Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 14 February 2014

Kau Rantai Hatiku 36


SELEPAS makan malam Tengku Elman berada di luar rumah dan duduk di kerusi di taman mamanya. Dia mendongak merenung langit. Apa yang kelihatan hanya wajah Humaira saja. Dia tersenyum sendirian.Terasa mahu saja dia menjerit kegembiraan. Siapa yang tidak gembira bila mana dia dapat bertemu semula dengan insan yang sangat di rindui dan di sangkakan sudah meninggal dunia.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Pak Teh kepadanya. Nasib baik dia masih dapat mengawal diri. Kalau tidak pasti insan bernama Humaira itu akan di peluknya. Namun dia tidak mahu terburu-buru. Apa yang penting dia sudah tahu apa yang terjadi sebenarnya dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dia dengan Humaira.

Tanpa di sedari gelagatnya itu di perhatikan oleh Tengku Suraya. Dalam diam-diam dia mendekati anak bujangnya itu. Teringin juga dia tahu apa yang menyebabkan Tengku Elman boleh kembali senyum ceria seperti dulu. Sedangkan beberapa hari ini dia nampak wajah anaknya sedikit suram. Mungkin dia penat dengan kerjanya atau ada perkara lain yang mengganggu fikiran anak lelakinya itu.

“Hai.. Anak mama renung langit sambil tersenyum ni ada apa-apa ke?”

“Hahh.. Mama rupanya.” Terkejut dia bila mendengar suara mamanya berada di sisinya.

“Apa yang buat anak mama ni boleh tersenyum macam ni?”

“Mama..”

“Ya ada apa? Lain macam je mama tengok El ni..”

“Begini ma.. El ingat nak putuskan pertunangan dengan Bella..” perlahan-lahan Tengku Elman menyusun kata. Dia bimbang kalau apa yang katakan itu akan membuat mamanya terkejut.

“Tapi kenapa tiba-tiba ni?” soal Tengku Suraya terkejut.

“El dah fikir masak-masak ma. El nak mama jumpa keluarga Bella untuk memutuskan pertunangan kami..” terang Tengku Elman perlahan. Sudah satu petang dia memikirkan jalan penyelesaiannya. Tengku Suraya menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

“Ada apa-apa yang tak kena ke El? Kesian pula Bella! Sudah lima tahun dia tunggu kamu.. Last-last kamu buat dia macam ni..” soal Tengku Suraya kehairanan. Entah mengapa semenjak Tengku Elman balik dari Johor, dia mula berubah sikap. Sekarang tiba-tiba pula anaknya itu meminta pertunangan di putuskan. Apakah sebabnya?

“Masalahnya Elman tak cintakan dia ma.. El masih cintakan Ariana. Dan tak ada orang yang boleh gantikan tempat Ari dalam hati El..” ujar Tengku Elman lagi sambil memandang ke arah mamanya Tengku Suraya.

“Dah mulalah tu! Mama tak setuju.. Kalau boleh mama nak kamu cepat kahwin dengan Bella..” ujar Tengku Suraya. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja anaknya itu meminta pertunangan di putuskan.

“Mama.. kalau mama nak anak mama bahagia..Please.. El merayu agar pertunangan kami di putuskan. Lagi pun hari tu bukan El yang setuju nak bertunang.. Mama dan Datin Melinda yang beriya sangat...” kali ini Tengku Elman menyuarakan perasaan tidak senang hatinya.

“Mama tak setuju.. El mesti teruskan perkahwinan El dengan Isabella” ujar Tengku Suraya dengan nada tegas. Kali ini dia tidak mahu anaknya keliru dengan fikirannya sekarang.

“Mama.. Takkan mama tak nak lihat anak mama hidup bahagia..” rayu Tengku Elman lagi.

“Tapi El sepatutnya dah lupakan peristiwa yang berlalu itu. Sekarang El sepatutnya memikirkan majlis perkahwinan El.. Bukannya nak putuskan pertunangan kamu.. Apa pun alasannya mama tak setuju..” tegas Tengku Suraya. Dia sudah tidak faham dengan perangai Tengku Elman. Mungkin juga dia sudah jatuh cinta dengan Humaira. Atau ada sesuatu yang berlaku dia antara anaknya dengan Isabella.. Dia akan siasat perkara itu.

Tengku Elman mengeluh lemah. Kalaulah mamanya tahu Ariana masih hidup pasti mamanya akan bersetuju dengan cadangannya tadi. Dia tahu mamanya sayang benar pada Ariana!

Tengku Elman bangun meninggalkan mamanya. Tengku Suraya hanya mampu memerhati langkah anaknya itu. dia hairan, kenapa Tengku Elman tiba-tiba meminta pertunangannya dengan Isabella di putuskan. Mungkinkah anaknya itu sudah jatuh cinta dengan Humaira? Tapi bagaimana caranya dia mahu tahu jawapannya itu. Argh!! Serabut betul fikirannya dengan perangai Tangku Elman.

TENGKU Elman terbangun bila jam menunjukkan jam 5 pagi. Entah tiba-tiba dia teringat sesuatu!! Tak mungkin itu hanya mimpi!! Kemudian tangannya mencapai telefon bimbitnya. Kalau dia bermimpi pasal Ariana mungkin dia tidak menyimpan apa-apa rekod dalam telefon bimbitnya. Satu persatu butang di tekan. Dia memainkan rekod yang di rakam semalam.

Dia merakam segala perbualannya dengan Pak Teh tanpa di sedari oleh Pak Teh. Akhirnya dia tersenyum! Memang sah dia bukan bermimpi.

Kemudian gatal tangannya menekan nombor milik Humaira.

Ketika keluar dari bilik air, Humaira terdengar deringan di telefon bimbitnya. Lalu dia menuju ke katilnya. Dia melihat di skrin telefon bimbitnya.

Tengku Elman??? Buat apa dia call awal-awal pagi ni? Bisik hati Humaira. Namun dia tidak sedar yang dia menekan butang hijau.

“Hello Asssallamuailikum..”

“Hello waalaikusallam.. Good morning sayang.. Dah bangun ke?” soal Tengku Elman sambil dia tersenyum sendiri.

“Ada apa Tengku call awal-awal pagi ni?” soal Humaira dengan perasaan geram. ‘Apa pula mimpi Tengku Elman awal pagi telifon dia dan memanggilnya sayang?’

“Tak ada.. Mungkin saya bermimpi cubit pipi awak..” usik Tengku Elman.

“Hish apa-apa sajalah kalau nak merepek..”

“Tak de macam ni, hari ini Ira keluar tak?” soalnya spontan.

“Buat apa Tengku nak tahu?”

“Saya nak ajak Ira keluar jalan-jalan..”

‘Hish dia ni tau-tau je yang aku nak keluar siang nanti.’ gumam Humaira dalam hati.

“Tak taulah.. Tengok moodlah.. Kalau rasa nak keluar Ira keluarlah.. Tak payahlah Ira nak cakap dengan Tengku..” selamba sahaja Humaira menolak.

“Kalau macam tu, apa kata Ira tunggu kat rumah, pagi dalam pukul sepuluh saya datang jemput..” Tengku Elman memberi cadangan.

“Eh tak payahlah Tengku.. Ira boleh keluar jalan-jalan sendiri. Ira tak nak susahkan Tengku..” jawab Humaira dengan cepat. Malaslah dia nak keluar dengan lelaki itu. Lagi pun lelaki itu tunang orang! Tak manis kalau ada orang jumpa mereka keluar bersama nanti. Kalau waktu pejabat tak apalah. Sebab mereka bersama-sama buat hal kerja.

“Ira kena tunggu saya juga.. Noktah..” kedengaran tegas sekali bunyinya. Terus saja Humaira meletakkan telifon. Dia rasa geram. Suka hati saja lelaki yang bernama Tengku Elman itu memberi arahan. Kemudian timbul nakalnya..Apa salahnya dia keluar sebelum Tengku Elman datang ke rumah. Jadi tidak payahlah dia nak menghadap muka lelaki itu.

“Apa-apa sajalah Tengku ni..” Asyik nak buatkan dia naik angin.. Awal-awal pagi macam ni.. Cepat saja dia menuju ke bilik air untuk bersolat lagi. Telefon bimbit yang berdering itu di biarkannya.. Biarlah dia memekak sendiri.

TENGKU Elman memberhentikan kereta di luar pagar rumah Pak Teh. Dia keluar dari perut keretanya. Dia melihat-lihat ke dalam rumah. Namun dia perasan kereta Humaira sudah tidak ada di garaj. ‘Kemana dia pergi? Pagi tadikan aku suruh dia tunggu? Hishh!! Dia ni tak dengar cakap aku!’ bisik hati Tengku Elman.

Mak Teh yang mendengar orang memberi salam terus menuju ke pintu pagar apabila dia melihat Tengku Elman.

“Oh Tengku Elman.. Jemputlah masuk..” ujar Mak Teh dengan senyuman. pasti Tengku Elman datang mahu berjumpa dengan Humaira. tapi sayangnya Humaira dah kelaur beberapa minit yang lalu.

“Tak apalah Mak Teh. Elman singgah sekejap je. Ira ada di rumah Mak Teh?”

“Baru tadi dia keluar..” jawab Mak Teh.

“Dia pergi mana? Mak Teh tahu?” soal Tengku Elman lagi. Manalah tahu kalau-kalau Humaira ada bagi tahu Mak Teh kemana dia pergi!

“Tak tahulah pula. Selalunya dia ke Time Square. Mungkin dia pergi kedai butiknya..” terang Mak Teh lagi. Selalunya Humaira akan memberitahu kemana dia pergi. Tetapi hari ini tidak pula! Pelik?

“Oh.. Terima kasih Mak Teh. Kalau macam tu, saya pergi dululah Mak Teh.. Nanti saya cari dia kat sana..” ujar Tengku Elman. Dia pun terus menuju ke keretanya. Dia terus memandu menuju ke Time Square.

TIBA-tiba Tengku Elman ternampak Humaira yang berada di kedai pakaian. Gadis itu sedang seronok melihat gaun yang cantik di hadapannya. Dia membelek harga gaun itu. Mahalnya.. Tapi gaun itu sangat cantik. Memang labuh tetapi sesuai untuk di pakai dalam suatu majlis.

“Cik nak cuba ke gaun ni?” soal si penjual itu. Humaira hanya menggeleng. Mana dia mampu untuk membeli gaun yang mahal itu. Lima ribu!! Gila ke kalau dia beli gaun yang mahal itu. Kalau lima ratus pun belum tentu dia beli, inikan pula lima ribu? Namun matanya tetap juga berulang kali melihat gaun itu.

Entah mengapa Humaira merasakan seram sejuk. Dia merasakan ada mata-mata yang sedang mengintipnya. Takkan siang-siang hari macam ni pun dia jadi hantu supermall!! Hish!! Takkan Tengku Elman sanggup mengintipnya di ruang supermall ini. Buat apa dia nak mengintip dirinya?? Tapi fikirannya tetap melebihi akalnya..

Akhirnya Tengku Elman tersenyum sendirian. Kemudian dia ternampak Humaira keluar dari kedai itu. Dia segera menyembuyikan diri. takut di lihat oleh Humaira. mungkin Humaira dapat menghidu kehadirannya di situ.

Humaira berjalan menuju ke kedai handphone yang berada tidak jauh dari kedai pakaian tadi. Dia masih bingung memikirkan hara gaun tadi.

Baru saja Humaira melangkahkan kaki menuju ke kedai handphone, terasa tangannya di tarik. Dia menoleh. Tengku Elman sedang tersenyum padanya.

“Tengku!!” suara Humaira separuh menjerit. Apa yang di rasakannya tadi memang benar-benar wujud!Hantu supermall itu adalah Tengku Elman!

“Ye sayang..”  jawab Tengku dengan lembut dan tersenyum melihat gelagat Humaira yang terkejut itu.

“Tengku nak apa sebenarnya? Kalau tak susahkan hidup saya tak boleh ke? Rasa tak cukup sifat ke kalau tak buat macam tu?” marah Humaira lagi. Dia rasa semenjak Tengku Elman balik dari rumah Pak Teh dan Mak Teh, sikap Tengku Elman semakin berubah. Dia jadi semakin berani untuk pegang dirinya.

Dia berasa rimas dengan segala tingkah laku dan kebaikannya. Memang sebelum ini pun Tengku Elman baik tetapi kali ini baiknya lain benar. Kekadang dia rasa takut pula pada kebaikan yang di hulurkan oleh Tengku Elman Qaufar.

“Hidup siapa yang abang nak susahkan kalau bukan hidup sayang..”  jawab Tengku Elman selamba. Matanya tetap tidak beralih memandang wajah Humaira. Humaira membeliakkan biji matanya.

“Tengku cakap lagi macam tu rasa-rasanya saya nak bunuh je Tengku ni tau!” Humaira hampir saja hilang kawalan. Makin menjadi-jadi pula perangai Tengku Elman bila mereka berada di luar pejabat.

“Oh..sayang.. Sampai hati sayang nak bunuh abang yang handsome ni? Sampai hati sayang ye?” soal Tengku Elman dalam nada bergurau.

“Tengku...!” Humaira sudah menjerit. Namun Tengku Elman Qaufar dengan selamba saja menarik tangan Humaira selepas itu dia ajak berjalan sama.

“Lepaslah!” Humaira meronta.

Tengku Elman Qaufar tidak peduli. Tetap juga di pengang tangan itu dengan kemas. Sambil itu Tengku Elman mempamerkan senyuman buat pengunjung yang memandang mereka.

“Isteri saya!” ujar Tengku Elman kepada mereka yang memandang. Mereka yang melihat juga merasa pelik sebenarnya.

“Tengku ni kenapa? Apa salah yang saya buat sampai Tengku buat  macam ni?” kata Humaira sambil dia berusaha untuk melepasakan genggaman tangan itu. Namun ternyata usahanya sia-sia saja.  Semakin erat genggaman Tengku Elman!

Humaira semakin panas hati. Dia menampar belakang Tengku Elman. Tengku Elman buat tidak tahu walaupun dia terasa pedih dengan bekas tamparan Humaira tadi.

“Sayang tu yang degil. Pagi tadikan abang dah call, suruh Ira tunggu kat rumah.. Tapi Ira keluar juga.. Nak lawan cakap suami ya?” ugut Tengku Elman.

“Suka hati sayalah nak keluar ke, nak pergi mana ke? Awak tu siapa nak tahu hal saya..” ujar Huamira tidak puas hati. Lelaki ini memang sudah melampau.. semua gerak gerinya di perhatikan.. Rimas dia!!

“Oh… dah pandai menjawab ya… Kalau sayang ikut cakap abang tadi, tak akan jadi benda ni!” kata Tengku Elman. Cuba menyalahkan Humaira pula.

“Geram betul!” rungut Humaira selepas itu. Tengku Elman masih diam. Tak nak cakap apa-apa.

“Tengku ni memang memalukan betul!” ujar Humaira.

Tengku Elman tersenyum melihat Humaira yang berada di sebelahnya.

“Sayang tau tak, comel betul bila sayang berleter. Suka sangat abang tengok!” kata Tengku Elman. Sengaja dia mengusik Humaira.

“Apa? Cuba ulang sekali lagi!” soal Humaira.

“Sayang tu, kalau berleter nampak comel sangat.”

“Dahlah malas nak layan Tengku ni. Pelik betul semenjak balik dari rumah Pak Teh hari tu, semakin menjadi-jadi pula perangainya. Entah apalah ubat yang dia orang kasi kat Tengku ni! Nak cakap setengah tak juga. Suku apa lagi!!” marah Humaira lagi. Sungguh, dia pelik dengan perangai Tengku Elman yang membahasakan dirinya abang dan memanggilnya sayang!

Tahap kemarahannya sudah sampai paras kritikal. Buat penat mulutnya saja berleter dengan perangai Tengku Elman Qaufar. Namun satu pun tidak di endahkan. Malah semakin galak pula lelaki itu membahasakan dirinya abang dan berani memanggilnya sayang.

 

 

Thursday, 6 February 2014

Kau Rantai Hatiku 35


Pak Teh membawa Tengku Elman keluar dari rumah. Mereka duduk di ruang rehat. Ada sebuah pondok kecil yang di bina oleh Pak Teh untuk minum petang ketika mereka sekeluarga lapang. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

Pak Teh memulakan bicara. Ada banyak perkara yang ingin dia beritahu pada Tengku Elman. dia berharap Tengku Elman tidak akan menyalahkannya dalam hal ini.

“Saya minta maaf banyak-banyak Tengku. Di sebabkan hal ini, Tengku sudah banyak menderita..” ujar Pak Teh.

“Saya masih tak faham!! Apa sebenarnya yang berlaku?” soal Tengku Elman Qaufar bertubi-tubi. Dia mahukan penjelasan dari mulut Pak Teh.

“Sebenarnya, pada malam itu Mak Teh terdengar perbualan Datin Melinda di telefon. Dia mengarahkan orang berbuat sesuatu dengan kereta Cik Ariana. Apabila mendengarnya dia terus bagitau pada Pak cik. Selepas Cik Ariana keluar, Pak cik mengekorinya dari belakang. Memang betul, kereta Cik Ariana kena langgar dan salah seorang itu menuang minyak pelincir ke atas kereta itu. Pada masa itu Cik Ariana tidak sedarkan diri.

Mereka terus berlalu apabila api sudah menyala memakan minyak pelincir itu. Pak cik terus menuju ke arah kereta itu. Sedaya upaya pakcik keluarkan Cik Ariana dari perut kereta itu. Kemudian Pak cik tanggalkan cincin perkahwinan dan beg tangan Cik Ariana, pakcik letakkan di situ. Baju panjang yang Cik Ariana pakai Pakcik tanggalkan. Ini Pakcik lakukan supaya boleh dijadikan bukti bahawa Cik Ariana terbakar dalam letupan itu” cerita Pak Teh lagi.

“Saya terus membawa Cik Ari pergi ke hospital. Saya pastikan tiada siapa yang mengekori kami. Masa itu keadaan Cik Ari memang tenat. Di tambahkan lagi bayi dalam kandungannya tidak dapat di selamatkan.. Pakcik betul-betul minta maaf.. Pakcik dah sedaya upaya untuk menyelamatkan Cik Ari dan juga kandungannya itu.”

“Ari mengandung?” soal Tengku Elman terkejut. Pak Teh hanya mengangguk. Dia sebenarnya pun terkejut apabila masa itu doktor telah mengesahkan Ariana mengandung dan bayi dalam kandungannya itu tidak dapat di selamatkan.

Tengku Elman Qaufar mengingat kembali ketika itu, sebelum dia pulang ke tanah air, Ariana ada berkata sesuatu. Ada berita gembira yang ingin di sampaikan tetapi isterinya mahu memberitahu apabila dia pulang kelak!

Teringat kembali bagai mana perasaannya ketika itu. Menerima berita yang amat menyedihkannya. Seolah-olah dia tidak dapat menerima bahawa insan yang dicintainya sudah pergi buat selama-lamanya. Kepulangannya dari London malam itu di sambut dengan berita yang menyedihkannya. 

Pada mulanya dia begitu gembira dan tidak sabar untuk menyampaikan berita gembira buat isteri tercinta. Mereka akan sama-sama sambung belajar di London. Dia pergi ke London seorang diri atas urusan itu. Penemuan cincin dan beg tangan milik isterinya juga turut di temui. Dan kereta yang meletup pada malam itu memang kereta milik isterinya.

Tengku Elman terdiam. Dia tidak menyangka Ariana menderita begitu sekali. Bagai mana perasaannya seandainya suatu hari nanti dia kembali mengingati masa lampaunya. Pasti dia akan sedih kerana kehilangan bayi dalam kandungannya semasa kemalangan itu.

“Kesian Ari. Saya tak dapat nak bayangkan macam mana perasaannya kalau dia tahu dia pernah kehilangan bayi kami...” kedengaran keluhan dari mulut Tengku Elman.

“Saya betul-betul minta maaf Tengku..”

“Saya tak salahkan Pak Teh. Walau pun saya juga sedih bila mendengar berita itu. Apa yang penting Ariana masih hidup dan sihat..”

“Kita berdoa saja agar dia dapat menerima kenyataan itu.”

“Apa pun saya memang bersyukur sangat. Tapi Pak cik, kenapa dia tak kenal saya?” soal Tengku Elman lagi.

“Dia hilang ingatan selepas kemalangan yang dahsyat itu.  Penyakit apa ya? Am.. am.. amnesia” ujar Pak Teh yang cuba mengingati nama penyakit itu. Susah betul dia nak menyebut nama penyakit itu!

“Penyakit amnesia Pak cik. Penyakit hilang ingatan” sambung Tengku Elman Qaufar.

“Ha.. macam tulah bunyinya. Selama enam bulan dia koma. Masa dia komalah Mak Teh kamu berhenti kerja kerana dia nak menjaga Ari..”

Melopong mulut Elman mendengarnya. Hatinya sudah berbunga-bunga. Dia bersyukur sangat kerana isteri yang di sangkakan sudah meninggal itu masih hidup!! Tapi apa motif Datin Melinda mahu membunuh Ariana? Pelbagai soalan yang timbul di fikirannya.

“Tapi kenapa Datin Melinda mahu membunuh Ariana?” soal Tengku Elman.

“Itulah yang menjadi tanda tanya Pak cik. Kenapa dia mengupah orang membunuh Cik Ari, sedangkan Cik Ari tu orang yang baik. Kalau nak di banding kan dengan Isabella, Cik Ari memang jauh lebih baik..” jawab Pak Teh geram! Dia teringat semenjak Dato Farid berkahwin dengan Datin Melinda, Ariana selalu mengalah dengan Isabella. Apa saja yang Isabella mahukan pasti, Datin Melinda dan Dato Farid akan tunaikan.

Suatu hari, mereka terkejut apabila Tengku Elman menghantar rombongan untuk meminang Ariana. Hanya perkahwinan di antara Tengku Elman dan Ariana sahaja yang di restui oleh mereka. Tetapi akhirnya, Datin Melinda tetap merancang mahu membunuh Ariana juga akhirnya.

“Saya betul-betul terkejut mendengar semua ini..” jelas Tengku Elman lagi.

“Pak cik pun ada juga menjenguk ke rumah kamu selepas kejadian itu, tapi Tengku tidak pernah balik dari London. Dan sampai sekarang Pak cik hanya berdiam diri saja. Lagi pun Pak cik dengar Tengku dah bertunang dengan cik Isabella.”

“Betul Pakcik. Saya mengambil masa lima tahun belajar di London. Saya cuba untuk melupakan Ariana. Walaupun Isabella sentiasa ada di sisi saya, saya tetap tidak dapat melupakan wajahnya. Sehinggakan Isabella selalu marahkan saya, Pak cik..” gelak Tengku Elman. Teringat kembali bagaimana Isabella merajuk apabila dengan tidak sengaja dia menyebut nama Ariana!

“Tetapi bila saya pulang ke Malaysia saya terus jumpa dia di hari pertama saya menjejak kaki ke Malaysia. Saya kejar dia masa tu Pak Cik.. Saya betul-betul macam orang gila.. Akhirnya saya jumpa kedai tempat dia bekerja..”

Pak Teh menceritakan keadian selepas kemalangan itu.

“Kami berpindah ke Johor selepas Ariana keluar dari hospital. Setelah dia sihat sepenuhnya kami mendaftarkan dia ke universiti. Baru satu setengah tahun ni kami pindah semula ke Kuala Lumpur. Sebab dia nak mulakan perniagaan butiknya” Pak Teh berhenti sekejap.

“Patutlah masa kami di Johor hari itu, dia pengsan dan saya bawa dia ke hospital. Mereka beritahu saya yang Ira pernah accident. Mungkin Ira di rawat di hospital itu ke Pakcik?”

“Ya Tengku.. Humaira pernah dirawat di Hospital Kluang. Saya harap Tengku dapat rahsiakan perkara ini dari orang lain. Pak cik tak nak Datin Melinda mencederakan Ariana lagi. Kita tidak tahu apa akan terjadi jika dia tahu Ariana masih hidup.” Tengku Elman menghembuskan nafasnya. Tiada perkataan lain yang dapat dia ucapkan ketika ini. Syukur!!!

“Baiklah Pak Teh. Terima kasih banyak kerana menolong saya menjagakan Ariana selama ini. Saya tak dapat nak membalas budi baik Pak Teh dan keluarga..” Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Manalah dia tidak gembira mendengar berita bahawa isterinya masih hidup. Sekarang dia sudah ada keyakinan dalam hidup. Dia akan selesaikan satu-persatu perkara yang perlu di selesaikan segera. Menitis airmata gembira di pipi. Siapa sangka aturan tuhan untuknya. Rasanya mahu saja dia memeluk gadis itu. Namun di sabarkan dulu hatinya.

“Sama-sama.. Lagi pun bukan sehari dua saya tengok Ariana. Dari bayinya masih merah lagi sampai sekarang. Pak cik dan Mak cik bertanggung jawab untuk menjaga dia.” celah Mak Teh yang datang dari arah dapur.

“Saya harap Pak Teh pun jangan bagitahu Ira yang saya ni suami dia. Nanti dia terkejut pula. Kita buat macam biasa.” Cadang Tengku Elman. Mereka berdua mengangguk.

“Baiklah.. Lega hati saya sekarang. Lima tahun kami simpan rahsia ni. Sebenarnya Azwan ada melamar Ira hari tu. Tapi kami cakap dia tak boleh kahwin dengan mana-mana lelaki.”

“Dia tak hairan ke Pak Teh?” ada nada cemburu di hujung suaranya. Amboi mentang-mentang isteri aku ni cantik ada saja lelaki yang suka dengannya. Ini tak boleh di biarkan. Humaira hanya milik aku seorang.

“Mestilah dia hairan kenapa dia tak boleh kahwin dengan lelaki lain. Tapi sampai sekarang kami tak bagitau apa sebabnya” Mereka bergelak ketawa.

“Gelak sampai tak ingat dunia pulak.. Ni Mak Teh nak jemput korang masuk makan.. Makanan dah siap di hidangkan..”

Mereka bertiga terus menuju ke ruang meja makan.

“MMM Pak Teh, Mak Teh, saya pergi dulu ya. Saya pun dah lama kat sini.. Kalau di ikutkan hati memang saya nak duduk lama-lama kat sini” ujar Tengku Elman berseloroh. Dia melirik pada Humaira yang baru keluar dari arah dapur.

“Baiklah.. Ada masa datanglah ke sini lagi..” ujar Mak Teh.

“Ira tolong hantar Tengku Elman ke luar.” Pak Teh pula bersuara.

“Baik Pak Teh..”

Humaira berjalan di belakang Tengku Elman. Dari tadi lagi senyuman tak putus-putus menguntum di bibir Tengku Elman. Kalau di ikutkan hatinya nak saja dia memeluk Humaira yang berada di hadapannya. Namun dia takut Humaira akan terkejut dengan tindakanya. Lagi pun mereka berada di luar rumah Pak Teh. Nanti apa pula kata jiran sekeliling.

“Tengku ni kenapa dari tadi lagi senyum tak henti-henti? Dah dekat dalam tadi bukan makin seronok berbual dengan Pak Teh dan Mak Teh. Korang kenal ke?” soal Humaira dengan perasaan hairan. Pak Teh dan Mak Teh pun satu. Kalau dengan Azwan tak juga mesra mereka melayannya. Tetapi berbeza pula dengan Tengku Elman. Malah dirinya di suruh pula menghantar Tengku Elman sampai ke luar pagar.

“Tak ada apa. Saya gembira sangat. Tak tahu kenapa saya gembira sangat dapat berjumpa dengan Pak Teh dan Mak Teh Ira.”

“Aaa... Yalah tu..” memuncung bibir Humaira tanda tak puas hati.

“Esok Ira tunggu saya tau. Saya datang ambik esok” ujar Tengku Elman.

“Nak pergi mana? Esokkan cuti.. Ira nak duduk di rumah berehat.”

“Tapi hari Isnin jangan lupa datang kerja..”

“Tapi saya kan dah tulis surat perletakan jawatan..”

“Saya tolak perletakan jawatan awak tu.. Jadi hari Isnin, Ira mesti masuk kerja semula.”

“Tak naklah kerja kat sana lagi. Lebih baik Ira jaga butik tu. Lagipun Ira tak nak ada masalah dengan Cik Isabella tu.”

“Ini arahan saya.. Ira kena juga turun kerja hari Isnin. Saya tunggu..”

“Yelah.. Ira turun keja hari Isnin..”

“Haa macam tulah.. dan esok Ira tunggu saya kat rumah. Jangan nak keluar kemana-mana..” ujar Tengku Elman sambil jarinya menyentuh pipi Humaira.

“Kenapa Tengku ni, sejak bila pandai menggatal pulak ni?” Humaira mencebikkan bibir. Tanda tidak puas hati. Lelaki ini memang suka betul mengambil kesempatan.

“Apa salahnya. Saya lelaki. Ira pula perempuan. Tak salah bukan.. Lainlah kalau saya ni pondan atau sama jenis.. Normallah sebagai seorang lelaki sejati itu, ada sifat gatalnya. Barulah di katakan lelaki. Ira ni cute betullah..” Tengku Elman sekali lagi mencubit pipi Humaira.

“Tengku ni suka betul ambik kesempatan. Ingat muka Ira ni muka model agaknya.”

Sorry tangan saya ni gatal sangat..” Tengku Elman tersengih-sengih. Sakit hati Humaira memandang wajah selamba itu.

“Yalah tu. Dasar lelaki gatal...”

“Tapi bukan dengan orang sebarangan tau. Dengan Ira je saya menggatal...” jawab Tengku Elman dengan sengihannya.

“Tengku nikan.. Heii.. geramnya Ira..”

“Saya lagi geram tengok Ira tau. Rasa nak cium-cium pipi tu. Blushing sangat!!” Memang dia geram bila tengok wajah Humaira yang merona merah. Langsung tiada perubahan. Cuma kini gadis itu langsung tidak ingat segala kisah silamnya.

“Dahlah.. Balik cepat!! Makin lama Tengku kat sini makin menjadi-jadi pula gatalnya.” Marah Humaira. Tengku Elman sekali lagi mencubit pipi Humaira. makin lama dia berdepan dengan gadis itu makin dia merasakan tidak dapat mengawal perasaannya.

Sesampai di rumah, Tengku Elman terus menuju ke biliknya. Membersihkan diri. Seharian dia bekerja memang penat juga rasanya. Namun semuanya berbaloi apabila dia mengetahui gadis yang selama ini dia ekori itu adalah isterinya sendiri. Cuma sekarang bagaimana dia mahu menyelesaikan masalah isteri dan orang-orang di sekelilingnya.

 

 

Monday, 27 January 2014

Saat Ku Cinta 10



‘Aduh dah malam sangat ni.. Kenapalah tak ada teksi pula kali ini?’ Rungut Zarra dalam hati. Kalau tidak di sebabkan keretanya meragam tidak payahlah dia susah-susah menunggu teksi waktu ini. Tunangnya pun tidak ada kat sini malam ini. Malangnya nasib dia hari ini. Zarra masih lagi setia menunggu teksi. Tiba-tiba ada dua orang lelaki yang tidak di kenalinya mula mengusik-ngusik dirinya. Dia jadi seram sejuk. Bukannya dia tidak tahu di kota yang besar ini, ada pelbagai ragam manusia.

“Hai si cantik manis? Nak kemana ni?” soal salah seorang lelaki tadi. Zarra menjeling tajam. Tidak di jawabnya soalan lelaki itu tadi. Malah dia mula melangkahkan kakinya mahu berlalu dari situ. Namun dia terkejut apabila salah seorang pula menghalang jalannya.

“Abang tu tanya, cik adik nak kemana?” soal lelaki di hadapannya tadi.

“Saya nak baliklah!” jawab Zarra dengan geram! Dia cuba untuk meloloskan diri dari kedua lelaki itu. Dia benar-benar rasa takut sekarang. Namun begnya pula di rentap! Zarra cuba menarik begnya. Namun kudrat lelaki itu lebih kuat darinya.

Di lorong yang sedikit gelap itu, Zarra berlari. Di lihatnya lelaki dua orang tadi sedang mengejarnya. Dia mana dia mahu bersembunyi. Apa niat dua orang lelaki itu. Dalam asyik dia berfikir tiba-tiba dia terdengar suara lelaki tadi.

“Ha!! Itu pun dia!! Mari kita menikmati keseronokan malam ini..” ujar salah seorang darinya.

“Tolong jangan apa-apakan saya! Saya mohon dan merayu..” Zarra sudah dalam ketakutan. Namun rayuan itu tidak di pedulikan oleh dua lelaki tadi. Malah mereka makin mendekati Zarra yang mengundur ke belakang. Tiba-tiba kaki Zarra terlanggar objek menyebabkan dia terjatuh. Apa lagi kedua lelaki itu mula berebut untuk memiliki gadis itu.

“Aku nak rasa dulu!!”

“Aku dululah.. Kau nanti..” sempat lagi mereka berdua berbalah sesama sendiri.

“TOLONGG!!!!!!!!!!!!!!” jeritan Zarra itu langsung tidak di pedulikan oleh kedua lelaki tadi. Zarra tetap menjerit meminta tolong. Dia bagaikan hilang kudrat untuk melawan tenaga kedua lelaki itu. Lututnya bergegar lemah. Dia hanya mampu tawakal. Tidak sanggup rasanya dia kehilangan mahkotanya pada kedua lelaki durjana ini. Hanya lelaki yang bergelar suaminya yang layak untuk mendapat hak itu. Dia cuba bangkit untuk melarikan diri.

“TOLONGGG saya!!!” suaranya bergema sekali lagi. Walau pun dalam keadaan ketakutan, Zarra tetap cuba menjerit meminta pertolongan. Manalah tahu ada insan di muka bumi ini yang mendengar jeritannya itu.

 “Tolong!!!!!!!” satu jeritan itu mengejutkan Zharif yang ketika itu sedang duduk di dalam keretanya. Tidak lama kemudian dia melihat dua orang lelaki sedang mengejar seorang gadis. Dan apabila si gadis itu terjatuh, kedua pemuda itu seperti berebut-rebut mahu bercumbu dengan si gadis itu.

Melihat keadaan itu, Zharif terus keluar dari kereta lalu menuju ke arah kedua pemuda yang asyik bergelak ketawa melihat wajah ketakutan si gadis itu. Hatinya mendongkol geram. Pantang baginya kalau kaum hawa di permainkan sedemikian! Manusia jenis apa yang sanggup menganiaya insan yang lemah seperti perempuan itu.

“Hoi!!!” jerit Zharif. Kedua pemuda itu menoleh. Mereka nampak Zharif sedang berjalan menuju kearah mereka berdua.

“Eh!! Ada orang nak jadi hero yer!!” ujar salah seorang pemuda itu. Darah Zharif memuncak. Pantang benar dia melihat kaum hawa itu di perlakukan seperti binatang. Dengan tidak semena-mena satu tumbukan padu hinggap di wajah salah seorang pemuda itu. Dan yang seorang lagi cuba melawan. Namun Zharif cepat mengelak. Dia hayunkan lagi tumbukan pada wajah itu.

Kedua-dua pemuda itu cabut lari apabila melihat keberanian Zharif yang melawan mereka. Mata Zharif menangkap sekujur tubuh gadis yang tidak dikenalinya itu. Terus saja Zharif mendekatinya. Pada masa yang sama gadis itu sudah pengsan! Tubuh yang terbaring itu berada dalam keadaan yang mengaibkan. Sebahagian tubuhnya terdedah dan keadaan itu benar-benar mencemaskan! Zharif tergamam seketika.

Cepat-cepat Zharif mencempung tubuh gadis itu menuju ke keretanya. Dia terus memandu menuju ke klinik sahabatnya Doktor Hisyam. Sampai sahaja didepan klinik sahabatnya, dia terus meluru sambil mencempung tubuh gadis yang masih pengsan itu.

“Tolong I, Hisyam..” ujar Zharif sambil nafasnya pun naik turun. Dia terus masuk ke bilik sahabat tanpa mempedulikan beberapa orang pesakit yang menunggu di luar.

“Kenapa ni?” soal Doktor Hisyam cemas. Dia melihat gadis yang di bawa oleh Zahrif itu masih pengsan dan tubuhnya di tutupi oleh baju kot milik Zharif.

“Tadi dia pengsan. Mungkin dia terkejut!” beritahu Zharif cemas.

“Kenapa boleh jadi macam ni? Apa yang berlaku sebenarnya?” soal Doktor Hisyam lagi.

“Tadi ada dua orang lelaki yang tidak di kenali mahu merogolnya. Nasib baiklah I lalu kat situ. Dia menjerit minta tolong, jadi I pun tolonglah..” terang Zharif dengan lebih terperinci. Doktor Hisyam mengangguk!

Doktor Hisyam menyuruh Zharif keluar. Sementara dia dan jururawatnya merawat keadaan gadis itu. Zharif menunggu dengan penuh debar. Bagai mana keadaan gadis itu? Rasanya kedua lelaki itu tidak sempat mengapa-apakan si gadis itu. setelah siap membuat pemeriksaan, Doktor Hisyam memanggil Zharif.

“Macam mana dengan gadis itu?”

“Dia tak apa-apa. Mungkin dia terkejut sebab itu dia pengsan” beritahu Doktor Hisyam kepada sahabatnya.

“Alhamdulillah..” ucap Zharif penuh syukur!

 “Nasib baik kau ada kat sana kalau tak memang gadis itu tak dapat diselamatkan.” Terdengar kata-kata Doktor Hisyam membuatkan Zharif tersenyum. Mungkin dia ada jodoh dengan si gadis itu.  Rasanya, ini bukan kali pertama mereka di pertemukan. Namun dia belum lagi mengetahui nama si gadis tersebut.

“Terima kasih kerana menolong saya..”

“Itukan perkara biasa. Tapi cantik juga gadis tu..” usik Doktor Hisyam.

“Ada-ada saja kau ni!!” balas Zharif sambil tersenyum. Boleh pulak Doktor Hisyam mengusiknya sebegitu.

“Kalau susah sangat kau kahwin saja dengan dia.. Lagi pun kau ni sampai bila nak hidup membujang..” sambung Doktor Hisham.

“Eh kesitu pula kau ni!! Aku taulah tapi aku belum berkesempatan nak berkenalan dengan dia pun.. Cuma aku kenal wajah dia..” Zharif mula mengingatkan wajah yang selalu menganggunya itu.

“Tak apa lepas ini, kau berkenalanlah dengan dia. Manalah tau dia masih bujang lagi.. dan aku berharap kau akan kahwin tak lama lagi. Tak sabar rasanya nak makan nasi minyak kau!” Doktor Hisyam bergurau.

“Okey.. Nanti aku soal siasat dia..” balas Zharif sambil tersenyum. Kawannya itu memang suka sangat mengusik.

“Doktor, pesakit dah sedar!” ujar seorang jururawat kepada Doktor Hisyam. Kedua mereka menoleh. Doktor Hisyam terus berjalan menuju ke bilik yang menempatkan si gadis itu. Manakala Zharif pula mengikut dari belakang.

“Saya dekat mana ni?” soal si gadis itu. Mungkin dia hairan melihat tepat dia berada dan melihat pakaian di tubuhnya.

“Awak berada di klinik saya.” jawab Doktor Hisyam.

“Kenapa dengan saya doktor?” soal si gadis itu lagi. Dia tidak ingat apa yang berlaku pada dirinya.

“Cik pengsan tadi kemudian kawan saya ni yang hantar cik ke sini..” terang Doktor Hisyam. Seraya itu mata si gadis itu memandang ke arah lelaki yang di maksudkan. Dia berusaha senyum.

“Terima kasih kerana menyelamatkan saya..” ujarnya perlahan. Biar pun dia tidak pernah kenal dengan lelaki itu, namun kata-kata ucapan terima kasih sepatutnya dia ucapkan juga.

“Sama-sama itukan kewajipan kita sebagai manusia” jawab Zharif lagi.

“Saya boleh balik ke sekarang doktor?” soal Zarra lagi. Dia tahu pasti ayahnya tengah risaukan dia di rumah. Maklumlah dia tidak pernah lewat sebegini pulang ke rumah.

“Biar saya hantar cik balik. Lagi pun malam-malam begini naik teksi tu bahaya!” ujar Zharif mempelawa diri.

“Betul juga kata kawan saya ni.. Lebih baik dia bawa cik pulang. Lebih selamat..” Doktor Hisyam pula menyokong.

Zarra hanya mengangguk kepalanya.

“Kita pergi buat laporan polis..” ujar Zharif lagi. Doktor Hisyam mengangguk. Itu lebih baik buat gadis itu. Demi keselamatannya juga.

ZARRA pulang kerumah dengan pakaian yang serabai. Nasib baik ada baju kot lelaki itu yang menutupi tubuhnya. Ketika sampai di rumah, semua ahli keluarganya terkejut.

“Apa dah jadi ni?” soal si ayah. Zarra membisu. Dia tidak dapat bersuara. Lidahnya rasa kelu. Dari klinik sampai ke rumah ini dia hanya memberitahu alamat rumah ini kepada lelaki yang tidak di kenalinya itu.

“Pakcik, sebenarnya dia di.. di..” tak sampai hati Zharif mahu menyebut penuh perkataan itu. Dia rasa jijik sangat! Kenapalah ada manusia yang sangat kejam sebegitu di dunia ini.

“Di rogol? Siapa yang buat kerja tu?” soal Pakcik Harun. Tak payah lelaki itu menyebut perkataan akhir pun dia tahu melalui pandangan matanya pada anak gadisnya itu. Mujurlah tubuh anaknya itu di tutupi dengan baju kot yang mungkin milik lelaki itu.

“Saya pun tak tahu. Bila tiba di tempat itu, saya lihat dua orang lelaki sedang bergelut dengan dia.. Dan kemudian dia pengsan. Saya sudah bawa dia ke klinik.. Doktor cakap dia tak apa-apa..” terang Zharif lagi. Dia sudah kecut melihat wajah Pak Harun yang sedang menahan kemarahan. Dia risau jika lelaki separuh umur itu mengamuk!

“Mana boleh tak apa-apa! Siapa buat kerja ni?” soal Pak Harun lagi.

“Habis macam mana ni bang?” soal Makcik Saleha dengan nada yang cemas.

“Macam mana kalau keluarga Datuk Majid tahu perkara ini?” soal Makcik Saleha lagi.

“Abang pun tak tahu. Kalau keluarga Datuk Majid tahu mesti mereka tidak akan dapat menerima berita ini. Mereka pun tak nak menanggung rasa malu ini..” terdengar keluhan dari bibir Pak Harun. Dia tidak tahu apakah reaksai keluarga tunang anaknya itu nanti. Sanggupkah mereka meneruskan majlis perkahwinan yang tinggal seminggu itu lagi.

“Kenapa pakcik?” soal Zharif bila mendengar keluhan kecil dari bibir Pak Harun.

“Sebenarnya Zarra akan berkahwin tak lama lagi. Tapi macam mana kalau keluarga sebelah lelaki tahu yang Zarra kena rogol pasti mereka akan membatalkan majlis kahwin ini..” sampuk Makcik Saleha. Dia berpura-pura seperti orang sedih. Pada hal dalam hati memang dia gembira kerana dia mengharapkan perkahwinan itu tidak menjadi dan Zarra akan mendapat malu kerana peristiwa yang memalukan itu.

“Bila tarikhnya?”

“Dua minggu dari sekarang!” jawab Pakcik Harun. Mona tersenyum lega. Akhirnya pernikahan kakaknya dengan Ashraf akan di batalkan. Dan dia akan berpeluang untuk merebut tempat di hati Ashraf.

Zharif mendiamkan diri. Gadis itu sudah menjadi tunangan orang dan bakal menjadi isteri orang. Nampaknya dia sudah terlambat untuk merebut kasih di hati gadis itu.

Zharif memandu menuju ke rumah. Dia merasa letih dan penat sekali. Sekarang dah pukul satu. Nasib baiklah budak-budak tu tidak ada di rumah. Dia terus menuju ke biliknya. Dia mahu menyegarkan diri dan tidur.

Dia dalam biliknya, Mona tersenyum gembira. Dia langsung tak bersimpati di atas apa yang berlaku pada Zarra. Baginya itu satu peluang yang baik untuk dia mendekatkan dirinya dengan Ashraf.

Tak mengapalah esok dia akan bertemu dengan Ashraf untuk memberitahu hal ini. Pastinya Ashraf akan terkejut dan dia serta merta akan memutuskan pertunangannya dengan Zarra! Ya itulah yang sepatutnya berlaku esok!
 



 

Monday, 6 January 2014

Saat Ku Cinta 9



AMYLIA pergi berjumpa dengan Zharif di pejabat. Dia mahu menjelaskan kepada Zharif, apa yang dia nampak semalam adalah tidak benar. Dia tidak mahu lelaki itu terus terusan menjauhkan diri darinya. Kalaulah lelaki itu sudi menerimanya, dia tidak akan menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki di luar sana.

“Hana, Zharif ada dalam pejabat?” soalnya kepada Hana selaku setiausaha Zharif. Kali ini dia bercakap dengan cukup lembut.

“Ada. Cik Amylia nak jumpa dia ke?” soal Hana lagi. Inilah pertama kali Amylia datang dengan cara yang sopan. Dia jadi hairan. Kenapa wajah Amylia nampak sedih? Padahal sebelum ini wanita itu akan terus masuk ke bilik pejabat Zharif tanpa bertanya terlebih dahulu dengannya.

Amylia mengangguk! Jenuh dia memikirkan perkara itu pagi tadi. Bagai mana kalau Zharif terus membencinya.

“Zharif you ada tetamu hari ini. Nak bagi dia masuk ke?” soal Hana melalui intercom.

“Suruh je dia masuk!” ujar Zharif melalui intercom.

Amylia tersenyum sebaik sahaja mendengar jawapan dari Zharif. Perlahan dia menuju ke pintu bilik Zharif. Dia mengetuk pintu itu sebaik dia berada di depan pintu itu.

“Tok..tok..tok..”

“Masuk!”

Amylia terus memulas tombol pintu tersebut dan melangkah masuk. Pintu itu di tutup perlahan. kelihatan Zharif sedang sibuk dengan kerjanya. Kepalanya langsung tak di angkat. Hanya dia mempersilakan tetamunya itu duduk sahaja. Amylia tersenyum suka.

“Hai Zhar!”Amylia memulakan bicara. Suara itu seperti biasa dia dengar. Zharif mengangkat mukanya. Terkejut melihat amylia yang duduk di hadapannya.

“Buat apa you datang sini?” soalnya. Amylia tersenyum. Lupa seketika tujuannya datang ke sini. Dia rasa gembira dapat melihat wajah Zharif ketika ini. Dia terbuai seketika.

“Amylia! I tanya buat apa you datang jumpa I?” sekali lagi Zharif meninggikan suaranya. Amylia terkejut! Wajahnya kembali pucat!

“I datang nak minta maaf dengan you..”

“Minta maaf? pasal apa?” Amylia menggigit bibir. Benarkah Zharif tidak nampaknya hari itu? Mungkin itu cuma perasaannya. Tapi kalau itu setakat perasaannya kenapa Zharif bersikap dingin dengannya?

“I nak minta maaf pasal..”

“Pasal apa?” soal Zharif lagi. Pasti Amylia mahu menerangkan perkara yang dia nampak tempoh hari. Dia tidak akan sedih dan kecewa malah sebaliknya dia gembira kerana selama ini Amylia berjaya menyembunyikan perkara yang sebenarnya. Ya perempuan itu tidak pernah setia dengan dirinya.

“Pasal apa yang you nampak tempoh hari!”

“Apa yang I nampak?” kali ini giliran Zharif cuba memutar belitkan soalan. Amylia sekali lagi menggigit bibirnya. Benar ke dia tidak nampak apa yang berlaku tempoh hari? Atau Zharif sengaja buat-buat tak nampak?

“Sebenarnya I dengan Datuk Maarof tu kawan biasa saja.. I tak nak you salah anggap dengan I..” beritahu Amylia. Kali ini dia terpaksa berterus terang.

“Oh pasal tu.. Ada I kisah? You nak kawan dengan sesiapa pun I tak ada hak nak melarang. Cuma satu saja yang I pinta, jangan ganggu hidup I lagi. Dan I tak nak tengok pun muka you kat sini!” Zharif meluahkan apa yang dirasa. Amylia kaku. Dia tidak menyangka Zharif berkata demikian dengannya.

Zharif please.. I’am sorry.. I beg you...” Amylia merayu.

“Seperti yang I cakap tadi, buat apa you nak minta maaf dari I. You dengan hidup you. I dengan hidup I. Jadi itu hal you.. Suka hati youlah nak buat apa? You bukannya budak kecik lagikan?” soal Zharif lagi. Amylia tidak tahu berkata apa lagi. Dia rasa Zharif benar-benar memaksudkan kata-katanya itu.

“You yang buat I jadi begini” ujar Amylia masih tidak mahu mengalah.

“Hei.. What you talking about? I buat you jadi apa?” balas Zharif sambil bangun dari tempat duduknya. Dia rasa kali ini, Amylia tetap tidak mahu mengalah. Dan kini dirinya pula yang di salahkan. Dia tidak mengerti apa yang Amylia mahukan yang sebenarnya.

“You yang buat I jadi macam ni! I cintakan you, tapi apa yang I dapat? You tak pernah berikan cinta you pada I. Malah you buat tak tahu saja dengan I. Alasan semua pasal budak-budak yang tak guna tu!” luah Amylia. Sering kali Zharif membuat alasan untuk mengelakkan diri. Kadang-kadang dia sakit hati dengan budak-budak itu.

“Hei!! You jangan berani libatkan pasal anak-anak I dalam masalah kita ya.. Mereka tak bersalah! You yang bermasaalah! You tak layak jadi ibu kepada anak-anak I tau!” bentak Zharif lagi. Selama ini dia bersabar sahaja dengan karenah Amylia. Tetapi sekarang dia tidak akan bersabar lagi!

“Apa maksud you?” Amylia semakin mendekatkan dirinya dengan Zharif. Dia mahu tahu apa alasan Zharif kali ini. Dia benar-benar ingin tahu.

“You tak sedar lagi ke? Budak-budak tu tahu apa yang terbaik untuk mereka. Dan I memang mencari wanita yang boleh menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Bukannya macam you! Depan I you buat baik. Belakang I? You ingat budak-budak tu tak pandai menilai ke?”

Amylia terdiam. Kali ini dia memang terkena dengan Zharif. Tak guna budak berdua tu! Pandai pulak mereka komplen dengan ‘papa’ mereka tu!

“Hish!! Malas nak cakap dengan you ni! Ada-ada saja yang tak kena!” marah Amylia lagi. Dia terus mengambil beg tangannya yang berada di atas meja lalu keluar dari bilik Zharif. Pintu pejabat itu di hempas kuat. Zharif tersenyum! Kali ini Amylia memang terkena dengan dia!

“Kus semangat!” ujar Hana sambil megurut dadanya. Hana yang terkejut mendengar pintu di hempas kuat mengangkat muka. Dia naik hairan. Tadi bukan main lagi Amylia bercakap lembut dengan dirinya. Bila keluar dari bilik Zharif lain pulak jadinya.

AMYLIA memandu menuju ke suatu tempat. Di sana dia mahu menenangkan fikirannya. Sejak semalam lagi fikirannya bercelaru. Dia tidak tahu untuk buat apa lagi bagi mendapatkan cinta dan kasih sayang Zharif. Lelaki itu selalu sahaja menyakiti hatinya. Dia tidak pernah di beri peluang untuk membuktikannya.

Amylia duduk di sebuah kerusi yang menghalakan pandangannya pada tasik itu. Dia mahu menenangkan fikirannya. Dia terlihat sepasang pasangan yang sangat mesra. Tiba-tiba dia rasa cemburu. Alangkah indahnya jika Zharif melayannya dengan baik seperti lelaki itu pada teman wanitanya. Dia pasti, dialah wanita paling bahagia sekali di dunia. Setelah sejam berlalu Amylia bercadang balik ke rumah mamanya.

“Awak ni dari mana tadi Amy? Sekarang baru balik? Tak reti nak duduk rumah ker?” Datin Rodiah membebel sebaik sahaja melihat anak gadisnya melabuhkan pinggungnya di atas sofa yang berwarna hitam itu.

“Balik jumpa Zharif!”

“Jumpa Zharif? Buat apa nak jumpa lelaki bodoh tu?” ternyata Datin Rodiah terkejut mendengar pengakuan Amylia. Masih tak berubah lagilah perangai anaknya itu, walaupun beberapa kali dia menasihatinya.

“Saja nak jumpa Zharif. Ada hal yang Amy nak cakap dengan dia.”

Datin Rodiah hanya menggelengkan kepala. Rupa-rupanya anak gadisnya itu masih berhubung dengan Zharif. Sudah puas dia menasihati anak gadisnya itu agar melupakan Zharif si bingung itu! Namun anaknya berdegil juga!

“Amy kau jangan nak buat hal lagi. Carilah pengganti yang lain. Mana tahu kau dapat yang lebih bagus dari si Zharif tu.”

“Ma.. Amy tak akan lupakan Zharif begitu sajalah.. Lagipun Zharif tu makin kacak, tampan dan bergaya sekarang. Macam itulah lelaki idaman Amy ma..”

“Masalahnya dia tak suka Amy. Cari lelaki lain. Jangan dok menggatal dengan dia tu. Tak berbaloi langsung!” marah Datin Rodiah lagi.

“Ala.. mama ni, Amy taulah nak buat apa. Yang penting Amy dapat hidup dengan dia. Nanti pandai-pandailah.. Amy bukan budak kecillah ma. Nak saja ikut cakap mama tu..” Amylia mula membentak. Dia tidak kira walau apa pun yang berlaku dia tetap akan merebut Zharif. Dia sudah nekad.

“Kau tu memang suka nak lawan cakap mama. Tak ada faedahnya kau nak kejar si Zharif tu! Apa gunanya Datuk Maarof tu? Dia kaya dan berduit. Takkan kau masih lagi berharap pada si Zharif yang tak kenang budi itu! Hishh!! Tak fahamlah mama dengan perangai kau ni!” marah Datin Rodiah lagi.

“Mama ni kan kalau tak membebel tak sah tau.. Dahlah Amy penat tau.. Dengar mama membebel macam ni..” Amylia terus saja mengangkat punggungnya bila mendengar mamanya mula berleter. Datin Rodiah hanya menggeleng kepala. Tidak tahu apa nak jadi dengan anak gadisnya yang seorang ni.

Di dalam bilik, Datin Rodiah mengeluh bila mengenangkan kata-kata Amylia sebentar tadi. Dia rasa bimbang dengan perangai anak gadisnya itu.

Tiga hari kemudian, Datin Rodiah menunggu Burhan di sebuah restoran. Baru sahaja dia menoleh, Burhan juga sampai.

“Amboi cepatnya dia sampai!” sindir Datin Rodiah.

“Mestilah saya cepat sampai!” balas Burhan dengan senyumannya. Dia pasti bekas isterinya itu sudah menyediakan sejumlah wang yang di mintanya. Dengan senyuman di bibirnya, kelihatan Datin Rodiah mencebik geram.

“Kalau ya pun belanjalah abang minum.. Tekak abang dah haus ni!” Burhan berkata dengan selamba.

“Kau ni tak ada kerja lainkan? Asyik nak minta belanja saja!” marah Datin Rodiah.

“Alah makin awak marah makin cantik!” ujar Burhan lagi.

Datin Rodiah hanya merengus! Perangai Burhan tidak pernah berubah. Memang dia masih sayangkan bekas suaminya itu tetapi sikap suaminya yang suka berjudi itu yang dia tidak suka. Kadang-kadang, mereka anak beranak terjerat dengan hutang bekas suaminya itu. Semenjak dia bertemu dengan arwah Datuk Mahdi, dia berasa senang hati. Lelaki itu melayannya dengan baik. Malah dia dan anak-anaknya di berikan wang ringgit untuk perbelanjaan. Lantaran itu dia meminta Burhan menceraikannya. Atas beberapa perjanjiannya dengan Burhan, Datin Rodiah di ceraikan dan kemudiannya dia berkahwin dengan Datuk Mahdi.

Namun sekarang Datuk Mahdi juga sudah meninggal dunia. Di sebabkan itu Burhan berani berjumpa dengannya untuk meminta pertolongan.

“Apa yang Diah fikirkan ni?” soal Burhan apabila melihat Datin Rodiah menyepikan diri.

“Tak ada apalah.. Kau dah ke ni?” soal Datin Rodiah balik.

“Dah. Terima kasih sebab bagi duit ni. Abang sayang sangat kat Diah..” Burhan menyambut sampul surat yang berisi duit itu lalu di ciumnya. Datin Rodiah mencebik lagi. Perangai bekas suaminya itu masih tidak berubah.

“Huh!! Sayang? Kalau sayang mengapa awak selalu menyusahkan hidup kami?” soal Datin Rodiah dengan geram.

SUDAH tiga hari juga Ashraf mengambil Zarra dari rumah dan menghantar ke tempat kerja dan juga begitu juga sebaliknya. Namun hari ini dia terpaksa pergi ke Langkawi lagi kerana ada urusan penting. Kalau di ikutkan hati memang dia tidak mahu Zarra menaiki teksi. Lagi pun keadaan sekarang sangat merbahaya.

“Zarra jaga diri baik-baik tau masa Ash tak ada..” pesannya pada tunang tersayang. Rasa berat hati dia mahu pergi ke Langkawi. Sebelum ini dia tidak pernah merasakan perasaan takut atau bimbang sebegitu.

“Ash jangan bimbang,. Zarra tahu jaga diri.. Berdoalah agar Zarra tak apa-apa!” pujuk Zarra lagi. Dia tidak mahu Ashraf susah hati sementara dia pergi ke Langkawi. Dia memberikan senyuman yang meyakinkan kepada lelaki bernama Ashraf itu. Ashraf lega.

Zarra duduk di kerusinya sambil mengeluh.

“Bos nak apa?” soal Nora. Semenjak mereka dapat bos baru, memang keadaan pejabat agak kelam kabut. Orangnya begitu certewet. Dan yang nampak sangat tadi mangsanya ialah Zarra. Kadang-kadang dia juga kesian melihat Zarra yang selalu di beri kerja yang banyak dan selalu lambat balik. Namun sahabatnya itu tidak pernah merungut.

“Tak ada apa-apa. Dia nak saya siapkan dokumen ini dengan cepat” jawab Zarra perlahan.

“Tapi sekarang dah dekat waktu habis pejabat. Awak tak balik tumpang saya ke? Lagi pun tunang awak tak ada kat sinikan sekarang?” soal Nora lagi.

“Tak apalah. Saya kena siapkan dokumen ini dulu. Pasal kenderaan tu, Nora tak payah risau. Nanti saya naik teksi. Macam tak biasa..” jawab Zarra sambil tersenyum. dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu.

Zarra terus berlalu menuju ke meja kerjanya. Dia harus menyiapkan dokumen itu dengan cepat kalau dia nak balik cepat. Tanpa lengah lagi. Dia terus membuat kerjanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Namun tiada tanda-tanda Zarra akan balik awal hari ini. Kerja itu perlu di selesaikan segera. Encik Hadri mahu laporan itu di atas mejanya esok pagi sebelum pukul 9 pagi. Jadi dia terpaksa menyiapkan kerja itu. Kawan sepejabat yang lain sudah beransur pulang. Suasana  sudah menjadi sunyi sepi. Hanya ada beberapa orang yang tinggal. Itu pun akan pulang sebentar lagi!

Telefon bimbit itu berdering lagi. Zarra melihat nama panggilannya. Ashraf! Terus saja dia mengangkatnya. Tadi dia tidak sempat mengangkatnya kerana dia masih sibuk dengan kerjanya.

“Helloo.. Asaaalamuailikum..”           

“Waalaikum sallam..”

“Ada apa Ash call Zarra ni? Sorrylah tadi Zarra tak sempat nak angkat.” Serba salah dirinya. Dia takut Ashraf berkecil hati!! Terus saja dia meminta maaf.

“Ash ingat Zarra dah merajuk sebab tu tak angkat call..” ujar Ashraf lagi. Kemaafan yang di pinta Zarra tadi menyejukkan hatinya. Dia tahu mungkin tunangnya itu terlalu sibuk. Namun di sebabkan rasa rindu yang tak tertahan, tangannya tetap gatal untuk menghubungi Zarra.

Sekarang sudah pukul 7 petang barulah kerjanya itu siap. Dia melihat ke arah bilik Encik Hadri pun sudah gelap. Ini bermakna hanya dia seorang yang masih berada dalam pejabat itu. Cepat-cepat dia mengemaskan mejanya lalu dia bangun dan mengambil beg tangan lalu menuju ke stesen teksi.