Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday 28 January 2013

Kau Rantai Hatiku 28


TENGKU Elman mengacau air dengan sudu kecil. Dia rasa keseorangan. Hari minggu begini dia terpaksa keluar sorang-sorang. Kalau dulu dia sering meluangkan masa bersama Humaira. Namun selepas bertunang dengan Isabella, Humaira semakin menjauhkan diri darinya.
“Hai Tengku.. Seorang saja?”
Satu sapaan lembut menyebabkan Tengku Elman mengangkat kepalanya, wajahnya pucat seketika. Kelihatan Humaira sedang berdiri di sebelah seorang lelaki. Di amatinya wajah itu. Rasanya dia pernah melihat lelaki itu.
Tiba-tiba dia berasa cemburu membuak-buak. Bertuahnya lelaki ini. Mungkin dia ini buah hati Humaira!
“Tengku Elman kenalkan ini Azwan.”
Humaira memperkenalkan mereka berdua dan keduanya bersalaman. Hati Tengku Elman Qaufar terasa sakit tiba-tiba. Entah mengapa otaknya seperti tidak dapat menerima kemesraan yang terjalin di antara gadis itu dengan teman lelakinya.
“Kita duduk di sini sajalah Wan. Lagipun Tengku Elman seorang sajakan?” tanya Humaira. Tengku Elman mengangguk. Antara mahu dengan tidak. Humaira menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Tengku Elman begitu juga dengan Azwan.
“Termenung saja Tengku, teringatkan tunang ke?” Humaira mengusik. Tengku Elman merenung wajah Humaira tajam.
“Ira dari mana tadi?” Tengku Elman bertanya sambil menjeling. Tengku Elman rasa geram. Humaira langsung tidak memandangnya. Gadis tersebut leka meneliti menu yang di berikan oleh seorang pelayan sebentar tadi.
“Tengku tanya apa?” Humaira bertanya semula, mengangkatkan muka. Matanya bertembung dengan mata Tengku Elman Qaufar.
“Dia bertanya kita dari mana? Berangan betullah sayang ni..”
Azwan mentertawakan Humaira yang kemudian ketawa kecil. Dia sebenarnya leka sangat meneliti menu sebentar tadi.
“Balik dari menonton,” ujar Humaira pantas.
Berderau darah Tengku Elman Qaufar mendengarnya. Amboi kalau Azwan yang mengajak mahu pula dia pergi menonton. Kalau dengan dirinya seribu alasan! Sekali saja dia dapat pergi menonton dengan Humaira. Itu pun sebelum Humaira mengenali dirinya sebagai Tengku Elman Qaufar!
“Tengku dari mana seorang saja? Kenapa tak ajak Cik Isabella keluar?” Humaira bertanya.
Tengku Elman merenung wajah Humaira. Wajahnya masam mencuka.
“Tak. lebih baik saya kelaur sendiri.” jawab Tengku Elman dengan penuh makna.
“Kami pergi menonton teater tadi. Di Dewan Bandaraya. Seronok juga sekali sekala menonton live macam tu.” ujar Azwan.
Sekali gus Tengku Elman Qaufar merasa lega. Dia tersenyum sendirian. Dia rasa lega sangat-sangat bila mendengar jawapan dari Azwan.
“Bila Tengku nak kahwin? Ira cakap Tengku dah bertunang” soal Azwan.
Azwan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Matanya merenung Tengku Elman Qaufar yang sudah menyandar di kerusi.
“Tak tahu lagilah. Mungkin tahun depan. Lagipun tunang saya tu jenis orang yang sibuk dengan kerja.”
Tengku Elman Qaufar menjeling Humaira yang diam tidak berkata apa-apa.
“Orang dah bertunang macam tulah. I ni nak pinang Ira. Tapi dia tidak mahu pulak. Jual mahal..” rungut Azwan lagi.
Berderau darah Tengku Elman mendengarnya. Adakah Azwan ni main-main? Tapi tak mungkin, dia tahu Azwan berminat dengan Humaira. Dari cara pandangan seorang lelaki dia tahu.
“Alah orang kacak macam kau, Ira takutlah.. Nanti tak lama kena kebas dengan orang.” jawab Humaira. Dia tahu ramai gadis yang terpikat dengan lelaki di sebelahnya itu. Azwan ketawa kuat. Lucu benar mendengar alasan Ira. Hati Tengku Elman mendidih dengan kemarahan yang amat sangat.
“Apa pula ni Ira, Wan jenis yang setia tau!”
Azwan membela diri. Humaira mengangkat keningnya seolah-olah mengejek. Tengku Elman rasa nak muntah mendengar kata-kata tersebut.
“Belum dapat boleh cakap setia. Bila dah dapat perempuan lain entah sumpah seranah yang di dapat, hilang sumpah setianya.”
Azwan ketawa mendengar kata-kata Humaira.
“Ira ni prejudis sangat. Tak semua laki-laki macam tu. Betul tak Tengku?” soal Azwan kepada Tengku Elman yang dari tadi membisu.
Mata Humaira bertembung dengan mata Tengku Elman. Sebenarnya dia berasa kasihan dengan Tengku Elman sebab itulah dia mengajak Azwan duduk disitu. Namun wajah masam itu seperti tidak menyenangi mereka berdua duduk disitu membuatkan Humaira rasa serba salah.
“Ira tu memilih sangat Wan. Entah siapa yang dia tunggu. Orang macam kita ni mana dia nak pandang.” Tengku Elman menjawab dengan dendam yang sarat di dada. Dia mendengar Azwan ketawa kuat, menganggap katanya itu sebagai gurauan.
“Ira memang memilih nanti jumpa jenis yang tak setia kan naya hidup Ira nanti.”
Humaira malas nak berdebat dengan mereka berdua. Kalau dia teruskan topik perbualan itu pun belum tentu dia akan menang.
MALAM ini Tengku Elman bersendirian lagi. Rasa mahu pecah kepalanya bila memikirkan tentang perasaannya ketika ini. Kemesraan yang di lihatnya petang tadi membuatkan hatinya bagai rasa di cucuk-cucuk. Telefon bimbitnya di capai. Dia mahu berjumpa dengan Amir. Hanya sahabatnya itulah tempat dia mengadu. Cuma sahabatnya itu sering kali sibuk dengan tugasannya.
Seperti yang di janjikan, Tengku Elman sudah sedia menunggu tempat mereka bertemu. Amir hanya tersenyum melihat Tengku Elman yang sedang menunggu di meja itu.
“Ada hal penting ke malam-malam ajak jumpa?” soal Amir sebaik saja melabuhkan punggungnya. Dia nampak wajah Tengku Elman seperti ada masalah.
“Memanglah.. aku tak boleh tahan ni..”
“Hai dah jadi tunang orang pun masih tak gembira?” soal Amir. Kedengaran Tengku Elman mengeluh. Wajahnya memang tidak ceria.
“Memang dah jadi tunang orang. Tapi aku rasa aku ni bodoh!”
“Kenapa cakap macam tu? Isabellakan gadis yang baik.. Takkan kau dah jatuh cinta dengan perempuan lain pulak!”
“Memanglah Isabella itu gadis yang baik. Tapi aku tak cintakan dia..”
“Habis kenapa kau orang bertunang? Hish tak fahamlah aku!” rungut Amir lagi.
“Kalau kerbau berpengang pada tali, manusia mesti berpengang pada janjikan? Itulah yang yang terjadi.”
“Susahlah kalau macam ni!”
“Aku rasa hidup aku ni kosonglah Mir..”
“Kenapa pula? Kau dah jatuh cinta dengan perempuan lain ke?” Tengku Elman mengangguk.
“Perempuan itu mesti Humairakan?” tembak Amir. Memang sebelum Tengku Elman bertunang nampak sangat sahabatnya itu menunjukkan minat pada gadis yang bernama Humaira itu. malangnya dia terpaksa bertunang dengan Isabella yang bukan pilihan hati.
“Sekarang makin susah aku nak dekat dengan dia.. Ada saja alasan yang tidak masuk akal di berikannya...”
“Memanglah.. Sekarang status kau tu dah lain. Tak macam dulu. Lagi pun tak lama lagi kamu akan berkahwin.. Takkan itu pun aku nak bagi tau!!”
“Tapi takkan macam tu sekali dia nak jauhkan diri dari aku..”
“Kau serius ke jatuh cinta pada Humaira?” Tengku Elman mengangguk. Terpaksa dia mengaku di depan sahabatnya. Makin di simpan makin berat dia rasakan masalah perasaannya itu.
“Kau tak bagitahu ke dengan Humaira tentang perasaan kau sebelum bertunang dulu?” soal Amir lagi. Seolah-olah dia menyiasat seorang pesalah pula.
“Dah.. Aku dah bagitau dia pasal perasan aku.. Siap aku soal lagi tentang perasaan diapada aku..”
“Apa jawapan dia?”
“Dia cakap dia tak cintakan aku. Pada hal dari sinar matanya aku tahu dia cintakan aku walaupun dia bercakap dalam keadaan marah. Mungkin silap aku juga..”
“Kau buat apa kat dia sampai dia tak nak mengaku perasaannya?” soal Amir berhati-hati.
“Aku ni lelaki Mir.. dan pernah berkahwin.. Aku nyaris-nyaris melakukan perbuatan yang aku tidak sedar. Aku tak dapat nak kawal perasaan aku bila berada dekat dengan Humaira..Aku hampir-hampir cium dia di apartment itu...”
“Apa???”
“Ya hari itu sebelum aku bertunang dengan Isabella, aku pernah bawa dia pergi ke apartment yang pernah aku diami bersama Ariana dulu. Walaupun aku desak agar dia boleh ingat apa-apa tentang kenangan di rumah itu. Namun semuanya gagal. Dia langsung tak ingat apa-apa. Nasib baik kilauan buah rantai itu menyedarkan aku ke dunia yang nyata. Kalau tidak aku pun tidak dapat memaafkan diri aku sendiri. Mungkin itu sebabnya Humaira tolak perasaan aku!” Sekali lagi kedengaran keluhan dari bibir Tengku Elman.
“Apa pun apa yang kau lakukan itu memang tak patut.. Tapi baik juga kau lupakan dia.. sekarang masa depan kau dengan Isabella. Takut nanti Isabella nak buat hal pula dengan Humaira. Kesian Humaira..”
“Isabella tak kan berani kacau Humaira. Aku dah bagi amaran dengan dia. Kalau dia berani kacau Humaira, aku akan batalkan perkahwinan kami..”
DARI jauh Humaira dapat melihat kelibat Tengku Elman berjalan ke arahnya. Mahu bersembunyi pun dia tidak sempat lagi. Mahu tidak mahu dia terpaksa berdepan dengannya.
“Ada apa datang jumpa Ira kat sini?” soal Humaira.
“Awak sihat?” soalan pertama yang keluar dari mulut Tengku Elman. Memang dia akui semenjak akhir-akhir ini, Humaira seolah-olah melarikan diri darinya. Kalau bertembung di mana-mana, cepat sahaja Humaira melarikan. Sampaikan dia mau bertegur pun dia tidak sempat. 
“Macam yang Tengku nampak. Saya nampak sakit ke?” soal Humaira kembali.
“Saya tahu awak tak nak jumpa saya sebab ada orang tak bagikan?” ujar Tengku Elman Qaufar.
Tahukah gadis itu betapa dia merindukan senyuman di wajahnya itu. Sudah beberapa hari dia tidak dapat berjumpa dengan gadis itu membuatkan perasaan rindunya semakin membuak-buak. Gadis itu semakin hari semakin melarikan diri darinya. Dan dia langsung tidak berkesempatan untuk bertemu dengan gadis itu kerana kesibukan kerja. Namun hari ini dia dapat juga bertemu dengan Humaira.
“Kenapa mesti nak libatkan orang lain. Ini keputusan saya sendiri. Saya tak nak terlibat dalam masalah Tengku sekeluarga. Lagi pun perkahwinan Tengku dengan Cik Isabella tidak lama lagi. Sepatutnya saya sedar dari dulu lagi. Tapi masih belum terlambat lagi saya nak ucapkan tahniah..”
“Awak nak pergi mana?”
“Tak pergi mana.. Lagipun saya tak nak jadi penghalang dalam hubungan kamu..”
“Awak tak boleh buat saya macam ni. Gila saya dibuatnya nanti...” ucap Tengku Elman sambil memandang wajah pujaan hatinya itu. Sedih dia mendengar Humaira ingin menjauh darinya. Takkan sekadar kawan pun tak boleh?
“Tengku fikir gila Tengku saja. Tapi pernah tak Tengku fikirkan perasaan orang lain. Perasaan mereka yang berada di sekeliling Tengku? Yang amat sayangkan Tengku?”
“Memang selama ini saya sangat menjaga perasaan mereka sampaikan saya sanggup menerima apa saja cadangan mereka terutamanya pertunangan ini. Saya menjaga hati mereka walaupun hati saya sakit. Sakit sebab tidak dapat menyintai Isabella. Tetapi dengan awak lain. Hati saya jadi tenang, gembira bila berada di sisi awak..”
“Bukan di sebabkan wajah saya serupa dengan wajah isteri awak?”
“Tidak. Saya memang cintakan awak. Bukan kerana rupa paras awak yang menyerupai isteri saya terdahulu. Tetapi saya memang sangat cintakan awak sekarang.”
“Saya minta maaf. Saya tidak boleh terima cinta Tengku sekarang. Yang sebenarnya saya tak cintakan Tengku pun..” ujar Huamira tegas.
“Awak tipu.. Saya tak percaya tiada sekelumit perasaan cinta awak pada saya. Awak jangan tipu saya..” balas Tengku Elman Qaufar. Dia berasa sakit hati mendengar pengakuan berani dari Humaira. Tak mungkin semudah itu Humaira melupakan dirinya..
“Tengku.. Kita tidak semestinya dapat hidup bersama dsengan orang yang kita sayangi. Itu semua aturan jodoh. Jadi Tengku jangan bertindak bodoh. Tengku harus menerima kenyataan bahawa, Isabella adalah bakal isteri Tengku. Jangan di sebabkan saya, Tengku mahu berubah hati.”
“Tapi saya tetap cintakan awak!!”
“Terpulanglah.. Apa pun saya harap Tengku jangan datang ganggu saya lagi. Lebih baik Tengku menumpukan perhatian pada Cik Isabella tu.”
‘Ingat saya tak akan berputus asa. Selagi saya belum tahu siapa kau sebenarnya jangan harap saya akan lepaskan awak macam tu saja.’ Bisik Tengku Elman dalam hati.
PETANG itu Azwan datang ke rumah Pak Teh dan Mak Teh. Hari ini dia mesti berterus terang dengan kedua orang tua tentang hajatnya. Dia sudah fikir masak-masak. Baginya mengenali gadis bernama Humaira itu adalah perkara yang terindah dalam hidupnya. Mereka berkawan agak lama. Walau pun sampai sekarang dia tidak tahu dari mana Pak Teh dan Mak Teh berjumpa dengan Humaira. Pada masa ini, Humaira belum pulang dari pejabat. Jadi senanglah dia berbincang dengan Pak Tehnya. Dia ingin mengetahui lebih lanjut perkara peribadi tentang  Humaira.
“Saya datang ada hajat Pak Teh, Mak Teh..” ujar Azwan. Dia rasa sudah sampai masanya dia berterus terang pasal perhubungannya dengan Humaira.
“Kenapa pula ni? Cakap ada hajat pula tu” balas Pak Teh sambil tersenyum. Mak Teh meletakkan cawan yang di penuhi air kopi di atas meja.
“Pak Teh... Mak Teh, saya ingat nak kahwin dengan Ira” perlahan-lahan Azwan menyuarakan niatnya.
“Hah!!Awak nak kahwin dengan Ira? Betul ke?” soal Mak Teh dengan nada terkejut. Dia seperti tidak suka dengan apa yang di dengarnya tadi.
“Betul Mak Teh.. kami kawan pun dah lama. Wan ingat nak sunting dia jadi isteri Wan” ujarnya perlahan. Wajah kedua-dua orang di hadapannya di pandang.
Mak Teh dan Pak Teh terdiam. Selama ini mereka hanya menganggap Azwan hanya berkawan biasa saja dengan Ira. Langsung tak terlintas di hati mereka bahawa Azwan serius dalam hubungan mereka.
“Wan, kami tak setuju Wan rapat sangat dengan Ira” ujar Pak Teh terus terang. Sememangnya pada mulanya lagi dia tidak suka Ira terlalu rapat dengan Azwan. Dan apa yang dirisaukannya sudah pun terjadi.
“Kenapa Pak Teh? Wan ada buat salah ke?” timbul rasa tak puas hatinya. Biasalah orang muda, cepat rasa naik angin. Bukan tahu bersabar!
“Wan tak buat salah.. Tapi Wan tak boleh teruskan niat nak kahwin dengan Ira” ujar Pak Teh. Dia tidak mahu Azwan berasa tersinggung dengan niat baiknya.
“Wan berniat baik Pak Teh lagipun Wan sangat cintakan dia” kedua-dua mereka terdiam. Parah ni. Macam mana mereka nak jelaskan perkara yang sebenarnya.
“Iya kami tau, tapi Wan tetap tak boleh kahwin dengan Ira. Kami tak setuju Wan kahwin dengan Ira” ujar Pak Teh dengan lembut. Dia tidak mahu Azwan berkecil hati dengan mereka.
“Kenapa pula? Ira ada orang lain ke?”
Mendengar soalan Azwan begitu. Kedua mereka mengangguk.
“Apa-apa sajalah Pak Teh ni..” ajar Azwan dengan rasa marah. Dia tidak puas hati. Sudah tiga tahun dia mengenali Humaira. Setahu dia Humaira tidak mempunyai kawan lelaki yang lain kecuali dia. Dan dia senang berada di sisi Ira. Gadis itu sangat periang dan selalu membuatkan dia gembira. Sebetulnya, Humaira lain dari pada gadis yang lain. Dia terus bangkit dari tempat duduknya.
“Wan balik dululah..” ujarnya. Dia berasa kecewa dengan penjelasan Pak Teh dan Mak Teh.
Dia sudah berangan-angan menyunting Humaira untuk menjadi permaisuri hatinya tapi sekarang dia tidak dapat menerima alasan yang Pak Teh dan Mak Teh berikan sebentar tadi. Yang menjadi persoalan kenapa dia tidak boleh berkahwin dengan Humaira? Dia mahu penjelasan dari mulut Humaira.
MALAM ini di kamar tidur, Pak Teh sedang berbaring dan Mak Teh pula duduk di birai katil. Sesekali Pak Teh mendengar keluhan dari bibir isterinya.
“Bang, kita kena beritahu hal yang sebenarnya pada Ira.. Uteh tak sedap hatilah bang..” rungut si isteri. Pak Teh memandang isterinya.
“Abang tau. Tapi abang takut Ira akan rasa terkejut nanti.. Dan boleh ke dia terima hal yang mengejutkan ini?”
“Uteh risaulah bang.. Macam mana kalau hal ini terbongkar suatu hari nanti? Mesti Ira kecewa dengan sikap kita..”
“Jangan fikir yang bukan-bukan. Bila tiba masanya nanti kita akan berterus terang dengan Ira. Jangan ingat abang tak risaukan keadaan Ira..” jelas Pak Teh kepada isterinya.
“Yalah Uteh ikut je cakap abang. Uteh berharap tak akan berlaku apa-apa nanti..”
“Dah tidur.. jangan di fikirkan sangat hal itu. Awak tu bukannya sihat sangat.” Nasihat Pak Teh kepada isterinya.
“Amboi-amboi abang sukalah nak usik Utehkan?” jawab Mak Teh lagi. Namun dia sentiasa bersyukur kerana di anugerahi seorang suami yang baik dan penyayang seperti Pak Teh itu.
 
 

 

6 comments:

  1. At last Tengku Elman dah tau juga yg Arianna tu isteri dia...anw writer, awesome story

    ReplyDelete
  2. WAH BEST..NAK LAGI....TAK SABAR NI....TQVM

    ReplyDelete
  3. salama...nk ty... novel ni dah dibukukan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      belum lagi. saya tengah siapkan manuskrip sepenuhnya.apa pun, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini.

      Delete
  4. sAYA sggggtttt suka cter ni,nanti dah bukukan heboh2kan ea =)

    ReplyDelete