Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 16 April 2015

Kau Rantai Hatiku 58

DATO Farid hairan melihat perubahan sikap Isabella. Asal duduk saja mesti dia termenung. Seperti dia ada masalah. Mahu di tanya nanti takut dia tersinggung pulak! Semenjak dia kehilangan anak perempuannya, Isabella di jaga bagaikan anak sendiri malah lebih dari itu. Ketika Ariana masih hidup dulu pun dia selalu melebihkan Isabella dari Ariana. Mungkin itu balasan tuhan terhadapnya. Kasih sayangnya kurang di berikan kepada Ariana yang merupakan anak kandungnya sendiri.

Air matanya berguguran lagi bila mengenangkan peristiwa lalu.. Nak menyesal pun tiada gunanya lagi. Alangkah indahnya jika dia msih lagi berpeluang untuk menjalani kehidupan bersama anak perempuannya seperti dulu. Masa itu dia tidak akan sia-siakan seperti mana yang dia lakukan sebelum ini. Kesedihan melanda hatinya lagi.

BERITA yang di bawa oleh penyiasatnya tadi benar-benar menghancurkan hatinya. Datin Melinda tidak menyangka Tengku Elman Qaufar sanggup membawa perempuan yang amat di bencinya bercuti ke rumah persendirian di tepi pantai itu. Mungkin itulah penyebab yang membuatkan Tengku Elman memutuskan pertunangan dengan Isabella.

“Jahanam kau Elman. Kau nak mainkan perasaan anak aku.. Kau tunggulah balasannya nanti!!” bentak Datin Melinda. dia benar-benar rasa marah.

Dia segera bertemu dengan anaknya Isabella. Berita ini harus di beritahu kepada Isabella.

“Bell, awak tahu tak Tengku Elman pergi mana dua hari ini?”

“Tak mummy. Lagi pun sejak hari tu Bell jarang jumpa dia lagi. Kalau jumpa pun Elman asyik mengelak saja..” dia mengadu kepada ibunya.

“Dia bawa Humaira pergi ke rumah tepi pantai tu..” ujar Datin Melinda. Dia tahu pasti Isabella terkejut mendengar berita yang di sampaikan itu,

“Apa???!!” terbeliak mata Isabella mendengar berita yang beritahu oleh mummynya tadi.

“Dari mana mummy tahu?”

Mummy upah penyiasat persendirian ekori mereka.”

Wow.. mummy.. Memang best.!!”

So sekarang jangan risau. Suatu hari nanti Tengku Elman tetap jadi milik Isabella.”

“Terima kasih mummy kerana memahami perasaan Bell..”

Mereka berdua berpelukan. Selepas ini Datin Melinda sudah punya rancangan. Dia akan memisahkan pasangan itu. Dia tidak mahu melihat Isabella dalam kesedihan.

MALAM ini sudah pukul sepuluh. Malam itu rasa sunyi dan sepi. Tiba-tiba Humaira teringatkan Tengku Elman. Dia terus mencapai telefon bimbitnya. Memberi salam ketika mendengar suaranya di hujung talian. Salam bersambut penuh ceria.

“Abang tengah buat apa tu?”

“Tengah bercakap dengan isteri abang.” suara mesra Tengku Elman mengusik.

Humaira ketawa.

“Mimpi apa telefon abang ni? Seingat abang, jarang Humaira nak telefon kecuali kalau perlu sahaja,” ujar Tengku Elman.

Humaira sedar akan hakikat itu, namun masih juga tidak mahu mengalah.

“Abang tak ingat Ira?” soal Humaira manja.

“Abang tak ingat?” Tengku Elman mengulang kata-kata Humaira seolah-olah inginkan kepastian.

“Setahu abang, sesaat pun abang tak pernah lupa.” balas Tengku Elman.

Humaira terdiam. Terharu mendengar kata-kata Tengku Elman. Betapa lelaki itu begitu. Selalu jujur dengan berterus terang tentang perasaannya.

“Habis tu, kenapa abang tak telefon Ira?” Humaira mula melunakkan suaranya dengan nada yang seakan merajuk.

“Malam ini, memang abang sengaja nanti Ira yang telefon abang. Dan sepatutnya abang yang tanya Ira. Ira benar-benar ingat abang ke tak?” ucap Tengku Elman selamba.

Humaira kehilangan kata. Hatinya jadi resah dan tidak menentu. Mujurlah Tengku Elman tidak berada di depannya. Kalau tidak malulah dia di usik oleh Tengku Elman.

“Mengapa diam?” Tengku Elman menyoal tiba-tiba. Memecah sepi antara mereka. Namun Humaira tetap berdiam diri. Itulah siapa suruh tangannya menggatal mendail nombor Tengku Elman. Dan sekarang, dia tidak tahu apa nak cakap.

Hello anybody home?” Tengku Elman mula berlawak. Humaira ketawa.

Humaira juga mendengar Tengku Elman ketawa. Humaira lega. Kadang-kadang dia pura-pura marah dan merajuk kerana dia tahu Tengku Elman pasti tidak akan membiarkan rajuknya berpanjangan. Kalau mereka bersama, pasti Tengku Elman akan menariknya ke dalam pelukannya. Memujuk dan membelai penuh mesra.

“Ira rindukan abang ke?”

“MMmmm…”

“Kalau rindu tunggu sekejap..”

Seraya itu bunyi ketukan di pintu bilik itu mengejutkan Humaira. Humaira menoleh.. Takkan secepat itu dia datang? Malunya.. sekarang Tengku Elman sudah benar-benar berada di depannya.

“Masuk..”

Memang betul Tengku Elman yang terpacak berdiri di depan pintu. Humaira mengurut dadanya. Dia betul-betul rasa terkejut.

“Rindukan abang ker?” suara romantik kedengaran dari bibir Tengku Elman. Humaira tidak dapat berkata apa-apa. Cuma dia mengangguk sahaja. Tengku Elman terus memeluk tubuh Humaira. Dia juga merasakan perasaan yang sama.

Malam itu Tengku Elman lewat pulang ke rumah mamanya.

HARI ini, Isabella awal pergi ke rumah Tengku Elman. Hari ini rancangannya harus berjaya. Dia mahu membawa Tengku Suraya bersama mereka agar Tengku Elman tidak dapat mengelak darinya.

Good morning Auntie…”

“Assallamuailikumm.. Awal Bella sampai..” balas Tengku suraya. Pada hal dalam hati dia pun hairan juga kenapa Isabella awal pagi sudah tercengat di depan rumahnya..

“Elman dah bangun ke Auntie?”

“Dah kot. Mungkin tengah bersiap nak pergi pejabat.. Kenapa?”

Isabella tersenyum. Dia mula dengan rancangannya. Dia berharap kali ini rancangannya akan berjaya.

SEKALI-sekali matanya melirik ke arah jam tangannya. Tadi dia terlelap sekejap. Namun dia terbangun kerana terkejut. Orang yang di tunggu tak muncul-muncul lagi. Cakap nak jumpa kat sini. Tapi orangnya tak sampai-sampai lagi. Dia pergi kemana? Kalau tak jadi jumpa cakaplah. Marah Ira dalam hati.

Humaira bangkit dari tempat duduknya. Sudah dua jam dia menunggu Tengku Elman di apartment itu, namun batang hidung Tengku Elman masih belum kelihatan. Dia mengambil beg tangannya dan menuju ke muka pintu. Humaira yang sudah penat menunggu berniat mahu pergi. Namun dia terkejut apabila ada orang membuka pintu dari luar. Sudah berapa lama dia menjadi penunggu di apartment itu. Marah benar rasa hatinya.

Namun Tengku Elman menahannya. Kalau selalu dia di biarkan begini, lebih baik dia pergi. Lelah rasanya menunggu orang yang tak kunjung tiba.

“Sayang...Sayang nak kemana?” panggil Tengku Elman. Dia tahu dia sudah terlewat dua jam dan membiarkan Humaira menunggunya. Namun dia sudah berusaha untuk melepaskan diri dari Isabella dan mamanya sebentar tadi. Sehinggakan dia menyuruh Encik Johan yang menghantarnya kerana bimbang mereka dapat mencarinya.

“Ira nak balik..”

“Sayang abang merajuk ye..” Tengku Elman menyentuh pipi Humaira. Humaira mengelak. Dia masih rasa sakit hati biar pun dia tidak dapat melawan rasa rindu.

‘Ingat dia tidak ada perasaan ke?’ marah Humaira dalam hati.

“Sayang, say something? Please!! Abang betul-betul minta maaf..” ujar Tengku Elman dengan bersungguh-sungguh. Dia sudah membuatkan si jantung hatinya itu merajuk. Dia rasa bersalah sangat kerana beberapa hari ini dia sudah mengabaikan Humaira, tetapi semua itu ada alasannya.

“Ira nak balik jelah. Lagi pun abang ada banyak kerja nak buatkan?” akhirnya Humaira bersuara.

“Sayang marahkan abang ke?” Tengku Elman terasa dengan sikap dingin Humaira. Dia tahu dia bersalah, tetapi dia sudah minta maaf. Humaira menggeleng. Dia tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. Pada hal dia tahu Isabella sakit dan memerlukan bantuan suaminya Tengku Elman. Tapi dia tidak dapat mengelak dari perasaan cemburunya.

“Apakah hubungan kita akan terus begini?” tanya Humaira dingin. Humaira mengeluh. Dalam diam dia mula protes pada jadual kerja Tengku Elman yang padat. Minggu ini saja mereka hanya bertemu tiga kali.

“Abang tahu sudah berapa lama Ira menunggu?” tanya Humaira tajam. Tengku Elman melepaskan keluhan. Seraya itu tangannya mencari tapak tangan Humaira. Dia tahu Humaira lama menunggunya.

“Abang dah berusaha untuk melepaskan diri dari mama dan Bella tadi. Sampaikan abang telefon Encik Johan supaya menghantar abang ke sini. Abang minta maaf kerana membiarkan Ira tunggu abang kat sini..” Humaira hanya mengeluh resah. Perlahan dia menyuarakan.

“Mulai sekarang Ira tak akan menunggu abang lagi. Lagi pun abang akan kahwin tak lama lagi. Memang patut pun abang kena buat persiapan untuk hari yang berbahagia itu..” ujar Humaira sambil berusaha melepaskan tangannya yang di genggam oleh Tengku Elman. Kali ini dia tidak akan mengharapkan apa-apa dari lelaki itu. Dia sedar mungkin Tengku Elman juga terpaksa memilih dalam hal ini. Tersentap juga jiwa Tengku Elman mendengar kata-kata dari Humaira. Kali ini dia akan berjuang sendirian. Dia tidak akan melepaskan Humaira lagi. Tidak akan membenarkan sesiapa pun yang menyakiti hati perempuan kesayangannya itu.

“Abang, sayang dan cintakan Ira seorang saja. Hanya Ira saja satu-satunya wanita yang bertakta di hati abang. Tak kan sayang tak percayakan abang?” ujar Tengku Elman sambil memeluk Humaira dari belakang. Humaira menarik nafas lega. Dia tahu suaminya Tengku Elman amat sayangkan dirinya. Kalau tidak masakan si suaminya itu sanggup menolak cinta Isabella. Namun sebagai seorang wanita dan juga isteri kebimbangannya itu tetap ada.

Akhirnya mereka bertengkar. Tengku Elman rasa tersinggung dengan ucapan Humaira. Dia sudah berusaha menyisihkan waktunya untuk bertemu Humaira. Tapi sepertinya Humaira tidak memahaminya. Hari ini dia sangat penat untuk bertengkar. Dia membiarkan Humaira pergi. Humaira hanya menahan emosinya dan juga pergi membawa hatinya yang sangat sedih.

Malam itu Tengku Elman cuba menghubungi telefon bimbit Humaira namun satu panggilan pun tidak di jawab. Dia jadi marah pada dirinya sendiri. Dia seperti gagal untuk mengawal perasaannya petang tadi. Bukankah doktor yang merawat Humaira sering berpesan agar dia bersabar dengan karenah Humaira kerana ada perkara yang tidak dapat di terima oleh Humaira.

Gambar Humaira yang di simpannya di dalam telefon bimbit itu di tatap.

‘Maafkan abang sayang.. Abang terlalu mengikut perasaan sehinggakan sayang pergi tinggalkan abang macam tu saja. Tapi percayalah cinta abang hanya untuk sayang..’

Tengku Elman memejamkan mata. Dia tidak dapat membayangkan andainya Humaira pergi jauh darinya lagi. Sungguh dia tidak sanggup.