim, pasti dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

“Bang bagilah dia masuk. Tak elok biarkan tetamu di luar tu..” tegur Laila lagi. Hazzim akur sahaja dengan teguran Laila. Hazzim membuka pintu pagar. Marissa cepat-cepat melangkahkan kaki ke rumah bekas suaminya itu. ‘Mak ai.. Besarnya rumah. Tapi memang patut pun, diakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.’ Getus hati Marissa.

Laila menjemput Marissa ke ruang tamu. Sambil itu dia menyuruh Mak Ejah membuat minuman untuk mereka dan juga tetamu mereka. Sementara itu, mereka menunggu Yusoff balik dari luar.

Mendengar motosikal Yusoff bergema di luar rumah, Laila terus bangun menuju ke pintu. Dia membukakan pintu untuk Yusoff. Bagi Yusoff bersalam dengan uminya itu sudah menjadi kemestiannya. Namun dia terkejut bila uminya memberitahu mereka ada tetamu yang menunggunya.

“Siapa dia ni umi, abah?” soal Yusoff agak kasar. Dia hairan melihat wanita yang pernah memarahinya tempoh hari ada di ruang tamu rumahnya.

“Yusoff, salam tangan dia..” ujar Laila lagi. Yusoff menjeling tajam ke arah wanita itu. Salam tangan dia? Umi ni biar betul?

“Tak apalah umi, Yusoff nak naik ke atas dulu..”

“Mesti you tak pandai didik anak. Sebab itu dia kurang ajar sangat!” marah Marissa. Terpempam Yusoff seketika. Siapa wanita yang berani marahkan uminya. Dan abahnya pun ada di situ juga?

“Puan ni siapa nak marah-marah umi dan abah saya. Untuk pengetahuan puan, orang macam puan ni tak layak nak di hormati.” Sambung Yusoff lagi.

“Yusoff..” panggil Laila lagi.

“Kenapa umi? Kenapa dia sesuka hati nak marah umi macam tu?” marah Yusoff lagi. Dia semakin hairan! Kelakuan umi dan abahnya sangat pelik hari ini!!

“I ibu kandung Yusoff!” terang Marissa pula.

“Ibu kandung?” soal Yusoff terkejut.

“Ya. Dia ibu kandung Yusoff. Jadi Yusoff tak boleh bersikap macam tu dengan dia..” nasihat Laila lagi. Dia benar-benar terkejut melihat Yusoff seakan-akan marah dengan Marissa. Selama ini, Yusoff tidak pernah menunjukkan sikap marah pada dirinya. Pasti ada sesuatu yang membuatkan Yusoff marah sebegitu.

“Memang you tak pandai didik diakan? Sebab itu dia bersikap kuarang ajar begini!”

“Sepatutnya puan yang tak pandai didik anak. Jangan nak pandai-pandai tuduh umi saya macam tu! Dia umi Yusoff. Dan saya tak suka orang tengking umi Yusoff macam ni..”

“Dia hanya ibu tiri Yusoff. Tapi I yang sebenarnya ibu kandung Yusoff..”

“Betul! Seingat saya, puan yang pergi tinggalkan kami. Masa itu abah hidup susah. Di sebabkan puan seorang yang gilakan harta, puan sanggup ikut lelaki lain dan tinggalkan kami macam tu saja. Kenapa baru sekarang, puan nak cari kami? Oh sebab abah dah jadi kayakan. Abah dah jadi ahli perniagaan yang berjayakan?” sindir Yusoff lagi.

“Yusoff..” panggil Laila lagi. Dia tidak mahu Yusoff mengungkit perkara yang sudah lama berlalu. Hazzim hanya mendiamkan diri. Kali ini biarlah Marissa tahu, bukan dia saja yang tidak dapat menerima dia kembali dalam hidupnya malah anak mereka Yusoff pun begitu.

“Biar dia tahu umi! Biar dia sedar diri! Ibu jenis apa yang sanggup tinggalkan anak yang masih kecil dan mengikut lelaki lain!”

“Yusoff! Umi tak pernah ajar Yusoff kurang ajar dengan orang lain terutama dengan perempuan yang memang ibu kandung Yusoff..” suara Laila mula berketar.

Marissa hanya mendiamkan diri. Dia betul-betul rasa terhina didepan anaknya sendiri. Dia ibu kandung anak itu. Tetapi anaknya lebih menyebelahi wanita yang menjadi ibu tirinya itu.

“Yusoff tahu abah sangat sayangkan umi! Dan Yusoff pun sayangkan umi juga. Sebab itulah Yusoff tak sampai hati melihat umi di hina oleh perempuan yang tak tahu diri ini!” tunjuk Yusoff lagi. Sekali lagi Marissa rasa dirinya di hina! Begitu sekali anak kandungnya sendiri mengagungkan wanita itu. Dia rasa dirinya sangat hina sekali.

“Apa yang you ajar kat anak I ini hah!!” dia menjerit kepada Laila.

“Marissa!!” kali ini barulah Marissa dan Laila mendengar suara Hazzim bergema. Tiba-tiba Laila pengsan. Mereka semua terkejut!

“Ni yang you sukakan. Datang rumah ni nak buat huru-hara..” marah Hazzim kepada Marissa. Marissa yang terkejut itu terus berari keluar dari rumah itu. Dia tidak sanggup untuk berdepan dengan mereka lagi.

........................................

Hazzim dan Yusoff berasa sangat gembira apabila Laila di sahkan hamil. Laila juga tidak lupa mengucapkan syukur kerana penantian mereka berhasil juga.

Sepanjang Laila mengandung, Hazzim menjaganya dengan baik. Dia tidak membenarkan Laila membuat kerja yang berat-berat. Kadang-kadang Laila pun rasa bosan duduk sahaja tidak membuat kerja rumah. Nak masuk dapur pun suaminya melarang. Siap dia suruh Mak Ejah memantau untuknya lagi. Dia tahu sangat perangai Laila yang degil.

Laila tidak pernah memberitahu Hazzim tentang risiko yang bakal dia hadapi semasa dia mengandung dan melahirkan. Demi untuk mempunyai zuriat, dia sanggup mengambil risiko itu walaupun ianya melibatkan nyawanya sendiri.

Namun, apabila doktor memberitahu kepada Hazzim tentang kesukaran itu, Hazzim benar-benar rasa tidak kuat. Dia risau kalau-kalau berlaku perkara buruk terhadap Laila.

“Abah, kita berdoa saja semoga umi selamat melahirkan adik untuk Yusoff.” Pujuk Yusoff. Dia tahu abahnya sedang bersedih. Namun hanya hanya mampu berdoa.

Pembedahan terpaksa di jalankan kerana Laila tidak mampu untuk melahirkan anak secara normal. Hazzim benar-benar rasa risau. Masih terngiang-ngiang di telinganya tentang permintaan Laila. Namun dia tidak memberitahu permintaan Laila itu kepada Yusoff.

“Laila nak abang berjanji..”

“Janji apa? Laila jangan fikir yang bukan-bukan..”

“Abang berjanji dulu..” ujar Laila dengan suara yang lemah. Mahu tidak mahu, Hazzim mengangguk.

“Kalau apa-apa terjadi pada Laila, abang kahwin dengan Marissa ya!”

“Apa yang Laila merepek ni?” soal Hazzim tidak senang hati. Permintaan itu amat berat baginya. Dia hanya cintakan Laila. Tiada wanita lain yang dapat menandingi Laila dalam hatinya.

“Abangkan dah janji..” ujar Laila sambil tersenyum pahit. Hazzim juga terpaksa mempamerkan senyumannya. Laila rasa tenang.

.................................

Hazzim dan Yusoff mundar mandir di luar bilik pembedahan. Mereka berdua benar-benar gelisah. Pelbagai perkara yang membuatkan mereka risau. Tidak lama kemudian, doktor yang membuat pembedahan terhadap Laila pun keluar. Cepat-cepat mereka menyerbu doktor tersebut.

“Macam mana doktor?” soal Hazzim tidak sabar.

“Tahniah encik. Encik mendapat sepasang anak kembar.”

“Sepasang anak kembar?” soal Hazzim lagi. Selama ini isterinya tidak pernah memberitahu pun tentang hal itu. Namun dia cepat tersedar tentang sesuatu.

“Ya Encik, tapi...”

“Macam mana dengan isteri saya?” soal Hazzim lagi.

“Beginilah. Sebenarnya, dia mengambil risiko untuk mengandung bayi tersebut walaupun dia tahu kesannya. Buat masa sekarang dia masih koma. Kita berdoa sahaja semoga dia dapat melepasi waktu kritikalnya.” Terang Doktor Jamaliah itu.

“Koma?” rasa bagaikan mahu pengsan Hazzim mendengarnya. Dugaan apakah yang sedang menimpanya. Dia tidak sanggup kehilangan Laila. Mungkin di sebabkan itu, Laila sanggup menyembuyikan perkara tersebut dari pengetahuannya. Yusoff juga mendengar apa yang di katakan doktor tersebut.

“Abah, sabar abah. Kita doa banyak-banyak buat umi..” pujuk Yusoff lagi. Dia juga terasa sedih. Umi Laila terlalu baik! Sekarang dia mempunyai sepasang adik kembar.

........................................

Dua hari Laila berada dalam keadaan koma. Akhirnya berkat doa yang tidak putus-putus dari suaminya, Laila sudah sedar. Dia merasakan ada insan lain yang tidur sambil mengenggam jari jemarinya. Dia pasti tiada orang lain melainkan suami yang tercinta. Perlahan-lahan dia gerakkan jarinya.

“Abang...” panggilnya perlahan. Dia juga masih keliru. Tidak ingat apa yang sudah terjadi!

Hazzim terbangun. Dia terasa bagaikan mimpi bila ada si isteri memanggilnya abang. Namun bila dia melihat ke wajah Laila, kelihatan Laila tersenyum padanya.

“Laila dah sedar?” soalnya sambil bangun dari kerusinya. Dia mengucup dahi Laila. Seluruh rasa kasih sayangnya tumpah di situ. Tak tergambar perasaan gembiranya.

“Abang panggil doktor dulu ya..”

Laila mengangguk! Hazzim segera memanggil doktor untuk pemeriksaan lanjut. Selesai pemeriksaan itu, Hazzim pergi mendapatkan Laila.

“Terima kasih Laila sebab berikan sepasang anak kembar buat abang dan adik kepada Yusoff..” ujar Hazzim lagi. Dia benar-benar rasa gembira. Berkali-kali juga dia mengucup pipi Laila.

“Mana anak-anak kita bang? Laila teringin nak tengok mereka.”

Hazzim menoleh sebaik saja pintu bilik di buka dari luar.

“Itu pun mereka..” ujar Hazzim tersenyum. Dia melihat dua orang jururawat menyorong anak kembar mereka. Kemudian jururawat itu keluar.

Yusoff juga baru sampai bersama Mak Ejah dan Pak Husin.

“Hello baby. Welcome to the world!!” Yusoff menegur perlahan kepada adik-adiknya.

“Tak payahlah nak usik mereka tu..” ujar Hazzim. Dia gembira melihat kenakalan Yusoff terhadap adik-adiknya.  Laila juga tersenyum.

Kemudian mereka terdengar bunyi pintu di tolak dari luar. Kelihatan Marissa sedang meluru masuk. Yusoff sudah bengang. Apa lagi yang perempuan itu mahukan.

“Buat apa datang ke sini?” soal Yusoff kepada Marissa.

“Ibu datang nak jenguk umi Yusoff..” jawab Marissa. Dia benar-benar kecewa dengan layanan dari Yusoff.

“Yusoff, tak baik buat ibu Yusoff macam tu..” nasihat Laila dengan lembut. Yusoff memandang wajah uminya. Dia terkesan dengan kata-kata uminya yang lembut itu.

“Minta maaf dengan ibu sayang..” sambung Laila lagi. Yusoff hanya mengangguk. Dia tidak mahu menghampakan hasrat uminya.

“Yusoff minta maaf.. i..ibu..” ujarnya kepada Marissa. Marissa tersenyum gembira. Kali ini dia dapat mendengar Yusoff memanggilnya ibu. Dia malu dengan sikapnya yang menuduh laila tidak pandai mendidik Yusoff. Pada hal, Yusoff merupakan seorang anak yang mendengar cakap. Dia begitu kagum dengan sikap Laila yang menjaga Yusoff seperti anaknya sendiri.

“Ibu pun minta maaf. Ibu tahu ibu dah bersalah pada Yusoff, umi Yusoff dan juga abah Yusoff...” ujar Marissa lagi. Akhirnya Yusoff memeluk ibunya. Kini Yusoff mempunyai dua orang yang di panggil ibu. Namun Umi Laila adalah Umi yang terbaik di dunia.

 

Thursday, 11 July 2013

Ada Dia Di Hati 18



Di dalam biliknya, Sofia memaki hamun Tuan Razman. Dia rasa sangat marah dan kecewa dengan pembahagian harta itu. Kalaulah dia tahu Zafran Haicarl yang memiliki asset yang banyak itu, dia tidak mungkin akan berkahwin dengan Tuan Razman. Namun segala-galanya sudah terlambat. Apa yang paling penting, tidak mungkin Zafran dapat menerimanya kembali lagi.

“Lelaki tak guna!!” marahnya.

“You ni kenapa Sofia?” soal Zaza lagi. Dari Sofia sampai tadi apa yang di dengarnya hanya kata-kata marah yang di tujukan kepada bekas suaminya itu.

“Macam mana I tak marah, you tau tak, I cuma dapat 10% dari harta si Razman bangsat tu!” adu si Sofia. Dia tidak menyangka bahawa segala harta yang di miliki oleh Tuan Razman itu adalah milik Zafran! Sungguh memalukan! Patutlah ketika dia masih menjadi isteri Tuan Razman, lelaki itu tidak sudah-sudah menegurnya cara dia berbelanja.

“Okeylah tu dari tak dapat apa-apa” ujar Zaza. Dia memang jenis yang suka ambil mudah saja.

“You tau apa? Yang buat I sakit hati, Zafran dapat 60% dari semua aset tu! Dan Razman ambik 40% je.. Lepas tu dia bagi kat I 10%”

“Habis tu, you nak buat apa?” soal Zaza lagi. Dia hairan dengan sikap Sofia yang tidak pernah menghargai apa yang di milikinya. Dan sekarang, perempuan itu masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang dia dapat.

“I memang tak puas hati! Tapi I akan cari Zafran. Menyesal I kahwin dengan Razman. I ingatkan dia mewarisi semua aset tu. Rupa-rupanya Zafran yang memiliki semuanya. Sungguh memalukan!!”

“Sudahlah tu. Tak payah nak bebankan sangat otak you dengan semua tu. Hal you dengan Tuan Razman pun dah selesai.”

Sofia tersenyum. Benar juga kata Zaza. Sekarang dia sudah bebas. Tiada lagi ‘title’ isteri kepada Tuan Razman. Dia sudah di gelar ‘janda’.

Akhirnya Sofia mendapat bahagiannya selepas berjumpa dengan peguam yang menguruskan harta Tuan Razman. Rupa-rupanya kekayaan Tuan Razman bukan hak milik Tuan Razman seorang tetapi harta itu di wariskan kepada Zafran Haicarl. Tuan Razman hanya memiliki 40% dari segala harta yang ada itu. Sofia jadi sakit hati! Kalau dia tahu harta kekayaan itu milik Zafran, dia tak akan berkahwin dengan Tuan Razman. Memalukan sungguh! Kekayaan yang di banggakan selama ini semuanya milik Zafran Haicarl. Dan Zafran Haicarl sendiri bagaikan tidak menghiraukan harta dan ayahnya.

Dia mahu memikat hati Zafran semula. Pertama sekali dia mengupah orang di mana keberadaan Zafran Haicarl.

........................................

Zafran sakit hati dan kecewa. Kenapa Alisha tinggalkan dia tanpa pesan dan berita. Patutlah hari itu ketika dia telefon ke rumah, orang gajinya yang bercakap. Dia langsung tidak dapat bercakap dengan Alisha. Hatinya sudah sesak menanggung rindu. Alisha hilang entah kemana, hilang secara tiba-tiba. Dia jadi nanar sendiri.

Hari berganti hari, minggu bertukar dan kini hampir empat bulan Zafran hidup tanpa Alisha. Kehilangan Alisha amat di rasai oleh Zafran. Saban hari dia menunggu dan mencari Alisha. Namun tiada seorang pun yang tahu.

Zafran merenung potret Alisha di mejanya. Lama. Kemudian di bawa ke dadanya. Penuh kerinduan dia memejam mata dan membayangkan gerak-geri isterinya ketika mereka bersama. Tidak pernah sekali pun Alisha meninggikan suara seperti pergaduhan besar kali pertama mereka. Bila di kenangkan balik, dia menyesal kerana telah menyakiti hati insan yang amat di sayanginya itu. Paling di kesalinya dia belum sempat memohon maaf atas peristiwa tempoh hari.

“Isha, abang sangat rindukan Isha,” ucapnya sayu.

........................

Hari ini tiba-tiba sahaja Dato Hadi di masukkan ke hospital kerana sakit jantungnya menyerang. Alisha sangat terkejut dengan kejadian itu. Dengan perutnya yang sarat itu dia mahu menemani papanya ke hospital. Dia tidak mahu berpisah dengan papanya.

Biar pun beberapa kali abangnya menyuruhnya dia berehat di rumah sahaja. Namun dia berdegil. Dia mahu menjaga papa mereka. Lagi pun abangnya tengah sibuk dengan urusan syarikat. Lagi pun kalau dia nak bersalin dekat saja sebab dia sudah berada di hospital. Itulah alasan yang dia berikan kepada abangnya.

Setelah seminggu berada di hospital, Dato Hadi di benarkan pulang. Orang yang paling gembira mendengar berita baik itu adalah Alisha. Dia akan menjaga papanya dengan sebaik mungkin. Perutnya yang sarat itu tidak menghalang dia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang anak. Apatah lagi dia masih berpeluang untuk memberikan kasih sayang pada papanya.

Suatu hari, Alisha merasakan perutnya sakit. Apa lagi seluruh isi rumah tergempar dengan jeritannya itu. Amri terus sahaja membawa Alisha pergi ke hospital. Mereka semua menunggu dengan penuh debar.

Kini Alisha selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang di beri nama Akif Hazami. Namun semakin hari penyakit Dato Hadi Syam semakin serius. Oleh kerana dia kuat semangat dia sempat menunggu kelahiran cucu pertamanya lahir ke dunia.

......................................

Suasana di rumah Dato Hadi sunyi dan sepi. Semua isi rumah tengah bersedih di atas pemergian Dato Hadi. Yang paling terkesan sekali ialah Alisha. Rupa-rupanya papanya bertahan demi melihat cucunya menjengah ke dunia.

Sebulan Akif Hazami di lahirkan, Dato Hadi menghembuskan nafas yang terakhir. Mulut Alisha tidak henti-henti membaca surah Yasiin sejak pemergian papanya.

“Kenapa papa pergi cepat sangat. Papa belum sempat bermain dengan cucu papa lagi.” Rintih Alisha.

“Sabarlah dik. Yang pergi tetap akan pergi. Abangkan ada ni..”pujuk Amri. Dia juga bersedih di atas pemergian papanya kali ini. Dia memeluk bahu Alisha. Mahu memberi kekuatan walaupun dia juga merasakan perasaan yang sama.

“Adik tahu. Tapi kenapa papa pergi pergi waktu sekarang? Dia belum puas bermain dengan Akif lagi..”

Memang dia tidak menyangka papanya sudah pergi meninggalkan mereka seisi rumah itu. Selepas keluar dari hospital itu, papanya nampak macam sudah sihat. Walaupun dia mash dalam keadaan berpantang, namun dia tidak akan mensia-siakan waktu yang terluang untuk bersama dengan papanya.

Pagi tadi dia mahu memanggil papanya untuk bersarapan. Sementara itu abangnya Amri mahu bersiap-siap mahu ke pejabat. Bila di panggil papanya tidak menyahut. Bila di sentuh tubuh itu, dia merasakan sudah sejuk dan kaku. Apalagi meraunglah Alisha sehinggakan mengejutkan seisi rumah tersebut.

..............................

Sofia pergi ke Kuala Lumpur. Dia mahu mencari Zafran Haicarl. Ada perkara yang perlu dia selesaikan bersama Zafran Haicarl. Ketika dia ternampak Zafran Haicarl, kelihatan seorang gadis cantik berdampingan dengan Zafran. Dia rasa cemburu dan sakit hati.

Namun dia tidak berputus asa untuk mendekati Zafran. Dia akan cari jalan supaya Zafran kembali padanya. Tiada mana-mana perempuan dapat mendekati Zafran Haicarl. Sedangkan Alisha yang sah menjadi isteri lelaki itu pun sudah dia hapuskan dalam hidup Zafran.

“Sebenarnya, lsha ada datang ke Kuala Lumpur. Mungkin dia datang cari I..” kedengaran suara resah dari Zafran Haicarl.

“Mana you tahu?” soal Fana.

“Ada orang yang beritahu I..”

“Kekadang, kenyataan itu amat menyakitkan Zaf!” Fana mula berbicara. Dia memang tidak suka bila Zafran Haicarl mula menyebut nama wanita itu. Dia sering di landa rasa cemburu. Tapi apa boleh dia lakukan untuk memenangi hati lelaki yang kental itu.

“Kenapa dia tak tunggu sehingga I balik.. Dekat KL ni dia tinggal kat mana? Dengan siapa? Dah makan minum ke belum? Sihat ke tak?” ujar Zafran yang masih risaukan tentang Alisha. Dia bimbang kalau ada apa-apa berlaku pada Alisha. Biar pun dia mendengar pelbagai andaian dari mulut orang lain, namun dia tidak percaya Alisha akan bersikap demikian.

“Zaf.. you buat apa kat sini?” soal Sofia sambil mengelus-ngelus wajah Zafran. Ketika itu Fana terkejut melihat aksi itu di depan matanya. Dia tidak menyangka ada juga perempuan yang berani macam perempuan di depannya ini.

“Sofia buat apa kat sini?” soalan Sofia di jawab dengan soalan.

“I cari youlah.. I rindukan you..” ujar Sofia lagi. Sengaja dia mendekatkan tubuhnya pada Zafran Haicarl. Fana yang melihat itu mula sakit hati. Perempuan ni memang tak tahu malu!

“Ni siapa? Tak nak kenalkan dia pada I ke?” soal Sofia lagi. Dia mula perasan wajah wanita itu sudah merah. Mungkin dia tengah menahan rasa marah. Yelah siapa yang tak marah jika lelaki itu melayani perempuan lain di depan mata.

“Oh ya kenalkan ini Fana partner business I.. Fana ini Sofia…”

Partner business ke atau pengganti Alisha..” perli Sofia selamba. Merah muka Zafran ketika itu. Nama itu baru di sebut tadi. Macamlah Sofia mendengar perbualannya dengan Fana.

Hi I am Fana..

“I Sofia.. Kekasih lama Zaf..” cepat saja Sofia menjawabnya dengan senyuman yang manis di bibir. Puas hatinya menyakiti hati wanita itu. Dia mahu perempuan itu tahu bahawa dia pernah menjadi insan istimewa di hati Zafran Haicarl.

“Kekasih lama?” soal Fana. Dia memandang wajah Zafran Haicarl. Jadi siapa Alisha yang sering di sebutkan oleh Zafran Haicarl. Memang lelaki ini mempunyai berapa ramai wanita dalam hidupnya? Bukan ke lelaki ini hanya menyintai Alisha. Nama perempuan yang selalu membuatkan dia cemburu! Tapi kali ini di berjumpa dengan bekas kekasih lelaki itu. Apa yang berlaku dalam hidup Zafran sebenarnya?

“Orang macam Zaf ni mana dia nak mengaku yang I ni kekasih lama dia. Mungkin dia takut saham dia tak laku kot!” usik Sofia dengan senyumannya. Namun senyuman itu penuh bermakna!

“Sofia.. Dahlah tu..” ujar Zafran lagi. Dia tidak mahu ada perkara buruk akan berlaku gara-gara dirinya.

“Okey Zaf.. I tau you mesti busykan? So I tak nak kacau perbincangan kamu berdua. Tapi malam ni jangan lupa jumpa I tau! I ada hal penting nak bagitau you!” Sofia mula angkat kaki. Zafran Haicarl tak sempat beritahu apa-apa pun. Dia sekadar memandang pemergian Sofia begitu saja.

Fana dari tadi hanya mendiamkan diri. Dia sakit hati terhadap wanita yang tiba-tiba muncul dari entah mana mengacau makan tengah hari dia bersama Zafran. Dan nampaknya Zafran pun seperti suka saja bertemu dengan wanita itu. Hatinya mula di pagut cemburu. Aku harus mengambil tindakan dulu dari sesiapa. Kalau boleh dia mahu berkahwin dengan Zafran dengan secepat mungkin.

“Betul ke dia bekas teman wanita you?” soal Fana dengan nada cemburu.

“Itu cerita lama.. Memang I mengaku kami pernah bercinta. Tapi selepas I kahwin I hanya cintakan wife I saja. Kenapa?” soal Zafran sambil memandang wajah Fana. Dia perasan akan perubahan wajah Fana ketika Sofia mendekatkan tubuhnya dengannya tadi.

“Tak ada apalah. Manalah tahu you nak bercinta balik dengan dia sementara you belum jumpa wife you..” ujar Fana selamba.

What??” ujar Zafran terkejut. Biar apa pun yang berlaku dia tidak akan cintakan perempuan yang pernah musnahkan hidupnya. Hanya seorang saja yang dia cinta!

Why tak ada salahnyakan??”

No..no.. no.. and tak mungkinlah.. Dan tak akan berlaku lagi..”

Fana tersenyum. Dalam diam dia gembira mendengar pengakuan Zafran.

“Habis kalau dia tetap ganggu you juga macam mana? Dahlah dia tu cantik, seksi, menarik dan semuanya sempurnalah katakan!”

“I tak akan bermain cinta dengan dia. Sebab apa? Sebab dia isteri papa I!” kelihatan mimic muka Fana terkejut mendengar kata-katanya.

“What???”

“Kenapa? Terkejut?”

“Memang I terkejut mendengarnya.. so maknanya she is your step motherlah?” Zafran mengangguk.

Selepas makan tengah hari, kedua mereka pulang ke pejabat. Di dalam bilik pejabat, Zafran melihat telefon bimbitnya. Ada 10 miscall dari Sofia. Dan dia ada juga menghantar sms. Dunia sekarang menang sudah canggih.  Dia tidak pedulikan sms yang di hantarkan oleh Sofia padanya.

 

Wednesday, 10 July 2013

Kau Rantai Hatiku (Teaser 1)


Kira-kira pukul sepuluh, Tengku Elman keluar dari biliknya. Kebetulan pada masa itu, dia terserempak dengan Isabella. Sebentar tadi dia tidak melihat kelibat Humaira pun di meja kerjanya.

“Bella, I nak kidnap Ira. Boleh ke?” soalnya selamba.

“You nak kidnap Ira? For what?” soal Bella kehairanan. Sejak bila pula Tengku Elman pandai meminta izin nak culik Humaira.

This is my own business.”

I know, but what the reason? Ini waktu kerja bukannya waktu di luar pejabat!” ujar Bella dengan geram!

“That why I tell you it is my own business. And I already ask for permission! Understand!!” jawab Tengku Elman dengan geram! Tengku Elman menunggu Humaira di luar pintu pejabat.

“Ira, Tengku Elman nak bawa you keluar.” Jerit Bella bila melihat Humaira yang baru balik dari tandas.

For what?

“Entahlah. Tanya kat dia sendiri!” balas Bella dengan kasar.

“Okeylah saya keluar dulu..” terus sahaja Humaira mengambil beg tangannya. Kalau lama-lama di situ pasti akan terjadi perang.

Di dalam lif, Humaira masih membisu. Dia masih terbayang-bayang wajah Bella yang tidak sukakan dia keluar dengan Tengku Elman. Yang menjadi persoalan, kemana Tengku Elman nak bawa dia pergi?

“Kita nak pergi mana?” soal Humaira memecah kesunyian di dalam lif itu. Masih lama lagi untuk sampai ke tingkat bawah.

“Abang nak bawa Ira jalan-jalan” balas Tengku Elman sambil menggenggam tangan Humaira. Rasa rindu pula untuk menatap wajah Humaira. Matanya memang statik melihat wajah itu.

“Abang, ini bukan lawak tau! Ira tanya betul-betul!” geram juga Humaira dengan perangai lelaki itu.

“Okey sayang, kita nak pergi ke suatu tempat. Tapi abang tak boleh bagitau sekarang..”

“Abang tak takut ke kalau ada orang nampak abang pengang tangan Ira?” soal Humaira seperti orang bodoh.

“Nak takut apa? Irakan isteri abang. Halal apa? Mereka boleh buat apa?”

“Kalau orang tak nampak. Guard yang jaga itu nampak” sambil itu Humaira menunjukkan ke arah cctvnya. Tengku Elman hanya tersenyum. Dia tahu itu salah satu helah isterinya.

“Sekarang, isteri abang makin bijak tau! Ni yang buat abang naik geram!” ujar Tengku Elman menarik hidung Humaira. Kebetulan pintu lif terbuka. Humaira cepat-cepat menampar tangan Tengku Elman. Dia tidak mahu ada timbul gossip mereka bermesra di dalam lif.

“Selamat pagi Tengku!” ucap Epy. Dia mahu masuk kedalam lif untuk turun ke bawah.

Ketika lif sampai di tingkat bawah, cepat-cepat Humaira melangkah keluar. Cepat-cepat Tengku Elman mengejarnya dari belakang.

Tengku Elman memandu menuju ke hospital. Segala urusan dia serahkan kepada Encik Johan. Dan hari ini adalah hari pertama untuk temujanji dengan doctor pakar.

Biar pun Humaira agak hairan apakah tujuan Tengku Elman membawanya ke sana, tetapi dia tetap mengikut juga langkah Tengku Elman.

Bila Humaira masuk ke sebuah bilik itu, matanya sempat menangkap tanda nama yang ada di muka pintu bilik itu. DR Safrul menyambut merka dengan senyuman. Kedatangan mereka sudah di maklumkan oleh Encik Johan kepadanya.

Tengku Elman bersalaman dengan Doktor Safrul. Humaira hanya menjadi pendengar dan sekadar memerhati. Selesai berbincang dan menjalani beberapa rawatan, Tengku Elman terus membawa Humaira balik. Namun dia sempat singgah ke kedai makan dahulu.

Kebetulan pada masa itu, Dato Farid juga ada di sana. Lalu Tengku Elman mempelawa Dato Farid bersama. Selepas makan barulah Tengku Elman membawa Humaira masuk ke pejabat semula.

Mereka masuk ke dalam bangunan bersama. Nasib baik mereka tidak perlu tunggu lama untuk lif terbuka. Sebaik saja lif terbuka, kelihatan Yusof keluar dari lif. Lelaki itu agak terkejut melihat Humaira dan Tengku Elman bersama.

“Hai Ira....lambat masuk hari ni” tegur Yusof sambil memandang wajah Humaira.

“Kami baru balik jumpa client....you ada masalah ke kalau kami masuk lambat?” Tengku Elman bersuara. Dia tak suka cara Yusof memandang wajah Humaira. Dia rasa cemburu.

“T...tak.....sorry, Tengku....saya tak tahu yang Humaira ni keluar dengan Tengku” cepat-cepat Yusof  beredar tanpa menoleh ke belakang.

Humaira mengerling ke arah Tengku Elman yang nampak agak serius. Tanpa menghiraukan perasaan Tengku Elman, Humaira terus masuk diikuti oleh Tengku Elman. Terus tangannya menekan angka 15.

“Abang tahu yang si mamat tu dah lama sukakan Ira, I don't like it!” tiba-tiba Tengku Elman bersuara tanpa memandang wajah Humaira. Humaira mula gusar, tambah pula hanya mereka berdua dalam lif ketika ini.

“Itu hak dia...saya tak ada kuasa nak menghalang dan saya tak pernah melayan dia lebih dari kawan sekerja” balasHumaira. Risau juga kalau Tengku Elman mengambil apa-apa tindakan terhadap Yusof. Lelaki itu tidak bersalah dan dia seorang pekerja yang baik yang banyak menolongnya berkaitan dengan kerja dan jawatan yang sedang di pegangnya.

Sampai di tingkat 10, pintu lif terbuka. Masuk seorang gadis yang mengenakan skirt berwarna hitam dengan dipadankan dengan jaket merah. Gadis itu segera mengukir senyum sebaik saja melihat wajah Tengku Elman di dalam lif. Sengaja dia mendekatkan diri pada lelaki itu. Humaira menjarakkan diri, tidak mahu dekat dengan gadis itu.

“Selamat petang, Tengku” tegur gadis itu bila senyumannya tidak dibalas oleh Tengku Elman. Sempat lagi mengerling tajam pada Humaira. Cemburu bila melihat Humaira bersama Tengku Elman berdua di dalam lif.

“Selamat petang, Aya. Cantik you hari ni” balas Tengku Elman. Sengaja memuji gadis itu semata-mata mahu mengelak cerita yang bakal disebarkan oleh gadis itu terhadap Humaira. Lagi pun semua orang tahu bahawa Tengku Elman itu tunang Isabella!

“Terima kasih” tersipu-sipu malu Aya bila di puji. Setelah Aya keluar di tingkat 10, Tengku Elman memandang Humaira.

“Ingat kalau mereka ada tanya apa-apa, jangan cakap apa-apa. Cakap jumpa klien saja. Faham!” pesan Tengku Elman kepada Humaira.

“Ira faham.. Ini rahsia kita..” usik Humaira lagi. Kedua mereka ketawa. Memandangkan tiada orang yang masuk ke dalam lif bersama mereka, kesempatan itu di gunakan oleh Tengku Elman menggengam jari jemari Humaira. Hati Humaira terasa tenang melihat Tengku Elman ketawa bersamanya. Risau juga kalau lelaki itu berterusan bermasam mukanya.

Tengku Elman sengaja mendekati Humaira, tangan isterinya itu di capai dan digenggam seketika. Semakin Humaira cuba menarik tangannya, semakin kuat pula Tengku Elman mengenggam tangannya. Akhirnya dia terpaksa merelakan tangannya terus digenggam oleh Tengku Elman. Bibir lelaki itu tersenyum dan kalau boleh dia ingin terus mengenggam tangan itu. Pintu lif terbuka di tingkat 15 dan Humaira cepat-cepat menarik tangannya. Tengku Elman terpaksa melepaskan tangan Humaira kerana saat itu juga Badrul yang memegang jawatan sebagai dispatch sedang berdiri di pintu lif sambil merenung tajam ke arah mereka berdua. Mungkinkah dia melihat apa yang berlaku di dalam lif itu?