Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Sunday 1 July 2012

Kau Rantai Hatiku 2



PAGI-pagi lagi pejabat itu kecoh. Mana tidaknya mereka akan menerima ketua pengarah yang baru. Selama ini urusan syarikat hanya di kendalikan oleh Encik Johan. Ketua pengarahnya tidak pernah muncul. Dan tiada siapa pun yang mengenali beliau.

“Siapa tu?” soal Erin. Dia terpandang susuk tubuh yang sungguh tampan dan kacak itu. Hairan juga selama ini dia tidak pernah nampak lelaki itu.

“Ketua pengarah kita yang baru” jawab Arif.  

“Wow.. Handsomenya. Siapa nama dia?”soalnya lagi. Siapa yang tak keruan melihat pemuda kacak ada di depan mata. Bukan calang-calang lagi orangnya. Pasti dia jadi buruan gadis di luar sana.

“Tengku Elman Qaufar anak kepada Tengku Suraya” jawab Arif. Dia sendiri pun kelam kabut apabila Tengku Elman Qaufar menyuruhnya mengambil fail pejabat untuk di bawa ke mesyuarat pertama mereka. Kemudian dia melihat seorang perempuan berjalan di belakang Tengku Elman. Siapa pula gerangannya? Janganlah di katakan itu isteri beliau. Tapi mereka memang sepadan. Walaupun gadis itu nampak seperti sombong.

“Perempuan tu siapa pula?” tanpa sedar mulutnya bertanya lagi.

“Itu bakal tunang Tengku Elman. Cik Isabella..”

“Cantik..” gumam Erin. Memang hebat kalau di satukan mereka berdua itu. Tapi perempuan itu nampak sombong. Iyalah bakal tunang Tengku yang handsome tu. ‘Siapa yang tidak banggakan? Kalau aku dapat boyfriend kaya raya dan handsome macam Tengku Elman pun aku akan berbangga juga’ ujar Erin dalam hati.

Meeting pukul sepuluh pagi” ujar Tengku Elman.

“Baik Tengku...”

“Sediakan laporan semasa dan yang terbaru sekali” Tengku Elman memberi arahan.

“Baik Tengku..”

Tengku Elman Qaufar terus berlalu dari bilik mesyuarat menuju ke pejabatnya. Memang besar pejabat Ketua pengarah. Lama dia berdiri sambil memerhati keadaan sekeliling. Tergantung gambar besar arwah ayah dan datuknya. Perniagaan ini sudah di wariskan kepadanya. Semasa ketiadaannya Encik Johanlah yang menggantikan tempatnya.

Sementara mamanya hanya menjadi penasihat. Dia juga ada banyak urusan lain yang perlu di jalankannya. Kini dia sudah kembali dan bersedia untuk menggalas tanggung jawab yang di pengang oleh mamanya semasa ketiadaan dia di dalam negara.

“Tengku rasa okey ke dengan suasana pejabat ni?” soal Encik Johan. Kalau boleh memang dia mahukan yang terbaik buat Tengku Elman. Sejak dari dulu lagi dia sudah biasa dengan Tengku Elman. Jadi dia tahu citarasa Tengku Elman Qaufar jenis yang macam mana..

“Semua okey. Terima kasih Encik Johan” ujarnya sambil tersenyum. Memang dia berasa sangat bangga kerana Encik Johanlah satu-satunya orang yang amat dia percayai yang sanggup bersusah payah menolongnya selama ini. Kesetiaan Encik Johan kepada keluarganya amatlah dia hargai.

“Sama-sama Tengku” jawab Encik Johan sambil tersenyum. Dia tahu Tengku Elman agak cerewet orangnya. Dan dia akan menyediakan mengikut selera Tengku Elman Qaufar.

Kalau dulu dia selalu melihat senyuman di bibir Tengku Elman Qaufar. Dia seorang yang amat ceria dan tidak sombong kepada orang di sekelilingnya. Tetapi selepas  kejadian yang menimpa dalam hidup Tengku Elman, semuanya sudah berubah. Dia jarang senyum kepada orang. Kalau senyum pun sekadar mengambil hati orang sekeliling sahaja.

KALAU dulu hujung minggu begini memang dia suka pergi ke pantai ini untuk meluangkan masa bersama Ariana. Begitu cepat masa berlalu, kini hampir lima tahun Ariana tiada di sisi Tengku Elman Qaufar. Namun segala perihal tentang isterinya tetap segar dalam ingatannya.

Tengku Elman Qaufar menguis-nguis pasir pantai sambil memerhati ombak yang menghempas pantai dengan lembut. Angin bayu yang begitu mendamaikan mengingatkan kembali dia pada kenangan lama.

Dulu dia dengan Ariana selalu datang ke pantai ini bila ada masa terluang. Mereka berdua selalu berkongsi rasa yang sama. Mereka juga suka mendengar bunyi ombak memukul pantai. Keakraban mereka dari kecil hingga dewasa menjadikan mereka sebagai pasangan suami isteri. Namun tempoh sebagai pasangan suami isteri itu tidak kekal lama apabila kemalangan malam itu telah meragut nyawa Ariana.

Tengku Elman Qaufar merenung jauh ke arah laut. Airmatanya menitis lagi apabila dia mengenangkan suara gelak tawa Ariana yang suka berlari di kaki langit itu kembali menerjah di ruang matanya. Disitulah dia dengan Ariana selalu bermain kejar-kejaran. Masa itu dia merasakan dunia ini hanya milik mereka berdua sahaja. Siapa sangka panas yang di sangka ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Arghh!! Bagai mana dia harus melupakan wajah kesayangannya itu. Dia sudah cukup tabah untuk menghadapi kenyataan itu. Tapi sampai bila?

Sungguh Ariana abang sangat rindukan Ariana. Tengku Elman menarik nafasnya perlahan lalu bangkit dari tempat duduknya tadi.

Sudah dua jam dia duduk di tepi pantai itu, kini dia kembali ke rumah pantainya yang di miliki oleh keluarganya sejak dulu lagi. Rumah pantai itu juga banyak kenangannya bersama Ariana. Bila dia membuka pintu bilik yang didudukinya bersama Ariana, kelihatan ia masih seperti dulu. Dia memang ada menggajikan orang untuk menjaga rumahnya tu sebab tu rumah itu sentiasa kemas dan bersih.

Selepas dia membaringkan tubuhnya di atas tilam itu, matanya terlelap seketika. Arghh!!! Sukarnya hidupnya sekarang. Namun dia harus tabah untuk menghadapi hari-hari berikutnya. Selepas ini sudah pasti dia akan sibuk dengan projek barunya. Projek pertamanya setelah dia memengang jawatan Ketua Pengarah.

Isabella mendail nombor Tengku Elman Qaufar. Namun dia mendapati telefon bimbit Tengku Elman di tutup. Hatinya mula geram. Semenjak mereka ballik ke Malaysia, dia merasakan Tengku Elman seperti cuba menjauhi dirinya.

MALAM ini Tengku Elman terpaksa menemani Isabella keluar makan sempena langkah pertama mereka berdua mula bekerja. Memang pada mulanya dia enggan tetapi setelah di pujuk oleh mamanya Tengku Suraya, jadi dia tidak sampai hati mahu mengecewakan hati perempuan yang amat di sayanginya itu.

“Sayang apa kata kita pergi makan kat restoran Hotel Residence. Kata mummy I situ makanannya sedap” ujar Bella sebaik saja dia menaiki kereta bersama Tengku Elman Qaufar.

Tampan sungguh lelaki di sebelahnya malam ini. Memang patutlah dia tergila-gilakan lelaki itu. Namun lima tahun masa bersamanya masih tidak mampu menggoyahkan cinta lelaki itu pada wanita yang amat di cemburuinya. Kekadang dia sendiri tidak faham kenapa lelaki itu susah sangat menerima kenyataan dan menerima dirinya sebagai pengganti. Bukan susah sangat pun setakat mencari pengganti. Dia sedia menawarkan diri.. Sanggup tu!!

Pada mulanya memang dia gembira sangat apabila menerima berita kematian tentang saudara tirinya itu. Sejak pertemuan pertama dengan Tengku Elman Qaufar dia sudah terpaut. Apalagi bila dia mendapat tahu dari mummynya bahawa Tengku Elman Qaufar merupakan anak tunggal kepada arwah Tengku Harith Ismail dan bakal mewarisi segala harta benda dari orang tuanya membuatkan dia begitu buta hati. Dalam terang terangan dia mahu merampas hak orang untuk di jadikan hak dirinya.

Dan berita kematian Ariana kakak tirinya membuatkan dia mampu tersenyum. Terbayang segala yang indah akan berlaku. Namun hingga ke hari ini, nampaknya Tengku Elman Qaufar belum lagi bersedia menerima mana-mana huluran cinta si gadis.

“Ikut suka youlah kita nak makan di mana..” jawab Tengku Elman. Malas dia mahu menjawab panjang. Selalunya dia cuma ikut kata Isabella saja.

Setelah mereka sampai di tempat yang di tuju, mereka berdua memilih meja yang agak tersembunyi dari pandangan orang ramai. Itu pun pilihan Isabella. Katanya dia mahu suasana romantik dengan Tengku Elman Qaufar.

Mereka memesan makanan yang dikatanya Isabella sedap. Sambil menunggu pesanan sampai, peluang ini Isabella gunakan untuk mengorek rahsia Tengku Elman. Seharian ini dia cuba menghubungi Tengku Elman namun tidak dapat. Kemana perginya pun dia tidak tahu. Akhirnya dia menghubungi Tengku Suraya untuk bertanya Tengku Elman berada. Dia juga menyatakan tujuan dia mencari Tengku Elman. Dia berharap sangat Tengku Suraya dapat menolongnya memujuk Tengku Elman agar dia dapat keluar makan malam ini.

“Sayang, you pergi mana seharian tak nampak you?” soalnya sebaik sahaja pelayan itu meninggalkan mereka berdua.

“Tak pergi mana. Cuma pergi menenangkan fikiran. Kenapa tanya?” soal Tengku Elman selamba. Dia memang dah agak Isabella akan bertanya kemana dia pergi. Memang dia kenal sangat perangai Isabella.

“Tak adalah. Mana tahu you cari perempuan lain.. Di belakang Bella. Kitakan nak bertunang tak lama lagi. Jangan nak buat hal pulak..!” tempelak Isabella. Sakit hatinya bila Tengku Elman sengaja nak menyakitkan hatinya. Bukannya pandai mengambil hatinya. Jauh sekali mahu memujuknya.

“Itu urusan I. I lelaki boleh kahwin empatkan? Kuota lelaki ada empat! Lagi pun I mampu apa?” jawab Tengku Elman Qaufar dengan angkuh. Dia bosan dengan sikap Isabella yang tak sudah-sudah mengongkongnya. Sungguh kalau mamanya tidak memujuknya tadi memang dia mahu bermalam dulu di rumah tepi pantai itu. Ini gara-gara menurut kata mamanya dia segera pulang. Dan sekarang keadaan ini menyakitkan hatinya pula!

“Itu I tahulah. Tapi kalau you berani buat hal taulah apa I akan buat nanti” ugut Bella lagi. Sakit hatinya apabila Tengku Elman Qaufar menyatakan kekosongannya ada empat lagi.

“You buatlah apa yang you nak buat. I dah letih dengan melayan perangai kamu yang tak sudah-sudah cemburu macam ni..” balas Tengku Elman. Hilang sudah seleranya mahu makan malam. Setiap kali berjumpa dan bersama mesti ada saja benda nak di gaduhkan. Ini semua gara-gara sikap Bella yang terlalu cemburu buta.

Pelayan pun sampai membawa makanan mereka. Cepat saja Tengku Elman mencapai sudu lalu menyuapkan makanan dalam mulutnya. Dia terasa nak marah saja dengan Isabella yang tak sudah-sudah dengan sikap cemburunya. Belum lagi jadi isterinya. Bertunang pun belum, dia sudah berani mengawal segala pergerakannya. Itulah perkara yang paling dia tidak suka. Keadaan yang di kawal oleh seseorang!

Kemudian Tengku Elman menyambung bicaranya selepas makan. Hari ini dia harus meluahkan perasaannya. Dia tidak mahu Isabella menaruh harapan tinggi terhadapnya. Apalagi setelah dia berjumpa dengan gadis yang mirip ‘Ariana’ petang tadi.

“I minta maaf kalau I telah menyakiti hati you tapi I tak boleh teruskan hubungan kita lagi kalau terus desak I macam ni..” ujar Tengku Elman lagi. Bella merenung tajam ke arahnya.

“Kenapa? Kenapa you tak boleh teruskan hubungan kita ni?  Kan kita akan bertunang tak lama lagi? Kan you dah janji hari tu, kita akan bertunang dulu. Jangan cakap you ada perempuan lain ke selain dari I?” soal Isabella bertalu-talu. Sekarang dia memang rasa dirinya tak berguna. Macam mana dia mahu meneruskan rancangannya sedangkan terang-terangan dirinya sudah di tolak oleh lelaki di hadapannya kini.

Tengku Elman Qaufar diam. Matanya memandang wajah Isabella. Memang gadis itu sangat cantik dan seksi. Tapi pakej itu lansung tidak menarik padanya. Soal hati mana boleh di paksa untuk mencintai gadis itu. Berulang kali dia mahu memberitahu perkara yang sebenarnya. Tetapi dia tidak sanggup untuk melukakan hati gadis yang telah banyak berkorban untuknya.

“Setakat ini belum lagi. Manalah tau esok-esok I akan jumpa perempuan yang serasi dengan I” jawab Tengku Elman bersahaja.

“Apa sebabnya you tak boleh cintai I? I benar-benar nak tahu” ujar Isabella tidak puas hati. Malam ini Tengku Elman Qaufar benar-benar telah menyakiti hatinya. Dia tidak sangka selama ini Tengku Elman hanya melayannya sebagai seorang kawan biasa. 

“You tak perlu tahu sebabnya. Memang dari dulu lagi I tak cintakan you. Tapi demi menjaga hati you dan orang sekeliling I terpaksa menurut semua kata you.. Sekarang you dah puas hatikan..” perlahan-lahan Tengku Elman Qaufar meluahkan apa yang di rasanya sekian lama.

“You memang kejam!!! I tak pernah di hina sebegini teruk!!” ujar Isabella separuh menjerit. Mengenangkan mereka berada di restoran suaranya di kawal sebaik mungkin. Kalau di luar sudah pasti dia akan menjerit kuat terhadap Tengku Elman. Lelaki yang tiada perasaan itu sungguh menyakitkan hatinya.

“I minta maaf. I terpaksa berterus terang tentang soal hati I. I pun tak mahu perkara ini berlaku..” ujar Tengku Elman Qaufar dengan nada kesal. Namun tidak lama kemudian, Isabella kembali bersuara.

“Man… You tak perlu cintai I.  You cuma perlu terima cinta I.. Sebab I benar-benar cintakan you.” Isabella kembali merayu. Dia tidak mahu kehilangan Tengku Elman Qaufar. Hanya dia saja yang berhak memiliki lelaki itu.

“I minta maaf. Perasaan I tak boleh di paksa-paksa. Semakin I paksa diri cintakan you semakin derita hati I ini” jawab Tengku Elman perlahan. Selama lima tahun ini dia terpaksa tabah menghadapi kenyataan namun jauh di sudut hatinya dia masih mengharapkan ‘Ariana’ kembali. Walaupun bunyinya agak gila tapi itulah yang di rasanya.

“You memang kejam..”

“I minta maaf..” balas Tengku Elman.

“Jom kita balik. I Harap lepas bangun tidur esok you akan cintakan I..” Isabella bangkit dari tempat duduknya. Makin lama dia duduk nanti makin sakit dan terluka hatinya nanti.

“I pun berharap selepas you bangun tidur esok you akan lupakan I dalam hati you. Semoga you bertemu dengan lelaki yang lebih baik dari diri I. You cukup pakej. Tak mustahil kalau ada lelaki yang berminat dengan you.”

“Huh.. tapi mereka semua tak boleh di harap. Mereka tak setanding dengan you..” jawab Bella lagi.

“Tak baik cakap takbur macam tu.. Semua orang ada kelemahan dan kekurangan..”

“You nikan memang pandai bercakap..”

Selesai makan Tengku Elman mahu menghantar Bella pulang. Malas dia mahu lama-lama dengannya. Sebab makin lama mereka berdua bersama makin jadi pula gaduhnya.





             

3 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih kerana sudi membaca n3 dalam blog saya ini.komen anda amatlah saya hargai dan diiringi dengan ucapa terima kasih.

      Delete