Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 23 September 2014

Kau Rantai Hatiku 55

Ps/ Kepada pembaca, saya nak minta maaf kalau ada yang menunggu lama. Kalau dah musim cuti sekolah ni, saya agak bz sikit. Apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada reader yang sudi mengikuti perkembangan novel ini..

TENGKU Elman menelefon Amir. Dia mahu memberitahu hal yang berlaku pada dirinya. Dia tersepit dalam keadaan itu.

“Aku tak tahu apa nak buat. Sekarang aku terpaksa ikut rentak Isabella. Tapi dalam masa yang sama aku risaukan Humaira juga. Manalah tahu mereka mengapa-apakan Humaira lagi.”

“Jadi sekarang apa pendapat Elman. Mereka dah tahu ke yang Humaira itu adalah Ariana!” soal Amir lagi.

“Hari tu, Ira ada bagitahu yang Bella dah tahu siapa dia sebenarnya! Tapi tak pastilah sama ada Datin Melinda pun tahu hal itu?” Tengku Elman mula teringat dengan kata-kata Humaira.

“Bahaya kalau macam tu. Kalau boleh awak mesti pastikan yang Humaira ada di sisi awak. Supaya dia selamat!”

“Masalahnya sekarang, Isabella langsung tak nak berenggang dengan aku.. Aku nak bercakap dengan Humaira pun susah. Sebab itu aku minta tolong Encik Johan perhatikan Humaira untuk aku!” balas tengku Elman. dia tidak pernah lupakan Humaira. dia juga rasa terseksa kerana beberapa hari ini dia langsung tidak dapat bertegur atau mendengar suara Humaira. Ada saja helah Bella untuk menjauhkan dia dari Humaira. sehinggakan dia naik pening sebenarnya.

“Kita kena berhati-hati dengan anak beranak tu. Manalah tahu suatu hari nanti mereka akan buat apa-apa kat Humaira!” tegas sekali bunyi percakapan Amir.

“Itulah yang aku risaukan sangat. Lagi pun Humaira pun dah mula menjauhkan diri juga dari aku. Makinlah buat aku risau. Takut kalau ada apa-apa terjadi pada dia. Aku dah tak sanggup kehilangan dia lagi” Tengku Elman mula mengadu! Amir menepuk-nepuk bahu kawanya itu. Dia faham akan perasaan Tengku Elman. Memang sekarang waktu yang paling sukar bagi Tengku Elman. Tetapi dia percaya yang Tengku Elman amat tabah orangnya.

“Aku akan cuba melindungi Humaira. Kali ini aku memang tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika Datin Melinda buat hal lagi!”

Amir tersenyum sahaja. Memang benar, kalau Datin Melinda bertindak di luar kawalan, dialah yang akan menyiasat sendiri hal itu.

SUDAH beberapa hari Humaira cuba mengelakkan dirinya dari bertembung dengan Tengku Elman. Bukannya dia marah tetapi dia berkecil hati apabila Tengku Elman langsung tidak mahu memberitahu hal yang sebenarnya. Jadi dia memutuskan untuk tidak menjawab semua panggilan dan juga sms dari Tengku Elman dan mengelakkan dirinya dari bertembung dengan Tengku Elman di mana-mana.

 

HUMAIRA merasakan kepalanya sakit. Pada mulanya dia masih mampu bertahan. Namun apabila masuk ke tengah hari, dia merasa sakit yang amat sangat. Lalu dia meminta cuti dari Encik Johan. Encik Johan hanya meluluskan saja cutinya kali ini. Tengku Elman entah kemana. Begitu juga dengan Cik Isabella. Namun dia tak peduli. Apa yang penting sekarang dia mahu cepat-cepat sampai ke rumah. Dia mahu berehat dan tidur.

Masuk waktu pejabat, barulah Tengku Elman dan Isabella muncul. Semua pekerja hairan melihat wajah Isabella yang berseri-seri. Nampaknya dia begitu gembira sekali. Pada hal hari itu, Tengku Elman sudah memutuskan pertunangan mereka.

Melihat kelibat Tengku Elman yang baru sampai, barulah Encik Johan teringat mahu melaporkan cuti Humaira yang di isinya tadi. Dia mahu Tengku Elman yang menandatangai surat cuti itu.

Sebaik saja Encik Johan masuk ke bilik dan menutup pintu itu, terus saja Tengku Elman menyuruh Encik Johan memanggil Humaira.

“Panggil Ira masuk sekejap..” ujar Tengku Elman kepada Encik Johan.

“Tengku, Humaira tak masuk pejabat!” sememangnya itulah yang dia mahu beritahu Tengku Elman sebaik saja dia masuk ke bilik pejabat Tengku Elman.

“Tak masuk pejabat? Tapi pagi tadi, dia adakan?” soal Tengku Elman hairan.

“Dia ambil cuti setengah hari.. Waktu makan tadi dia terus balik..” jawab Encik Johan. Dia mengarahkan Encik Johan keluar dari biliknya. Tengku Elman terus mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor Humaira. Namun telefon bimbit Humaira di tutup. Dia mula gelisah.

“Dia pergi mana pulak ni? Telefon pun di tutup..” gumam Tengku Elman sendirian. Dia terus bangun dari kerusinya lalu dia keluar dari bilik pejabatnya. Dia mula risau. Dia risau kalau ada apa-apa terjadi pada Humaira. Pada masa yang sama dia terserempak dengan Isabella di luar.

You nak kemana? Baru tadi kita balik ni terus nak keluar lagi?” Dalam diam Tengku Elman mengeluh perlahan. Kalau dia nak cepat, ada-ada saja hal!

“I nak keluar. Ada hal. Kenapa dengan you ni?”

“Tak adalah.. I ingat nak ajak you pergi butik.. Nak tengok pakaian pengantin.. Kak Abby dah bising-bising dah..” Isabella mengadu. Memang sudah berapa kali mereka asyik bertukar masa kerana kesibukan masing-masing.

Sorrylah. I really-really sorry.. I ada hal..” ujar Tengku Elman perlahan. Dia tidak mahu pekerjanya mendengar perbualan mereka.

“Habis bilalah you free.. Kita dah tak banyak masa lagi.. Hari perkahwinan kita semakin dekat..” Isabella sekali lagi mengingatkan Tengku Elman.

“I tahu..tapi hari ini I betul-betul tak dapat pergi temankan you.. You pilih saja apa yang you suka.. Pakaian I nanti I akan pergi sendiri ke butik Kak Abby.” Tengku Elman memujuk. Isabella mengangguk. Kelembutan suara Tengku Elman itu seperti dapat memujuk hatinya yang naik marah itu.

Tengku Elman terus memandu menuju ke rumah Pak Teh. Dia sangat risaukan Humaira. Sudah dua hari dia tidak berpeluang untuk mendekati isterinya itu. Pasti isterinya itu sedang merajuk. Palbagai persoalan yang berada dimindanya sekarang. Lalu dia menekan minyak agar pemanduannya semakin laju.

SESAMPAI sahaja dia di rumah Pak Teh, dia terus memanggil nama Huamira. Namun orang yang di harapkan tidak muncul juga. Dia kehairanan. Kereta Humaira ada terparkir di luar rumah.

Kemudian dia melihat Mak Teh yang menyambutnya di muka pintu.

“Ira mana Mak Teh?” soalnya penuh kerisauan.

Mak Teh hanya tersenyum melihat gelagat Tengku Elman.

“Oppss lupa.. Apa khabar Mak Teh?” ujar tengku Elman lagi. Dia menyambut tangan Mak Teh. Lalu di salaminya.

“Sihat… Ira ada kat bilik…”

Tengku Elman terus saja berlari anak menuju ke bilik Humaira. Dia mengetuk pintu bilik Humaira namun tidak di jawab. Lalu dia memusing tombol pintu itu. Dia melihat Humaira baring memberi belakang ke muka pintu biliknya.

Tengku Elman tersenyum sendiri bila melihat Humaira sedang berbaring di atas tilam itu. Sekurang-kurangnya dia tahu Humaira dalam keadaan selamat. Lalu kakinya melangkah ke arah katil itu. Sebelum itu dia menutup dan pintu bilik itu.

“Ira..” namun tiada sahutan dari Humaira. Nampaknya si isteri merajuk.

“Abang tau Ira marahkan abang.. Abang minta maaf..” ujar Tengku Elman. Mata Humaira yang baru tertidur beberapa minit itu automatik terbuka. Macam pernah dengar suara itu? Takkan dia datang ke sini?

Humaira tetap mendiamkan diri. Sekarang tahu pula Tengku Elman mencarinya.  Masa di pejabat bukan main lagi dirinya tidak di endahkan. Dia betul-betul sakit hati!

“Ira, abang betul-betul minta maaf..” ujar Tengku Elman lagi.

“Ada Ira cakap, Ira marahkan abang ke?” soal Humaira lagi. Dia mula menggerakkan tubuhnya.

Tengku Elman terdiam. Dia tahu pasti isterinya itu sedang merajuk.

“Kenapa tak angkat call abang?” soal Tengku Elman. Namun matanya tetap meratah setiap inci wajah yang di rinduinya itu.

“Bateri telefon habis.”

“Kenapa tak reti nak cas?” suara Tengku Elman seperti naik geram.

“Malas.”

“Malas??” nada Tengku Elman meninggi.

“Abang ni kenapa? Ira sakit kepalalah.Kalau abang nak marah Ira, lebih baik abang balik buat kerja abang kat pejabat tu. Ira tak suruh pun abang datang ke sini!” sambung Humaira lagi. Humaira sakit hati! ‘Dia ingat dia seorang saja boleh sakit hati. Aku pun boleh.’ Gumam Humaira dalam hati. Tengku Elman menarik tangan Humaira dengan kasar.

“Kita pergi klinik..” Humaira menarik tangannya.

“Tak nak! Ira dah makan ubat pun tadi..” Humaira menolak pelawaan Tengku Elman. Kalau boleh memang dia tidak mahu berdepan dengan lelaki ini lama-lama. Takut segala keegoaannya akan nipis.

“Sayang jangan degil boleh tak? sakit-sakit macam ni pun masih berdegil” ujar Tengku Elman dengan geram. Geram dengan kedegilan Humaira.

“Atau sayang merajuk dengan abang?” suaranya di rendahkan dari tadi.Dia menyentuh pipi Humaira. Rasanya dia mahu marah tetapi dia segera teringat pesan doktor. Humaira tetap diam. Sekarang giliran dia pula yang mendera perasaan suaminya. Tengku Elman jadi serba salah. Humaira membuang pandang kearah lain. Malas dia mahu melihat wajah di depannya itu. Dia takut dia akan kalah pada renungan mata Iqbal.

“Siapa nak merajuk? Tak de masa nak merajuk-rajuk ni.” Humaira cuba menjarakkan tubuhnya dari Tengku Elman namun tangan Tengku Elman yang tegap itu makin memeluknya erat.

Humaira diam. Macam kelakarlah juga kalau dia merajuk. Selama ini mana pernah dia merajuk pada suaminya itu.

“Betul tak merajuk dengan abang?”

“Taklah.. Ira malas nak merajuk. Abang bukannya takut pun kalau Ira merajuk. Tak ada faedah pun” Tengku Elman ketawa. Walaupun kata-kata Humaira kedengaran lucu tapi dia berfikir serius.

“Hisyy!! Siapa cakap abang tak takut? Siapa cakap tak ada faedah? Abang takut kalau sayang merajuk dan tinggalkan abang..” Tengku Elman menuturkan suaranya mendatar dan perlahan. Seolah-olah dia dapat bayangkan jika benar Humaira pergi tinggalkannya seperti dulu.

“Ermm.. yelah tu. Dahlah jangan fikirkan sangat.” Humaira jadi tak keruan. Betulkah apa yang di dengarnya tadi atau cuma mainan perasaannya saja.

“Sayang dah tak marah?” Tengku Elman masih tidak mahu melepaskan tubuh Humaira.

“Tak.” Jawab Humaira sepatah.

“Abang benar-benar minta maaf..”

Semakin Humaira cuba menahan rasa sakit kepalanya semakin itu dia rasa sakit sangat-sangat. Akhirnya Humaira pengsan! Tengku Elman terkejut! Dengan cepat dia mendail nombor Doktor Safrul. Selepas itu dia menjerit minta tolong. Mak Teh dan Pak Teh terkejut apabila mendengar suara Tengku Elman yang menjerit nama Humaira dengan kuat! Kedua-dua mereka menuju ke bilik Humaira.

DOKTOR Safrul selesai memeriksa Humaira. Kemudian dia mengarahkan agar Tengku Elman bercakap dengannya di luar bilik. Ada perkara yang dia mahu beritahu pasal Humaira.

“Kenapa dengan isteri saya doktor?”

“Dia ada tekanan perasaan ke?” soal doktor separuh umur itu. Dia banyak pengalaman berdepan dengan pesakit seperti itu.

“Saya pun tak tahu doktor..” jawab Tengku Elman.

“Dia tak apa-apa. Mungkin perasaan dia tertekan. Dan ingatannya masa lalu sudah berada di ruang ingatan sebab itu dia semakin keliru. Kalau boleh jangan biarkan dia bersendirian dalam waktu begini..”

Tengku Elman mengangguk.

“Terima kasih doktor..”

“Sama-sama.. Saya dah bagi senarai ubat ni.. Nanti Tengku pergi ambil ubat ini kat hospital…” pesan Doktor Safrul.

“Baiklah.. Terima kasih banyak..” balas Tengku Elman sambil bersalaman dengan Doktor Safrul.

Malam itu Tengku Elman pulang lewat ke rumahnya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul satu pagi. Nampaknya penghuni rumah itu pun sudah nyenyak tidur. Pada mulanya memang dia tidak mahu meninggalkan Humaira sendirian. Namun atas nasihat Pak Teh dan Mak Teh, dia terpaksa akur jua.

KEESOKAN paginya Tengku Suraya sudah bersedia di meja makan. Dia menunggu Tengku Elman malam tadi. Namun memandangkan dia ada kerja pagi ini dia pun masuk tidur sebaik saja jam menunjukkan pukul sebelas malam.

 Dia melihat kelibat Tengku Elman yang menuruni anak tangga.

“El pergi mana semalam? Lambat betul El balik?” soal Tengku Suraya sebaik saja Tengku Elman duduk di depannya.

“El ada hal sikit.. Kenapa mama?” soalnya. Sambil itu tangannya mengambil roti yang sudah di sapu dengan majerin.

“Kenapa tak angkat phone?”

Battery phone El habislah mama..” pada hal sengaja dia offkan handphone kerana dia percaya pasti ada orang yang akan cuba menghubunginya.

“Patutlah Bella komplen kat mama, phone El tak boleh contact..

“Dia nak apa?” soal Tengku Elman lagi.. Perempuan itu tidak habis-habis mahu menyusahkan hidupnya.

“Dia cakap dia nak hubungi El pasal baju pengantin tu.. Tapi phone El tak dapat di hubungi..”

“Oh.. pasal tu.. Kan El suruh dia pilih dulu. Kalau dia dah rasa sesuai ambik sajalah.. El tak ada masa nak temankan dia semalam.”

Tengku Elman terus menghabiskan roti di tangannya. Segera dia teringat kepada Humaira.

“Cepatnya anak mama bersarapan?”

“El nak cepat mama. El ada hal..”

Terus saja Tengku Elman bersalaman dengan mamanya. Kemudian dia menuju ke keretanya..

SESAMPAI sahaja di rumah Pak Teh dia terus menuju ke bilik Humaira. Mak Teh yang menjemput dia bersarapan pun dia menolak kerana dia sudah bersarapan di rumahnya tadi.

Ketika dia masuk ke bilik Humaira, dia melihat Humaira masih baring. Segera dia mendekati katil itu. Dia duduk perlahan dia atas katil itu agar tidak mengejutkan Humaira.

Wajah itu di tenungnya dalam-dalam. Betapa rindunya dia mahu menatap wajah itu!! Dia sedar sudah beberapa hari dia tidak mempedulikan Humaira. Namun keadaan dia ketika itu tidak dapat elakkan. Pasti Humaira merajuk dengannya. Sebab itu dia sengaja menjauhkan diri darinya. Bukan Humaira sahaja yang terseksa dengan keadaan itu dia juga terseksa kerana terpaksa menanggung rasa rindu yang sarat di hati.

“Sayang, bangun...” tangannya mengelus-ngelus wajah Humaira yang sedang tidur itu. Seronok betul dia melihat wajah itu yang sedang enak tidur.

Kelihatan Humaira bergerak sedikit. Mungkin dia tidak selesa dengan tangan yang merayap di wajahnya.

“Sayang, bangun. Abang datang ni..” ujar Tengku Elman dengan lembut. Humaira cuba membuka matanya. Ingatkan dia bermimpi! Rupa-rupanya benarlah lelaki itu ada bersamanya di bilik itu.

“Tengku buat apa kat sini? Tengku tak pergi kerja ke?” soalnya sebaik saja matanya melihat jam dia atas meja menunjukkan pukul 8 pagi.

“Abangkan bos.. Suka hati abanglah nak masuk pejabat pukul berapa.. yang sayang ni belum bangun.. Tak nak pergi kerja ke?” usik Tengku Elman lagi. Dia perasan wajah Ira sudah merah.

“Alamak!!!” jeritnya sebaik saja matanya melihat jam di atas mejanya. Lalu dia mahu bangun. Namun dia di tahan oleh Tengku Elman.

“Sayang nak kemana?”

“Nak mandi dan pergi kerja..” jawab Humaira lagi.

“Sayang tak payah pergi kerja.. Abang pun minta cuti.. sebab abang nak temankan sayang hari ini..”

“Tapi.. kerja Ira..”

“Kerja itu tak wajib. Tapi layan suami itu wajib.. Jangan lawan cakap suami..” ugut Tengku Elman lagi. Dia mahu menghabiskan masanya bersama Humaira hari ini.

Humaira terdiam. Dia sudah tak berdaya mahu melawan cakap Tengku Elman.

Thursday, 11 September 2014

Kau Rantai Hatiku 54



MALAM itu Isabella mengajak Sarah pergi ke kelab malam. Dia mahu minum agar dapat melupakan masalahnya dengan Tengku Elman. Mengenangkan kata-kata Tengku Elman yang mahu memutuskan pertunangan mereka memang tidak dapat dia terima. Dia sangat sayangkan Tengku Elman. Malah lebih dari kasih sayang yang pernah Ariana berikan barangkali. Tetapi lelaki itu tidak pernah memahami dirinya yang terlalu cinta!

“Ada apa you ajak I ke sini?” soal Sarah sebaik saja Isabella duduk di mini bar itu. Isabella memandang tepat ke arah anak mata Sarah. Hanya dengan Sarah sahaja dia dapat meluahkan perasaan kecewanya. dia betul-betul kecewa dengan Tengku Elman.

“You nak tahu tak, I sedih sangat hari ini..”

“Sedih? Kenapa? Pasal Tengku Elman?” soal Sarah lagi. Dia memang tahu sangat, kalau Isabella ada masalah pasti masalahnya dengan Tengku Elman.

“Memang pasal lelaki tak guna itu..” marah Isabella pula.

“Tengku Elman? Kali ini dia buat apa pula?” soal Sarah lagi.

“Dia nak putuskan pertunangan kami. Kononnya I dah langgar syarat perjanjian sebelum bertunang itu! Tapi mummy I tak akan biarkan perkara ini berlaku. Begitu juga dengan I..” ujar Bella dengan yakin.

“Syarat perjanjian? Perjanjian apa?” soal Sarah lagi. Dia pelik mendengar tentang syarat itu. Orang seperti Tengku Elman memang bijak. Bukan mudah nak menguruskan perempuan seperti Bella itu.

“Perjanjian bodoh!! Elman menetapkan syarat sebelum kami bertunang. Kalau I langgar syarat itu, dia akan memutuskan pertunangan kami.”

“Apa syaratnya?”

“Dia tak nak I ganggu Humaira. Itu saja syaratnya..”

“Jadi you memang dah ganggu Humaira. perempuan yang mirip dengan Ariana?” soal Sarah bertalu-talu. Isabella mendiamkan diri namun dia mengangguk perlahan. kalaulah Sarah tahu yang Humaira dan Ariana orang yang sama, entahlah apa pula kata temannya itu.

“I’m sorry if I hurt you, Bella. I didn’t mean it. I’m sorry Bella..” ujar Sarah apabila menyedari itu semua berpunca darinya.

“Tak apa ini bukan salah you.. Salah I juga..” jawab Bella.

“Habis kenapa dia marah sangat hari ini?” soal Sarah tidak puas hati.

“I pergi bergaduh dengan Humaira di pejabat!!”

“Habis tu you nak buat macam mana?”

“Entahlah.. I belum fikirkan lagi.”

“Baik kita minum untuk lupakan masalah you itu..” ujar Sarah lagi. Malam ini dia dan Isabella akan berhibur di tempat itu. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke tempat itu. Tanpa mereka sedar, seorang wanita bangun dari tempat duduknya menuju ke arah mereka.

“Hai Bella, kita jumpa lagi malam ni..” tegur Trisha. Dia tersenyum menang ke arah Isabella. Hari itu bukan main berlagak lagi Isabella depannya. kini dia secara tak sengaja terdengar perbualan Isabella dengan temannya. memang padan muka Isabella perempuan yang tak sedar diri itu.

“You nak apa?” soal Isabella tidak puas hati. Sudahlah hari ini dia teruk di kenakan oleh Tengku Elman, kini giliran perempuan ini pulak!

“I benar-benar kesian dengan you Bella..”

“Kesian? Kenapa pulak you nak kesiankan I pulak?” soal Isabella dengan nada sedikit meninggi.

“Hari tu, bukan main lagi you berbangga dengan tunang you. Kononnya you dah bertunang dengan Tengku Elman. Tapi Tadi I tak salah dengarkan?” soal Trisha sambil tersenyum sumbing. Tadi dia mendengar dengan jelas butir bicara Isabella dengan Sarah namun sekarang Isabella menafikannya pula.

“Pasal apa?” soal Isabella dalam keadaan separuh pening.

“Tengku Elman, tunang you dah putuskan pertunangan you all.. itu yang I maksudkan..”

“You jangan nak menyibuk. Itu urusan I dengan Tengku Elman. You siapa nak ambil tahu pasal kami berdua?” ujar Isabella semakin berang. Trisha tersenyum sahaja. Isabella tidak perlu tahu siapa dia. Dan dia berpendapat Tengku Elman mengambil langkah yang bijak. Biar padan muka Isabella!!

Makinlah Isabella naik angin. Perempuan di depannya itu bagaikan sengaja menyimbah minyak ke atasnya. sarah yang berada di sisinya asyik menarik lengannya agar menghentikan perbuatannya. Tetapi bagi Isabella, dia memang tak boleh tahan dengan perangai Trisha yang selalu mencampuri urusannya.

“Buat apa I nek beritahu you. I memang kesian tengok you yang kononnya setia gila dengan Tengku Elman tapi pada masa yang sama, Tengku Elman rapat dengan wanita lain.. sungguh kesiankan..” sindir Trisha lagi. dia rasa puas kerana kali ini dia dapat mengenakan Isabella.

“Trisha..”

“Oh hai darling..” Trisha menyambut kedatangan seorang lelaki yang berjalan menuju ke arahnya.

Sorry I lambat.. Ada hal tadi..” ujar lelaki itu. Trisha hanya tersenyum girang. Dia tidak merajuk kerana dia tahu sangat kerja Adrian yang selalu sibuk.

It okey.. Ni I nak kenalkan Isabella, ex-tunang Tengku Elman.. and friend Sarah” Trisha memperkenalkan Isabella dan sarah kepada teman lelakinya.

“Hi, saya Adrian..” Adrian mengucapkan salam perkenalannya.

Okey by the way, banyak-banyak bersabar.. Bella.” ucap Trisha lagi. Isabella mencebik geram. Dia akan pastikan perempuan itu akan mendapat balasan suatu hari nanti.

DATIN Melinda masih menunggu Isabella. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Namun anak gadisnya itu masih belum pulang. Dia risau kalau ada apa-apa berlaku pada Isabella. Dengan apa yang berlaku hari ini tidak mustahil kalau Isabella melakukan perkara yang bukan-bukan. Pada hal dia sudah berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Tidak lama kemudian dia terdengar kereta masuk ke dalam garaj. Cepat-cepat Datin Melinda membuka pintu utama. Kelihatan Isabella berjalan terhoyong hayang.

“Kenapa dengan Bella ni?” soal Datin Melinda. Selama ini dia tidak pernah melihat Bella balik dalam keadaan mabuk.

“Bella.. you mabuk ke?” soal Datin Melinda lagi.

“Tidaklah mummy.. Bella masih okey lagi.”

“Okey apa kalau jalan pun dah tak betul!” marah Datin Melinda lagi..

“Ala mummy, bising sangatlah.. Bella nak naik tidur ni..”

“Bella apa dah jadi dengan anak mummy ni?” soal Datin Melinda lagi. Dia jadi sedih bila melihat Isabella jadi seteruk itu. Ketika Dato Farid mendengar suara Datin Melinda yang bergema di rumah itu, dia pun bangun. Apabila dia keluar dari bilik, dia melihat Isabella berkelakuan tidak senonoh. Kata-katanya hanya memarahi Tengku Elman.

“Kenapa dengan Bella tu Mel?” soal Dato Farid.

“Entahlah bang.. Mel pun tak tahu..”

“Dia gaduh dengan Tengku Elman kot. Sebab itu jadi macam ni..” ujar Dato Farid lagi. Memang perhubungan mereka berdua selalu ada masalah. Dan dia memang tidak mahu menyalahkan Tengku Elman seorang. Bukan mudah bagi Tengku Elman untuk melupakan peristiwa lalu.

Kemudian Isabella naik tangga. Walau bersusah payah dapat juga dia sampai ke atas dan menuju ke biliknya. Dia muntah beberapa kali. Namun kepalanya masih juga pening. Akhirnya dia membaringkan badannya di atas tilam.

DATIN Melinda semakin cemas apabila mendengar pekikan kuat dari arah bilik Isabella. Dia segera pergi ke bilik sebelah memanggil nama Dato Farid. Dato Farid dan Datin Melinda masih mundar mandir di ruang tamu. Mereka baru menghubungi Tengku Elman agar datang ke rumah mereka malam itu. Sedang masing-masing melayan fikiran, tiba-tiba Isabella keluar dari biliknya. Dia meluru menuruni anak tangga, terus ke dapur. Datin Melinda dan Dato Farid mula panik!

Mummy mana pisau? Bella nak mati! Kalau Elman tak nak kahwin dengan Bella lebih baik Bella mati je!” jerit Isabella pula.

Datin Melinda terus mengekori Isabella dari belakang. Di dapur Isabella menarik pisau yang di jumpanya dalam laci.

“Bella jangan ambil pisau tu..” jerit Datin Melinda. Dia sudah menangis melihat kelakuan Bella malam itu.

“Jangan kacau Bella.. Biar Bella mati! Bella nak mati!!”

Isabella cuba memotong urat nadi di tangannya. Namun Dato Farid memberanikan dirinya memeluk Isabella dari belakang. Namun pisau itu belum terlerai dari tangan Isabella.

Mujurlah Tengku Elman dan Tengku Suraya datang tepat pada masanya. Dato Farid dan Isabella masih bergelut.

“Cepat Elman! Bella mahu bunuh diri!” Datin Melinda menerpa ke arah mereka. Tengku Elman dapat mengambil pisau dari tangan Isabella. Sementara itu Tengku Suraya sangat terkejut melihat Isabella yang mengamuk itu! Pasti ada perkara yang berlaku di luar pengetahuannya.

“Biar I mati! Biar I mati Elman! Biar I mati! I tak nak hidup lagi!” Isabella terus menjerit. Tetapi tubuhnya semakin lemah.

Dengan cepat Tengku Elman menolong Dato Farid membawa Bella menuju ke sofa. Mereka dudukkan Bella di situ.

“Kenapa dengan Bella ni?” soal Tengku Suraya kepada Datin Melinda. Datin Melinda jadi serba salah untuk menjawab soalan Tengku Suraya.

“Seb..sebenarnya dia kecewa dengan Tengku Elman..” Tengku Suraya mejeling ke arah Tengku Elman. Apa yang telah berlaku hari ini. Pada hal baru pagi tadi dia berjumpa dengan Isabella membincangkan hubungan mereka berdua itu.

“Kecewa? Semuanya baik-baikkan. Saya baru berjumpa dengan Bella pagi tadi!” ujar Tengku Suraya kehairanan. Kedengaran keluhan dari bibir Datin Melinda.

TENGKU Elman terpaksa menemani Isabella malam itu. Kata Datin Melinda dia bimbang jika anak gadisnya itu melakukan perkara yang tidak elok lagi. Baru inilah pertama kali Datin Melinda melihat Isabella mabuk teruk dan juga mengamuk! Dan dia berpendapat Isabella jadi begitu gara-gara Tengku Elman.

“Papa minta maaf kerana terpaksa memanggil Elman datang ke sini.. Papa tengok keadaan Bella sangat teruk. Papa takut kalau ada perkara buruk berlaku..” ujar Dato Farid sambil mengeluh.

“Saya minta maaf papa, kalau di sebabkan saya Bella jadi begini…”

“Papa dengar kamu nak putuskan pertunangan kamu tu betul ke?” soal Dato Farid perlahan. Itu pun dia dengar dari Datin Melinda. Mungkin di sebabkan hal itu, Isabella bertindak mengamuk!

“Betul papa.. Elman tak nak teruskan perkahwinan kami..”

“Tapi kenapa? Bella buat hal lagi ke?” soal Dato Farid.

“Dia buat hal satu. Dan hati dan perasaan Elman pun satu… Elman tak dapat menipu diri sendirilah papa.. Elman tak dapat cintakan Bella… walaupun Elman dah cuba..”

“Elman dah ada pengganti ke?” soal Dato Farid bimbang. Mungkin dia bimbang jikalau Tengku Elman sudah menemui pengganti anaknya. Tapi bukan itu ke yang dia mahukan!!

“Bukanlah papa.. Tapi hati Elman tak terbuka untuk orang lain pun.. Elman masih cintakan Ariana.. Anak papa..” ujar Tengku Elman dengan jujur. Mana mungkin dia dapat mengalihkan rasa cintanya pada insan lain biar pun wajah itu hampir seiras namun bila dia mengetahui hakikat yang isterinya masih hidup tidak mungkin dia dapat membuangkan rasa cinta itu jauh-jauh.

“Papa tahu mungkin sukar untuk Elman melupakan Ariana. Dan papa sendiri pun begitu. Papa rasa menyesal sangat bila mengenangkan kembali bagai mana papa selalu mengabaikan dia suatu masa dulu. Kalaulah dapat di puturkan kembali masa lalu, pasti papa tidak akan mengabaikan dia!”

Tengku Elman memandang wajah Dato Farid. Memang dalam segala hal, Dato Farid selalu melebihkan Isabella berbanding dengan Ariana.. Betul juga kata Pak Teh. Dan semua orang tahu akan hal itu.

“Malam ni tidur kat sini sajalah ya.. Papa takut kalau Bella buat hal nanti..” pujuk Dato Farid.

“Baiklah papa..” jawab Tengku Elman. Dia tidak sanggup menghampakan harapan Dato Farid.

Dato Farid menyuruh Tengku Elman tidur di bilik Ariana. Bilik itu tidak pernah di usik selama pemergian anaknya itu. Dia tahu mungkin Tengku Elman masih sedih dengan pemergian anaknya, namun bilik yang lain sudah penuh hanya tinggal bilik itu saja yang kosong.

Mahu tidak mahu, Tengku Elman pun tidur di dalam bilik itu. Kalau dia di perlukan, mereka akan senang mencarinya. Hal itu juga dia sudah beritahu kepada mamanya Tengku Suraya.

Perlahan-lahan Tengku Elman mengatur langkah menuju ke bilik Ariana. Sebelum dia memulas tombol pintu itu, dia tersenyum sendiri bila mengenangkan kenangannya bersama Ariana pada masa mereka mula-mula kahwin dulu.

Semenjak malam itu, Tengku Elman sentiasa mendampingi Isabella. Tak kira kemana jua Bella pergi pasti dia akan menemaninya. Bukannya dia lupa pada Humaira namun keadaan dia memang tidak mengizinkan untuk dia berbicara dengan Humaira walaupun sebentar saja.

Kadang-kadang bila dia menelefon, Humaira langsung tidak mengangkat panggilannya. Mungkin dia marah kerana dirinya tidak di pedulikan. Namun dia tidak berdaya untuk menolak kata-kata mamanya tempoh hari. Semua mereka menyalah dia di atas apa yang berlaku terhadap Isabella. Tapi mereka tidak pernah memikirkan perasaan dia.