Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday 20 July 2012

Kau Rantai Hatiku 4

 

Selepas habis mesyuarat, Tengku Elman Qaufar terus menuju ke biliknya. Ketika dia mahu duduk sempat juga matanya mengerling ke arah foto perkahwinannya bersama Ariana.

Tengku Elman merenung potret Ariana di mejanya. Kemudian dia mengambilnya lalu di bawa ke dadanya. Penuh kerinduan dia memejam mata. Terbayang segala perilaku Ariana ketika mereka bersama.

“Ari, abang sangat rindukan Ari..” ucapnya sayu. Namun lamunannya terhenti apabila interkomnya berbunyi minta untuk dijawab.

“Ya, Erin?” jawabnya perlahan.

“Tengku, ada orang nak jumpa?” jawab Erin di hujung talian.

“Siapa?”

“Dia tak nak bagitau nama.”

“Okey suruh dia masuk..” sambil itu sempat juga Tengku Elman memikirkan siapa pula tetamunya kali ini.

“Baik Tengku..” Erin menjawab sambil tersenyum pada gadis yang setia menanti di hadapannya. Kemudian dia bangun menuju ke pintu bilik Tengku Elman.

Tuk..tuk..tuk..

Pintu di ketuk. Tengku Elman tersentak. Dengan cepat dia membetulkan tempat duduk dan meletakkan kembali potret Ariana di tempat asalnya.

“Masuk..” dia memberi arahan. Sambil itu matanya memandang ke pintu pejabat dan kelihatan seorang gadis sedang menapak masuk mengikut belakang Erin. Pada mulanya memang dia tidak kecam sangat. Rupa-rupanya gadis itu ialah adik sepupunya Ku Zurin. Erin pun terus keluar setelah melihat Tengku Elman tersenyum meminta dia keluar. Hatinya juga tertanya-tanya siapakah gerangannya gadis itu yang mampu membuatkan Tengku Elman Qaufar tersenyum.

“Zurin!!’ ujar Tengku Elman separuh menjerit. Gembira hatinya apabila adik sepupunya itu datang kepadanya.

“Hi abang Man... Rindunya Zurin kat abang...” ujar Ku Zurin sambil duduk di depan Tengku Elman.

“Awak ni kan, dari kecil sampai sekarang masih juga nak bermanja..  Ni tak takut pakwe lari ker?” usik Tengku Elman.

Dia sememangnya rapat dengan Ku Zurin sudah menganggap gadis itu seperti adiknya sendiri. Tambahan lagi dia anak tunggal. Jadi apa salahnya dia menganggap Ku Zurin tu sebagai adiknya. Malah seluruh ahlli keluarga mereka juga tahu hal itu.

“Hish apalah abang ni... Nak manja sikit pun tak boleh... Dahlah abang tinggalkan Malaysia selama lima tahun. Ini pun pertama kali jumpa... Balik Malaysia pun tak cakap...” rajuk Ku Zurin.

“Bukan tak nak cakap... Tapi abang lupa...” jawab Tengku Elman. Dia sedikit terhibur dengan karenah adik sepupunya itu. Sekarang dia makin cantik. Mesti dia ramai peminat.

“Kenapa pandang Zurin macam tu?” soal Ku Zurin tidak puas hati. Dia mengecilkan sedikit anak matanya.

“Tak ada.. Abang tengokkan dah banyak perubahan pada Zurin. Makin cantik adik abang ni..” puji Tengku Elman Qaufar.

Ku Zurin ketawa kuat. Lucu benar dia mendengar kata-kata abang sepupunya itu. Mestilah dia mengalami banyak perubahan.. Lima tahun..

“Abang tu, dah berubah ke belum? Maksud Zurin abang tak nak cari pengganti kak Ari ker?” soal Zurin terus.

Tengku Elman menggeleng. Ku Zurin faham. Bukan mudah untuk seseorang melupakan tragedi hitam itu. Namun dia bersyukur sangat abang sepupunya itu masih bersemangat untuk meneruskan hidup.

“Kak Bella macam mana? Takkan abang langsung tak ada hati kat dia?” soal Ku Zurin lagi. Dia tahu Isabella menaruh hati pada abang sepupunya itu sejak dulu lagi. Sejak Kakak Ariana masih hidup lagi, Isabella selalu sahaja mencari peluang untuk menggoyahkan rumah tangga mereka.

“Abang anggap dia tu macam kawan saja. Tapi abang akui dia memang banyak berkorban untuk abang..”  jawab Tengku Elman perlahan. Kesal dengan sikap dirinya yang tidak mampu untuk berterus terang dengan keadaan yang sebenarnya.

Ku Zurin hanya mengangguk.

“Soal jodoh, pertemuan dan perpisahan di tanggan tuhan.. Kita tak akan dapat mengangak apa yang akan berlaku. Apa pun Zurin harap abang sentiasa tabah. Doakan yang terbaik buat Kak Ari. Itu jangan lupa..”

Tengku Elman tersenyum. Dia tidak menyangka Ku Zurin semakin matang. Kali ini banyak pula nasihatnya kepada dirinya. Tengku Elman memandang jam di tangan. Dah tengah hari nampaknya.

“Okey sekarang ni luch hour, apa kata kita pergi makan dulu, boleh kita berborak panjang” Tengku Elman memberi cadangan.

Ku Zurin mengangguk. Dia suka kalau abang sepupunya ini mahu mengajaknya keluar makan. Nanti bolehlah dia memberitahu sesuatu yang mungkin mengejutkan abang sepupunya itu.

Tengku Elman keluar beriringan dengan Ku Zurin. Semua mata memandang. Hairan!! Gadis cantik mana pula yang berjaya memikat hati Tengku Elman Qaufar. Kerana selama mereka bekerja dengannya mereka tidak pernah nampak ada mana-mana gadis yang dapat keluar seiringan dengan Tengku Elman kecuali Cik Isabella. Siapa tak terpikat melihat pasangan itu berjalan. Sama cantik sama padan.

“Wo… wo memang sepadannya mereka berdua..” bisik Erin yang merupakan setiausaha Tengku Elman.

“Erin, I keluar makan dulu…” ujar Tengku Elman mesra. Kali pertama dia tersenyum kepada Erin. Ini membuatkan Erin terpana. Handsomenya..

“Ba..Baik Tengku..” jawab Erin gagap. Dia juga melihat gadis manis di sebelah Tengku Elman itu tersenyum ke arahnya. Memang padan mereka berdua ni! Kalau Cik Isabella nampak pasti dia mengamuk!

Tidak lama kemudian datang Cik Isabella mahu ke bilik Tengku Elman Qaufar. Namun sempat Erin menahannya.

“Maaf cik Bella, Tengku Elman sudah keluar sebentar tadi…” Erin cepat-cepat memberitahu.

“Keluar? Dengan siapa?” soal Isabella mahu mengetahui perkara sebenarnya.

“Tadi ada seorang gadis datang jumpa Tengku, tak lama kemudian dia keluar ikut gadis tu..” terang Erin lagi.

“Siapa?” soal Bella geram.

“Tak tahu. Tapi mereka berdua nampak macam rapat jer!” ujar Erin sengaja dia menambah kemarahan ke dalam hati Cik Isabellanya. Dari mula lagi dia tidak suka dengan perangai Cik Isabella yang sombong itu. mentang-mentang dia bakal bertunang dengan Tengku Elman, dia boleh berlagak di depan pekerja.

“You tak tanya kemana dia orang pergi?” soal Isabella lagi. Erin menggeleng.

“Huh!! Lembab betul. Macam mana you jadi setiausaha ni? Kalau bos you keluar dan pergi mana pun you tak tahu?” ujar Isabella dengan geram.

Dia terus berlalu dari situ.

‘Gila agaknya perempuan ni!’ ujar Erin dalam hati. Sakit hatinya bila dimarahi oleh Cik Isabella sebentar tadi. Tengku Elman pun tidak pernah marahkan dia begitu.

Isabella balik ke biliknya dengan perasaan tidak puas hati. Entah perempuan mana yang cuba nak memikat hati Tengku Elman Qaufar. Patutlah malam tadi Tengku Elman bersikap dingin terhadapnya. Rupa-rupanya dia sudah mendapat pengganti arwah ‘Ariana’. Tak boleh!! Ini tak boleh jadi!! Dia tak boleh membiarkan gadis lain merampas lelaki pujaannya. Langkah mayatnya dulu kalau ada gadis di luar sana yang mahu merampas Tengku Elman Qaufar.

Isabella duduk termenung di pejabatnya. Hatinya sudah tidak senang. Entah siapakah gerangan gadis yang keluar dengan Tengku Elman tadi.

DI DALAM restoran mewah itu, mereka terus memesan makan. Sambil itu Ku Zurin mengusik Tengku Elman Qaufar. Sudah lama dia tidak nampak senyuman di bibir Tengku Elman. Menurut cerita dari Mak Longnya, Tengku Elman bersedih sejak pemergian Ariana. Sejak itu dia suka menyendiri. Nasib baik ketika itu dia mahu menerima tawaran belajar di luar negara. Kalau tidak entah apa akan terjadi!

“Boleh tahan juga abang ni yer? Ramai peminat nampak...” usik Ku Zurin.

“Mana Zurin tahu?” soal Tengku Elman.

“Mestilah saya tahu sebab ketika kita jalan tadi semua mata orang memandang. Macam Zurin ni buah hati abang pula?” ujar Zurin dengan tawanya. Dia mahu membuatkan Tengku Elman ketawa. Dia tahu abang sepupunya sudah lama menderita akibat pemergian Kakak Ariana.

Mereka berdua bergelak ketawa.

“Ni keluar dengan abang, pak we tak marah ker?” soal Tengku Elman. Dia tidak mahu mengguris hati dan perasaan orang lain.

“Tak.. Zurin dah bagitahu dia awal-awal lagi. Bukan pakwe lagi dah bertunang pun! Tiga bulan lagi nak nikah” jawab Zurin.

“Iya.. Tahniahlah.. Ni bakal jadi isteri oranglah tu..” ujar Tengku Elman dengan sisa tawanya. Dia tidak menyangka Zurin sudah pun menjadi tunang orang. Dia ingat tadi dia cuma punya buah hati. Rupa-rupanya dah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi.

“Nanti dia datang jumpa kita kat sini..” ujar Ku Zurin.

“Baguslah boleh juga abang kenal dengan lelaki pujaan adik abang ni!” usik Tengku Elman. Ku Zurin memandang wajah Tengku Elman. ‘Nak bagitau ke tidak?’ masih berteka teki lagi dalam hatinya.

“Ni kenapa dengan adik abang ni? Macam ada sesuatu yang adik nak cakap ni?” soal Tengku Elman apabila melihat wajah Ku Zurin sepeerti sedang berperang dengan perasaannya.

“Abang, abang percaya ke tak kalau Zurin cakap, Zurin pernah nampak orang yang seiras arwah Kak Ari?” soalnya berhati-hati. Dia tahu mungkin kata-kata itu akan membuatkan abang sepupunya tidak rasa tenteram.

Tengku Elman menggeleng. Dia tidak percaya mana ada orang yang betul-betul seiras di dunia ini. Zurin ni betul-betul mengarut. Tahulah Zurin mungkin rindukan Ariana tapi tak adalah sampai nampak orang itu seiras Ariana!

“Zurin dah agak dah mesti abang tak percayakan?” rajuk si Zurin. Kecil hatinya apabila abang sepupunya itu seperti endah tak endah saja pada kata-katanya sebentar tadi.

“Mana ada orang yang seiras ke, serupa ke dalam dunia ni?” jawab Tengku Elman bersama dengan gelak tawanya. Lucu dia melihat wajah Ku Zurin yang mula nak merajuk. Memang budak ni kuat merajuk. Tak ubah-ubah perangainya!

“Betul abang tak percaya?” soal Ku Zurin dengan nada serius.

“Hei.. Kenapa wajah tu serius sangat? Kalau ada mana buktinya?” ujar Tengku Elman lagi. Masih lagi ketawa dan tidak percaya dengan kata-kata Ku Zurin sebentar tadi.

Ku Zurin mencari-cari handphonenya didalam beg tangannya. Dia memang dah agak abang sepupunya itu tidak akan percaya dengan katanya. Namun dia tetap juga mahu menunjukkan gambar itu. Mana tahu dengan menunjukkan gambar itu abang sepupunya tidak akan mentertawakannya!

“Ni dia gambar yang Zurin curi-curi ambil hari tu. Kira-kira dua bulan yang lalu..” ujar Zurin sambil menghulurkan telefon bimbitnya.

Berkerut dahi Tengku Elman. Memang seiras dengan wajah isterinya. Dan malam tadi pun dia ternampak gadis yang menyerupai wajah Ariana! Apa maksud semua ini?

“Abang..”

Ku Zurin melambai-lambaikan tangannya didepan Tengku Elman. Tengku Elman terkejut!

“Abang masih tak percaya?” soal Ku Zurin mahukan kepastian.

Tengku Elman sekadar tersenyum. Namun anak matanya tidak dapat berbohong. Masih tidak mahu melepaskan pandangan pada tempat lain.

“Mata abang tu tak pandai nak tipulah..” giat Ku Zurin.

Kemudian Ku Zurin melambaikan tangannya ke arah pemuda itu. Rupa-rupaya itu tunangnya yang bernama Shahrul. Tetapi nama ringkasnya Shah.

“Shah.. Kenalkan abang sepupu Zurin, Tengku Elman.. Abang kenalkan tunang Zurin, Shahrul...” Ku Zurin memperkenalkan mereka berdua.

Mereka berdua bersalam.

“Saya Shah..”

“Saya Tengku Elman. Tapi panggil Elman je pun boleh..”

Mereka bertiga terus duduk untuk menikmati makan tengah hari. Sambil itu mereka bersembang. Selepas habis waktu makan, mereka akan pulang ke pejabat masing-masing.

AZWAN menjemput Humaira di tempat kerjanya. Mereka berjanji untuk keluar bersama. Lagipun bukan selalu Azwan meluangkan masa untuk bersama Humaira. Lagi-lagi sekarang dia sibuk dengan projek yang di kendalikannya di Johor.Mereka makan tengah hari bersama.

Kebetulan masa itu Ku Zurin dan Shahrul menunggu Tengku Elman yang pergi ke tandas. Mata Ku Zurin terus tertancap pada wajah gadis di depannya itu. Mungkin gadis yang sama yang pernah di lihatnya dulu. Tiba-tiba telefonnya berdering. Tengku Elman menyatakan dia terpaksa pergi dahulu kerana ada hal penting. Ku Zurin yang memang membawa kereta sendiri terus mengiakannya. Begitu juga dengan Shahrul. Mereka masing-masing beredar dengan kenderaan sendiri.

SESAMPAI di pejabat, Tengku Elman mendail nombor Ku Zurin. Dia mahu memastikan Ku Zurin sudah selamat sampai di tempat kerjanya walaupun tadi dia tinggalkan Ku Zurin dengan tunangnya.

“Hello..”

“Hello.. Abang dah sampai kat pejabat ni. Awak dah sampai ker?” soal Tengku Elman tanpa menyedari Isabella sudah berdiri di belakangnya.

‘Abang?’ Isabella mengulang perkataan itu dalam hatinya. Dengan siapa Tengku Elman membahasakan dirinya abang? Selama ini dia tak pernah dengar pun dia membahasakan dirinya abang! Selepas Tengku Elman mematikan telefonnya dia memusing ke belakang. Terkejut dia melihat Isabella sedang berdiri memerhatikannya.

“You keluar dengan siapa tadi?” soal Bella pantas.

“Buat apa you nak tahu?” soal Tengku Elman Qaufar kembali.

“Mestilah I nak ambil tahu sebab you akan jadi tunang I nanti dan kita akan berkahwin.” Isabella mengingatkan Tengku Elman. Tengku Elman merengus! Tiada perkataan yang Bella selalu ingatkan pada dirinya.

“Bukan siapa-siapa pun” jawab Tengku Elman pendek.

“Tapi I nak tahu juga..” keras bunyi suara Isabella. Dia mahu tahu juga walau pun Tengku Elman tidak mahu memberitahu siapakah gerangannya.

Tengku Elman terus duduk di kerusinya sambil memandang wajah Isabella. Dia tahu Isabella masih tidak puas hati terhadapnya. Dan inilah masanya dia mahu menyakitkan hati Isabella.

“I keluar dengan special girl? Kenapa?” soal Tengku Elman kembali.

“Siapa special girl awak tu?” soal Isabella dengan nada berbaur cemburu. Siapa tak cemburu kalau buah hati menyebut nama perempuan lain.

“Zurin..”  jawab Tengku Elman sambil memandang tepat ke arah Isabella. Takkan dia lupa siapa Zurin padanya.

“Zurin? Zurin mana pulak ni?” Isabella masih tidak mengingati nama itu.

“Sepupu I sebelah papa I. Puas hati? You nak marahkan dia? Atau you nak serang dia?” ujar Tengku Elman. Dia masak sangat dengan perangai Isabella.

Youu!!

Isabella menghentakkan kakinya tanda dia begitu marah. Tak sangka Tengku Elman akan berkata demikian. Seperti dia mengerti apa yang tersirat di hatinya. Memang kalau dia tahu siapa perempuan itu memang dia ingin memberi amaran agar tidak rapat dengan Tengku Elman. Tengku Elman Qaufar hanya miliknya seorang.

 

2 comments:

  1. kenapa lambat nak update kat blog

    ReplyDelete
  2. Besttt...anyway ape nma fb ea...boley add..lg satu nk ckp kite share blog awk kt fb saya...hope xmrh ea..

    Tq. -alaina-

    ReplyDelete