Zafran
Haicarl terus memasuki biliknya. Dia mencari-cari kelibat Alisha. Tadi dia menerima
sms dari Alisha supaya dia cepat pulang. Tapi dia tidak memberi tahu sebabnya.
Manalah tahu dia demam lagi macam hari tu. Dia memang risaukan Alisha.
“Isha..
Abang dah balik..” jerit Zafran sambil meletakkan beg di atas katilnya. Namun
matanya tetap melilau mencari Alisha.
“Hai
Zaf!” satu teguran yang kedengaran di telinga Zafran. Panggilan itu membuatkan
Zafran memberhentikan tindakannya membuka butang bajunya. Dia menoleh.
“Sofia!
Apa yang you buat kat bilik I?”
“I
dengar you panggil Alisha.. sebab Alisha tak ada I datang gantikan tempat
dia..” ujar Sofia selamba.
“You
dah gila ke?” soal Zafran mula naik angin. Ini bilik privasi dia dengan Alisha.
Mana boleh orang lain masuk tanpa izinnya.
“Apa
saja yang you cakap, I tak kisah.. Lagi pun mesti you dah baca kad cinta tempoh
hari?”
“Jadi,
you yang bagi kad itukan?” soal Zafran lagi. Dia tiba-tiba teringat kad yang di
jumpai oleh Alisha tempoh hari! Sofia hanya tersenyum. Dia rasa gembira kerana
Zafran tahu dia yang berikan kad cinta tempoh hari.
“You think?”
“Memang
you yang bagi! Tak ada orang lain yang di benarkan masuk ke bilik I ni..”
“Baguslah
kalau you tahu.. I miss you..”
“I
tak faham apa niat you yang sebenarnya. Tapi tolonglah jangan nak lukakan hati
dan perasaan Alisha. Dia tak bersalah. Sepatutnya you fikir you yang mulakan
dengan semua ini.”
“Amboi..
baru berapa minggu you kahwin dengan Alisha you dah sayang sangat kat dia! Apa
yang dia dah bagi kat you?”
“Mestilah
I sayangkan dia sebab dia isteri I. Isteri yang sah. You tu, isteri papa I.. Paling
sedap di dengar mak tiri I..”
“You..
Sampai hati you marahkan I macam tu Zaf.. I masih sayangkan you.. I still love you..” ujar Sofia lalu
memeluk tubuh Zafran.
ALISHA mahu memasuki
bilik mereka yang memang terbuka pintunya. Namun Alisha terkejut apabila
melihat Zafran Haicarl sedang di peluk oleh Sofia dalam bilik tidur mereka lagi
tu. Masa itu Zafran membelakangi Alisha tidak sedar akan kedatangan Alisha.
“Abang..”
bergetar sekali suara Alisha memanggil nama suaminya. Zafran terkejut apabila
mendengar suara yang amat jelas di telinganya segera berpaling. Nyata riak
mukanya yang terkejut melihat kehadiran Alisha di situ.
“Isha..
buat apa kat sini?” soalnya.
“Apa
abang buat apa ni?” tanpa disuruh-suruh air matanya keluar. Pedih hatinya
menyaksikan kelakuan suaminya sedang berpeluk dengan isteri bapa mertuanya.
Alisha terus berlalu dari situ tidak tahan dia melihat adegan yang sungguh
mengguriskan hatinya.
Zafran
Haicarl cuba untuk meleraikan pelukan Sofia. Namun dia tidak dapat berbuat
apa-apa kerana Sofia memeluknya terlalu kuat seakan-akan tidak mahu melepaskan
dia pergi. Namun ingatannya cuma kepada isterinya sahaja. Alisha sudah berlari
keluar dari bilik tersebut. Dia tidak tahu kemana arah tujunya. Dia mahu lari
jauh dari Zafran. Airmatanya menghambur kerana dia menangis!
“Alisha..Alisha..”
jerit Zafran lagi. Tetapi tubuh Alisha sudah hilang dari pandangannya. Dia
pasti isterinya itu akan berasa sangat sedih sekarang.
Argghh!..
dia cuba sedaya upaya melepaskan dirinya dari pelukan itu. Kini baru dia terasa
Sofia mahu melepaskan pelukannya. Dia terus berlari mengejar Alisha namun
kelibat Alisha tiada lagi di situ. Dia harus menjelaskan perkara sebenarnya.
Ini hanya salah faham. ‘Ini cuma salah faham sayang!!’
“Puas
hati you sekarang. Isteri I sudah salah faham! Tapi taka pa, kalau you berani
buat macam-macam taulah macam mana I nak ajar you!” marah Zafran lagi. Hatinya
sudah membuak-buak dengan kemarahannya terhadap Sofia. Sofia tersentak. Dia
fikir tadi dia sudah Berjaya melembutkan hati Zafran namun sekali lagi dia di
marahi oleh lelaki itu.
“Isha,
maafkan abang kerana menyakiti hatimu. Abang tak menduga perkara ini akan
berlaku.” Gumamnya sendirian. Dia risau Alisha salah sangka terhadapnya. Dia
sudah berjanji kepada ayah dan ibu Alisha untuk menjaga, menyintai dan
menyayanginya. Kini entah kemana janjinya pada dirinya sendiri.
................................
MALAM itu lambat sekali
Alisha pulang ke rumah. Tadi dia pergi ke rumah orang tuanya untuk menenangkan
fikiran. Terpaksa juga dia berjawab
dengan Mak Limah. Alasannya dia rindukan mereka. Iyalah semenjak dia berkahwin
dengan Zafran dia tidak berpeluang untuk menjeguk kedua orang tuanya. Tanpa
disedari waktu sudah menunjukkan jam sepuluh malam.
Pintu
bilik di buka perlahan. Dia tahu mungkin suaminya ada di rumah. Memandangkan petang
tadi mungkin suaminya balik awal dari kerja. Kalau bekerja mana ada masa untuk
berjumpa dengan Sofia di bilik tidur mereka. Memang betul sangkaannya, Zafran
Haicarl belum tidur lagi. Namun Alisha langsung tidak mengendahkannya. Luka di
hatinya masih terasa.
“Lambat
sayang balik? Sayang pergi mana? Banyak kali abang call tak angkat” ujar Zafran
sebaik saja Alisha membuka tudungnya. Alisha cuma diam. Dia tidak mahu bercakap
dengan suaminya. Biarlah.. Biarlah hatinya tenang dulu.
“Sayang..
Abang tanya ni..” Zafran Haicarl geram dengan kebisuan isterinya.
Namun
senyap juga mulut si isteri. Zafran semakin geram. Lalu dia bangun mendekatkan
dirinya dengan Alisha.
“Alisha..
lain kali kalau abang tanya jawab.. Alisha pergi mana?” soalnya agak keras
sedikit.
“Buat
apa abang tanya Isha pergi mana? Nak sakitkan hati Isha lagi?” mencerlung mata
Alisha ke arah Zafran.
Dia mengambil tuala terus masuk ke bilik
mandinya. Zafran HAicarl hanya mampu menghantar dengan pandangannya. Sekali
lagi dia menaikkan suaranya. Dia tahu Alisha masih marahkan dirinya. Namun dia
tidak sengaja melukakan hati Alisha. Melukakan hati Alisha samalah dia
melukakan hatinya sendiri.
Zafran
duduk di atas katilnya menantikan isterinya selesai mandi. Namun kebisuan tetap
juga melanda. Tiada tanda-tanda isterinya mahu bertegur sapa dengannya. Matanya
sekadar menjeling sahaja terhadapnya. Dan sebagai seorang suami dia faham apa
yang di rasai oleh isterinya sekarang ini.
“Sayang,
abang minta maaf pasal kejadian petang tadi. Abang tak tahu apa muslihat Sofia
buat macam tu. Dia cari abang. Lepas tu dia nangis-nangis kata dia ada masalah.
Terus saja dia peluk abang. Abang tak sempat nak elak. Kemudian sayang muncul
pula..”
Alisha
cuba memejamkan matanya. Walaupun sebentar tadi dia merasa mengantuk namun
entah mengapa begitu sukar untuknya melelapkan mata. Zafran hanya mampu
memandang wajah isterinya itu tanpa senyuman di bibirnya seperti saban malam.
Dia begitu terasa dengan sikap isterinya. Macam mana dia nak memujuk rajuk si
isterinya itu. Dahlah minggu depan dia akan ke Jepun.
“Sayang..
masih marah dengan abang ke?” sengaja Zafran Haicarl memeluk Alisha dari belakang.
Biar apa pun reaksi Alisha, dia harus berterus terang dengan kejadian petang
tadi. Dia tidak mahu Alisha berterus terusan melayannya dingin begini. Alisha
hanya membatukan diri. Dia rasa tidak sanggup berdepan dengan Zafran Haicarl
lagi. Dia memejamkan mata. Takut air matanya berguguran.
................................
ZAFRAN Haicarl di
arahkan pergi ke Jepun selama tiga bulan. Dia ada urusan di sana. begitulah
yang di beritahu oleh Shahrul kawannya yang berada di Kuala Lumpur.
Alisha mengemaskan barang-barang
yang akan Zafran bawa ke sana. Dia berusaha menjadi isteri yang baik selagi dia
berada di sisi suaminya itu. Itu memang kewajipannya. Dia tidak mahu lagi
mengetahui apa yang akan terjadi kepada hidupnya nanti.
Zafran
Haicarl mencium dahi dan memeluknya. Alisha hanya membatukan diri. Entah kenapa
semenjak berlaku pertengkaran tempoh hari dia merasa tidak mesra lagi dengan
suaminya.
Namun
kewajipannya sebagai seorang isteri tidak pernah dia lupakan. Cuma bezanya dia
tidak berbicara dengan mesra seperti sebelumnya.
“Tunggu
abang balik dari Jepun, kita akan selesaikan masalah salah faham ini. Sekarang
abang tidak punya masa untuk menjelaskannya.” Sempat juga Zafran mengucup dahi
Alisha untuk kali keduanya sebelum dia berangkat pergi.
Dia
berharap sangat agar Alisha mendengar kata-katanya tadi. Dia sebenarnya sedih
juga melihat tiada senyuman di bibir Alisha seperti sebelum ini. Dia sedar dia
banyak berbuat salah kepada isterinya itu. Terasa semacam sahaja perasaannya
ketika ini. Ada perasaan tidak senang hati. Namun kerana tuntutan kerja dia
terpaksa meninggalkan Alisha di sini.
Setiap
malam pasti Zafran akan menelefon Alisha. Dia mahu pastikan Alisha selesa dan
tidak bimbangkan dirinya. Tetapi yang sebenarnya dia yang bimbangkan Alisha.
Dia rasakan terlalu lama masa berlalu. Dia berasa rindu terhadap isterinya itu.
Entah kenapa wajah itu sering muncul di kotak fikirannya. Kasih dan sayangnya
tumpah buat wanita itu. Kenapa agaknya perasaan aneh ini tiba-tiba muncul.
Segala kerja tidak menjadi. Hanya bayang Alisha sahaja menari-nari di ruang
matanya.
Dia
teringat segala perbualannya dengan Sofia. Sofia yang beriya-iya meminta dia
bercerai dengan Alisha. Pertengkarannya dengan Alisha tempoh hari juga Alisha
minta dia di lepaskan. Namun apa yang pasti, dia tidak sanggup untuk melepaskan
Alisha dalam hidupnya. Sungguh dia tidak bersedia untuk kehilangan Alisha.
Mungkin ada sesuatu yang berlaku sejak pemergiannya kali ini. Rasa hatinya
tidak sedap namun kerana tuntutan pekerjaannya dia terpaksa juga pergi.