PAGI-pagi lagi Tengku
Elman sudah keluar dari rumah. Dia rasa tidak sabar nak berjumpa dengan
Humaira. Dia kelihatan segak pagi ini.
“Hai
El nak pergi mana segak macam ni?” soal Tengku Suraya. Hari ini hari minggu.
Setahunya anak lelakinya itu jarang mahu keluar terutama di awal pagi begini.
Tapi pagi ini dia begitu segak sekali.
“El
nak jumpa kawan ma.. Kalau El dah kahwin nanti susah El nak keluar macam ni..
Asyik berkepit je kot!” ujar Tengku Elman dengan nada bergurau. Tengku Suraya
tersenyum mendengar kata-kata Tengku Elman. Benar juga mungkin Bella tak akan
bagi anaknya itu keluar awal pagi begini terutamanya hari minggu begini.
“El
pergi dululah ma.. Nanti El lambat pulak!” ujar Tengku Elman mematikan khayalan
mamanya Tengku Suraya.
“Baik.
Hati-hati memandu..” pesan Tengku Suraya lagi. Tengku Elman mengangguk. Dia
terus menuju ke keretanya. Hari ini dia sudah merancang untuk membawa Humaira
keluar. Namun pertama sekali dia mahu membeli bunga. Dia singgah di kedai bunga
untuk membeli bunga.
“Tengku
Elmankan?” soal penjual bunga kepadanya.
“Mmm..”
“Ni
mesti nak beli bunga untuk Cik Isabella..”
“Mmmm..tidak.
I nak beli bunga untuk orang lain..” jawab Tengku Elman. Berubah wajah si
penjual. Tapi dia tidak hairan. Lelaki tampan dan kaya macam Tengku Elman
memang sudah di ketahui perangainya. Sudah bertunang pun itu tiada apa-apa
makna padanya.
“Encik
nak bunga apa?” soal si penjual. Tengku Elman tersenyum. Di mahukan bunga mawar
merah dengan putih seratus tiga kuntum.
Tengku
Elman memberhentikan keretanya didepan rumah Pak Teh. Dia melihat Humaira asyik
menyusun barang di belakang pintu masuk rumah. Kusyuk benar isterinya tiu
membuat kerja sehinggakan kedatangannya tidak di sedari. Dia mengulum senyum.
“Hai
sayang...” Tengku Elman menegur. Suaranya betul-betul di menerjah di telinga
Humaira. Humaira yang terkejut mengangkat tangan kerana di sergah begitu.
“Apa
ni sayang.. Sayang nak bersilat dengan abang ke?” usik Tengku Elman lagi.
“Apalah
abang ni. Lain kali masuk beri salam. Bukannya dengan menyergah Ira macam ni!
Buat terkejut orang saja tau.” Humaira merungut. Namun Tengku Elman sudah
memaut pinggangnya.
“Abang
janganlah buat macam ni? Malu tau! Nanti orang nampak”
Humaira
menepis. Dia tidak senang di perlakukan begitu. Bukannya dia tidak suka tapi
perbuatan itu tidak manis di pandang.Tengku Elman ni pun satu tak tengok pada
tempat. Geram juga hatinya pada sang suami.
“Alah..
Kak Ira malu-malu kucinglah pulak? Zeti buat tak nampak aja.. ” usik Zeti yang
berada tidak jauh dari mereka. Terbeliak biji mata Humaira mendengar komen
Zeti. Dia mencubit Tengku Elman yang mentertawakannya.
“Huh..
Sukalah tu.. Gatal! Miang!”
“Nah
bunga untuk Ira..” ujar Tengku Elman. Humaira menyambut bunga dari Tengku Elman
sambil tersenyum. Tak sangka awal pagi begini dia dapat bunga.
“Wah!!
Romantiknya abang. Siap bagi bunga lagi kat Kak Ira..” uasik Zeti lagi. Semakin
merahkan wajah Humaira ketika ini.
Humaira
terus masuk ke dalam rumah. Tengku Elman mengikutnya dari belakang dengan hati
yang riang. Dia gembira dapat mengusik si isteri pagi-pagi begini.
“Kenapa
datang?” soal Humaira. Dia sedar itu bukan soalan yang baik untuk seorang
lelaki yang bernama suaminya itu.
“Tak
boleh ke abang datang jenguk sayang?” jawab Tengku Elman.
“Boleh
siapa cakap tak boleh?” Tengku Elman tersengih. Dia gembira mendengar kata-kata
itu dari Humaira. Ingatkan tadi Humaira betul-betul tak suka dengan
kedatangannya.
“Sayang
jom kita keluar.” soal Tengku Elman lagi.
“Nak
pergi mana?” soal Humaira lagi.
“Sayang
nak pergi mana?” balas Tengku Elman lagi.
“Entahlah!
Abang dah sarapan ke belum?” soal Humaira lagi.
“Dah.”
Humaira mengangguk.
“Kalau
macam tu, sayang pergi bersiap dulu. Abang tunggu di sini..” ujar Tengku Elman
dengan mesra.
“Baiklah.
Abang tunggu tau!”
TENGKU
Elman terus sahaja membawa Humaira ke taman Syurga. Sudah lama di berhasrat
mahu membawa Humaira ke tempat yang di binanya itu. Namun dia akan menjadi
orang kebanyakan. Pakaiannya agak sempoi dan menggunakan kaca mata hitam agar
orang ramai tidak mengenalinya. Di sebabkan wajahnya pernah keluar di sebuah
majalah, dia terpaksa menjaga reputasinya.
“Kita
nak pergi mana?” soal Huamira ketika dalam perjalanan.
“Nak
bawa Ira ke Time square”
“Abang,
boleh ke bawa Ira ke sana?” Tengku Elman memandang wajah Humaira yang berada di
sebelahnya. Dia kehairanan.
“Kenapa
tak boleh pula? Ada benda special
yang abang nak tunjukkan..”
“Benda
special?”
“Mana
boleh abang cakap. Nanti tak surprise!!”
balas Tengku Elman sambil tersenyum.
“Tapi
macam mana kalau kita terserempak dengan mereka yang mengenali kita?
Terutamanya Isabella?” soal Humaira lagi. Dia bimbang kalau terserempak dengan
orang yang mengenali mereka terutamanya Isabella. kalau bukan Isabella mungkin
kawan rapat atau saudara mara sebelah Isabella. siapa tahu?
“Lagi
baguskan. Ada juga alasan abang nak bagi kat dia! Dah jangan banyak fikir
sangat. Nanti sakit kepala pula!” tangan Tengku Elman mencuit pipi Humaira.
“Abang!!”
jerit Humaira sambil memukul lengan Tengku Elman. Tengku Elman tersenyum
gembira. Dia suka mengusik Humaira. Dia sendiri pun tidak tahu apa akan terjadi
sekiranya mereka terserempak dengan mana-mana orang yang mengenali mereka.
TENGKU
Elman berpimpinan tangan dengan Humaira. Walaupun si isteri agak malu-malu,
namun Tengku Elman memang pandai memujuk. Sambil berjalan dia bercerita tentang
apa yang mereka impikan. Kini Tengku Elman sedaya upaya memenuhi impian mereka.
Humaira tersenyum kegembiraan.
Ketika
berselisih dengan orang ramai, ada juga mereka yang perasan dengan wajah Tengku
Elman. Maklumlah lelaki itu pernah masuk dalam majalah bersama wajah tunangnya
sekali. Namun gelagat mereka tidak di pedulikan.
“Kita
nak pergi mana lagi ni?” soal Humaira lagi. Dia hairan melihat gelagat suaminya
itu.
“Itu
rahsia. Tapi abang nak bawa sayang ke tempat yang romantic dan sunyi dari
pandangan orang. Agar kita berdua dapat merasai makan malam yang romantic.”
Terbeliak
mata Humaira mendengar pengakuan suaminya itu. Suaminya itu jenis orang yang
romantic. Memang dia sangat bertuah kerana di kurniakan seorang suami yang
penyanyang dan romantic. Tak padan dengan rupanya.
“Jangan
pandang abang macam tu. Tergoda abang tau..”
Humaira
tersenyum malu. Dia masih rasa malu dengan Tengku Elman walau pun sudah berapa
kali Tengku Elman mengusiknya. Tengku Elman suka bila melihat wajah isterinya yang
malu-malu itu. Hari itu mereka manghabiskan masa bersama tanpa mempedulikan
mata-mata yang memandang mereka. apa yang penting mereka berdua rasa sangat
bahagia dan gembira.
MALAM itu Humaira
mengenakan pakaian yang sungguh cantik. Ada gaun khas yang di belikan Tengku
Elman untuknya. Dia memakai sahaja gaun labuh itu atas permintaan suaminya.
Sudah pasti suaminya mahu dia kelihatan cantik malam itu.
Keluar
dari bilik itu, memang benar Tengku Elman terpegun seketika bila melihat
Humaira memakai gaun yang di belinya itu. Memang muat pada potongan badan
Humaira. Rupanya tidak susah dia membeli barang untuk isterinya. Sebab apa yang
dia berkenan memang padan pada tubuh isterinya itu.
Tengku
Elman memimpin isterinya memasuki sebuah restoran yang sangat mewah. Humaira
hanya mengikut Tengku Elman. Tangannya tidak pernah lepas dari genggaman tangan
Tengku Elman. Apalah yang di takutkan oleh suaminya itu. Dia hanya tersenyum
sendiri mengenangkan kelakuan Tengku Elman ketika dari rumah tadi.
Humaira
begitu rasa teruja ketika dia dibawa masuk kedalam restoran yang bertaraf
dunia. Matanya melilau serata sudut dan celah restoran bertaraf antarabangsa
itu. Tidak percaya dia sekarang berada di restoran yang cukup mewah sekali.
Tidak sangka betul!
Sekali
dipandang, mereka tak ubah seperti pasangan yang sedang hangat bercinta sahaja
lagaknya. Wajahnya didekatkan kewajah isterinya dan dengan selamba dia mengucup
pipi mulus itu. Jantung Humaira sudah berdebaran. Beraninya suami dia!!! Namun
dia cuba meredakan kegelisahan dihatinya. Maruah suami wajib dijaga sebaik
mungkin. Dalam masa yang sama, dia juga tidak mahu memalukan suaminya dihadapan
orang ramai.
Tengku
Elman memutuskan untuk mengambil tempat di suatu sudut yang agak terlindung
dari orang ramai. Tangan dilepaskan dari pinggang Humaira kemudian dia menarik
kerusi untuk isterinya.
“Have a seat sayang!” pelawanya penuh
romantis.
“Thanks!” ucap Humaira sepatah. Segan
betul dibuatnya. Suaminya tak pernah habis dengan kejutan romantiknya. Sebuah
senyuman menawan dihadiahkan buat si suami. Tengku Elman tergoda. Senyuman
isterinya dibalas dengan senyuman kacaknya.
“Anything for you dear!” desis Tengku
Elman di telinga isterinya. Tubuhnya dilabuhkan bertentangan dengan Humaira.
Dia kembali merenung penuh cinta wajah cantik isterinya yang menunduk. Sejuk
hatinya apabila terpandangkan seraut wajah suci isterinya.
“Hrmmm...
sayang abang nak makan apa malam ni?” soal Tengku Elman dengan suara perhatian.
Humaira mendongak. Wajah tampan suaminya yang tersenyum menggoda padanya direnung.
“Err...
abang pulak?” soalan suaminya dijawab dengan soalan pulak. Tengku Elman angkat
kening.
“Abang?”
Tengku ELman sambil jari telujuk menunjuk pada dadanya. Humaira mengangguk.
“Hrmm...
Kalau abang cakap, abang nak makan sayang! Boleh?” soal Tengku Elman nakal.
Dikenyitkan mata kanan dengan senyuman yang bisa mencairkan hati mana-mana saja
gadis yang memandang. Mata Humaira membulat. Main-main pulak dia ni!
“Abang
ni main-main pulak..”
“Abang
seriuslah sayang..” tak habis-habis lagi Tengku Elman mengusik isterinya.
Walaupun terlambat merasa kemesraan dari isterinya namun dia bersyukur kerana
dia masih di beri peluang untuk menikmati suasana itu. Bahagia rasanya bila
Humaira sudah perlahan-lahan menerima dia dalam hidupnya.
best 3x.
ReplyDelete