MALAM itu Isabella
mengajak Sarah pergi ke kelab malam. Dia mahu minum agar dapat melupakan
masalahnya dengan Tengku Elman. Mengenangkan kata-kata Tengku Elman yang mahu
memutuskan pertunangan mereka memang tidak dapat dia terima. Dia sangat sayangkan
Tengku Elman. Malah lebih dari kasih sayang yang pernah Ariana berikan
barangkali. Tetapi lelaki itu tidak pernah memahami dirinya yang terlalu cinta!
“Ada
apa you ajak I ke sini?” soal Sarah sebaik saja Isabella duduk di mini bar itu.
Isabella memandang tepat ke arah anak mata Sarah. Hanya dengan Sarah sahaja dia
dapat meluahkan perasaan kecewanya. dia betul-betul kecewa dengan Tengku Elman.
“You
nak tahu tak, I sedih sangat hari ini..”
“Sedih?
Kenapa? Pasal Tengku Elman?” soal Sarah lagi. Dia memang tahu sangat, kalau
Isabella ada masalah pasti masalahnya dengan Tengku Elman.
“Memang
pasal lelaki tak guna itu..” marah Isabella pula.
“Tengku
Elman? Kali ini dia buat apa pula?” soal Sarah lagi.
“Dia
nak putuskan pertunangan kami. Kononnya I dah langgar syarat perjanjian sebelum
bertunang itu! Tapi mummy I tak akan biarkan perkara ini berlaku. Begitu juga
dengan I..” ujar Bella dengan yakin.
“Syarat
perjanjian? Perjanjian apa?” soal Sarah lagi. Dia pelik mendengar tentang
syarat itu. Orang seperti Tengku Elman memang bijak. Bukan mudah nak
menguruskan perempuan seperti Bella itu.
“Perjanjian
bodoh!! Elman menetapkan syarat sebelum kami bertunang. Kalau I langgar syarat
itu, dia akan memutuskan pertunangan kami.”
“Apa
syaratnya?”
“Dia
tak nak I ganggu Humaira. Itu saja syaratnya..”
“Jadi
you memang dah ganggu Humaira. perempuan yang mirip dengan Ariana?” soal Sarah
bertalu-talu. Isabella mendiamkan diri namun dia mengangguk perlahan. kalaulah
Sarah tahu yang Humaira dan Ariana orang yang sama, entahlah apa pula kata
temannya itu.
“I’m sorry if I hurt you, Bella. I
didn’t mean it. I’m sorry Bella..” ujar Sarah apabila
menyedari itu semua berpunca darinya.
“Tak
apa ini bukan salah you.. Salah I juga..” jawab Bella.
“Habis
kenapa dia marah sangat hari ini?” soal Sarah tidak puas hati.
“I
pergi bergaduh dengan Humaira di pejabat!!”
“Habis
tu you nak buat macam mana?”
“Entahlah..
I belum fikirkan lagi.”
“Baik
kita minum untuk lupakan masalah you itu..” ujar Sarah lagi. Malam ini dia dan
Isabella akan berhibur di tempat itu. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya
ke tempat itu. Tanpa mereka sedar, seorang wanita bangun dari tempat duduknya
menuju ke arah mereka.
“Hai
Bella, kita jumpa lagi malam ni..” tegur Trisha. Dia tersenyum menang ke arah
Isabella. Hari itu bukan main berlagak lagi Isabella depannya. kini dia secara
tak sengaja terdengar perbualan Isabella dengan temannya. memang padan muka
Isabella perempuan yang tak sedar diri itu.
“You
nak apa?” soal Isabella tidak puas hati. Sudahlah hari ini dia teruk di kenakan
oleh Tengku Elman, kini giliran perempuan ini pulak!
“I
benar-benar kesian dengan you Bella..”
“Kesian?
Kenapa pulak you nak kesiankan I pulak?” soal Isabella dengan nada sedikit
meninggi.
“Hari
tu, bukan main lagi you berbangga dengan tunang you. Kononnya you dah bertunang
dengan Tengku Elman. Tapi Tadi I tak salah dengarkan?” soal Trisha sambil
tersenyum sumbing. Tadi dia mendengar dengan jelas butir bicara Isabella dengan
Sarah namun sekarang Isabella menafikannya pula.
“Pasal
apa?” soal Isabella dalam keadaan separuh pening.
“Tengku
Elman, tunang you dah putuskan pertunangan you
all.. itu yang I maksudkan..”
“You
jangan nak menyibuk. Itu urusan I dengan Tengku Elman. You siapa nak ambil tahu
pasal kami berdua?” ujar Isabella semakin berang. Trisha tersenyum sahaja.
Isabella tidak perlu tahu siapa dia. Dan dia berpendapat Tengku Elman mengambil
langkah yang bijak. Biar padan muka Isabella!!
Makinlah
Isabella naik angin. Perempuan di depannya itu bagaikan sengaja menyimbah
minyak ke atasnya. sarah yang berada di sisinya asyik menarik lengannya agar
menghentikan perbuatannya. Tetapi bagi Isabella, dia memang tak boleh tahan
dengan perangai Trisha yang selalu mencampuri urusannya.
“Buat
apa I nek beritahu you. I memang kesian tengok you yang kononnya setia gila
dengan Tengku Elman tapi pada masa yang sama, Tengku Elman rapat dengan wanita
lain.. sungguh kesiankan..” sindir Trisha lagi. dia rasa puas kerana kali ini
dia dapat mengenakan Isabella.
“Trisha..”
“Oh
hai darling..” Trisha menyambut
kedatangan seorang lelaki yang berjalan menuju ke arahnya.
“Sorry I lambat.. Ada hal tadi..” ujar
lelaki itu. Trisha hanya tersenyum girang. Dia tidak merajuk kerana dia tahu
sangat kerja Adrian yang selalu sibuk.
“It okey.. Ni I nak kenalkan Isabella,
ex-tunang Tengku Elman.. and friend
Sarah” Trisha memperkenalkan Isabella dan sarah kepada teman lelakinya.
“Hi,
saya Adrian..” Adrian mengucapkan salam perkenalannya.
“Okey by the way, banyak-banyak
bersabar.. Bella.” ucap Trisha lagi. Isabella mencebik geram. Dia akan pastikan
perempuan itu akan mendapat balasan suatu hari nanti.
DATIN Melinda masih menunggu Isabella. Sekarang jam sudah menunjukkan
pukul satu pagi. Namun anak gadisnya itu masih belum pulang. Dia risau kalau
ada apa-apa berlaku pada Isabella. Dengan apa yang berlaku hari ini tidak
mustahil kalau Isabella melakukan perkara yang bukan-bukan. Pada hal dia sudah
berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.
Tidak lama kemudian dia terdengar kereta masuk ke
dalam garaj. Cepat-cepat Datin Melinda membuka pintu utama. Kelihatan Isabella
berjalan terhoyong hayang.
“Kenapa dengan Bella ni?” soal Datin Melinda. Selama
ini dia tidak pernah melihat Bella balik dalam keadaan mabuk.
“Bella.. you
mabuk ke?” soal Datin Melinda lagi.
“Tidaklah mummy..
Bella masih okey lagi.”
“Okey apa kalau jalan pun dah tak betul!” marah Datin
Melinda lagi..
“Ala mummy,
bising sangatlah.. Bella nak naik tidur ni..”
“Bella apa dah jadi dengan anak mummy ni?” soal Datin Melinda lagi. Dia jadi sedih bila melihat
Isabella jadi seteruk itu. Ketika Dato Farid mendengar suara Datin Melinda yang
bergema di rumah itu, dia pun bangun. Apabila dia keluar dari bilik, dia
melihat Isabella berkelakuan tidak senonoh. Kata-katanya hanya memarahi Tengku
Elman.
“Kenapa dengan Bella tu Mel?” soal Dato Farid.
“Entahlah bang.. Mel pun tak tahu..”
“Dia gaduh dengan Tengku Elman kot. Sebab itu jadi
macam ni..” ujar Dato Farid lagi. Memang perhubungan mereka berdua selalu ada
masalah. Dan dia memang tidak mahu menyalahkan Tengku Elman seorang. Bukan
mudah bagi Tengku Elman untuk melupakan peristiwa lalu.
Kemudian Isabella naik tangga. Walau bersusah payah
dapat juga dia sampai ke atas dan menuju ke biliknya. Dia muntah beberapa kali.
Namun kepalanya masih juga pening. Akhirnya dia membaringkan badannya di atas
tilam.
DATIN Melinda semakin cemas
apabila mendengar pekikan kuat dari arah bilik Isabella. Dia segera pergi ke
bilik sebelah memanggil nama Dato Farid. Dato Farid dan Datin Melinda masih
mundar mandir di ruang tamu. Mereka baru menghubungi Tengku Elman agar datang
ke rumah mereka malam itu. Sedang masing-masing melayan fikiran, tiba-tiba
Isabella keluar dari biliknya. Dia meluru menuruni anak tangga, terus ke dapur.
Datin Melinda dan Dato Farid mula panik!
“Mummy mana pisau? Bella nak mati! Kalau
Elman tak nak kahwin dengan Bella lebih baik Bella mati je!” jerit Isabella
pula.
Datin
Melinda terus mengekori Isabella dari belakang. Di dapur Isabella menarik pisau
yang di jumpanya dalam laci.
“Bella
jangan ambil pisau tu..” jerit Datin Melinda. Dia sudah menangis melihat
kelakuan Bella malam itu.
“Jangan
kacau Bella.. Biar Bella mati! Bella nak mati!!”
Isabella
cuba memotong urat nadi di tangannya. Namun Dato Farid memberanikan dirinya
memeluk Isabella dari belakang. Namun pisau itu belum terlerai dari tangan
Isabella.
Mujurlah
Tengku Elman dan Tengku Suraya datang tepat pada masanya. Dato Farid dan
Isabella masih bergelut.
“Cepat
Elman! Bella mahu bunuh diri!” Datin Melinda menerpa ke arah mereka. Tengku
Elman dapat mengambil pisau dari tangan Isabella. Sementara itu Tengku Suraya
sangat terkejut melihat Isabella yang mengamuk itu! Pasti ada perkara yang
berlaku di luar pengetahuannya.
“Biar I
mati! Biar I mati Elman! Biar I mati! I tak nak hidup lagi!” Isabella terus
menjerit. Tetapi tubuhnya semakin lemah.
Dengan
cepat Tengku Elman menolong Dato Farid membawa Bella menuju ke sofa. Mereka
dudukkan Bella di situ.
“Kenapa
dengan Bella ni?” soal Tengku Suraya kepada Datin Melinda. Datin Melinda jadi
serba salah untuk menjawab soalan Tengku Suraya.
“Seb..sebenarnya
dia kecewa dengan Tengku Elman..” Tengku Suraya mejeling ke arah Tengku Elman.
Apa yang telah berlaku hari ini. Pada hal baru pagi tadi dia berjumpa dengan
Isabella membincangkan hubungan mereka berdua itu.
“Kecewa?
Semuanya baik-baikkan. Saya baru berjumpa dengan Bella pagi tadi!” ujar Tengku
Suraya kehairanan. Kedengaran keluhan dari bibir Datin Melinda.
TENGKU Elman terpaksa menemani Isabella malam itu. Kata Datin Melinda
dia bimbang jika anak gadisnya itu melakukan perkara yang tidak elok lagi. Baru
inilah pertama kali Datin Melinda melihat Isabella mabuk teruk dan juga
mengamuk! Dan dia berpendapat Isabella jadi begitu gara-gara Tengku Elman.
“Papa minta maaf kerana terpaksa memanggil Elman
datang ke sini.. Papa tengok keadaan Bella sangat teruk. Papa takut kalau ada
perkara buruk berlaku..” ujar Dato Farid sambil mengeluh.
“Saya minta maaf papa, kalau di sebabkan saya Bella
jadi begini…”
“Papa dengar kamu nak putuskan pertunangan kamu tu
betul ke?” soal Dato Farid perlahan. Itu pun dia dengar dari Datin Melinda.
Mungkin di sebabkan hal itu, Isabella bertindak mengamuk!
“Betul papa.. Elman tak nak teruskan perkahwinan
kami..”
“Tapi kenapa? Bella buat hal lagi ke?” soal Dato
Farid.
“Dia buat hal satu. Dan hati dan perasaan Elman pun satu…
Elman tak dapat menipu diri sendirilah papa.. Elman tak dapat cintakan Bella…
walaupun Elman dah cuba..”
“Elman dah ada pengganti ke?” soal Dato Farid bimbang.
Mungkin dia bimbang jikalau Tengku Elman sudah menemui pengganti anaknya. Tapi
bukan itu ke yang dia mahukan!!
“Bukanlah papa.. Tapi hati Elman tak terbuka untuk
orang lain pun.. Elman masih cintakan Ariana.. Anak papa..” ujar Tengku Elman
dengan jujur. Mana mungkin dia dapat mengalihkan rasa cintanya pada insan lain
biar pun wajah itu hampir seiras namun bila dia mengetahui hakikat yang
isterinya masih hidup tidak mungkin dia dapat membuangkan rasa cinta itu
jauh-jauh.
“Papa tahu mungkin sukar untuk Elman melupakan Ariana.
Dan papa sendiri pun begitu. Papa rasa menyesal sangat bila mengenangkan
kembali bagai mana papa selalu mengabaikan dia suatu masa dulu. Kalaulah dapat
di puturkan kembali masa lalu, pasti papa tidak akan mengabaikan dia!”
Tengku Elman memandang wajah Dato Farid. Memang dalam
segala hal, Dato Farid selalu melebihkan Isabella berbanding dengan Ariana..
Betul juga kata Pak Teh. Dan semua orang tahu akan hal itu.
“Malam ni tidur kat sini sajalah ya.. Papa takut kalau
Bella buat hal nanti..” pujuk Dato Farid.
“Baiklah papa..” jawab Tengku Elman. Dia tidak sanggup
menghampakan harapan Dato Farid.
Dato Farid menyuruh Tengku Elman tidur di bilik
Ariana. Bilik itu tidak pernah di usik selama pemergian anaknya itu. Dia tahu
mungkin Tengku Elman masih sedih dengan pemergian anaknya, namun bilik yang
lain sudah penuh hanya tinggal bilik itu saja yang kosong.
Mahu tidak mahu, Tengku Elman pun tidur di dalam bilik
itu. Kalau dia di perlukan, mereka akan senang mencarinya. Hal itu juga dia
sudah beritahu kepada mamanya Tengku Suraya.
Perlahan-lahan Tengku Elman mengatur langkah menuju ke
bilik Ariana. Sebelum dia memulas tombol pintu itu, dia tersenyum sendiri bila
mengenangkan kenangannya bersama Ariana pada masa mereka mula-mula kahwin dulu.
Semenjak malam itu, Tengku Elman sentiasa mendampingi
Isabella. Tak kira kemana jua Bella pergi pasti dia akan menemaninya. Bukannya
dia lupa pada Humaira namun keadaan dia memang tidak mengizinkan untuk dia
berbicara dengan Humaira walaupun sebentar saja.
Kadang-kadang bila dia menelefon, Humaira langsung
tidak mengangkat panggilannya. Mungkin dia marah kerana dirinya tidak di
pedulikan. Namun dia tidak berdaya untuk menolak kata-kata mamanya tempoh hari.
Semua mereka menyalah dia di atas apa yang berlaku terhadap Isabella. Tapi
mereka tidak pernah memikirkan perasaan dia.
best.. :)
ReplyDeletebut, geram la dgn bella tu.. :/
Dh dekat sminggu tunggu sambungan..huu..eberiday wait
ReplyDeleteDh 2wux wait new n3..sya silent reader..but dsebabkn xde n3..sya komen gak la
ReplyDelete