Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 23 January 2015

Kau Rantai Hatiku 57

Terima kasih kepada anda yang baru mengenali blog ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga  kepada pembaca yang sudi mengikuti blog serta membaca novel dan cerita pendek walaupun penulisan saya ini tidak seberapa.


KEBIASAANNYA hari Isnin, Tengku Elman Qaufar akan membawa Humaira berjumpa dengan doktor pakar. Pada minggu pertama dan keduanya, Isabella belum lagi mengesyaki mereka. Namun lama-kelamaan hubungan mereka menjadi tanda tanya pada Isabella. Entah kenapa, setiap hari Isnin sebelah petang saja pasti Tengku Elman membawa Humaira keluar. Bila di tanya katanya ada urusan penting. Tetapi takkan urusan penting itu setiap hari Isnin. Pelik!!

Isabella benar-benar tidak sedap hati. Tarikh perkahwinan mereka semakin dekat. Dia tidak mahu sesuatu berlaku sebelum hari pernikahan mereka. Kerana dia sangat cintakan Tengku Elman dan dia tidak mahu kehilangan lelaki yang umpama permata bagi dirinya. Kehilangan lelaki itu akan membuatkan dia dan mummynya kerugian atau terlepas peluang!

Petang itu dia sedia mengekori kemana pemergian Tengku Elman dan Humaira. Dengan perlahan dan berhati-hati, Isabella mengekori kereta Tengku Elman sebaik saja kereta Tengku Elman keluar dari tempat parking.

Kereta Tengku Elman berhenti di tempat parking di halaman hospital. Hati Isabella semakin tertanya-tanya. Apa tujuan Tengku Elman membawa Humaira ke hospital itu? Hatinya semakin berdebar-debar. Begitu juga dengan perasaan ingin tahunya. Adakah Humaira dan Ariana orang yang sama? Jikalau hal itu benar, apa tindakan dia yang seterusnya?

Perlahan-lahan Isabella mengekori langkah Tengku Elman dan Humaira. Bila tiba di satu bilik, dia melihat Tengku Elman memengang tangan Humaira. Tiba-tiba perasaannya di hantui rasa cemburu! Dia makin menjadi syak wasangka!

Tengku Elman pergi berjumpa dengan Doktor Safrul. Doktor Safrul merupakan doktor psikriatri yang di kenali ramai. Doktor Safrul hanya tersenyum sahaja melihat pasangan itu yang kelihatan mesra.Si suami dengan senyuman yang lebar dan si isteri pula malu-malu.

Setiap hari Isnin mereka akan datang untuk temujanji. Setakat ini, si isteri mula menunjukkan perkembangan yang baik. Walaupun dia belum mengingati masa silamnya dengan baik tetapi perubahan sedikit demi sedikit yang di tunjukkan amatlah memberansangkan.

Setitis demi setitis air mata membasahi pipinya. Sampai hati Tengku Elman memperlakunya sedemikian rupa. Nampaknya dia sudah kalah sebelum berperang. Cinta Humaira mendapat tempat paling teratas di dalam hati Tengku Elman. Dia tidak meminta banyak dari Tengku Elman. Cukuplah sekadar memberi sedikit ruang di hatinya untuk membalas cintanya. Namun apa yang di harapkan tidak akan menjadi kenyataan.

Perlahan-lahan dia melangkahkan kakinya meninggalkan tempat itu. Hal itu mesti di beritahu kepada mummynya. Pastinya mummynya ada caranya.

MUMMY, Bella ada hal penting nak bagi tau mummy!” ujar Isabella dengan tidak sabarnya.

“Hal apa yang Bell nak bagitau mummy ni? Macam tak sabar-sabar nak jumpa mummy ni?” soal Datin Melinda. Dia hairan bila melihat Isabella seperti diburu keresahan.

“Kalau Bella cakap mummy jangan terkejut ya?”

“Apa dia, cakaplah..” desak Datin Melinda lagi. Dia yang tadi menegur Isabella tidak sabar pun jadi begitu bila mendengar nada suara Isabella seperti keresahan.

“Sebenarnya.. Ariana masih hidup!!”

“Zapppp!!!” bagaikan terkena renjatan elektrik wajah Datin Melinda mendengar kata-kata Isabella.

“Betul ke, apa yang Bella cakapkan ni? Dari mana Bella tahu?” soal Datin Melinda bertalu-talu. Ada nada keresahan di hujung suaranya.

Mummy ni kenapa? Cemas semacam je!” soal Isabella yang pelik dengan sikap mummynya. Selalunya mummynya tidak pernah bersikap cemas begitu!

“Tak ada apa-apalah.. Bagus juga kalau betul Ariana masih hidup!” ujar Datin Melinda yang cuba menutup gelabahnya.

“Tapi mummy.. Kalau Ariana masih hidup, Elman tak akan kahwin dengan Bella.. Bella sangat cintakan dia. Bella sanggup jadi isteri ke duanya..” terang Isabella tentang perasaannya pada Tengku Elman.

“Bella.. betul ke apa yang Bella cakapkan ni? Bella sanggup ke berkongsi kasih dengan wanita lain yang merupakan kakak tiri Bella..” ujar Datin Melinda yang sebenarnya terkejut mendengar pengakuan dari bibir anaknya itu.

“Sebenarnya Bella tak nak berkongsi kasih mummy! Tapi Bella sangat cintakan Elman.. Bella tak sanggup kehilangan dia.. Bella tak sanggup mummy..” rintihan dari Isabella jiwa hati seorang ibu seperti Datin Melinda. Datin Melinda terdiam. Dia sendiri pun masih terkejut dengan berita itu. Tak mungkin Ariana masih hidup. Kalau Ariana masih hidup mayat siapa yang rentung dalam letupan itu? Soalan demi soalan berligar-ligar di fikirannya.

“Apa yang Bella patut buat mummy? Kalau Ariana masih hidup pasti Elman tak nak kahwin dengan Bella. Ini bermakna majlis perkahwinan kami tak akan di teruskan! Macam mana ni mummy?” soal Isabella bertalu-talu.

“Jangan risau, Mummy akan cari jalan agar perkahwinan kamu di teruskan..” ujar Datin Melinda perlahan. Dalam diam dia sudah berjanji dengan anak gadisnya. Demi anak gadisnya dia sanggup lakukan apa saja asalkan anak gadisnya itu bahagia.

SEMENJAK Isabella memberitahu yang Ariana masih hidup, Datin Melinda jadi gelisah. Macam mana Ariana masih hidup? Kemana Ariana selama ini? Bermacam-masam soalan yang timbul di fikirannya. Adakah Dato Farid sudah tahu yang Ariana puteri tunggalnya itu masih hidup? Bagai mana pula dengan Tengku Suraya yang memang dah lama rindukan Ariana? tengku Elman dah sah-sah tahu!

“Aku mesti cari jalan agar Bella dapat kahwin dengan Tengku Elman..”

Datin Melinda duduk di taman.

Mummy kenapa ni?” soal Bella. Dari tadi lagi dia melihat mummynya asyik beralan ke hulu dan ke hilir.

“Shhh!! Jangan cakap kuat-kuat nanti Daddy kau dengar..”

“Kenapa??”

“Nanti Daddy tau yang Ariana masih hidup. Kau nak ke kalau Daddy tiba-tiba tukar wasiat..” ujar Datin Melinda. Selama ini itulah yang paling di takutinya. Namun hari ini dia tetap juga berlaku.

“Okey mummy.. Jadi apa yang mummy nak buat?” soal Bella tidak puas hati.

Mummy tengah fikirkannya..”

“Okey Bella nak masuk ke dalam dulu. Lagipun Bella letih ni..!”

“Baiklah. Bella berehatlah dulu ya.. Nanti mummy fikirkan jalan agar perkahwinan kamu di teruskan..” janji Datin Melinda lagi. Dia akan buat apa saja cara agar perkahwinan di antara Bella dan Tengku Elman di teruskan.

“Terima kasih mummy!!”

“HELLO Botak..”

“I nak jumpa you di tempat biasa!” perintah Datin Melinda. Hanya dengan panggilan sebegitu, Botak hanya tersenyum. Dia tahu jika dirinya di cari pasti ada perkara yang ingin di sampaikan oleh Datin Melinda. Dan dia akan sedia berkhidmat untuk Datin itu. siapa yang tidak mahu dengan upah yang lumayan.

Petang itu, Datin Melinda berjumpa dengan lelaki yang bernama Botak itu. Pertemuan meraka di tempat yang sunyi. Jauh dari orang ramai dan suasana bising!

“Ada apa Datin nak jumpa aku?” soal Botak sebaik saja mengambil tempat duduk di depan Datin Melinda.

You dah lakukan kesilapan!!”

“Kesilapan?? Apa maksud Datin?” soal Botak yang terkejut dengan kata-kata Datin Melinda. Selama ini dia tidak pernah membuat kesilapan untuk bekerja dengan Datin Melinda.

“Orang yang saya suruh awak bunuh tu masih hidup!!” beritahu Datin Melinda.

“Maksud Datin?”

“Ariana masih hidup!! Tapi sekarang dia guna nama Humaira!!” marah Datin Melinda lagi. Dia rasa benar-benar marah.

“Macam mana boleh jadi macam ni? Sedangkan masa letupan itu tiada siapa pun yang berada di sana kecuali Ariana!!” soal Botak lagi. Dia masih teringat lagi peristiwa yang berlaku lima tahun yang lalu. Lagipun dia sendiri yang membuat kerja yang di suruh oleh Datin Melinda.

“Itu yang aku nak soal kau!! Macam mana perempuan itu masih hidup? Jadi siapa yang mati dalam letupan itu?” soal Datin Melinda. Botak hanya menggeleng kepala.

“Kita harus cari jalan untuk selesaikan perempuan itu, sebelum dia boleh ingat kembali..” Datin Melinda berkata dengan yakinnya. Ya.. dia harus mencari jalan agar Humaira terus lenyap dalam hidup Tengku Elman. Memanglah Tengku Elman sayangkan Humaira kerana perempuan itu adalah isterinya.

ISABELLA mendekati Humaira. Dia bagaikan di rasuk. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa ingin berbuat sesuatu pada Humaira. Dia inginkan kepastian yang sebenarnya.

“Ira.. you ni siapa sebenarnya? Kadang-kadang I rasa you ni Ariana.. Kadang-kadang I rasa you bukan Ariana..” ujarnya bila dia mendekati Humaira. Nasib baiklah ketika itu pekerja lain sudah ramai yang pulang.

Cik Bella rasa saya ni siapa? Kenapa soal saya macam tu?” soal Humaira bersahaja. Dia tahu lambat laun, pasti rahsianya akan terbongkar juga.

“Sebab itu I tanya you, siapa you yang sebenarnya?” soal Isabella dengan garang. Dia menjadi pendesak sejak Tengku Elman mahu memutuskan pertunangan mereka. Sejak hari itu dia melihat Tengku Elman selalu sahaja berada di samping Humaira. Alangkah indahnya kalau Tengku Elman melayannya seperti dia melayan Humaira sekarang.

“Saya tiada sebarang jawapan untuk soalan Cik Bella tu..” jawab Humaira dengan jelas. Mendengarkan jawapan Humaira itu, Bella semakin sakit hati.

You ni memang sengaja nak cari pasal dengan I kan? You tentu ada sembunyikan sesuatu dari I. Atau you berpura-pura berlakon agar dapat mengambil perhatian dari Tengku Elman. Dah puas hati hancurkan hubungan kami!!”

“Saya tak perlu berlakonlah. Saya tak macam cik Bella. Itu bukan salah saya..”

“Memang salah you.. Kalau bukan di sebabkan you, kami tak akan jadi macam sekarang..” ujar Isabella berang. Perempuan di depannya itu benar-benar menaikkan kemarahannya.

Humaira mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan. Dia mahu pulang ke rumah dengan secepat mungkin. Dia rasa sangat penat hari ini. Pelbagai perkara yang berlaku hari ini! Dia terus melangkah meninggalkan Isabella di situ tanpa mempedulikan soalannya tadi.

I belum habis lagi dengan you!!” jerit Isabella dari belakang. Tiba-tiba dia menolak Humaira sehingga terjatuh. Kepala Humaira terhantuk pada dinding itu. Kelihatan mengalir cecair merah di dahi yang terhantuk itu. Humaira mengaduh kesakitan. Bella juga terkejut. Tiba-tiba Humaira merasakan pandangannya berputar. Namun sedikit demi sedikit dia mula mengingat sesuatu. Isabella masih berdiri kaku di situ. Dia tiadak menyangka akan bertindak sebegitu.

Dia mula mengingati sesuatu. Bella ketika itu sudah rasa gementar. Humaira bangun dan mendekati Isabella. Dia mula mengingati apa yang Isabella pernah lakukan padanya dulu.

“Isabella…” panggil Humaira lagi. Panggilan itu mengejutkan Isabella. Dengan renungan mata yang tajam dari Humaira, sudah mampu mengecutkan hatinya.

“Akak ingat apa yang Bella pernah lakukan pada akak..” ujarnya perlahan. Wajah Isabella berubah!!

“Kakak dah ingat?” soal Bella ketakutan. Susahlah dia kalau Ariana mengingati kembali masa lampaunya. Dan apa yang di bimbangkannya akan berlaku.

“Ya, akak dah ingat apa yang Bella pernah lakukan. Tapi kali ini akak tak akan lepaskan abang El kahwin dengan Bella.” Humaira berterus terang. Entah mengapa semenjak dia mula mengingati perkara lepas dia menjadi takut untuk kehilangan Tengku Elman untuk kali keduanya.

I nak Elman balik dengan I!”

“Apa Bella cakap ni? Akak tak faham.”

You tak boleh buat I macam tu. Bella nak kahwin juga dengan Elman. Bella cintakan dia...” jerit Isabella.

“Cinta? Akak rasa Bella cuma cintakan harta abang El sajakan?” soal Humaira. Setahu dia gadis macam Bella yang mempunyai ibu seperti Datin Melinda hanya tamakkan harta. Tiada istilah cinta buat orang seperti mereka. Lagi pun dulu dia selalu terserempak dengan Datin Melinda bersama lelaki lain. Itu ketika papanya tiada di rumah. Namun dia diamkan hal itu kerana tidak mahu papanya bergaduh dengan Datin Melinda. Dia sangat sayangkan papanya.

“Tolonglah kak, Bella betul-betul cintakan Tengku Elman. Bella nak kahwin dengan dia. Bella tak kisah kalau Bella terpaksa bermadu dengan akak” pujuk Isabella dengan lembut. Tiada lagi panggilan I dan you lagi. namun Humaira hanya menggelengkan kepalanya. Kali ini dia terpeak sa mempertahankan diri dan cintanya pada Tengku Elman.

“Itu kata Bella. Tapi bagi akak, akak tak nak berkongsi kasih dengan sesiapa pun. Kalau pun akak izinkan Abang El kahwin lagi pun belum pasti Abang El mahu. Kalau abang El nak kahwin dengan Bella akak minta dia lepaskan akak” terang Humaira lagi. Bukan dia yang menentukan keputusannya. Semua berada di tangan Tengku Elman. Namun dia percaya, Tengku Elman masih menyayangi dan menyintainya seperti dulu. Namun kadang-kadang dia juga keliru dengan perasaannya sendiri.

“Akak dengar sini baik-baik.. Bella akan rampas balik Elman dari akak. Dulu akak rampas dia dari Bella. Dan sekarang Bella akan rampas balik dia dari akak. Bersedia sajalah akak mulai dari sekarang.. Bella akan mengambil kesempatan keatas suami akak yang perfect tu.” Isabella ketawa sepuas hatinya. Hilaian tawanya itu amat menggerunkan Humaira. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali dendam Isabella terhadapnya.

“Tapi akak tak pernah rampas Tengku Elman dari Bella pun. Kami saling mencintai satu sama lain..” ujar Humaira berani. Memang.. memang betul antara dia dengan Tengku Elman saling cinta menyintai satu sama lain. Dan sekarang Isabella sudah menyatakannya. Mampukah dia mempertahankan cintanya pada Tengku Elman.. Semua persoalan itu tidak dapat di jawab dengan akal dan fikirannya.

“Cinta..? Betul ke dia cintakan awak?” soal Isabella dengan nada menyindir. Padahal dalam hati tuhan saja yang tahu betapa kecewanya dia dengan pengakuan Humaira itu.

Humaira mengganggukkan kepalanya bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Isabella.

“Saya dengan yakinnya bahawa dia cintakan saya. Kalau tidak masakan dia menangguhkan majlis perkahwinan kamu. Dan untuk kali ini, saya tak akan berdiam diri lagi..” kata-kata Humaira itu membuatkan Isabella sakit hati. Dia tidak sanggup mendengar kata-kata cinta yang lahir dari mulut Humaira.

TENGKU Elman mendapatkan Humaira. Dari tadi lagi dia mencari Humaira. Namun dia sendiri terkejut bila melihat Humaira bersama Isabella dan sambil itu dia melihat dahi Humaira berdarah.

“Kenapa ni?”

“Tak ada apa apa..” jawab Humaira dengan senyuman yang tawar sekali.

“Tapi kenapa dahi Ira berdarah?” soal Tengku Elman resah.

“Tadi Ira terjatuh.. Ira tak nampak ada tiang besar kat tengah tu. Ada pulak angin ribut yang tolak Ira..” jawab Ira selamba.

Isabella mengetap bibirnya. Paling dia risau jika perempuan itu memberitahu hal yang sebenarnya. Macam mana ni? mesti Tengku Elman akan memberi alas an untuk membatalkan majlis perkahwinan mereka.

Tengku Elman membawa Humaira masuk ke biliknya. Dia dalam bilik, Tengku Elman mencari peti kecemasannya. Lalu dia mengambil ubat gunting, dan kain pembalut.

“Kenapa boleh jadi macam ni sekali?” soal Tengku Elman perlahan. Dia tahu pasti ada perkara yang berlaku di luar pengetahuannya.

“Abang, Isabella dah tahu siapa Ira sebenarnya..” Humaira memberitahu hal itu kepada Tengku Elman.

“Macam mana dia tahu?” soal Tengku Elman kehairanan.

“Entahlah. Tiba-tiba saja dia bertanya pada Ira tadi. Sebab Ira tak jawab..”

“Jadi dia yang tolak Ira jatuh tadi?”

Humaira mengangguk. Tengku Elman melepaskan keluhan. Dia sudah agak. Perkara itu akan terbongkar juga. Tetapi macam mana Bella boleh tahu hal itu? Nampaknya keadaan Humaira sekarang dalam bahaya. Kalau Isabella tahu, hal itu pasti Datin Melinda juga akan tahu.

Isabella semakin bingung. Perlukah dia memberitahu mummynya bahawa Ariana sudah mengingati semula masa silamnya. Dan seperti yang dia dengar dari mulut Ariana tadi memang cukup membuatkan hatinya resah. Dia teringat kembali peristiwa lima tahun yang lalu.

Memang sebelum Ariana keluar rumah malam itu, dia bertengkar hebat dengan Ariana. Dia tahu Ariana akan menjemput Tengku Elman malam itu. Dia sebenarnya yang mahu berjumpa dengan Tengku Elman. Nanti dia akan beritahu Ariana tidak sihat. Namun rancangannya itu gagal apabila Ariana berdegil mahu dia sendiri yang pergi menjemput suaminya.

Ketika itu Datin Melinda juga melarang dia keluar dari rumah. Sebab itu dia sendiri terkejut mendengar berita kemalangan Ariana malam itu.

Kini dia terfikir adakah kemalangan itu di sengajakan. Tapi bagaimana? Dia mahu tahu hal itu.