Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday 12 November 2013

Saat Ku Cinta 8


ZHARIF masih duduk termenung. Tadi ketika dia melalui sebuah restoran itu, dia ternampak kelibat Datin Rodiah dengan seorang lelaki. Dia seperti ingat-ingat lupa dengan wajah lelaki itu. Dia cuba untuk mengingatinya. Bukan lelaki itukah yang ada bersama mereka ketika majlis perkuburan abang Zul dan Kak Arfa? Tapi apa hubungan lelaki itu dengan Datin Rodiah? Semasa Datuk Mahdi di kebumikan pun dia ada nampak lelaki itu.

Kenapalah fikirannya asyik memikirkan lelaki itu. Mungkin juga lelaki itu ada kaitan dengan kes yang berlaku pada arwah abang dan kakak iparnya. Dan juga dengan arwah Datuk Mahdi. Beberapa kali dia meraupkan wajahnya. Mahu melupakan wajah yang menganggunya itu.

Dia terus menekan intercom. Dia mahu Hana masuk berjumpa dengannya. Dia rasa tak tenteram.

“Ada apa ni? Wajah kau macam ada masalah je?” soal Hana lagi.

Zharif mengangguk. Namun dia tidak tahu mahu memulakan dari mana.

“Cerita sajalah. Ini soal perempuan ke? Orang mana yang sudah berkenan di hati?” usik Hana lagi. Zharif mencebik. Hana hanya ketawa.

“Kau ni aku belum cakap, dah merapu yang bukan-bukan..” marah Si Zharif.

“Habis tu pasal apa?” soal Hana dengan nada serius.

Zharif menceritakan perkara yang membuatkan hatinya rissau. Dia mahu pendapat Hana tentang hal itu. Sebagai pembantu dan penasihat, dia amat memerlukan pandangan Hana dalam hal itu.

“Apa kata kau upah orang untuk menyiasat kes itu. Manalah tahu kot-kot apa yang berlaku pada arwah abang kau dan kakak kau itu ada kaitan dengan lelaki yang kau cakapkan itu.” Hana memberi cadangan. Tak salah kalau Zharif menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.

“Itulah yang aku fikirkan sebenarnya..”

Hana hanya mengangguk. Betul juga kalau itu yang Zharif fikirkan.

ASHRAF bangun bila merasakan ada orang mengejutkan dia dari tidur yang lena. Entah sudah pukul berapa sekarang? Dia melihat jam pada telefon bimbitnya.

“Ash bangun..” sekali lagi Ashraf merasakan tangan mamanya mengejutkannya.

“Ye ma.. Ash nak bangunlah ni..” ujar Ashraf. Dia terus duduk dan membuka matanya. Kelihatan mamanya sedang berdiri di hadapannya dengan senyuman yang meleret.

“Mama dari mana ni?” soal Ashraf sambil menguap. Dari segi penampilan mamanya kini pasti dia baru balik dari luar. Bukannya dia tidak faham dengan sikap mamanya yang jarang mahu duduk di rumah.

“Mama baru balik dari jumpa Tasha..” jawab Datin Melissa sambil tersenyum.

“Mama jumpa Tasha? Buat apa?” soal Ashraf dengan nada tidak senang hati.

“Mama tak sengaja jumpa Tasha pun. Tiba-tiba pula mama jumpa dia. Lalu mama ajak dia join dengan mama tadi pergi spa..”

“Ohh..”

“Tadi mama ada jumpa Zarra juga..” ujar Datin Melissa. Baru dia teringat sebenarnya.

“Mama jumpa Zarra? Kat mana? Dengan siapa?” soal Ashraf bertalu-talu. Rasa luas biji matanya bila terdengar mamanya menyebut nama Zarra. Takkan tiba-tiba mamanya berjumpa dengan Zarra!

“Dia cakap dengan mama, itu kawan sekerja. Namanya mama tak ingat. Tapi dia lelaki..” terang Datin Melissa lagi. Dia berharap apa yang di katakan itu akan membuatkan Ashraf berasa tidak percayakan Zarra.

Kenyataan mamanya itu membuatkan Ashraf tidak senang hati. Entah mengapa dia rasa cemburu. Ditekan satu persatu pada skrin telefon bimbitnya. Dia melihat gambar Zarra. Dia harus mendapatkan kebenarannya dari Zarra. Dia terus bangun. Mahu membersihkan diri.

DATIN Rodiah terus menuju ke pejabat Suffian. Dia pasti ketika ini Suffian masih berada di pejabatnya. Kalau nak tunggu dia balik rumah alamatnya susah sikit.

“Suff mama nak minta duit.”

“Berapa banyak?” soal Suffian lagi. Mamanya memang selalu begitu. Kalau dia minta duit, bukan alang-alang jumlahnya. Sikap mamanya yang boros itu mungkin akan menyusahkan dia suatu hari nanti.

“Lima belas ribu.”

“Lima belas ribu?? Nak buat apa duit sebanyak itu?”

“Mama nak shopping. Dah lama mama tak shoppingkan?” soal Datin Rodiah lagi. Burhan minta sepuluh ribu. Tapi lima ribu itu untuk dirinya sendiri.

“Suff mana ada duit cash sebanyak itu..” jawab Suffian sambil mengeluh.

“Suff bagilah cek kan senang..” jawab Datin Rodiah lagi. Dia berharap kali ini Suffian akan memberikan sejumlah wang yang di mintanya itu.

“Okeylah mama.. ni Suff bagi cek. Tapi mama kena berjimat. Sekarang syarikat ini ada masalah kewangan. Suff tidak mahu nanti syarikat kita gulung tikar!” ujar Suffian dengan nada tegas. Dia kenal benar dengan sikap mamanya yang suka membeli barangan berjenama dan mahal. Selagi dia tak bagi duit selagi itu juga mamanya akan merajuk dan tak bertegur sapa dengannya.

“Mama taulah.. Baru kali inikan mama minta lebih sikit..” ujar Datin Rodiah dengan lembut. Dia tidak mahu anaknya tahu hal yang sebenarnya. Kalau mereka tahu dia menolong Burhan, pasti dia tidak akan mudah nak minta duit dengan jumlah yang banyak lagi.

Datin Rodiah mengambil cek sebanyak sepuluh ribu. Itu yang dia janjikan kepada Burhan. Dia berharap selepas ini, lelaki itu tidak akan menganggunya lagi. Dia risau kalau-kalau anak-anaknya tahu pasal hal itu.

ASHRAF sudah menunggu Zarra di depan pintu pejabat Zarra. Kebetulan pada masa itu Zarra sudah pun keluar juga. Dia berasa terkejut melihat Ashraf sudah menunggunya petang itu. Mungkin dia tidak kerja sebab itulah dia dapat menunggunya pada masa ini.

“Dah lama awak tunggu?” soal Zarra sebaik sahaja dia mendapatkan Ashraf sambil mlmparkan senyuman. bukannya salah pun lagipun Ashraf tu tunangnya juga.

“Baru je.. Zarra dah nak balik ke ni?” balas Ashraf lagi.

“Aaa.. Tapi Zarra kena tunggu teksi..” terang Zarra dengan jujur.

“Tunggu teksi? Kenapa pula?” soal Ashraf terkjut. Dia sangkakan Zarra pergi kerja menaiki kereta..

“Kereta Zarra rosak. Pagi tadi pun Zarra lambat masuk kerja sebab kereta buat hal..” Zarra mengadu. Ashraf menarik nafas. Baru dia sedar bahawa tunangnya itu dalam kesusahan. Kenapalah dia hanya emmnetingkan diri sendiri sedangkan Zarra berada dalam kesusahan.

“Apa guna tunang Zarra ni? Kenapa tak call Ash. Biar Ash pergi ambil kat rumah?” soal Ashraf geram.

Sorrylah.. Zarra tak nak ganggu Ash.. Zarra tau Ash pasti penat baru balik semalam. Sorry sangat-sangat!”

“Ni yang buat Ash geram sangat dengan Zarra ni.. Macam Ash ni tak penting buat Zarra.. macam mana kalau ada apa-apa berlaku pada Zarra?” ujar Ashraf mahu merajuk.

“Buruknya muka nak merajuk!” cebik Zarra. Ashraf tidak jadi merajuk mendengar dan melihat gelagat Zarra. Sungguh dia tidak mampu nak merajuk lama-lama dengan Zarra.

“Jomlah kita gerak..” ujar Ashraf. Namun belum sempat Zarra dan Ashraf melangkah, mereka di tegur oleh seseorang.

“Zarra”

“Encik Hadri?” soal Zarra kehairanan.

“Ye saya.. jadi inilah..” belum sempat Hadri menghabiskan kata-katanya.

“Ya ini tunang Zarra. Ashraf” Zarra memperkenalkan.

Kedua lelaki itu bersalaman dan berkenalan. Ashraf mengajak Zarra pulang. Namun dalam hati dia bimbangkan sesuatu. Dia dapat merasakan yang Encik Hadri itu ada perasaan pada Zarra. Dia lelaki. Memang patut pun dia dapat merasakan dari pandangan mata lelaki yang bernama Encik Hadri itu.

“Kita nak pergi mana ni?” soal Zarra apabila menyedari jalan yang mereka lalui bukannya jalan pulang ke rumahnya.

“Kita keluarlah.. Pergi makan ke.. Pergi shopping ke..” Ashraf memberi cadangan. Dia tidak kisah mahu membawa Zarra ke mana asalkan tunangnya itu selesa dengannya.

“Tapi.. Ash tak penat ke?” soal Zarra lagi.

“Tak.. apa-apalah untuk Zarra.. Ash sanggup!”

“Mengada-ngada..” marah Zarra namun akhirnya dia tersenyum. Dia suka dengan apa yang di katakan Ashraf tadi. Entah mengapa dia mula sukakan sikap Ashraf sekarang ini. Tapi belum lagi sampai tahap jatuh cinta.

“Apa yang Zarra sengihkan tu?” soalan dari Ashraf itu mengejutkan Zarra. Merah muka Zarra bila di tegur begitu.

“Mmm tak ada apalah..”

“Mesti Zarra terbayangkan kita duduk di pelaminkan. Ash juga tak sabar menunggu hari bahagia kita. Kalau boleh sekarang juga Ash nak menikah dengan Zarra.”

“Hish!! Apa yang Ash mengarut ni?” soal Zarra sambil tersenyum. Dia pun tidak sabar juga menantikan hari bahagia itu. Dia akan cuba menerima Ashraf dalam hidupnya. Mulai sekarang jugalah dia harus mengenali hati budi masing-masing. Rasanya belum terlewat dia mengenali Ashraf dengan lebih dekat.

“Pagi tadi, saya ada jumpa mama awak dengan Tasha..” ujar Zarra. bukannya dia snegaja nak tunjuk baik tapi dia sekadar bercerita sahaja.

“Kat mana?”

“Depan spa.. Masa tu Zarra dengan Encik Hadri ada meeting kat luar..” beritahu Zarra.

“Encik Hadri yang tadi tu?”

Zarra mengangguk. Kini barulah Ashraf berasa senang. Tidak sedar senyuman mula menguntum di bibirnya. kata-kata mamanya tidak di endahkan.

ZHARIF singgah di sebuah kedai. Niatnya dia mahu membelikan kek hari jadi untuk Nani. Nasib baik dia sudah mencatatnya di telefon bimbit. Kalau tidak pasti dia akan terlupa kerana kesibukannya dengan tugas.Tiba-tiba sahaja matanya ternampak kelibat Amylia dengan seseorang. Bukankah itu Datuk Maarof? Namun dia melihat Amylia sangat mesra dengan Datuk Maarof. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak mahu Amylia ternampak kelibatnya di situ, dia terus berlalu. Bukannya dia cemburu tetapi dia rasa lega kerana dia sudah ada alasan untuk menjauhkan diri dari Amylia. Wanita seperti Amylia tak akan setia pada yang satu.

‘Zharif?’ bisik Amylia pada dirinya sendiri. Dia melepaskan tangan Datuk Maarof yang memegang jari jemarinya. Dia pasti Zharif sudah ternampak dia dengan Datuk Maarof. Sebab itu dia terus berlalu dari situ.

“Kenapa ni honey?” soal Datuk Maarof yang perasan dengan layanan Amylia.

“Mmm tak ada apa-apa.. Cuma I rasa pening sikit..” Amylia memberi alasan. Dia tidak mahu Datuk Maarof tahu hal yang sebenarnya.

“Jadi honey nak balik rumah?” soal Datuk Maarof lagi. Amylia mengangguk! Tapi?

“Nanti you macam mana? Takkan I nak tinggalkan you kat sini?” soal Amylia lagi. Datuk Maarof ketawa. Rasa suka melihat riak wajah Amylia mencuka. Kalau dia merajuk bermakna dia sayangkannya.

“Jom balik rumah I..” ajak Amylia lagi. Datuk Maarof tersenyum.

Mereka berdua terus bangun meninggalkan tempat itu. Namun fikiran Amylia masih terganggu dengan kemunculan Zharif di situ tadi.

Akhirnya Zharif sampai di rumah. Kelihatan Nani dan Adam setia menunggunya. Mereka kelihatan gembira melihat papa mereka membelikan kek harijadi Nani. Mereka berdua menjerit kesukaan.

“Sorry papa lambat sikit. kerja papa banyak sangat kat pejabat..”

“Tak apa papa, kami faham yang penting papa tak lupa dengan hari jadi Nani..” ujar Nani lagi. Adam juga gembira melihat papa mereka membawa kotak kek.

“Jadi anak papa tak marah?” soal Zharif lagi.

“Taklah papa.. Janji papa dah sampai..”

“Cepatlah papa. Adam tak sabar nak makan kek tu..”

“Hish Adam ni tak sabar!” marah Nani pula!

“Dah-dah. Papa nak naik mandi dulu. Nanti Mak Enon siapkan pinggan dan sudu. Panggil Pak Abu sekali..” arah Zharif kepada Mak Enon.

“Baik Tuan..” jawab Mak Enon. Dia segera mengangkat kotak kek itu lalu di bawa ke dapur.

“Cepatlah papa. Tak sabar nak makan kek tu tau!” ujar Nani lagi. Zharif tersenyum. Hai.. budak-budak memang tak sabar rupanya. Dia terus naik ke biliknya.

“Kak, agak-agak papa beli kek apa ya?” soal Adam.

“Manalah kakak tau! Tadi tak tanya kat papa..” marah Nani pula.

“Adam rasa mesti papa beli kek coklat! Papa kan tahu kita suka makan kek coklat!”

“Pandailah Adam. Nantilah kita tengok.. Kita tunggu papa dulu..”

tidak lama kemudian, Zharif sudah muncul di ruang meja makan. dia melihat Nani dan Adam tidak sabar untuk menjamah kek yang di belinya tadi.

“Semua dah siap tuan!” ujar Mak Enon.

“Terima kasih. Mana Pak Abu?”

“Saya kat sini tuan.” Pak Abu muncul dari ruangan dapur!

“Okey kalau dah semua ada disini, mari kita mulakan..”

“Yeahh!!!’ jerit kedua budak itu.

Zharif menyalakan lilin dan di selangi dengan nyanyian lagu selamat hari jadi. selepas meniup lilin, Nani memotong kek tersebtu. Dan akhirnya Mak Enon memotong kek itu dan di bahagikan kepada mereka.

AMYLIA menghempaskan beg tangannya di atas sofa. Datuk Mahmood yang berjalan mengikutnya dari belakang terus sahaja memeluk tubuh Amylia dari belakang. Dia tidak sabar untuk bersama Amylia. Biasanya wanita itu sering sahaja mengelak dari dirinya. Namun hari ini perangai Amylia semakin manja dengan dirinya.

“Sayang, I nak mandi dulu okey.. Badan I melekitlah..” bisik Amylia sambil merenggangkan pelukan Datuk Mahmood. Lelaki separuh umur itu hanya tersenyum. Betul juga sudah seharian mereka berada di luar, sudah pasti Amylia rasa tidak selesa dengan badannya yang melekit itu.

“Okey I bagi honey mandi, tapi jangan lama-lama tau! I tak sabar nak bermesra dengan honey!” ujar Datuk Mahmood sambil mencuit hidung Amylia. Pertama kali dia berjumpa dengan Amylia dia mula jatuh cinta. Biar pun dia sudah berkahwin dan masih kekal sehingga sekarang, namun ketika dia berada di samping Amylia, dia rasa bahagia sangat. Mungkin itu yang di katakan jatuh cinta.

“You tunggu I tau!” balas Amylia dengan manja. Dia turut mencuit hidung Datuk Mahmood. Datuk Mahmood tersenyum senang.

Amylia terus menuju ke kamar tidurnya. Dia mahu membersihkan diri. Argh!! Sekarang sudah pukul lapan. Selepas ini dia mahu kemana dengan Datuk Mahmood? Namun dalam fikirannya dia masih tidak dapat melupakan wajah Zharif yang ternampak dia dengan Datuk Mahmood. Memang dia bersama dengan lelaki separuh umur itu. Tetapi dia tetap cintakan Zharif. Namun cintanya hanya sia-sia bila Zharif tidak pernah mengambil serius dengan perasaannya. Tiba-tiba dia jadi sakit hati. Bagaimana caranya dia untuk menambat hati lelaki Zharif itu. Langsung tak lut dengan cinta dan perasaannya. Apakah susah benar lelaki itu mahu menerima dirinya?

Cepat-cepat Amylia keluar dari bilik mandi. Dia tidak mahu Datuk Mahmood menunggunya lama di ruang tamu. Malam ini dia harus bergembira dengan lelaki itu. Biarlah dia merawat hatinya yang kecewa malam ini.

 

1 comment: