Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday, 19 October 2013

Saat Ku Cinta 5


AMYLIA mendail nombor telefon bimbit Zharif. Namun dia merengus sendirian bila setiap panggilannya tidak di angkat. Kemana Zharif pergi sehinggakan panggilan telefonnya tidak di angkat. Tidakkah lelaki itu tahu bahawa, dia sangat merindui suara lelaki itu. Memang dia akui, dia bukan bersama Zharif seorang tetapi di antara ramai kenalan lelaki yang di kenalinya, hatinya hanya pada lelaki yang bernama Zharif.

“Apa yang dari tadi lagi Amy merengus tu?” soal Datin Rodiah. Dia perasan dari tadi lagi anak gadisnya seperti menelefon seseorang. Namun panggilannya itu tidak di jawab!

“Amy call Zharif. Tapi dia tak angkat pun!” adu si anak. Datin Rodiah hanya tersenyum. Faham benar dengan perasaan anak perempuannya itu. Namun adik ipar anak tirinya itu memang tidak ada hati perut! Selalu sahaja mengecewakan hati dan perasaan anak perempuannya.

“Ala.. Tak payah nak pedulikan si Zharif tu.. Kat luar tu ada ramai lelaki yang nak dekat Amy tau! Yang mungkin lebih kacak dan kaya dari Zharif tu. Buat apa nak peningkan kepala memikirkan lelaki tak guna tu!” ujar Datin Rodiah lagi.

No mummy.. I nak Zharif juga.. I tak nak lelaki lain..”

Mummy nak cakap Amy ni pintar tak juga.. Nak cakap Amy ni bodoh pun tak juga. Buat apa nak susahkan diri memikirkan lelaki yang tidak pernah mengambil tahu hati dan perasaan Amy tu!” bantah Datin Rodiah lagi. Dia sangat geram dengan perangai Amy yang terlalu menghambakan cinta dari Zharif. Padahal Zharif langsung tidak mempedulikan perasaan Amy.

“Masalahnya Amy hanya nak dia mummy. Amy akan rasa gembira bila bersama dengan dia.. Tidak seperti teman Amy yang lain...” balas Amylia yang masih lagi berpendirian dengan dirinya.

Datin Rodiah terus meninggalkan Amy di ruang tamu. Malas dia mahu bertekak dengan Amy pasal hal Zharif. Dia tahu, dia tidak akan menang kalau bertekak pasal Zharif di depan anak perempuannya itu. Cuma yang dia geram, anak perempuannya itu langsung tidak mendengar nasihatnya untuk mencari lelaki lain. Bukannya dia tidak tahu ada ramai lelaki di luar sana yang berminat dan suka kepada anak perempuannya itu. Cuma Amylia sahaja yang tidak tahu menggunakan peluang yang ada.

ZHARIF berasa terganggu dengan bunyi panggilan yang di terima akhirnya dia terus mengangkat panggilan itu. Terdengar suara Amylia di hujung talian. Mula-mula, Amylia memarahinya kerana panggilannya tidak di jawab. Bila Zharif menyatakan dia sibuk dan masih berada di pejabat, Amylia mula mengendurkan suaranya. Mungkin dia yang terfikir bukan-bukan pasal Zharif. Sedangkan Zharif masih berada di pejabatnya. Pada masa yang sama, dia sudah berada di tempat letak kereta. Dia memarkirkan kereta betul-betul di sebelah kereta Zharif. Akhirnya dia tersenyum.

Pasti Zharif akan terkejut dengan kehadirannya di situ. Dia setia menunggu Zharif di dalam kereta.

Zharif mengemas mejanya. Nampaknya hari ini dia lambat balik pula. Ada banyak kerja yang dia perlu siapkan. Sesampai sahaja dia di tempat parking kereta, dia ternampak kereta Amylia. Dia mengeluh seketika. Ingatkan dia dapat balik segera sampai ke rumah. Namun jangkaannya itu meleset sama sekali. Amylia terus keluar dari keretanya. Dia tersenyum melihat Zharif yang masik segak berpakaian pejabat dengan membawa briefcasenya.

“Hai sayang..” ucapnya sebaik sahaja melihat Zharif mendekati keretanya.

“You buat apa kat sini?” soal Zharif kehairanan. Amylia tersenyum sahaja. Tidakkah lelaki itu ingat bahawa hari ini hari lahirnya. Dia sanggup menolak ajakan teman lelaki lain hanya gara-gara dia mahu menyambut hari itu bersama Zharif.

“Hari ini I nak ajak you keluar makan. Sebab itu I call banyak kali. Tapi you langsung tak angkat..” ujarnya sambil merajuk dan mengharapkan Zharif akan memujuknya.

“Kenapa beriya-iya nak ajak I keluar makan?” soal Zharif lagi.

You.. You tak ingat ke, Hari ini hari jadi I.. sebab itulah I nak ajak you keluar makan..” ujar Amylia lagi. Dia tahu pasti lelaki itu lupa pada tarikh lahirnya. Tetapi dia tidak marah. Lagipun lelaki itu nampaknya sibuk dengan kerjanya.

Oh.. Sorry I lupa..” balas Zharif sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Tak apa. I tahu you sibuk. Sebab itu I datang sini. Kalau tak mesti you nak bagi alasan. Di sebabkan I dah datang sini, you tidak ada alasan untuk menolak pelawaan I..” Amylia memberi alasan. Mahu tidak mahu, Zharif mengangguk. Dia bukannya seorang lelaki yang kejam hanya tahu menyakiti hati seorang wanita. Cuma dia menganggap Amylia tidak lebih dari seorang teman. Biar pun dia tahu perasaan Amylia padanya namun dia tidak dapat menerima perasaan itu secara paksa.

“You nak makan kat mana?” soal Zharif. Amylia tersenyum gembira. Dia tidak sabar mahu menikmati makan malam bersama lelaki itu.

“I kena pilih tempat?”

Zharif mengangguk.

Amylia terus sahaja memberitahu tempat yang di pilihnya. Sebelum dia berjumpa dengan Zharif dia sudah pun booking tempat kegemarannya. Dan Zharif hanya mengikut sahaja. Akhirnya kedua-dua mereka menaiki kereta masing-masing menuju ke tempat yang di pilih oleh Amylia tadi.

Setiba mereka di luar tempat yang di tuju, Zharif menunggu ketibaan Amylia. Hari ini Amylia benar-benar rasa gembira kerana dia dapat menyambut hari lahirnya bersama lelaki yang amat di cintainya.

“MANA papa ni tak sampai-sampai lagi?” soal Nani. Dia dan Adam mahu masuk tidur tetapi kebiasaan mereka sebelum masuk tidur mereka akan pastikan papa mereka sudah sampai. Namun hari ini papa mereka balik lambat.

“Kak, mata Adam mengantuklah..” ujar si adik. Dia sudah duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Kalau di ikutkan hatinya memang dia sudah mahu masuk tidur.

“Apa kata, Nani dan Adam masuk tidur dulu. Lagipun esok sekolahkan?” soal Mak Enon.

“Tapi kami nak tunggu papa balik”

“Hari dah lewat ni. Mungkin papa ada hal kat luar. Sebab itu lambat balik..”

“Kalau macam tu, kami naik dululah Mak Enon..”

“Pergilah tidur. Tak payah tunggu papa tau!”

“Okey..”

Kedua adik beradik itu terus menuju ke bilik tidur. Ingatkan mereka sempat berjumpa dengan papa mereka hari ini. Namun di sebabkan papa balik lewat, mereka terus masuk tidur.

Mak Enon memastikan lampu di dapur sudah di tutup suisnya. Begitulah kerjanya setiap kali dia mahu masuk tidur. Hanya lampu lantai yang berada di ruang tamu sahaja yang di hidupkan sebab Zharif belum balik lagi. Selepas memastikan semuanya sudah di tutup suisnya, Mak Enon menuju ke bilik tidur yang berada di tingkat bawah.

ZARRA membuka laptopnya. Sudah beberapa hari dia tidak sempat melayari internet. Kesibukan kerja dan juga persediaan perkahwinannya membuatkan dia lupa untuk menghubungi kawannya. Dia tersenyum bila melihat sahabatnya Hanis sedang online di Facebook. Dia sangat seronok! Sekurang-kurangnya malam ini dia dapat bercerita dengan sahabat baiknya mengenai kehidupannya. Cepat sahaja tangannya menaip sesuatu.

Zara_Aisha: Hai Hani!

Hani_Madu: Hai Zara.. Miss you so much!

Zara_Aisha: Me too.. Aku ada banyak cerita kat kau!

Hani_Madu: Cerita apa? Pasal lelaki misteri itu lagi ke?

Zara_Aisha: Macam mana Hanis tau?

Hani_Madu: Eleh.. kalau dah ada cerita tu mesti pasal lelaki misteri itu..

Zara_Aisha: Hanis tau tak, pagi tadi Zarra tertumpah coffee atas lelaki tu.. Aku betul-betul terkejut sama.. Tapi yang hairannya dia tidak marahkan Zarra pun! Yang mengamuk pula tunang Zarra!!

Hani_Madu: Kenapa dia mengamuk pulak!

Zara_Aisha: Sebab dia tunggu Zarra lama.. Zarra bukannya sengaja pun!!

Hani_Madu: Belum lagi kahwin dia dah control Zarra.. Melampau!! Habis macam mana dengan lelaki yang kau tumpahkan kopi tu?

Zara_Aisha: Lelaki itu diam jer! Tak ada kata apa pun! Pasal tunang Zarra tu,dah nasib Zarra dapat tunang macam dia.

Hani_Madu: Kau boleh tahan ke dengan perangai tunang kau tu? Macam panas baran jer gayanya..

Zara_Aisha: Setakat ini bolehlah.. Memang dia macam tu!

Hani_Madu: Boleh juga kau tahan dengan dia.

Zara_Aisha: Hanis juga yang suruh Zarra belajar cintakan dia! Sekarang ni Hanis tak sukalah pulak!

Hani_Madu: Masalahnya dulu kita tak kenal dia macam mana..

Zara_Aisha: Yelah aku pun kadang-kadang tak suka juga dengan perangai baran dia.. Tapi apa aku boleh buat?

Hani_Madu: Okeylah.. Aku nak cow dulu!!

Zara_Aisha: Zarra pun nak tidur.

Zarra terus sahaja offline. Matanya juga sudah mengantuk. Dia rasa lega setelah dapat berbual dengan Hanis walaupun melalui chatting sahaja.

ZHARIF baru sahaja sampai ke rumah dengan keadaan yang penat. Nasib baik esok hari Sabtu. Boleh juga dia bangun lewat dan bersama-sama anaknya. Mereka pasti merungut kerana dia pulang lewat malam ini. Kesian mereka..

Pintu utama di buka. Hanya ruang tamu sahaja yang masih ada cahaya dari lampu lantai yang di hidupkan oleh Mak Enon. Memang itulah kebiasaan Mak Enon.

Zharif terus menuju ke tingkat atas. Namun sebelum dia masuk ke biliknya dia singgah di bilik anak-anaknya. Pintu bilik di buka. Dalam kegelapan yang hanya di sinari dari cahaja dari luar, Zharif melihat wajah Nani dan Adam. Timbul pula rasa bersalah kerana seharian dia tidak dapat meluangkan masa bersama mereka. Dia menyelimutkan kedua anak-anaknya. Kemudian dia menutup pintu bilik dan menuju ke biliknya sendiri. Terasa matanya sudah mengantuk tetapi di belum mandi lagi.

AWAL pagi Nani dan Adam sudah bangun. Riuh rendah bunyi suara mereka di ruang dapur. Masing-masing tidak sabar untuk menikmati sarapan pagi yang akan di sediakan oleh Mak Enon.

Good morning anak-anak papa!” sapa Zharif kepada anak-anaknya. Pada mulanya dia memang malas mahu bangun. Namun bila mendengar Nani dan Adam mula mengetuk pintu bilik dan memanggilnya dia terus berjaga. Lagipun jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Dia segera bangun dan menuju ke bilik mandi.

Good morning papa!” jawab keduanya serentak!

Zharif tersenyum. Budak-budak ni memang cepat sahaja menjawab. Dia duduk di sebelah Adam.

“Sarapan apa pagi ni?” soalnya kepada Mak Enon.

“Nasi lemak papa..”

“Oh.. favourite Nani dengan Adam yer??”

“Mestilah papa..”

Mak Enon menghulurkan pinggan kepada tiga insan tersebut. Sambil itu dia melayan Adam yang masih kecil itu mengambil sambal nasi lemak.

“Papa..” panggil Nani lagi..

“Mmmm..” jawab Zharif sambil meletakkan cawan coffee kegemarannya.

“Papa pergi mana malam tadi? Kami tunggu papa sampai mengantuk sangat..” ujar Nani lagi. Zharif tersenyum. Dia pasti Nani akan bertanya kemana perginya sekiranya dia lambat balik.

“Oh.. papa jumpa makcik Amy..”

“Jumpa makcik Amy?” soal Nani kehairanan.

“Dia ajak papa keluar makan..”

“Oh..” jawab Nani pendek.

“Kenapa? Nani macam tak suka je papa keluar dengan Makcik Amy?”

“Nani tak cakap pun!”

“Gaya Nani tu, papa taulah.. Sorrylah papa tak sengaja nak keluar dengan Makcik Amy tu.. diakan sambut birthday dia malam tadi..”

“Papa makan keklah malam tadi?” soal Adam pula.

“Taklah. Kami pergi makan je..”

“Ohh.. Ingatkan papa makan kek!” balas Adam lagi. Mereka semua ketawa.

“Lepas makan kita keluar jalan-jalan nak?” soal Zharif lagi.

“Nak!!”

“Horey!!”

“Dah makan dulu.. lepas makan ni, papa bawa korang berdua keluar. Kesian anak papa.. asyik terperap je kat rumah. Maaflah papa sibuk sangat dengan kerja..”

BARU sahaja Safwan dan Hana melangkahkan kaki ke kedai pakaian, tiba-tiba mereka bertemu dengan Zharif dan anak-anaknya.

“Korang dari mana ni?” soal Zharif kepada kedua pasangan itu.

“Kami dari klinik. Tiba-tiba je Hana rasa tak sihat badan..” jawab Safwan. Dia tersenyum lebar. Mana tidaknya dia sangat gembira dengan berita yang baru di dengarnya ketika meraka berada di klinik tadi.

“Oh.... Ni kenapa senyum-senyum ni?” soal Zharif yang perasan dengan wajah sahabatnya itu.

“Berita baik.. Hana mengandung! Aku gembira sangat!!” ujar Safwan dengan nada gembira.

“Betul ke ni Hana?” soal Zharif kepada Hana. Hana tersenyum.

“Betullah..”

“Tahniah!!” ucap Zharif lagi. Dia turut menumpang gembira dia atas berita yang baru di dengarnya tadi.

“Nani, Adam, tak lama lagi Pacik Wan dan Makcik Hana ada baby..” ujar Zharif kepada kedua anaknya.

“Betul ke ni papa?” soal Nani lagi.

“Betul.. Jom Pakcik belanja.. Kita nak makan kat mana? Nani, Adam?” soal Safwan lagi. Dia mahu berkongsi berita gembira itu kepada mereka semua.

“Makan KFC Pakcik Wan!!”

“KFC?” soal Safwan lagi.

Kedua budak itu mengangguk. Mereka ketawa. Biasalah budak-budak. Mereka pasti akan memilih KFC.

“Kalau macam tu jom.. Kita serang KFC ramai-ramai.. Pakcik Wan belanja!!” ujar Zharif lagi..

“Horey!!!” jerit kedua budak itu. Hana dan Safwan hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Bukan selalu pun mereka dapat meluangkan masa bersama budak-budak tu. Kesian dengan mereka yang masih kecil sudah di tinggalkan oleh ibu bapa mereka. Nasib baik Zharif ada untuk menjaga mereka. Selalu juga mereka menyuruh Zharif bawa mereka pergi ke rumah, tapi Zharif bimbang kalau-kalau budak itu nakal.

Mereka berlima melangkahkan kaki menuju ke KFC yang berdekatan. Nasib baiklah KFC ada di situ. Tidaklah jauh mereka mencari cawangan KFC.


 

Thursday, 3 October 2013

Saat Ku Cinta 4


SETELAH berpuas hati dengan apa yang di cari, Ashraf dan Zarra melangkah kelaur dari butik pengantn itu. Namun mata Zarra tiba-tiba ternampak kelibat budak-budak yang di temuinya ketika dia keluar dari ‘Ladies’ tadi. Budak-budak itu bersama seseorang. Mungkin lelaki itu ‘papa’ mereka. Dalam diam dia mengurut dadanya. Lega! Itulah yang dia rasakan sekarang.

“Kenapa ni Zarra?” soal Ashraf apabila menyedari Zarra asyik memandang ke arah budak-budak itu. Pegun benar tunangnya itu memandang ke arah situ!

“Tak ada apa-apa..” jawab Zarra dengan cepat. Dia tidak mahu Ashraf mengesyakinya yang bukan-bukan!

“Tapi I tengok you bukan main lagi berminat dengan budak-budak tu. Zarra suka budak-budak ke? Atau Zarra berminat dengan bapa budak-budak tu?” soal Ashraf lagi. Zarra terkasima! Kenapa dengan tunangnya itu? cemburu tak bertempat. Ini baru bertunang. Belum lagi berkahwin..

“Hish apa yang kau mengarut ni.. Sebenarnya Zarra tengah tengok budak-budak tu.. Tadi masa Zarra keluar dari ‘ladies’ Zarra terlanggar budak lelaki tu.. Lepas tu mereka cakap mereka tengah tunggu bapa mereka.. Bila Zarra tanya ibu mereka, budak-budak tu cakap ibu mereka dah meninggal.. Kesian budak-budak tu. Nasib baiklah ada seorang ayah yang baik macam ayah mereka tu..” terang Zarra dengan panjang lebar.

‘Hish tunang aku ni memang kuat cemburu kot!’ bisik hati Zarra lagi. ‘Menyampah betullah.. Aku tak suka di kongkong macam ni!’ dia mengeluh sendirian.

“Oh.. Macam tu.. I ingat sayang berminat dengan lelaki tu..” ujar Ashraf lagi. Dia tidak dapat menidak perasaan cemburunya. Sakit hatinya bila melihat mata Zarra betul-betul berminat dengan ‘bapa’ budak-budak tu!

“Susah benar nak dapat lelaki yang baik dan bertanggung jawab macam tu..” sambung Zarra lagi. Sesekali Zarra memandang ke arah budak itu. Namun dia masih juga tidak dapat gambaran jelas wajah lelaki yang bersama-sama budak itu. Cuma dia dapat melihat belakang lelaki itu saja. Sekejap saja dia dapat melihat wajah dari sisi lelaki itu tadi. Itu pun dari jauh. ‘Nampak bapa dia masih muda. Patut pun dapat anak-anak yang comel. Mungkin mereka kahwin muda. Sebab itu dapat anak dah sebesar itu’ gerutu hati Zarra.

“Zarra..Zarra..” panggilan Ashraf itu mengejutkan lamunannya.

 “Jomlah kita balik. Saya penat ni..” ajak Zarra lagi. Dia memang rasa penat sangat. Sebab itu dia hairan macam mana orang boleh shopping berjam-jam di supermall seperti ini.

“Kenapa nak balik cepat ni? Kita pergilah menonton wayang ke, makan-makan ke dulu..” pujuk Ashraf lagi. Akhirnya Zarra mengalah. Biar pun dia rasa penat tapi di pendamkan saja. Manalah tahu kalau dia buat hal, Ashraf akan mengadu pada ayahnya nanti. Dia juga yang terpaksa menadah telinga mendengar nasihat ayahnya itu.

Selesai menonton wayang, Zarra meminta Ashraf menghantarnya pulang. Dia benar-benar tidak larat untuk berjalan-jalan lagi. Esok dia kena bekerja lagi. Kali ini Ashraf mengikut saja kata-katanya.

Pada malamnya Zarra memang tidur awal sedikit. Dia benar-benar rasa penat setelah seharian berjalan-jalan bersama Ashraf. Kalau di ikutkan hatinya sudah lama dia pulang meninggalkan Ashraf yang tak reti-reti rasa penat. Pada hal dia benar-benar rasa betisnya sakit-sakit.

WAKTU tengah hari, Zharif terus saja menuju ke ruang cafe. Agak ramai juga orang pada tengah hari itu. Maklumlah waktu makan tengah hari. Dia mahu memesan air kopi panas dan juga beberapa keping roti bakar. Memang dia jarang mengambil makanan berat pada tengah hari. Lagi pun selepas ini dia akan bertemu dengan klien juga. Dan sudah pasti dia akan makan bersama-sama kliennya.

Oh.. Sorry!! Someone pushed me..” tiba-tiba seorang gadis itu meminta maaf. Zharif begitu terkejut. Dia berasa bahagian dadanya panas akibat di siram dengan air panas. Wajah gadis itu di tenungnya.

I’ll get you another drink..” Zarra gugup. Dia tergamam seketika melihat pakaian lelaki itu. Percikan kopi telah mengotorkan kemeja putih lelaki itu. Dengan pantas lelaki itu meletakkan dulang di atas meja yang berhampiran. Wajahnya berkerut-kerut mungkin dia menahan sakit akibat air panas.

I’m sorry..” spontan sahaja dia mengeluarkan tisu dari beg tangannya. Tangannya pantas mengelap mana yang patut. Rasa malu pun ada tapi apa yang boleh dia buat. Dah terang-terang dia yang mencurahkan air kopi panas ke arah lelaki itu tadi. Walaupun bukan salah dia tapi hakikatnya air kopi dialah yang terkena baju lelaki itu.

Lelaki itu tidak berkelip-kelip memandang Zarra. Wajah mulus yang putih kuning dan sedang menunduk di hadapannya di tenung agak lama. Dia bagaikan terpukau. Bukannya dia tidak biasa melihat gadis secantik itu, tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya tentang gadis ini.

“Encik okey ke? I am truly sorry..” ujar Zarra entah keberapa kali. Dia memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu. Cepat dia mengalihkan tangannya apabila menyedari tadi memengang hujung kemeja lelaki itu.

“Kalau nak I boleh gantikan air encik lagi..” tergagap-gagap Zarra berkata demikian. Namun lelaki itu terus merenungnya. Dia berdehem beberapa kali untuk menarik perhatian lelaki itu. Sambil itu tangannya cuba menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu apa yang harus di lakukan.

Oh sorry.. I lost my thoughts. What are you saying?” lelaki itu tiba-tiba bersuara.

“I juga nak tau kalau-kalau encik nak saya gantikan minuman encik tu..” ulang Zarra tidak sabar. Ada rasa geram juga dengan lelaki itu. Dia risau jika Ashraf menunggunya lama di dalam kereta.

Why not? Should we sit over there?” lelaki itu menghalakan pandangan ke sebuah meja kosong. Zarra juga melihat ke meja itu. Duduk di situkah yang lelaki itu maksudkan. Dia memandang ke meja lain. Semuanya penuh. Tinggal satu meja itu sahaja yang kosong!

Alamak dia dah salah faham dah! Aku cuma offer nak gantikan minuman dia bukannya nak duduk minum bersama dia. Lelaki ni, memang macam tu ke caranya nak tackle perempuan?

Actually, I’ so sorry. Some one tengah tunggu I kat luar. Anyway, I think i’ll just buy another cup of coffee for you..” Zarra sudah berkira-kira mahu memesan segelas lagi air kopi untuk lelaki itu.

It okey! I’ll get one myself..

“Kalau macam tu, I memang minta maaf banyak-banyak.” Ucapnya entah yang keberapa kali dia memohon maaf.

Zarra hanya tersenyum. Bukannya apa dia risau juga kalau-kalau badan lelaki itu melecur akibat kecuaiannya tadi.

“Tapi, baju encik dah basah tu!”

“Tak apa, nanti saya tukar.” Lembut sahaja bicara lelaki itu. Setahu Zarra, lelaki ni jarang yang mahu mengalah. Tetapi berbeza dengan lelaki di depannya ini. Entah dia sendiri pun tidak tahu apa kena dengan lelaki itu. Zarra terus keluar dari cafe tersebut. Manalah tahu kalau-kalau Ashraf terlalu lama menunggunya. Ini semua gara-gara incident itu tadi membuatkan dia berada lama dalam cafe itu.

Zarra mengurutkan dada apabila melihat kereta Ashraf masih lagi berada di tempat tadi. Dia melemparkan senyuman sebaik saja dia masuk ke dalam perut kereta. Bimbang juga kalau Ashraf marahkan dirinya.

Sorry kalau you tunggu lama..”

“Ni pergi beli air ke, pergi buat air? I tunggu lama tau!” ujar Ashraf dengan geram. Entah mengapa di saat tengah hari ini, moodnya juga berubah. Setiap kali dia memikirkan Zarra yang tidak di lihat di pandangannya, hatinya mula di pagut rasa cemburu. Memang betullah kata orang, bertunang itu banyak dugaannya. Tapi kalau di ikutkan hatinya dia mahu segera menikah dengan Zarra agar gadis itu menjadi miliknya. Namun apakan daya bila keluarganya dan keluarga Zarra yang meminta waktu pernikahan itu selepas tiga bulan.

“Kan Zarra dah minta maaf tadi. Taulah tengah hari macam ni ramai orang dalam cafe itu. Lagi pun..” percakapan Zarra terhenti di situ sahaja. Tak payahlah dia nak memberikan alasan yang panjang berjela kepada lelaki itu. Buat apa kalau dia tak nak dengar. Buat sakit hatinya sahaja.

“Lagipun apa?” soal Ashraf bila menyedari percakapan Zarra terhenti begitu sahaja. Pasti ada sesuatu yang Zarra nak cakap tapi tak terluah.

“I tertumpahkan kopi ke baju seseorang.. Itu yang buatkan I lambat tadi!” jawab Zarra perlahan.

“Lelaki ke?”

“Lelaki. Kenapa? Awak ada masalah ke?” nada suara Zarra sudah berubah. Memang betul pun kalau dia cakap pun tak mungkin lelaki itu mahu mendengarnya.

I’m sorry. I tak bermaksud begitu...”

ZHARIF pulang ke pejabatnya dengan baju yang comot kesan air kopi tang tertumpah tadi. Di pejabat, Hana juga ternampak kesan itu. Pada hal dia tahu Zharif seorang yang agak cerewet dengan pakaiannya. Mesti ada apa-apa yang berlaku.

“Kenapa dengan baju kau tu?” soal Hana sebaik saja melihat Zharif yang masih sibuk mengelap bajunya dengan tisu di tangan.

“Tadi ada orang tertumpahkan air kopi atas aku.” jawab Zharif tanpa memandang ke arah Hana.

Hana tersenyum. Kesiannya encik bos dia ni.. Tak pasal-pasal pula di siram dengan air kopi.

“Lelaki ke perempuan?” soal Hana lagi.

“Kalau lelaki kenapa? Dan kalau perempuan kenapa?” Zharif bertanya dengan perasaan hairan. Apa kena mengena dengan jantina pulak!

“Hish saja je tanya. Manalah tau kot-kot dia tu bidadari syurga yang di pertemukan dengan bos Hana ni.” giat Hana lagi.

“Perempuan!”

“Mesti Zhar terpegunkan tengok dia sampai boleh tertumpah air kopi tu..” usik Hana lagi. Dia melihat wajah Zharif berubah. Merah!! ‘Betul kea pa yang aku cakap ni?’ soal Hana dalam hati.

“Hish apalah kau mengarut ni. Dah jadi isteri orang tu buatlah cara macam isteri orang..” balas Zharif lagi. Dia tidak mahu memberitahu apa yang berlaku sebenarnya. Kalau dia ceritakan peristiwa itu, pasti Hana akan mentertawakannya. Lagi pun bukan boleh percaya dengan si Hana itu!

“Eleh.. Sajalah tu nak tukar topic!” cebik Hana lagi.

Hana keluar dari bilik Zharif. Dia teringat baju yang ada di simpan di dalam bonet kereta. Lagi pun baju itu baru di belinya. Dia belum sempat nak berikan kepada Safwan. Terus sahaja dia pergi ke tempat parking. Dia membuka bonet kereta. Mujurkan bungkusan baju itu masih ada di simpan di dalam bonet kereta. Lagipun tak susah dia mahu mencari saiz baju yang sesuai untuk Safwan. Dan dia percaya saiz baju itu sepadan dengan Zharif kerana bentuk tubuh mereka lebih kurang saja.

Kemudian dia balik ke pejabat dan menuju ke bilik Zharif.

“Nah pakai baju ni! Lagi pun tak lama nanti kau nak jumpa klien!”

“Eh tak payah susah-susah. Nanti saya wakilkan orang lain pergi berjumpa dengan klien kita tu...” Zharif menolak dengan baik.

“Masalahnya klien itu penting untuk syarikat kita. Kalau kau hantar orang lain berjumpa dengan dia, pasti mereka ingat syarikat kita tak serius dalam menjalinkan urus niaga.. Lebih baik kau tukar baju ni sekarang.”

Zharif masih lagi ragu-ragu.

“Itu baju Safwankan? Tak naklah..” cepat sahaja Zharif menolak. Dia sebenarnya segan juga kalau pakai baju orang lain. Lagi pun baju itu Hana belikan khas untuk Safwan.

“Memang aku belikan untuk Safwan. Tapi I belum sempat nak hadiahkan kepadanya. Baju ni masih baru lagi tau!”

“Kalau macam tu, aku tukarlah sekarang.” ujar Zharif akhirnya dia mengalah juga. Betul juga kata Hana, kalau dia sendiri yang tidak pergi berjumpa dengan klien untuk pertama kalinya pasti mereka akan anggap dia tidak serius dalam usaha kerja sama.

Datuk Majid masih berdiri sambil menunggu anaknya. Namun orang yang di nantikan masih juga tak kunjung tiba. Berkali-kali juga dia mengeluh.

“Maaflah sebab lama menunggu. Saya pun tak tahu apa yang tak kena dengan Ashraf ni. Dia selalu macam ni.. Masalah peribadi pun dia campur adukkan dengan masalah kerja!” keluh Datuk Majid.

“Kita nak tunggu dia lagi ke Datuk?” soal Zharif lagi. Bukannya apa dia pun tak sabar-sabar nak balik kepejabatnya sendiri. Dia lebih selesa berada di bilik pejabatnya sendiri.

“Tak payahlah.. Kita teruskan saja perbincangan kita tu. Kalau nak tunggu si Ashraf rasanya sampai esok pun dia tak akan sampai!” Datuk Majid memberi cadangan. Dia tidak mahu membuang masa dengan menunggu anak lelakinya itu. dia cukup kagum dengan anak muda yang berada di hadapannya ini. Kalaulah dia ada anak perempuan pasti dia akan berkenan menjadikannya menantu! Nak harapkan Ashraf.. Sakit hatinya bila mengenangkan semua itu.

Zharif dan Datuk Majid pun meneruskan perbincangannya. Selepas mereka selesai berbincang barulah Ashraf sampai dengan bermengah-mengah. Mungkin juga dia berlari menuju ke pejabat ayahnya itu.

“Maaf pa, Ash lambat.” Datuk Majid menjeling. Anaknya yang seorang itu memang selalu bermasalah. Sudah bertunang pun dia masih belum berubah. Kadang-kadang dia pening juga memikirkan perangai anaknya itu. Dia ingat kalau anaknya sudah bertunang dengan perempuan pilihan hatinya, anaknya itu akan berubah. Namun sia-sia saja.

“Kami dah habis bincang pasal projek tu baru nak sampai?” soal Datuk Majid sedikit keras. Ashraf menunduk. Malu juga dia bila papanya memarahinya didepan lelaki itu.

“Kan Ash minta maaf..” ucapnya. Dia terpaks menadah telinga bila dia di marahi oleh papanya.

“Tak apalah Datuk, mungkin dia ada hal..” pujuk Zharif lagi. Ashraf tersenyum sumbing. Lelaki di depannya itu sangat menjengkelkan. Ingat dia tu hebat sangat kot!

“Kenalkan anak saya Ashraf..” ujar Datuk Majid.

“Ash, papa kenalkan Encik Zharif dari Syarikat Zulfa..” Mereka berdua bersalaman. Hanya dengan pandangan mata Ashraf, Zharif sudah tahu anak Datuk Majid itu tidak sukakan dirinya. Entah di mana pula silapnya!

SELESAI mesyuarat itu, Zharif duduk di ruang cafe. Dia benar-benar mahu mencari gadis itu. Pertemuan mereka beberapa kali membuatkan dia penasaran. Kalau boleh dia mahu tahu apakah status gadis itu? Adakah dia buah hati orang, tunang orang atau pun isteri orang. Seorang gadis seperti itu sudah pasti memiliki salah satu status itu.

Dia menghirupkan air kopi sementara dia memandang ke luar. Dia berharap dapat berjumpa lagi dengan gadis misteri itu. Namun apa yang di harap tidak menjadi. Melihat jam di tangan menghampiri jam empat petang, dia bergegas menuju ke pejabatnya. Dia perlu mengemaskan fail-fail peribadi sebelum pulang ke rumah.

ASHRAF masuk ke bilik pejabat papanya. Dia mahu memberitahu sesuatu. Dia tidak mampu mengambil tugas itu. Tugasnya yang lain pun masih banyak yang belum dia siapkan.

 “Papa, Ash tak nak terlibat dengan projek dari Zulfa companies!” dia mula bersuara.

“Kenapa?”

“Tak ada apa-apa. Cuma Ash banyak kerja lain. Papa pass je projek tu dengan pekerja lain. Bolehkan?” soal Ashraf lagi. Datuk Majid sudah bengang. Kenapalah anak lelakinya ini jadi begini? Kerana seorang perempuan dia sanggup mengorbankan masa depannya. Berbuih juga mulutnya memberi nasihat. Kadang-kadang dengan isterinya juga terkena tempiasnya.

“Apa nak jadi dengan awak ni Ash?”

“Tak ada apa-apa.”

“Mesti Ash ada sebab kenapa Ash tak nak bekerja sama dengan Zulfa Companies?” soal Datuk Majid lagi.

“Tak ada apa, papa. Apa yang penting, papa bagi kerja ni dengan orang lain. Ash ada banyak projek lain yang kena di uruskan. Takkan semua projek nak diberikan kepada Ash! Lagi pun urusan perkahwinan itu pun Ash belum selesaikan semuanya..”

“Okeylah papa faham. Papa tak ingat pun yang majlis kahwin kamu tinggal beberapa minggu lagi..” jawab Datuk Majid sambil mengeluh. Mungkin juga anaknya itu tertekan kerana banyak kerja yang perlu dia lakukan. Dan di atas permintaan anaknya itu, dia akan menyerahkan tugasan itu kepada orang lain.

Thank you papa..” sejurus itu, Ashraf terus keluar dari bilik pejabat papanya. Datuk Majid hanya mampu memandang tubuh anak lelakinya itu keluar dari biliknya.

 

 

Monday, 23 September 2013

Ada Dia Di Hati 30


Alisha terperanjat apabila telefon di hadapannya berbunyi. Siapa pula yang call dia time ni? Ketika dia asyik mengelamun ada saja gangguan.

“Helloo..” perlahan suaranya menyapa.

“Hai sayang..” Alisha menjauhkan sedikit telefon di telinganya. Kedengaran suara Zafran ceria di hujung talian. Alisha mengerling jam di pergelangan tangannya. Apa mimpi lelaki itu menelefonnya?

“Hmm.. Ada apa Encik Haicarl?” soal Alisha bersahaja. Dia mendengar rengusan. Dia memang sengaja memanggilnya Encik Haicarl.

“Abang nak ajak keluar..” kedengaran suara Zafran di hujung sana.

“Keluar? Pergi mana?”

“Pergi makan tengah hari.. Please..” suara Zafran merayu. Alisha cuba mencari alasan untuk tidak keluar dengan Zafran. Malas dia mahu berhadapan dengan muka lelaki itu. Naik menyampah!! Kalau hari-hari macam ni memang dia boleh naik gila!! Semakin dia mahu melarikan diri semakin dekat pula Zafran mengejarnya.

“I dah janji keluar makan dengan kawan..”

“Lelaki ke perempuan?” suara Zafran bernada cemburu. Entah mengapa semenjak dia bertemu semula dengan Alisha tidak dapat dia nafikan dia selalu cemburu dengan apa yang Isha buat atau dengan siapa Alisha keluar dan sebagainya. Sampaikan dia tidak dapat berfikir hanya kerana wanita yang bernama Alisha itu!!

“Perempuanlah. Kawan sepejabat..”

“Okey.. Abang tunggu Isha kat bawah sekarang! Kalau Isha tak turun, abang naik ke atas!” Zafran mengungutnya. Alisha terpempan.

“Tapi..”

“Tut..” bunyi telefon sudah di letakkan oleh Zafran. Alisha hanya merengus! Kalau dia tidak jumpa lelaki itu sudah pasti lelaki itu akan mencarinya sampai ke pejabatnya. Dia terus bangun dan mengambil beg tangannya. Pintu biliknya di buka. Ternampak pula abangnya juga baru keluar dari biliknya.

“Isha nak ke mana?” soal Amri.

“Isha nak jumpa orang..”

“Oh.. abang masuk dululah ya..”

“Okey..” Alisha terus menuju ke pintu keluar.

Sesampai sahaja dia di tingkat bawah, matanya terus statik melihat Zafran sedang setia menantinya di sisi kereta. Zafran Haicarl membuka cermin mata bila melihat Alisha berdiri di depannya.

Dia memberi salam. Alisha menjawabnya walaupun dia menunjukkan muka tidak senangnya. Namun Zafran Haicarl tetap tersenyum manis padanya.

Dia segera membukakan pintu kereta di bahagian penumpang untuk Alisha. Beberapa orang gadis yang melihat Zafran dan Alisha tersenyum suka.

“Bertuahnya kalau boyfriend aku romantic macam lelaki tu. Dahlah handsome, bergaya dan gentleman pulak tu..” ujar seorang gadis yang tidak dapat menahan perasaannya.

“Aku pun, jelous tengok lelaki yang macam tu.. Bertuah Cik Alisha kitakan?”

Mereka masing-masing memuji sikap Zafran yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita.

NAFASNYA di tarik dalam-dalam. Pandangannya di lemparkan ke luar tingkap. Hatinya bungkam, dengan perasaan yang resah dan gelisah. Menghadap wajah satu-satunya lelaki yang paling dia benci bukanlah sesuatu yang mudah. Alisha bengang!!

“Alisha..” Zafran memanggil dengan nada sedikit mengeluh. Menu di tangannya di letakkan semula di atas meja. Pandangannya pula tepat berlaga dengan mata yang bersinar garang itu. Dia tidak bodoh dan dia nampak ada api kebencian di hati Alisha melalui pandangan itu.

“Alisha.. Tolong jangan buat abang begini? Apa salah abang? Kenapa layan abang macam ni?” soal Zafran tidak puas hati. Dia ingin tahu dari mana punca keretakan hubungan mereka berdua. Lima tahun mereka terpisah, Alisha bagaikan berdendam dengan dirinya. Tetapi apa salah dan silapnya? Kalau ada besar sangatkah kesilapannya sehinggakan Alisha bersikap begitu?

“Habis you nak I layan you macam mana? Menghadap you macam raja? Bentang red carpets depan you?” tingkah Alisha sambil berpeluk tubuh. Pandangan mereka beradu tepat.

Zafran Haicarl mengeluh perlahan. Sikap dan layanan Alisha benar-benar membuatkan dia tidak senang duduk. Lama mereka berdua menyepi. Alisha dengan sikap dinginnya, dan Zafran Haicarl juga begitu. Suasana sunyi namun di dalam hati masing-masing berperang dengan perasaan yang sangat hebat. Sesekali pandangan mereka berlaga namun mulut tidak mampu mengeluarkan suara.

Zafran Haicarl memandang wajah Alisha yang masih termenung memandang keluar tingkap. Wajah itu masih cantik seperti dulu. Cuma bezanya penampilannya kali ini Alisha lebih matang dan kemas. Dengan calitan mekap yang nipis, tudung dan pakaian yang bergaya, wanita ini mampu menarik perhatian banyak mata. Namun bibirnya yang sedikit mungil itu susah mahu tersenyum. Dan bila memikirkan semua itu semakin gila dia di buatnya. Rasa cemburu meluap-luap dalam dadanya. Pasti ramai lelaki yang berminat dengan wanita itu.

“Alisha.. Please bagi tahu abang, apa salah abang? Kalau ia boleh di perbetulkan abang akan betulkan..” rayu Zafran lagi. Dia tidak tahu macam mana lagi dia mahu memujuk hati Alisha yang sudah keras itu. Bagaikan ada sesuatu yang dia buat sampaikan wanita itu terlalu membencinya.

“Apa salah you? Tanyalah pada diri sendiri! Takkan I nak bagitau apa salah you!” marah Isha lagi. Dia rasa bagaikan meletup kepala otaknya menahan marah. Kalau boleh memang dia nak telan hidup-hidup lelaki yang berdiri di depannya sekarang!

Bimbang perasaan marahnya tidak dapat di bendung, Alisha terus menolak kasar kerusi yang didudukinya tadi. Tanpa membuang masa, Alisha mahu terus berlalu. Dia tidak betah lagi menghadap muka lelaki itu lama-lama. Tolonglah dia ingin benar menjauhkan diri dari lelaki itu. Tidak sanggup dia memandang wajah yang telah membawa pergi kebahagiaan dalam hidupnya.

“Alisha!”

Langkah Alisha mati ketika lengannya di paut oleh Zafran Haicarl. Memang kasar!! Alisha menjeling tajam!

“Lepaskan tangan you itu!” ujarnya perlahan. Namun tangan Zafran tetap juga memengang lengan Alisha.

“I cakap lepaskan tangan you itu!!” jerit Alisha lagi. Zafran terpaksa mengalah apabila beberapa orang yang lalu lalang di situ melemparkan pandangan pelik!

“Abang benar-benar minta maaf. Tapi please beri peluang pada abang untuk perbetulkan keadaan. Abang tak sanggup berhadapan dengan keadaan kita macam ni!” Zafran merayu sekali lagi.

“Beri you peluang? Hei! You kat mana masa I benar-benar perlukan seorang suami di sisi? You tahu tak apa yang menimpa hidup I selama ini? Oh ya.. Sepatutnya I tak perlu bagitahu semua itu. Bukan boleh di putar balik pun masa lalu” ujar Alisha hampir saja mahu menangis bila mengenangkan keperitan hidupnya di saat lelaki itu meninggalkannya dulu.

“Abang tahu Isha sangat terseksa. Tapi abang minta, berilah peluang pada abang untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya..” Zafran Haicarl masih tidak berputus asa. Dia nekad dia akan lakukan apa saja untuk mendapatkan Alishanya kembali. Sejak dia bertemu dengan Alisha hari itu, dia memang berazam mahu membawa Alisha kembali dalam hidupnya. Lima tahun dia menantikan saat ini. ‘Jangan harap sayang akan terlepas dari pandangan abang lagi!’ ujarnya dalam hati.

After five years?” jawab Alisha dengan cepat. Mudahnya lelaki ini mahu dia memberi peluang. Tetapi lelaki itu tidak tahu segala pahit manis yang di laluinya selama lima tahun itu. Dan hari ini, lelaki itu tiba-tiba muncul pula.

Please stay away from my life. That all!!” perlahan Alisha melahirkan kata-kata itu. Dia tidak pasti apakah perasaan Zafran Haicarl ketika mendengar permintaan itu. Tapi yang pasti Alisha juga merobek perasaannya sendiri.

“I balik dulu..” ujar Alisha sambil melangkah pergi meninggalkan Zafran Haicarl yang masih berdiri di situ. Dia tidak mahu airmatanya gugur didepan lelaki itu.

Alisha berlalu dan membuka pintu kereta. Namun tanpa di duga, Zafran menutupnya. Sedikit kasar. Alisha menoleh dan sempat dia memandang wajah Zafran.

“Alisha please jangan buat abang macam ni,” Alisha mendengar suara Zafran yang seakan merayu.

“You tak dengar ke apa yang I dah cakap tadi. Atau you nak I ulangkan. Please stay away from my life..” ulang Alisha lagi. Dia berharap sangat Zafran tidak akan merayu-rayu kepadanya lagi. Dia sendiri pun tidak percaya jika dia boleh bertahan lagi. Sekarang pun air matanya cuba di tahan dari gugur!

Zafran Haical hanya memandang Alisha yang semakin jauh. Dia rasa sangat sedih. Kenapa tiba-tiba Alisha jadi bencikan dirinya. Adakah kerana dia sudah mempunyai pengganti dirinya atau dia tidak bemaksud begitu! Arrgh!! Fikirannya jadi kusut sekarang ini.

TUBUHNYA di hempaskan di sofa. Matanya di pejamkan. Entah mengapa lelaki itu telah muncul dalam hidupnya. Sekian lama dia menyimpan segala rasa duka dihati, tetapi hari ini segalanya bagaikan berlumba-lumba mahu lompat keluar. Sesak dadanya menanggung kesedihan yang bukan sedikit. Semuanya kerana gara-gara lelaki yang bernama Zafran Haicarl itu!

Zafran Haicarl... Sekali lagi dia teringat nama yang telah menghancurkan hati dan perasaannya. Persoalannya mengapa baru sekarang dia muncul kembali dalam hidupnya. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi semuanya lagi.

“Mama, kenapa mama menangis ni?” soal Akif. Dari mamanya sampai, mamanya langsung tidak bertegur dengannya. Malah mamanya duduk di kerusi itu dan termenung. Dia melihat mamanya mengesat air mata.

“Mama tak menangis sayang. Ada habuk masuk mata mama..” ujar Alisha sambil mengesat baki air matanya. Tidak mahu di kesan oleh anak kecilnya itu.

“Mari sini Akif tiup..”

“Mari sayang.. Mata mama sakitlah..” ujar Alisha lagi. Sesungguhnya dia rasa terhibur juga dengan kaletah anak lelakinya itu.

Setelah habis meniup, Akif tersenyum. Begitu juga dengan Alisha. Terbang segala masalah yang di fikirkannya sebentar tadi.

“Amboi, sukanya Akif. Buat apa tadi?” kedua mereka terkejut bila di sapa oleh Amri.

“Tak adalah babah. Akif cuma tiup mata mama?”

“Kenapa?”

“Mata mama masuk habuk. Akif tolong tiuplah. Macam mama sesalu buat kat Akif..” jawab si kecil itu. Namun babahnya melihat mamanya terdiam. Pasti ada perkara yang membuatkan Alisha diam begitu.

“Pandainya anak babah..” puji Amri lagi. Dia melihat Akif turut tersenyum. Budak-budak memang suka di puji. Lagipun Akif sahajalah penghibur mereka dalam rumah itu.

 

ZAFRAN pergi berjumpa dengan Shahrul di rumahnya. Dia sudah buntu dengan masalah yang di alaminya dengan Alisha. Ingatkan bila dia bertemu dengan Alisha kembali, dia akan dapat hidup bersama seperti dulu. Tetapi dia sudah silap perhitungan.

“Shah, aku dah jumpa Alisha” ujar Zafran kepada sahabatnya itu. Dia tahu pasti sahabatnya juga akan berasa gembira kalau mendengar berita itu.

“Dah jumpa kat mana?” soal Shahrul lagi dengan girang. Memang tidak salah tekaan Zafran tadi. Dia tersenyum hambar.

“Kat sinilah.. Tapi dia masih...”

“Kenapa? Zaf dengan dia ada masalah ke?”

“Entahlah.. Zaf nampak dia macam bencikan Zaf. Dan dalam masa yang sama Zaf masih percaya yang dia masih cintakan Zaf..”

“Biasalah tu.. Dengan apa yang berlaku selama lima tahun ni, memang wajarlah dia bersikap sedemikian. Dia masih marah lagi tu. Kau pujuklah dia baik-baik. Dengan keikhlasan kau nanti pasti dia akan memaafkan kau. Cuma kau mesti banyak bersabar. Beri dia waktu. Minta petunjuk dari Allah. Itu jangan lupa.” Shahrul menasihatinya. Zafran mengangguk!

“Aku tahu. Tapi aku tak sanggup tengok dia memandang aku dengan perasaan penuh benci. Aku betul-betul sayang dan cintakan dia. Aku tak nak kehilangan dia lagi..”

“Aku faham dengan perasan kau. Tapi kau kena banyak bersabar. Berdoa banyak-banyak. Minta tuhan bukakan pintu hatinya untuk kau.. Tapi kau jangan terlalu mendesak dia sangat.. Nanti dia bertambah benci lagi..”

“Terima kasih atas pertolongan kau selama ini.”

“Itu tak setanding masa kau tolong aku dulu-dulu. Nasib baik, punya seorang kawan yang baik macam kau. Inilah masanya aku membalas jasa baik kau.. Cuma aku nak ingatkan kau berdoalah pada DIA agar Alisha kembali ke pangkuan kau. Dah lama kamu terpisah.. mestiah dia rasa tak selesa. Janji kau jangan putus asa saja.”  

“Memang aku selalu mendoakan agar di bukakan pintu Alisha untuk menerima aku kembali. Aku tak boleh hidup tanpa dia lagi. Lima tahun ni pun aku dah rasa sangat seksa sekali. Kau pun tahukan?”  

Shahrul mengangguk. Memang dia nampak segala perjalanan hidup Zafran Haicarl sejak di tinggalkan Alisha lima tahun dulu. Dan sekarang tibalah masanya Zafran menikmati rasa bahagia. Dan dia sebenarnya berhak bahagia bukan derita seperti yang di alaminya selama ini.

SELEPAS balik dari berjumpa dengan Shahrul, Zafran terus mandi. Dia mahu melelapkan matanya. Namun setelah sejam matanya masih tidak mahu tidur. Dia terus bangun menuju ke tingkat bawah. Dia mahu membuat air milo. Mungkin selepas minum nanti matanya boleh terlelap. Dia duduk di meja dapurnya. Entah kenapa dia masih lagi teringat peristiwa siang hari tadi. Dia bena-benar terkilan dengan sikap Alisha. Kenapa Alisha sangat membenci dirinya? Sehinggakan tiada peluang langsung untuk dia mendekati wanita itu.

“Jauhnya Zaf termenung..” sapa papanya Tuan Razman.

“Eh papa.. tak adalah. Banyak kerja yang Zaf perlu fikirkan..” jawab Zafran menutup rasa di hati. Dia tidak mahu papanya merasa serba salah. Dia sudah berjanji pada dirinya yang dia akan mejaga hati dan perasaan papanya. Lagi pun sekarang kesihatan papanya tidak begitu mengizinkan.

“Zaf, papa nak balik esok..” akhirnya uan Razman memberitahu sesuatu. Zafran Haicarl terkejut.

“Hah! Cepatnya pa.. Duduklah sini lama sikit..” pujuk Zafran lagi. Dia sedar dia tidak ada masa untuk menemaninya di rumah tetapi papanya pasti faham pekerjaan seperti dia itu.

“Papa pun banyak kerja nak di buat kat sana tu.. Papa tak boleh cuti lama-lama..” balas Tuan Razman. Dia tidak mahu Zafran terfikir yang bukan-bukan. Mereka berdua sebenarnya masing-masing sibuk dengan hal kerja.

“Tapi papa.. Zaf belum puas nak duduk bersembang dengan papa..”

“Hish anak ayah ni.. Dah besar panjang nak bermanja juga dengan papa..” usik Tuan Razman lagi. Zafran hanya ketawa mendengar usikan papanya. Memang dia rindukan kemesraan seperti sekarang. Rasanya sudah lama dia tidak ketawa begitu dengan papanya.

“Ada masa nanti Zaf baliklah ke sana jumpa papa..”

“Insyaallah pa..” balas Zafran lagi. Tenang sedikit hatinya bila dia dapat bersembang dengan papanya.