Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Saturday, 17 March 2012

Hanya Kau Milikku 7



Selesai upacara perkahwinan di kampung nenek Nab itu, sudah pasti mereka yang sah di gelar suami isteri itu akan pulang ke Kuala Lumpur. Betapa sedihnya hati Mira untuk berpisah dengan Nenek Nab. Dia juga risau bagai mana kehidupannya selepas berkahwin nanti. Semua persoalan itu berkecamuk dalan sarang otaknya.

Nenek Nab di peluk erat. Sepertinya dia tidak mahu melepaskan pelukan. Hatinya benar-benar terluka pada saat ini. Namun dia cuba untuk berselindung supaya tiada orang yang tahu betapa sakit hatinya pada ketika ini.

Pelbagai nasihat dan tunjuk ajar yang di luahkan oleh Nenek Nab. Mira Syafika hanya mengangguk lesu. Mampukah dia melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri sedangkan dia tidak bersedia lagi, di tambah lagi dengan perkahwinan yang seakan membunuh dirinya sendiri.

Dia melihat Iqbal Iskandar tersenyum manis. Sial kau tersenyum bangga kerana berjaya menipu aku dan keluarga aku. Biarlah kau senyum sepuas puasnya sekarang. Kau belum kenal siapa aku Iqbal Iskandar. Desis hatinya.

“Pak Su, Mira minta diri dulu ya. Kalau ada apa-apa hal Pak Su terus telefon Mira tau. Jaga nenek baik-baik” terasa ada air jernih menuruni pipinya. Dia sudah tidak tahan lagi untuk berdiri lama di situ. Nanti meraung pula jadinya.

Dalam perjalanan Mira hanya berdiam diri. Pandangannya hanya dilemparkan kearah luar tingkap. Begitu juga dengan Iqbal Iskandar yang memandu dengan cermat. Sesekali dia melemparkan pandangan kearah Mira. Namun wajah Mira tidak sedikit pun berganjak dari memandang ke sebelah tepi.

“Abang ni tak cukup handsome ke sampai Mira tak sudi pandang muka abang. Orang lain nak saja bersusun nakkan abang tapi isteri abang tak pandang pun muka abang ni..” dia cuba mengusik. Dia lebih suka mendengar Mira bising daripada mendiamkan diri.

“Biarlah kalau orang lain nak bersusun nakkan awak. Bukan hal saya pun..” Mira hanya mencebik. Malas dia nak layan perangai Iqbal Iskandar yang gila itu. Dia tidak faham kenapa Iqbal Iskandar suka mengusiknya. Sejak dia bergelar isteri kepada lelaki itu boleh dikatakan ada saja modal untuk mengusiknya. Malas dia mahu bertanya nanti jawapannya akan menyakitkan hatinya juga. Dalam hatinya dia sudah nekad untuk menyatakan hasratnya.

“Boleh berhenti kat stesen teksi depan tu tak?” kali ini baru dia teringat sesuatu.

“Kenapa berhenti kat sana?” soal Iqbal hairan.

“Saya nak balik ke rumah sewa.”

Mira memandang ke arah Iqbal Iskandar. Kemudian dia melemparkan pandangan ke depan. Matanya melilau mencari stesen bas atau stesen teksi.

“Nak buat apa balik sana. Kita balik rumah abang. Lagi pun abang penatlah.”jawab Iqbala lagi. Terasa letih benar rasanya. Kalau boleh jumapa bantal dan tilam ni pasti dia akan tidur sepuas-puasnya.

“Tapi saya nak balik rumah sewa saya juga. Awak penatkan? Apa kata berhenti kat mana-mana stesen bas atau stesen teksi. Nanti pandailah Mira carikan bas atau teksi. Boleh? ” dia menjawab geram.

“No...no..no.. abang tak akan benarkan. Mira kena tinggal kat rumah abang. Lagipun rumah abang besar dan muat untuk Mira seorang duduk” jawab Iqbal Iskandar.

“Saya nak tinggal kat rumah sewa tu. Lagi pun esok saya kena masuk keja? Barang-barang saya semua tinggal kat situ” Mira mendegus marah. Apa sajalah yang di buatnya semuanya serba tidak kena di mata lelaki itu. Makin menambahkan sakit hatinya adalah.

“Abang cakap tidak boleh! Asal awak ni degil sangat! Kita terus balik ke rumah abang. Pasal pakaian tu nanti kita belikan yang baru” jawab Iqbal Iskandar tegas.

Dia tahu mesti itu yang Mira inginkan. Tidak mahu hidup sebumbung dengannya. Namun dia tidak akan sesekali membiarkan Mira tinggal di tempat lain. Yang sebenarnya dia sudah tidak sanggup untuk berjauhan dengan isterinya itu. Biarlah kekadang dia terpaksa menyakiti hati Mira. Tetapi itu semua untuk kebaikkan rumah tangga mereka. Lalu kata maaf keluar dari hatinya.

‘Maafkan abang Mira, Abang tak akan benarkan Mira jauh dari pandangan abang. Abang sayangkan Mira, cintakan Mira sepenuh hati abang. Abang tahu abang banyak buat salah dan dosa pada Mira, Sebab itulah abang nak jaga Mira. Lagipun Abang dah berjanji dengan Nenek Nab dan Pak Su untuk menjaga Mira.’ bisik Iqbal di dalam hati.

‘Awak bukannya cinta atau sayangkan saya pun. Cakap saja yang awak mahu balas dendam atas apa yang berlaku beberapa tahun lalu. Tapi tak bolehkan awak lepaskan saya hidup dengan tenang. Saya tak percaya pada cinta dan sayang awak tu. Kalau betul awak sayang dan cintakan saya, awak tak akan tergamak memperlakukan saya seperti binatang. Awak juga tidak tergamak menjatuhkan maruah saya dan keluarga saya. Semua itu awak tak berhak nak lakukan. Awak buat saya tiada pilihan dan terpaksa menanggung akibat diatas apa yang awak lakukan.’ujar Mira di dalam hati. Masing masing mendiamkan diri.

Tanpa sedar air mata itu turun ke pipi. Dia tidak tahan menanggung sarat beban di otak dan hatinya kini. Hidupnya sudah hancur. Itulah perkara yang bermain-main dalam fikirannya kini. Tiada kegembiraan seperti dulu walau pun sepatutnya dia harus berasa bersyukur kerana Iqbal Iskandar mahu bertanggung jawab di atas apa yang berlaku.

Iqbal Iskandar mengeluh perlahan. Dia juga sakit hati bila mengenangkan kembali dengan apa yang di lakukannya terhadap Mira. ‘Maafkan abang Mira. Abang melakukan begitu supaya abang dapat memiliki Mira. Salah Mira juga tidak pernah memberi ruang kepada abang untuk menunjukkan perasaan abang yang sebenarnya.’

Akhirnya Mira terlelap dalam tangisan yang masih bersisa. Iqbal Iskandar memberhentikan keretanya didepan rumah. Dia sudah lama tinggal di rumah itu sejak dari universiti lagi.

“Mira bangun sayang, kita dah sampai ni..” Perlahan tangannya mengelus lembut pipi isterinya itu. Mira yang terasa seperti ada tangan merayap di mukanya terus terkejut. Matanya terus terbuka dengan besar.

“Apa awak buat ni? Gatal” sumpah Mira. Iqbal Iskandar tersengih-sengih nakal.

“Memang abang gatal pun dengan isteri sendiri apa salahnya. Lagipun kita sudah suami isteri yang sah” Iqbal cuba mengusiknya suka dia melihat lagak Mira yang sedang marah. Mira masih termangu-mangu melihat keadaan sekeliling rumah itu. Iqbal Iskandar sengaja menarik tangan Mira supaya keluar dari kereta.

“Lepaskan tangan Mira. Mira tak suka. Sakit tau.”

“Sorry kalau abang terpegang kuat, bukan apa abang takut Mira nak lari. Ni rumah saya dan kita akan tinggal rumah ni dan bukannya di rumah keluarga saya atau pun di rumah keluarga awak. Jomlah masuk. Ni lah rumah abang.”

 Mira masih terpaku lagi. Iqbal Iskandar sudah bersedia menjinjing beg pakaian yang di keluarkan dari bonet kereta.

Besar betul rumah dia ni. Memanglah dia anak Dato tapi tak tahulah dia punya rumah sebegini besar. Memang betul pun tadi dia cakap rumahnya besar untuk mereka berdua. Matanya masih melilau keadaan sekeliling.

Mira masih berdiri sambil berkira-kira. Belum sempat dia mahu bersuara kedengaran pula suara Iqbal menjemputnya masuk.

“Jomlah masuk. Takkan awak nak berdiri kat sini sampai esok?” sekali lagi suara sindiran milik Iqbal mematikan lamunanku. Senyuman yang tadinya bersinar elok dibibirku bertukar sirna secara mendadak.
“Dia ni kenapa? Suka betul menyindir. Tegur elok-elok tak boleh ke? Dengus hatiku meluahkan rasa tidak puas hati. Lambat-lambat aku turuti juga langkah Iqbal melangkah mendaki tangga dan masuk ke dalam rumah itu.

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam rumah, sekali lagi aku terpegun. Hiasan dalaman rumah ini tidak terlalu sarat dan aku sukakannya. Lebih membuatkan aku bertambah suka adalah perabot-perabot yang digunakan. Semuanya kayu jati teguh dan kemas dengan hiasan ukiran yang mempunyai corak sama. Kemungkinan besar perabot-perabot itu ditempah khas dan bernilai tinggi.

“Sekarang awak boleh pilih bilik mana yang awak nak duduk kecuali bilik yang paling hujung tu. Itu bilik saya.” Ujarnya.

Pilih bilik? Kiranya kami tak duduk sebilik? Yahoo! Kiranya bebaslah aku nak bergerak. Aku sudah bersorak di dalam hati. Mataku memandang deretan bilik untuk membuat pilihan bilik yang akan aku diami. Ada empat bilik semuanya selepas ditolak bilik pertama yang boleh aku pilih. Hmm… bilik yang mana ya?

 “Ada bilik dekat bawah tak?” soal Mira lagi.

“Ada. Tapi kenapa nak bilik bawah ni?” soal Iqbal Iskandar pelik. Selalunya hanya pembantu rumah saja yang di berikan bilik bawah. Bilik dalam rumah tu ada lima. Dua kat bawah tu, satu bilik stor. Satu bilik untuk pembantu. Diatas ada tiga bilik. Satu bilik utama. Satu lagi bilik tetamu. Dan satu bilik khas untuk dia buat kerja. Macam mini ofis.

“Senang Mira nak ke dapur kalau haus ke apa ker!!!” jawab Mira. Banyaknya soal. Dalam kepalanya dia harus bijak memikir.

“Saya rasa lebih baik awak tinggal kat bilik atas tu. Kalau tak awak tinggallah sebilik dengan saya. Lagipun bilik saya tu besar. Awak pilihlah.” Iqbal tidak mahu mengalah.

Aku memejamkan mata sambil berfikir-fikir bilik mana yang perlu dipilih. Tanpa berfikir panjang, tanganku diangkat separas dengan bahu dan jari telunjukku ditunjuk ke arah salah satu deretan bilik itu.

“Okey, awak pilih bilik tu.” Ujar Iqbal tenang.
Aku pantas membuka mata. Ingin melihat bilik yang mana satu menjadi pilihanku. Bilik yang kedua dari hujung, bersebelahan dengan bilik yang tidak boleh aku pilih. Kelibat Iqbal sudah menghilang di sebalik pintu bilik yang aku pilih. Mungkin sedang meletak beg pakaianku.

“Oh ya, sebelum saya terlupa. Tinggal kat rumah ada peraturan. Awak tak boleh masuk ke bilik yang paling hujung tu. Awak tak boleh balik lewat. Awak perlu ada di rumah sebelum pukul 6.00 petang. So, awak perlu memasak sendiri kalau nak makan apa-apa. Dulu rumah ni rumah bujang, jadi tak ada barang-barang basah kat dapur tu. Kat dalam peti sejuk cuma ada air sahaja. Nanti kalau awak nak beli barang basah, minta duit dengan saya. Macam mana? Faham?” Dengan satu nafas dia menuturkan perkara yang perlu aku lakukan di rumah ni.

 “Terima kasih” jawab Mira acuh tak acuh.

“Sudah lama abang terima kasih sayang. Sayang saja buat tak faham.” Sekali lagi dia mengenakan Mira. Kekadang rasa geram tapi dalam masa yang sama dia rasa bahagia. Semuanya kerana kehadiran seorang gadis bernama Mira Syafika.

Mira menuju ke bilik yang di maksudkan Iqbal Iskandar. Pintu ditutup perlahan. Iqbal dah turun ke bawah dari tadi lagi. Bulat mataku memandang ruang dalaman bilik itu. Ada sebuah almari enam pintu, sebuah katil saiz King, sebuah meja solek dan sebuah sofa dua dudukan. Sangat sempurna. Isi bilik itu jauh berbeza dari bilikku di rumah nenek mahu pun di rumah sewaku dulu. Malah bilik ni jauh lebih besar dari bilikku.

 Setelah selesai menyusun pakaian di dalam almari, dia keluar dari bilik tersebut. Dia menuju ke dapur. Tiba-tiba tekaknya berasa haus pula. Dari tadi lagi dia tidak sempat meneguk air untuk menghilangkan dahaganya. Mana pula si Iqbal ni senyap saja. Mungkin dia tidur kot dahlah penat memandu tadi pikirnya. Dia membuka peti ais itu lalu mengambil air mati.

“Haus ker?”  kedengaran suara Iqbal dekat di telinganya. tak payah jawab pun dia tahu aku buat apa. Dia ni memang sengaja.

Hampir nak gugur jantungnya pada saat itu. Mira mengurut dadanya yang berdegup kencang kerana terkejut. Di jelingnya ke arah Iqbal. Dia merasa geram.

“Jangan jeling abang macam tu nanti abang cium baru tau. Tuangkan air abang sekali” Iqbal geram dengan jelingan dari Mira. Kalau di ikutkan hatinya mahu saja dia memeluk gadis itu biar dia tahu betapa rindu, cinta dan sayangnya pada gadis itu.

Mira cepat mengambil gelas dan menuang air mati untuk Iqbal lalu gelas itu di hulurkan. Dia perasan mata Iqbal galak meratah seluruh wajahnya itu. Dia ingin segera berlalu dari situ. Lemas rasanya jika dia berdepan lama-lama dengan Iqbal Iskandar.

Awak pergi bersiap kita keluar makan. Lepas tu kita beli barang dapur sekali.” Iqbal member arahan.

Aku masih belum berganjak dari tempat dudukku sedangkan dia sudah melangkah menghampiri biliknya.

“Awak nak pergi ke tak?” soalnya bila melihat aku masih belum berganjak dari tempat duduk tadi.

“Nak.” Sepatah saja aku menjawab sambil bangun dan berlari kearah bilik.

Tak guna dia membuka mulut. Jika dia berkata tidak pun pasti Iqbal akan memaksanya. Mira sudah bersiap hanya menunggu Iqbal Iskandar memanggilnya untuk keluar membeli barang keperluan dapur.



************************

Di perkarangan rumah Dato Ismail kelihatan Datin Mardiah sedang duduk bersama sang suami menikmati minum petang. Dia masih tidak percaya Iqbal satu-satunya anak tunggal mereka memilih gadis kampong sebagai isteri. Macamlah tidak ada perempuan lain yang di pilih...

“Sakit hati saya bang.. Kenapalah Iqbal boleh kahwin dengan perempuan kampung tu?. Jangan-jangan perempuan kampung tu sengaja perangkap Iqbal supaya mereka di tangkap khalwat tak?”

“Awak ni tak baik cakap macam tu. Kita tak boleh nak salahkan sapa-sapa. Mungkin ini  dah jodoh mereka kot. Mana kita boleh lawan takdir tuhan. Yang awak ni marah-marah ni kenapa?”

“Maunya Diah tak marah.. Ingatkan boleh berbesan dengan Tan Sri Ruslan. Nak jodohkan Iqbal dengan Rozie tu.. tapi ni pulak yang terjadi...” Datin Mardiah  mengeluh perlahan.

“Sudah..Sudahlah tu. Dah tertulis jodoh Iqbal dengan Mira tu.. Nak buat macam mana..? Biarlah.. Abang lagi suka tengok Iqbal dengan Mira tu.. Nampak macam perempuan yang baik-baik juga.” Ujar Dato Ismail.

“Yelah kita tengoklah nanti.. Perempuan baik-baik konon..”

Sekali lagi Datin Mardiah tidak puas hati. Dato Ismail hanya tersenyum melihat gelagat isterinya yang menarik muncung sebenarnya kepada dia suatu hari nanti. Dia pasti mungkin ada muslihat kenapa Iqbal berbuat demikian.



*********************

Awal pagi Mira sudah bersiap sedia ingin pergi bekerja. Biar pun apa cara Iqbal Iskandar melarangnya bekerja dia akan melawan juga. Kerana dia harus membayar balik hutang PTPTN dan dia ingin menghantar duit kepada Nenek Nabnya. Dia tidak kira. Itulah nekadnya.

Iqbal Iskandar menguap beberapa kali. Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Tidurnya malam tadi sungguh lena sekali mungkin di sebabkan dia letih kerana memandu jauh semalam. Nasib baiklah hari ini dia masih bercuti.

Tiba-tiba baru dia teringat Mira di bilik sebelah. Kelam kabut dia bangun dari katil dan menuju ke bilik Mira. Dia membuka pintu bilik Mira. Namun dia hampa bilik itu sudah terkemas rapi. Dia memanggil-manggil nama Mira namun tiada sahutan. Mana agaknya dia pergi. Jangan-jangan dia pergi kerja.

Aduh masalah lagi semalam dia lupa suruh Mira berhenti kerja di pasaraya itu. Mahu tidak mau dia pergi mandi dulu nanti barulah dia mencari Mira. Walau apa cara sekali pun dia harus menyuruh Mira berhenti kerja dari tempat lamanya itu. Selepas mandi, dia menuju kearah dapur makanan sudah terhidang di bawah tudung saji. Dia mencapai cawan lalu dituangnya air itu. Selapas minum dia terus memandu menuju tempat kerja Mira.

Dari jauh kelihatan Mira sedang berdiri di hadapan kaunter pembayaran. Iqbal tidak menunggu lama terus saja dia berjalan menuju ke kaunter itu. Mira pada ketika itu sungguh terkejut.

“Kenapa keluar rumah tak bagitau abang? Abang nak jumpa bos Mira sekarang” ayat yang berbentuk arahan itu kedengaran.

“Awak nak buat apa?” soal Mira seperti orang bodoh. Sedang dia tahu Iqbal sebenarnya tidak mengizinkan dia bekerja. Dia sengaja ingin membakar perasaan amarah Iqbal Iskandar.

“Nak bagitau awak berhenti kerja. Abang tak benarkan awak keja kat sini” terus dia menarik tangan Mira supaya mengikutnya ke pejabat.

“Awak tak boleh buat saya macam ni. Saya nak kerja juga. Lagi pun boringlah duduk kat rumah awak tu.” Mira mencebik. Malu juga dia dilakukan sedemikian. Semua pekerja memandang kearahnya.

“Lepaslah tangan tu. Sakitlah. Lagi pun tak elok orang pandang”sambung Mira lagi.

Perlahan Iqbal melepaskan tangan itu.

“Oh.. keluar rumah tanpa izin suami tu eloklah!” Iqbal membalas dengan nada yang keras sedikit.

Dia terpaksa berjumpa dengan Encik Mansur supaya Mira dapat berhenti kerja dalam masa 24 jam.

Setelah selesai perbincangan mereka akhirnya Iqbal membawa Mira pulang ke rumah. Sesampai sahaja di rumah laju saja langkah Mira menuju ke biliknya. Pintu di hempas kuat. Tanda protesnya terhadap Iqbal. Iqbal hanya melihat sahaja.

Di dalam bilik Mira menangis sepuas hatinya. Apalah malangnya nasib dia berjumpa dengan lelaki yang terlalu mengongkong hidupnya. Kerana lelaki itu jugalah rosak masa depannya dan membuatkan dia seperti perempuan yang tiada maruah.

Dia mendengar ketukan di pintu biliknya. Dia malas nak bangun membukanya. Dia pasti tiada orang lain yang mengetuk pintu biliknya selain dari Iqbal.

“Mira.. buka pintu ni Mira. Abang nak bincang dengan Mira ni.” Iqbal Iskandar cuba memujuk.

Lama juga Iqbal mengetuk pintu bilik itu. Namun sunyi sahaja tiada tanda bahawa pintu itu akan di buka. Paling merisaukan Iqbal kalau-kalau Mira cuba melakukan sesuatu yang di luar jangkaannya.

Dia terus berlari mencari kunci pendua bilik itu. Akhirnya dia  jumpa. Dengan perlahan dia membuka pintu bilik tersebut. Dia melihat Mira sedang menyembam mukanya ke bantal. Dia tahu Mira sedang menangis.

“Abang minta maaf..”kata Iqbal penuh kesal. Menyumpah diri kerana semalam dia tidak sempat berbincang perkara ini.

“Tapi Mira nak kerja. Nak bayar hutang PTPTN, nak kirim kat nenek Nab di kampung. Saya bukan orang kaya macam awak. Tak payah kerja pun boleh makan.”balasnya.

Akhirnya suara yang masih bersisa tangisan itu kedengaran.

“Abang faham. Pasal hutang PTPTN tu biar abang selesaikan. Duit belanja Nek Nab pula biar abang yang beri” katanya dengan berhati-hati.

“Mira tak nak berhutang budi dengan awak. Berilah kebenaran untuk Mira kerja. Sia-sia je Mira sekolah tinggi kalau tak bekerja.”

“Tapi itukan tanggungjawab abang. Abang boleh bayar semua hutang tu.”keras saja bunyinya. Siapa tidak geram bila isterinya mula berdegil untuk kerja.

“Awak faham tak, itu tanggungjawab saya sebagi seorang cucu kepada neneknya. Dan tanggung jawab saya sebagai seorang peminjam bagi biayai hutang pinjaman. Saya tak mahu pakai duit awak. Kalau duit itu hasil titik peluh saya sendiri, saya rasa amat bangga sekali. Tolonglah faham akan situasi saya ni. saya tahu awak mampu bayar semua tu. Tapi saya tak mahu berhutang budi dengan awak.”

Kemudian Iqbal Iskandar terdiam. Masih tiada jawapan yang keluar dari mulutnya. Otaknya masih ligat berfikir.

“Baiklah kalau abang tak nak bagi Mira keja, Mira nak balik kampung sajalah. Bagus lagi boleh jaga Nenek Nab. Lagi pun Nenek Nab bukannya sihat sangat sejak kebelakangan ni” kini Mira pula yang mengugut. Akhirnya Iqbal bersuara.

“Baiklah. Abang benarkan Mira kerja tapi dengan syarat”

“Syarat apa?”

“Kerja kat pejabat abang. Kalau tak, Mira tak boleh keja kat tempat lain.”

Mira mendegus lagi. Tidak habis-habis dia menggunakan kuasa vetonya itu. Lama dia berfikir. Akhirnya dia membuat keputusan.

“Baiklah”

Kemudian Iqbal terus keluar dari bilik itu meninggalkan Mira sendirian. Hatinya begitu geram dengan kedegilan Mira. Dia sebenarnya tidak mahu Mira bekerja. Kalau boleh jadi suri rumah sahaja. Lagi pun mereka tiada orang gaji juga. Tetapi dia tidak boleh mengikut kemahuan hatinya. Dia bimbang seandainya dia berkeras dengan Mira tidak mustahil dia akan kehilangan Mira. Perempuan yang sentiasa hadir dalam mimpi dan igauan tidurnya selama empat tahun ini. Tidak salah kalau aku mengalah kali ini daripada hati aku terseksa.

Masih ada banyak ruang dan masa lagi katanya di dalam hati. Segera handset di ambil lalu  mendail nombor Amirul.

Mereka berjumpa di tempat yang biasa di sebuah starbuck di KLCC. Itulah tempat mereka selalu berjumpa.

“Hai pengantin baru..” Amirul mula mengusik.

Iqbal Iskandar mencebik. Tahulah Amirul ada yang tak kena dengan sahabatnya itu.

“Macam mana sekarang? Puas hati kau?”

“Buat masa ni belum lagi. Dia masih marah dengan peristiwa yang lalu. Ni semua engkau punya pasal. Sekarang memang aku berusaha untuk menambat hatinya. Susah juga aku tengok gayanya. Tapi yang buat aku pening kepala ni pasal si Rozie nanti. Apa reaksinya kalau dia tahu aku dah berkahwin. Sebab hari tu dia tak ada kat Malaysia. Sebab itulah aku tak dapat jemput dia.”luahnya. 

“Itulah engkau. Buat apa nak peningkan kepala fikir si Rozie tu.tulah kau, ada orang nak kau tak nak. Dah orang tu tak nak kau pula terhegeh-hegeh. Tak fahamlah aku. Si Rozie tu apa kurangnya.”Amirul cuba mengusik.

“Banyak kurangnya..” Iqbal mengeluh sekali lagi. Kalau nak di bandingkan perwatakan Mira dan Rozie memang macam langit dengan bumi saja. Hanya dia sahaja yang mengenalinya.

“Lelaki bersifat kejam dengan perempuan yang paling dia suka.”ujar Amirul. Dia betul-betul tidak percaya Iqbal menyanjungi cintanya pada Mira.

“Mungkin betul juga cakap awak tu.. Bagi Mira aku ni mungkin bersikap kejam tapi hanya tuhan saja yang tahu betapa aku menyintainya..”

“Bersabar sajalah. Mana tahu suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk menerima cinta awak tu. Kan aku dah cakap, kalau nak ikut plan kau hari tu mesti tak menjadi punya. Terpaksa juga kita guna taktik kotor ni. Untuk kebaikan semua jugalah..”

“YElah-yelah.. macam–macam kau ni kan. Kanu ni bila lagi?”

“Aku nak cari yang macam Mira jugalah..”

“Kau jangan.. Perempuan lain boleh tapi bukan Mira aku ye!!” Iqbal memberi amaran. Cemburu dia bila Amirul bercakap tentang Mira.

“Eh.. Bro aku cakap yang macam Mira. Cantik, sopan santun, dan sejuk mata memandang.”

Mereka berdua gelak ketawa.

“Eh, pasal Rozie kenapa?”

“Hari-hari dia call aku. Rimas aku tau tak! Kalaulah dia tahu aku tak jadi kahwin dengan dia sekarang macam mana rupanya dia nanti.”

Amirul hanya ketawa. Dia sudah menyangkakan perkara ini akan berlaku.

...................................

Pagi-pagi lagi telefon di pejabat itu berbunyi. Liza segera mengangkat telefon itu. Semenjak bosnya Iqbal Iskandar bercuti panggilan tidak putus-putus mencarinya.

“Selamat pagi, Mr Iqbal Iskandar office.”

“Ya tapi Encik Iqbal masih bercuti. Dia cuma masuk kerja esok. Boleh saya tahu siapa di sana?”

“Rozie sini. Tak apalah. Boleh saya jumpa dia esok saja. Esok dia masuk kejakan?”

“Temujanji pukul10.00 pagi ok tak Cik Rozie?”

“Ok. Terima kasih.”

“Sama-sama Cik Rozie.”

Talian di putuskan. Rozie merenung ganggang. Cuti lagi? Kemana dia pergi ni? Macam ada sesuatu yang tak kena je? Sebelum ini Iqbal Iskandar tidak pernah mengambil cuti terlalu lama. Sudah beberapa hari dia menjejaki Iqbal Iskandar namun panggilan telefon bimbitnya pula dimatikan. Kemana agaknya dia pergi sampaikan dia tidak mahu di ganggu oleh panggilan telefon. Rozie tertanya-tanya sendiri.

Semenjak dia pulang dari Singapura hari itu, perkara pertama yang ingin di lakukan ialah bertemu dengan Iqbal Iskandar. Namun setiap panggilannya kepada Iqbal Iskandar hanya di sambut oleh operator wanita yang menyatakan nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan. Apa sudah jadi?

Pening kepalanya memikirkan karenah Iqbal Iskandar. Masih terngiang-ngiang kata yang di dengarnya dari mulut Datin Mardiah hari itu. Sekembalinya dia dari Singapura, keluarga Iqbal akan datang merisik. Sebab itulah dia mencari Iqbal Iskandar untuk bertanyakan perkara tersebut.

Bila dia menelefon rumah Dato Ismail pun hanya pembantu rumahnya saja yang menjawab. Katanya Datin Mardiah keluar rumah.

Hishh Pening kepalanya memikirkannya. ‘Lebih baik aku pergi Spa. Sakit kepala otak aku nak cari lelaki ini.’ujar Rozie dalam hatinya.


Thursday, 1 March 2012

Hanya Kau Milikku 6



Mata  Mira Syafika masih  tertumpu  pada  dia  dari  tadi.  Melihat  wajah  tenangnya  membuat  Mira  serba  sedikit  lega  dari  kegelisah  dihatinya.  Seakan-akan  Mira Syafika turut  tenang  seperti  Iqbal Iskandar. Perasan  Mira Syafika tengah  perhatikannya,  dia  menoleh  kearah Mira  dan  memberikan  Mira  senyuman  manis.  Tergamam  seketika  Mira  melihat  senyuman  yang  begitu  menawan  walau  hanya  untuk  seketika.  Kali  pertama,  Mira  melihat  senyuman  ikhlas  dari  bibirnya.  Memang  menawan.  Mira  memejamkan  mata  dan  mengulang  kembali  mengingati  wajahnya  yang  tengah  tersenyum  manis  tu. Adakah dia senyum ikhlas terhadapnya atau hanya sebuah sindiran tanda kemenangan di pihak lelaki.

Bagaimana pun dia  tetap kelihatan  sangat  kacak  dengan  baju  melayu  berwarna  krim  bersampingkan  kain  songket  yang  disulam  dengan  benang  emas  berlatarkan  warna  hitam.  Memang  menambahkan  kekacakan  diwajahnya  yang  sedia kacak  itu.

"Aku terima nikahnya Mira Syafika Binti Megat Sharifuddin dengan mas kahwinnya sembilan puluh sembilan ringgit tunai"

"Sah?"  tanya tuan kadi tadi kepada saksi yang pertama. 

"Sah!" balas saksi tersebut beserta dengan anggukan. Kemudian tuan kadi tersebut memalingkan pandangannya kearah saksi yang kedua. 

"Sah?" tanyanya.

"Sah!" balas empunya badan itu dengan simpulan senyuman. Dia senang setelah dapat melihat wajah bahagia penuh seri milik temannya yang baru sah menjadi suami orang itu.

"Alhamdulillah!" para tetamu disitu akhirnya lega setelah upacara aqad nikahnya sudah terlaksana.

Lafaz tahmid itu mengejutkan Mira dari dunia khayalannya. Sepanjang majlis nikah itu, Mira Syafika bagaikan berada dalam dunia lain. Dunia yang dicipta tanpa ada orang lain selain dirinya. Bila dia mula tersedar dari lamunan, Mira cepat-cepat memerhatikan sekeliling. Sekadar ingin mengetahui adakah dia sudah bergelar isteri kepada lelaki itu. Isteri??? Mira mula terfikir akan gelaran itu. Kebetulan pandangannya jatuh ke arah genggaman tangan milik tok kadi dan suaminya. Suami?? Betul ke dia sudah sah menjadi suaminya?

Lantas Mira perhatikan wajah tetamu-tetamu yang duduk berdekatan dengan suaminya. Mira dapat mengagak dia sudah menjadi isteri kepada Iqbal Iskandar. Tengok saja dari wajah gembira mereka yang sudah terangguk-angguk. Tentu lafaz akad nikah sudah dibuat tanpa dia menyedarinya.



Sekilas ku berpaling ke sisiku, aku sudah bertentang mata dengan Nenek Nab, nenek yang menjagaku semenjak aku kehilangan kedua orang tuaku. Ternampak kesenduan dalam riak wajah tua itu.  Aku tersenyum sebak. Lantas kupeluk tubuh nenekku erat. Kini dua-duanya sudah menangis. Pasti  berat  hatinya  untuk  melepaskan  aku  pergi  dari  hidupnya.  Nek Nab,  terima  kasih  atas  segala  yang nenek berikan  kepada  Mira.’Semua jasa Nenek Nab tidak akan Mira lupakan.’



"Tahniah Mira! Mira dah jadi isteri orang sekarang. Nenek nak mulai dari sekarang Mira kena belajar hormatkan suami. Suami tetap suami. Agama tidak pernah bermain dengan syariatnya. Nenek tau, Mira tidak cintakan dia, tapi Mira kena tahu tanggungjawab Mira sebagai seorang isteri!"  Nenek Nab sempat membisikkan perlahan kata-kata nasihat kepada Mira sebelum melepaskan pelukannya. Kedua tangannya masih memegang kedua bahu Mira. Aku hanya menganggukkan kepala sebagai tanda memahaminya.



 "Nek, terima kasih atas segala pengorbanan nenek selama ini, menjaga dan membesarkan Mira dengan kasih sayang nek. Mira sayang sangat kat Nenek. Nek, sebenarnya Mira takut nek. Mira takut Mira tak mampu lakukan semua itu nek. Tolong Mira nek!" sekali lagi aku didakap oleh nenekku yang sangat kusayangi. Aku sudah tersedu-sedan di bahunya. Namun, esakanku masih terkawal. Takut didengari oleh tetamu lain.

 "Ssyyy...dah... dah..   Tak elok nangis lama-lama. Nampak dek orang lain, nanti mereka fikir yang bukan-bukan pulak! Hah tengok...! Make-up Mira pun dah luntur" pujuk Nenek Nab dengan lembut sambil mengusap-ngusap pipi cucu kesayangannya. Sebenarnya hatinya turut risau memikirkan nasib hidup Mira kelak. Nenek Nab sudah jangka akan penerimaan keluarga besannya. Nasib baiklah Iqbal Iskandar  melayan mereka dengan baik sepanjang perkenalan mereka. Tidaklah juga mereka berasa terhina. Maklumlah mereka berasal dari keluarga yang miskin. Manakan sama enggang terbang dengan pipit. Sudah tentu enggang memilih berkawan dengan enggang yang lain. Pipit tidak akan dipandang. Usahkan dipandang, dijeling pun tidak.

Bergenang airmata Iqbal Iskandar saat melafazkan ikrar nikah tadi. Sungguh! Dia melafazkannya dengan sepenuh keyakinan dan kepastian. Melalui ikrar itu, dia berjanji kepada Allah untuk mematuhi dan menyempurnakan tanggungjawab baru dalam rumahtangganya. Dengan serendah-rendah tarafnya sebagai seorang hamba padaNYA, dia memohon agar ditetapkan hatinya hanya untuk menyintai isterinya itu. Tiada kedua atau ketiganya.

Hatinya merasakan ketenangan dan kebahagiaan yang amat sangat di saat itu. kini dia, Iqbal Iskandar Bin Dato' Ismail, kini telah sah menjadi suami kepada Mira Syafika, isteri kesayangannya. Dia benar-benar gembira dan bersyukur dengan rahmat Allah yang satu ini. Ternyata doanya selama ini dimakbulkan.

'Syukur Alhamdulillah!' bisik hatinya. Kini dia sudah berteman. Teman yang bernama isteri yang kini menjadi satu tanggungjawab barunya. Dan dia pula bakal menakhodai pelayaran rumahtangga mereka. Semoga perhubungan mereka akan di lindungi.

Sungguh! Saat dia malafazkan lafaz nikah bersaksikan kehakiman Allah tadi, seluruh kasih-sayangnya telah dihimpun untuk dicurahkan kepada isterinya kelak. Akan dipersembahkan seluruh cintanya buat isterinya. Dia berjanji akan medapatkan sebuah cinta yang suci dari isterinya.

 'Terima kasih ya Allah atas rahmatmu ini!’ Desis hatinya syahdu. Bahagianya bukan kepalang. Seakan dia mahu menjerit memberitahu dunia bahawa dialah insan yang paling bahagia saat ini. Serasa dia mahu menghentikan putaran waktu alam agar kebahagiaan yang baru dikecapi tidak dicemari dengan palitan luka yang bakal meyuramkan perjalanan rumahtangga mereka kelak.

'Demi Allah! Tiada saat yang paling membahagiakanku melainkan menjadi suami yang terbaik buat isteriku yang amat kucintai' terima kasih atas rahmatmu ini ya Allah!

 'Ya Allah kukira ini adalah satu rahmatmu yang maha agung. Maka Engkau kuatkanlah jodoh diantara kami ya Allah!' rayu Iqbal Iskandar dalam hati dengan penuh pengharapan.  

Semasa anaknya melafazkan ijab qabul pun Dating Mardiah masih sempat berangan. Tidak habis-habis dengan angan-angan kosongnya. Dia mengangankan anaknya sedang bernikah dengan gadis pilihannya. Dia benci pada wanita yang telah sah menjadi menantunya. Dia benci pada Mira Syafika yang dimatanya seorang perempuan yang tak ubah seperti perempuan jalang. Perempuan yang kekampungan dan gilakan harta. Dia menuduh Mira yang merancang supaya ditangkap khalwat dengan anaknya.



******************************

Terasa bahuku disentuh. Aku menoleh dan melihat Wani tersenyum sambil  menunjuk  kedepan. Tergamam  seketika,  apabila  dia  berada  dihadapanku.  Terkebil-kebil  mata  aku  memandangnya.  Bila  masa  dia  ada  dekat  depan  aku  ni?  Bukan  tadi  ada  dekat  depan  tok  kadi  ke?  Pantasnya  dia  lafas  akad  nikah? Aku memaling wajah pada nenek nab. Dia tersenyum. Ahh.. Malunya..

Aku hanya menundukkan wajahku apabila Iqbal Iskandar mencapai tangan kiriku. Jemariku disulam dengan jemarinya sekejap sebelum dileraikan. Jemariku yang kaku di diusap-usap perlahan. Kemudian Iqbal Iskandar mengambil sebentuk cincin dari bekas berbaldu biru tua dari tangan ibu mentuaku lalu menyarungkannya ke jari manisku. Perfect! Cincin tangkap muat itu ternyata amat kena dengan saiz jariku. Memang pandai betul dia memilih!!.

“Ingat cincin ini tanda ikatan kita, jangan pernah tanggalkannya walau apa pun yang terjadi ya sayang..” bisik Iqbal Iskandar kepada Mira Syafika sambil mengucup jemari Mira syafika. Dahi Mira Syafika di kucup juga. Mira melemparkan jelingan mautnya. Menahan rasa getar di hati. Semakin sang isteri menjelingnya semakin cantik pula pada pandangan matanya.. Arghh itulah penangan orang yang mabuk cinta!!

“Tengoklah kalau Mira rasa tak nak pakai, Mira tanggalkan” dia berbisik.

“Kalau berani, tanggallah.. Sayang akan tahu akibatnya nanti.” Iqbal Iskandar berbisik sambil mengugutnya. Sekali lagi hati Mira di ancam amarah.

Perasaan Mira Syafika bercampur gaul. Ada rasa terharu, ada sakit hati, dan juga perasaan malu juga. Ikutkan rasa hati, mahu saja dia meraung saat ini.

Aku cepat-cepat mengesat airmata yang menitis ke pipi dengan menggunakan tangan kanan. Namun, belum sempat tanganku sampai ke pipi, tangan kasar Iqbal Iskandar sudah mencapai tanganku. Membantutkan niatku. Aku sedikit terperanjat. Aku mendongakkan wajahku memandang tangan kami yang bersatu. Perlahan-lahan ku alihkan pandanganku kearah seraut wajah Iqbal. Rupa-rupanya dia masih lagi berada di depanku.

“Jangan  menangis.  Nanti  orang  kata awak kena  kahwin  paksa  dengan saya pulak.”  Bisiknya  dengan  nada lembut. Tapi memang itulah kenyataannya. Hanya dia dan diriku yang tahu hal ini.

Bagaikan ada kuasa magic saat wajahku kupalingkan ke wajahnya. Sekejapan saja mata kami sudah berlaga. Aku dapat merasakan wajahku sudah kebas. Darah sudah naik ke mukaku. Tentu wajahku sudah merah! Aku jadi sangat malu dan segan kerana tertangkap oleh matanya. Dengan pantas, ku tundukkan wajahku. Berpura-pura memandang cincin berlian yang elok tersarung di jari manisku agar keresahanku tidak begitu ketara.

Iqbal Iskandar perlahan-lahan menyulam jarinya ke jemari isterinya dengan penuh kasih dan erat namun pandangan matanya tetap tidak dialihkan dari merenungi wajah isterinya. Manakala sebelah tangannya pantas mengesat airmata isterinya. Mira masih tunduk. Malu dan segan diperlakukan sebegitu didepan tetamu yang ramai. Tentu sahaja mereka menyangka dia menangis kerana kegembiraan. Namun, mereka salah menilai. Dia menangis mengenangkan nasib dirinya.

 Iqbal Iskandar menyentuh dagu isterinya kemudian dengan perlahan dia mendongakkan wajah isterinya. Teringin benar matanya untuk menatap sepasang mata bundar menawan milik isterinya itu sekali lagi. Sekali lagi dia terpana saat matanya bertembung dengan renungan isterinya. Namun cepat-cepat isterinya menundukkan pandangannya. Segan barangkali, bisik hatinya. Dia tersenyum dalam hati. Lucu dengan tingkah isterinya. Lama dia mengamati wajah cantik isterinya dengan penuh kagum.

Perlahan-lahan jari kasarnya mengelus wajah mulus isterinya dengan penuh kasih sayang. Ditenungnya wajah itu dengan pandangan yang sungguh redup. Penuh keasyikan. Penuh kelembutan dan sarat dengan kasih sayang. Itulah satu-satunya wajah yang mampu menggetarkan perasaannya. Mengocakkan naluri kelelakiannya hingga dadanya terasa sangat sempit.

“Sudah-sudahlah  pengantin  lelaki.  Malam  sikitlah  kalau ya  nak  pandang  pengantin  perempuan  lama-lama.”  Kedengaran  suara  orang  mengusik  dan  keadaan  yang  tadi  sunyi  sepi  menjadi  riuh  rendah  dengan  usikan  dari  tetamu  yang  hadir.

Iqbal Iskandar sudah benar-benar mabuk cinta dengan isterinya. Sudah dipahatkan dalam hatinya untuk menyayangi dan menyintai isterinya dengan sepenuh jiwa dan raganya di saat dia melafazkan akad nikah tadi. Dia berazam akan bersungguh-sungguh untuk membahagiakan isterinya.

"Sayang, pandang muka abang ya!" pintanya lembut pada isterinya. Dia masih tidak berasa puas hati selagi dia tidak puas menatap sepasang mata bundar milik isterinya. Dia mahu dirinya hanyut kelemasan dalam renungan lembut isterinya. Sungguh, dia benar-benar inginkannya. Terasa batinnya puas bila dia berbuat sedemikian. Benar-benar puas dan bahagia.

Aku sedikit tersentak dengan permintaan itu. Sungguh, aku masih segan dengan suamiku. Ya Allah berikanlah aku ketenangan dalam menghadapi semua ini. Dengan hati yang berdebar kuat, aku menuruti permintaan suamiku itu. Aku tidak mahu orang lain mengesyaki sesuatu lantaran kedinginanku. Selebihnya, biarlah perkara itu menjadi rahsia hidupku. Menatap sepasang mata bening miliknya. Dalam sekelip mata saja, tautan mata kami sudah bertemu semula.

'Subhanallah... Cantiknya isteriku..' hati Iqbal Iskandar sudah berbisik memuji-muji anugerah tuhan itu. Makin dia leka merenungi sepasang mata memikat milik isterinya, makin berdebar-debar hatinya. Dia benar-benar sudah terawang-awangan melihat kejelitaan isterinya. Kening Mira yang cantik terukir memang benar-benar membuatkannya tampak lebih jelita. Hidung Mira yang mancung dan indah terletak menambahkan lagi manis diwajahnya. Sorotan matanya sudah berada di bibir isterinya yang merah bak delima merekah. Membuatkannya terliur. Sungguh, Mira dikurniakan wajah yang cukup jelita dan menawan belum lagi ditambah dengan pesona budi pekertinya yang lembut dan mulia. Sungguh mempesonakan. Biarpun wajahnya tidak terhias dengan senyuman namun Mira tetap kelihatan jelita di matanya yang sememangnya sudah sarat dengan cinta untuk isterinya. Maka, makin bertambahlah sengihannya.

Insya-Allah tidak sekali akan kupersiakan isteriku ini ya Allah! Janjinya dengan seikhlas hati. Kemudian tanpa membuang masa lagi, terus saja tubuh isterinya diraih kedalam dakapannya. Kepala isterinya di bawa kedadanya dan berkali-kali kucupan demi kucupan hinggap di ubun-ubun isterinya yang terselindung disebalik tudung pengantin. Sesudah itu, dia melonggarkan pelukan dan kini dahi isterinya pula menjadi sasaran bibirnya. Satu kucupan lama dihadiahkan ke dahi isterinya dengan rasa kasih yang membuak-buak untuk isterinya.



“Tahniah,  Mira.”  Tiba-tiba  Wani  pelukku  dengan  erat. Ketawa  kecil  aku  dengan  gelagat  Wani  tu.  Kedengaran  esakkan  kecil  dari  Wani. Wani,  kau  la  kawan  dunia  dan  akhiratku.  Selamanya  kita  berkawan.  Aku  membalas  pelukkannya  dengan  erat  sekali.

“Terima  kasih,  Wani.”

“Aku gembira sangat tengok kau bahagia..” namun dalam hatinya tuhan saja yang tahu gelora di jiwanya. Mungkin Wani ingat antara dia dengan Iqbal Iskandar terikat kerana hal itu.



*******************



Majlis pernikahan sudah selesai. Walapun ianya sederhana tetapi majlis itu meriah. Iqbal Iskandar sentiasa tersenyum. Dia puas hati sekarang sekurang-kurangnya apa yang diingini telah tercapai. Mira Syafika telah menjadi miliknya. Dan mamanya tidak dapat memaksanya berkahwin dengan Rozie.

“Congratulation Iqbal. Akhirnya.. Kau dapat juga apa yang kau nak.”

Amirul yang hadir di hari pernikahan itu menyalami dan memeluknya. Iqbal Iskandar ketawa kecil mendengar kata-kata Amirul.

“Kau mesti pandai ambik hati dia. Jangan pulak kau persiakan dia. Kalau tak sia-sia sahaja bantuan dan rancangan kita hari tu.” bisik Amirul perlahan.

Iqbal Iskandar mengangguk perlahan. Dia akan pastikan Mira tidak pernah tahu apa yang terjadi itu adalah rancangannya dengan Amirul.

“Hati-hati memandu tu. Sampai kat KL nanti call aku tau” pesan Iqbal Iskandar.

Amirul mengangguk perlahan. Mereka berpelukan.

Tidak lama kemudian, Datin Mardiah dan Dato Ismail  memohon izin untuk pulang ke Kuala Lumpur. Iqbal Iskandar dapat melihat wajah mamanya seakan-akan marah dengan kejadian yang berlaku dan juga terpaksa menghadiri majlis perkahwinannya ini.  Cuma dia berharap suatu hari nanti kedua orang tuanya memahami apa yang berlaku antara dia dengan Mira Syafika. Maafkan Iqbal mama... Untuk kali ini Iqbal tidak dapat menurut kata mama.. Tapi percayalah pilihan Iqbal ini pilihan yang tepat dan membahagiakan Iqbal.

*********************

Malam semakin larut. Tetamu sudah ramai yang pulang. Mira masih duduk di luar rumah. Sebentar tadi dia baru habis mencuci barang-barang dapur. Bukan dia tidak penat cuma dia belum punya kekuatan untuk masuk ke bilik tidurnya. Dia duduk di serambi sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa, dan memandang ke langit. Apalah malangnya nasib anak ayah dan ibu ini. Lepas satu persatu malang yang menimpa kini dia sudah bergelar isteri kepada lelaki yang telah menodai kesucian dirinya. Air matanya jatuh lagi. Dia juga tidak tahu kenapa semenjak akhir-akhir ini air matanya terlalu senang jatuh ke pipi.

Dengan siapa dia ingin meluahkan segala hasrat hati. Dengan siapa yang boleh dia berkongsi masalah. Wani sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas majlis akad nikah tadi. Dia tidak dapat bercuti lama. Dari jendela itu Iqbal  Iskandar melihat gadis itu sedang duduk di luar rumah. Ingin sekali dia mendekatinya namun dia bimbang kalau-kalau kedatangannya mengganggu gadis itu. Dia tahu Mira Syafika memang tengah bersedih dan marah di atas apa yang berlaku. Tetapi dia tiada cara lain untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang dari gadis yang bernama Mira Syafika itu. Memang gadis itu lain daripada yang lain.  Walau pun dalam hidupnya dia pernah berjumpa dengan ramai wanita, namun Mira Syafika adalah wanita yang teristimewa dalam hatinya. Hanya gadis itu yang bisa menggugurkan hati lelakinya.

Dia baring sambil menunggu kedatangan Mira. Baru sahaja matanya mahu terlelap tiba-tiba dia mendengar tombol pintu di pulas. Dia melihat kearah pintu itu. Kelihatan wajah itu sugul sekali.

“Dah ngantuk ker? Ingatkan sayang nak tidur kat luar.” Dia menegur.

“Memang saya nak tidur kat luar pun. Tapi nenek dah membebel sebab tinggalkan awak kat bilik ni.” Jawab Mira acuh tak acuh. Dia berjalan menuju ke arah almarinya. Dia nak mengambil toto dan bantal. Gaun tidurnya juga di ambil. Nak mandi dulu. Peluh sudah melekat di badannya.

 “Pandai awak yer Mira?”

“Pandai apa?”jawab Mira tidak mengerti akan maksud Iqbal Iskandar.

“Pandai awak kenakan saya yer?”

“Pasal apa?” soal Mira.

“Pasal tadi suruh abang cuci periuk tu.”

“Nasiblah. Pengantin lelaki memang kena cuci periuk.”

“Macam yer? Tapi tak apa saya masih bertenaga untuk perkara yang penting malam ini.” Ujar Iqbal dengan seribu sengihan.Mata Mira membulat mendengar kata-kata dari bibir Iqbal.

“Awak!!”

Dia menghempaskan toto dan bantal ke atas lantai. Biarlah dia tidur di atas lantai dari pada dia tidur sekatil dengan lelaki durjana ini. Kemudian dia keluar menuju ke bilik air untuk mandi.

Gaun tidur itu di sarungkan ke badannya. Tidaklah seksi gaun tidur itu kerana dia sememangnya tidak suka memakai barang seksi. Lagi pun tak manis pada pandangan orang lain. Itulah nasihat nenek Nab kepadanya. Kemudian dia masuk ke bilik. Dia melihat toto dan bantal yang di lemparkan ke atas lantai tadi sudah hilang. Dia melihat kearah Iqbal Iskandar. Ini tidak lain mesti kerja lelaki ini. Tidak sudah-sudah dia mahu menyusahkan hidupnya.

“Awak, mana awak letak toto dan bantal saya tadi?” dia cuba bertanya. Walaupun dia melihat Iqbal sudah Iskandar menutup matanya. Sekali lagi Mira bertanya kali ini betul betul dekat dengan telinga Iqbal. Kalau di turutkan hati ingin saja dia menjerit namun dia takut suaranya akan mengejutkan penghuni di rumah itu.

“Mana saya tahu.! Kan awak dah letak kat sana tadi. Carilah sendiri” Jawab Iqbal Iskandar acuh tak acuh.

Perasaan geram cuba ditahan. Dia tidak berputus asa. Di bukanya almarinya untuk kali kedua. Dia melihat toto dan bantalnya di simpan kemas di situ. Dia ni memang sengaja nak kenakan akulah. Jangan harap aku nak tidur sekatil dengan dia. Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang yang berdiri di belakang. Tangan sasa itu memeluk pinggangnya. Dia juga merasakan bahawa bibir itu semakin mendekati pipinya. Iqbal Isakandar mencium bau wangi dari rambut Mira. Terasa dia sudah tidak dapat mengawal perasaannya yang semakin membuak untuk memiliki Mira sekali lagi.

“Sayang tak payahlah tidur kat bawah tu. Tidur je atas katil, abang janji tak akan buat apa-apa kat sayang.” Namun tiada tindak balas dari Mira. Geli pula ada sebab Iqbal Iskandar menggelarkan dirinya abang.

“Tak apalah. Lagipun Mira selesa tidur macam ni.”

“Sayang tak malu ke kalau nenek tau abang tidur sorang-sorang atas katil ni.”

Mira cuba berlagak selamba.

“Tak naklah saya tidur sekatil dengan awak. Nanti awak buat lagi perkara tak senonoh tu.”

Iqbal tersenyum mendengar alasan Mira. Dia faham apa yang Mira maksudkan.

“Malam nikan malam pertama kita, tak kan awak nak rosakkan dengan begitu saja. Lagi pun abang dah lama rindukan belaian manja dari sayang” Sengaja dia cuba mengingatkan Mira tentang peristiwa lalu.

“Awak ni kenapa? Malam pertama kita sudah berlalukan. Tiada makna malam pertama bagi Mira. Mira tidak suci lagi, Mira bukan perawan lagi. Tak ada apa yang Mira boleh banggakan sebagai seorang isteri. Semua itu tak ada makna lagi. Awak tahu tak!” Kedengaran Mira mendengus.

Iqbal Iskandar mengeluh lagi. Sekian kalinya dia di ungkit dengan peristiwa hitam yang lalu. Dia di gamit perasaan bersalah tapi kenapa Mira tidak pernah tahu rasa cinta sayang dan rindunya pada perempuan itu.

Mira terus menarik toto dan bantal itu lalu dia susun di tepi katilnya. Dia sudah baring membiarkan saja Iqbal Iskandar melayani perasaannya. Dia membaringkan badannya yang penat itu. Matanya tidak dapat di pejam. Hatinya sakit setiap kali mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mira.

Dia memusing badannya. Cuba mencuri-curi pandang ke tempat Mira tidur. Dalam gelap dia dapat melihat wajah yang selama ini di rinduinya penuh sedih dan amarahnya.

Dia terpaku seketika melihat keindahan wajah milik isterinya itu. Jika dia mengatakan isterinya itu cukup cantik apa lagi pada pandangan lelaki lain. Dan dia bertekad tak akan membiarkan Mira jauh dari pandangannya walau sekejap.

Akhirnya dia terlelap tanpa disedarinya. Kesejukan angin malam itu telah berjaya membuai perasaannya agar matanya dapat di lelapkan.

******************************

Pagi-pagi lagi Mira sudah bangun. Walaupun dia berasa asing di bilik sendiri dia tetap berpura-pura seperti biasa. Di lihatnya Iqbal Iskandar masih lena di buai mimpi. Ah.. Lantaklah kalau dia tak bangun. Terus Mira mengambil tuala dan menuju ke bilik air yang berada di luar rumah.

Selesai mandi dia masuk ke bilik di lihatnya Iqbal Iskandar sudah terjaga.

“Kenapa tak kejutkan abang. Kita solat sama-sama. Mira tunggu abang ya..”

Jawab pun tidak kata-kata Iqbal Iskandar itu. Mira membentang sejadahnya sambil menunggu Iqbal Iskandar. Tidak lama kemudian dia melihat Iqbal Iskandar sudah bersiap. Selesai sembahyang subuh, Mira melipat sejadah dan di simpan ke tempat asalnya. Perlakuan Iqbal Iskandar tadi memang mengganggu fikirannya. ‘Memang lelaki itu pandai mengambil kesempatan’ marahnya dalam hati. Kemudian dia memakai tudung dan ingin menuju ke ruang dapur. Biasanya dia akan menyiapkan sarapan pagi.

“Sayang nak kemana tu? Duduk dengan abang sekejap.” Ujar Iqbal Iskandar apabila melihat kelibat Mira yang ingin keluar dari bilik.

Mira menoleh. Matanya tajam melihat Iqbal Iskandar.

“Kalau ada apa-apa hal kita bincang selepas balik ke KL. Sekarang saya nak sediakan sarapan pagi untuk awak cik abang oi..”

Iqbal Iskandar tersenyum. Gembira dia mendengar kata-kata Mira. Walaupun dia sebenarnya rasa marah pada dirinya namun dia tahu Mira masih menghormati dirinya. Geram hatinya bila melihat Iqbal tersenyum-senyum seperti itu.

“Awalnya pengantin baru bangun. Ingatkan masih tidur lagi” Pak Su Man mengusik Mira.

“Pak Su ni ada saja benda nak kenakan Mira tau.. Tak baik Pak Su cakap macam tu..”

“Yelah Mira.. Sepatutnya Mira kena temankan suami tu. Nanti merajuk pula kalau dia nampak Mira tak ada dalam bilik..”balas Mak Su pula.

“Dia dah bangun tadi. Tu yang Mira masuk dapur nak siapkan sarapan..” jawab Mira tidak mahu mengalah.

“Oh macam tu.. Nanti ajaklah dia makan sekali. Nanti lepas makan tengah hari baru balik KL ye!” cadang Pak Su Man. Mira hanya mengangguk. Yelah pakaiannya pun belum di kemas lagi. Ingatkan lepas sarapan nanti dia akan mengemas pakaian yang nak di bawa balik ke Kuala Lumpur.