Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Tuesday, 18 June 2013

Ada Dia Di Hati 14



Alisha tidak menyangka pertemuannya dengan kedua orang tuanya pada hari itu adalah pertemuan yang terakhir. Selepas dia balik ke rumah Tuan Razman, pada keesokan harinya dia menerima berita yang amat menyedihkan. Kedua orang tuanya terlibat dalam kemalangan langgar lari. Dan kedua-duanya juga meninggal di tempat kejadian.

Tetamu sudah pulang. Mak Jah masih setia di sisi Alisha. Dia mahu menemani Alisha di rumah itu namun dia amsih ada kerja lain di rumah agam.

“Isha Mak jah harap Isha banyak-banyaklah bersabar..”

“Isha sedihalah mak Jah.. macam baru semalam Isha bermanja-manja dengan mereka kini mereka dah meninggalakn Isha..”

“Mungkin apa yang terjadi ada hikah di sebaliknya. Yang kita tak tahu.. apa kata Isha balik ke rumah agam dulu.. Mak jah takut pula kalau Isha tingal sorang-sorang kat sini..”

“Isha tak nak balik Mak Jah.. Isha nak dudud sini beberpa hari dulu. Bolehkan?” soal Alisha lagi.Dia sanggup duduk seorang diri di rumah itu. Biar pun Mak Jah memujuknya agar pulang kerumah Tuan Razman, namun Alisha menolaknya dengan baik dengan alasan dia akan pulang setelah dia rasa lega. Mak Jah tidak dapat menemaninya lama kerana kerja-kerja di rumah agam itu banyak yang perlu di selesaikan! Alisha memahami keadaan Mak Jah turut menyuruh Mak Jah balik awal.

....................................

Sofia menyelak satu persatu kotak hiasannya. Namun kalung yang di carinya itu tetap juga tidak di temui.

 “Abang, kalung permata Sofia hilang.”

“Kalung yang mana?” soal Tuan Razman acuh tak acuh.

“Ala kalung yang abang hadiahkan masa hari jadi Sofia hari tu..” terang Sofia lagi.

“Macam mana boleh hilang?” soal Tuan Razman. Dia juga hairan, takkan ada pencuri di dalam rumah ini. Selama ini pun mereka tidak pernah kehilangan barang.

“Manalah Sofia tau.. Mungkin ada pencuri dalam rumah kita ni”

“Awak jangan nak merepek. Mungkin awak tersalah letak kot.”

“Betul bang, Sofia dah cari di merata tempat. Tapi masih juga tak jumpa.”

“Cari dulu.. Kalau masih tak jumpa kita cari kat tempat lain..” ujar Tuan Razman. Sofia tersenyum mendengar kata-kata suaminya.

Sudah seharian Mak Jah mencari kalung permata untuk Sofia. Namun masih juga tidak di jumpai. Petang itu, sebaik saja Tuan Razman sampai, Mak Jah memberitahu hal itu. Kebetulan Sofia pun ada bersama.

“Apa kata kita masuk cari kat bilik Zafran..”

“Takkan Isha nak mencuri..” ujar Mak Jah. Dia percaya, Alisha tak akan buat perkara macam tu..

“Mana Mak Jah tahu.. Mak Jah percaya ke yang isteri Zafran tak mencuri. Selama ini, sebelum kedatangan dia di rumah ini, tak pernah pun barang Sofia hilang.” ujar Sofia. Dia menjadi marah apabila Tuan Razman dan Mak Jah tak percayakan kata-katanya. Tanpa menunggu lama dia terus menuju ke bilik Zafran dan Alisha.

Ketika itu, Alisha pun baru sampai ke rumah. Petang tadi dia menziarahi kubur kedua orang tua angkatnya. Dia hairan apabila melihat Tuan Razman dan Mak Jah berdiri di depan pintu bilik yang terbuka. Segera dia mendekati mereka.

“Kenapa Mak Jah?”

“Kalung permata Cik Sofia hilang…”

“Hilang?? Macam mana boleh hilang?”

“Manalah Mak Jah tau..”

 “Tapi kenapa cari kat bilik ni??”

“Haaa.. ni dia kalungnya bang. Kan betul sangkaan Sofia. Dalam rumah ni memang ada pencuri.”

“Saya tak mencuri Cik Sofia... Sumpah saya tak tahu menahu pun pasal kalung tu.” Ujar Alisha. Dia sendiri terkejut macam mana kalung itu berada di biliknya dan dia tidak pernah tahu atau lihat pun kalung itu!

“Jangan main sumpah-sumpah nanti memakan diri..” cebik Sofia lagi. Baru puas hatinya kerana terbukti kalung itu berada di bilik Alisha.

“Betul Isha tak tahu..” jawab Isha.

“Dah sah-sah ada di depan mata pun tak nak mengaku.. Ini apa??” soal Cik Sofia dengan garang. Tuan Razman dan Mak Jah sunguh terkejut.

Begitu juga Isha.

Alisha dan Mak Jah berpandangan sesama sendiri.

“Mak Jah, Isha tak tahu hal ini. Macam mana kalung itu boleh berada di bilik kami?”

“Masih tak nak mengaku juga ke? Ini apa? Hei you tahu tak kalung ni mahal harganya. Dan dia juga pemberian suami I yang tersayang.. Abang tengoklah, dia dah mencuri kalung Sofia, kita nak buat apa dengannya?”

“Diamlah biar abang berfikir dulu..”

“Nak fikirkan apa bang? Dah memang dia yang mencuri kalung. Kalau Sofialah baik kita buat laporan polis!”

“Buat laporan polis?” soal Tuan Razman terkejut. Takkan kerana hal itu, dia sanggup mengotorkan namanya di balai polis. Kalau boleh biarlah dia selesaikan perkara ini dengan baik. Lagipun Alisha itu isteri Zafran. Walau pun dia tidak percaya yang Alisha berbuat begitu, tapi bukti itu cukup menunjukkan yang Alisha bersalah.

“Habis tu nak buat macam mana lagi?”

“Kita tunggu Zafran balik..”

“Hah!! Buat apa nak tunggu dia balik. Kalau dia balik pun dia mesti nak sokong si pencuri ni.. Dia tak akan dengar cakap kitalah bang. Dan dia tidak akan percaya yang isterinya seorang pencuri!” bersungguh-sungguh Sofia meyakinkan Tuan Razman. Dia berharap kali ini rancangannya akan berjaya. Dan dia tidak perlu bersusah payah mengotorkan namanya.

“Baik… kalau macam ini saya halau Isha keluar dari rumah ini. Jangan pernah jejak kaki ke rumah ini!! Saya tak nak tengok muka pencuri ini lagi. Mak Jah pastikan dia kemaskan barang dan keluar rumah malam ini juga!!”

Keputusan itu amat menyedihkan hati Alisha. Apalah salahnya sampaikan nasibnya begitu malang sekali. Inilah yang di katakan sudah jatuh di timpa tangga lagi. Sudahlah kedua orang tuanya pergi meninggalkan dia. Dan sekarang dia di halau dari rumah agam ini lagi. Mak Jah juga terkejut mendengar Tuan Razman menghalau Alisha dari rumah itu. Dah hari sudah malam. Kemana dia harus pergi? Lagi pun Alisha baru kehilangan orang tuanya.

Dalam diam Sofia tersenyum suka. Manalah dia tidak suka apabila Tuan Razman menghalau gadis yang selalu menjadi penghalang kepada dirinya.

Perlahan-lahan Alisha melangkahkan kakinya menuju ke almari pakaian. Sementara itu Sofia dan Tuan Razman sudah keluar dari bilik itu.

“Isha, Mak Jah minta maaf..”

“Tak perlulah Mak Jah minta maaf.. Mak Jah tak bersalah pun..”

“Tapi Mak Jah percaya, Alisha bukan orang seperti itu. Mesti ada yang tak kena…” ujar Mak Jah perlahan. Sejak beberapa hari lalu dia ternampak perangai Surti yang agak mencurigakan. Tapi dia tidak terpikir pun apakah sebabnya.

“Terima kasih kerana percayakan Isha.. Isha betul-betul tidak tahu apa yang harus Isha lakukan..Isha dah penat Mak Jah..”

“Mak Jah ada di sisi Isha. Tapi Mak Jah pun tak mampu nak tolong Isha..”

Alisha terus mengemas pakaiannya. Dia akan keluar rumah malam itu juga. Tapi dia harus meminta tolong dengan siapa? Tiada siapa yang dapat menolongnya ketika ini.

“Mak Jah boleh tolong suruh Hafiz hantar Isha ke kampung sebelah..”

“Tak payahlah.. Biar Isha telefon kawan Isha..” dia tidak mahu menyusahkan Mak Jah dan anak buahnya itu. Lagipun kalau dia bersama Hafiz pasti ada banyak gossip pula nanti.

Selesai mengemas pakaian, Alisha membawa beg besarnya itu turun ke bawah. Rupa-rupanya Tuan Razman dan Sofia sudah menunggunya di ruang tamu. Mungkin mereka ingin mempastikan yang Alisha hanya membawa pakaiannya sendiri saja di bawa keluar.

……………………….

Alisha menoleh sekali lagi. Rumah agam ini banyak memberi kenangan manis buatnya. Setelah puas melihat rumah itu, dia terus melangkahkan kakinya sambil mengheret beg pakaiannya itu.

Dari jauh, Kak Tipah seperti mengenali tubuh yang berlajan sambil mengheret beg pakaiannya itu.

‘Isha? Apa yang dia buat pada malam begini dengan membawa beg segala?’ perlahan dia memberhentikan keretanya. Memang betul itu adalah Alisha. Dia segera keluar dari keretanya sambil memanggil nama Alsiha.

“Isha”

Alisha menoleh. Dia terkejut melihat Kak Tipah yang berada di depannya. Cepat-cepat dia mnyapu air mata yang masih bersisa di pipinya.

“Isha nak kemana malam-malam begini?” soal Kak Tipah lagi.

“Isha tak tahu kak..” jawab Alisha perlahan. Air mata yang masih membasahi pipinya di lap dengan belakang tapak tangannya.

“Tak tahu??”

Alisha mengangguk!

“Kalau macam tu, Isha masuk ke kereta dulu. Akak bawa Isha balik ke rumah..” ujar Kak Tipah sambil mengambil beg pakaian Alisha dan di masukkan ke dalam kereta!

Malam itu Alisha langsung tidak dapat melelapkan mata. Kejadian dan kata-kata Sofia sanagat meyakinkan yang Zafran masih lagi menyintai Sofia.

“Kenapa abang sakitkan hati Isha. Kalaulah Isha tahu begini, Isha tak akan terima abang menjadi suami Isha!”

…………………………

Pagi-pagi lagi Alisha sudah bersiap-siap. Dia sudah menemui apa yang ingin di lakukan. Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya lalu menuju keruang tamu. Nasib baiklah anak Kak Tipah sudah besar. Dan dia tinggal seorang diri juga.

“Selamat pagi kak..” ucap Alisha kepada Kak Tipah. Kelihatan Kak Tipah sedang menyediakan sarapan pagi. Air teh di tuang ke dalam cawan yang di sediakan.

“Selamat pagi. Macam mana Isha dapat tidur lena tak?” Soal Kak Tipah lagi. Dia tahu pasti Isha tidak dapat melelapkan matanya memandangkan mata Alisha yang agak bengkak itu. Mungkin dia menangis sepanjang malam. Alisha hanya menggeleng kepalanya.

“Jadi, apa rancangan Isha?” soal Kak Tipah.

Alisha melepaskan keluhan. Semalaman dia sudah berfikir. Sampai satu saat dia harus membuat kesimpulan.

“Isha ingat nak pergi Kuala Lumpur cari abang Zaf!”

“Isha ada saudara mara dari sana ke?”

“Tak ada. Tapi Isha akan usaha cari tempat tinggal yang selesa..”

“Kat Kl tu, Isha kena berhati-hati. Manalah tau berjumpa dengan orang jahat. Kalau rasa susah kat sana Isha telifon Kak Tipah yer!! Risau akak tau!”

“Terima kasihlah kak.. Isha tak akan lupa budi baik Kak Tipah.” Mereka berpelukan.

“Nak akak hantar ke stesen bas ke?”

“Tak apalah kak.. Isha nak singgah sekejap pusara mak dan ayah tu.. Lepas tu barulah Isha pergi ke KL..”

“Isha janji dengan akak, Isha jaga diri baik-baik tau! Kalau ada apa-apa, call akak..”

“Isha janji. Akak jangan risaukan Isha..”

“Akak sebenarnya risau nak lepaskan Isha macam ni..”

“Isha kan dah janji akan jaga diri Isha baik-baik..” pujuk Isha lagi. Dia tahu sesiapa pun akan keberatan melepaskan dia pergi.

Monday, 10 June 2013

Ada Dia Di Hati 13


Sudah sebulan pemergian Zafran Haicarl ke Jepun. Walau pun setiap hari Zafran akan menghubunginya namun rasa rindunya tetap tidak dapat di tahan. Tidak sabar pula rasanya dia mahu bertemu dengan suami tercinta dan memohon maaf atas sikapnya yang dingin tempoh hari. Hanya gambar sahaja yang menjadi pengubat rindunya ketika ini. Kalaulah dia dapat memutarkan masa yang berlalu dia tidak akan bersikap demikian. Dia tahu dia memang bersalah kerana tidak mahu mendengar penjelasan dari suaminya sendiri. Tetapi mungkin kerana rasa cemburu akhirnya dia bersikap dingin terhadap Zafran.

Alisha membaringkan badannya selepas dia kembali dari klinik tadi. Satu berita gembira yang harus dia sampaikan kepada Zafran. Namun dia akan menunggu Zafran balik dari Jepun nanti baru dia akan cakap. Terasa dia ingin muntah lagi. Dia terus berlari kearah sinki yang berada di bilik mandi. Keluar semua isi perut yang di makan tadi. Dia ingin pergi ke dapur untuk minum. Tekaknya kini terasa loya sekali. Sebentar tadi dia sempat mengirim sms buat Zafran.

“Isha tunggu abang balik. Isha ada berita gembira buat abang..”

Namun lama benar dia mendapat balasan sms dari Zafran. Dia menuruni anak tangga itu dengan berhati-hati. Lalu dia menuju ke ruang dapur untuk minum.

Sofia mencari-cari kelibat Alisha. Dia tidak peduli apa cara sekali pun Alisha mesti di pisahkan dengan Zafran Haicarl. Kalau dulu dengan pemberian kad cinta itu tidak dapat mengeruhkan keadaan rumah tangga merka, kini dia akan ikhtiarkan sesuatu. Dia nekad. Jika Alisha masih ada di rumah ini Zafran Haicarl tidak akan mempedulikannya.

“Isha.. Isha..” dia memanggil nama Alisha. Alisha yang berada di dapur segera menjawab panggilan dari Cik Sofia.

“Ada apa cik Sofia..?”

“Isha... Ikut I keluar sekarang. I ada benda nak cakap dengan you!”

“Kita nak pergi mana?”

“Ikut sajalah.. apa yang lembab sangat tu!!” tengking Sofia lagi. Sudah lama dia menunggu peluang keemasan ini.

Di tempat yang sunyi itu, Sofia memulakan bicara. Dia sengaja mencari tempat yang sunyi dan jauh dari orang ramai agar dia dapat berbicara dengan Alisha tanpa gangguan. Sudah lama dia merancang untuk membawa Alisha ke tempat ini. Tetapi baru hari ini di berpeluang untuk membawa gadis itu.

“Kenapa kita berada di sini?” soal Alisha sebaik saja Sofia memberhentikan kereta di atas tanah yang tinggi itu.

“I ada hal nak bincang dengan you!”

“Apa yang kedengaran penting sangat tu?”

“I nak you keluar dari rumah ini sebelum Zafran balik dari Jepun” Begitu tegas bunyinya. Mukanya macam singa betina. Ekpresi wajah itu membuatkan Alisha terkejut. Tidak ada angin tak ada rebut.. tiba-tiba dia di halau keluar dari rumah itu..

“Tapi cik, Tempat Isha kan dekat sini. Di sisi abang Zaf.”

“I nak you kemas pakaian you dan keluar dari rumah ini. I tak kira. Kalau I masih nampak you kat sini lagi. I akan halau you sampai you tak boleh masuk ke rumah ini lagi.”

“Tapi apa salah Isha..? Tolonglah jangan buat Isha macam ni.. Apa-apa pun kita tunggu abang Zaf balik”

“Tak payah nak tunggu Zaf balik.. I nak you keluar dari rumah ni sebelum Zaf balik. Faham!”

“Tapi apa salah Isha?” kedengaran Sofia merengus.. Dasar perempuan kampung memang tak reti-reti bahasa. Lurus bendullah sangat.. Marahnya dalam hati. Wajah Alisha di pandangnya.

“You tahu tak kenapa Zafran tiba-tiba nak kahwin dengan you?” soal Sofia dengan sengihannya. Dia memang menunggu peluang ini untuk menghancurkan hati Alisha. Dia tahu gadis itu mula menyintai Zafran. Sebab itu dia rasa cemburu bila melihat kemesraan antara Zafran dengan gadis itu.

“Sebab dia sayangkan Isha..” jawab Alisha tenang. Memang itu yang lelaki itu katakan padanya. Dia tidak salah. Lagipun kelakuan dan layanan Zafran yang baik terhadapnya tidak pernah membuatkan dia rasa sangsi.

“Salah.. Yang sebenarnya dia nak balas dendam. Sebab apa dia nak balas dendam. Untuk menunjukkan kepada I yang dia tidak mampu lupakan cintanya pada I!!”

“Tapi abang Zaf cakap dia cintakan Isha..” jawab Alisha lagi. Teringat dia pada malam pertama mereka kahwin. Dia sangat gembira kerana lelaki yang jadi pujaannya dalam diam mengatakan kata-kata cinta kepadanya.

“Alisha.. you ni faham bahasa ke tidak ye.. Mungkin you ni terlalu kolot kot. I pun hairan kenapa Zafran tiba-tiba nak kahwin dengan perempuan kolot macam you ni? Langsung tak ada taste.. Setahu I lah, you ni bukan taste dialah. Dan you memang tak padan dengan Zafran” ujar Sofia kepada Alisha. Dia sakit hati mendengar Alisha mengatakan yang Zafran cintakan dia. ‘Mana boleh Zafran cintakan perempuan lain selain dari dirinya. Lagipun dia tak mungkin akan kalah di tangan perempuan seperti Alisha itu!!

“Betul ke abang Zaf macam tu? Takkan dia tipu Isha!” Alisha berasa sedih tiba-tiba. Takkan suaminya berbohong dengan dirinya. Benarkah Zafran cintakan dirinya? Atau dirinya sebagai pelepas marahnya kepada Cik Sofia. Tetapi layanan Zafran sangat baik terhadapnya selama ini.

“Kalau you nak tahu, sebenarnya Zafran tak pernah lupakan cinta pertamanya. You nak tahu kenapa? Sebab wanita yang dia cintai itu adalah I!!” jerit Sofia lagi. Dia mahu Alisha tahu tentang hubungan dia dengan Zafran. Dan dia pasti Zafran tidak pernah ceritakan tentang percintaan mereka berdua kepada Alisha.

“Be..betul ke ni?” soal Alisha. Memang Zafran Haicarl pernah ceritakan tentang perempuan yang pernah di cintainya dulu. Tetapi dia tidak menyangka perempuan itu sebenarnya Sofia. Patutlah dia selalu nampak perangai pelik suaminya. Macam ada sesuatu yang di sembunyikan dari pengetahuannya.

“Buat apa I nak tipu. Dulu kami berdua adalah pasangan yang romantik. Tapi jodoh kami tak panjang kerana bapa dia ni suka kat I. Jadi I memilih bapanya sebab harta bapanya lebih banyak kalau nak di bandingkan dengan harta Zafran” jawab Sofia dengan senyuman menguntum di bibirnya. Memang dia memilih untuk hidup dengan Razman tetapi dalam masa yang sama dia masih tidak dapat melupakan cintanya pada Zafran.

“Apa maksud Cik Sofia?”

“Maksudnya, Zafran kahwin dengan you sebab dia mahu melepaskan rasa marahnya pada I. Dia nak tunjukkan yang dia boleh bahagia dengan perempuan lain. Pada hal hari-hari dia datang jumpa dengan I sebab dia masih cintakan I!” rasa puas hatinya bila kata-kata itu dapat menyakitkan hati wanita yang bergelar isteri kepada anak tirinya itu. Dia rasa sakit hati melihat kebahagiaan yang baru tercipta diantara pasangan yang masih di gelar pengantin baru itu.

Alisha hanya menggeleng kepalanya tanda tidak percaya. Kata-kata yang keluar dari bibir suaminya tempoh hari mungkin dusta semata atau perempuan ini yang cuba mempermainkan perasaannya.

...............................

Alisha menyembam wajahnya di atas tilam. Tiada perkataan yang dapat di gambarkan ketika ini. Marah kecewa, geram, benci menjadi satu. Gambar perkahwinannya dengan Zafran di tatap. Dia rasa mahu menjerit sekuat hati biar orang tahu perasaan yang di alaminya. Kadang kala dia rasa adakah dia bermimpi? Namun semua itu kenyataan. Dia terpaksa menerima hakikat bahawa Sofia adalah bekas kekasih Zafran. Dia rasa tertipu. Kad yang di terima oleh Zafran hari itu sebenarnya di berikan oleh Sofia. Memang benar Zafran pernah memberitahunya dia pernah bercinta tetapi dia tidak menyangka perempuan yang di maksudkan itu ialah Sofia!

Dia sudah tidak tahu untuk percaya kepada siapa. Apa yang dia tahu kini dia berseorangan. Dia rasa dirinya di khianati. Sampai hati abang Zaf buat Alisha begini. Pada siapa Alisha mahu mengadu? Dia menangis sendirian.

Dalam bilik berlainan, Sofia tersenyum puas! Rasakan balasan yang akan kau terima Zaf! Kau patut rasakan kesakitan yang aku tanggung kerana kau menolak cintaku.!!

Sofia memikirkan satu jalan untuk menghalau Alisha dari rumah. Hanya dengan ketiadaan Alisha barulah Zafran Haicarl akan datang kepadanya.

..........................................

Mak Jah perasan wajah Alisha seperti orang sedih. Biasalah kalau sudah berjauhan, pasti ada perasaan saling merindu. Lalu dia mendekatinya.

“Isha kenapa nak? Isha nampak sedih..”

“Isha sedih Mak Jah..”

“Kenapa Isha sedih? Atau Isha rindukan Zaf?” duga Mak Jah sekali lagi. Namun bibirnya tetap menitip senyuman. Alisha sudah di anggap macam anak kandung sendiri. Lagipun Alisha tidak pernah bersuara tinggi dengannya.

“Isha tak sangka Abang Zaf sanggup buat Isha begini..” ujar Alisha perlahan namun dapat di dengar oleh Mak Jah.

“Dia buat apa kat Isha?” soal Mak Jah risau. Dia risau jika ada apa-apa yang berlaku pada Alisha. Dia sudah berjanji pada zafran untuk menjaga Alisha ketika ketiadaannya.

“Mak Jah tahu tak, dia kahwin dengan Isha sebab dia nak balas dendam pada Cik Sofia. Pada hal Isha dah mula sukakan dia. Dan Isha benar-benar cintakan abang Zaf!!”

“Dari mana Isha tahu?”

“Cik Sofia yang cakap. Abang Zaf masih cintakan Cik Sofia. Patutlah hari tu Isha nampak dia memeluk Cik Sofia di bilik. Bila Isha tanya abang Zaf, dia cakap Isha salah faham. Masa itu Isha tak tahu perempuan yang di maksudkan abang Zaf dulu rupanya Cik Sofia. Isha sedih sangat.. Isha tak tahu nak mengadu pada siapa?” terang Alisha dengan tangisannya.

Mak Jah terus memeluk tubuh Alisha. Dia juga benar-benar kesal dengan apa yang berlaku. Kalaulah dia tahu Zafran buat begitu pada Alisha tidak mungkin dia meminang gadis itu untuknya.

“Isha banyakkan bersabarlah ya... Mungkin Cik Sofia cakap macam tu sebab dia tak nak lihat korang bahagia..”

“Tapi Isha tak percayakan diri Isha.. Isha rasa nak balik rumah keluarga Ishalah..”

Mak Jah hanya mampu mengangguk. Dia faham akan kesedihan di hati Alisha. Namun dia tidak berdaya buat apa-apa. Cik Sofia itu memang sudah melampau. Sepatutnya dia tidak lagi menganggu kebahagian Zafran Haicarl. Rupa-rupanya dalam diam Sofia membuat onar lagi!

....................................

Sudah beberapa hari dia tidak dapat menghubungi Alisha. SMS terakhir dari Alisha yang di terimanya agak pelik bunyinya. Tapi yang menghairankan dia, sampai sekarang Alisha tidak membalas sms yang berikutnya. Dia jadi risau. Manalah tahu kalau berlaku perkara yang tidak di ingininya. Malam tadi pun dia bermimpi ngeri tentang Alisha. Itu menambahkan lagi rasa risau di hatinya.

Entah sejak tadi lagi, Zafran merasa tidak sedap hati. Apa pula agaknya yang berlaku? Telefon bimbit di ambil. Lalu di mendail nombor telefon bimbit milik Alisha. Namun hanya kedengaran peti suara yang menjawab. Berkali-kali dia mendail namun jawapannya tetap sama. Entah kemana pula isterinya itu pergi. Kalau ya pun kenapa telefon bimbitnya tidak aktif. Tolonglah jangan nak seksa hati abang Isha.. Dalam tidak sedar dia mengeluh lagi.

“Kau ni kenapa dari tadi lagi asyik merenung handphone tu?” soal Shahrul. Dia tahu sangat gelagat kawannya yang seorang tu. Rindu binilah tu.. Kalau tidak ada kerja mesti dia akan merenung telefon bimbitnya itu,

“Aku call Isha tak dapat-dapat. Asyik voicemail je.. Apalah gunanya aku belikan handphone untuk dia” rungut Zafran geram!

“Rindu binilah tu..” usik Shahrul.

“Mestilah wei.. Separuh mati aku rindu kat dia ni tau.. Rasa tak sabar nak balik jumpa dia..” ujar Zafran dengan senyuman di bibirnya.

“Mungkin dia ada hal kot? Kenapa Zaf tak call ke rumah?” ujar Shahrul lagi. Betul juga kata Zafran, siapa yang tak rindu bini. Tambahan lagi mereka masih bergelar pengantin baru. Namun atas tuntutan kerja dan cita-cita, mereka berdua datang ke negara yang bernama Jepun ini.

Call rumah pun bukan ada orang yang angkat. Entah aku rasa tak sedap hati jer!” Zafran mula mengadu. Entah mengapa dalam tidur pun dia termimpikan yang Alisha pergi meninggalkan dirinya. Dia betul-betul takut jika benar itu yang terjadi.

“Cubalah sekali.. Manalah tahu untung ada nasib nanti tu..” Shahrul memujuk sahabatnya itu.

Zafran mengangguk. Untuk sekali ini. Dia masih hampa kerana orang yang mengangkat telefon itu bukannya Mak Jah tetapi seorang pembantu rumah Indonesia yang baru. Habis tu, Mak Jah kemana? Makin berpusing kepalanya memikirkan. Dan seterusnya dia langsung tidak dapat berfikir kerana ada perasaan tidak sedap hati timbul pula!

 

Monday, 20 May 2013

Ada Dia Di Hati 12


Zafran Haicarl terus memasuki biliknya. Dia mencari-cari kelibat Alisha. Tadi dia menerima sms dari Alisha supaya dia cepat pulang. Tapi dia tidak memberi tahu sebabnya. Manalah tahu dia demam lagi macam hari tu. Dia memang risaukan Alisha.

“Isha.. Abang dah balik..” jerit Zafran sambil meletakkan beg di atas katilnya. Namun matanya tetap melilau mencari Alisha.

“Hai Zaf!” satu teguran yang kedengaran di telinga Zafran. Panggilan itu membuatkan Zafran memberhentikan tindakannya membuka butang bajunya. Dia menoleh.

“Sofia! Apa yang you buat kat bilik I?”

“I dengar you panggil Alisha.. sebab Alisha tak ada I datang gantikan tempat dia..” ujar Sofia selamba.

“You dah gila ke?” soal Zafran mula naik angin. Ini bilik privasi dia dengan Alisha. Mana boleh orang lain masuk tanpa izinnya.

“Apa saja yang you cakap, I tak kisah.. Lagi pun mesti you dah baca kad cinta tempoh hari?”

“Jadi, you yang bagi kad itukan?” soal Zafran lagi. Dia tiba-tiba teringat kad yang di jumpai oleh Alisha tempoh hari! Sofia hanya tersenyum. Dia rasa gembira kerana Zafran tahu dia yang berikan kad cinta tempoh hari.

You think?

“Memang you yang bagi! Tak ada orang lain yang di benarkan masuk ke bilik I ni..”

“Baguslah kalau you tahu.. I miss you..”

“I tak faham apa niat you yang sebenarnya. Tapi tolonglah jangan nak lukakan hati dan perasaan Alisha. Dia tak bersalah. Sepatutnya you fikir you yang mulakan dengan semua ini.”

“Amboi.. baru berapa minggu you kahwin dengan Alisha you dah sayang sangat kat dia! Apa yang dia dah bagi kat you?”

“Mestilah I sayangkan dia sebab dia isteri I. Isteri yang sah. You tu, isteri papa I.. Paling sedap di dengar mak tiri I..”

“You.. Sampai hati you marahkan I macam tu Zaf.. I masih sayangkan you.. I still love you..” ujar Sofia lalu memeluk tubuh Zafran.

 

ALISHA mahu memasuki bilik mereka yang memang terbuka pintunya. Namun Alisha terkejut apabila melihat Zafran Haicarl sedang di peluk oleh Sofia dalam bilik tidur mereka lagi tu. Masa itu Zafran membelakangi Alisha tidak sedar akan kedatangan Alisha.

“Abang..” bergetar sekali suara Alisha memanggil nama suaminya. Zafran terkejut apabila mendengar suara yang amat jelas di telinganya segera berpaling. Nyata riak mukanya yang terkejut melihat kehadiran Alisha di situ.

“Isha.. buat apa kat sini?” soalnya.

“Apa abang buat apa ni?” tanpa disuruh-suruh air matanya keluar. Pedih hatinya menyaksikan kelakuan suaminya sedang berpeluk dengan isteri bapa mertuanya. Alisha terus berlalu dari situ tidak tahan dia melihat adegan yang sungguh mengguriskan hatinya.

Zafran Haicarl cuba untuk meleraikan pelukan Sofia. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Sofia memeluknya terlalu kuat seakan-akan tidak mahu melepaskan dia pergi. Namun ingatannya cuma kepada isterinya sahaja. Alisha sudah berlari keluar dari bilik tersebut. Dia tidak tahu kemana arah tujunya. Dia mahu lari jauh dari Zafran. Airmatanya menghambur kerana dia menangis!

“Alisha..Alisha..” jerit Zafran lagi. Tetapi tubuh Alisha sudah hilang dari pandangannya. Dia pasti isterinya itu akan berasa sangat sedih sekarang.

Argghh!.. dia cuba sedaya upaya melepaskan dirinya dari pelukan itu. Kini baru dia terasa Sofia mahu melepaskan pelukannya. Dia terus berlari mengejar Alisha namun kelibat Alisha tiada lagi di situ. Dia harus menjelaskan perkara sebenarnya. Ini hanya salah faham. ‘Ini cuma salah faham sayang!!’

“Puas hati you sekarang. Isteri I sudah salah faham! Tapi taka pa, kalau you berani buat macam-macam taulah macam mana I nak ajar you!” marah Zafran lagi. Hatinya sudah membuak-buak dengan kemarahannya terhadap Sofia. Sofia tersentak. Dia fikir tadi dia sudah Berjaya melembutkan hati Zafran namun sekali lagi dia di marahi oleh lelaki itu.

“Isha, maafkan abang kerana menyakiti hatimu. Abang tak menduga perkara ini akan berlaku.” Gumamnya sendirian. Dia risau Alisha salah sangka terhadapnya. Dia sudah berjanji kepada ayah dan ibu Alisha untuk menjaga, menyintai dan menyayanginya. Kini entah kemana janjinya pada dirinya sendiri.

................................

MALAM itu lambat sekali Alisha pulang ke rumah. Tadi dia pergi ke rumah orang tuanya untuk menenangkan fikiran.  Terpaksa juga dia berjawab dengan Mak Limah. Alasannya dia rindukan mereka. Iyalah semenjak dia berkahwin dengan Zafran dia tidak berpeluang untuk menjeguk kedua orang tuanya. Tanpa disedari waktu sudah menunjukkan jam sepuluh malam.

Pintu bilik di buka perlahan. Dia tahu mungkin suaminya ada di rumah. Memandangkan petang tadi mungkin suaminya balik awal dari kerja. Kalau bekerja mana ada masa untuk berjumpa dengan Sofia di bilik tidur mereka. Memang betul sangkaannya, Zafran Haicarl belum tidur lagi. Namun Alisha langsung tidak mengendahkannya. Luka di hatinya masih terasa.

“Lambat sayang balik? Sayang pergi mana? Banyak kali abang call tak angkat” ujar Zafran sebaik saja Alisha membuka tudungnya. Alisha cuma diam. Dia tidak mahu bercakap dengan suaminya. Biarlah.. Biarlah hatinya tenang dulu.

“Sayang.. Abang tanya ni..” Zafran Haicarl geram dengan kebisuan isterinya.

Namun senyap juga mulut si isteri. Zafran semakin geram. Lalu dia bangun mendekatkan dirinya dengan Alisha.

“Alisha.. lain kali kalau abang tanya jawab.. Alisha pergi mana?” soalnya agak keras sedikit.

“Buat apa abang tanya Isha pergi mana? Nak sakitkan hati Isha lagi?” mencerlung mata Alisha ke arah Zafran.

 Dia mengambil tuala terus masuk ke bilik mandinya. Zafran HAicarl hanya mampu menghantar dengan pandangannya. Sekali lagi dia menaikkan suaranya. Dia tahu Alisha masih marahkan dirinya. Namun dia tidak sengaja melukakan hati Alisha. Melukakan hati Alisha samalah dia melukakan hatinya sendiri.

Zafran duduk di atas katilnya menantikan isterinya selesai mandi. Namun kebisuan tetap juga melanda. Tiada tanda-tanda isterinya mahu bertegur sapa dengannya. Matanya sekadar menjeling sahaja terhadapnya. Dan sebagai seorang suami dia faham apa yang di rasai oleh isterinya sekarang ini.

“Sayang, abang minta maaf pasal kejadian petang tadi. Abang tak tahu apa muslihat Sofia buat macam tu. Dia cari abang. Lepas tu dia nangis-nangis kata dia ada masalah. Terus saja dia peluk abang. Abang tak sempat nak elak. Kemudian sayang muncul pula..”

Alisha cuba memejamkan matanya. Walaupun sebentar tadi dia merasa mengantuk namun entah mengapa begitu sukar untuknya melelapkan mata. Zafran hanya mampu memandang wajah isterinya itu tanpa senyuman di bibirnya seperti saban malam. Dia begitu terasa dengan sikap isterinya. Macam mana dia nak memujuk rajuk si isterinya itu. Dahlah minggu depan dia akan ke Jepun.

“Sayang.. masih marah dengan abang ke?” sengaja Zafran Haicarl memeluk Alisha dari belakang. Biar apa pun reaksi Alisha, dia harus berterus terang dengan kejadian petang tadi. Dia tidak mahu Alisha berterus terusan melayannya dingin begini. Alisha hanya membatukan diri. Dia rasa tidak sanggup berdepan dengan Zafran Haicarl lagi. Dia memejamkan mata. Takut air matanya berguguran.

................................

ZAFRAN Haicarl di arahkan pergi ke Jepun selama tiga bulan. Dia ada urusan di sana. begitulah yang di beritahu oleh Shahrul kawannya yang berada di Kuala Lumpur.

Alisha mengemaskan barang-barang yang akan Zafran bawa ke sana. Dia berusaha menjadi isteri yang baik selagi dia berada di sisi suaminya itu. Itu memang kewajipannya. Dia tidak mahu lagi mengetahui apa yang akan terjadi kepada hidupnya nanti.

Zafran Haicarl mencium dahi dan memeluknya. Alisha hanya membatukan diri. Entah kenapa semenjak berlaku pertengkaran tempoh hari dia merasa tidak mesra lagi dengan suaminya.

Namun kewajipannya sebagai seorang isteri tidak pernah dia lupakan. Cuma bezanya dia tidak berbicara dengan mesra seperti sebelumnya.

“Tunggu abang balik dari Jepun, kita akan selesaikan masalah salah faham ini. Sekarang abang tidak punya masa untuk menjelaskannya.” Sempat juga Zafran mengucup dahi Alisha untuk kali keduanya sebelum dia berangkat pergi.

Dia berharap sangat agar Alisha mendengar kata-katanya tadi. Dia sebenarnya sedih juga melihat tiada senyuman di bibir Alisha seperti sebelum ini. Dia sedar dia banyak berbuat salah kepada isterinya itu. Terasa semacam sahaja perasaannya ketika ini. Ada perasaan tidak senang hati. Namun kerana tuntutan kerja dia terpaksa meninggalkan Alisha di sini.

Setiap malam pasti Zafran akan menelefon Alisha. Dia mahu pastikan Alisha selesa dan tidak bimbangkan dirinya. Tetapi yang sebenarnya dia yang bimbangkan Alisha. Dia rasakan terlalu lama masa berlalu. Dia berasa rindu terhadap isterinya itu. Entah kenapa wajah itu sering muncul di kotak fikirannya. Kasih dan sayangnya tumpah buat wanita itu. Kenapa agaknya perasaan aneh ini tiba-tiba muncul. Segala kerja tidak menjadi. Hanya bayang Alisha sahaja menari-nari di ruang matanya.

Dia teringat segala perbualannya dengan Sofia. Sofia yang beriya-iya meminta dia bercerai dengan Alisha. Pertengkarannya dengan Alisha tempoh hari juga Alisha minta dia di lepaskan. Namun apa yang pasti, dia tidak sanggup untuk melepaskan Alisha dalam hidupnya. Sungguh dia tidak bersedia untuk kehilangan Alisha. Mungkin ada sesuatu yang berlaku sejak pemergiannya kali ini. Rasa hatinya tidak sedap namun kerana tuntutan pekerjaannya dia terpaksa juga pergi.

Thursday, 16 May 2013

Ada Dia Di Hati 11


           
Sofia merengus beberapa kali. Orang yang di tunggu belum muncul lagi. Hatinya resah dan gelisah. Sementara suaminya pula tiada di rumah, lalu dia mengambil keputusan untuk keluar berjumpa dengan temannya.

Hatinya sakit dan cemburu melihat kemesraan di antara Alisha dan Zafran. Nampaknya dari hari ke hari mereka semakin bahagia. Manakala dia pula? Walaupun di limpahi dengan segala kemewahan namun dia terasa jiwanya kosong. Perkahwinannya dengan Tuan Razman hanya bahagia di depan mereka. Tapi hakikatnya dia kesunyian!

‘Mana pula si Zaza ni? Cakap nak jumpa kat sini, tapi sampai sekarang pun masih tak sampai-sampai lagi.’ Namun bila matanya terpandang ke arah pintu masuk, dia melihat Zaza sudah pun sampai dengan senyuman terukir di bibirnya.

“Sorrylah beb, I lambat sikit. Jojo nak jumpa tadi..”

“Kalau bab nak jumpa mulalah lupakan I..” ujar Sofia mencebik. Zaza tersenyum. Dia tahu benar perangai Sofia yang kurang sabar.

“Sorrylah ya!!”

“Mmmm..” ujar Sofia lagi sambil menyedut minumannya.

Husband you tak ada kat rumah?” soal Zaza lagi. Dia tahu benar kalau Sofia menelefon dan mengajaknya keluar pasti Tuan Razman tidak ada di rumah. Bukan sekali tetapi setiap kali suaminya tidak ada di rumah, pasti dirinya akan di jadikan teman oleh oleh Sofia untuk keluar.

“Tak ada. Sebab itu I ajak you keluar. I bosan duduk di rumah..” ujar Sofia mencebik. Zaza tersenyum. Sebab itulah kawannya itu telefonnya tadi. Dan dia terpaksa berkejar-kejar jumpa Sofia. Sampaikan Jojo merajuk dengannya. Namun dia akan memujuk buah hatinya esok hari. Yang penting dia harus menemani Sofia malam ini.

“I tak fahamlah dengan you ni.. Ada suami yang kaya tapi muka still juga macam orang mati laki. Kalau I lah memang I akan gunakan sepenuhnya kemewahan yang ada tu..” ujar Zaza lagi.

“Buat apa ada suami yang kaya tetapi selalu tinggalkan I macam ni.” keluh Sofia lagi. Memang dia di limpahi dengan kemewahan, tetapi hatinya kosong.

“Eh baguslah tu. Sekurang-kurangnya you ada amasa untuk keluar seperti sekarang. Pergi shopping, jumpa kawan, pergi minum apa-apa sajalah. Lagi pun you tu tak susah pasal duit. Lainlah macam I ni. Nak belanja sikit pun payah!”

“Tapi I rasa hidup I ni sunyi. I sunyi tau tak! Kalau selalu I kena tinggal macam ni memang I rasa macam nak gila saja.”

You jelous ke tengok Zaf dengan wife dia?” soal Zaza lagi. Dia tahu Sofia masih lagi ada perasaan pada lelaki yang bernama Zafran Haicarl itu.

“Itu lagi satu hal! Hari-hari romantic. Dalam rumah pun dia tak segan pilu nak tunjukkan kasih sayangnya pada wife dia! Memang I rasa jelous.. I rasa menyesal kerana tinggalkan dia dulu!” sedikit perlahan nada suaranya itu. Zaza terpana. Memang betul apa yang di jangkanya tadi. Sofia masih menaruh perasaan pada Zafran Haicarl. Sofia tidak pernah melupakan kekasih lamanya itu walaupun dia sudah berkahwin dengan Tuan Razman.

“Jangan macam ni. You pun boleh bahagia juga macam mereka tu..” pujuk Zaza lagi.

“Nak bahagia macam mana? Kalau setiap minggu tu husband I keluar daerah dan tinggalkan I macam ni. Lepas tu dalam rumah hari-hari pula terpaksa berdepan dengan Zaf dan wife dia. Hati saya ni rasa sangat sedih dan kecewa tau! Lagi pun I rasa I masih cintakan Zaf!”

“Habis tu you nak buat macam mana?”

“I pun tak tahu. Macam mana nak buatkan Zaf kembali pada I. I sangat cintakan dia.. tolongah I Zaza.. I need him, i love him..” pedih juga hatinya mengatur ayat-ayat itu. Memang selama ini dia sedaya upaya menyimpan kata-kata itu dari hatinya, namun hari ini rasanya dia sudah tidak dapat menyimpan lagi. Semuanya rasa melompat-lompat mahu keluar dari hati dan mulutnya. Sebenarnya dia masih cintakan  Zafran Haicarl! Zaza hanya mengangguk! Dia tahu Sofia sudah tidak berdaya untuk menyimpan segala rasa dalam hatinya. Sebab itulah dia meluahkan semuanya hari ini.

“You sabar jelah ya.. lagipun Zaf dah jadi suami orang pun. Sepatutnya you tak payah menyesal dengan apa yang you buat.”

“Apa maksud you Za? I tak faham..” soal Sofia tajam matanya memandang wajah di depannya itu.

“Sepatutnya you berasa gembira melihat Zafran sudah bahagia. Jadi you tak perlu rasa bersalah. You tumpukan perhatian pada Tuan Razman saja..”

“Kan I dah cakap tadi, I masih cintakan Zaf.. I tak akan biarkan dia hidup bahagia. Kalau hati I terluka dan kecewa dengannya mengapa dia boleh hidup bahagia dengan perempuan lain...”

Zaza hanya mendiamkan diri. Dia sedikit terkejut mendengar kata-kata Sofia tadi. Entah syaitan mana yang merasuk kawannya. Pada mulanya tadi dia memang bersimpati dengan perasaan Sofia tetapi baru dia sedar sekarang, Sofia berdendam dengan Zafran. Entah apa yang berlaku di luar pengetahuannya. Lagipun Zafran sudah hidup bahagia sekarang, sebab itu Sofia merasa terseksa.

I am sorry..” ujar Zaza lagi. Dia gelisah melihat wajah Sofia yang sudah bertukar macam singa betina saja. Yang bila-bila sahaja menerkam mangsanya.

“Lain kali cakap tu ikut akal bukannya sebarangan cakap macam tadi. I akan pastikan Zafran kembali ke pangkuan I. Dan dia akan membenci wife dia sampai bila-bila pun!” itu saja yang dia dapat katakan. Rancangannya yang lain dia akan fikirkan kemudian.

..........................

Alisha sedang mengemas bilik tidurnya. Tiba-tiba matanya terpandang sebuah kad di dalam laci. Lalu dia mengambil kad itu. Di bacanya. Dia terasa seluruh jiwanya bagaikan jatuh terhempas ke bumi.

Siapakah gerangannya yang memberikan kad itu kepada suaminya. Tak mungkin Zafran menduakan kasih dan cintanya. Memang mereka baru saja berkahwin. Dan tidak mungkin masih ada insan lain yang menyintai suaminya dalam diam. Dia terduduk di atas katil. Berulang kali dia membaca kad itu. Entah mengapa air matanya tiba-tiba gugur ke pipi.

Alisha bingung. Siapa agaknya berani menulis ungkapan cinta untuk suaminya. Siapa? Mungkinkah hubungan  mereka sudah lama terjalin. Mungkin Zafran cuma pura-pura sayangkan dia tetapi sebaliknya menyintai orang lain. Mungkin juga! Dia cuma gadis kampung yang tak layak menjadi isteri lelaki itu. Tapi tak mungkin Zafran sekeji itu!

Alisha termenung sekali lagi sambil menatap bait-bait kata-kata itu.

Bunyi pintu kereta di tutup mengejutkan Alisha. Zafran sudah pulang! Alisha serba salah. Tetapi dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Dia menunggu Zafran di bilik dengan perasaan seram sejuk! Pintu biliknya di buka perlahan. Zafran melangkah masuk. Ketika mendengar pintu bilik terbuka, Alisha menyapu air matanya. Dia tidak mahu Zafran mengetahui apa yang di alaminya tadi.

“Bang!” sapa Alisha perlahan. Zafran melangkah menghampirinya. Dia duduk di sebelah Alisha.

 “Kenapa ni?” soal Zafran Haicarl. Dia melihat seperti Alisha menyapu air matanya. Pagi tadi dia elok saja. Siap bergurau mesra lagi dengannya. Tapi kali ini wajah Alsiha dah lain macam saja!

“Tak ada apa-apalah bang. Habuk masuk mata..” Alisha memberi alasan.

“Mari abang tiupkan.. Mana tau nanti mata tu boleh sembuh.” Selamba saja Zafran berkata demikian dan dia benar-benar mengangkat wajah Alisha agar dia dapat melihat mata Alisha. Alisha rasa malulah pulak. Hish suaminya ini selalu saja membuat perkara yang tidak pernah dia sangka-sangka.

“Sayang tak payahlah malu dengan abang.” Mahu tidak mahu, Alisha terpaksa menadah wajahnya di depan suaminya itu. Kemudian Zafran meniup mata Alisha. Dia sebenarnya terpegun melihat mata Alisha yang berwarna coklat itu. Sungguh cantik. Mengapa selama ini dia langsung tidak perasan!

“Abang dah ker?” soal Alisha mematikan khayalan Zafran Haicarl.

“Opp sorry.. Dah.” jawab Zafran sambil tersenyum. Alisha pun tersenyum kepada suaminya. Dia rasa bahagia sekarang. Padanya suaminya ini selalu saja menggetarkan jiwanya. Dan dia sendiri pun tidak sangka akan jatuh cinta pada lelaki itu.

“Terima kasih abang..” ucapnya dengan lembut. Cair hati Zafran mendengar kata-kata yang sungguh lembut dan merdu itu.

“Sama-sama..” jawabnya. Hampir saja dia mahu mengeluarkan ayat-ayat dalam bahasa Inggeris. Namun dia pernah di tegur oleh Alisha suatu masa dulu. Dan dalam diam, Alisha tidak tahu yang dia pernah melihat keputusan ujian SPMnya. Memang dia dapat 1a dengan cemerlang.

Tiba-tiba mata Zafran menangkap sesuatu.

“Apa ni?”

“Kad cinta yang di tulis untuk abang..” ujar Alisha perlahan.

“Kad untuk abang? Dari siapa?” soal Zafran kehairanan.

“Ya. Untuk abang. Isha tak sangka ada orang lain yang cintakan abang. Isha nak tahu sama ada abang pun cintakan dia?” jelas Alisha. Dia tiba-tiba jadi sebak. Walaupun terasa pedih untuk dia menyatakannya namun dia harus bersikap rasional. Bergaduh itu tidak akan menyelesaikan masalah itu.

“Tidak sayang, abang tak cintakan dia. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Abang hanya cintakan Isha seorang..” jawab Zafran dengan jujur. Wajah Alisha di pandangnya. Patutlah tadi wajah Alisha sedikit muram.

“Siapa dia bang?”

Zafran tergamam sekali lagi. Suara yang lunak itu menyoal untuk mempastikan siapa yang memberikan kad cinta itu. Mata Alisha memandang ke arah anak mata Zafran. Dia benar-benar inginkan kepastian.

“Abang tak tahu.”

“Abang tak tahu?”

Zafran mengangguk.

“Betul, abang tak ada sebarang hubungan dengan dia?”

“Abang cuma cintakan Isha seorang. Percayalah!”

Alisha cuba meleraikan pelukan dari Zafran. Zafran pula di dera perasaan bersalah. Bukan mudah bagi Alisha mempercayai kata-katanya.

“Isha tak kisah kalau abang tak nak beritahu atau tidak! Tetapi Isha tak pernah meragui abang. Kalau di takdirkan abang sudah berubah hati pun, apa boleh Isha buat?” terang Alisha lagi. Hidup ini masih panjang. Dan dia juga tidak akan tahu apa akan berlaku pada hari esok.

“Abang cintakan Isha.. dan tak ada orang lain yang dapat menggantikan tempat Isha di hati abang sekarang..” ujar Zafran Haicarl sambil mengeratkan lagi pelukannya.

“Isha percayakan abang.. Isha minta maaf kerana meragui cinta abang..” balas Alisha lagi.

Di dalam bilik berlainan, Sofia mundar-mundir ke sana sini. Pasti mereka berdua sedang bergaduh sekarang. Tetapi kenapa tiada bunyi orang bergaduh.

Sofia cuba mengintai ke bilik Zafran dan Alisha. Belum ada tanda-tanda mereka keluar dari bilik. Agaknya mereka tengah bergaduh. Pasti Alisha mendesak siapa yang bagi kad itu pada Zafran! Zafran tentu marah apabila Alisha mendesaknya. Dia memikirkan lagi apa yang akan terjadi seterusnya. Sofia merapatkan pintu kembali. Tetapi dia sendiri terkejut apabila melihat Zafran Haicarl sedang memeluk bahu Alisha dengan senyuman terukir di bibir sambil menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

Zafran tak marahkan Alisha? Atau Alisha tak tanya pasal kad itu? Sofia mengharapkan agar pertanyaan kad itu membuatkan Zafran marah. Apabila Zafran marah dia akan keluar rumah. Zafran akan membenci Alisha kerana tidak mempercayai dirinya. Dialah yang akan memujuk Zafran di luar! Tetapi tidak. Semua kemungkinan itu tidak berlaku. Kedua-duanya masih mesra.