Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Wednesday, 18 April 2012

Hanya Kau Milikku 10



Wani baru pulang kerja. Tiba-tiba ketika dalam perjalanan menuju ke stesen bas dia terlanggar bahu seseorang. Lalu dia menoleh. Terkejut dia melihat si empunya badan. Yusri!!

“Yusri!!”

“Wani!! Hai.. Ingatkan siapalah yang terlanggar bahu I tadi.. Ni nak ke mana?” soal Yusri. Memang dia tidak menyangka akan bertemu dengan Wani petang itu.

“Nak balik kerja. Tunggu bas kat depan tu” ujar Wani sambil menunjuk kearah stesen bas.

“Oh ya kawan kamu yang sorang lag itu mana?” soal Yusri lagi.

“Siapa?” soal Wani.

“La awak lupa ke siapa kawan baik awak tu? Mira Syafika. Kau ada jumpa dia tak? Dah lama aku cari dia tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa lagi.”

“Buat apa kau nak cari dia?” soal Wani. Patut ke tidak dia beritahu Yusri yang Mira sudah berkahwin. Lagi pun tiada siapa antara kawan-kawan lain tahu yang Mira sudah berkahwin. Arg.. biar sajalah.

“Rindulah dengan dia. Lama aku tak dengar berita dari dia. Semenjak habis pengajian tu langsung tak jumpa dia lagi. Pandai betul dia main sorok dari aku.” Jawab Yusri. Memang selepas mereka berdua bergaduh besar hari tu, dia sudah tidak bertemu dengan Mira lagi. Entah bagaimana keadaan gadis itu sekarang. Rindu dia pada gadis itu.

“Aku pun lama tak jumpa dia” Jawab Wani pendek. Yusri mengerutkan dahinya. Hairan!! Sedangkan setahu diamereka tu berkawan baik.

“Awak memang tak tahu kat mana dia sekarang?” Wani menggeleng kepalanya.

“Aku pun tak tahu.” Sungguh dia pun tak tahu di mana Mira berada dan bekerja. Kerana selepas hari pernikahan Mira mereka tidak pernah bertemu lagi atau menghubungi antara satu sama lain. Kesibukan kerja juga menjadi dia lupa akan sahabatnya itu.

“Kalau kau ada jumpa dia kau cakap aku cari dia, atau suruh dia contact nombor aku ni.”

Sekali lagi Yusri berasa hampa. Hanya dengan Wanilah satu-satunya harapan terakhir untuk mencari Mira Syafika. Sebab gadis itu adalah kawan karib kepada Mira mustahil dia tidak tahu di mana Mira berada. Terasa pencarian dan penantiannya hanya sia-sia. Gadis yang di puja sejak universiti dulu masih belum di temui.

.....................................................

Selepas makan malam Mira melabuhkan pinggang di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Tangannya segera menekan remote control yang ada di tangannya. Seharian bekerja inilah masanya dia berehat. Segala makan minum Iqbal Iskandar di sediakan walau pun dia sudah bekerja.

Iqbal Iskandar sengaja melabuhkan pinggangnya di sisi Mira yang asyik menonton rancangan kegemarannya. Dia teringat permintaan papanya yang mengajaknya pulang ke rumah papanya.

“Sayang..”

Namun senyap saja. Mira masih menumpukan perhatiannya pada skrin television.

“Tak jawab dosa..”

“Ye.. kenapa?”

“Minggu ni kita kena pergi rumah parent abang..” ujar Iqbal Iskandar sambil memandang wajah Mira yang berada di sisinya.

“Buat apa pergi sana?” jawab Mira acuh tak acuh.

“Papa dan mama nak buat majlis ulang tahun perkahwinan mereka. Jadi papa jemput kita datang sekali. Kita tidur kat sana..”

“Kalau Mira tak pergi boleh ker?” tanya Mira lagi.

“Mana boleh ini permintaan papa tau! Sejak kita kahwin, Mira belum pernah pergi ke rumah family abang. Lagi pun dalam majlis tu nanti papa dengan mama nak memperkenalkan Mira pada semua orang“ agak keras sedikit suara Iqbal. Geram pun ada.

“Yelah.. yelah.. Mira pergi..  Orang tanya sikit pun dah nak naik angin..” kini giliran Mira pula yang terasa.

“Sorrylah abang tak sengaja nak tinggikan suara..” matanya sempat melihat wajah Mira yang menarik muka masam. Timbul pula nakalnya ingin mengusik Mira.

Baru saja Mira ingin bangkit dari tempat duduknya, tiba-tiba tangannya di rentap kasar. Bukan sengaja tapi dia tidak tahan melihat sikap Mira yang sengaja melarikan diri darinya. Sedangkan dia setiap hari menanggung rindu pada wajah itu.

“Mira nak masuk tidurlah..”

“Duduklah temankan abang. Ada banyak perkara yang abang nak cakap dengan sayang.”

“Esok-esok sajalah. Mira mengantuk ni” jawab Mira tidak senang hati. Bukan dia tidak tahu perangai Iqbal memang sukar di jangka. Teringat dia perbualan Dato Ismail dengan Encik Fuad hari tu.

“Banyaklah alasan. Abang suruh duduk sini temankan abang. Itu pun susah sangat ker?”

Mira mengeluh keras. Tanda dia tidak suka dengan sikap Iqbal yang kadang kala merunsingkan dia. Agaknya lelaki itu jenis yang suka memaksa. Kekadang dia tidak faham dengan perangai lelaki itu. Kekadang okey kekadang tak okey.

“Yelah..yelah.. Awak nak cakap apa, saya dengar ni” akhirnya Mira mengalah.

Mira kembali duduk di tempatnya yang tadi. Matanya di tuju ke arah television. Iqbal mengambil kesempatan ini untuk memandang wajah itu.

..........................................................................

Habis waktu pejabat, Mira terus menuju ke stesen menunggu teksi. Dia sudah berjanji dengan Wani untuk berjumpa di Restoran Melayu. Ketika sampai di sana, kelihatan Wani sudah pun menunggu.

Mira terlambat sampai. Maklumlah jalan akan sesak selepas waktu pejabat. Tergesa-gesa dia mendapatkan Wani kemudian memeluk Wani apabila gadis itu menerpa ke arahnya. Sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu. Selepas majlis akad nikah di kampung, mereka berdua sibuk bekerja membuatkan mereka susah bertemu.

“Mira apa khabar?” Wani bertanya kepada Mira lembut dan dengan penuh kasih sayang. Wajah Mira sedikit cengkung di tatapnya.

Mira adalah kawan karibnya dari kecil lagi. Kawan karib yang dia boleh berkongsi segala suka dan duka, susah dan senangnya. Dia melihat Mira menggeleng. Ada wajah kesedihan terpamer.

“Apa sudah jadi ni? Dia tak layan awak dengan baik ke?” soalnya lagi.

Mira menggeleng kepalanya. Wani  memimpin tangan Mira lalu duduk di salah sebuah kerusi yang berada tidak jauh dari situ.

“Dia layan aku baik.. tapi aku..”

Mira tidak dapat menahan rasa sebaknya. Wani mengurut bahu Mira lembut dan menyuruh gadis itu bertenang. Dia faham apa yang di tanggung dan di alami oleh sahabat karibnya itu sekarang. Bukan mudah untuk menerima hakikat dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Terutama seklai lelaki itu pernah menjadi musuhnya ketika mereka berada di university lagi. Tapi itulah jodoh tiada siapa yang mampu menolak aturan tuhan yang sudah di tetapkan.

“Sabar Mira, mengucap banyak-banyak. Bertenang. Kita minum dan makan dululah ya.. hari ni aku belanja kau. Sebab aku dah dapat gaji” ujarnya sambil gelak. Dia mahu Mira kembali ceria semula.

“Oh.. patutlah beriya-iya nak ajak Mira keluar makan. Ni sebabnya” ujar Mira dengan nada gurau. Air matanya di lapkan cepat-cepat.

Wani melambaikan tangannya pada pelayan yang memandang kearahnya. Dia memesan makanan untuk mereka berdua.

“Beb!! Hari tukan aku ada jumpa Yusri. Dia ada tanya pasal kau” ujar Wani.

“Tanya pasal apa pula?” soal Mira kehairanan. Memang sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki itu.

“Dia tanya dengan aku sama ada aku ada jumpa kau ke tidak? Dia kata dah lama dia cari kau tapi tak jumpa... dan dia ada bagi kad nama dia.. kalau aku ada jumpa kau dia suruh aku bagi.” Cepat-cepat Wani keluarkan kad nama Yusri dari beg tangannya.

“Kenapa dia masih cari aku?” soal Mira lagi.

“Bukan kau tak tahu dari dulu lagi dia suka kat kau. Kau tu je buat tak layan dia. Kekadang aku pun tak faham dengan perangai kau ni. Pada hal dia tu baik, handsome pulak tu. Ramai gadis suka kat dia. Tapi dia suka kat kau. Kiranya kau bertuah tau.”’Bertuah’ Ini kali ketiga manusia di sekeliling mengatakan perkataan bertuah pada dirinya. Entah bertuahlah sangat.

“Sebab aku tak layak buat dia. Lagi pun sekarang aku dah jadi isteri orang.” Jawab Mira menahan sebak dalam hatinya. Kalaulah dia seperti gadis lain sudah lama dia menerima huluran cinta jejaka itu. Tetapi apa yang dia ada untuk di berikan pada jejaka itu. Maruahnya sudah tergadai. Seandainya lelaki itu tahu kisah silamnya, mahukah lelaki itu cinta kepadanya?

“Tak layak?  Dari dulu lagi kau selalu cakap kau tak layak buat dia. Dari segi apa kau tak layak buat dia? Dia bukannya memilih pasal harta dan darjat. Tapi ini soal hati” soal Wani hairan.

‘Kau tak akan tahu dan tak faham apa yang ku rasa Wani. Tak apalah ada masa nanti aku akan cerita dengan kau’

“Woi.. kau dengar tak ni aku cakap dengan kau.. mengelamun pula...”

Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang membawa nasi goreng kampung.

“Jomlah kita makan laparlah perut Mira ni.”ujar Mira. Sengaja dia menukar topic.

“Mmmm Mira, Iqbal macam mana? Dia layan kau baik tak?” soal Wani. Dia memandang tepat kearah wajah sahabatnya itu.

“Dia layan aku baik tapi aku.. Entahlah.. Masih takut nak terima semua ni.. Aku belum bersedia lagi..”

“Belajarlah mencintai dia. Cinta akan datang apabila kau sudah menyiapkan diri untuk menerima cinta. Lagipun tak salah kalau kau belajar cintakan suami kau. Manalah tau nikmatnya nanti” Ujar Wani.

‘Belajar untuk menyintai Iqbal. Bolehkah dia?’ dia  memandang tepat kearah muka Wani.

“Mira belum bersedia untuk menerima semua ini. Dan awak tak akan faham dengan apa yang Mira lalui.. Apa yang Mira rasa..” ujarnya perlahan. Kembali terlayar peristiwa hitam itu. Walaupun dia sedaya upaya untuk mengusir sejarah hitam itu namun seringkali sahaja ianya muncul dalam mimpi. Kini setelah dia bergelar isteri kepada Iqbal, setakat ini dia tidak lagi mengalami mimpi ngeri itu. Apakah jodohnya memang di takdirkan dengan lelaki yang bernama Iqbal Iskandar.

“Kalau macam tu kau cakaplah apa yang kau rasa dan lalui itu. Mungkin dengan cara itu ia dapat melapangkan hati dan perasaan awak tu.”

“Tunggulah kalau ada masa yang panjang nanti aku akan ceritakan. Tapi bukan sekarang. Sebab Mira belum bersedia untuk menceritakannya” jawab Mira lagi.

“Kau ada rahsia tak bagi tau aku ke?” soal Wani sangsi. Mira hanya mengangguk.

“Tak apalah kalau kau belum bersedia nak bagi tahu. Tapi janji jangan lupa nak cari aku tau kalau dah rasa bersedia nak luahkannya.” Mira hanya mengngguk.

“Kau dah kerja ke sekarang? Atau jadi suri rumah sepenuh masa? Maklumlah suami kau tu orang kaya” usik Wani. Bertuah Mira. Kahwin dengan anak dato. Anak tunggal lagi.

Mira mencebik.

“Tak ada maknanya aku sekolah tinggi-tinggi sekadar nak jadi suri rumah. Tak berbaloi segala penat lelah aku. Lagi pun aku tak suka nak pakai duit orang macam tu. Nanti aku terhutang budi pula dengan dia.”

“Hish.. tak baik cakap macam tu tau. Apa pun dia suami kau dan dia berhak bagi nafkah. Jadi Iqbal bagilah kau kerja..?” soal Wani lagi.

Mira mengangguk.

“Dia bagi aku kerja dengan syarat kerja kat opis dia tu.. Leceh betul. Ingatkan dapatlah aku nak lari dari santapan mata dia tu. Tapi kalau di fikirkan balik memang susah nak cari kerja kat tempat lain.”

“Kau kerja kat opis dia? Eh.. kejap.. kejap. Kan ke kau ada pergi interview hari tu, macam mana?”

“Memang benar pun ada jawatan kosong kat pejabat dia tu. Memang jawatan itu yang aku pegang sekarang.”

“Bertuahnya kau. Tu tanda dia sayang kat kaulah tu. Dia tak nak kau jauh darinya sebab tu dia tak nak ambik calon lain. Jangan-jangan Iqbal dah jatuh cinta kat engkau. Mana tahu!” Wani mengusik lagi.

“Hish mana ada! Melampau betul dia tau tak. Aku memang tak ada pilihan. Kalau aku kerja kat tempat lain dia tak bagi aku kerja. Apa yang aku boleh buat. Nak duduk di rumah lagilah bosan. Kerja sajalah kat opis dia tu.”

“Mereka tau tak awak bini bos mereka?” soal Wani lagi.

“Mereka belum tau lagi. Malam esok baru nak umumkan kepada tetamu tentang status kami.”

“Malam esok ada apa?” soal Wani pula.

“Majlis ulang tahun perkahwinan orang tua Iqbal. Nilah yang Mira nak jemput Wani. Datang ye malam esok kau carilah teman. Aku seganlah nak berdepan dengan tetamu tu..”Mira cuba memujuk.

“Eh aku mana ada kawan lain..”

“Laa yang satu rumah dengan kau tu?”

“Tengoklah nanti. Kalau aku rasa nak pergi aku call kau eh..”

“Tapi kalau boleh pergilah..” Mira cuba memujuk.

“Tak dapat nak janjilah..”

........................................................

Sejak tadi dia menunggu Mira. Namun kelibatnya belum juga sampai. Dari tadi lagi dia cuba menelefon Mira namun hampa. Asyik-asyik voice mail. Entah kemana dia pergi? Dia risaukan keselamatan Mira. Dia pernah beritahu Mira tentang peraturan tinggal di rumah itu. Baru sebulan inilah kali pertama Mira pulang lewat darinya. Dia sanggup tinggalkan kerja yang masih berlambak kerana dia mengingatkan Mira mahu pulang awal hari ini. Mana dia tahu apabila dia keluar dari bilik pejabatnya Mira sudah tidak kelihatan lagi. Nak bertanya kepada pekerja lain mesti mereka akan syak sesuatu. Dia menelefon tapi hanya kedengaran suara operator wanita saja yang menjawab.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia membaringkan badannya di atas sofa. Tiba-tiba pula matanya rasa mengantuk. Namun di lawannya juga rasa ngantuknya.

‘Lebih baik aku keluar cari dia. Manalah tahu dia ada apa-apa hal..’ bisiknya dalam hati. Baru saja dia melangkah kearah pintu. Bunyi pintu utama membuatkan dia terkejut. Rasa marahnya masih lagi menyesakkan ruang dadanya.

“Awak dari mana ni? Dah pukul 9 malam baru ingat nak balik. Bagus tak payah balik.” soalnya garang. Mira mengangkat mukanya. Terkejut dia bila mendengar suara Iqbal yang agak kasar itu. Bungkusan nasi goreng itu masih berada di tangannya. Dia tahu pasti Iqbal lapar sebab selalunya dia akan memasak bila balik dari pejabat. Namun hari ini dia pergi berjumpa dengan Wani. Dia mahu menelefon Iqbal untuk memberitahu kemana dia pergi, namun handphonenya terpadam kerana kehabisan bateri.

“Saya tanya jawab. Itu pun susah sangat ke awak nak jawab!” Iqbal tiba-tiba naik angin. Bayangkan dia tengah bersusah hati, tiba-tiba isterinya selamba saja tanpa mempedulikan perasaannya. Memang sakit hatinya..

“Jumpa kawan..” jawab Mira perlahan walau pun rasa terkejutnya tadi belum hilang lagi namun dia tidak mahu cari gaduh masa  sekarang. Mira terus berlalu menuju ke ruang dapur. Iqbal terus mengikutinya dari belakang. Dia masih belum puas hati dengan jawapan Mira tadi.

“Ni Mira belikan nasi goreng kampung buat awak.. Mira tak tahu awak suka makan apa?” seraya itu Mira meletakkan bungkusan nasi goreng itu di atas meja. Dia mengambil sudu lalu di letakkan di atas bungkusan plastic itu. Kemudian dia mengambil air kosong. Gelas itu di letakkan di tepi bungkusan plastic itu.

“Kawan awak tu lelaki ke perempuan?” soal Iqbal tidak puas hati. Hatinya tiba-tiba rasa cemburu. Memang dia mahu tahu sama ada Mira keluar dengan kawan lelaki ke perempuan. Lebih baik dia bertanya terus. Tidak kisahlah kalau Mira kata apa tentang dirinya.

“Kenapa? Mira keluar dengan Wanilah. Baru hari ini kami ada masa terluang.” Jawab Mira dengan rasa tidak senang hati. Lelaki ni memang kuat cemburu kot!!

“Tak adalah. Manalah tahu Mira keluar dengan kawan lelaki. Habis kenapa tak call abang. Boleh abang pergi hantar. Naik teksi bahaya tau. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu.” Dia menutur lembut suaranya.

“Tak payahlah. Terima kasih. Lagipun teksikan ada. Memang pun Mira nak bagitahu tapi bateri handphone Mira dah habis. Nak buat macam mana?”

“Alasan... Awak tahu tak awak telah menyusahkan saya. Lain kali jangan nak buat perangai macam tu. Abang tak suka.” Entah kenapa dia boleh bercakap macam tu di depan Mira.

...........................................................................

Pagi Sabtu mereka sudah bersiap-siap untuk pergi ke rumah Dato Ismail.  Mereka singgah di sebuah supermall utnuk membeli hadiah. Selepas mereka membeli hadiah sempena majlis ulang tahun perkahwinan, Iqbal Iskandar sengaja mengajak Mira ke sebuah butik. Dia mahu membeli blaus untuk Mira pakaikan malam nanti. Dia tahu Mira tidak punya pakaian untuk malam nanti. Mira yang tiada mood mengikut sahaja kehendak Iqbal. Entah kenapa hatinya rasa tidak begitu sedap. Mungkin ada perkara yang berlaku menjelang malam nanti.

“Hai Auntie Lisda...”

“Hai.. pengantin baru.. Ada apa datang ke butik Auntie ni?”

“Ni malam nanti ada majlis dekat rumah family Iqbal. Sebab tu Iqbal nak Auntie pilih pakaian yang paling cantik dan selesa buat Mira.. Bolehkan Auntie..?”

“TAk ada masalah.. Serahkan saja pada Auntie.”

 “Tak payahlah nak belikan yang mahal-mahal..” ujar Mira berbisik ke telinga Iqbal.

“Tak apalah, malam nantikan malam yang bermakna buat kita. Abang nak semua tetamu yang hadir terpegun dengan kecantikan Mira.” Balas Iqbal dengan senyumannya. Dia suka kalau hari-hari dia dapat mengusik si isteri. Dan hari ini dia berpeluang untuk berdua-duaan dengan Mira. Harapnya tiada siapa yang mengganggu. Kalau tidak tak dapatlah dia bermanja-manja dan bergurau senda dengan isterinya itu.

“Ni yang malas ni. Leceh betul tau jadi perhatian ramai. Nak buat apa semua tu? Semua orang dah taukan Mira ni isteri awak..” balas Mira lagi.

“Abang tak kira abang nak juga belikan. Malam nanti sayang kena pakai.”

Ketika Mira berada di dalam bilik persalinan itu datang pula Elly kawan si Rozie. Dari luar tadi Elly melihat Iqbal sedang menilit gaun malam yang ada dalam butik tersebut. Jadi dia mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan Iqbal.

“Hi Iqbal you dengan siapa?” saolnya sambil matanya meliar mencari seseorang.

“Hi Elly.. I dengan special girl. Kenapa?”

 Lalu mata Elly terarah kepada seorang gadis yang bertudung sedang berdiri di hadapan mama Amirul.

“Itu ke your special girl? Kampung sangatlah.. Sejak bila pula your taste berubah ke perempuan bertudung?”

“Really.. tapi bagi I dia yang teristimewa sekali. Kalau nak di bandingkan dengan you all.”

“You.. sampai hati cakap macam kat kita orang. Ni Rozie tau tak?” ujar Elly mendengus marah. Sakit hatinya bila dia mendengar Iqbal seperti mengejeknya.

“Dia akan tahu malam nanti.. Tak payahlah nak kecoh sangat..” ujar Iqbal.

Dari jauh Mira terlihat Iqbal sedang berbual dengan seorang gadis cantik dan seksi. Mungkin begitulah citarasa si suaminya yang sebenarnya sebab itu dia bersusah payah datang ke butik yang standard macam ni. Dasar lelaki pantang nampak perempuan yang berdahi licin.

“Mira.. semua okey ke?” soal mama Amirul.

“Semuanya okey auntie. Terima kasih sebab tolong Mira. Kalau Mira memang suka yang simple saja.. tapi tak taulah citarasa Iqbal pula begini.”

“Mirakan cantik. Mestilah dia mahu yang terbaik buat Mira. Auntie tak pernah lihat dia bawa perempuan lain kat butik auntie. Sebab tu hari tu auntie terkejut bila dia tiba-tiba bawa Mira ke butik auntie hari tu. Jadi tentulah auntie fikir Mira sangat special buat Iqbal.”

“Ye ke Auntie. Boleh percaya ke?”

“Kenapa Mira cakap macam tu pula?” Aunti Lisda pula yang bertanya.

“Tu... Dia tengah berbual dengan perempuan yang lebih cantik dari Mira..”

“Tapi kalau auntie tengok, Mira lebih cantik dari perempuan seksi tu.. Ala dia cantik pun sebab pakai makeup yang mahal dan tebal. Kalau auntie suka dengan wajah yang solekan ala kadar saja macam Mira.”

“Terima kasih Auntie..” jawab Mira samba tersenyum.

“Dah okey ke?” soal Iqbal yang datang secara tiba-tiba di belakang Mira.

“Semuanya okey. Cantik sangat dia pakai..” balas Auntie Lisda.

“Ruginya abang tak sempat tengok tadi.”

“Ala surprisekan.. Malam nanti awak boleh tengok dia pakai puas-puas..” jawab Auntie Lisda. Dia memang kagum dengan kecantikan Mira Syafika. Alangkah bertuahnya Iqbal memperisterikan gadis itu. Dahlah cantik, baik dan berbudi bahasa pula tu.

“Aik.. mana kawan awak tadi. Dah balik ke?” soal Mira. Matanya masih melilau cari perempuan yang berbual dengan suaminya sebentar tadi.

“Aaa.. Dah balik pun sengaja je dia singgah nak bertegur dengan abang..” jawab Iqbal.

“Oh yeke.. cantik orangnya..” puji Mira lagi.

“Tapi cantik lagi isteri abang...” jawab Iqbal dengan cepat.

“HIshh tak malu betullah dia ni...”

‘Lain aku cakap lain pula dia balas’

“Yelah.. Mira lebih cantik dari perempuan tadi tukan Iqbal? Dia kawan Iqbal ke?”

“Kenal gitu-gitu saja. Kawan Rozie.” Jawab Iqbal selamba.

Selepas keluar dari butik Mama Amirul, mereka terus menuju ke tempat makan. Terasa laparlah pula. Kemudian mereka pergi menonton wayang. Sepanjang mereka bersama, Iqbal langsung tidak melepaskan tangan Mira. Ada saja alasannya dia mahu memengang tangan Mira itu. Sesekali Mira membantah namun dia terpaksa menurut sahaja. Bukan selalu pun si suaminya berpeluang memengang tangannya itu.

Selepas menonton wayang, Iqbal membawa Mira pergi ke rumah keluarganya. Sesampai di sana mereka di sambut oleh Datin Mardiah dan Dato Ismail.

..................................................

Malam sudah tiba, hati Mira rasa gelisah. Dapatkah dia menyesuaikan diri dalam majlis itu nanti. Berkali-kali dia membelek blaus yang di beli oleh Iqbal dari butik Auntie Lisda. Cantik!! Sangat cantik.

Kemudian dia terus menuju ke bilik air untuk menukar pakaiannya. Selepas mandi tadi dia memakai pakaian biasa. Kali ini baru dia nak bersiap-siap untuk majlis malam ini.

Lama juga dia membelek dirinya di hadapan cermin. Kemudian dia meilit tudung pula.

Selesai saja dia mempersiapkan diri, kedengaran tombol pintu di buka dari luar. Makin berdegup kencang rasa jantungnya. Kali ini mesti Iqbal yang ingin masuk kebiliknya.

“Sayang dah siap ke?”

“Tinggal sikit lagi..”

Sekali saja Iqbal mengangkat mukanya, dia terpegun. Terpegun dengan kecantikan isterinya malam ini. Dia tidak menyangka gurauan Auntie Lisda petang tadi bukan hanya gurauan.

“Cantiknya isteri abang.. Ni yang buat abang tak tahan ni..” ujarnya sambil tersengih-sengih.

“Awak jangan nak macam-macam.. Majlis tu akan bermula sebentar nanti.”

“Kalau dah siap jom kita turun ke bawah.. Kalau lambat, Abang akan...”

“Awak akan apa?”

“Nak cium mulut tu.. banyak pula soalan..”

“Yelah-yelah dah nak siaplah ni..” sekali lagi Mira membelek wajahnya di hadapan cermin. Dia sudah berpuas hati. Makeup yang ala kadar saja. Yang penting dia selesa.

“Dahlah tu dah cantik dah..  Abang pula yang rasa takut..”

“Kenapa pula awak nak rasa takut. Sepatutnya Mira yang rasa macam tu sebab nilah kali pertama Mira berdepan dengan tetamu korporat”

“Takut sayang dilarikan orang nanti.. Cantik sangat mesti orang suka. Jomlah.. nanti lambat pula..” sengaja tangan Iqbal menarik tangan Mira.

“Sengajalah tu nak pegang tangan Mira..”

“Eh mana ada? Apa kata mereka nanti kalau abang tak pegang tangan Mira? Terutama sekali di depan para tetamu papa tu..”

“Yelah-yelah.. Malam ni awak boleh pegang tangan Mira ni..” balas Mira mengalah.

“Terima kasih sayang.. inilah yang abang selalu inginkan..”

Mereka berdua terus keluar dari bilik menuju ke ruang halaman rumah.

Friday, 30 March 2012

Hanya Kau Milikku 9



Dalam pejabat yang agak besar itu Mira masuk sambil matanya gatal memandang persekitaran. Hatinya tertanya-tanya kenapa ketua Pengarah ingin berjumpa dengannya. Bak kata Kak Rosnah, bukan calang-calang orang yang panggil masuk untuk berjumpa dengan ketua pengarah syarikat itu. Tapi siapa pula yang menjadi ketua pengarah syarikat itu?

Kerusi yang diduduki oleh seseorang itu dipusing oleh si duduknya. Wajah itu tersenyum mesra kearah Mira. Buat seketika Mira agak terkejut juga. Dia tidak menyangka orang di hadapannya kini ialah bapa mertuanya. Dia sebenarnya belum begitu mengenali keluarga di sebelah suaminya kerana selepas majlis akad nikah itu dia mengikut suaminya tinggal di rumah berasingan dari keluarganya.

“Duduk Mira.. papa ada perkara nak bincang dengan Mira” Terkejut Mira apabila mendengar Dato itu membahasakan dirinya papa!

“Terima kasih Dato..”

“Jangan panggil Dato.. panggil papa lagi mesra” Dato Ismail tersenyum lagi bila Mira memanggil gelarannya. Bukannya papa!!

“Tapi..”

“Tak ada tapi..tapi.. Mulai sekarang, Mira kena panggil saya papa..”

Mira terkedu. Baik betul bapa mertuanya ini. Namun dia dapat merasakan ibu mertuanya tidak sebaik ini. Sebab di hari pernikahan mereka, dia sempat di ejek dan di sindir oleh ibu mertuanya.

“Mira.. tujuan papa panggil  Mira kemari ialah untuk memberitahu, yang papa nak hadiahkan sebuah pakej bulan madu.. Lagi pun papa belum berikan hadiah perkahwinan kamu dengan Iqbal. Kamu pilihlah tempat kamu nak pergi berbulan madu.”

“Tapi da.. pa.. Mira baru je keja.. Nanti apa pula kata pekerja lain?” soal Mira. Itu hanyalah alasannya saja. Kalau boleh dia tidak mahu kemana-mana dengan suaminya itu.

“Jangan dengar cakap dia orang. Mirakan menantu papa. Walau pun sekarang mereka tidak tahu Mira menantu papa tapi suatu hari nanti mereka harus tahu juga. Jadi papa boleh tentukan apa yang terbaik buat kamu berdua” terkedu seketika Mira. Tak sangka bapa mertuanya ini terlalu baik hati. Tidak sampai hatinya ingin menolak pelawaan baik dari bapa mertuanya.

“Nantilah Mira bincang dengan Iqbal..”

“Tak payah bincang.. Papa nak kamu berdua ambil cuti dan pergi bulan madu..” ada nada tegas di hujung suaranya..

“Baik pa.. tapi bukan buat masa sekarang. Apa pun Mira kena bincang dengan Iqbal dulu.”

“Baiklah.. Kamu bincang elok-elok dulu.”

Dengan perlahan Mira mengangguk sahaja. Nak pergi bercuti kat mana? Dia manalah tahu tempat yang menarik.. Aduh masalah ni.. Sebenarnya dia takut untuk berdua-duaan dengan Iqbal Iskandar. Tapi bapa mertuanya seakan-akan mengharapkan hubungan yang baik antara mereka.

........................................................

Ketika baru menyeberang jalan, Mira ternampak seorang lelaki tua yang terjatuh. Dia segera mendapatkan lelaki tua itu. ‘Kasihan mengapa tiada anak atau cucu yang menemankan dia. Dan sampai hati pula anak atau cucunya membiarkan dia berjalan sorang-sorang.’ Bisik Mira dalam hati.

“Atuk tak apa-apa?” tanya Mira.

Lelaki tua tadi mengangkat mukanya. Memandang ke arah gadis yang menegurnya. Hairan juga kerana ada juga orang yang mahu menegurnya.

“Atuk tak apa-apa. Terima kasih kerana sudi menolong atuk. Anak siapa nama?” soal Lelaki tua itu.

“Mira. Ni atuk nak pergi mana ni?” tanya Mira lagi.

“Atuk nak pergi ke pejabat tu..” sambil menunjukkan arah tempat yang di maksudkan.

“Saya pun nak balik ke sana juga. Saya kerja kat situ. Apa kata saya temankan atuk ke sana” ujarnya ramah. Bukan salah tolong orang. Terutamanya umur atuk itu seperti sama dengan umur neneknya. Teringat pula dia pada nenek kesayangannya itu.

“Baiklah terima kasih..”

“Sama-sama. Dah jadi tanggungjawab saya menolong orang yang susah.”

Mira memimpin tangan lelaki tua itu. Nampak bersih saja penampilannya. Mungkin dia bukan calang-calang orangnya. Tetapi atas urusan apa dia nak pergi ke pejabat tempat dia bekerja itu? Arghh!! Buat apa menyemak fikiran dengan pertanyaan yang tiada jawapannya..

“Atuk sebenarnya nak jumpa siapa? Mana tau Mira boleh bawa atuk jumpa dia.”

“Atuk nak jumpa Dato Ismail. Boleh ke?” soal lelaki tua itu tadi.

“Oh.. boleh-boleh.. Biar Mira bawa atuk jumpa dia.”

‘Buat apa lelski tua itu nak jumpa Dato Ismail. Selama ini Iqbal tidak pernah cakap pun dia punya seorang atuk. Atau dia tidak berkesempatan untuk memberitahu kepada dirinya.’ Bisiknya dalam hati.

Sampai di depan pintu pejabat milik Dato Ismail, Mira mengetuk pintu tersebut.

“Masuk..” kedengaran suara dari dalam menyuruhnya masuk. Mira menjempuk lelaki tua itu masuk.

“Papa ada orang nak jumpa!” ujar Mira. Walau pun janggal dia menyebut perkataan papa namun dia harus membiasakan dirinya.

Kelihatan lelaki tua itu terkejut. Dato Ismail mengangkat mukanya.

“Sejak bila pula kau ada anak perempuan?” soalnya bila memandang Dato Ismail yang tersenyum lebar.

“Maaflah Pakcik.. Ini menantu Mail. Isterinya si Iqbal. Mira Syafika namanya. Mail tak sempat nak bagitahu masa tu Pakcik masih kat oversea..” kelihatan Dato Ismail bangun dari kerusi yang didudukinya menuju kearah ruang sofa yang terletak di sudut tepi bilik itu.

“Bertuah punya budak. Dah beristeri pun dia tak cakap” ujar lelaki tua itu. Mira hanya menjadi pemerhati dan mendengar. Memang pun Iqbal Iskandar jenis yang sudah nak di jangka perangainya. Rupa-rupanya bukan dia saja yang berpendapat demikian.

“Papa, Mira keluar dulu ya. Dah nak masuk waktu kerja ni.. Atuk, minta maaflah Mira tak kenal dengan atuk tadi” ujar Mira Syafika.

“Tak apa. Terima kasih sebab tolong atuk tadi..”

“Sama-sama..” jawab Mira.

Dia segera keluar dari bilik Dato Ismail. Terus menuju ke departmetnya sendiri. Takut terlewat nanti. Di tambahkan lagi kalau Iqbal mencarinya nanti.

“Cantik dan baik betul budaknya. Pandai Iqbal pilih perempuan jadi isterinya” ujar Encik Fuad.

“Entahlah Pakcik. Budak-budak. Mail pun tak tau nak cakap macam mana. Yang  sebenarnya mereka kahwin bukan di sebabkan mereka dah lama bercinta. Tetapi sebab kena tangkap khalwat” selamba saja Dato Ismail memberitahu.

“Apa?? Kena tangkap khalwat? Kenapa jadi macam ni?” bukan main terkejut lagi Encik Fuad mendengarnya. Iqbal Iskandar ni memanglah! Kalau dia tengok gadis tu, macam budak yang baik. Tapi apa yang di dengarnya kini, gadis itu terpaksa berkahwin dengan Iqbal kerana di tangkap khalwat.

“Pakcik, bukan tak tahu si Iqbal tu. Dia mesti dapat apa yang dia nak!” jawab Dato Ismail.

“Apa maksud Mail?” soal Encik Fuad ragu-ragu.

“Penahan cinta pandang pertama. Sebab itu jadi begini” ujar Dato Ismail sambil ketawa.

“Budak bertuah tu. Termasuk dengan budak Mira ni?” soal Encik Fuad pula.

Dato Ismail mengangguk. Encik Fuad menggeleng. Tak sangka sungguh bila dia mendengar kata Dato Ismail. Iqbal ni macam-macam perangainya.

“Pada mulanya Mail memang tak percaya mendengar cerita dari mulut Iqbal. Tapi melihat akan kesungguhannya, barulah Mail percaya. Yelah kahwin bukan perkara yang boleh di bawa main.. Ibu bapa mana yang tak risau tentang masa depan anaknya. Tapi Mail bersyukur sangat kalau Iqbal ada pendirian yang begitu.”

“Hei macam-macam dunia sekarang” ujar encik Fuad bila mendengar cerita dari mulut Dato Ismail. Apa pun dia memang berkenan dengan Mira yang merupakan gadis yang baik hati, bersopan santun dan menghormati orang tua. Jika dibandingkan dengan Rozie cucunya sendiri pun dia sokong untuk memilih Mira. Entah cucunya yang seorang itu pun ikut perangai bapanya juga. Dalam diam dia berdoa semoga jodoh mereka berpanjangan. Iqbal Iskandar memang tidak dapat di duga perangainya. Dia seorang lelaki yang berani untuk mendapatkan kebahagiaannya. Bukan sepertinya pada masa dia muda dulu.

“Termenung jauh nampak. Pak cik ada apa-apa ke datang nak jumpa Mail ni?” soal Dato Ismail. Dia sudah menganggap orang tua itu seperti ayahnya sendiri.

“Adalah.. semenjak akhir-akhir ini Pakcik rasa tak begitu sihat. Mungkin sebab dah tua agaknya..” luah Encik Fuad.

“Lumrah hidup Pakcik. Memang macam tu.. inikan pula Pakcik, Mail pun kadang-kadang penat juga bila memikirkan kerja. Kadang-kadang Mail terpikir nak serahkan saja syarikat ini pada Iqbal.”

“Ada baiknya kamu lepaskan kerja kamu sekarang. Percayalah pada Iqbal. Dia akan melakukan yang terbaik. Nampak saja rupanya yang suka main-main, tapi soal kerja dia amat serius” Encik Fuad memberi cadangan.

“Itulah yang saya tengah fikirkan. Tapi Mail nak bagi peluang untuk mereka berbulan madu dulu. Lepas tu barulah saya letak jawatan.”

“Eloklah tu. Mana tau kamu dapat cucu dengan cepat.. Boleh jugalah Pakcik menumpang kasih..”

Mereka berdua ketawa. Memang banyak cerita jika mereka berdua bertemu. Bukan selalu mereka meluangkan masa bersama seperti sekarang ini. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

“Berbalik pada tadi, Mail dah jumpa ke dengan anak perempuan arwah Megat?”

“Setakat ni belum Pakcik. Kenapa?” soal Dato Ismail. Kedengaran Encik Fuad mengeluh. Entah apa yang menyebabkan orang tua itu mengeluh pun dia sendiri tidak tahu.

“Sebenarnya hari tu, Ruslan ada datang jumpa Pakcik.”

“Kenapa dia datang jumpa Pakcik?”

“Dia nak Pakcik wariskan harta Pakcik atas nama dia. Anak tak mengenang budi!! Kalau pasal harta cepat je dia tu!!” kedengaran keras saja bunyi yang keluar dari mulut Encik Fuad.

“Wariskan harta? Dari mana dia dapat tahu Pakcik wariskan harta pada anak arwah Megat?”

“Entahlah. Orang yang berhati busuk memang macam tu. Pakcik pun tak tahu macam mana dia boleh tahu hal itu!” ujar Encik Fuad samba mengeluh. Sakit hatinya bila mengenangkan Ruslan sanggup datang bergaduh dengannya gara-gara wasiatnya itu.

“Mungkin dia upah orang untuk siasat kot!” ujar Dato Ismail.

“Mungkin juga. Saya tak pernah sebut berapa nilai harta tersebut pada dia. Sebab dia seorang yang tamak. Nama saja pangkat Tan Sri, tapi dia langsung tak hormat pada Pakcik.” Keruh sekali wajah tua itu. Memang perangai Tan Sri Ruslan berlainan benar dengan perangai arwah Megat. Mereka berdua adik beradik tiri. Arwah Megat merupakan anak dari isteri pertama Encik Fuad, manakala Tan Sri Ruslan anak kepada isteri kedua Encik Fuad.

Mungkin Tan Sri Ruslan mewarisi sifat buruk dari ibunya. Dia kenal benar dengan keluarga tersebut.

“Jangan-jangan dia pun turut cari anak arwah Megat tu!” ujar Dato Ismail.

“Ni yang Pakcik risaukan ni. Kalau boleh Pakcik nak sangat jumpa cucu Pakcik tu. Nak sangat peluk dia sebelum Pakcik menghembuskan nafas terakhir Pakcik.” Ada nada kesedihan di hujung suaranya.

“Kita akan berusaha cari dia Pakcik.. Semoga tuhan mempermudahkan kerja kita.”

“Harap-harap begitulah”

Mereka bergelak ketawa.

*************************

Iqbal Iskandar balik lewat malam itu. Bukan apa dia sudah lama tidak melepak dengan Amirul. Dia juga sibuk dengan kerja di pejabat juga banyak. Dengan perangai Mira lagi dia bertambah kusut. Bukannya ada jalan penyelesaiannya. Hanya dengan Amirul sajalah dia dapat meluahkan segala masalah yang di hadapinya. Dia merasa sungguh penat. Namun matanya sempat juga tertacap ke bilik di hadapannya.

Untuk kebilik tidurnya dia terpaksa melewati bilik tempat Mira tidur. Entah kenapa hatinya mendesak untuk menjenguk Mira. Walaupun hari-hari dia dapat menatap wajah Mira namun hari ini dia betul-betul sibuk dan tak berkesempatan melihat wajah itu.

Perlahan-lahan tombol pintu di pulas, bibirnya mengukir senyum kerana bilik itu tidak berkunci. Argh nasib menyebelahi dia. Mungkin juga Mira terlupa untuk menguncinya. Dengan hati-hati dia membukakan pintu dan melangkah masuk. Terasa macam pencuri pulak pun ada. Dia bukannya buat perkara tak baik, sekadar untuk melihat wajah gadis itu sahaja. Naluri lelakinya yang mendesak.

Suasana bilik itu agak suram, hanya lampu tidur di tepi katil yang terpasang. Jadi tidak sukar bagi Iqbal menyelinap masuk ke bilik itu. Matanya terus terpaku pada susuk tubuh yang nampak tidur mengereng dengan lena sambil memeluk bantal panjang. Seperti bayi, nafasnya teratur di balik selimut tebal yang membalut tubuhnya. Hanya wajahnya sahaja yang kelihatan. Lama dia merenung wajah polos itu sebelum mengambil keputusan untuk duduk di tepi katil. Inilah peluang dia untuk menatap wajah itu dengan sepenuh hati tanpa ada gangguan.

Wajah itu cukup sempurna, manis dan tenang. Setiap inci wajah itu di tenung. Terasa ingin sekali membelai wajah itu. Siang dan malam wajah itu sentiasa hadir dalam mindanya, malah mimpinya juga di penuhi dengan wajah itu. Begitu comel dan dia benar-benar terpesona. Tak puas dia menatap wajah itu. Perlahan-lahan tangannnya mengelus lembut wajah di hadapannya, begitu berhati-hati agar gadis itu tidak terjaga. Tidak dapat di bayangkan apa tindakan gadis itu sekiranya dia terjaga. Dia tersenyum sendiri.

“Aa..awak..?” Iqbal Iskandar terbangun bila tiba-tiba Mira terjaga. Sama-sama kalut. Mira segera bangkit dari tidur. Kepalanya terasa pening kerana terjaga dalam keadaan yang terkejut bila terasa ada sesuatu merayap pada wajahnya. Dia takut pada lipas yang sebenarnya. Tapi rupa-rupanya bukan lipas. Yang merayap tadi ialah tangan Iqbal. Iqbal Iskandar kembali duduk di tepi katil. Mira sudah pun bersila di atas katil dengan wajahnya tajam merenung Iqbal.

“Aa..Awak buat apa kat sini?” mencerlung tajam jelingan Mira sambil bangun dari pembaringannya. Kemudian dia turun dari katilnya.

“Sorry… Abang tak ada niat nak ganggu. Saja nak tengok muka sayang hari ni!” ujar Iqbal.

Terasa dia ingin mengusap rambut Mira yang sedikit kusut itu supaya nampak lebih kemas. Biar lebih cantik walaupun dia memang sudah cantik. Pakaian tidur Mira nampak seksi pula dimatanya. Mungkin masa tidur barulah Mira memakai pakaian tidurnya agar dia selesa untuk tidur. Tiba-tiba perasaannya terasa tidak dapat di kawal. Badan Mira di peluknya. Biarlah Mira marah kepadanya dia tidak peduli. Dia sudah tidak tahan setiap hari dia hanya mampu memandang wajah itu dari jauh sahaja. Mira memberontak.. Berusaha melepaskan diri dari pelukan Iqbal Iskandar.

“Hei apa ni!! Peluk segala.. Mira tak suka!!” marah Mira. Dia terkejut apabila Iqbal Iskandar tiba-tiba memeluknya. Dada Iqbal di pukulnya bertalu-talu. Namun apakan daya dia.

“Mira sayang..” dengan nada lembut sahaja. Sengaja dia melambat-lambatkan percakapannya. Rambut Mira di belai. Haruman syampu masih terasa. Rambutnya yang sedikit basah itu membuatkan dia terbuai.

“Sayang sedar tak, yang sayang ni gadis yang sangat bertuah dapat kahwin dengan abang!”

Iqbal Iskandar berbunyi berlagak sombong. Matanya tak lekang dari menatap setiap inci wajah yang berada dalam pelukannya. Semuanya nampak menarik dan sempurna. Sebenarnya dia ingin menebak perasaan Mira terhadapnya.

“Huhhhh!! Ye ke saya ni gadis bertuah? Atas tiket apa awak boleh kategorikan saya ni bertuah? Memang saya gadis bertuahlah sangat-sangat kerana menjadi mangsa rakus awak dan terpaksa berkahwin dengan awak. Awak ingat saya suka semua yang berlaku ni?” tengking Mira menahan marah.

“Abang tak kisah sebab abang percaya suatu hari nanti sayang hanya akan jadi milik abang. Walaupun sayang bencikan abang, tapi suatu hari nanti hati sayang itu akan tetap jadi milik abang. Hanya kau milikku!” selamba saja dia berkata demikian. Sengaja dia menaikkan darah Mira.

“Awak!!!!!!!!” sekali lagi Mira melepaskan amarahnya. Memang lelaki ni perlu di ajar. Semakin hari semakin menjadi perangainya. Langsung tidak hormatkan dirinya.

Sebuah kucupan lembut singgah di dahi Mira membuatkan Mira terkesima. Dia menelan air liur. Sambil memandang wajah lelaki itu. Dia nampak begitu tenang dan yakin akan kata-katanya sebentar tadi. Semakin membaralah amarah di hati Mira. Matanya mula berkaca akibat menahan marah.

“Awak jangan terlalu yakin sangat. Ya memang saya jadi milik awak dari dulu lagi. Puas hati! Lagi satu saya tak suka awak sentuh dan peluk saya macam ni” balas Mira setengah menjerit.

“Tapi bukan hati sayang tu. Suatu hari nanti, hati sayang tu akan jadi milik abang selamanya..” bisik Iqbal sekali lagi di telinga Mira. Kali ini nadanya begitu lembut sekali. Iqbal tersenyum. Hatinya puas. Suatu malam yang cukup bermakna dalam hidupnya selama mereka bergelar suami isteri walau pun hanya sekejap. Dia melepaskan pelukannya.

“Lebih baik awak keluar sekarang” Mira menuju ke pintu dan membukanya. Sebelum apa-apa berlaku lebih baik dia menghalau Iqbal keluar dari bilik tersebut.

“Okey, abang pergi sekarang. Abang pun nak singgah sekejap je tadi.“

 Iqbal Iskandar mengangkat kedua-dua tangan seakan-akan menyerah. Sambil itu dia mengatur langkah perlahan kearah pintu. Mira yang masih berdiri di pintu sempat mengelak apabila Iqbal mengangkat tangan untuk menyentuh pipinya.

“Selamat malam dan jangan lupa mimpikan yang indah-indah bersama abang ye..” sempat Iqbal Iskandar bersuara sambil menghadiahkan senyuman sebelum keluar dari bilik Mira.

Mira mengurut dada. Lega kerana lelaki itu sudah keluar dari biliknya. Cepat-cepat dia menutup pintu dan menguncinya. Bimbang kejadian tadi berulang. Entah bagai mana dia boleh terlupa mengunci bilik sedangkan selama ini dia tidak pernah lupa untuk menguncinya.

 Dia kembali baring di atas katilnya. Namun matanya berdegil tidak mahu tidur. Mungkin kerana peristiwa tadi membuatkan dia sentiasa terbayang-bayang.

************************************

Pagi ini Mira sudah terlambat. Gara-gara tidak dapat tidur malam tadi, akhirnya dia terlanjur tidur. Segalanya kelam kabut sahaja. Lagipun kalau boleh dia tidak mahu menumpang dengan Iqbal. Tetapi hari ini dia terpaksa menumpang dengan lelaki itu. Bukan senang nak dapatkan teksi waktu ini. Kalau dapat pun mesti dia lambat sampai kat pejabat. Bila di kenang kembali, Mira semakin geram. Dari hari ke hari ada saja yang Iqbal Iskandar buat kepadanya.

Sekarang dengan selamba sahaja Iqbal menyuruhnya naik kereta bersama. Seribu alasan yang dia berikan, satu pun tidak melekat di kepala lelaki itu. Sudahnya sekarang dia buntu mahu memikirkan seribu alasan untuk di berikan kepada yang bertanya. Bukan dia tidak tahu dari hari pertama dia masuk kerja sudah ada tersebar gossip yang kurang enak di dengar. lainlah Iqbal, dia tidak akan berdepan dengan masalah. Keluar saja dari kereta dan kemudian masuk ke bilik. Lelaki itu sudah selamat. Persoalannya dia yang mungkin di soal oleh pekerja di situ.

“Kenapa ni?” soal Iqbal sejak dari rumah lagi dia langsung tak melihat senyuman di bibir Mira dan juga suaranya. Entah apa yang di fikirkan sang isterinya itu.

“Saya takut ada gossip pasal kita” Iqbal Iskandar tergelak kecil. Itu rupanya persoalan besar yang mengganggu Mira. Yang membuat bibir mungil itu sedikit muncung. Mira menjeling tajam. Dah malam tadi lelaki itu buat hal. Pagi-pagi ni dia terpaksa berdepan dengan karenahnya sekali lagi.

“Besar sangat ke masalah tu?”soalnya bersama sisa senyum yang membungai bibir. Mira membuang pandang. Menarik beg tangan lalu di sangkut ke bahu. Malas nak melayan Iqbal Iskandar yang menganggap soalan itu tidak penting.

“Jawab sajalah apa yang patut. Lagi bagus kalau mereka tahu sayang tu isteri kepada bos mereka. Biar padan muka mereka.”

Sebenarnya dia geram bila mengingatkan status bujang yang dikatakan oleh Mira tempoh hari. Apa lagi pekerja lelaki mulalah nak menggatal. Mana dia tak sakit hati. Maklumlah orang cantik memang ramai yang berminat. Sekali lagi dia berasa cemburu terhadap Mira..

Tangan Mira terhenti di pintu kereta. Berpaling sambil melawan renungan redup Iqbal Iskandar. Sedikit terpana apabila satu kenyitan nakal di hadiahi Iqbal Iskandar padanya. Sedikit sebanyak berjaya membuat jiwanya sedikit bergetar. Namun, perasaan itu cepat-cepat di campakkan jauh dari hatinya. Hubungannya dengan Iqbal Iskandar tidak memerlukan semua itu.

“Sayang tunggu apa lagi tu?” Iqbal Iskandar mengusik lagi. Mira sudah menarik muka masam. Terasa semakin di permainkan.

“Awak pergi dulu. Nanti Mira masuk kemudian.”

Iqbal Iskandar berhenti melangkah. Berpaling sambil sebelah mencekak pinggang.

“Apa yang you takutkan sangat ni? Dah, come, masuk office. Sebelum saya membuat perkara yang menarik perhatian mereka nanti. Awak nak gosip hangat ker?” Iqbal Iskandar bersuara lagi. Sempat mengangkat kening sambil tersenyum nakal.

Tanpa banyak bicara Mira mula melangkah. Sama-sama mengatur langkah menuju ke ruang pejabat. Dan bagai di jangka Liza bagai sudah tergambar apa yang sedang bermain di fikiran.

“Good morning, Encik Iqbal.” Tegur Liza selaku setiausahanya.

“Morning..”

“Sama-sama masuk pula hari ini” tiba-tiba Liza mengusik. Dia perhatikan wajah bosnya berseri-seri namun wajah gadis itu masam mencuka. Hari ini baru dia nampak mereka berjalan berdua. Selalunya dia dengar dari rakan sekerja yang lain sahaja.

“Dah memang jalan kami sehala. Tak salahkan saya tumpangkan dia?” jawab Encik Iqbal.

Penipu!!. Banyaklah alasan kau tu, bentak Mira dalam hati. Pagi-pagi begini dia sudah tidak ada mood di buatnya. Walaupun alasan sudah di berikan oleh bos mereka. Namun mereka tetap tidak puas hati bila melihat wajah Mira yang tidak senang dengan jawapan bosnya itu. Sebaik saja Mira melabuhkan punggung di kerusinya terus saja mereka bertanya.

“Kamu dengan bos tu ada apa-apakah? Saya tengok bos caring sangat dengan kamu. Perangainya peliklah. Biasanya dia tak nak layan perempuan lain sebaik itu.”

“Ye ker? Tapi saya tak suka dengan perangai dia tu.. Boleh timbul gossip tau tak!” jawab Mira dengan perasaan tak senang hati.

“Kamu berdua ada apa-apa ke?” soal Liza.

“Kamu tanyalah kat bos. Mira tak dapat bagi jawapan sekarang. Lagi pun Mira baru je keja kat sini. Mira tak tahulah perangai bos tu macam mana?” Mira cuba berdalih. Takut juga kalau rahsia mereka terbongkar.

Selepas itu dia terdengar bunyi pesanan ringkasnya masuk.

 ‘Jangan marah pagi-pagi ni nanti cepat tua. Sayang awak tau.’

Menyampahlah dengan sms awak ni. Mira menarik muka masam. Tak boleh nak layan sangat. Makin di layan makin menjadi perangainya nanti.

**************************************

Petang itu habis saja waktu kerja terus Mira bergegas keluar menunggu teksi. Dia tidak mahu menumpang dengan bos mereka. Kedatangan bersama pagi tadi pun sudah ada yang berbisik-bisik melihat mereka.

Jam di tangan asyik di tilit. Pada hal teksi susah nak dapat pulak hari ni. Rakan-rakan yang lain sudah pulang. Menyesal pula dia tak tumpang dengan Kak Ros tadi.

Hon kereta berbunyi. Mira memandang sepi. Hujan mula nak turun. Macam mana ni? Takkan aku nak tumpang dia lagi. Mesti gossip pula nanti.

“Naiklah.. Hari nak hujan ni..” jeritnya dari dalam kereta.

Mira menggeleng kepala. Dia memprotes. Dengan geram Iqbal Iskandar keluar dari kereta lalu menarik tangan Mira. Terpaksa juga dia gunakan kekerasan. Kalau tidak isterinya akan tetap berdegil.

Dalam kereta, Iqbal menegur.

“Sayang ingat boleh lari dari abang ker? Kenapa tak tunggu abang tadi. Susah-susah je abang mencari-cari Mira kat dalam” Suara lembut kedengaran di telinga Mira. Mira mencebik saja. Tanda protes.

Iqbal Iskandar hanya tersenyum. Dia tahu apa yang bermain-main di fikiran Mira. Dari wajah cemberutnya dia tahu Mira tidak puas hati dengan tindakkannya tadi. Namun ada kalanya dia harus berkeras dengan gadis itu untuk kebaikannya juga.