Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday, 3 October 2012

Kau Rantai Hatiku 16




PAGI-pagi lagi, Mak Teh sudah sampai. Kiranya awal juga Pak Teh menghantar isterinya. Mungkin disebab hari ini dia ada kerja. Humaira menyambut kedatangan mereka dengan senyuman. Dia tidak mahu Mak Teh terlalu sedih melihat keadaan Zeti itu.

          Selepas balik dari hospital, Humaira singgah di taman tempat dia selalu bersenam. Semenjak kemalangan yang menimpa Tengku Elman hari itu, baru kali ini dia berkesempatan untuk membuat aktivitinya itu. Nasib baik dia memang membawa pakaian sukannya di dalam kereta. Lalu dia mengambil pakaian sukan yang di letakkan di dalam bonet kereta. Hari ini dia mahu mengeluarkan peluh.  Dalam minggu ini dia memang tidak mempunyai masa untuk bersenam.

          Awal pagi ini Tengku Elman bangun seperti biasa. Dia mahu bersenam kali ini. Sudah lama dia tidak bersenam. Sejak kemalangan yang menimpa dirinya dulu, kali ini dia merasakan kakinya sudah benar-benar pulih. Lagipun dia merasakan badannya seperti tidak enak kerana terlalu di manjakan.

          Setiba dia di tasik itu dia duduk sekejap di sebuah kerusi di mana dia dengan Humaira bergaduh hari itu. Teringat kembali masa itu dia tersenyum sendiri. Tiba-tiba matanya memandang tubuh seseorang. Dia seakan-akan kenal dengan wajah itu. Tanpa sedar dia menguntum senyum. Terus saja dia bangun untuk mengejar si gadis itu.

          “Hai..” sapa Tengku Elman sambil menghampiri gadis itu.

          ‘Hish siapa pulak yang tegur aku ni? Takkan dia kot? Aku baru teringat je bila nampak kerusi itu tadi.’gumam Humaira dalam hati. Namun dia teruskan larian dengan nafas yang masih termengah-mengah! Melihat tiada tindak balas dari si gadis itu, Tengku Elman Qaufar memberi salam. Kali ini suaranya sudah jelas di pendengaran Humaira!

          “Tengku!!!” ujar Humaira separuh menjerit! Dia tidak menyangka orang itu benar-benar berada di depannya.

          “Ya saya.. Kenapa? Terkejut? Atau awak tengah teringat dekat saya?” usik Tengku Elman. Wajah Humaira merah. ‘Hish dia ni macam tau-tau je kita teringatkan dia!!’

          “Taklah.Tengku jangan nak perasan lebih!! Ira mana ada masa nak teringatkan orang macam Tengku ni. Rasanya Ira pun tak teringin! Lebih baik Ira memikirkan orang lain.” jawab Humaira dengan angkuh. Malulah dia kalau Tengku Elman tahu yang dia baru memikirkan lelaki itu tadi!

          Tengku Elman Qaufar tersenyum mendengar jawapan dari mulut Humaira. Gadis ini memang susah mahu di usik.

          “Kalau macam tu, kita tukar topic..”

          “Tukar topic apa pulak?”

          “Macam mana dengan Zeti? Dia dah sedar ke belum?” Humaira terkejut mendengar soalan dari mulut Tengku Elman. Humaira memberhentikan lariannya. Dia membuat senaman ringan. Tengku Elman pun turut sama. Mengikut apa yang Humaira buat.

          “Setakat ini belum lagi. Entahlah bila dia akan sedar. Ira berharap sangat dia dapat sembuh dengan cepat! Apa pun terima kasih dengan duit yang Tengku bagi tu. Nanti kalau ada rezeki saya akan bayar duit Tengku tu..”

          “Saya tak minta pun duit itu diganti. Cuma saya minta Ira jangan menjauhkan diri dari saya. Itu saja permintaan saya” jawab Tengku Elman dengan cepat. Dia tidak faham mengapa gadis itu suka menimbulkan isu duit yang dia berikan tempoh hari!

          “Kenapa? Kenapa saya tidak boleh menjauhkan diri dari Tengku? Sebab wajah saya yang serupa dengan wajah isteri Tengku. Begitu?” soal Humaira bertubi-tubi.

          “Bagi saya masa.. Namun perkara ini memang saya tak dapat jelaskan sekarang. Ira tahu tak, ada banyak persamaan antara Huamira dengan Ariana saya tu. Dan setiap kali saya teringatkan Ira, pasti Ira berdekatan dengan saya. Contohnya seperti sekarang.” Tengku Elman memberi penjelasan. Dia tidak mahu Humaira berterus terusan menuduhnya yang bukan-bukan.

          “Itu andaian Tengku saja. Tak ada kaitan dengan Ira.. Tolonglah.. Tengku jangan nak buat hal. Tengku tu bakal nak bertunang dengan Cik Isabella. Saya tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan Tengku itu..” Humaira menjelaskan perkara yang terlintas di kepalanya. Kalau dia tidak memberi alasan yang baik, Tengku itu tetap akan mengacau hidupnya.

          “Saya tak peduli hal itu. Ianya tiada kaitan dengan hubungan kita ni! Lagipun pertunangan itu bukan kehendak saya. Tapi itu aturan mama saya dengan keluarga Isabella. Saya dah katakan yang saya tak nak. Tapi mereka berkeras juga. Biarlah!!” Tengku Elman pula memberi penjelasan yang sebenarnya. Dia tidak mahu gadis itu terus menyalahi dirinya. Memang tidak adil bagi dirinya jika gadis itu tetap bersikap tidak endahkan dirinya.

          “Tengku nak Ira cakap bahasa apa supaya Tengku faham keadaan Ira? Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Perancis, Bahasa Benggala?” soal Humaira dengan geram. Dia pun sudah mati akal dengan perangai Tengku Elman itu.

          “Kalau betul Ira boleh cakap semua bahasa itu, saya janji saya tak akan ganggu Ira lagi!” dengan beraninya Tengku Elman mencabar Humaira. Humaira menggigit bibirnya!

           ‘Erkk!! Aku mana tahu cakap semua bahasa tu. Itulah mulut dia juga yang gatal cakap macam tu, sekarang Tengku tu betul-betul nak dengar aku cakap semua bahasa itu pulak! Geramnya!!!’

          “Saya mana reti cakap semua bahasa tu!! Tunggulah lepas saya tahu macam mana nak cakap, saya akan cakap depan Tengku!”

          Tengku Elman ketawa kuat. Suaranya yang kuat ketawa itu menarik perhatian pengunjung di situ. Humaira perasan mata pemngunjung tertumpu pada mereka berdua.

          “Tengku sudahlah.. Jangan ketawa kuat. Tak malu ke semua orang tengok kearah kita..” Huamira menegur sikap Tengku yang ketawa dengan kuat itu. Namun begitu tak henti-henti juga Tengku Elman ketawa. Humaira pun tak tahu apalah yang lucu sangat dengan kata-katanya sebentar tadi.

          “Lain kali kalau tak tau nak cakap semua bahasa tu jangan ugut-ugut saya tau tak! Tapi kalau betullah Ira pandai cakap dalam semua bahasa tu, memang saya tak akan kacau hidup Ira lagi..” Tengku Elman memberi jaminan. Pada mulanya tadi pun dia risau juga kalau-kalau Huamira boleh bercakap dalam semua bahasa itu walaupun sepatah dua. Manalah tahu kebolehan seseorang. Tapi akhirnya dia lega bila Humaira memberitahu yang dia tidak tahu cakap dalam semua bahasa itu dia ketawa pula.

          Humaira menjeling tajam ke arah Tengku Elman di sisinya. Jam di tangannya di selak. Sepatutnya dia pulang kerumah sekarang. Mahu berkemas lagi. Dia takut petang nanti dia terlambat pergi ke hospital. Rasa peluh pun sudah melekit di badannya. Memang dia rasa tak selesa sekarang ini. Kemudian dia terus meninggalkan Tengku Elman yang terkial-kial di situ.

          “Humaira..” panggil Tengku Elman. Baru dia tersedar yang Humaira sudah meninggalkan dia di situ. Dengan cepat dia melajukankan lariannya agar dapat mengejar Humaira.

          “Berhentilah!!!” ujarnya sambil menarik tangan Humaira. Sikit lagi Humaira mahu hilang pertimbangan.

          “Tengku nak apa lagi?” soalnya geram. Lelaki ini tidak pernah mahu mengalah. Asyik mendesak dan terus mendesak.

          “Awak nak pergi mana?” soal Tengku Elman dengan tercungap-cungap. Penat dia berlari mengejar Humaira tadi pun belum hilang.

          “Saya nak balik rumah. Saya nak berehat. Petang nanti saya nak pergi hospital jaga Zeti lagi. Kenapa?” Humaira bertanya.

          “Tak ada apa-apa. Kalau macam tu saya tak nak ganggu hari minggu awak. Maaflah kalau saya asyik menyusahkan awak!” ujar Tengku Elman Qaufar dengan lembut. Entah mengapa dengan gadis ini dia cepat benar beralah dan lembut hati.

          Humaira terus melangkah pergi. Malas dia mahu lama-lama berdepan dengan Tengku itu. Nanti ada saja permintaan yang tak masuk akal di suruhnya buat.

          “Hati-hati jalan tu!” jerit Tengku Elman. Humaira menoleh.

          “Terima kasih. Tengku juga sama..” balas Humaira lagi. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya seperti dia sudah lama mengenali lelaki itu pada hal dia baru saja berkenalan dengan lelaki yang bernama Tengku Elman Qaufar itu!

PETANG Ahad begini, Tengku Elman Qaufar berasa bosan pula tinggal di rumah. Dia mahu keluar tapi nak jumpa siapa? Kawan-kawannya ramai yang tidak tahu dia sudah pulang ke tanah air. Mana tidaknya belum sempat dia mahu berehat, tugas di syarikat itu sudah sedia menunggu. Memang Tengku Suraya menyuruhnya berehat dahulu, tapi dia sendiri yang mahu terus masuk kerja kerana dia sudah mengabaikan syarikat itu selama lima tahun. Nasib baik keluarga mereka mempunyai seorang pembantu yang ikhlas dan baik sanggup menolong mereka mentadbir syarikat itu. Dan pada hari ini tugas itu di serahkan kepadanya.

          Lama dia berfikir, lalu dia menukar pakaiannya. Dia mahu keluar jalan-jalan. Seorang diri pun tak apa! Apa yang penting tempat yang di tuju itu memang mempunyai kenangan yang indah bersama Ariana suatu masa dulu. Sebab itu dia lebih selesa berjalan seorang diri.

          Ketika Tengku Elman Qaufar berada di tingkat bawah KLCC, tiba-tiba bahunya terlanggar bahu seseorang. Kedua-dua terkejut!

          Sorry..” kedua-dua mereka berkata serentak. Seraya itu mata mereka bertentangan.

          “Elman!!”

          “Amir!!”

          How are you bro? Oh my, It really you! Lama tak jumpa kau..” Amir memeluk erat tubuh Tengku Elman beberapa saat. Bersinar-sinar matanya merenung lelaki yang segak dan bergaya dari atas ke bawah.

          “Makin handsome, makin meningkatlah saham kaukan? Walaupun duda. Tapi bukan sebarang duda!!” Amir mengusik.

          Tengku Elman Qaufar tersenyum sumbing. Kembang hatinya kerana Amir masih melayannya dengan baik walaupun lima tahun dia menyepikan diri. Ada banyak perkara yang mereka ingin bualkan. Lima tahun tidak berjumpa memang, pelbagai cerita yang ingin di kongsi bersama.

          “Biasa je beb, Kau pun apa kurangnya. Kau lapang tak?”

          “Lapang.. Kenapa?” soal Amir. Namun dia gembira dapat berjumpa dengan Tengku Elman.

          “Jom kita masuk ke sini. Banyak benda aku nak sembang dengan kau ni.” Pelawa Tengku Elman dan senang hati Amir menerima ajakannya. Mereka berdua terus masuk ke restoran berdekatan. Lagipun itu sudah waktu tengah hari. Mereka mengambil pesanan.

          “Bila kau balik sini?  Kau tak cari aku pun! Kalau tak terserempak tadi, memang aku tak tau pun kau dah balik!” soal Amir lagi. Memang dia tidak menyangka akan bertemu dengan Tengku Elman Qaufar setelah lima tahun mereka terpisah. Tengku Elman pergi keluar negara selepas apa yang terjadi dalam hidupnya. Memang dia sebagai seorang kawan pun turut bersedih dengan peristiwa yang menimpa kawannya itu.

          Sorrylah beb, aku tak contact kau awal-awal sebab aku busy sangat.” Amir tersenyum dan mengangguk kepalanya. Tidak payah Tengku Elman beritahu pun, dia sudah sedia maklum. Dan dia gembira sebenarnya kerana Tengku Elman masih melayannya seperti dulu!

          “Kau jangan risau. Aku fahamlah, nama besar macam kau ni mestilah sibuk. Siapa tak kenal dengan Tengku Elman Qaufar pemilik syarikat tersohor di Malaysia..” usik Amir lagi.

          “Kau apa kurangnya. Aku gembira sangat dapat jumpa dengan kau..”

          “Ni pun nasib terserempak kat sini. Kalau tak alamatnya memang kita tak jumpalah walau pun KL ni kecil je!” Sambil berkata, Amir menunjukkan dengan dua jari yang di padatkan. Kedua-dua mereka ketawa.

          “Kau kerja apa sekarang? Dengar khabar kau jadi pegawai polis betul ke?” soal Tengku Elman lagi. Dia bangga dengan kawannya jika benarlah kawannya itu menjadi seorang pegawai polis. Dan dia tidak hairan jika kawannya itu memilih bidang itu kerana ayahnya juga seorang pegawai polis juga!

          “Nampaknya begitulah. Bukan macam kau, dapat belajar ke luar negeri. Jawatan memang sedia bagus punya sedang menunggu.” jawab Amir dengan gelaknya.

          “Itu pun kerja juga namanya. Kalau kau nak aku offer kerja kat syarikat aku tu nak?” secara terang-terangan Tengku Elman mengajak sahabatnya itu bekerja dengannya.

          “Hish tak naklah. Itu bukan bidang aku. Lagi pun cita-cita aku dari kecil memang nak jadi pegawai polis macam ayah aku tu!” jawab Amir dengan jujur. Dia tidak pandai dalam berurusan urus niaga. Dia lebih minat kepada penyiasatan. Padanya kerja itu lebih mencabarnya. Berdepan dengan penjenayah adalah perkara yang paling sukar tetapi dia suka dengan cabaran yang di harunginya.

          “Jadi kau kerja kat balai mana? Manalah tau kot-kot aku ada masalah nanti aku boleh terus cari Inspektor Amir!” Amir tersenyum mendengar usikan Tengku Elman. Tetapi memang benar pun. Hidup di Kuala Lumpur ini sangat bahaya. Bahaya datang bila-bila masa sahaja. Begitu juga dengan jenayah!

          “Aku kerja kat Bukit Aman. Nama je Bukit Aman tapi tak pernah aman dengan kes jenayah walau pun seminit.” ujar Amir dengan tawanya. Tengku Elman juga ketawa. Bunyi tawa mereka berdua menarik perhatian pengunjung di restoran itu.

          “Biasalah.. Siapa yang tak tahu ibu pejabat polis bukit Aman. Memang tak akan aman dengan kes jenayah!” sambung Tengku Elman pula. Dia pasti sahabatnya itu sibuk dengan alam pekerjaannya. Namun dia lihat sahabatnya itu gembira dengan pekerjaannya.

          “Kau ni belajar di luar negeri berapa tahun?”

          “Lima tahunlah. Tapi bukan belajar sepenuh masa tu. Aku pergi melancong sekali. Nak lapangkan fikiran.”

          “Eh!! Kau ni pergi kat luar negeri, tak kan tak jumpa dengan gadis bermata biru, berambut perang ke?” usik Amir lagi. Dia kalau bab mengusik ni serahkan saja pada dia. Tengku Elman tersenyum. ‘Kalaulah semudah itu?’

          “Manalah aku ada masa dengan semua tu. Lagipun aku tak dapat nak lupakan dia. Dia yang terindah bagiku..” sayu sekali kedengaran suara Tengku Elman. Memang berduyun-duyun perempuan yang menghampirinya pun tidak menggoyahkan perasaannya pada isteri tercintanya. Walaupun dia sedar wanita yang di kasihinya itu sudah ‘pergi’ lama dalam hidupnya.

          “Sorrylah.. Aku saja je nak usik kau..” ujar Amir dengan rasa bersalah. Apalah?? Nak usik kawan pun agak-agaklah marahnya pada diri sendiri.

          Tiba-tiba Amir rasa bersalah pula kerana niatnya hanya mahu mengusik Tengku Elman. Tetapi dia tersalah cakap pula kali ini. Dia sedar, Tengku Elman memang susah mahu melupakan peristiwa yang berlaku dan meragut nyawa orang yang di sayangi. Kalau dia pun mungkin akan menjadi seperti Tengku Elman. Sebab itu dia pun susah mahu dekat dengan perempuan.. Mungkin dia takut menjadi seperti Tengku Elman.

          “Tak ada apalah. Cuma aku tak tau nak buat macam mana nak lupakan peristiwa itu. Ianya masih segar dalam ingatanku. Walau pun sudah lima tahun perkara itu berlaku, aku macam tak percaya yang ianya memang berlaku. Gila aku ni kan?” terdengar keluhan di bibir Tengku Elman Qaufar.

          “Kau kena kuat. Memang susah nak terima kenyataan ini tapi perkara itu sudah berlaku. Apa pun kau mesti lawan rasa di hati tu. Jangan di turutkan sangat perasaan sedih kau tu!” Amir memberi nasihat. Memang itulah nasib.

          “Sebenarnya aku nak minta tolong kat kau ni” kedengaran Tengku Elman melepaskan keluhannya. Dia menegakkan badannya pada kerusi itu.

          “Nak minta tolong apa? Kau cakap jelah. Manalah tau aku boleh tolong kau..”

          “Biasanya kalau kes kemalangan yang berlaku masih di simpan tak rekodnya?” soal Tengku Elman Qaufar tiba-tiba. Entah kenapa pula terlintas di hatinya mahu kawannya itu membongkar kes yang sudah berlaku lima tahun dahulu.

          “Maksud kau?” Amir hairan.

          “Begini, sekarang ni aku keliru antara perasaan hati dan kenyataan. Kemalangan yang menimpa Ariana itu mungkin angkara khianat. Aku pun tak tahulah. Tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku tak tenang. Mungkin perasaan aku saja kot. Tapi..”

          “Kenapa kau cakap macam tu?”

          “Sebenarnya hari pertama aku menjejak kaki ke Malaysia, aku terjumpa dengan seorang gadis. Wajahnya mirip Ariana. Tapi malangnya dia langsung tak kenal aku!”

          “Pelik! Mungkin dia bukan Ariana. Mungkin orang yang sama rupa...”

          “Sebab itulah yang membingungkan aku. Namanya juga sama. Cuma yalah perwatakannya saja berlainan sedikit. Aku rasa kalau kau jumpa dia mesti kau terkejut punya.” Tengku Elman melepaskan nafas dan bersandar pada kerusi. Air minumannya di hirup. Memang dia berharap sesuatu tak yang mungkin berlaku!

          “Aku faham perasaan kau. Beginilah aku akan cuba cari rekod tu. Kalau dah di hapuskan aku tak dapat nak menolong. Sebab biasanya rekod yang disimpan selama lima tahun dan kesnya di kira selesai akan di hapuskan..” Amir memberi kata putus kepada Tengku Elman.

          “Terima kasih..” ucap Tengku Elman. Dia berharap suatu hari nanti dia akan menemui kebenaran. Dan dia berharap firasatnya selama ini kepada gadis itu adalah benar.

 

 

 

Friday, 28 September 2012

Kau Rantai Hatiku 15




TENGKU Elman Qaufar masih juga berdiri di hujung katil Zeti. Matanya memandang wajah gadis itu. Muda-muda dah sakit. Itulah penyakit ini bukannya mengira umur tua atau muda. Kalau dah kena bukan boleh kata apa!! Patutlah hari itu Huamira bersungguh-sungguh meyakinkan orang yang di telefonnya bahawa dia akan mengusahakan duit itu, Rupa-rupanya gadis ini yang terlantar sakit. Sungguh kesian!!

“Kenapa Tengku datang sini?” soal Humaira perlahan. Dia mengalih pandangnya.

“Saja. Salah ke kalau saya datang melawat?” jawab Tengku Elman dengan selamba. Bukan niatnya mahu menyakiti hati Humaira, tetapi dia jadi sakit hati bila panggilan demi panggilannya pagi tadi tidak di jawab. Sebab itu dia bertindak untuk menjejaki Humaira sampai ke sini.

“Tak salah. Tapi tak eloklah Tengku lama-lama berada dalam bilik ni. Lagipun Tengku ni orang luar. Nanti apa kata orang sekeliling atau kalau terserempak dengan budak pejabat nanti kecoh pula jadinya.” Terang Humaira. Dia tidak mahu ada gossip yang timbul di antara dia dengan Tengku Elman. Sedangkan ketika Tengku Elman memanggilnya masuk ke pejabatnya hari itu pun mereka yang lain sudah sibuk bertanya.

“Kalau macam tu kita bercakap di luar..” pujuk Tengku Elman Qaufar. Dia tahu memang ada benarnya kata-kata Humaira. Tapi hatinya tidak berkata begitu.

“Ira tak nak tinggalkan dia!! Mana tau dia tersedar nanti. Tiba-tiba saya tak ada di sisinya pula. Saya rasa lebih baik Tengku balik saja. Lagipun kita tak ada urusan yang nak di bincangkan pun!!” balas Humaira lagi.

“Saya nak bercakap dengan awak sekejap saja!” janji Tengku Elman. Wajah itu di tatapinya. dia hatinya dia tetap bersimpati dengan apa yang terjadi.

Hish degilnya lelaki ni!! Entah apa yang dia mahukan!

“Baik Tengku balik. Takut ada orang nampak Tengku kat sini. Saya tak nak ada masalah dengan Tengku!” Humaira tetap juga berdegil dengan memberikan pelbagai alasan.

“Awak ni degil jugakan. Please sekejap saja kita bercakap di luar..”

Melihat kedegilan Tengku Elman Qaufar, Humaira mengalah. Lalu dia melangkah ke luar bilik. Dia duduk di kerusi yang di sediakan di luar. Tengku Elman Qaufar pula mengambil tempat di sisi! Wajah itu di pandangnya.

Sorrylah kalau kedatangan saya ni menganggu awak di sini. Bukan apa saya cuma nak tau macam mana keadaan ahli keluarga awak yang sakit ni.” Tengku Elman mula menuturkan kata dengan lembut. Dia tidak mahu mereka berdua semakin tegang lagi.

“Bukan itu tujuan Tengku bukan? Tengku datang sini untuk memastikan yang saya cuti bersebabkan?” tuduh Humaira. Sakit benar hatinya ketika ini. Tengku Elman Qaufar diam. ‘Kalaulah awak tahu apa tujuan aku mencari awak sampai ke sini pastinya awak tak akan percaya!!’bisik Tengku Elman lagi.

Wajah Humaira di pandangnya lama. Kelihatan gadis itu benar-benar tidak selesa dan tidak suka dengan kedatangannya ke situ. Namun dia hanya mengikut kata hatinya. Walaupun otaknya kata tidak namun hatinya kata ya. Jadi dia meminta Arin menemankan dia datang ke sini untuk berjumpa dengan gadis ini.

“Awak jangan salah faham. Saya memang ikhlas datang melawat. Apa salahnya saya sebagai majikan datang melawat..” dia cuba menahan rasa geramnya.

Humaira mendengus geram juga. Alasan!! Cakap sajalah yang Tengku tu memang tak percaya dia cuti sebab nak jaga Zeti.

“Macam nilah.. Kalau Tengku benar ikhlas datang melawat, tolong pergi dari sini. Saya tak nak menimbulkan gossip tentang Tengku dengan saya. Lagi pun sekarang budak opis pun dah syak yang bukan-bukan pasal saya dengan Tengku. saya nak bekerja cari rezeki bukannya nak di gossipkan dengan Tengku! Tolonglah faham. Please!!” rayu Humaira lagi. Dia berharap selepas ini lelaki itu tidak akan menganggunya lagi. Biarlah hubungan mereka sekadar majikan dan pekerja.

“Peduli apa dengan apa yang mereka cakap. Nanti pandailah mereka bosan!!” geramnya Tengku Elman pada gadis itu.

Humaira mengeluh. Bahasa apa lagi yang dia mahu cakapkan kepada lelaki yang tak faham bahasa ini. Sudah berbuih mulutnya mengatakan agar dia tidak masuk campur dalam urusan keluarga mereka namun semuanya bagaikan mencurahkan air di daun keladi sahaja.

Humaira mengeluh lagi. Dia memandang wajah Tengku Elman. Semua rasa bercampur gaul. Ada rasa sedih, marah, gembira dan juga geram pada lelaki itu.

“Saya minta maaf kalau kedatangan saya ini hanya menganggu ketenteraman awak. Tapi kalau Ira perlukan bantuan apa-apa, jangan segan beritahu dengan saya.” Pesan Tengku Elman. Berkerut dahi Humaira. Bantuan apa yang di maksudkan?

“Apa maksud Tengku?” Humaira bertanya meminta kepastian. Bunyinya macam orang bodoh saja.

“Yelah manalah tahu Ira perlukan bantuan apa-apa terutamanya dari segi kewangan? Saya boleh bantu pada bila-bila masa saja. Janganlah segan dengan saya.” Humaira tersenyum pahit mendengarnya.

“Tengku sindir saya ke?” soal Humaira. Terasa panas telinganya mendengar kata-kata Tengku sebentar tadi.

“Bukan menyindir, saya katakan dari hati saya yang ikhlas. Mungkin Ira sudah lupa bahawa kita kongsi rasa yang sama..” Tengku Elman menjawab dengan berhati-hati. Dia tidak mahu Humaira tersinggung dengan katanya. Memang niatnya ikhlas..

“Jangan Tengku, nanti saya ambil kesempatan. Habis duit Tengku saya kikis nanti. Hari itu pun saya dah gunakan banyak duit Tengku. Tak terbayar saya..” Humaira menjawab dengan nada bergurau. Lupa sekejap tentang perasaan marahnya.

Tengku Elman Qaufar merenung wajah Humaira yang begitu manis pada pandangan matanya. Dia tahu gadis itu cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenarnya.

“Selalunya orang yang cakap dia tak akan buat. Lebih-lebih lagi orang yang macam Ira. Saya tak percaya Ira orang yang macam itu.” Begitu lembut Tengku Elman berkata. Humaira mengangkat bahunya.

“Entahlah Tengku, kita ni manusia. Sebaik mana pun seseorang itu akan tergelincir juga sekali sekala.” Jawab Humaira lagi.

“Itu memang betul. Tapi saya tetap tak percaya Ira kategori orang yang macam tu.”

“Terserah.”

Kedua mereka tersenyum. Macam mana mereka berdua sering saja seia dalam suatu hal. Mungkin betul kataTengku Elman. Mereka berdua berkongsi rasa yang sama!!

Tengku Elman bertanya sedikit tentang latar belakang keluarga Humaira. dia juga bertanya macam mana Zeti boleh jatuh sakit. Humaira mula mencertiakan perkara yang sebenarnya. Dia rasa lega kerana dapat meluahkan masalahnya pada Tengku Elman tanpa disedari.

PETANG Sabtu itu, Arin mahu melawat Zeti. Hari itu dia tutup kedai butiknya terlebih awal dari biasa. Dia juga menyuruh pembantunya balik awal hari itu.

Di sebabkan waktu melawat tidaklah lama, Arin cepat-cepat melangkah ke pintu besar hospital itu. Arin terkocoh-kocoh berjalan tanpa menyedari dia terlanggar seorang pemuda yang sedang berjalan keluar dari pintu utama hospital.

Opss sorry..

Sorry saya yang terlanggar awak tadi..” ujar Arin. Dia malu sendiri. Kelihatan pemuda itu juga tersenyum. Berdebar-debar pula hatinya melihat senyuman di bibir pemuda itu.

“Saya juga salah sebab tak nampak awak tadi..”

Inspektor Amir tersenyum melihat gadis itu tersipu malu. Kalau dilihat penampilan gadis itu memang boleh tahan juga!

“Cik, saya benar-benar minta maaf...”

“Arin Natasya. Panggil Arin saja..” jawab Arin dengan cepat. Dia sudah malu untuk menatap wajah lelaki yang berada di depannya itu. Boleh tahan juga gaya lelaki ini!

“Saya Amir Nazim. Panggil Amir saja. Selamat berkenalan..” ujar Amir sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di pipinya

“Nampaknya nama kita ni bermula dari huruf A dan N lah kan?” Arin pula berseloroh. Siapa sangka nama mereka berdua bermula dengan huruf A dan N.

Kedua mereka tergelak. Amir cepat teringat. Mahu meminta nombor telefon gadis itu. Mana tau untung kalau gadis itu belum berpunya!

Mereka berdua bertukar nombor telefon. Arin cepat-cepat menuju ke wad yang menempatkan Zeti. Kelihatan Humaira masih setia menemani Zeti. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik itu.

“Akhirnya kau datang juga..”

“Beb.. sorrylah terlambat sikit.. Tadi aku terlanggar pemuda kacak kat bawah tu..” Arin memberitahu dengan nada yang tercungap-cungap. Nasib baik plastik makanannya tidak jatuh ketika dia berlanggar dengan lelaki itu tadi.

“Sempat pula kau!” cebik Humaira.

“Siap bertukar nombor telefon lagi..” Arin sengaja menggiat Humaira. Dia tahu Humaira masih marahkan dirinya kerana membawa Tengku Elman semalam. Tapi apa boleh dia buat bila lelaki sekacak itu merayu-rayu meminta dia pergi melawat pesakit itu.

“Siapalah lelaki bertuah tu? Yang dapat memikat hati cik Arin Natasya kita ni yer?” usik Humaira lagi. Dia gembira melihat wajah Arin yang berseri-seri menceritakan peristiwa yang berlaku di bawah itu tadi.

‘Nampaknya Humaira tidak lagi marahkan dirinya jika dia boleh bergurau seperti itu’bisik Arin dalam hati. Sebenarnya dia risau juga jika Humaira marahkan dirinya. Namun bila mendengar kata-kata Humaira sebentar tadi dia percaya kawannya itu tidak marahkan dirinya.

“Bagai mana keadaan Zeti hari ini?”

“Macam tulah.. Dia belum sedarkan diri lagi. Entahlah bila dia akan tersedar..” jawab Humaira dengan sayu. Dia sedih melihat keadaan Zeti yang terlantar di atas katil pesakit dengan berbirat wayar yang di cucuk sana sini. Bagai mana pula perasaan Mak Teh dan Pak Teh bila melihat keadaan Zeti begitu. Mereka tentunya rasa sedih melihat satu-satunya puteri mereka yang sakit ini.

“Bersabar sajalah. yang penting dia dah menjalani pembedahan itu dan dia selamat.” Arin cuba memujuk hati Humaira. dia tahu sahabatnya itu dalam kesedihan. dia pun rasa kasihan pada Zeti yang umur semuda itu sudah di duga dengan cubaanseperti ini.

“Pasal semalam tu, aku minta maaf ya!” Arin segera teringat tentang Tengku Elman yang merayu-rayu mahu berjumpa dengan Humaira.

“Buat apa kau nak minta maaf?” soal Humaira kehairanan.

“Pasal bawa Tengku tu kesini. Dia yang beriya-iya mahu datang melawat ke sini. Dah sedaya upaya Arin tolak namun dia pandai memujuk!” ujar Arin dengan nada kesalnya.

“Ira tahu, perangai Tengku tu. Dia tak mungkin mengalah begitu saja.. Sebab itulah Ira marahkan dia semalam.” teringat kembali bagai mana dia memarahi Tengku Elman aka bosnya itu. Memang dia selalu memarahi lelaki tu namun, lelaki itu tetap juga berdegil dengan sikapnya sendiri. Sampaikan dia mati akal di buatnya. Tidak pernah dia jumpa lelaki yang benar-benar buat dia meluat!!

Arin tersenyum lega. Sekurang-kurangnya sahabatnya itu tidak marahkan dirinya. Dia benar-benar risau kalau Humaira menyangka dia sengaja membawa Tengku Elman berjumpa dengannya hari itu.

Setelah habis waktu melawat, Arin meminta diri. Tinggallah Humaira yang menjaga Zeti. Pagi tadi dia sudah bertukar dengan Mak Teh. Masa yang terluang itu dia gunakan untuk merehatkan fikiran dan badannya. Bila waktu petang, dia akan pergi ke hospital untuk menggantikan Mak Teh yang menjaga Zeti waktu pagi itu.

 

 

Tuesday, 25 September 2012

Kau Rantai Hatiku 14



Petang itu sebaik saja masuk waktu kerja, Humaira pergi berjumpa dengan Cik Isabella. Dia mahu memohon cuti pada hari Jumaat ini. Dia sedar sepatutnya dia tidak boleh bercuti kerana dia baru masuk kerja selama tiga hari ini. Namun dia rasakan Mak Teh dan Pak Teh memerlukan dia pada saat genting itu. Lagipun dia sudah berjanji dengan Mak Teh dia akan memohon cuti pada hari tersebut.

“Tok..tok..tok..”  bunyi pintu di ketuk.

“Ya Humaira ada apa nak jumpa I ni?” soal Isabella sinis. Wajah Humaira di pandangnya dengan hairan.

“Begini Cik Bella, saya nak memohon cuti hari jumaat ni.. Boleh ke?”

“Hari jumaat ini? Bukan ke awak baru masuk kerja dah nak minta cuti?”

“Saya tahu saya baru masuk kerja tapi saya ada hal mustahak pada hari tersebut..” terang Humaira lagi.

“I tak boleh bagi.. Lagipun I tak ada kuasa dalam bidang ini. Tapi you nak juga cuti hari tersebut, you pergi jumpa Tengku Elman. Pandai-pandailah you bagi alasan kat dia nanti”  jawab Isabella.

“Terima kasih.. Cik Bella.. Terima kasih banyak-banyak..”

“Okey.. sekarang you pergilah jumpa Tengku Elman. Kalau dia tak benarkan you cuti memang I tak dapat nak tolong.. ini kuasa dia..” ajar Isabella. Dia sengaja menyuruh Humaira pergi berjumpa dengan Tengku Elman. Mungkin Humaira akan di marahi oleh Tengku Elman kerana baru saja mula bekerja dia sudah berani minta cuti. Tak pernah di buat orang!!

“Saya faham Cik Bella.. Terima kasih banyak-banyak..” Humaira tersenyum. Sekurang-kurangnya dia akan mendapatkan persetujuan dari Cik Bella. Tinggal dia berjumpa dengan Tengku Elman saja. Dan dia berharap lelaki itu akan meluluskan permohonan cutinya.

Perlahan-lahan dia melangkahkan kakinya menuju ke pejabat Tengku Elman. Di luar bilik itu dia berjumpa dengan Erin, setiausaha Tengku Elman. Humaira segera memberitahu tujuannya datang berjumpa dengan Tengku Elman. Cepat saja Erin menekan intercom untuk bertanya kepada Tengku Elman. Setelah dia mendapat persetujuan dari tengku Elman, Erin mempelawa Humaira masuk ke dalam bilik Tengku Elman.

Humaira mengatur langkah menuju ke meja Tengku Elman. Tengku Elman yang ketika itu masih sibuk meneliti fail yang ada di depannya.

“Selamat petang Tengku..” Humaira menyapa Tengku Elman. Tengku Elman mengangkat mukanya. Ada kerutan diwajahnya.

“Duduk Humaira. Ada apa hal nak jumpa saya ni?” soal Tengku Elman Qaufar. Fail yang ada di depannya itu terus di tutup. Anak matanya menikam terus wajah yang ada di depannya itu. Dia sedang menantikan jawapan dari Humaira.

“Sebenarnya begini, saya nak minta cuti pada hari jumaat ini.. Cik Bella yang suruh saya datang jumpa Tengku untuk memberitahu hal ini. Katanya dia tak boleh bagi kata putus dalam hal ini. Sebab saya baru masuk kerja..” terang humaira dengan panjang lebar. Dia tidak mahu membuang banyak masa dengan lelaki di depannya ini. Dia sedar lelaki itu sedang galak memerhatinya.

“Memang pun... Sepatutnya awak tak boleh ambil cuti!” ujar Tengku Elman.

“Itu saya tahu sebab itulah saya datang ke sini jumpa Tengku untuk meminta persetujuan dari Tengku..” ujar Humaira perlahan. Seram juga dia melihat wajah Tengku Elman ketika ini.

“Kenapa awak nak minta cuti?”

“Saya ada hal penting..”

“Boleh saya tahu apa hal penting itu?”

“Ini masalah keluarga. Rasanya Tengku tak payah tahu!” timbul pula akan nakal Tengku Elman. ‘Dia ni kalau tak di ugut, dia tak akan beritahu hal yang sebenarnya!’

“Kalau awak tak nak bagi tahu hal yang sebenarnya, macam mana saya nak bagi awak cuti. Tak apalah kalau kamu ingat saya nak menyibuk dalam keluarga kamu tu.. tapi untuk minta cuti ni, saya perlu tahu alasan munasabah dari awak. Kenapa awak nak minta cuti pada hari jumaat ini? Sedangkan awak tahu, yang awak tu baru masuk kerja..”

Humaira mendiamkan diri. ‘Patut ke tidak dia memberithau hal yang sebenarnya. Kalau tak bagitau mesti lelaki ni tak nak bagi cuti. Dan yang penting tadi dia sudah berjanji dengan Mak Teh. Bodoh! Siapa suruh berjanji dulu sebelum dia mendapat kepastian.

“Macam mana? Tak nak bagi tahu apa masalah awak?”

Humaira menganggkat mukanya. Nafasnya di hembus perlahan. Dia tiada pilihan lain selain dari berterus terang akan keadaan keluarga. Walaupun dia pernah menyuruh lelaki itu agar tidak masuk campur dalam urusan keluarganya.

“Sebenarnya, saya nak temankan keluarga saya. Hari Jumaat ini ialah hari pembedahan adik saya yang mengalami sakit jantung. Mereka memerlukan sokongan semua ahli keluarga. Jadi saya tak nak ketinggalan bersama mereka..”

Tengku Elman mengangguk. Sebenarnya dia sudah tahu hal itu namun dia sengaja untuk mendengar alasan dari mulut Humaira sendiri.

“Baiklah kalau macam tu. Saya bagi awak cuti hari Jumaat ni..”

“Terima kasih Tengku.. Tadi mak saya ucap terima kasih pada Tengku pasal duit tu..” tiba-tiba Humaira teringat pesanan Mak Teh tadi.

“Sama-sama. Bukan ke saya perlu bertanggung  jawab pada pekerja saya?”

Humaira tersenyum. Dia rasa lega. Humaira tidak menyangka bahawa Tengku Elman akan meluluskan permohonan cutinya itu. Pada mulanya memang dia berasa risau jika dia tidak dapat cuti. Lelaki tahu juga bertolak ansur dengannya.

MALAM itu, Humaira mahu berehat awal. Dia sudah memberitahu Arin bahawa dia tidak singgah ke kedai butik petang itu.

Tubuhnya di hempaskan di atas katil. Bantal lembut yang sering menjadi alas kepalanya di capai dan letakkan di kepalanya. Mata di pejam rapat. Namun telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Azwan pula di skrin itu. Terus saja di tekannya butang hijau. Rasa sudah seminggu lelaki itu tidak menelefonnya mungkin kerana dia sibuk dengan kerjanya.

“Hello..” sapanya tidak bermaya.

“Hello.. Ira sihat?”

“Sihat..”

“Kenapa suara Ira macam lain je?” soal Azwan. Walaupun Humaira cuba menyembunyikan sesuatu namun dia dapat rasakan perubahan suara itu.

“Taklah.. Penat sikit kot! Ada apa Wan call ni?”

“Rindu.. rindu nak dengar suara Ira.. Tapi kalau Ira penat, lain kalilah Wan call ya..”

“Tak pe.. Ira dah baring dah pun.. Wan cakap jelah apa Wan nak cakap. Ira dengar ni..” ujarnya. Dia tidak mahu Azwan terasa dengan sikapnya.

“Sebenarnya minggu depan Wan akan datang ke Kl tau! Wan ada meeting kat Kl. Wan ingat nak ajak Ira keluar time tu nanti..”

“Oh ya ke? Takpa macam nilah kalau Wan dah sampai KL. Wan calllah Ira. Manalah tau kalau Ira dapat keluar dengan Wan. Ni Ira lupa nak bagitau, Zeti masuk hospital. Dah dekat seminggulah juga..” Humaira memberi tahu hal itu. Sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan hati Azwan. Walaupun dia tahu Mak Teh dan Pak Teh adalah Pak Lang dan Mak Lang kepada Azwan.

“Apa? Baru sekarang nak bagitau Wan. Kenapa tak bagitau Wan awal-awal!”

Sorrylah Ira lupa. Lagipun Ira baru masuk ke tempat kerja baru.. Kiranya baru tiga hari Ira kerja kat situ..”

“Ira, kenapa benda penting macam ni, Ira tak telifon bagitau!” marah Azwan. Dia kecil hati bila perkara sebegini berlaku. Dia merasakan Humaira tidak mempedulikan perasaannya. Ada keluhan kedengaran di telinga Humaira.

“Ira minta maaf.. Ira ingat Mak Teh ada bagi tau Wan?”

“Tak ada. Ira kerja kat mana sekarang? Tadi Ira cakap Ira kerja tempat baru..” Azwan mengalih topik pula. Dia tidak mahu Humaira rasa bersalah pada dirinya.

Humaira segera memberitahu Azwan tentang pekerjaannya yang baru itu. Syarikat Global memang sebuah syarikat yang terkenal dalam bidang peragaan. Perekanya selalu menonjolkan fesyen terbaru untuk bidang peragaan.

AWAL pagi Jumaat, Mak Teh dan Humaira sudah bersiap-siap mahu ke hospital. Mengikut kata Pak Teh dalam perbualan telefon tadi, Zeti akan masuk ke bilik pembedahan pada pukul 8 pagi.

Sesampai sahaja di hospital, Mak Teh yang masuk dulu ke bilik Zeti sementara Humaira dan Pak Teh menunggu di luar.

Dekat pukul 7.45 pagi, Zeti di masukkan ke bilik pembedahan. Sementara itu Humaira, Mak Teh dan Pak Teh menunggu di luar dengan perasaan gelisah. Berdebar-debar hati mereka kerana tahu risiko yang menimpa Zeti selepas pembedahan itu nanti. Namun mereka berharap Zeti akan selamat dan tabah dalam mengharungi dugaan itu nanti.

Panggilan demi panggilan yang di terima oleh Humaira langsung tidak di pedulikannya. Hatinya mendongkol geram pada si pemanggil itu yang langsung tidak penat mendail nombornya. Nasib baik dia senyapkan bunyi telefon bimbitnya. Namun getaran itu tetap mengganggu dirinya.

Akhirnya setelah tiga jam mereka menunggu, Doktor Wong pun keluar dari bilik pembedahan itu.

“Siapa ahli keluarga pesakit bernama Rosma Zeti bte Puteh?” soalnya kepada mereka yang menunggu di luar bilik tersebut.

“Saya ayah pesakit. Ini ibunya dan sebelah sana kakak angkat dia. Macam mana keadaan anak saya doktor?” soal Pak Teh.

Dalam hatinya dia memang berdebar menunggu keputusan dari doktor itu. Humaira memeluk bahu Mak Teh supaya bertenang dengan apa yang bakal doktor itu bagitahu nanti.

“Kami berjaya dalam pembedahan ini. Cuma dia tidak sedarkan diri buat sementara waktu.  Mungkin masa itu nanti dia akan mengalami tempoh yang sukar bagi dirinya. Jika dia berjaya mengatasi masa ini dia akan terus selamat. Namun kita banyak-banyak berdoa dan bersabar. Kita tengoklah nanti..”

Ketiga-tiga insan itu mengukir sedikit senyuman. Sekurang-kurangnya pembedahan Zeti berjaya dan juga selamat walaupun dia terpaksa menempuhi masa yang sangat sukar sekarang. Tidak lama kemudian Zeti di tempatkan di unit rawatan rapi. Mereka bertiga sekadar menjadi pemerhati sahaja.

DARI pagi tadi Tengku Elman Qaufar langsung tidak dapat menumpukan perhatian. Entah mengapa dia rasa sesuatu. Biasanya dia tidak pernah berkelakuan aneh begini. Namun dia terpaksa juga menghadap fail-fail itu untuk kegunaan pada mesyuarat petang nanti. Akhirnya dia bangun lalu menuju ke bilik Encik Johan. Itu pun setelah merasakan otaknya tidak dapat berfungsi, dia mahu meminta pertolongan Encik Johan yang sudah biasa dengan kerja-kerja pejabat itu.

Isabella perasan setelah habis mesyuarat sahaja petang itu, Tengku Elman Qaufar sudah lesap. Bukannya mahu beritahu kemana dia pergi. Dan dia pergi bersama Encik Johan. Mungkin mereka ada mesyuarat dengan klien fikirnya.

Petang itu, Humaira menyuruh Pak Teh membawa Mak Teh pulang kerana kesihatan Mak Teh yang tidak mengizinkan. Biarlah dia yang menjaga Zeti di hospital. Lagipun dia sudah meminta cuti dan esok hari minggu. Mendengar kata-kata Humaira, Pak Teh membawa Mak Teh pulang untuk berehat di rumah.

Tengku Elman Qaufar datang ke butik IRARIN. Dia mahu berjumpa dengan kawan Humaira. Dari pagi dia cuba menghubungi Humaira namun gadis itu langsung tidak mempedulikan panggilannya. Rasa geram dan sakit hati pula bila melihat Humaira yang langsung tidak pedulikannya.

“Buat apa Tengku ke sini?” soal Arin sebaik saja melihat wajah Tengku Elman Qaufar berada di dalam butiknya itu. Dia hairan kenapa lelaki itu datang ke butiknya. Sedangkan Humaira tidak berada di situ lagi.

“Saya nak cari kawan awak Humaira. Saya cuba call dia tadi dia langsung tak angkat call. Kenapa ya?” soal Tengku Elman walaupun dia tahu sebab-sebab Humaira meminta cuti pada hari tersebut.

“Oh begitu.. Mungkin dia masih di hospital sekarang. Pagi tadi dia beritahu, Zeti sudah menjalani pembedahan. Mungkin mereka dalam keadaan risau. Sebab itu Humaira langsung tidak pedulikan panggilan dari Tengku..” Arin mencipta alasan. Tapi ada logiknya juga. Dia kenal benar dengan perangai sahabatnya itu.

“Awak tahu tak, mereka berada di hospital mana? Saya nak pergi melawat..” soal Tengku Elman tanpa menunggu lama. Sebab sekarang Encik Johan sedang menunggunya di tempat parking.

“Tau.. tapi tak ada orang nak jaga butik saya ni..” Arin berterus terang. Butik itu adalah hasil titik peluh dia dengan Humaira.

“Awak tutuplah butik tu. Nanti awak balik kesini lepas melawat mereka. Saya pasti awak pun nak pergi jenguk merekakan?” soal Tengku Elman Qaufar mahu menarik minat Arin. Arin mengangguk. Memang dia mahu melawat Zeti tapi keadaan masa itu tidak mengizinkan.

“Baiklah.. Tapi saya kena cakap dengan pekerja saya dulu.. Mungkin saya suruh mereka keluar sekejap, sementara tunggu saya balik dari hospital.” Akhirya Arin mengalah. Memang benar kata Humaira, lelaki ini memang jenis yang tidak mahu mengalah!!

“Okey.. saya tunggu di luar...”

Tengku Elman melangkah ke luar kedai. Matanya melilau melihat sekeliling. Manalah tahu ada orang yang ternampak dia berada di situ. Sebab itu dia menukar pakaiannya sebelum datang ke sini tadi. Dia tidak mahu dirinya menjadi perhatian. Dua orang pekerja Arin sudah keluar. Sementara Arin menutup pintu butiknya.

Arin mengikut Tengku Elman Qaufar ke tempat parking. Kelihatan Encik Johan sudah sedia menunggu mereka berdua. Tengku Elman menyuruh Arin naik kereta bersamanya sekali. Selepas melawat nanti, dia menyuruh Encik Johan menghantar Arin balik ke sini semula.

 Encik Johan hanya menerima arahan dari Tengku Elman. Dia segera memandu menuju ke hospital yang di sebutkan oleh Arin.

Petang itu ketika Mak Teh dan Pak Teh pulang, Humaira dikejutkan dengan kedatangan Tengku Elman Qaufar bersama dengan Arin. Memang dia tidak tahu kenapa Tengku Elman menjejakinya sampai ke sini. Terus dia mendekati Arin.

“Kenapa dia datang ke sini?” soal Humaira ke telinga Arin. Arin hanya tersenyum.

“Dia yang nak sangat jumpa awak kat sini. Mungkin dia ingat awak tipu dia dan bagi alasan jaga Zeti kat sini!” balas Arin lagi.

“Apa?? Aku tak tipulah.. Lelaki ini memang menjengkelkan.” Humaira mencebik. Tak sudah-sudah lelaki ini mahu menjejakinya.

“Awak ni buta kot!”

“Kenapa pula cakap Ira macam tu?” soal Huamira tidak puas hati. Dia melihat Tengku Elman tersenyum padanya. Hati dia pula yang rasa sakit.

“Memanglah.. Sebenarnya dia ni baik hati tau!! Mana pernah seorang bos nak datang melawat ahli keluarga pekerjanyan yang baru masuk kerja?”

“Awak jangan mengarut boleh tak!!” bisik Humaira lagi.

“Okeylah.. Aku tak boleh tinggalkan kedai tu lama-lama. Ni datang pun sebab dia merayu kat aku. Kalau tidak jangan harap aku nak keluar temankan dia sampai ke sini” jawab Arin pula. Namun matanya sempat mengerling ke arah Tengku Elman sambil itu dia melemparkan senyuman pada lelaki itu.

“Okeylah kalau awak memang ada kerja. Hati-hati balik tau!” pesan Humaira. Dia sudah biasa memberi pesanan sebegitu pada Arin dan begitu juga sebaliknya.

Mereka berdua berpelukan. Lupa seketika bahawa ada insan lain bersama dengan mereka di dalam bilik itu.

“Awak jagalah Zeti baik-baik. Esok kalau ada masa aku datang lagi tau!”

“Okeylah..Hati-hati..”

Selepas Arin menutup pintu, Humaira kembali duduk di kerusinya.