HARI
Sabtu itu Humaira datang awal ke rumah Arin. Dia mahu membantu apa yang patut.
Lagipun ini majlis istimewa kawan baiknya. Mak Teh dan Pak Teh pun turut sama!
Tengku
Elman Qaufar rasa
berdebar-debar. Bagaimana penampilan Humaira nanti. Humaira pula rasa tidak
selesa apabila Arin menyuruh mak andam menyolek wajahnya.
“Kau ni buang tabiat ke?” soalnya kepada Arin. Dari
tadi lagi dia melihat Arin tersenyum manis. Tahulah hari ini dia akan
bertunang. Tapi tak payahlah dirinya juga di solek.
“Mana ada!! Arin cuma nak lihat wajah kawan Arin ni
cantik di hari pertunangan Arin. Itu aje.” Humaira memuncungkan mulutnya. Arin
ni memang suka nak kenakan dirinya.
“Malu aku tau!! Nanti orang ingat aku yang
bertunang..” jawabnya selamba.Arin tergelak! Lucu betul dengan wajah Humaira.
“Eleh dia dah ada laki pun. Ada hati nak menggatal
juga!” balas Arin lagi sambil tergelak.
“Yelah suka hati kaulah..”
“Eh, kau nak kemana?” soal Arin apabila melihat
Humaira menuju ke muka pintu..
“Ira nak keluarlah.. Kenapa?”
“Tak ada apa-apa.. Tapi Arin memang puji Ira cantik
sungguh malam ni..” Humaira tersenyum gembira mendengar pujian dari kawannya.
Humaira melangkah keluar dari bilik Arin. Tengku Elman sudah sedia menunggunya
di luar. Dia melemparkan senyuman pada Humaira. Pasti Humaira tidak tahu yang
ini semua sudah dirancangnya dengan Arin.
“Cantiknya isteri abang!” puji Tengku Elman.
“Betul ke?”
Tengku Elman mengangguk.
“Ira malulah. Nanti orang ingat Ira yang bertunang!”
cebik Humaira lagi. Tengku Elman mencuit pipi Humaira. Nasib baiklah mereka
berada di suatu tempat yang tersorok. Memanglah mereka suami isteri, tapi
mereka kena berjaga-jaga. Manalah tahu ada orang yang tidak berkenaan ternampak
mereka berdua.
“Ni mesti abang punya kerjakan?” soal Humaira apabila
melihat senyuman manis dari bibir Tengku Elman.
“Hisshh!! Tak baik tau tuduh abang macam tu! Kan Arin
tu kawan baik sayang! Mestilah dia nak sayang kelihatan cantik di hari bahagia
dia. Dan abang kelihatan kacak di hari bahagia kawan abang!” sempat lagi Tengku
Elman mencuit pipi Humaira.
“Mm.. Yelah tu! Kalau ada orang yang tersangkut kat
Ira nanti macam mana?” kali ini Humaira sengaja mengusik si suami. Tengku Elman
tersentak!!
“Langkah mayat abang dulu! Abang tak akan benarkan
sesiapa yang berani usik isteri abang!” jawab Tengku Elman dengan tegas. Ya
memang siapa yang berani mendekati Humaira perlu minta izin dia dahulu.
Humaira tersenyum. Dia rasa bahagia sekali.
“Amboi-amboi korang berdua ni, sempat lagi berasmara
dana kat sni ya!” kedengaran suara Arin yang baru keluar dari bilik persalinan.
Malam itu majlis pertunangan Arin dengan Amir berjalan
dengan lancar. Ada tetamu yang keliru mana satu yang bertunang sebenarnya.
Tengku Elman yang mendengar hanya tersenyum. Dia tidak menyangka Humaira sangat
cantik malam itu. Dia sengaja membelikan pakaian yang di pakai Humaira malam
itu. Dia memberitahu Arin agar Humaira mengenakan pakaian itu. Seperti yang di
janjikan Arin buat seperti yang di suruh.
SELESAI majlis pertunangan itu, Tengku
Elman membawa Humaira ke apartment yang pernah menjadi tempat tinggal mereka
berdua suatu masa dulu. Apartment itu adalah hadiah yang di berikan oleh Dato
Farid sempena perkahwinan mereka berdua. Jika ada masa lapang dia dan Humaira
akan menghabiskan masa di apartment itu. Namun selepas pemergian Humaira,
apartment itu di sewakan kepada kawannya. Namun bila dia mengetahui ‘Ariananya’
masih hidup dia menyuruh kawannya berpindah dari apartment itu, dan dia mahu
mengubah suai suasana rumah itu seperti dulu.
“Inilah rumah kita..” Tengku Elman
memberitahu.
“Rumah kita?” soal Humaira lagi.
Patutlah dia rasa macam kenal je dengan rumah itu. Pernah sekali Tengku Elman
membawanya ke sana.
“Ya.. Abang nak Humaira tinggal di
sini..”
“Tapi Ira lebih suka tinggal dengan Mak
Teh..”
“Itu abang tau.. Bukannya setiap masa.
Kalau abang jemput Ira, kita lepak kat rumah ni. Lagipun abang masih risaukan
keselamatan Ira... Kalau kita berada di luar nanti, takut ada orang nampak!
Abang tak nak ada apa-apa berlaku pada Ira nanti!!” terang Tengku Elman. Namun matanya
tetap menatap wajah yang berada di depannya itu.
“Oh macam tu.. Ira faham..” jawab
Humaira lagi. Bagaimana dia mahu mengelak dari tidak berjumpa dengan lelaki ini
apabila Mak Teh dan Pak Teh sentiasa menyuruhnya bersama Tengku Elman ke mana
saja! Memang gila rasanya. Kalau sebelum dia mengetahui hubungannya dengan
Tengku Elman pastinya dia akan membantah apa yang Tengku Elman buat.
“Masih ingat tak, kali pertama abang
bawa Ira datang sini?” soal Tengku Elman tiba-tiba.
Humaira mengangguk.
“Mana Ira boleh lupa..” jawab Humaira
perlahan. Terbayang dia ketika itu. Dia benar-benar rasa takut bila melihat
perangai Tengku Elman.
“Abang nyaris-nyaris tak dapat kawal
diri masa tu. Abang minta maaf..” ujar Tengku Elman dengan lembut.
“Ira yang sepatutnya minta maaf.. Ira
tak tahu siapa diri Ira yang sebenarnya. Sehingga sekarang Ira masih tak pecaya
yang Tengku ni suami Ira..” terbeliak biji mata Tengku elman bila mendengar
Humaira menyebut nama ‘Tengku’.
“Ira panggil apa tadi? Tengku?? Ni
memang nak kena ni..” gertak Tengku Elman. Baru Humaira menyedari kesilapannya.
Pantang betul kalau dia menyebut panggilan lain selain abang.
“Oppp
Sorry... Sorry bang.. Ira tak sengaja.. Susah betul nak sebut..” Humaira
menampar perlahan mulutnya yang selalu terlepas menyebut nama ‘Tengku’.
“Bukannya susah sangat.. sebut macam
ni. Abang!” Humaira ketawa. Lucu betul muka Tengku Elman ketika menyebut
perkataan ‘abang’.
“Tapi di luar Ira kena panggil abang ni
Tengku.. Ini untuk keselamatan Ira..” Humaira hanya mengangguk.
“Masuklah.. Ini bilik kita dulu..” kali ini
Tengku Elman membawa Humaira masuk ke kamar tidur.
“Sayang kalau ini bilik kita, mestilah
ada baju sayang di dalamnya. Kalau tak percaya pergilah buka almari pakaian
itu. Abang tak pernah usik pun pakaian sayang di dalamnya. Cuma dah lama tak di
cuci saja..”
Humaira terus menuju ke ruang almari
pakaian. Cepat sahaja tangannya membuka almari itu. Benar kata Tengku Elman,
terdapat pakaian wanita di dalamnya. Satu persatu pakaian itu di selak. Namun
apabila dia menutup pintu almari itu, dia terkejut apabila melihat Tengku Elman
berdiri rapat dengannya sambil memegang beg plastic.
“Nah, abang dah belikan Ira apa yang
patut..”
“Beli apa?” soal Humaira terkejut.
“Takkan abang nak Ira pakai pakaian
yang lama tak di cuci dalam almari tu. Nanti Ira naik gatal. Abang juga yang
susah!” ujar Tengku Elman dengan senyuman nakalnya.
“Hish kesitu pulak. Abang tu yang
gatal. Bukan Ira..” jawab Humaira dengan pantas.
“Abang nak mandi dulu. Tapi kalau
sayang nak ikut pun boleh!”
“Hah!! Macam tu pun boleh?” jerit
Humaira. terkejut mendengar ajakan berani dari Tengku Elman.
“Apa salahnya.. Lagipun kitakan suami
isteri..”
AWAL pagi Tengku Elman bangun. Dia mahu
menyediakan sarapan untuk isteri tercinta. Menurut kata doktor yang merawat
Humaira, Tengku Elman perlu melakukan perkara yang selalu mereka buat ketika
mereka hidup bersama dulu. Dia menyediakan makanan kegemaran Humaira. Nasib
baiklah dia sempat menyuruh Encik Johan menyediakan bahan-bahan yang
sepatutnya.
“Hi sayang.. Good morning!”
“Good
morning” jawab Humaira yang berdiri di muka pintu bilik. Namun dia sendiri
terkejut apabila melihat Tengku Elman sedang menyediakan sarapan pagi. Alangkah
malunya dia kerana pagi ini dia tertidur balik selepas sembahyang subuh pagi
tadi. Entah mengapa badannya rasa penat. Mungkin kerana dia membantu Arin di
majlis pertunangannya semalam.
“Maaflah, Ira terlanjur tidur pagi
ni..” kata Humaira sambil menguap. Tangannya sempat menutup mulutnya yang
terbuka luas.
“Tak apalah. Abang tau sayang penat
sebab itu abang tak nak kejutkan sayang. Apa kata sayang pergi mandi dulu.
Nanti kita sarapan bersama. Tak sabar rasanya abang nak bersarapan dengan
isteri abang ni..” ujar Tengku Elman. Humaira hanya tersenyum. Nampaknya hari
ini dia akan menghabiskan banyak masa bersama Tengku Elman. Lagi pun hari ini
hari minggu.
“Baiklah tuan putera. Adinda mahu mandi
dulu. Jangan lupa sediakan sarapan pagi yang paling enak untuk adinda ya!” usik
Humaira. Tengku Elman hanya ketawa. Nampaknya sudah ada perubahan pada sikap isterinya
itu. Dia benar-benar rindukan saat-saat bahagia bersama isterinya dulu.
SELESAI mandi, Humaira terpandang lagi
gaun yang di belikan oleh Tengku Elman. Selepas dia menyikat rambutnya dan
mempastikan wajahnya elok, dia pun keluar dari biliknya.
Sarapan itu sudah terhidang sepenuhnya
di atas meja. Namun tubuh Tengku Elman tiada di situ. Kemana dia pergi agaknya.
Takkan aku mandi lama sangat!
Sedang asyik dia mengelamun, terdengar
seperti pintu di buka dari luar. Rupa-rupanya Tengku Elman. Humaira melihat
Tengku Elman sedang menyembunyikan sesuatu di belakangnya.
“Abang pergi mana?”
“Abang nak berikan Ira bunga..” sambil
itu, Tengku Elman menghulurkan bunga mawar putih yang pernah menjadi bunga
kegemaran si isteri pada masa dulu.
Humaira menerima bunga itu sambil
tersenyum. Lalu dia menghidu bunga itu.
“Terima kasih abang..”
“Sama-sama..” ujar Tengku Elman sambil
mencium dahi Humaira.
“Jomlah kita sarapan. Abang dah lapar
ni..”
“Jomlah..” balas Humaira lagi. Lalu dia
memeluk lengan si suaminya. Dia benar-benar rasa gembira kerana Tengku Elman
melayannya dengan baik. Biar pun ingatannya belum lagi pulih, tetapi
sekurang-kurangnya dia tahu yang lelaki itu amat menyayanginya suatu masa dulu.
SELEPAS bersarapan, Humaira mengemas
meja dan mencuci perkakas yang mereka gunakan tadi.
“Hari ini sayang nak kemana-mana tak?”
soal Tengku Elman.
“Rasanya tak kemana-mana pun. Abang?”
Tengku Elman pun menggeleng kepalanya.
Kalau boleh dia mahu menghabiskan masanya bersama-sama Humaira di dalam rumah
ini sahaja.
“Apa kata kita habiskan satu hari ini
di dalam rumah ini saja. Lagi pun abang malas nak keluar. Petang nanti baru
abang hantar Ira pulang” Humaira hanya mengangguk!
“Habis tu kita nak buat apa?” soal
Humaira lagi. Dia bimbang juga kalau-kalau si suaminya mahu berbuat
lebih-lebih. Lagipun dia belum bersedia lagi!
“Kita menonton. Lagipun abang ada
simpan beberapa video semasa hari perkahwinan kita, masa bulan madu kita..
Manalah tahu selepas itu Ira boleh ingat sikit-sikit tentang abang..” ujar
Tengku Elman sambil mengharap. Mengharap ingatan Humaira kembali semula.
“Bagus juga idea itu” jawab Humaira
sambil tersenyum lega! Kemudian terfikir lagi. Apa salahnya jika tengah hari
nanti dia pula yang memasak untuk lelaki yang sentiasa disisinya itu.
“Tengah hari nanti Ira masak ya..”
“Sayang nak masak apa?” soal Tengku
Elman. Manalah tahu Humaira memerlukan bahan-bahan lain untuk memasak.
“Apa yang abang suka makan?”
Tengku Elman terus memberitahu apa yang
ingin dia makan. Sudah lama rasanya dia tidak merasa air tangan si isteri. Biar
pun si isteri tidak ingat apa makanan kegemarannya, dia tidak marah kerana
bukan salah si isteri tidak ingat. Dia juga harus bertolak ansur dalam semua
perkara supaya ingatan isterinya tidak terlalu terganggu.
Petang itu, Tengku Elman menghantar
Humaira pulang ke rumah Mak Teh dan Pak Teh. Wajah Tengku Elman kelihatan
sangat gembira. Pak Teh dan Mak Teh juga turut gembira melihat wajah Tengku
Elman yang sangat gembira.