Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 11 July 2013

Ada Dia Di Hati 18



Di dalam biliknya, Sofia memaki hamun Tuan Razman. Dia rasa sangat marah dan kecewa dengan pembahagian harta itu. Kalaulah dia tahu Zafran Haicarl yang memiliki asset yang banyak itu, dia tidak mungkin akan berkahwin dengan Tuan Razman. Namun segala-galanya sudah terlambat. Apa yang paling penting, tidak mungkin Zafran dapat menerimanya kembali lagi.

“Lelaki tak guna!!” marahnya.

“You ni kenapa Sofia?” soal Zaza lagi. Dari Sofia sampai tadi apa yang di dengarnya hanya kata-kata marah yang di tujukan kepada bekas suaminya itu.

“Macam mana I tak marah, you tau tak, I cuma dapat 10% dari harta si Razman bangsat tu!” adu si Sofia. Dia tidak menyangka bahawa segala harta yang di miliki oleh Tuan Razman itu adalah milik Zafran! Sungguh memalukan! Patutlah ketika dia masih menjadi isteri Tuan Razman, lelaki itu tidak sudah-sudah menegurnya cara dia berbelanja.

“Okeylah tu dari tak dapat apa-apa” ujar Zaza. Dia memang jenis yang suka ambil mudah saja.

“You tau apa? Yang buat I sakit hati, Zafran dapat 60% dari semua aset tu! Dan Razman ambik 40% je.. Lepas tu dia bagi kat I 10%”

“Habis tu, you nak buat apa?” soal Zaza lagi. Dia hairan dengan sikap Sofia yang tidak pernah menghargai apa yang di milikinya. Dan sekarang, perempuan itu masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang dia dapat.

“I memang tak puas hati! Tapi I akan cari Zafran. Menyesal I kahwin dengan Razman. I ingatkan dia mewarisi semua aset tu. Rupa-rupanya Zafran yang memiliki semuanya. Sungguh memalukan!!”

“Sudahlah tu. Tak payah nak bebankan sangat otak you dengan semua tu. Hal you dengan Tuan Razman pun dah selesai.”

Sofia tersenyum. Benar juga kata Zaza. Sekarang dia sudah bebas. Tiada lagi ‘title’ isteri kepada Tuan Razman. Dia sudah di gelar ‘janda’.

Akhirnya Sofia mendapat bahagiannya selepas berjumpa dengan peguam yang menguruskan harta Tuan Razman. Rupa-rupanya kekayaan Tuan Razman bukan hak milik Tuan Razman seorang tetapi harta itu di wariskan kepada Zafran Haicarl. Tuan Razman hanya memiliki 40% dari segala harta yang ada itu. Sofia jadi sakit hati! Kalau dia tahu harta kekayaan itu milik Zafran, dia tak akan berkahwin dengan Tuan Razman. Memalukan sungguh! Kekayaan yang di banggakan selama ini semuanya milik Zafran Haicarl. Dan Zafran Haicarl sendiri bagaikan tidak menghiraukan harta dan ayahnya.

Dia mahu memikat hati Zafran semula. Pertama sekali dia mengupah orang di mana keberadaan Zafran Haicarl.

........................................

Zafran sakit hati dan kecewa. Kenapa Alisha tinggalkan dia tanpa pesan dan berita. Patutlah hari itu ketika dia telefon ke rumah, orang gajinya yang bercakap. Dia langsung tidak dapat bercakap dengan Alisha. Hatinya sudah sesak menanggung rindu. Alisha hilang entah kemana, hilang secara tiba-tiba. Dia jadi nanar sendiri.

Hari berganti hari, minggu bertukar dan kini hampir empat bulan Zafran hidup tanpa Alisha. Kehilangan Alisha amat di rasai oleh Zafran. Saban hari dia menunggu dan mencari Alisha. Namun tiada seorang pun yang tahu.

Zafran merenung potret Alisha di mejanya. Lama. Kemudian di bawa ke dadanya. Penuh kerinduan dia memejam mata dan membayangkan gerak-geri isterinya ketika mereka bersama. Tidak pernah sekali pun Alisha meninggikan suara seperti pergaduhan besar kali pertama mereka. Bila di kenangkan balik, dia menyesal kerana telah menyakiti hati insan yang amat di sayanginya itu. Paling di kesalinya dia belum sempat memohon maaf atas peristiwa tempoh hari.

“Isha, abang sangat rindukan Isha,” ucapnya sayu.

........................

Hari ini tiba-tiba sahaja Dato Hadi di masukkan ke hospital kerana sakit jantungnya menyerang. Alisha sangat terkejut dengan kejadian itu. Dengan perutnya yang sarat itu dia mahu menemani papanya ke hospital. Dia tidak mahu berpisah dengan papanya.

Biar pun beberapa kali abangnya menyuruhnya dia berehat di rumah sahaja. Namun dia berdegil. Dia mahu menjaga papa mereka. Lagi pun abangnya tengah sibuk dengan urusan syarikat. Lagi pun kalau dia nak bersalin dekat saja sebab dia sudah berada di hospital. Itulah alasan yang dia berikan kepada abangnya.

Setelah seminggu berada di hospital, Dato Hadi di benarkan pulang. Orang yang paling gembira mendengar berita baik itu adalah Alisha. Dia akan menjaga papanya dengan sebaik mungkin. Perutnya yang sarat itu tidak menghalang dia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang anak. Apatah lagi dia masih berpeluang untuk memberikan kasih sayang pada papanya.

Suatu hari, Alisha merasakan perutnya sakit. Apa lagi seluruh isi rumah tergempar dengan jeritannya itu. Amri terus sahaja membawa Alisha pergi ke hospital. Mereka semua menunggu dengan penuh debar.

Kini Alisha selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang di beri nama Akif Hazami. Namun semakin hari penyakit Dato Hadi Syam semakin serius. Oleh kerana dia kuat semangat dia sempat menunggu kelahiran cucu pertamanya lahir ke dunia.

......................................

Suasana di rumah Dato Hadi sunyi dan sepi. Semua isi rumah tengah bersedih di atas pemergian Dato Hadi. Yang paling terkesan sekali ialah Alisha. Rupa-rupanya papanya bertahan demi melihat cucunya menjengah ke dunia.

Sebulan Akif Hazami di lahirkan, Dato Hadi menghembuskan nafas yang terakhir. Mulut Alisha tidak henti-henti membaca surah Yasiin sejak pemergian papanya.

“Kenapa papa pergi cepat sangat. Papa belum sempat bermain dengan cucu papa lagi.” Rintih Alisha.

“Sabarlah dik. Yang pergi tetap akan pergi. Abangkan ada ni..”pujuk Amri. Dia juga bersedih di atas pemergian papanya kali ini. Dia memeluk bahu Alisha. Mahu memberi kekuatan walaupun dia juga merasakan perasaan yang sama.

“Adik tahu. Tapi kenapa papa pergi pergi waktu sekarang? Dia belum puas bermain dengan Akif lagi..”

Memang dia tidak menyangka papanya sudah pergi meninggalkan mereka seisi rumah itu. Selepas keluar dari hospital itu, papanya nampak macam sudah sihat. Walaupun dia mash dalam keadaan berpantang, namun dia tidak akan mensia-siakan waktu yang terluang untuk bersama dengan papanya.

Pagi tadi dia mahu memanggil papanya untuk bersarapan. Sementara itu abangnya Amri mahu bersiap-siap mahu ke pejabat. Bila di panggil papanya tidak menyahut. Bila di sentuh tubuh itu, dia merasakan sudah sejuk dan kaku. Apalagi meraunglah Alisha sehinggakan mengejutkan seisi rumah tersebut.

..............................

Sofia pergi ke Kuala Lumpur. Dia mahu mencari Zafran Haicarl. Ada perkara yang perlu dia selesaikan bersama Zafran Haicarl. Ketika dia ternampak Zafran Haicarl, kelihatan seorang gadis cantik berdampingan dengan Zafran. Dia rasa cemburu dan sakit hati.

Namun dia tidak berputus asa untuk mendekati Zafran. Dia akan cari jalan supaya Zafran kembali padanya. Tiada mana-mana perempuan dapat mendekati Zafran Haicarl. Sedangkan Alisha yang sah menjadi isteri lelaki itu pun sudah dia hapuskan dalam hidup Zafran.

“Sebenarnya, lsha ada datang ke Kuala Lumpur. Mungkin dia datang cari I..” kedengaran suara resah dari Zafran Haicarl.

“Mana you tahu?” soal Fana.

“Ada orang yang beritahu I..”

“Kekadang, kenyataan itu amat menyakitkan Zaf!” Fana mula berbicara. Dia memang tidak suka bila Zafran Haicarl mula menyebut nama wanita itu. Dia sering di landa rasa cemburu. Tapi apa boleh dia lakukan untuk memenangi hati lelaki yang kental itu.

“Kenapa dia tak tunggu sehingga I balik.. Dekat KL ni dia tinggal kat mana? Dengan siapa? Dah makan minum ke belum? Sihat ke tak?” ujar Zafran yang masih risaukan tentang Alisha. Dia bimbang kalau ada apa-apa berlaku pada Alisha. Biar pun dia mendengar pelbagai andaian dari mulut orang lain, namun dia tidak percaya Alisha akan bersikap demikian.

“Zaf.. you buat apa kat sini?” soal Sofia sambil mengelus-ngelus wajah Zafran. Ketika itu Fana terkejut melihat aksi itu di depan matanya. Dia tidak menyangka ada juga perempuan yang berani macam perempuan di depannya ini.

“Sofia buat apa kat sini?” soalan Sofia di jawab dengan soalan.

“I cari youlah.. I rindukan you..” ujar Sofia lagi. Sengaja dia mendekatkan tubuhnya pada Zafran Haicarl. Fana yang melihat itu mula sakit hati. Perempuan ni memang tak tahu malu!

“Ni siapa? Tak nak kenalkan dia pada I ke?” soal Sofia lagi. Dia mula perasan wajah wanita itu sudah merah. Mungkin dia tengah menahan rasa marah. Yelah siapa yang tak marah jika lelaki itu melayani perempuan lain di depan mata.

“Oh ya kenalkan ini Fana partner business I.. Fana ini Sofia…”

Partner business ke atau pengganti Alisha..” perli Sofia selamba. Merah muka Zafran ketika itu. Nama itu baru di sebut tadi. Macamlah Sofia mendengar perbualannya dengan Fana.

Hi I am Fana..

“I Sofia.. Kekasih lama Zaf..” cepat saja Sofia menjawabnya dengan senyuman yang manis di bibir. Puas hatinya menyakiti hati wanita itu. Dia mahu perempuan itu tahu bahawa dia pernah menjadi insan istimewa di hati Zafran Haicarl.

“Kekasih lama?” soal Fana. Dia memandang wajah Zafran Haicarl. Jadi siapa Alisha yang sering di sebutkan oleh Zafran Haicarl. Memang lelaki ini mempunyai berapa ramai wanita dalam hidupnya? Bukan ke lelaki ini hanya menyintai Alisha. Nama perempuan yang selalu membuatkan dia cemburu! Tapi kali ini di berjumpa dengan bekas kekasih lelaki itu. Apa yang berlaku dalam hidup Zafran sebenarnya?

“Orang macam Zaf ni mana dia nak mengaku yang I ni kekasih lama dia. Mungkin dia takut saham dia tak laku kot!” usik Sofia dengan senyumannya. Namun senyuman itu penuh bermakna!

“Sofia.. Dahlah tu..” ujar Zafran lagi. Dia tidak mahu ada perkara buruk akan berlaku gara-gara dirinya.

“Okey Zaf.. I tau you mesti busykan? So I tak nak kacau perbincangan kamu berdua. Tapi malam ni jangan lupa jumpa I tau! I ada hal penting nak bagitau you!” Sofia mula angkat kaki. Zafran Haicarl tak sempat beritahu apa-apa pun. Dia sekadar memandang pemergian Sofia begitu saja.

Fana dari tadi hanya mendiamkan diri. Dia sakit hati terhadap wanita yang tiba-tiba muncul dari entah mana mengacau makan tengah hari dia bersama Zafran. Dan nampaknya Zafran pun seperti suka saja bertemu dengan wanita itu. Hatinya mula di pagut cemburu. Aku harus mengambil tindakan dulu dari sesiapa. Kalau boleh dia mahu berkahwin dengan Zafran dengan secepat mungkin.

“Betul ke dia bekas teman wanita you?” soal Fana dengan nada cemburu.

“Itu cerita lama.. Memang I mengaku kami pernah bercinta. Tapi selepas I kahwin I hanya cintakan wife I saja. Kenapa?” soal Zafran sambil memandang wajah Fana. Dia perasan akan perubahan wajah Fana ketika Sofia mendekatkan tubuhnya dengannya tadi.

“Tak ada apalah. Manalah tahu you nak bercinta balik dengan dia sementara you belum jumpa wife you..” ujar Fana selamba.

What??” ujar Zafran terkejut. Biar apa pun yang berlaku dia tidak akan cintakan perempuan yang pernah musnahkan hidupnya. Hanya seorang saja yang dia cinta!

Why tak ada salahnyakan??”

No..no.. no.. and tak mungkinlah.. Dan tak akan berlaku lagi..”

Fana tersenyum. Dalam diam dia gembira mendengar pengakuan Zafran.

“Habis kalau dia tetap ganggu you juga macam mana? Dahlah dia tu cantik, seksi, menarik dan semuanya sempurnalah katakan!”

“I tak akan bermain cinta dengan dia. Sebab apa? Sebab dia isteri papa I!” kelihatan mimic muka Fana terkejut mendengar kata-katanya.

“What???”

“Kenapa? Terkejut?”

“Memang I terkejut mendengarnya.. so maknanya she is your step motherlah?” Zafran mengangguk.

Selepas makan tengah hari, kedua mereka pulang ke pejabat. Di dalam bilik pejabat, Zafran melihat telefon bimbitnya. Ada 10 miscall dari Sofia. Dan dia ada juga menghantar sms. Dunia sekarang menang sudah canggih.  Dia tidak pedulikan sms yang di hantarkan oleh Sofia padanya.

 

Wednesday, 10 July 2013

Kau Rantai Hatiku (Teaser 1)


Kira-kira pukul sepuluh, Tengku Elman keluar dari biliknya. Kebetulan pada masa itu, dia terserempak dengan Isabella. Sebentar tadi dia tidak melihat kelibat Humaira pun di meja kerjanya.

“Bella, I nak kidnap Ira. Boleh ke?” soalnya selamba.

“You nak kidnap Ira? For what?” soal Bella kehairanan. Sejak bila pula Tengku Elman pandai meminta izin nak culik Humaira.

This is my own business.”

I know, but what the reason? Ini waktu kerja bukannya waktu di luar pejabat!” ujar Bella dengan geram!

“That why I tell you it is my own business. And I already ask for permission! Understand!!” jawab Tengku Elman dengan geram! Tengku Elman menunggu Humaira di luar pintu pejabat.

“Ira, Tengku Elman nak bawa you keluar.” Jerit Bella bila melihat Humaira yang baru balik dari tandas.

For what?

“Entahlah. Tanya kat dia sendiri!” balas Bella dengan kasar.

“Okeylah saya keluar dulu..” terus sahaja Humaira mengambil beg tangannya. Kalau lama-lama di situ pasti akan terjadi perang.

Di dalam lif, Humaira masih membisu. Dia masih terbayang-bayang wajah Bella yang tidak sukakan dia keluar dengan Tengku Elman. Yang menjadi persoalan, kemana Tengku Elman nak bawa dia pergi?

“Kita nak pergi mana?” soal Humaira memecah kesunyian di dalam lif itu. Masih lama lagi untuk sampai ke tingkat bawah.

“Abang nak bawa Ira jalan-jalan” balas Tengku Elman sambil menggenggam tangan Humaira. Rasa rindu pula untuk menatap wajah Humaira. Matanya memang statik melihat wajah itu.

“Abang, ini bukan lawak tau! Ira tanya betul-betul!” geram juga Humaira dengan perangai lelaki itu.

“Okey sayang, kita nak pergi ke suatu tempat. Tapi abang tak boleh bagitau sekarang..”

“Abang tak takut ke kalau ada orang nampak abang pengang tangan Ira?” soal Humaira seperti orang bodoh.

“Nak takut apa? Irakan isteri abang. Halal apa? Mereka boleh buat apa?”

“Kalau orang tak nampak. Guard yang jaga itu nampak” sambil itu Humaira menunjukkan ke arah cctvnya. Tengku Elman hanya tersenyum. Dia tahu itu salah satu helah isterinya.

“Sekarang, isteri abang makin bijak tau! Ni yang buat abang naik geram!” ujar Tengku Elman menarik hidung Humaira. Kebetulan pintu lif terbuka. Humaira cepat-cepat menampar tangan Tengku Elman. Dia tidak mahu ada timbul gossip mereka bermesra di dalam lif.

“Selamat pagi Tengku!” ucap Epy. Dia mahu masuk kedalam lif untuk turun ke bawah.

Ketika lif sampai di tingkat bawah, cepat-cepat Humaira melangkah keluar. Cepat-cepat Tengku Elman mengejarnya dari belakang.

Tengku Elman memandu menuju ke hospital. Segala urusan dia serahkan kepada Encik Johan. Dan hari ini adalah hari pertama untuk temujanji dengan doctor pakar.

Biar pun Humaira agak hairan apakah tujuan Tengku Elman membawanya ke sana, tetapi dia tetap mengikut juga langkah Tengku Elman.

Bila Humaira masuk ke sebuah bilik itu, matanya sempat menangkap tanda nama yang ada di muka pintu bilik itu. DR Safrul menyambut merka dengan senyuman. Kedatangan mereka sudah di maklumkan oleh Encik Johan kepadanya.

Tengku Elman bersalaman dengan Doktor Safrul. Humaira hanya menjadi pendengar dan sekadar memerhati. Selesai berbincang dan menjalani beberapa rawatan, Tengku Elman terus membawa Humaira balik. Namun dia sempat singgah ke kedai makan dahulu.

Kebetulan pada masa itu, Dato Farid juga ada di sana. Lalu Tengku Elman mempelawa Dato Farid bersama. Selepas makan barulah Tengku Elman membawa Humaira masuk ke pejabat semula.

Mereka masuk ke dalam bangunan bersama. Nasib baik mereka tidak perlu tunggu lama untuk lif terbuka. Sebaik saja lif terbuka, kelihatan Yusof keluar dari lif. Lelaki itu agak terkejut melihat Humaira dan Tengku Elman bersama.

“Hai Ira....lambat masuk hari ni” tegur Yusof sambil memandang wajah Humaira.

“Kami baru balik jumpa client....you ada masalah ke kalau kami masuk lambat?” Tengku Elman bersuara. Dia tak suka cara Yusof memandang wajah Humaira. Dia rasa cemburu.

“T...tak.....sorry, Tengku....saya tak tahu yang Humaira ni keluar dengan Tengku” cepat-cepat Yusof  beredar tanpa menoleh ke belakang.

Humaira mengerling ke arah Tengku Elman yang nampak agak serius. Tanpa menghiraukan perasaan Tengku Elman, Humaira terus masuk diikuti oleh Tengku Elman. Terus tangannya menekan angka 15.

“Abang tahu yang si mamat tu dah lama sukakan Ira, I don't like it!” tiba-tiba Tengku Elman bersuara tanpa memandang wajah Humaira. Humaira mula gusar, tambah pula hanya mereka berdua dalam lif ketika ini.

“Itu hak dia...saya tak ada kuasa nak menghalang dan saya tak pernah melayan dia lebih dari kawan sekerja” balasHumaira. Risau juga kalau Tengku Elman mengambil apa-apa tindakan terhadap Yusof. Lelaki itu tidak bersalah dan dia seorang pekerja yang baik yang banyak menolongnya berkaitan dengan kerja dan jawatan yang sedang di pegangnya.

Sampai di tingkat 10, pintu lif terbuka. Masuk seorang gadis yang mengenakan skirt berwarna hitam dengan dipadankan dengan jaket merah. Gadis itu segera mengukir senyum sebaik saja melihat wajah Tengku Elman di dalam lif. Sengaja dia mendekatkan diri pada lelaki itu. Humaira menjarakkan diri, tidak mahu dekat dengan gadis itu.

“Selamat petang, Tengku” tegur gadis itu bila senyumannya tidak dibalas oleh Tengku Elman. Sempat lagi mengerling tajam pada Humaira. Cemburu bila melihat Humaira bersama Tengku Elman berdua di dalam lif.

“Selamat petang, Aya. Cantik you hari ni” balas Tengku Elman. Sengaja memuji gadis itu semata-mata mahu mengelak cerita yang bakal disebarkan oleh gadis itu terhadap Humaira. Lagi pun semua orang tahu bahawa Tengku Elman itu tunang Isabella!

“Terima kasih” tersipu-sipu malu Aya bila di puji. Setelah Aya keluar di tingkat 10, Tengku Elman memandang Humaira.

“Ingat kalau mereka ada tanya apa-apa, jangan cakap apa-apa. Cakap jumpa klien saja. Faham!” pesan Tengku Elman kepada Humaira.

“Ira faham.. Ini rahsia kita..” usik Humaira lagi. Kedua mereka ketawa. Memandangkan tiada orang yang masuk ke dalam lif bersama mereka, kesempatan itu di gunakan oleh Tengku Elman menggengam jari jemari Humaira. Hati Humaira terasa tenang melihat Tengku Elman ketawa bersamanya. Risau juga kalau lelaki itu berterusan bermasam mukanya.

Tengku Elman sengaja mendekati Humaira, tangan isterinya itu di capai dan digenggam seketika. Semakin Humaira cuba menarik tangannya, semakin kuat pula Tengku Elman mengenggam tangannya. Akhirnya dia terpaksa merelakan tangannya terus digenggam oleh Tengku Elman. Bibir lelaki itu tersenyum dan kalau boleh dia ingin terus mengenggam tangan itu. Pintu lif terbuka di tingkat 15 dan Humaira cepat-cepat menarik tangannya. Tengku Elman terpaksa melepaskan tangan Humaira kerana saat itu juga Badrul yang memegang jawatan sebagai dispatch sedang berdiri di pintu lif sambil merenung tajam ke arah mereka berdua. Mungkinkah dia melihat apa yang berlaku di dalam lif itu?

Sunday, 7 July 2013

Ada Dia Di Hati 17



“Abang tak sangka Sofia masih lagi menyimpan perasaan pada Zafran! Abang ingatkan selama ini Sofia cintakan abang. Rupa-rupanya Sofia masih mengharapkan cinta dari Zafran! Apa yang kurangnya pada abang!” Sofia yang terkejut mendengar suara Tuan Razman hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang ingin di katakan lagi. Nampaknya temberangnya sudah pecah. Ini gara-gara Zafran yang kembali waktu ini dan kebetulan suaminya juga pulang pada malam itu. Mungkin Tuan Razman sudah mendengar segala isi hatinya yang tersimpan selama ini. Semuanya terjadi di luar dugaannya.

“Sofia minta maaf..” Sofia terus bangun masuk ke dalam rumah. Tuan Razman tetap mengekorinya dari belakang sambil membawa begnya. Sofia sebenarnya masih terkejut. Dia tidak sangka suaminya balik pada malam ini.

“Apa yang kurangnya dalam rumah ini? Segala apa yang Sofia mahu abang akan tunaikan. Walau pun mahal, abang akan belikan. Tetapi ini balasan kasih sayang abang pada Sofia. Abang sangat mencintai Sofia tetapi Sofia tidak begitu. Apa gunanya Sofia berkahwin dengan abang? Apa motif Sofia sebenarnya?” soal Tuan Razman dengan marah.

Namun Sofia tetap membisu sambil melangkah menuju ke bilik tidur mereka. Kalau pun mereka bergaduh nanti dia tidak mahu ada orang lain yang emnonton pergaduhan mereka. Manalah tahu mereka akan bagi tau pada Zafran!

Tuan Razman menutup pintu bilik mereka. Dia masih rasa tidak puas hati. Soalannya tadi masih belum terjawab. Memang dia tidak dapat memaafkan apa yang telah Sofia buat padanya. Begitu penuh kasih sayang dan cintanya di curahkan pada Sofia, tetapi Sofia membalasnya dengan sebegini rupa! Dia sangat menyesal kerana kahwin dengan perempuan yang bermata duitan seperti Sofia.

“Sofia tak berniat apa-apa” jawab Sofia dengan tenang. Masakan dia mahu Tuan Razman mengetahui apa yang di rasakannya sekarang. Walaupun sebentar tadi dia benar-benar rasa sedih melihat pemergian Zafran, namun dalam masa yang sama dia juga tidak boleh melepaskan Tuan Razman juga! mungkin Tuan Razman tidak dapat membahagiakan dia namun dari segi kemewahan, Tuan Razman boleh berikan.

“Awak jangan nak bohong Sofia! Abang tak sangka Sofia masih cintakan Zafran!”

“Habis kalau memang Sofia cintakan Zafran, abang nak buat apa?” jerit Sofia lagi. Dari tadi lagi dia cuba mengawal perasaannya. Namun setelah di desak dengan beberapa soalan dia rasa geram!

“Jadi betullah apa yang abang dengar tadi?” soal Tuan Razman lagi. Sofia membeliakkan matanya. Dia terkejut! Adakah Tuan Razman sudah mengetahui apa yang terjadi tadi?

“Jawablah..” desak Tuan Razman lagi. Memang dia mendengar Sofia merayu-rayu pada Zafran namun dia mahukan kepastian dari mulut Sofia sekarang!

“Sofia cakap apa?” soal Sofia cuba berdalih. Rasa mendidih pula darah di badan Tuan Razman. Soalan Sofia itu seolah-olah dia cuba berdalih.

“Sofia masih cintakan Zafran?” soal Tuan Razman walau amat pedih dia rasakan ketika itu.

“Memang!! Memang Sofia masih cintakan Zaf! Sebab itu Sofia sanggup buat apa saja asalkan Zaf kembali pada Sofia..”

“Jadi ini adalah salah satu dari rancangan Sofia untuk memusnahkan rumah tangga Zaf?”

“Kenapa you nak peduli?” soal Sofia kasar.

“Jadi pasal kalung itu, Sofia sengaja nak kenakan Isha?” soal Tuan Razman lagi. Dia teringat bagai mana Sofia beriya-iya menyuruhnya menghalau Alisha keluar dari rumah. Sehingga kini dia langsung tidak mendapat berita dari Alisha.

“Memang itu plan I. You nak buat apa? You nak cari Isha menantu kesayangan you tu! Nak minta maaf, konon-kononnya I yang bersalah?”

“Sofia!!” jerit Tuan Razman lagi.

“Kenapa? You terkejut. Memang dah rancang perkara ini sebab kalau dia masih ada di depan Zaf, Zaf tak akan cari I..”

“You memang keji Sofia..” lalu Tuan Razman melafazkan cerai talak tiga di depan Sofia. Perlahan-lahan Sofia bangkit menuju ke almari pakaiannya. Dia mahu segera keluar dari bilik dan rumah agam itu.

...............................

Malam itu, Sofia keluar dari rumah. Dia bertengkar dengan Tuan Razman sehinggakan Tuan Razman melafazkan talak padanya. Dia mengemas pakaiannya yang patut dia ambil. Masa itu dia tidak terfikirkan siapa lagi. Hanya kawan baiknya sahaja tempat dia mengadu! Dia segera memandu menuju ke rumah Zaza. Kebetulan pada masa itu, Zaza belum tidur lagi. Dia terkejut melihat keadaan Sofia yang datang ke rumahnya dengan membawa beg besar di sisinya.

“I nak tumpang kat rumah kau boleh?” soal Sofia kepada Zaza.

“Nak tumpang kat rumah aku? Kau boleh tahan ke?” soal Zaza lagi. Bukannya dia tidak mahu kawannya itu menumpang di rumahnya namun dia tahu Sofia sudah biasa tinggal di tempat yang mewah juga selesa. Tahan kah dia dengan keadaan sekitar rumahnya nanti.

“I tak kisahlah Zaza. Yang penting sekarang ni, I nak tumpang kat rumah you.. Tak tahulah berapa lama..”

“Za tak kisah.. Takut you tu yang tak tahan duduk kat rumah ni..” balas Zaza lagi.

“Tahan tak tahan pun I akan duduk sehingga kes cerai kami selesai..” ujar Sofia perlahan. Apa yang di rasakan masa ini memang tak dapat di bayangkan. Dia tidak menyangka bahawa Tuan Razman sudah mendengar kata-katanya pada Zafran tempoh hari. Kerana hal itu berlarutan akhirnya pipinya menerima tamparan kerana membuatkan Tuan Razman marah. Selama tempoh perkahwinan mereka inilah kali pertama dia melihat Tuan Razman benar-benar marahkannya.

What?? You dah bercerai dengan Tuan Razman? You ni kenapa?” soal Zaza terkejut.

“Kami tak serasi. Lagipun I tak boleh paksa hati I nak cintakan dia..”

“I tak fahamlah dengan you ni..” Zaza menggeleng kepalanya.

“Tak apalah I duduk sekejap je.. Lepas tu I nak pergi ke KL..”

“Buat apa pergi ke KL?” soal Zaza tidak mengerti akan maksud Sofia.

“I nak cari Zafran..”

“You nak cari dia? Buat apa you nak cari dia?” soal Zaza kehairanan. Tak sudah-sudah kawannya yang seorang ini mencari masalah. Tak boleh ke dia berfikir secara baik. Tak boleh ke dia belajar menerima kenyataan bahawa Zafran Haicarl tidak cintakan dia. Tetapi hakikatnya begitulah manusia.

“Za, you taukan I terlalu cintakan Zafran. I nak sangat jumpa dia sebab I rindukan dia. Salah ke? Lagi pun Razman akan ceraikan I. Jadi I bebas untuk berbuat apa saja..”

“I tak fahamlah dengan you ni.. Hidup dah mewah, dapat pula lelaki yang sangat cintakan you, tapi hati you pula tak dapat nak cintakan dia.. Memang peliklah kau ni! Tak ada masalah cari masalah..”

“Hidup mewah, tak semestinya bahagia Za.. Makin hari semakin mendalam pula cinta I pada Zafran! Sehinggakan I tak boleh mengawal perasaan I pada Zaf! TApi tengoklah. Zaf langsung tak pedulikan I. Dia masih lagi teringatkan perempuan kampung yang tak guna tu!!”

“Hish!! Tak fahamlah I. Lepas satu-satu you ni..” rungut Zaza lagi.

“Mungkin you cakap I ni gila. Tapi I tak kisah. Janji I boleh terlepas dari genggaman Tuan Razman. Selepas bercerai nanti, I akan dapat sebahagian harta dia. Lepas tu I boleh pergi ke KL cari Zafran. I pasti dia ada di Kl sekarang.” ujar Sofia dengan yakinnya. Zaza hanya menggelengkan kepalanya. Semakin lama dia kenal dengan Sofia semakin dia tidak kenal pernagai Sofia.

“Suka hati youlah.. Asalkan you bahagia..” ujar Zaza sambil bangun meninggalkan Sofia sendirian. Dia tidak mahu terlibat dalam masalah Sofia.

..................................

Dato Hadi bercadang untuk meraikan pertemuannya dengan Alisha. Dia mahu mengadakan majlis kesyukuran. Pada majlis tersebut, dia akan menjemput sanak saudara mereka. Amri hanya bersetuju dan dia berjanji akan menolong papanya. Mereka semua rasa gembira. Penantian mereka selama ini sudah di makbulkan tuhan. Cuma arwah mamanya sahaja yang tidak sempat bertemu dengan Alisha. Alisha berasa sedih bila mengenangkan arwah mamanya. 

“Eh Dato, anak kamu yang mana buat kenduri ni?” soal Datin Maimon yang sedang berdiri di sebelah Dato Mahmod. Selama ini dia hanya tahu Dato Hadi punya seorang anak lelaki yang masih bujang. Tetapi dia pelik dengan majlis yang di adakan malam ini.

“Lupa saya perkenalkan, ini anak perempuan saya Alisha. Sebelum ni dia tinggal di Terengganu bersama keluarga angkatnya. Sekarang barulah dia kembali tinggal bersama kami.” Jawab Dato Hadi sambil tersenyum dan memperkenalkan Alisha kepada tetamunya. Ramai juga kenalannya yang datang. Tetapi ada juga yang tak dapat datang walau  pun hampir kesemua mereka sudah di jemput!

“Nanti bolehlah I kenalkan anak bujang saya pada anak perempuan Dato. Manalah tahu kita akan berbesan nanti..” ujar Dato Mahmod lagi. Dia berkenan sangat melihat Asliha yang berdiri di sebelah Dato Hadi. Macam arwah isteri Dato Hadi rupanya. Cantik yang semula jadi!

“Masalahnya anak perempuan saya dah kahwin..” bisik dato Hadi ke telinga Dato Mahmod.

“Aduh sayangnya.. Anak perempuan Dato tu cantik sangat. Bersopan santun pula tu.. ingatkan I masih ada peluang nak berbesan dengan Dato..” mengekek ketawa kedua-dua mereka itu.

“Memanglah.. dah anak perempuan aku tu dah kahwin nak buat macam mana?”

“Okeylah jom kita mulakan majlis ni..”

Dato Hadi segera menuju ke depan dan mengambil mikrofon!

Satu pengumuman yang mengejutkan para tetamu. Selama ini mereka tidak tahu yang Dato Hadi sebenarnya mempunyai seorang anak perempuan.

..................................

Tuan Razman sudah menceraikan Sofia. Dia sudah mengetahui perbuatan Sofia yang sebenarnya. Segala kejadian yang menimpa mereka sekeluarga semuanya berpunca dari Sofia. Dia juga tidak menyangka Sofia itu hanya mahukan hartanya saja. Pada hal dia mencintai perempuan itu dengan sepenuh hati, sehingga dia sanggup bersaing dengan anak sendiri. Dan bukan salahnya juga kerana Sofia yang membuat keputusan untuk berkahwin dengannya bukan dengan Zafran.

Kini semua perbuatan Sofia itu terbongkar apabila dia mendengar dengan telinganya sendiri melihat Sofia merayu-rayu untuk kembali kepada Zafran. Pada masa itu dia baru sampai dari Kuala Lumpur. Dia melihat Sofia sanggup merendahkan maruahnya untuk memujuk Zafran Haicarl supaya menerima dirinya. Kononnya cintanya hanya untuk Zafran! Betapa hancurnya hatinya ketika itu apabila dia mengetahui Sofia tidak pernah menyintai dirinya seperti yang selalu di katakan.

Encik Rafi menjemput Sofia duduk di kerusi berhadapan dengannya. Dia sudah menerima panggilan dari Tuan Razman. Selepas kes cerai mereka selesai, Tuan Razman mahu Encik Rafi menyelesaikan masalah pembahagian harta. Semua butir-butir sudah di sediakannya sebelum Sofia datang berjumpa dengannya.

Sofia tersenyum riang. Siapa yang tidak suka walau pun dia sudah di gelar janda namun title janda itu bukannya sebarangan. Dia akan menuntut hak ke atas harta yang dimiliki oleh Tuan Razman. Encik Rafi juga membalas senyuman itu. dia tahu lambat atau cepat, pasti Sofia akan datang berjumpa dengannya.

“Macam mana dengan harta yang akan saya dapat Encik Rafi?” soal Sofia tanpa sabar.

Encik Rafi membuka fail yang berada di tangannya. Dia membaca dahulu sebelum dia beritahu keputusannya kepada Sofia.

“sebenarnya, Cik Sofia hanya mendapat 10% sahaja dari harta Tuan Razman..” ujar peguam itu. Sofia terkejut. Tak mungkin dia hanya mendapat 10 % dari harta Razman. Selebihnya ke mana?

“10 % je? Tak mungkin?”

“Itulah yang tertulis pada pembahagian harta itu. Kalau Cik Sofia tak puas hati, Cik Sofia tengoklah sendiri..”

Sofia terus sahaja merampas kertas wasiat itu. Memang benar, Tuan Razman hanya memberikan 10 peratus sahaja dari bahagian hartanya. Pada hal sebelum ini dia mendapat tahu Tuan Razman sudah mewasiatkan 50% hartanya.

“Kenapa boleh jadi macam ni? Jadi siapa yang mewarisi selebihnya?” soal Sofia lagi. Dia benar-benar ingin tahu siapa yang mewarisi harta Tuan Razman selain dirinya.

“Menurut yang tertulis, Tuan Razman hanya memiliki 40% harta ini dan Encik Zafran sebanyak 60%”

What?? Zafran mendapat 60% harta peninggalan ini?”

“Ya cik Sofia.. sebab harta yang di miliki oleh Encik Zafran di warisi dari arwah ibunya suatu masa dulu.” Kini barulah Sofia mengerti, Zafran memiliki harta dari arwah ibunya. Dia rasa sanagat menyesal. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak tahu dalam diam sebenarnya Zafran mempunyai asetnya tersendiri. Tapi dari gayanya dia memang seperti lelaki yang tidak punya apa-apa. Biar betul Zafran ni!!

“Terima kasih Encik Rafi.”

“Sama-sama..”

Sofia terus bangkit dari tempat duduknya. Kini misinya hanya memburu Zafran. Dia sudah bebas dari tangan Tuan Razman. Dan dia juga bebas untuk berbuat apa saja. Dia akan berbuat apa saja terhadap sesiapa sahaja yang akan menghalangnya untuk mendapatkan Zafran Haicarlnya kembali. Kali ini dia tidak akan membiarkan Zafran hidup bahagia dengan perempuan lain. Itu nekadnya.

 

Monday, 1 July 2013

Ada Dia Di Hati 16



Shikin duduk termenung di biliknya. Pagi tadi Lina ada datang berjumpa dengannya. Ajakan Lina untuk pergi ke Kuala Lumpur itu tidak pernah di lupakannya. Dia duduk di biliknya. Shikin nekad dia mahu pergi ke Kuala Lumpur bersama Lina. Dia tidak peduli walau apa pun yang terjadi.

“Kak Shikin nak pergi mana?” soal adiknya Hafiz yang baru pulang dari sekolah. Bila dia sampai di rumah dia terkejut melihat kakaknya sedang memabwa beg besar ke ruang tamu.

“Kau jangan sibuk boleh tak!” jerit Shikin lagi. Dia tidak mahu rancangannya kali ini gagal. Biar apa pun yang terjadi dia sudah nekad. Kalau dia terus berlembut, sampai bila-bila pun dia tidak dapat keluar dari kampung ini.

Tiba-tiba mak Kiah pula muncul di depan pintu. Dia juga terkejut bila melihat Shikin sedang membawa beg besar di ruang tamu sedang bergaduh dengan Hafiz.

“Shikin nak pergi mana?” soal Mak Kiah dengan suara yang sedikit meninggi. Shikin menorah. Gara-gara dia asyik bergaduh dengan Hafiz kini emaknya pula sampai dari bendang. Mungkin dia baru balik dari menghantar makanan pada ayahnya.

“Shikin nak pergi KL mak!”

“Shikin, ayah kamu tak izinkan Shikin pergi KL..” ujar Mak Kiah lagi.

“Shikin peduli apa. Yang penting, hari ini Shikin mahu keluar dari rumah ini dan juga kampung ini. Selagi Shikin duduk di sini, Shikin tak akan dapat apa-apalah mak!!” jerit Shikin lagi. Dia tidak peduli dengan perasaan emaknya lagi. Yang penting Lina sudah menunggunya di kereta.

“Shikin pergi dulu mak..” ujar Shikin sambil bersalam dengan emaknya. Mak Kiah sangat sedih. Namun dia tidak mampu menghalang pemergian Shikin kali ini. Dia hanya menangis mengenangkan sikap Shikin yang berubah itu.

Akhirnya kereta viva putih itu terus meluncur laju menuju ke jalan raya utama. Mak Kiah hanya menangis melihat pemergian Shikin kali ini. Dia benar-benar sedih melihat Shikin yang tidak mendengar kata-katanya.

Hafiz terus mendekati emaknya. Dia tahu emaknya sedih melihat kakaknya Shikinnya bersikap kurang ajar seperti tadi. Selama ini Kak Shikinnya merupakan seorang gadis yang baik. Entah apa yang di fikirkan sampaikan dia sanggup melukakan hati seorang ibu.

..................................

Dia telefon ke rumah tiada yang mengangkat. Kemana semua penghuni rumah itu. Dia sudah tidak sabar sampai ke rumah. Menatap wajah yang di rinduinya. Alisha tunggulah kepulangan abang. Sungguh abang rindu akan Alisha..!!!.

Sampai saja di rumah dia memekik memanggil nama Alisha. Ingin memberitahu dirinya sudah pulang namun hampa wajah itu tidak timbul langsung. Dia naik ke bilik namun tiada juga wajah Alisha di sana. Dibilik airnya pun tiada. Kemana Alisha pergi?

“Isha.. Abang dah balik” Zafran Haicarl berteriak memanggil nama Alisha. Hingga kedengan suaranya di seisi rumah itu.

“Mana pula perginya ni? Selalunya dia ada. Pantang dengar aku panggil dia” gumam Zafran sendirian.

Seluruh isi rumah dia mencari dan memanggil nama isterinya namun, wajah yang di carinya itu tetap tidak muncul. Yang muncul pula ialah Sofia. Isteri papanya sendiri!

 “Apa hal kau terpekik-pekik memanggil nama Alisha tu?” sergah Sofia. Dia yang dari tadi tidur mula terganggu bila mendengar suara memanggil nama Alisha. Kemudian dia mendengar dengan jelas. Suara itu milik lelaki yang amat dirinduinya. Lalau dai berlari keluar dari bilik tidurnya. Memang benar, suara itu milik Zafran Haicarl!

“You.. Ada nampak Isha tak?” soal Zafran Haicarl kepada Sofia. Dia melihat Sofia sedang tersenyum manis padanya.

“Alisha tak ada kat sini.” Jawab Sofia bersahaja. Namun dalam diam dialah orang yang paling teruja menyambut kepulangan Zafran Haicarl. Sebaik saja dia tahu Zafran akan kembali, dia sengaja menyuruh suaminya pergi outstation. Dia mahu menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama Zafran. Lagipun isteri Zafran juga tiada di sini. Begitu juga dengan Mak Jah. Tiada orang yang akan mengacau hidupnya kini.

“Dia pergi mana? Dia balik kerumah orang tuanya ke?” soal Zafran Haicarl lagi. Hairan juga dia dengan jawapan yang di dengar dari mulut Sofia. Kalau Alisha tiada di rumah, pastinya dia pergi ke rumah orang tuanya. Lagipun isterinya itu manja orangnya. Mungkin dia rindu dengan dirinya sebab itulah isterinya pergi ke rumah orang tuanya supaya dapat mengubat hati yang sedang rindu itu!

“Dia dah keluar dari rumah ini. Dia pergi ikut jantan lain. I pun tak tahu dia kat mana sekarang?” jawapan itu sangat mengejutkan Zafran! Setahu dia Alisha bukan perempuan seperti itu.

What??? Ikut jantan lain..” Zafran bertanya lagi. Dia betul-betul tidak percaya. Tak mungkin Alisha buat dia macam tu.

“Betul.. Mesti you tak percayakan?” Sofia meneruskan kata-katanya. Dia tahu Zafran tidak akan percaya dengan kata-katanya jika tidak di sertakan dengan bukti.

“You tipu. Alisha tak akan buat I macam tu. Alisha bukan seperti you!” marah Zafran Haicarl. Dia marah sangat bila Sofia sengaja menaikkan amarahnya.

“I ada bukti. Kalau you nak tengok..” ujar Sofia sambil melemparkan sepucuk surat yang mengandungi beberapa keping gambar.

Zafran pada mulanya tidak peduli. Tetapi salah satu keping gambar itu tercampak keluar dari sampul surat itu. Cepat saja tangannya mengambil foto itu. Memang benar gambar itu gambar Alisha bersama Nizam.

‘Nizam??’

Di samping itu, Sofia tersenyum suka bila melihat kerutan di dahi Zafran. Kali ini pasti Zafran akan membenci Alisha. Benci yang akan menimbulkan dendam!

“Mana kau dapat semua ni?” soal Zafran lagi. Dia tidak percaya dengan apa yang di lihatnya sekarang. Gambar Alisha di pangkuan lelaki lain!

“Dari sumber yang boleh di percayai. Gambar itu adalah bukti Zaf!”

“Tak mungkin. You sengaja nak buat I marahkan?” tiba-tiba Sofia pula melenting bila Zafran seperti tidak percaya dengan kata-kata dan gambar yang menunjukkan bukti itu. Alisha curang pun Zafran masih tidak boleh menerimanya. Hatinya betul-betul sakit!

“Zaf, you jangan nak buat I marah. Bini you tu memang dasar anak orang miskin. Pantang dapat hidup senang, mulalah dia berlagak... Dahlah tu pencuri pula..” Sofia mula mereka cerita. Dia pasti Zafran akan lebih membenci Alisha. Inilah peluangnya dia mahu membuatkan Zafran membenci perempuan yang sudah menjadi isterinya itu.

“You jangan nak buat cerita. Sofia.. I kenal sikap you.”

“Kalau tak percaya tanyalah papa you tu!”

“Papa I mana?”

“Dia pergi outstation...”

“Bila dia balik?”

“I tak tahulah..” jawab Sofia kasar. Zafran Haicarl mengeluh. Dia mahu beredar dari situ. Namun kedengaran suara Sofia menegurnya.

“You nak pergi mana?”

“Suka hati Ilah.. Mak Jah... Mak Jah..” panggil Zafran lagi.

“Mak Jah dah berhenti kerja.. You tak perlu nak cari dia lagi..” Sofia memberitahu perkara itu. Lambat laun pasti Zafran akan mencari orang tua yang banyak menyusahkan dia. Sebab itu dia memecat Mak Jah sebelum Zafran Haicarl balik ke rumah itu.

“Apa?? Mak Jah dah berhenti kerja? Atas alasan apa?” soal Zafran tidak puas hati. Baru beberapa bulan dia tidak berada di sini. Bermacam-macam hal telah berlaku.

“I tak tahulah. Dia cakap nak berhenti kerja. Tak kan lah I nak halang. Lagi pun dia suka sangat menyibuk dengan hal I. Baik juga dia berhenti kerja.”

“Makin hari makin I tak faham sikap you ni!!” bentak Zafran.

Zafran Haicarl melangkahkan kakinya menuju ke bilik tidurnya. Rasa penatnya belum hilang. Di tambahkan lagi dengan ketiadaan Alisha dan juga Mak Jah. Masuk saja ke bilik tidurnya dia menguncikan pintu.

Dia terdetik hati membuka almari yang menjadi tempat penyimpanan pakaian Alisha. Kelihatan almari itu nampak kosong. Dia terkejut sangat. Alisha tidak pernah mengosongkan almari pakaiannya. Kemana Alisha pergi sampai mengosongkan pakaian dalam almarinya? Kini dia takut mungkin Alisha sudah pergi meninggalkannya.

“Kenapa Isha tak tunggu abang balik? Isha bohong pada abang. Isha terus tinggalkan abang macam tu je,” Zafran Haicarl mengeluh sendirian di bilik kamarnya. Apa yang harus dia buat sekarang? Bukan mudah hendak mencari Alisha. Kalau begini lebih baik mati dari hidup tanpa orang yang di kasihi di sisi.

..................................

Bangun dia petang itu segera dia mengambil kunci keretanya. Dia mahu keluar untuk melapangkan fikiran. Destinasi utamanya ialah ke rumah orang tua Alisha. Mungkin isterinya ada di sana.

Sebaik saja Zafran  Haicarl sampai di halaman rumah itu, dia melihat rumah itu kosong. Hatinya di pagut resah. Tiada orang tempat dia bertanya. Siapa yang boleh memberikan maklumat padanya. Tiba-tiba dia teringat rumah Shikin kawan baik Alisha. Dia terus memandu menuju ke rumah itu.

Makcik Kiah terkejut melihat kedatangan Zafran Haicarl. Apa yang sudah terjadi sebenarnya? Namun dalam perasaan yang penuh tanda tanya dia tetap menyambut kedatangan Zafran Haicarl dengan senyuman.

Makcik Kiah menceritakan perkara yang terjadi pada keluarga Alisha. Katanya sebelum Alisha pergi ke Kuala Lumpur dia sempat singgah di rumahnya. Dia menceritakan perkara yang berlaku pada dirinya. Katanya dia ingin mencari Zafran di Kuala Lumpur.

Zafran hanya terdiam sahaja. Dia tidak tahu seteruk itu nasib Alisha ketika ketiadaannya. Dia mula rasa menyesal kerana meninggalkan Alisha di rumah agam itu. Walau bagaimana pun dia akan berusaha mencari Alisha di Kuala Lumpur. Dia berjanji pada dirinya sendiri.

Pulang saja dia ke rumah agam itu dia terus berkemas. Dia tidak mahu tiggal di rumah itu. Dia memang sudah pasti Alisha tidak ada di dalam rumah itu.

“Zaf! You nak pergi mana pula tu?” soal Sofia sebaik saja melihat Zafran mahu berangkat dengan beg besar yang baru dia bawa balik pagi tadi.

“I nak balik ke KL..”

What??? Malam-malam begini? Bukan ke you baru sampai tengah hari tadi? Tak bolehkah you stay dua tiga hari lagi?” pujuk Sofia lagi. Baru dia berangan-angan mahu makan malam bersama. Namun petang itu Zafran keluar dan baru balik waktu sekarang. Lepas tu dia bawa beg besar katanya nak balik ke KL memang dia rasa amat marah sekali. Semuanya gara-gara perempuan yang bernama Alisha itu.

Nope!!! I dah buat keputusan. I nak balik ke Kl. I nak cari Alisha..”

“Balik-balik Alisha.. Alisha!! Tak ada gunanya you nak kenang perempuan macam Alisha tu.. Entah-entah dia sedang enjoy di luar sana dengan lelaki lain.. Perempuan macam tu yang you nak cari?” sindir Sofia lagi.

“Mulut you tu jangan cakap sembarangan. Alisha tak macam tulah.. Dia bukan jenis macam you!!”

Zaf I miss you and I love you..” ujar Sofia terus sahaja memeluk tubuh lelaki yang di rinduinya itu. Itulah saat-saat yang sangat di nantikannya. Zafran Haicarl dengan cepat merungkai tubuh Sofia dari memeluknya.

But I love my wife Alisha...” ujarnya perlahan. Memang dia cintakan sangat-sangat Alisha..

“You tipu. You tak pernah cintakan dia. You sengaja nak sakitkan hati I kan? Sebab itu you kahwin dengan dia..” jawab Sofia keras. Dia tidak sanggup mendengar Zafran menyintai wanita lain selain dari dirinya.

“Dengar baik-baik Sofia, I tak cintakan you lagi. Because I love my wife Alisha. Seluruh jiwa dan cinta I hanya untuk dia. Dan hanya Alisha yang layak mendapat cinta dari I..” sekali lagi Sofia memeluk tubuh Zafran.

Dengan kasar Zafran menolak tubuh Sofia yang mahu memeluknya. Dia melangah keluar dari rumah itu. Dia tidak akan balik ke rumah agam itu selagi dia tidak berjumpa dengan Alisha.

“Zaf.. Zafran.. Jangan tinggalkan I Zaf! I love you so much!!” jerit Sofia lagi. Dia terduduk lemah apabila panggilannya itu tidak di pedulikan oleh Zafran. Hatinya hancur melihat pemergian Zafran malam itu. Dia menangis sendirian.. Sampai hati you buat I macam ni Zaf.. Ingat I tak akan biarkan hidup you bahagia Zaf! I akan cari you walau kemana saja you pergi!! Alisha berjanji pada dirinya sendiri.

........................................