Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Monday, 6 January 2014

Saat Ku Cinta 9



AMYLIA pergi berjumpa dengan Zharif di pejabat. Dia mahu menjelaskan kepada Zharif, apa yang dia nampak semalam adalah tidak benar. Dia tidak mahu lelaki itu terus terusan menjauhkan diri darinya. Kalaulah lelaki itu sudi menerimanya, dia tidak akan menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki di luar sana.

“Hana, Zharif ada dalam pejabat?” soalnya kepada Hana selaku setiausaha Zharif. Kali ini dia bercakap dengan cukup lembut.

“Ada. Cik Amylia nak jumpa dia ke?” soal Hana lagi. Inilah pertama kali Amylia datang dengan cara yang sopan. Dia jadi hairan. Kenapa wajah Amylia nampak sedih? Padahal sebelum ini wanita itu akan terus masuk ke bilik pejabat Zharif tanpa bertanya terlebih dahulu dengannya.

Amylia mengangguk! Jenuh dia memikirkan perkara itu pagi tadi. Bagai mana kalau Zharif terus membencinya.

“Zharif you ada tetamu hari ini. Nak bagi dia masuk ke?” soal Hana melalui intercom.

“Suruh je dia masuk!” ujar Zharif melalui intercom.

Amylia tersenyum sebaik sahaja mendengar jawapan dari Zharif. Perlahan dia menuju ke pintu bilik Zharif. Dia mengetuk pintu itu sebaik dia berada di depan pintu itu.

“Tok..tok..tok..”

“Masuk!”

Amylia terus memulas tombol pintu tersebut dan melangkah masuk. Pintu itu di tutup perlahan. kelihatan Zharif sedang sibuk dengan kerjanya. Kepalanya langsung tak di angkat. Hanya dia mempersilakan tetamunya itu duduk sahaja. Amylia tersenyum suka.

“Hai Zhar!”Amylia memulakan bicara. Suara itu seperti biasa dia dengar. Zharif mengangkat mukanya. Terkejut melihat amylia yang duduk di hadapannya.

“Buat apa you datang sini?” soalnya. Amylia tersenyum. Lupa seketika tujuannya datang ke sini. Dia rasa gembira dapat melihat wajah Zharif ketika ini. Dia terbuai seketika.

“Amylia! I tanya buat apa you datang jumpa I?” sekali lagi Zharif meninggikan suaranya. Amylia terkejut! Wajahnya kembali pucat!

“I datang nak minta maaf dengan you..”

“Minta maaf? pasal apa?” Amylia menggigit bibir. Benarkah Zharif tidak nampaknya hari itu? Mungkin itu cuma perasaannya. Tapi kalau itu setakat perasaannya kenapa Zharif bersikap dingin dengannya?

“I nak minta maaf pasal..”

“Pasal apa?” soal Zharif lagi. Pasti Amylia mahu menerangkan perkara yang dia nampak tempoh hari. Dia tidak akan sedih dan kecewa malah sebaliknya dia gembira kerana selama ini Amylia berjaya menyembunyikan perkara yang sebenarnya. Ya perempuan itu tidak pernah setia dengan dirinya.

“Pasal apa yang you nampak tempoh hari!”

“Apa yang I nampak?” kali ini giliran Zharif cuba memutar belitkan soalan. Amylia sekali lagi menggigit bibirnya. Benar ke dia tidak nampak apa yang berlaku tempoh hari? Atau Zharif sengaja buat-buat tak nampak?

“Sebenarnya I dengan Datuk Maarof tu kawan biasa saja.. I tak nak you salah anggap dengan I..” beritahu Amylia. Kali ini dia terpaksa berterus terang.

“Oh pasal tu.. Ada I kisah? You nak kawan dengan sesiapa pun I tak ada hak nak melarang. Cuma satu saja yang I pinta, jangan ganggu hidup I lagi. Dan I tak nak tengok pun muka you kat sini!” Zharif meluahkan apa yang dirasa. Amylia kaku. Dia tidak menyangka Zharif berkata demikian dengannya.

Zharif please.. I’am sorry.. I beg you...” Amylia merayu.

“Seperti yang I cakap tadi, buat apa you nak minta maaf dari I. You dengan hidup you. I dengan hidup I. Jadi itu hal you.. Suka hati youlah nak buat apa? You bukannya budak kecik lagikan?” soal Zharif lagi. Amylia tidak tahu berkata apa lagi. Dia rasa Zharif benar-benar memaksudkan kata-katanya itu.

“You yang buat I jadi begini” ujar Amylia masih tidak mahu mengalah.

“Hei.. What you talking about? I buat you jadi apa?” balas Zharif sambil bangun dari tempat duduknya. Dia rasa kali ini, Amylia tetap tidak mahu mengalah. Dan kini dirinya pula yang di salahkan. Dia tidak mengerti apa yang Amylia mahukan yang sebenarnya.

“You yang buat I jadi macam ni! I cintakan you, tapi apa yang I dapat? You tak pernah berikan cinta you pada I. Malah you buat tak tahu saja dengan I. Alasan semua pasal budak-budak yang tak guna tu!” luah Amylia. Sering kali Zharif membuat alasan untuk mengelakkan diri. Kadang-kadang dia sakit hati dengan budak-budak itu.

“Hei!! You jangan berani libatkan pasal anak-anak I dalam masalah kita ya.. Mereka tak bersalah! You yang bermasaalah! You tak layak jadi ibu kepada anak-anak I tau!” bentak Zharif lagi. Selama ini dia bersabar sahaja dengan karenah Amylia. Tetapi sekarang dia tidak akan bersabar lagi!

“Apa maksud you?” Amylia semakin mendekatkan dirinya dengan Zharif. Dia mahu tahu apa alasan Zharif kali ini. Dia benar-benar ingin tahu.

“You tak sedar lagi ke? Budak-budak tu tahu apa yang terbaik untuk mereka. Dan I memang mencari wanita yang boleh menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Bukannya macam you! Depan I you buat baik. Belakang I? You ingat budak-budak tu tak pandai menilai ke?”

Amylia terdiam. Kali ini dia memang terkena dengan Zharif. Tak guna budak berdua tu! Pandai pulak mereka komplen dengan ‘papa’ mereka tu!

“Hish!! Malas nak cakap dengan you ni! Ada-ada saja yang tak kena!” marah Amylia lagi. Dia terus mengambil beg tangannya yang berada di atas meja lalu keluar dari bilik Zharif. Pintu pejabat itu di hempas kuat. Zharif tersenyum! Kali ini Amylia memang terkena dengan dia!

“Kus semangat!” ujar Hana sambil megurut dadanya. Hana yang terkejut mendengar pintu di hempas kuat mengangkat muka. Dia naik hairan. Tadi bukan main lagi Amylia bercakap lembut dengan dirinya. Bila keluar dari bilik Zharif lain pulak jadinya.

AMYLIA memandu menuju ke suatu tempat. Di sana dia mahu menenangkan fikirannya. Sejak semalam lagi fikirannya bercelaru. Dia tidak tahu untuk buat apa lagi bagi mendapatkan cinta dan kasih sayang Zharif. Lelaki itu selalu sahaja menyakiti hatinya. Dia tidak pernah di beri peluang untuk membuktikannya.

Amylia duduk di sebuah kerusi yang menghalakan pandangannya pada tasik itu. Dia mahu menenangkan fikirannya. Dia terlihat sepasang pasangan yang sangat mesra. Tiba-tiba dia rasa cemburu. Alangkah indahnya jika Zharif melayannya dengan baik seperti lelaki itu pada teman wanitanya. Dia pasti, dialah wanita paling bahagia sekali di dunia. Setelah sejam berlalu Amylia bercadang balik ke rumah mamanya.

“Awak ni dari mana tadi Amy? Sekarang baru balik? Tak reti nak duduk rumah ker?” Datin Rodiah membebel sebaik sahaja melihat anak gadisnya melabuhkan pinggungnya di atas sofa yang berwarna hitam itu.

“Balik jumpa Zharif!”

“Jumpa Zharif? Buat apa nak jumpa lelaki bodoh tu?” ternyata Datin Rodiah terkejut mendengar pengakuan Amylia. Masih tak berubah lagilah perangai anaknya itu, walaupun beberapa kali dia menasihatinya.

“Saja nak jumpa Zharif. Ada hal yang Amy nak cakap dengan dia.”

Datin Rodiah hanya menggelengkan kepala. Rupa-rupanya anak gadisnya itu masih berhubung dengan Zharif. Sudah puas dia menasihati anak gadisnya itu agar melupakan Zharif si bingung itu! Namun anaknya berdegil juga!

“Amy kau jangan nak buat hal lagi. Carilah pengganti yang lain. Mana tahu kau dapat yang lebih bagus dari si Zharif tu.”

“Ma.. Amy tak akan lupakan Zharif begitu sajalah.. Lagipun Zharif tu makin kacak, tampan dan bergaya sekarang. Macam itulah lelaki idaman Amy ma..”

“Masalahnya dia tak suka Amy. Cari lelaki lain. Jangan dok menggatal dengan dia tu. Tak berbaloi langsung!” marah Datin Rodiah lagi.

“Ala.. mama ni, Amy taulah nak buat apa. Yang penting Amy dapat hidup dengan dia. Nanti pandai-pandailah.. Amy bukan budak kecillah ma. Nak saja ikut cakap mama tu..” Amylia mula membentak. Dia tidak kira walau apa pun yang berlaku dia tetap akan merebut Zharif. Dia sudah nekad.

“Kau tu memang suka nak lawan cakap mama. Tak ada faedahnya kau nak kejar si Zharif tu! Apa gunanya Datuk Maarof tu? Dia kaya dan berduit. Takkan kau masih lagi berharap pada si Zharif yang tak kenang budi itu! Hishh!! Tak fahamlah mama dengan perangai kau ni!” marah Datin Rodiah lagi.

“Mama ni kan kalau tak membebel tak sah tau.. Dahlah Amy penat tau.. Dengar mama membebel macam ni..” Amylia terus saja mengangkat punggungnya bila mendengar mamanya mula berleter. Datin Rodiah hanya menggeleng kepala. Tidak tahu apa nak jadi dengan anak gadisnya yang seorang ni.

Di dalam bilik, Datin Rodiah mengeluh bila mengenangkan kata-kata Amylia sebentar tadi. Dia rasa bimbang dengan perangai anak gadisnya itu.

Tiga hari kemudian, Datin Rodiah menunggu Burhan di sebuah restoran. Baru sahaja dia menoleh, Burhan juga sampai.

“Amboi cepatnya dia sampai!” sindir Datin Rodiah.

“Mestilah saya cepat sampai!” balas Burhan dengan senyumannya. Dia pasti bekas isterinya itu sudah menyediakan sejumlah wang yang di mintanya. Dengan senyuman di bibirnya, kelihatan Datin Rodiah mencebik geram.

“Kalau ya pun belanjalah abang minum.. Tekak abang dah haus ni!” Burhan berkata dengan selamba.

“Kau ni tak ada kerja lainkan? Asyik nak minta belanja saja!” marah Datin Rodiah.

“Alah makin awak marah makin cantik!” ujar Burhan lagi.

Datin Rodiah hanya merengus! Perangai Burhan tidak pernah berubah. Memang dia masih sayangkan bekas suaminya itu tetapi sikap suaminya yang suka berjudi itu yang dia tidak suka. Kadang-kadang, mereka anak beranak terjerat dengan hutang bekas suaminya itu. Semenjak dia bertemu dengan arwah Datuk Mahdi, dia berasa senang hati. Lelaki itu melayannya dengan baik. Malah dia dan anak-anaknya di berikan wang ringgit untuk perbelanjaan. Lantaran itu dia meminta Burhan menceraikannya. Atas beberapa perjanjiannya dengan Burhan, Datin Rodiah di ceraikan dan kemudiannya dia berkahwin dengan Datuk Mahdi.

Namun sekarang Datuk Mahdi juga sudah meninggal dunia. Di sebabkan itu Burhan berani berjumpa dengannya untuk meminta pertolongan.

“Apa yang Diah fikirkan ni?” soal Burhan apabila melihat Datin Rodiah menyepikan diri.

“Tak ada apalah.. Kau dah ke ni?” soal Datin Rodiah balik.

“Dah. Terima kasih sebab bagi duit ni. Abang sayang sangat kat Diah..” Burhan menyambut sampul surat yang berisi duit itu lalu di ciumnya. Datin Rodiah mencebik lagi. Perangai bekas suaminya itu masih tidak berubah.

“Huh!! Sayang? Kalau sayang mengapa awak selalu menyusahkan hidup kami?” soal Datin Rodiah dengan geram.

SUDAH tiga hari juga Ashraf mengambil Zarra dari rumah dan menghantar ke tempat kerja dan juga begitu juga sebaliknya. Namun hari ini dia terpaksa pergi ke Langkawi lagi kerana ada urusan penting. Kalau di ikutkan hati memang dia tidak mahu Zarra menaiki teksi. Lagi pun keadaan sekarang sangat merbahaya.

“Zarra jaga diri baik-baik tau masa Ash tak ada..” pesannya pada tunang tersayang. Rasa berat hati dia mahu pergi ke Langkawi. Sebelum ini dia tidak pernah merasakan perasaan takut atau bimbang sebegitu.

“Ash jangan bimbang,. Zarra tahu jaga diri.. Berdoalah agar Zarra tak apa-apa!” pujuk Zarra lagi. Dia tidak mahu Ashraf susah hati sementara dia pergi ke Langkawi. Dia memberikan senyuman yang meyakinkan kepada lelaki bernama Ashraf itu. Ashraf lega.

Zarra duduk di kerusinya sambil mengeluh.

“Bos nak apa?” soal Nora. Semenjak mereka dapat bos baru, memang keadaan pejabat agak kelam kabut. Orangnya begitu certewet. Dan yang nampak sangat tadi mangsanya ialah Zarra. Kadang-kadang dia juga kesian melihat Zarra yang selalu di beri kerja yang banyak dan selalu lambat balik. Namun sahabatnya itu tidak pernah merungut.

“Tak ada apa-apa. Dia nak saya siapkan dokumen ini dengan cepat” jawab Zarra perlahan.

“Tapi sekarang dah dekat waktu habis pejabat. Awak tak balik tumpang saya ke? Lagi pun tunang awak tak ada kat sinikan sekarang?” soal Nora lagi.

“Tak apalah. Saya kena siapkan dokumen ini dulu. Pasal kenderaan tu, Nora tak payah risau. Nanti saya naik teksi. Macam tak biasa..” jawab Zarra sambil tersenyum. dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu.

Zarra terus berlalu menuju ke meja kerjanya. Dia harus menyiapkan dokumen itu dengan cepat kalau dia nak balik cepat. Tanpa lengah lagi. Dia terus membuat kerjanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Namun tiada tanda-tanda Zarra akan balik awal hari ini. Kerja itu perlu di selesaikan segera. Encik Hadri mahu laporan itu di atas mejanya esok pagi sebelum pukul 9 pagi. Jadi dia terpaksa menyiapkan kerja itu. Kawan sepejabat yang lain sudah beransur pulang. Suasana  sudah menjadi sunyi sepi. Hanya ada beberapa orang yang tinggal. Itu pun akan pulang sebentar lagi!

Telefon bimbit itu berdering lagi. Zarra melihat nama panggilannya. Ashraf! Terus saja dia mengangkatnya. Tadi dia tidak sempat mengangkatnya kerana dia masih sibuk dengan kerjanya.

“Helloo.. Asaaalamuailikum..”           

“Waalaikum sallam..”

“Ada apa Ash call Zarra ni? Sorrylah tadi Zarra tak sempat nak angkat.” Serba salah dirinya. Dia takut Ashraf berkecil hati!! Terus saja dia meminta maaf.

“Ash ingat Zarra dah merajuk sebab tu tak angkat call..” ujar Ashraf lagi. Kemaafan yang di pinta Zarra tadi menyejukkan hatinya. Dia tahu mungkin tunangnya itu terlalu sibuk. Namun di sebabkan rasa rindu yang tak tertahan, tangannya tetap gatal untuk menghubungi Zarra.

Sekarang sudah pukul 7 petang barulah kerjanya itu siap. Dia melihat ke arah bilik Encik Hadri pun sudah gelap. Ini bermakna hanya dia seorang yang masih berada dalam pejabat itu. Cepat-cepat dia mengemaskan mejanya lalu dia bangun dan mengambil beg tangan lalu menuju ke stesen teksi.

 

Tuesday, 12 November 2013

Saat Ku Cinta 8


ZHARIF masih duduk termenung. Tadi ketika dia melalui sebuah restoran itu, dia ternampak kelibat Datin Rodiah dengan seorang lelaki. Dia seperti ingat-ingat lupa dengan wajah lelaki itu. Dia cuba untuk mengingatinya. Bukan lelaki itukah yang ada bersama mereka ketika majlis perkuburan abang Zul dan Kak Arfa? Tapi apa hubungan lelaki itu dengan Datin Rodiah? Semasa Datuk Mahdi di kebumikan pun dia ada nampak lelaki itu.

Kenapalah fikirannya asyik memikirkan lelaki itu. Mungkin juga lelaki itu ada kaitan dengan kes yang berlaku pada arwah abang dan kakak iparnya. Dan juga dengan arwah Datuk Mahdi. Beberapa kali dia meraupkan wajahnya. Mahu melupakan wajah yang menganggunya itu.

Dia terus menekan intercom. Dia mahu Hana masuk berjumpa dengannya. Dia rasa tak tenteram.

“Ada apa ni? Wajah kau macam ada masalah je?” soal Hana lagi.

Zharif mengangguk. Namun dia tidak tahu mahu memulakan dari mana.

“Cerita sajalah. Ini soal perempuan ke? Orang mana yang sudah berkenan di hati?” usik Hana lagi. Zharif mencebik. Hana hanya ketawa.

“Kau ni aku belum cakap, dah merapu yang bukan-bukan..” marah Si Zharif.

“Habis tu pasal apa?” soal Hana dengan nada serius.

Zharif menceritakan perkara yang membuatkan hatinya rissau. Dia mahu pendapat Hana tentang hal itu. Sebagai pembantu dan penasihat, dia amat memerlukan pandangan Hana dalam hal itu.

“Apa kata kau upah orang untuk menyiasat kes itu. Manalah tahu kot-kot apa yang berlaku pada arwah abang kau dan kakak kau itu ada kaitan dengan lelaki yang kau cakapkan itu.” Hana memberi cadangan. Tak salah kalau Zharif menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.

“Itulah yang aku fikirkan sebenarnya..”

Hana hanya mengangguk. Betul juga kalau itu yang Zharif fikirkan.

ASHRAF bangun bila merasakan ada orang mengejutkan dia dari tidur yang lena. Entah sudah pukul berapa sekarang? Dia melihat jam pada telefon bimbitnya.

“Ash bangun..” sekali lagi Ashraf merasakan tangan mamanya mengejutkannya.

“Ye ma.. Ash nak bangunlah ni..” ujar Ashraf. Dia terus duduk dan membuka matanya. Kelihatan mamanya sedang berdiri di hadapannya dengan senyuman yang meleret.

“Mama dari mana ni?” soal Ashraf sambil menguap. Dari segi penampilan mamanya kini pasti dia baru balik dari luar. Bukannya dia tidak faham dengan sikap mamanya yang jarang mahu duduk di rumah.

“Mama baru balik dari jumpa Tasha..” jawab Datin Melissa sambil tersenyum.

“Mama jumpa Tasha? Buat apa?” soal Ashraf dengan nada tidak senang hati.

“Mama tak sengaja jumpa Tasha pun. Tiba-tiba pula mama jumpa dia. Lalu mama ajak dia join dengan mama tadi pergi spa..”

“Ohh..”

“Tadi mama ada jumpa Zarra juga..” ujar Datin Melissa. Baru dia teringat sebenarnya.

“Mama jumpa Zarra? Kat mana? Dengan siapa?” soal Ashraf bertalu-talu. Rasa luas biji matanya bila terdengar mamanya menyebut nama Zarra. Takkan tiba-tiba mamanya berjumpa dengan Zarra!

“Dia cakap dengan mama, itu kawan sekerja. Namanya mama tak ingat. Tapi dia lelaki..” terang Datin Melissa lagi. Dia berharap apa yang di katakan itu akan membuatkan Ashraf berasa tidak percayakan Zarra.

Kenyataan mamanya itu membuatkan Ashraf tidak senang hati. Entah mengapa dia rasa cemburu. Ditekan satu persatu pada skrin telefon bimbitnya. Dia melihat gambar Zarra. Dia harus mendapatkan kebenarannya dari Zarra. Dia terus bangun. Mahu membersihkan diri.

DATIN Rodiah terus menuju ke pejabat Suffian. Dia pasti ketika ini Suffian masih berada di pejabatnya. Kalau nak tunggu dia balik rumah alamatnya susah sikit.

“Suff mama nak minta duit.”

“Berapa banyak?” soal Suffian lagi. Mamanya memang selalu begitu. Kalau dia minta duit, bukan alang-alang jumlahnya. Sikap mamanya yang boros itu mungkin akan menyusahkan dia suatu hari nanti.

“Lima belas ribu.”

“Lima belas ribu?? Nak buat apa duit sebanyak itu?”

“Mama nak shopping. Dah lama mama tak shoppingkan?” soal Datin Rodiah lagi. Burhan minta sepuluh ribu. Tapi lima ribu itu untuk dirinya sendiri.

“Suff mana ada duit cash sebanyak itu..” jawab Suffian sambil mengeluh.

“Suff bagilah cek kan senang..” jawab Datin Rodiah lagi. Dia berharap kali ini Suffian akan memberikan sejumlah wang yang di mintanya itu.

“Okeylah mama.. ni Suff bagi cek. Tapi mama kena berjimat. Sekarang syarikat ini ada masalah kewangan. Suff tidak mahu nanti syarikat kita gulung tikar!” ujar Suffian dengan nada tegas. Dia kenal benar dengan sikap mamanya yang suka membeli barangan berjenama dan mahal. Selagi dia tak bagi duit selagi itu juga mamanya akan merajuk dan tak bertegur sapa dengannya.

“Mama taulah.. Baru kali inikan mama minta lebih sikit..” ujar Datin Rodiah dengan lembut. Dia tidak mahu anaknya tahu hal yang sebenarnya. Kalau mereka tahu dia menolong Burhan, pasti dia tidak akan mudah nak minta duit dengan jumlah yang banyak lagi.

Datin Rodiah mengambil cek sebanyak sepuluh ribu. Itu yang dia janjikan kepada Burhan. Dia berharap selepas ini, lelaki itu tidak akan menganggunya lagi. Dia risau kalau-kalau anak-anaknya tahu pasal hal itu.

ASHRAF sudah menunggu Zarra di depan pintu pejabat Zarra. Kebetulan pada masa itu Zarra sudah pun keluar juga. Dia berasa terkejut melihat Ashraf sudah menunggunya petang itu. Mungkin dia tidak kerja sebab itulah dia dapat menunggunya pada masa ini.

“Dah lama awak tunggu?” soal Zarra sebaik sahaja dia mendapatkan Ashraf sambil mlmparkan senyuman. bukannya salah pun lagipun Ashraf tu tunangnya juga.

“Baru je.. Zarra dah nak balik ke ni?” balas Ashraf lagi.

“Aaa.. Tapi Zarra kena tunggu teksi..” terang Zarra dengan jujur.

“Tunggu teksi? Kenapa pula?” soal Ashraf terkjut. Dia sangkakan Zarra pergi kerja menaiki kereta..

“Kereta Zarra rosak. Pagi tadi pun Zarra lambat masuk kerja sebab kereta buat hal..” Zarra mengadu. Ashraf menarik nafas. Baru dia sedar bahawa tunangnya itu dalam kesusahan. Kenapalah dia hanya emmnetingkan diri sendiri sedangkan Zarra berada dalam kesusahan.

“Apa guna tunang Zarra ni? Kenapa tak call Ash. Biar Ash pergi ambil kat rumah?” soal Ashraf geram.

Sorrylah.. Zarra tak nak ganggu Ash.. Zarra tau Ash pasti penat baru balik semalam. Sorry sangat-sangat!”

“Ni yang buat Ash geram sangat dengan Zarra ni.. Macam Ash ni tak penting buat Zarra.. macam mana kalau ada apa-apa berlaku pada Zarra?” ujar Ashraf mahu merajuk.

“Buruknya muka nak merajuk!” cebik Zarra. Ashraf tidak jadi merajuk mendengar dan melihat gelagat Zarra. Sungguh dia tidak mampu nak merajuk lama-lama dengan Zarra.

“Jomlah kita gerak..” ujar Ashraf. Namun belum sempat Zarra dan Ashraf melangkah, mereka di tegur oleh seseorang.

“Zarra”

“Encik Hadri?” soal Zarra kehairanan.

“Ye saya.. jadi inilah..” belum sempat Hadri menghabiskan kata-katanya.

“Ya ini tunang Zarra. Ashraf” Zarra memperkenalkan.

Kedua lelaki itu bersalaman dan berkenalan. Ashraf mengajak Zarra pulang. Namun dalam hati dia bimbangkan sesuatu. Dia dapat merasakan yang Encik Hadri itu ada perasaan pada Zarra. Dia lelaki. Memang patut pun dia dapat merasakan dari pandangan mata lelaki yang bernama Encik Hadri itu.

“Kita nak pergi mana ni?” soal Zarra apabila menyedari jalan yang mereka lalui bukannya jalan pulang ke rumahnya.

“Kita keluarlah.. Pergi makan ke.. Pergi shopping ke..” Ashraf memberi cadangan. Dia tidak kisah mahu membawa Zarra ke mana asalkan tunangnya itu selesa dengannya.

“Tapi.. Ash tak penat ke?” soal Zarra lagi.

“Tak.. apa-apalah untuk Zarra.. Ash sanggup!”

“Mengada-ngada..” marah Zarra namun akhirnya dia tersenyum. Dia suka dengan apa yang di katakan Ashraf tadi. Entah mengapa dia mula sukakan sikap Ashraf sekarang ini. Tapi belum lagi sampai tahap jatuh cinta.

“Apa yang Zarra sengihkan tu?” soalan dari Ashraf itu mengejutkan Zarra. Merah muka Zarra bila di tegur begitu.

“Mmm tak ada apalah..”

“Mesti Zarra terbayangkan kita duduk di pelaminkan. Ash juga tak sabar menunggu hari bahagia kita. Kalau boleh sekarang juga Ash nak menikah dengan Zarra.”

“Hish!! Apa yang Ash mengarut ni?” soal Zarra sambil tersenyum. Dia pun tidak sabar juga menantikan hari bahagia itu. Dia akan cuba menerima Ashraf dalam hidupnya. Mulai sekarang jugalah dia harus mengenali hati budi masing-masing. Rasanya belum terlewat dia mengenali Ashraf dengan lebih dekat.

“Pagi tadi, saya ada jumpa mama awak dengan Tasha..” ujar Zarra. bukannya dia snegaja nak tunjuk baik tapi dia sekadar bercerita sahaja.

“Kat mana?”

“Depan spa.. Masa tu Zarra dengan Encik Hadri ada meeting kat luar..” beritahu Zarra.

“Encik Hadri yang tadi tu?”

Zarra mengangguk. Kini barulah Ashraf berasa senang. Tidak sedar senyuman mula menguntum di bibirnya. kata-kata mamanya tidak di endahkan.

ZHARIF singgah di sebuah kedai. Niatnya dia mahu membelikan kek hari jadi untuk Nani. Nasib baik dia sudah mencatatnya di telefon bimbit. Kalau tidak pasti dia akan terlupa kerana kesibukannya dengan tugas.Tiba-tiba sahaja matanya ternampak kelibat Amylia dengan seseorang. Bukankah itu Datuk Maarof? Namun dia melihat Amylia sangat mesra dengan Datuk Maarof. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak mahu Amylia ternampak kelibatnya di situ, dia terus berlalu. Bukannya dia cemburu tetapi dia rasa lega kerana dia sudah ada alasan untuk menjauhkan diri dari Amylia. Wanita seperti Amylia tak akan setia pada yang satu.

‘Zharif?’ bisik Amylia pada dirinya sendiri. Dia melepaskan tangan Datuk Maarof yang memegang jari jemarinya. Dia pasti Zharif sudah ternampak dia dengan Datuk Maarof. Sebab itu dia terus berlalu dari situ.

“Kenapa ni honey?” soal Datuk Maarof yang perasan dengan layanan Amylia.

“Mmm tak ada apa-apa.. Cuma I rasa pening sikit..” Amylia memberi alasan. Dia tidak mahu Datuk Maarof tahu hal yang sebenarnya.

“Jadi honey nak balik rumah?” soal Datuk Maarof lagi. Amylia mengangguk! Tapi?

“Nanti you macam mana? Takkan I nak tinggalkan you kat sini?” soal Amylia lagi. Datuk Maarof ketawa. Rasa suka melihat riak wajah Amylia mencuka. Kalau dia merajuk bermakna dia sayangkannya.

“Jom balik rumah I..” ajak Amylia lagi. Datuk Maarof tersenyum.

Mereka berdua terus bangun meninggalkan tempat itu. Namun fikiran Amylia masih terganggu dengan kemunculan Zharif di situ tadi.

Akhirnya Zharif sampai di rumah. Kelihatan Nani dan Adam setia menunggunya. Mereka kelihatan gembira melihat papa mereka membelikan kek harijadi Nani. Mereka berdua menjerit kesukaan.

“Sorry papa lambat sikit. kerja papa banyak sangat kat pejabat..”

“Tak apa papa, kami faham yang penting papa tak lupa dengan hari jadi Nani..” ujar Nani lagi. Adam juga gembira melihat papa mereka membawa kotak kek.

“Jadi anak papa tak marah?” soal Zharif lagi.

“Taklah papa.. Janji papa dah sampai..”

“Cepatlah papa. Adam tak sabar nak makan kek tu..”

“Hish Adam ni tak sabar!” marah Nani pula!

“Dah-dah. Papa nak naik mandi dulu. Nanti Mak Enon siapkan pinggan dan sudu. Panggil Pak Abu sekali..” arah Zharif kepada Mak Enon.

“Baik Tuan..” jawab Mak Enon. Dia segera mengangkat kotak kek itu lalu di bawa ke dapur.

“Cepatlah papa. Tak sabar nak makan kek tu tau!” ujar Nani lagi. Zharif tersenyum. Hai.. budak-budak memang tak sabar rupanya. Dia terus naik ke biliknya.

“Kak, agak-agak papa beli kek apa ya?” soal Adam.

“Manalah kakak tau! Tadi tak tanya kat papa..” marah Nani pula.

“Adam rasa mesti papa beli kek coklat! Papa kan tahu kita suka makan kek coklat!”

“Pandailah Adam. Nantilah kita tengok.. Kita tunggu papa dulu..”

tidak lama kemudian, Zharif sudah muncul di ruang meja makan. dia melihat Nani dan Adam tidak sabar untuk menjamah kek yang di belinya tadi.

“Semua dah siap tuan!” ujar Mak Enon.

“Terima kasih. Mana Pak Abu?”

“Saya kat sini tuan.” Pak Abu muncul dari ruangan dapur!

“Okey kalau dah semua ada disini, mari kita mulakan..”

“Yeahh!!!’ jerit kedua budak itu.

Zharif menyalakan lilin dan di selangi dengan nyanyian lagu selamat hari jadi. selepas meniup lilin, Nani memotong kek tersebtu. Dan akhirnya Mak Enon memotong kek itu dan di bahagikan kepada mereka.

AMYLIA menghempaskan beg tangannya di atas sofa. Datuk Mahmood yang berjalan mengikutnya dari belakang terus sahaja memeluk tubuh Amylia dari belakang. Dia tidak sabar untuk bersama Amylia. Biasanya wanita itu sering sahaja mengelak dari dirinya. Namun hari ini perangai Amylia semakin manja dengan dirinya.

“Sayang, I nak mandi dulu okey.. Badan I melekitlah..” bisik Amylia sambil merenggangkan pelukan Datuk Mahmood. Lelaki separuh umur itu hanya tersenyum. Betul juga sudah seharian mereka berada di luar, sudah pasti Amylia rasa tidak selesa dengan badannya yang melekit itu.

“Okey I bagi honey mandi, tapi jangan lama-lama tau! I tak sabar nak bermesra dengan honey!” ujar Datuk Mahmood sambil mencuit hidung Amylia. Pertama kali dia berjumpa dengan Amylia dia mula jatuh cinta. Biar pun dia sudah berkahwin dan masih kekal sehingga sekarang, namun ketika dia berada di samping Amylia, dia rasa bahagia sangat. Mungkin itu yang di katakan jatuh cinta.

“You tunggu I tau!” balas Amylia dengan manja. Dia turut mencuit hidung Datuk Mahmood. Datuk Mahmood tersenyum senang.

Amylia terus menuju ke kamar tidurnya. Dia mahu membersihkan diri. Argh!! Sekarang sudah pukul lapan. Selepas ini dia mahu kemana dengan Datuk Mahmood? Namun dalam fikirannya dia masih tidak dapat melupakan wajah Zharif yang ternampak dia dengan Datuk Mahmood. Memang dia bersama dengan lelaki separuh umur itu. Tetapi dia tetap cintakan Zharif. Namun cintanya hanya sia-sia bila Zharif tidak pernah mengambil serius dengan perasaannya. Tiba-tiba dia jadi sakit hati. Bagaimana caranya dia untuk menambat hati lelaki Zharif itu. Langsung tak lut dengan cinta dan perasaannya. Apakah susah benar lelaki itu mahu menerima dirinya?

Cepat-cepat Amylia keluar dari bilik mandi. Dia tidak mahu Datuk Mahmood menunggunya lama di ruang tamu. Malam ini dia harus bergembira dengan lelaki itu. Biarlah dia merawat hatinya yang kecewa malam ini.

 

Thursday, 7 November 2013

Saat Ku Cinta 7


Hadri terus sahaja menuju ke pejabat. Ketika menjejak kakinya di pintu pejabat pertama sekali matanya tertumpu kepada meja Zarra. Namun dia hampa apabila melihat meja itu kosong. ‘Mungkin dia di pantry agaknya’ bisiknya sendirian. Entah mnegapa dia rasa terganggu melihat kemesraan Zarra dengan seorang lelaki malam tadi. Sehinggakan matanya langsung tidak dapat tidur dan pagi ini dia boleh turun awal dari biasa ke pejabat.

Dia melihat kelibat Melly yang duduk berdekatan dengan meja Zarra sudah datang. Laju sahaja mulutnya bertanyakan pasal Zarra.

“Zarra dah sampai Melly?” Melly berpaling bila mendengar ada suara bertanyakan pasal Zarra.

“Belum Encik Hadri.. Biasanya dia awal datang. Kenapa Encik Hadri?” soal Melly lagi.

Melly juga tertanya-tanya kenapa Zarra belum sampai lagi. Setahu dia, Zarra seorang pekerja yang berdedikasi. Lagi pun biasanya kalau Zarra sampai memang kecoh sikit isi ruang pejabat itu. Mungkin Kak Zai tahu.

“Tak apalah. Kalau dia dah datang suruh dia masuk jumpa saya” arah Hadri lagi.

“Baik bos.”

Hadri terus menuju ke biliknya. Namun hatinya seperti risaukan sesuatu. Kenapa Zarra belum datang lagi. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Telefon bimbitnya di ambil dia cuba mendail nombor Zarra. Namun hanya kedengaran suara operator saja yang menjawab.

‘Hishh!! Kenapa tutup telefon dia pula?’ Hadri merungut!

Di sudut pantry, Melly terus menyapa Kak Zai. Manalah Tahu kak Zai tahu tentang Zarra. Lagi pun mereka berdua amat rapat.

“Kak Zai, ada nampak Zarra tak? Bos masuk jer terus tanya dia?” soal Melly.

“Zarra belum masuk lagi.. Entah kenapa? Selalunya dia tak macam ni..” jawab Kak Zai. Dia faham sangat dengan sikap Zarra yang jarang datang lambat kecuali ada hal penting. Melly mengngguk. Dia juga setuju dengan apa yang Kak Zai cakap. Zarra tidak pernah lewat kalau tidak ada hal penting.

Dia kemudiannya terus menuju ke meja kerjanya. Baru saja dia melabuhkan punggungnya, keliahatan Zarra berjalan terkocoh-kocoh menuju ke meja kerjanya.

Zarra tergesa-gesa duduk di tempat duduknya. Beg tangannya pula di letakkan dalam laci. Dia tahu hari ini dia lambat masuk kerja. Ini semua gara-gara keretanay meragam lagi. Nak menahan teksi pulak satu hal. Jalan pula jam.. semuanya memang boleh buat dia gila hari ini.

“Lambat kau hari ini?” tegur Melly.

“Itulah pasal.. Tak pernah-pernah aku lambat macam ni tau!! Kereta aku tu buat hal..” jawab Zarra sambil membuka power on computer di depannya.

“Tadi Encik Hadri cari kau”

“Kenapa?” soal Zarra lagi.

“Entahlah. Pasal kerja kot!”

Zarra terus sahaja bangun.

“Nak kemana pulak tu?” soal Melly lagi.

“Nak jumpa Encik Hadrilah!” jawab Zarra lagi. Entah apa yang Encik Hadrinya mahu awal pagi begini. Selalunya Encik Hadri tidak begitu.

Zarra mengetuk pintu bilik Encik Hadri.

“Masuk.”

Zarra terus membuka pintu bilik Encik Hadri dan dia terus menapak masuk.

Sorry bos, hari ini I lambat. Kereta buat hal..” ujar Zarra selamba. Dia terus sahaja duduk di hadapan Encik hadri sebelum lelaki itu menjemputnya duduk.

“Ada apa bos nak jumpa I ni?” soal Zarra tanpa menunggu lama. Kalau boleh memang dia mahu keluar secepatnya. Ada banyak lagi kerja di luar sedang menunggunya.

“Pagi ni kita ada meeting ke bangunan Mutiara Jaya.. I nak you ikut.” Selamba sahaja Hadri memberitahu Zarra. Zarra mengerutkan dahi. Selalunya bosnya tidak begitu. Kalau pergi ke mana-mana pun pasti dia akan di beritahu lebih awal.

Meeting? Kenapa bos suruh I ikut?”

“Sebab I memang nak you ikut.” Zarra hanya mendiamkan diri. Dia tak kuasa untuk berkata apa lagi. Dia hanya pekerja dan lelaki itu adalah bosnya.

“Baiklah..” Zarra terus bangun dan menuju ke pintu. Tombol pintu di pulas. Kemudian dia berjalan menuju ke mejanya. Dia terus menghempaskan punggungnya di kerusi itu.

“Bos nak apa?” soal Melly sebaik sahaja Zarra duduk di mejanya.

“Ikut dia keluar meeting.

Meeting? Ingatkan ada hal penting. Pagi-pagi dia dah cari kau” balas Melly lagi.

Zarra mengeluh. Dia tahu tak baik mengeluh awal pagi. Tetapi entah mengapa pagi itu dia bagaikan tak berdaya sangat. Dengan keretanya yang rosak dan kesudahannya dia lamabat sampai ke pejabat. Sekarang Encik Hadri pula mahu membawanya pergi meeting.. Argh!! Kusut benar fikirannya. Dia kembali tersenyum, mengenangkan sikap Ashraf malam tadi. Entah mengapa malam tadi dia sudah menunjukkan perubahan dalam hubungan mereka yang dingin selama ini. Dia tahu pasti Ashraf gembira dengan perubahan sikapnya itu.

DATIN Rodiah segera pergi ke Restoran Mesra sebaik sahaja dia menerima panggilan dari seseorang. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan insan tersebut.

Didalam restoran itu dia menunggu kedatangan Burhan. Burhan cepat-cepat menuju ke tempat yang telah di janjikan oleh Datin Rodiah. Dia perlukan sesuatu. Hanya dengan bekas isteri sahaja dia dapat meminta pertolongan.

Sebaik saja dia sampai di restoran itu, kelihatan Datin Rodiah sudah sedia menunggu.

“Awak nak apa?” soal Datin Rodiah kasar. Cermin mata hitamnya di buka dari wajahnya. Bekas suaminya itu tidak habis-habis mahu menyusahkan dia.

“Rileklah dulu.. Apa kata Diah pesan minuman untuk abang.. Abang haus ni..” ujar Burhan sambil tersenyum. Wajah Datin Rodiah di pandang.

“Yelah nak minum apa?” Datin Rodiah merungut lagi. Sambil itu dia memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.

“Abang nak air Horlick ais..”

Pelayan itu terus sahaja berlalu dari situ. Datin Rodiah merenung tajam ke arah lelaki yang duduk di depannya ini.

“Awak nak apa sebenarnya ni?” soal Datin Rodiah mengulangi pertanyaan yang sama. Dia sepatutnya tidak berjumpa dengan lelaki itu di tempat begini. Kalau ada orang nampak apa dia nak jawab?

“Takkan Diah dah lupa?” soal Burhan lagi. Namun anak matanya tetap melirik ke arah Datin Rodiah. Wajah wanita pujaannya suatu ketika dulu di pandang. Masih tidak berubah dengan kecantikannya. Cuma memandangkan usia pun dah meningkat ada jugalah garis tua itu timbul.

“Lupa? Lupa apa?” soal datin Rodiah geram. Tidak tahu apa muslihat lelaki itu kali ini.

“Janji Diah.. Dah lupa?” soal Burhan lagi. Dia bukannya mahu sangat meminta pada Datin Rodiah. Tetapi dia terpaksa kerana kesempitan wang. Dia banyak hutang dengan Ah Chong. Kalau dia tidak bayar pada masa yang di tetapkan, pasti konco-konco lelaki itu akan memburunya.

“Janji?” Datin Rodiah mengerutkan dahi untuk mengingati. Kini barulah dia faham dengan maksud Burhan.

“Oh.. Baru aku faham! Aku akan bagi tapi tak banyak yang dapat aku bagi..” jawab Datin Rodiah lagi. Dia pasti Burhan mesti kalah judi dan sekarang dia tidak mempunyai banyak wang lagi. Sebab itulah dia datang berjumpa dengannya tanpa pengetahuan anak-anaknya.

“Terima kasih. Sebab itu abang masih sayangkan Diah..” ujar Burhan lagi.

“Awak nak berapa?”

“RM 10,000”

“Sepuluh ribu??”

“Diah nak bagi ke tak ni?” soal Burhan mengeraskan suaranya. Dia tahu pasti sukar untuk Datin Rodiah mahu memberikan duit sebanyak itu. Namun dia tiada pilihan.

“Baiklah. Diah akan bagi. Tapi ingat jangan sampai anak-anak kita tahu. Kalau mereka tahu, Diah tak dapat selamatkan awak lagi..” Burhan mengangguk faham. Takkan dia sengaja nak beritahu anak-anaknya pasal duit itu. Nanti dia juga yang akan rugi.

“Nak jumpa kat mana?” soal Burhan lagi. Dia risau juga kalau anak-anak mereka tahu apa yang dia buat.

“Nanti Diah call..”

“Baiklah.. Abang pergi dulu..” ujar Burhan lagi. Dia tersenyum gembira. Dia terus melangkah keluar dari restoran itu. Sambil itu dia memandang juga kiri kanan. Manalah tahu kot-kot dia terserempak dengan salah seorang anak mereka.

Selepas Burhan keluar dari Restoran itu, barulah Datin Rodiah pula yang keluar. Sebelum dia keluar dia sempat juga mempastikan bahawa tiada orang yang melihatnya berjumpa dengan Burhan.

DATUK Majid menekan intercom. Dia mahu Ashraf berjumpa dengannya. Namun dia hampa apabila setiausahanya memberitahu bahawa Ashraf belum masuk ke pejabat lagi. Dia benar-benar rasa geram. Kenapalah anak lelakinya itu tidak memaklumkan hal tersebut.

“HIshh anak bertuah ni. Sehari tak menyusahkan aku memang tak sah. Apalah nak jadi dengan kau ni Ash. Tak lama lagi kau akan berkahwin dan semakin berat tanggung jawab kau selepas ini..” bebel Datuk Majid lagi. Dia benar-benar risau dengan perangai satu-satunya anak lelakinya itu.

Dia terus menelefon ke rumah. Dia mahu orang gajinya melihat di mana Ashraf berada. Namun apa yang di beritahu oleh orang gajinya, Ashraf masih lagi tidur di biliknya. Datuk Majid mengeluh resah.

Mungkin juga dia penat balik semalam. Lagi pun beberapa hari dia berada di Langkawi. Mungkin benar anaknya itu penat atau pun kurang sihat. Tapi kemana pulak isterinya pergi. Awal pagi dia sudah keluar dari rumah? Sepatutnya isterinya ada di rumah untuk menjenguk anak mereka Ashraf. Kalau benar Ashraf demam bolehlah bawa ke klinik. Datuk Majid mengeluh resah. Dia meraup wajahnya.

“HAI Auntie!!” sapa Tasha dengan senyuman yang meleret di bibir. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan Datin Melissa di tempat itu.

“Hai.. Tasha!” balas Datin Melissa. Dia membalas senyuman dari tasha. Dia benar-benar gembira berjumpa dengan Tasha.

“Auntie nak pergi mana ni?” soal Tasha sambil menyalami tangan Datin Melissa.

“Auntie jalan-jalan. Boring duduk kat rumah. Tasha?” kini giliran datin Melissa lagi bertanya pada Tasha.

“Samalah Auntie” jawab Tasha lagi. Kemudian Tasha teringatkan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Ashraf.

“Auntie, Ash dah balik ke belum?”

“Dah. Dia dah sampai malam tadi. Tapi agak lewat juga..” jawab Datin Melissa.

“Lewat? Dahlah dia tak datang masa makan malam. Dia pergi mana Auntie?” soal Tasha lagi.

“Katanya dia pergi jumpa tunangnya itu.”

“Malam-malam?”

“Itu yang Auntie pelik. Sanggup dia tak dengar cakap Auntie gara-gara perempuan tu!” cebik Datin Melissa. Dia memang tidak pernah merestui hubungan Ashraf dengan Zarra. Tapi entah bagaimana perempuan yang bernama Zarra itu boleh mempengaruhi fikiran anak dan suaminya. Itu satu hal yang dia tidak faham. Apa yang di pandang sangat dengan perempuan itu. Dia lebih suka kalau Ashraf memilih Tasha menjadi teman hidupnya. Lagipun mereka sama taraf.

“Auntie” panggil Tasha lagi. Datin Melissa terkejut!

“Ada apa?”

“Jauh Auntie termenung..” tegur Tasha.

“Hemm.. Dah sampai mana tadi?” soal Datin Melissa. Dia memandang wajah Tasha yang masih berdiri di depannya. Dalam diam dia memarahi dirinya sendiri. Semuanya gara-gara perempuan yang bernama Zarra itu.

“Jom kita pergi spa.. Kat sana nanti boleh kita berborak panjang..” ajak Tasha lagi. Datin Melissa mengangguk. Setuju dengan cadangan Tasha. Kalau boleh menantu sebegini yang dia mahukan. Sentiasa saja dapat menemaninya kemana sahaja. Baru saja dia terdetik menyebut menantu, tiba-tiba matanya ternampak tubuh seseorang. Bukankah itu Zarra tunang anaknya? Tapi dia dengan siapa. Lelaki pula temannya itu. Takkan dia curang dengan Ash!

“Auntie” panggil Tasha lagi. Namun dia melihat mata Datin Melissa masih tertumpu pada seseorang. Tangannya menggoncang lengan Datin Melissa dengan lembut.

“Auntie..”

“Ha.. iya.. Tasha.. Sorry.. Tasha tanya apa tadi?” soal Datin Melissa lagi.

Dalam kekalutan itu tiba-tiba dia di sapa.

“Assalammuailikum..” sapa gadis itu. Datin Melissa dan Tasha berpaling. Kelihatan seorang gadis dan bersama temannya itu menegur.

“Waalaikumsallam..” jawab kedua mereka. Zarra segera menyalami tangan Datin Melissa.

“Ini mama tunang saya Encik Hadri..” terang Zarra kepada lelaki di sebelahnya. Lelaki itu sekadar tersenyum pahit. Dia sebeanrnya terkejut mendengar apa yang katakan oleh Zarra. Tunang? Sejak bila Zarra bertunang? Kenapa dia tidak tahu hal ini pun? Mungkin di sebabkan dia sibuk sejak kebelakangan ini membuatkan dia terlepas pandang. Bertuahnya tunang Zarra dapat gadis sebaik Zarra!

“Saya Hadri.. kawan sekerja Zarra.” Encik Hadri memperkenalkan diri kepada kedua insan tersebut. Huluran salam itu tidak di sambut oleh Datin Melissa dan juga Tasha.

Selepas bertegur dengan mama Ashraf, Zarra dan Encik Hadri terus berlalu.

“Sejak bila you bertunang?” soal Encik Hadri kepada Zarra. Zarra memandang wajah Encik Hadri.

“Sudah dua bulan. Kenapa?” Zarra pelik dengan soalan Encik Hadri.

“Kenapa saya tak tahu. Pandai you simpan rahsiakan?” ejek Encik Hadri lagi. Pada hal dalam hati dia sudah kecewa kerana gadis yang menjadi pujaan dalam diam sudah emnjadi tunangan orang. Betapa dia menyalahkan dirinya kerana tidak berani meluahkan perasaannya kepada gadis tersebut. Kini dia sudah menjadi tunangan orang pun! Patutlah malam tadi dia melihat Zarra begitu mesra dengan seorang lelaki yang di kenalinya itu. Rupa-rupanya mereka sudah bertunang.

“I ingatkan Encik Hadri dah tahu.. Lagi pun majlis kahwin kami pun tak lama lagi. Ingatkan masa majlis kahwin nanti baru nak bagi kad jemputan..” ujar Zarra berseloroh. Hadri tersenyum pahit. Agaknya dia sudah terlewat untuk memiliki hati si gadis itu.

Mereka terus sahaja pulang ke pejabat setelah selesai urusan di luar. Hadri duduk di biliknya. Namun satu kerja pun dia tak dapat buat. Hatinya betul-betul hancur dan kecewa kerana dialah orang yang terakhir tahu Zarra sudah bertunang. Pasti Zarra bahagia dengan tunangnya itu. Ashraf? Kau memang lelaki yang bertuah dapat memiliki cinta dan hati Zarra.

Dia juga tidak menyangka lelaki seperti Ashraf itu adalah lelaki pilihan Zarra. Dia rasa ingin meraung sahaja. Namun dia masih dapat mengawal perasaannya.