Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Thursday, 20 June 2013

Cerpen: Bukan Kedekut 2



“Encik Is? Buat apa Encik kat sini?” soal Misha terkejut. Ismalleh juga berpaling namun dia tersenyum. Iskandar masih lagi berdiri di muka pintu. Dia dapat mendengar suara Misha seperti terkejut melihat kedatangannya pagi ini.

“Jemputlah masuk abang Is..” pelawa Ismalleh lagi. Misha bertambah hairan. Sejak bila pula Ismalleh rapat dengan bosnya itu. Wajah Ismalleh di pandangnya.'Abang?' Sejak bila pula adiknya menggelarkan lelaki di hadapannya itu 'abang?'.

Iskandar menapak masuk ke ruang tamu rumah papan itu. Namun dia dapat melihat wajah Misha yang tidak suka melihat kedatangannya pagi itu.

“Encik Is buat apa datang ke sini?” soal Misha sekali lagi. Patutlah adiknya tadi cakap yang bukan-bukan. Rupa-rupanya Encik Iskandar memang ada datang ke situ.

“Saya nak pulangkan buku ni balik..” jawab Iskandar selamba. Sambil itu dia menghulurkan buku diari milik Misha itu kepada tuannya. Sekali lagi Misha terkejut. Patutlah malam tadi dia tak jumpa buku diari itu di mana-mana. Rupa-rupanya buku itu ada pada Encik Iskandar. Malunya kalau dia membaca buku diari miliknya itu.

“Encik Is ada baca tak isi dalamnya?” soal Misha lagi. Iskandar hanya menggeleng. Misha menyentuh dadanya tanda lega. Mujurlah lelaki ini jujur. Kalau tak nahaslah!!

“Kak Long.. Mana ada orang baca buku diari buruk Kak Long tu.. kan Encik Is?” celah Ismalleh pula.

Mereka semua ketawa. Dalam hati Iskandar, dia rasa lega walaupun sebenarnya dia tidak jujur tentang perkara itu.

...............................

Di pejabat, Misha buat seperti biasa. Walaupun Encik Iskandar selalu menegurnya, namun dia buat tidak tahu saja. Bukan apa dia tidak mahu timbul pula gossip dia dengan bos mereka. Kelakuan selambanya itu menyakitkan hati Iskandar.

“Bos nak apa?” soal Nora. Semenjak mereka dapat bos baru, memang keadaan pejabat agak kelam kabut. Orangnya begitu certewet. Dan yang nampak sangat tadi mangsanya ialah Misha. Kadang-kadang dia juga kesian melihat Misha yang selalu di beri kerja yang banyak dan selalu lambat balik. Namun sahabatnya itu tidak pernah merungut.

“Tak ada apa-apa. Dia nak saya siapkan dokumen ini dengan cepat” jawab Misha perlahan. Sehingga sekarang dia tidak memberitahu kepada Nora bahawa Encik Iskandar pernah datang ke rumahnya. Baginya semua itu tak penting.

“Tapi sekarang dah dekat waktu habis pejabat. Awak tak balik tumpang saya ke?” soal Nora lagi. Yelah semenjak bos baru yang mengambil alih tugas di syarikat itu, Misha jarang dapat balik bersamanya.tidak seperti dulu.

“Tak apalah. Saya kena siapkan dokumen ini dulu. Pasal kenderaan tu, Nora tak payah risau. Nanti saya naik teksi. Macam selalu..” jawab Misha sambil tersenyum. Dia pun segan juga kalau hari-hari menumpang kereta Nora. Biar pun sebenarnya Nora ikhlas menolongnya.

Misha terus berlalu menuju ke meja kerjanya. Dia harus menyiapkan dokumen itu dengan cepat kalau dia nak balik cepat. Tanpa lengah lagi. Dia terus membuat kerjanya.

Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Para pekerja lain sudah beransur pulang. Misha terpaksa menyiapkan kerjanya itu. Sekarang sudah pukul 6.30 petang barulah kerjanya itu siap. Dia melihat ke arah bilik Encik Iskandar masih lagi terang.

‘Kenapa dia belum balik lagi? Atau dia tengah menunggu dokumen yang aku siapkan ini?’ bisik Misha dalam hati. Namun dia terus bangun menuju ke bilik Encik Iskandar dengan membawa dokumen yang telah di siapkannya sebentar tadi.

Misha mengetuk pintu bilik pejabat Encik Iskandar. Kedengaran suara menyuruhnya masuk dari dalam. Misha terus membuka pintu bilik tersebut.

“Misha belum balik lagi?” soal Encik Iskandar sebaik saja melihat kelibat Misha.

“Belum lagi. Saya nak  menyiapkan dokumen yang Encik bagi petang tadi. Dan ini pun dokumennya..” jawab Misha perlahan sambil menyerahkan fail di tangannya. Encik Iskandar menyambutnya. Kemudian dia membuka fail itu. Nampaknya dia berpuas hati dengan kerja Misha.

“Okey kamu boleh balik sekarang..” belum sempat Misha mahu melangkah ke muka pintu kedengaran pintu di buka dari luar. Kedua mereka terkejut.

“Sayang.. you belum balik kerja lagi ke? Penat I tunggu tau!” rengek seorang gadis yang berpakaian seksi itu.

“Sorry Manda. I ada banyak kerja. Kenapa you datang sini?” kedengaran suara Iskandar yang tidak senang dengan kedatangan gadis itu. sebenarnya dia snegaja pulang lewat hari ini kerana dia tahu Manda akan menunggunya di tempat parking. Tetapi sekarang, Manda sudah berada di depannya.

“I nak jumpa you.. Siapa pula perempuan ni?” soal Manda sebaik saja melihat Misha yang berdiri di situ. Misha hanya membisu. Dia sebenarnya masih terkejut. Dia tidak mahu perempuan yang bernama Manda itu salah faham terhadap dirnya dan Encik Iskandar.

“Kenalkan tunang saya Cik Misha..” pintas Iskandar.

“Tunang? Sejak bila saya jadi tunang bos?” soal Misha hairan. Manda juga merenung Iskandar. Ada persoalan di situ. Betul ke perempuan itu tunang Iskandar? Atau iskandar hanya bergurau. Tetapi melihat wajahnya Iskandar memang dia serius!

“Maaf cik, saya bukan tunang dia. Bos saya ni suka sangat bergurau!” ujar Misha kepada perempuan itu.

“Cik Amanda. Panggil Manda saja.. Memang Is ni suka bergurau. Kadang-kadang bergurau tak bertempat” jawab perempuan itu lagi.

“Saya balik dululah ya..” ujar Misha lagi. Dia tidak mahu menganggu mereka berdua di dalam pejabat Encik Iskandar.

Cepat-cepat Misha mengambil beg tangannya keluar dari pejabat itu. Nampaknya hari pun mula gelap. Cuma dia berdoa supaya tidak hujan kerana dia terlupa bawa payung. Kakinya cepat menuju ke stesen bas.

“Kenapa you datang sini?” soal Iskandar dengan perasaan tidak senang hati. Apa yang membimbangkan pasti Misha memikirkan dirinya seorang kaki perempuan. Kalau boleh mahu saja dia meluahkan perasaannya pada gadis itu biar gadis itu tahu bahawa dia amat menyintai gadis itu. Dan perkataan tunang itu bukanlah kata mainan! Namun sehingga sekarang tiada kesempatan buat dirinya untuk menyatakan perasaannya itu!

“I rindukan you.. You ni sejak balik dari oversea tak pernah nak call I.. Ni kalau I tak datang sini pun belum tentu dapat bercakap dengan you..” ujar Manda dengan lembut. Kalau boleh dia mahu lelaki itu tahu perasaannya.

“Rindu? Setakat rindu je?” gelak Iskandar lagi. Dia tahu benar helah perempuan itu. bukan dia tidak tahu Manda memang sukakan dirinya. Dia saja yang membutakan mata dan hatinya. Lagi pun Manda bukan ada ciri-ciri untuk menjadi isterinya.

“Sebenarnya I cintakan you.. You tak cintakan I?” soal Manda lagi. Dia berharap sangat yang lelaki itu akan membalas cintanya. Kerana itu dia sanggup menolak cinta lelaki lain kerana perasaan cintanya hanya pada lelaki itu.

“You cintakan I? Kan I dah cakap hubungan kita sekadar teman biasa. I tak ada perasaan lain terhadap you. I cintakan perempuan lain. Dan I harap you tak payah nak menyusahkan diri untuk cari I. Lagi pun I percaya ada ramai lelaki di luar sana yang sukakan you” terang Iskandar lagi, Dia tahu biarpun berapa kali dia menerangkan perkara yang sebenarnya Manda tetap berdegil juga.

You mean Misha? Perempuan macam perempuan kampung macam tu yang menjadi pilihan. Bad taste!!” suara Manda menyindir. Iskandar naik angin. Suka hati Manda mengatakan Misha tu macam perempuan kampung. Tapi tahukah Manda kerana sikapnya itu yang menarik hati dan perasaannya pada Misha.

“Baik you keluar sekarang sebelum apa-apa terjadi!” jerit Iskandar. Suaranya yang nyaring itu menakutkan Manda. Sambil menangis dia meluru keluar dari pejabat Iskandar! Sampai hati lelaki itu melukakan hatinya. Dia benar-benar cintakan lelaki itu! Tapi ini pula balasannya.

................................

Misha masih lagi menunggu bas. Bas yang di tunggu belum juga sampai-sampai. Sekarang kelihatan kereta Encik Iskandar berhenti di depan stesen bas itu. Misha hanya membiarkan sahaja kereta itu berhenti di situ. Dia asyik memandang ke arah kanan. Manalah tahu bas akan sampai sekejap lagi.

“Misha..” dia mendengar dirinya di panggil.

“Encik Iskandar.. Apa yang Encik buat kat sini?” soal Misha tergagap-gagap. Encik Iskandar tersenyum. Pada hal sebelum keluar dari pejabat tadi dia masih dalam mood marah! Entah mengapa setiap kali dia dekat dengan gadis itu, jantungnya bagai berdegup kencang.

“Saya hantar awak balik. Lagi pun hari dah malam ni..” ujar Encik Iskandar lagi.

“Eh tak apalah.. Nanti menyusahkan encik saja. Saya boleh naik teksi” Misha memberi alasan. Kalau boleh dia mahu mengelak dari menumpang kereta Encik Iskandar.

“Mana ada susah.. Lagi pun inikan tanggung jawab saya. Kalau awak segan nak anggap saya sebagai bos, awak anggap saja saya sebagai seorang kawan. Boleh?” balas Encik Iskandar bersungguh-sungguh.

“Kalau encik rasa itu sebagai tanggung jawab, saya memang tak mahu menyusahkan encik...” jawab Misha dengan degilnya. Dia tidak mahu ada orang salah faham terhadapnya bila melihat Encik Iskandar baik terhadapnya.

“Saya cakap naik!!” kedengaran suara Iskandar agak keras ketika ini. Gadis ini kalau dia tidak berkeras, pasti dia juga akan berdegil. Misha terpaksa juga menaiki kereta encik Iskandar. Dalam perjalanan dia hanya berdiam diri. Sumpah inilah kali terakhir dia akan pulang lewat. Lain kali biar dia mengangguhkan kerja dan datang awal ke pejabat!

“Saya minta maaf sebab marahkan Misha tadi..” kedengaran suara Iskandar memecah kesunyian. Dia sedar selagi dia tidak membuka mulut, jangan harap Misha akan memulakan bicara. Gadis itu memang selalu dingin terhadapnya.

Misha tetap mendiamkan diri. Dia tidak suka Encik Iskandar memaksanya mengikut apa yang di kata. Dia bukan budak-budak lagi. Lagi pun hubungan mereka sekadar bos dan pekerja. Dan dia sedar sebagai seorang pekerja dia akan menurut sahaja perintah di pejabat. Tapi bukan di luar pejabat!

“Misha, saya betul-betul minta maaf..” sekali lagi kedengaran suara Iskandar memecah kesunyian.

“Encik Iskandar memang seorang bos di tempat kerja. Tapi bukan di luar. Lain kali tak payah nak tengking Misha macam budak kecil. Misha sedar siapa diri Misha. Dan Misha pun tak suka menyusahkan orang terutama orang seperti bos ini..” perlahan sahaja suara Misha kedengaran. Tersentap juga hati Iskandar mendengar setiap baris ayat itu.

“Saya minta maaf. Saya tak sengaja nak marahkah awak tadi...” rasa bersalah pula bila melihat kebisuan Misha. Hatinya tidak tenteram. Gadis itu memang mendera hati dan perasaannya.

.............................

Iskandar duduk di luar rumah. Ingatannya asyik teringat kepada kedinginan Misha terhadapnya.

“Is.. jauh termenung nampak? Teringatkan siapa?” Puan Maisarah menepuk bahu anak kesayangannya.

“Eh umi, mana ada? Ingatkan siapa umi?” soal Iskandar berpura-pura. Uminya hanya tersenyum.

“Kalau tak ada apa-apa takkanlah anak umi duduk termenung sambil tersenyum sorang-sorang kat sini!” balas Puan Maisarah lagi.

Iskandar tersenyum kelat. Malulah nak cakap dengan uminya yang dia dah terpikat dengan seorang gadis. Lagi pun dia pernah cakap gadis itu kedekut dengan uminya tempoh hari.

“Seb..sebenarnya.. Malulah Is nak cakap umi..” ujar Iskandar lagi.

“Alah cakap je apa yang sebenarnya yang ada dalam hati Is tu. Ni mesti pasal gadiskan?” selamba saja Puan Maisarah menembak. Iskandar tersenyum. Nak bagitahu ke tidak? Kalau bagi tahu umi malunya. Dulu dia pernah kutuk pasal perempuan yang di anggapnya kedekut tu. Kalau tak cakap takut dia melepas.

“Umi masih ingat tak gadis yang Is cakap kedekut tu?” soal Iskandar kepada uminya.

“Ingat kenapa? Is dah jatuh cinta dengan dia?” soal Puan Maisarah.

Perlahan-lahan Iskandar mengangguk. Pada hal, malu juga kalau uminya tahu. Tapi dia tidak dapat menyembunyikan perkara itu buat selama-lamanya.

“Jadi, dah tahu dia kedekut kenapa Is sukakan dia pulak?” soal Puan Maisarah. Sengaja dia mengusik anak lelakinya itu. Hari itu beriya-iya beanr anak lelakinya itu mengata pasal gadsi itu. Sekarang tetiba saja anak lelakinya pula boleh jatuh cinta dengan gadis itu.

“Dia kedekut pun bersebab.. Sebenarnya dia kerja kat pejabat Is..”

“Iya.. mesti Abi kenal diakan?” soal Puan Maisarah lagi. Kalau gadis itu pekerja Iskandar, mesti dia juga pekerja suaminya ketika dulu.

“Mungkin. Namanya Misha..”

“Misha?? Umi kenal sangat dia tu..” gelak Puan Maisarah lagi. Rupa-rupanya anak terunanya jatuh cinta pada gadis yang dia kenal. Kalau itulah pilihan hati anaknya dia tidak akan membantah. Memang dia akui dia sangat berkenan untuk menjadikan gadis itu sebagai menantu.

“Jadi apa sebabnya dia bersikap kedekut?” soal Puan Maisarah lagi. Iskandar tersenyum. Rupa-rupanya uminya masih tidak lupa pada soalannya itu.

“Sebenarnya dia mengambil upah buah kuih-muih. Hasil jualan kuihnya dia simpan untuk membiayai adiknya bila masuk ke universiti nanti. Itu pun sebab arwah ayahnya teringin sangat adiknya masuk ke menara gading. Jadi bagi dia sepuluh sen itu ibarat setitik peluh dia ketika dia membuat kuih muih yang di jual. Sedap tau umi, kuih yang di buat Misha tu. Nanti ada masa Is belikan untuk umi dan Abi..”

“Amboi.. bersembang sampai tak ingat dunia.. Rancak betul perbualan kamu anak beranak..” tegur Encik Lokman. Dari dalam lagi dia terdengar hilai tawa isterinya dan juga anak tunggalnya itu. Entah apa yang syok sangat perbualan mereka berdua itu. sebab itulah dia juga menuju ke luar halaman.

“Anak kita dah jatuh cintalah bang..” jawab Puan Maisarah. Itu merupakan berita gembira buat dirinya dab juga suaminya. Bersusah payah dia mencarikan jodoh untuk Iskandar tetapi semuanya di tolak oelh Iskandar.

“Jatuh cinta?? Dengan siapa?” soal Encik Lokman lagi.

“Abang ingat tak dengan gadis bernama Misha tu? Pekerja abang kat pejabat dulu?” soal Puan Maisarah lagi.

“Misha?  Ha abang ingat. Kenapa?”

“Soal pula kenapa? Anak kita dah jatuh cinta dengan gadis kedekut!”gelak Puan Maisarah lagi. Sengaja dia kenakan anaknya itu. Dia juga perasan wajah Iskandar berubah. Mesti dia tengah geram sekarang!

“Gadis kedekut?” soal Encik Lokman tidak mengerti.. Iskandar hanya menahan geram. Uminya kalau bab nak mengenakan dia memang pandai!

“Begini, dulu anak kita cakap dia gadis tu macam-macam. Katanya gadis tu kedekutlah apalah. Bila dah kenal pulak terus jatuh cinta..” terang Puan Maisarah kepada suaminya.

“Tapi kenapa Is cakap dia gadis kedekut?” soal Encik Lokman pula. dia tidak faham apa yang di maksudkan oleh isterinya.

“Sebab, anak kita kedekut juga..” gelak Puan Maisarah lagi.

“Umi.. janganlah bagitau Abi.. Malulah..” ujar Iskandar lagi. Encik Lokman hanya menggeleng kepalanya. Dia tahu kalau bab usik mengusik bagi sajalah kat isterinya.

Iskandar berbincang dengan kedua ibu bapanya. Rasanya dia tidak boleh menunggu lagi. Kalau boleh secepat mungkin dia mahu Misha menjadi miliknya.

Nasib baiklah kedua orang tuanya bersetuju. Lagipun ayahnya juga kenal dengan peribadi Misha.

..............................

Misha dan Nora keluar makan tengah hari. Hari ini mereka berdua mengambil keputusan untuk makan di restoran itu. Bukan selalu mereka makan di situ.

“Kenapa bos kita tu asyik nak buat hal dengan Misha. Misha ada buat salah dengan dia ke?” soal Nora. Entah sejak akhir-akhir ini dia melihat bos mereka suka sangat nak bagi kerja yang banyak pada Misha. Namun dia tabik dengan Misha yang tidak pernah merungut tentang itu.

“Entahlah.. Kita nikan pekerja.. Jadi kenalah ikut cakap bos..” jawab Misha perlahan. Dia tidak mahu Nora berfikir yang bukan-bukan.

“Tapi Nora tengok lain macam je bos buat Misha macam tu.. Ada ke patut dia bagi kerja banyak-banyak macam tu. Dulu dengan ayah dia tak adalah macam tu.. Itu membuli namanya..” ujar Nora dengan rasa tidak puas hatinya.

“Nora.. kita kena buat apa yang bos suruh. Kitakan kerja kat sini nak cari rezeki yang halal. Suka hati dialah nak bagi kerja banyak ke sikit ke.. yang penting kita buat yang termampu. Lagi pun kalau nak berhenti dan cari kerja lain.. Nora pun tahu susahkan?” soalnya kepada sahabatnya itu. Masakan sahabatnya tidak tahu yang dia mahu mengumpul duit untuk pembiayaaan adiknya nanti.

Nora hanya mengangguk. Dia begitu kagum dengan kesabaran Misha. Atau sememangnya Misha jenis yang tahan hati.

“Err bos! Buat apa bos kat sini?” soal Nora sebaik saja melihat Encik Iskandar berdiri di hadapan meja makan mereka.

“Saya nak makan dengan kamu berdua. Kenapa? Tak boleh ke saya join kamu orang?” soal Iskandar selamba.

Nora dan Misha berpandangan sesama sendiri.

“Bos tak malu ke duduk makan bersama kami.. Manalah tahu nanti girlfriend datang lalu nak serang kami..” ujar Nora lagi.

“Apa salahnya. Lagi pun kalau girlfriend saya tak ada. Tapi bakal isteri adalah...” jawab Encik Iskandar sambil tersenyum. Matanya melirik pada wajah Misha yang sedang makan nasi yang di hidangkan.

“Siapa?” soal Nora ingin tahu..

“Kawan awak tu..” ujar Iskandar sambil melirik ke arah Misha.

“Hah!!” Misha terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Encik Iskandar. Hampir tersembur air yang di minumnya.

“Saya??” Misha menunjukkan mukanya. Encik Iskandar tersenyum. Kelakar betul wajah Misha ketika ini.

“Beb.. Sejak bila pula awak jadi bakal wife bos?” soal Nora tidak puas hati. Ada sesuatu yang tidak Misha ceritakan pada dirinya.

“Saya pun tak tahu..” jawab Miisha mencuka. Manalah dia tahu sejak bila Iskandar membuat
keputusan yang penting seperti itu.

“Misha memang tak tahu perkara ni.. Sengaja saya rahsiakan dari pengetahuan semua. Tapi semua orang dah setuju dengan hajat saya.” jawab Encik Iskandar dengan tenang. Memang dia telah menduga, Misha akan terkejut kalau dia tahu akan hal itu. Sebab itulah dia mahu ibu Misha tidak bercakap apa-apa tentangnya. Paling dia suka apabila hajatnya itu di restui oleh kedua orang tuanya. Akhirnya dia kena sindir oleh mamanya.

Sememangnya dia pun tidak menyangka peristiwa petang itu membuatkan dia jatuh cinta pada gadis itu. Jatuh cinta pada pandangan pertama.

“Tapi bos? Misha tak cakap apa-apa pun..”

“Sama ada Misha suka atau tidak, kita tetap akan nikah bulan depan..” jawab Encik Iskandar dengan nada serius.

“Hahh!!!!” makin terkejut Misha mendengar kata-kata Encik Iskandar itu.

“Kalau saya menolak?”

“Misha tak akan berkahwin dengan lelaki lain selain dari saya..”

Nora yang mendengar kata bosnya itu seperti tidak percaya. Begitu serius juga perasaan bosnya pada Misha. Dan dia tidak menyangka dalam diam bosnya sukakan si gadis kedekut itu!

“Wei.. Tahniah Misha. Tak lama lagi awak akan kahwin..” jerit Nora seronok.

Misha hanya terdiam. Sampai hati ibunya tidak memberitahu hal itu kepadanya. Patutlah semenjak akhir-akhir ini, ibunya selalu tersenyum. Mungkin dia gembira kerana tak lama lagi akan mendapat menantu.

“Misha balik nanti, tunggu saya tau!” pesan Iskandar sebelum dia berlalu pergi.

“Wei!! Bertuahnya kau. Dalam ramai-ramai gadis di dunia ini, dia boleh pilih kau?” soal Nora.

“Kenapa? Sebab saya kedekut?” soal Misha balik.

“Yelah.. Bertuahnya kau sebab bos betul-betul serius dengan kau!”

“Macamlah aku hairan. Takkan dia tak ada girlfriend.. Habis tu perempuan yang datang hari tu siapa?”

“Perempuan? Siapa?”

“Manalah aku tahu! Yang aku sakit hati boleh Encik Iskandar selamba badak je cakap yang aku ni tunang dia!”

“Hah!!”

“Tutuplah mulut tu..”

“Tapi dia memang seriuslah wei!!” ujar Nora lagi. Namun dia berasa gembira jika memang sahabatnya itu ada jodoh dengan bos mereka!

........................................

Awal Iskandar bersiap-siap mahu balik. Dia tidak mahu terlewat untuk balik kerja. Lagi pun dia risau kalau-kalau Misha dah balik awal. Bukan boleh percaya dengan gadis itu.

“Misha, hari ini aku tak boleh nak tumpangkan kau..” ujar Nora jujur.

“Kenapa?” Soal Misha lagi.

“Aku nak jumpa seseorang. Minta maaflah ya!” ujar Nora lagi. Dia teringat pesan Encik Iskandar tadi. Tanpa pengetahuan Misha, Encik Iskandar sudah memberitahu apa yang patut padanya.

“Tak apalah. Misha boleh balik naik teksi..” jawab Misha dengan nada kecewa. Baru saja dia mahu beritahu dia nak tumpang kereta Nora tapi Nora ada hal lain pula!

“Tapi Misha dah lupa ke tentang pesanan Encik Iskandar?” soal Nora. Sengaja dia mengingatkan pesanan Bos mereka tengah hari tadi.

“Tak naklah balik dengan dia. Baik Misha naik teksi je.”

“Terpulanglah..”

Nora terus melangkahkan kakinya. Misha masih termangu-mangu di situ. Patut ke dia tunggu Encik Iskandar. Tapi kalau tak di tunggu takut Encik Iskandar mencarinya pula. Perlahan-lahan dia mengambil beg tangannya. Belum lagi kakinya sampai di muka pintu pejabat, kedengaran ada orang memanggilnya.

“Misha..”

Misha terus menoleh. Memang benar jangkaannya tadi. Baru saja dia beniat mahu meninggalkan pejabat itu tanpa terserempak dengan Encik Iskandar namun jangkaannya meleset! Mahu tidak mahu dia menumpang juga kereta Encikk Iskandar.

 Dalam perjalanan, Misha terasa itu bukan jalan pulang ke rumahnya. Dengan segera dia terus bertanya.

“Kita nak pergi mana ni Encik Is?”

“Kita pergi jalan-jalan..”

“Jalan-jalan? Nak buat apa? Kalau macam tu lebih baik Encik Is hantar saya pulang!”

“Saya dah bagitau mak Misha tadi. Dia benarkan Misha keluar dengan saya. Lagi pun kita dah bertunang..” jawab Iskandar selamba. Misha terkejut. Rasa mahu pengsan dia mendengar jawapan selamba bosnya itu.

“Bertunang? Sejak bila pula saya jadi tunang Encik Iskandar?” soal Misha sambil berkerut dahinya cuba mengingati sesuatu.

“Sayang kita dah bertunang sebulan yang lepas.. dan sekarang saya nak bawa tunang saya ni pergi membeli cincin untuk akad nikah kita nanti..”

Misha mendengus geram! Dia terus mendiamkan diri. Malas dia mahu bercakap dengan lelaki yang tak akan dengar cakapnya. Tiba di Time Square, Iskandar mencari tempat parking. Kemudia dia membawa Misha ke sebuah kedai untuk membeli cincin.

“Misha pilihlah yang mana Misha suka!”

“Saya pilih?” soal Misha tercengang! Buat apa pula bosnya membawa dia ke sini? Sekarang dia di minta memilih cincin pula! Hari ini betul-betul pelik bagi dirinya.

Namun matanya tetap melilau mencari cincin yang ada di depannya. Tiba-tiba matanya ternampak sebentuk cincin yang menarik perhatiannya.

“Cik saya nak tengok yang itu” tunjuk Misha ke arah cincin yang di maksudkannya.

“Cantik!”

“Misha suka yang itu ke?” soal Iskandar sambil tersenyum. Misha mengangguk.

“Tapi batunya kecil sangat..”

“Encik Iskandar, besar atau kecilnya batu itu bukannya ukuran bagi sebuah kebahagiaan. Kebahagiaan itu datang dari hati yang ikhlas. Bukannya berdasarkan berapa harga cincin yang di pakai itu. Kalau Encik Iskandar tak suka, tak payah nak ajak Misha ke sini..” jawab Misha dengan geram.

Sambil itu dia terus meletakkan cincin itu di atas tapak tangan Iskandar. Dia terus berlari keluar dari kedai emas itu. Juru jual itu terpinga-pinga. Begitu juga dengan Iskandar. Dia turut berlari keluar mengejar Misha. Namun Misha sudah hilang dari pandangannya.

“Encik!!” panggil jurujual itu.

“Encik nak beli ke tak cincin ini?”

Iskandar terus mengangguk. Pasti Misha berkenan dengan cincin itu. Menyesal pula sebab dia tersalah anggap pada gadis itu. Setahu dia, perempuan kalau bab emas atau permata, mereka lebih sukakan yang besar.

...........................................

Misha terus pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Ada banyak persoalan yang ingin dia luahkan pada ibunya. Banyak perkara yang membingungkannya hari ini. Pasal tunang? Dan adakah benar dia sudah menjadi tunang Encik Iskandar.

“Misha dah balik?” soal ibunya.

“Ya ibu..” jawab Misha lemah sambil duduk di kusyen ruang tamu.

“Mana Encik Iskandar?” soal ibunya. Misha yang baru menutup matanya terus terkejut. Pasal lelaki itulah yang dia ingin nak tanya sebenarnya. Tetapi tiba-tiba pula dia rasa letih sangat dan mahu tertidur.

“Misha tak balik dengan dia!”

“Tapi dia telefon ibu yang dia nak bawa Misha keluar jalan-jalan. Kamu tak jadi keluar ke?”

“Memang betul! Kami keluar jalan-jalan tadi. Tapi Misha balik naik teksi..”

“Oh!!”

“Ibu, Misha nak tanya dengan ibu ni..” soal Misha dengan serius.

“Nak tanya apa? Tanyalah!”

“Betul ke Misha ni tunang Encik Iskandar?” soal Misha berdebar-debar. Dia sebenarnya mahukan jawapan yang benar! Dia juga hairan ketika itu ibunya menyerahkan cincin berbentuk hati kepadanya. Bila dia bertanya, ibunya hanya tersenyum. Katanya sudah sampai masanya dia memakai cincin itu. Apa yang di kesalkan kenapa ibunya tidak berterus terang. Biar pun Encik Iskandar tidak membenarkan ibunya berbuat demikian. Sekarang dia yang menjadi mangsa. Dia tidak sedar yang dia sudah menjadi tunangan orang.

Ibunya mengangguk! Misha bagaikan mahu pengsan mendapat jawapan itu. Patutlah selama ini, Encik Iskandar selalu berbuat baik pada dirinya. Dan ketika Encik Iskandar memperkenalkan dia sebagai tunangnya kepada perempuan yang Manda itu adalah benar! 

“Misha, ibu minta maaf. Bukan ibu sengaja nak rahsiakan perkara ini. Tapi Encik Iskandar yang menyuruh ibu berbuat demikian. Misha hanya mampu mengangguk!

............................

“Misha”

Misha menoleh apabila mendengar namanya di panggil. Memang dia pasti tidak lain tidak bukan Encik Iskandar.

“Nak apa?” soal Misha selamba.

“Jom kita pergi sarapan.. Lagi pun masih awal lagi ni..”

“Tak apalah Encik Iskandar. Lagipun saya memang sengaja masuk awal hari ini sebab ada banyak kerja yang saya nak buat.”

Misha terus berjalan meninggalkan Encik Iskandar. Namun tiba-tiba dia terasa lengannya di paut. Iskandar terus menarik lengan Misha biar pun Misha berusaha meronta agar lengannya di lepaskan.

“Encik Iskandar lepaskan saya..” Misha merayu. Namun rayuannya itu tidak di endahkan oleh Iskandar.

Sampai di tempat parking barulah Iskandar melepaskan tangannya. Misha di paksa masuk ke dalam kereta. Walaupun dia rasa marah, namun Misha tetap berdiam diri. Takut juga dia bila melihat wajah Encik Iskandarnya yang serius itu.

Sampai di suatu tempat, Iskandar memberhentikan keretanya. Hari ini dia akan meluahkan segala perasaan yang terpendam dalam hatinya.biarlah tunangnya itu tahu betapa dia cintakannya.

Misha hanya mendiamkan diri. Tidak berani dia untuk bersuara. Manalah tahu kalau-kalau katanya akan menyinggung perasaan tunangnya. Tunang ke?

“Saya minta maaf kerana selama ini saya suruh ibu Misha rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Misha..”

“Tapi kenapa perlu berahsia. Macam mana kalau Misha dah ada yang buah hati?” soal Misha lagi. Sengaja dia ingin menduga hati lelaki itu. Wajah Iskandar menampakkan kerisauan.

“Jadi Misha dah ada buah hati?” soal Iskandar terkejut. Tak mungkin Misha dah ada buah hati. Sedangkan dia sudah bertanya pada Ismalleh dan juga ibunya. Cuma masalahnya dia tidak bertanya terus pada Misha dulu. Timbul pula di fikiran Misha mahu mengusik. Sambil itu dia terus mengangguk.

“Jadi tunang saya ni ada buah hati?” soal Iskandar lagi.

“Ya”

“Siapa orangnya?” soal Iskandar tidak senang hati. Misha memberanikan diri untuk memandang wajah Iskandar.

“Rupanya lebih kurang dengan Encik Iskandar!”

“Sama?”

“Memang seiras..” jawab Misha sambil tersenyum. Geli hati pula dia melihat wajah cemberut Encik Iskandarnya.

“Saya serius ni?”

“Misha seriuslah.” Wajah Misha kembali serius semula.

“Kalau macam tu, boleh saya jumpa dia?” soal Iskandar lagi. Hatinya mula gelisah. Menyesal kerana dia tidak pernah mengambil tahu hal peribadi gadis itu sebelum dia membuat keputusan.

“Encik Is dah jumpa pun!” jawab Misha sambil tersenyum.

“Misha kenakan saya ke?” akhirnya Iskandar dapat mengagak apa yang di katakan oleh Misha.

“Maaflah Misha bergurau saja tadi..”

“Jadi Misha memang tak ada buah hatikan?” Misha mengangguk. Iskandar tersenyum lega. Sebentar tadi dia benarbenar cemas bila Misha mengatakan dia sudah ada kekasih hati. rupa-rupanya si gadis itu hanya mengujinya sahaja.

“Misha ni nakal juga ye!”

Akhirnya Misha tersenyum. Begitu juga dengan Iskandar. Dia gembira kerana gadis pujaan hatinya tetap miliknya juga!

............................

Akhirnya hari yang di nantikan pun tiba. Misha sangat cantik dengan pakaian pengantinnya. Iskandar pula segak dan bergaya dengan baju melayunya. Bak kata pepatah ibarat pinang di belah dua. Sama cantik sama padan. Ramai juga tetamu jemputan yang hadir pada hari bersejarah mereka. Masing-masing datang sebagai orang terdekat, saudara mara dan rakan  taulan.

Di bilik pengantin, Iskandar dan Misha sedang duduk di birai katil. Iskandar tersenyum melihat Misha yang kelihatan malu-malu pada dirinya. Nama jugakan pengantin baru.

“Misha jangan kedekut cinta dengan abang tau! Kalau Misha kedekut cinta dengan abang taulah abang nak ajar Misha...” ugut Iskandar lagi.

“Nak ajar Misha subjek apa bang?” soal Misha serius. Namun dalam hatinya dia rasa mahu tergelak melihat wajah cemberut Iskandar.

“Nak ajar isteri abang subjek cinta. Tajuk subjek itu, jangan kedekut cinta!” jawab Iskandar geram. Isterinya itu suka sangat buatkan dia rasa geram. Sama macam uminya. Kuat mengusik. Namun dia rasa bahagia. Akhirnya gadis pujaannya sudah di miliki.

“Tapi Misha tak suka tajuk subjek tu..”

“Oh nak melawan lagilah ni.. Nanti abang kiss mulut tu biar dia bisu seketika..” ugut Iskandar lagi.

“Huh!! Tak padan jadi laki Mishalah kalau macam ni.. Asyik nak mengugut je kerjanya..” ujar Misha sambil bangun menuju ke muka pintu. Namun dia terasa lengannya sudah di paut oleh sang suami.

“Sayang merajuk ke?” soal Iskandar dengan nada yang lembut. Namun Misha hanya berdiam diri. Cuma matanya sahaja yang menjadi bahasa badan. Dia terasa berdebar-debar pula melihat wajah Iskandar yang makin mendekati wajahnya.

“Abang cintakan Misha seluruh jiwa abang. Dan abang berharap mulai hari ini, Misha jangan kedekut dengan cinta Misha. Abang berdoa semoga kita akan hidup bahagia hingga ke akhir hayat...” bisik Iskandar ke telinga Misha.

Tuesday, 18 June 2013

Ada Dia Di Hati 14



Alisha tidak menyangka pertemuannya dengan kedua orang tuanya pada hari itu adalah pertemuan yang terakhir. Selepas dia balik ke rumah Tuan Razman, pada keesokan harinya dia menerima berita yang amat menyedihkan. Kedua orang tuanya terlibat dalam kemalangan langgar lari. Dan kedua-duanya juga meninggal di tempat kejadian.

Tetamu sudah pulang. Mak Jah masih setia di sisi Alisha. Dia mahu menemani Alisha di rumah itu namun dia amsih ada kerja lain di rumah agam.

“Isha Mak jah harap Isha banyak-banyaklah bersabar..”

“Isha sedihalah mak Jah.. macam baru semalam Isha bermanja-manja dengan mereka kini mereka dah meninggalakn Isha..”

“Mungkin apa yang terjadi ada hikah di sebaliknya. Yang kita tak tahu.. apa kata Isha balik ke rumah agam dulu.. Mak jah takut pula kalau Isha tingal sorang-sorang kat sini..”

“Isha tak nak balik Mak Jah.. Isha nak dudud sini beberpa hari dulu. Bolehkan?” soal Alisha lagi.Dia sanggup duduk seorang diri di rumah itu. Biar pun Mak Jah memujuknya agar pulang kerumah Tuan Razman, namun Alisha menolaknya dengan baik dengan alasan dia akan pulang setelah dia rasa lega. Mak Jah tidak dapat menemaninya lama kerana kerja-kerja di rumah agam itu banyak yang perlu di selesaikan! Alisha memahami keadaan Mak Jah turut menyuruh Mak Jah balik awal.

....................................

Sofia menyelak satu persatu kotak hiasannya. Namun kalung yang di carinya itu tetap juga tidak di temui.

 “Abang, kalung permata Sofia hilang.”

“Kalung yang mana?” soal Tuan Razman acuh tak acuh.

“Ala kalung yang abang hadiahkan masa hari jadi Sofia hari tu..” terang Sofia lagi.

“Macam mana boleh hilang?” soal Tuan Razman. Dia juga hairan, takkan ada pencuri di dalam rumah ini. Selama ini pun mereka tidak pernah kehilangan barang.

“Manalah Sofia tau.. Mungkin ada pencuri dalam rumah kita ni”

“Awak jangan nak merepek. Mungkin awak tersalah letak kot.”

“Betul bang, Sofia dah cari di merata tempat. Tapi masih juga tak jumpa.”

“Cari dulu.. Kalau masih tak jumpa kita cari kat tempat lain..” ujar Tuan Razman. Sofia tersenyum mendengar kata-kata suaminya.

Sudah seharian Mak Jah mencari kalung permata untuk Sofia. Namun masih juga tidak di jumpai. Petang itu, sebaik saja Tuan Razman sampai, Mak Jah memberitahu hal itu. Kebetulan Sofia pun ada bersama.

“Apa kata kita masuk cari kat bilik Zafran..”

“Takkan Isha nak mencuri..” ujar Mak Jah. Dia percaya, Alisha tak akan buat perkara macam tu..

“Mana Mak Jah tahu.. Mak Jah percaya ke yang isteri Zafran tak mencuri. Selama ini, sebelum kedatangan dia di rumah ini, tak pernah pun barang Sofia hilang.” ujar Sofia. Dia menjadi marah apabila Tuan Razman dan Mak Jah tak percayakan kata-katanya. Tanpa menunggu lama dia terus menuju ke bilik Zafran dan Alisha.

Ketika itu, Alisha pun baru sampai ke rumah. Petang tadi dia menziarahi kubur kedua orang tua angkatnya. Dia hairan apabila melihat Tuan Razman dan Mak Jah berdiri di depan pintu bilik yang terbuka. Segera dia mendekati mereka.

“Kenapa Mak Jah?”

“Kalung permata Cik Sofia hilang…”

“Hilang?? Macam mana boleh hilang?”

“Manalah Mak Jah tau..”

 “Tapi kenapa cari kat bilik ni??”

“Haaa.. ni dia kalungnya bang. Kan betul sangkaan Sofia. Dalam rumah ni memang ada pencuri.”

“Saya tak mencuri Cik Sofia... Sumpah saya tak tahu menahu pun pasal kalung tu.” Ujar Alisha. Dia sendiri terkejut macam mana kalung itu berada di biliknya dan dia tidak pernah tahu atau lihat pun kalung itu!

“Jangan main sumpah-sumpah nanti memakan diri..” cebik Sofia lagi. Baru puas hatinya kerana terbukti kalung itu berada di bilik Alisha.

“Betul Isha tak tahu..” jawab Isha.

“Dah sah-sah ada di depan mata pun tak nak mengaku.. Ini apa??” soal Cik Sofia dengan garang. Tuan Razman dan Mak Jah sunguh terkejut.

Begitu juga Isha.

Alisha dan Mak Jah berpandangan sesama sendiri.

“Mak Jah, Isha tak tahu hal ini. Macam mana kalung itu boleh berada di bilik kami?”

“Masih tak nak mengaku juga ke? Ini apa? Hei you tahu tak kalung ni mahal harganya. Dan dia juga pemberian suami I yang tersayang.. Abang tengoklah, dia dah mencuri kalung Sofia, kita nak buat apa dengannya?”

“Diamlah biar abang berfikir dulu..”

“Nak fikirkan apa bang? Dah memang dia yang mencuri kalung. Kalau Sofialah baik kita buat laporan polis!”

“Buat laporan polis?” soal Tuan Razman terkejut. Takkan kerana hal itu, dia sanggup mengotorkan namanya di balai polis. Kalau boleh biarlah dia selesaikan perkara ini dengan baik. Lagipun Alisha itu isteri Zafran. Walau pun dia tidak percaya yang Alisha berbuat begitu, tapi bukti itu cukup menunjukkan yang Alisha bersalah.

“Habis tu nak buat macam mana lagi?”

“Kita tunggu Zafran balik..”

“Hah!! Buat apa nak tunggu dia balik. Kalau dia balik pun dia mesti nak sokong si pencuri ni.. Dia tak akan dengar cakap kitalah bang. Dan dia tidak akan percaya yang isterinya seorang pencuri!” bersungguh-sungguh Sofia meyakinkan Tuan Razman. Dia berharap kali ini rancangannya akan berjaya. Dan dia tidak perlu bersusah payah mengotorkan namanya.

“Baik… kalau macam ini saya halau Isha keluar dari rumah ini. Jangan pernah jejak kaki ke rumah ini!! Saya tak nak tengok muka pencuri ini lagi. Mak Jah pastikan dia kemaskan barang dan keluar rumah malam ini juga!!”

Keputusan itu amat menyedihkan hati Alisha. Apalah salahnya sampaikan nasibnya begitu malang sekali. Inilah yang di katakan sudah jatuh di timpa tangga lagi. Sudahlah kedua orang tuanya pergi meninggalkan dia. Dan sekarang dia di halau dari rumah agam ini lagi. Mak Jah juga terkejut mendengar Tuan Razman menghalau Alisha dari rumah itu. Dah hari sudah malam. Kemana dia harus pergi? Lagi pun Alisha baru kehilangan orang tuanya.

Dalam diam Sofia tersenyum suka. Manalah dia tidak suka apabila Tuan Razman menghalau gadis yang selalu menjadi penghalang kepada dirinya.

Perlahan-lahan Alisha melangkahkan kakinya menuju ke almari pakaian. Sementara itu Sofia dan Tuan Razman sudah keluar dari bilik itu.

“Isha, Mak Jah minta maaf..”

“Tak perlulah Mak Jah minta maaf.. Mak Jah tak bersalah pun..”

“Tapi Mak Jah percaya, Alisha bukan orang seperti itu. Mesti ada yang tak kena…” ujar Mak Jah perlahan. Sejak beberapa hari lalu dia ternampak perangai Surti yang agak mencurigakan. Tapi dia tidak terpikir pun apakah sebabnya.

“Terima kasih kerana percayakan Isha.. Isha betul-betul tidak tahu apa yang harus Isha lakukan..Isha dah penat Mak Jah..”

“Mak Jah ada di sisi Isha. Tapi Mak Jah pun tak mampu nak tolong Isha..”

Alisha terus mengemas pakaiannya. Dia akan keluar rumah malam itu juga. Tapi dia harus meminta tolong dengan siapa? Tiada siapa yang dapat menolongnya ketika ini.

“Mak Jah boleh tolong suruh Hafiz hantar Isha ke kampung sebelah..”

“Tak payahlah.. Biar Isha telefon kawan Isha..” dia tidak mahu menyusahkan Mak Jah dan anak buahnya itu. Lagipun kalau dia bersama Hafiz pasti ada banyak gossip pula nanti.

Selesai mengemas pakaian, Alisha membawa beg besarnya itu turun ke bawah. Rupa-rupanya Tuan Razman dan Sofia sudah menunggunya di ruang tamu. Mungkin mereka ingin mempastikan yang Alisha hanya membawa pakaiannya sendiri saja di bawa keluar.

……………………….

Alisha menoleh sekali lagi. Rumah agam ini banyak memberi kenangan manis buatnya. Setelah puas melihat rumah itu, dia terus melangkahkan kakinya sambil mengheret beg pakaiannya itu.

Dari jauh, Kak Tipah seperti mengenali tubuh yang berlajan sambil mengheret beg pakaiannya itu.

‘Isha? Apa yang dia buat pada malam begini dengan membawa beg segala?’ perlahan dia memberhentikan keretanya. Memang betul itu adalah Alisha. Dia segera keluar dari keretanya sambil memanggil nama Alsiha.

“Isha”

Alisha menoleh. Dia terkejut melihat Kak Tipah yang berada di depannya. Cepat-cepat dia mnyapu air mata yang masih bersisa di pipinya.

“Isha nak kemana malam-malam begini?” soal Kak Tipah lagi.

“Isha tak tahu kak..” jawab Alisha perlahan. Air mata yang masih membasahi pipinya di lap dengan belakang tapak tangannya.

“Tak tahu??”

Alisha mengangguk!

“Kalau macam tu, Isha masuk ke kereta dulu. Akak bawa Isha balik ke rumah..” ujar Kak Tipah sambil mengambil beg pakaian Alisha dan di masukkan ke dalam kereta!

Malam itu Alisha langsung tidak dapat melelapkan mata. Kejadian dan kata-kata Sofia sanagat meyakinkan yang Zafran masih lagi menyintai Sofia.

“Kenapa abang sakitkan hati Isha. Kalaulah Isha tahu begini, Isha tak akan terima abang menjadi suami Isha!”

…………………………

Pagi-pagi lagi Alisha sudah bersiap-siap. Dia sudah menemui apa yang ingin di lakukan. Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya lalu menuju keruang tamu. Nasib baiklah anak Kak Tipah sudah besar. Dan dia tinggal seorang diri juga.

“Selamat pagi kak..” ucap Alisha kepada Kak Tipah. Kelihatan Kak Tipah sedang menyediakan sarapan pagi. Air teh di tuang ke dalam cawan yang di sediakan.

“Selamat pagi. Macam mana Isha dapat tidur lena tak?” Soal Kak Tipah lagi. Dia tahu pasti Isha tidak dapat melelapkan matanya memandangkan mata Alisha yang agak bengkak itu. Mungkin dia menangis sepanjang malam. Alisha hanya menggeleng kepalanya.

“Jadi, apa rancangan Isha?” soal Kak Tipah.

Alisha melepaskan keluhan. Semalaman dia sudah berfikir. Sampai satu saat dia harus membuat kesimpulan.

“Isha ingat nak pergi Kuala Lumpur cari abang Zaf!”

“Isha ada saudara mara dari sana ke?”

“Tak ada. Tapi Isha akan usaha cari tempat tinggal yang selesa..”

“Kat Kl tu, Isha kena berhati-hati. Manalah tau berjumpa dengan orang jahat. Kalau rasa susah kat sana Isha telifon Kak Tipah yer!! Risau akak tau!”

“Terima kasihlah kak.. Isha tak akan lupa budi baik Kak Tipah.” Mereka berpelukan.

“Nak akak hantar ke stesen bas ke?”

“Tak apalah kak.. Isha nak singgah sekejap pusara mak dan ayah tu.. Lepas tu barulah Isha pergi ke KL..”

“Isha janji dengan akak, Isha jaga diri baik-baik tau! Kalau ada apa-apa, call akak..”

“Isha janji. Akak jangan risaukan Isha..”

“Akak sebenarnya risau nak lepaskan Isha macam ni..”

“Isha kan dah janji akan jaga diri Isha baik-baik..” pujuk Isha lagi. Dia tahu sesiapa pun akan keberatan melepaskan dia pergi.

Monday, 10 June 2013

Ada Dia Di Hati 13


Sudah sebulan pemergian Zafran Haicarl ke Jepun. Walau pun setiap hari Zafran akan menghubunginya namun rasa rindunya tetap tidak dapat di tahan. Tidak sabar pula rasanya dia mahu bertemu dengan suami tercinta dan memohon maaf atas sikapnya yang dingin tempoh hari. Hanya gambar sahaja yang menjadi pengubat rindunya ketika ini. Kalaulah dia dapat memutarkan masa yang berlalu dia tidak akan bersikap demikian. Dia tahu dia memang bersalah kerana tidak mahu mendengar penjelasan dari suaminya sendiri. Tetapi mungkin kerana rasa cemburu akhirnya dia bersikap dingin terhadap Zafran.

Alisha membaringkan badannya selepas dia kembali dari klinik tadi. Satu berita gembira yang harus dia sampaikan kepada Zafran. Namun dia akan menunggu Zafran balik dari Jepun nanti baru dia akan cakap. Terasa dia ingin muntah lagi. Dia terus berlari kearah sinki yang berada di bilik mandi. Keluar semua isi perut yang di makan tadi. Dia ingin pergi ke dapur untuk minum. Tekaknya kini terasa loya sekali. Sebentar tadi dia sempat mengirim sms buat Zafran.

“Isha tunggu abang balik. Isha ada berita gembira buat abang..”

Namun lama benar dia mendapat balasan sms dari Zafran. Dia menuruni anak tangga itu dengan berhati-hati. Lalu dia menuju ke ruang dapur untuk minum.

Sofia mencari-cari kelibat Alisha. Dia tidak peduli apa cara sekali pun Alisha mesti di pisahkan dengan Zafran Haicarl. Kalau dulu dengan pemberian kad cinta itu tidak dapat mengeruhkan keadaan rumah tangga merka, kini dia akan ikhtiarkan sesuatu. Dia nekad. Jika Alisha masih ada di rumah ini Zafran Haicarl tidak akan mempedulikannya.

“Isha.. Isha..” dia memanggil nama Alisha. Alisha yang berada di dapur segera menjawab panggilan dari Cik Sofia.

“Ada apa cik Sofia..?”

“Isha... Ikut I keluar sekarang. I ada benda nak cakap dengan you!”

“Kita nak pergi mana?”

“Ikut sajalah.. apa yang lembab sangat tu!!” tengking Sofia lagi. Sudah lama dia menunggu peluang keemasan ini.

Di tempat yang sunyi itu, Sofia memulakan bicara. Dia sengaja mencari tempat yang sunyi dan jauh dari orang ramai agar dia dapat berbicara dengan Alisha tanpa gangguan. Sudah lama dia merancang untuk membawa Alisha ke tempat ini. Tetapi baru hari ini di berpeluang untuk membawa gadis itu.

“Kenapa kita berada di sini?” soal Alisha sebaik saja Sofia memberhentikan kereta di atas tanah yang tinggi itu.

“I ada hal nak bincang dengan you!”

“Apa yang kedengaran penting sangat tu?”

“I nak you keluar dari rumah ini sebelum Zafran balik dari Jepun” Begitu tegas bunyinya. Mukanya macam singa betina. Ekpresi wajah itu membuatkan Alisha terkejut. Tidak ada angin tak ada rebut.. tiba-tiba dia di halau keluar dari rumah itu..

“Tapi cik, Tempat Isha kan dekat sini. Di sisi abang Zaf.”

“I nak you kemas pakaian you dan keluar dari rumah ini. I tak kira. Kalau I masih nampak you kat sini lagi. I akan halau you sampai you tak boleh masuk ke rumah ini lagi.”

“Tapi apa salah Isha..? Tolonglah jangan buat Isha macam ni.. Apa-apa pun kita tunggu abang Zaf balik”

“Tak payah nak tunggu Zaf balik.. I nak you keluar dari rumah ni sebelum Zaf balik. Faham!”

“Tapi apa salah Isha?” kedengaran Sofia merengus.. Dasar perempuan kampung memang tak reti-reti bahasa. Lurus bendullah sangat.. Marahnya dalam hati. Wajah Alisha di pandangnya.

“You tahu tak kenapa Zafran tiba-tiba nak kahwin dengan you?” soal Sofia dengan sengihannya. Dia memang menunggu peluang ini untuk menghancurkan hati Alisha. Dia tahu gadis itu mula menyintai Zafran. Sebab itu dia rasa cemburu bila melihat kemesraan antara Zafran dengan gadis itu.

“Sebab dia sayangkan Isha..” jawab Alisha tenang. Memang itu yang lelaki itu katakan padanya. Dia tidak salah. Lagipun kelakuan dan layanan Zafran yang baik terhadapnya tidak pernah membuatkan dia rasa sangsi.

“Salah.. Yang sebenarnya dia nak balas dendam. Sebab apa dia nak balas dendam. Untuk menunjukkan kepada I yang dia tidak mampu lupakan cintanya pada I!!”

“Tapi abang Zaf cakap dia cintakan Isha..” jawab Alisha lagi. Teringat dia pada malam pertama mereka kahwin. Dia sangat gembira kerana lelaki yang jadi pujaannya dalam diam mengatakan kata-kata cinta kepadanya.

“Alisha.. you ni faham bahasa ke tidak ye.. Mungkin you ni terlalu kolot kot. I pun hairan kenapa Zafran tiba-tiba nak kahwin dengan perempuan kolot macam you ni? Langsung tak ada taste.. Setahu I lah, you ni bukan taste dialah. Dan you memang tak padan dengan Zafran” ujar Sofia kepada Alisha. Dia sakit hati mendengar Alisha mengatakan yang Zafran cintakan dia. ‘Mana boleh Zafran cintakan perempuan lain selain dari dirinya. Lagipun dia tak mungkin akan kalah di tangan perempuan seperti Alisha itu!!

“Betul ke abang Zaf macam tu? Takkan dia tipu Isha!” Alisha berasa sedih tiba-tiba. Takkan suaminya berbohong dengan dirinya. Benarkah Zafran cintakan dirinya? Atau dirinya sebagai pelepas marahnya kepada Cik Sofia. Tetapi layanan Zafran sangat baik terhadapnya selama ini.

“Kalau you nak tahu, sebenarnya Zafran tak pernah lupakan cinta pertamanya. You nak tahu kenapa? Sebab wanita yang dia cintai itu adalah I!!” jerit Sofia lagi. Dia mahu Alisha tahu tentang hubungan dia dengan Zafran. Dan dia pasti Zafran tidak pernah ceritakan tentang percintaan mereka berdua kepada Alisha.

“Be..betul ke ni?” soal Alisha. Memang Zafran Haicarl pernah ceritakan tentang perempuan yang pernah di cintainya dulu. Tetapi dia tidak menyangka perempuan itu sebenarnya Sofia. Patutlah dia selalu nampak perangai pelik suaminya. Macam ada sesuatu yang di sembunyikan dari pengetahuannya.

“Buat apa I nak tipu. Dulu kami berdua adalah pasangan yang romantik. Tapi jodoh kami tak panjang kerana bapa dia ni suka kat I. Jadi I memilih bapanya sebab harta bapanya lebih banyak kalau nak di bandingkan dengan harta Zafran” jawab Sofia dengan senyuman menguntum di bibirnya. Memang dia memilih untuk hidup dengan Razman tetapi dalam masa yang sama dia masih tidak dapat melupakan cintanya pada Zafran.

“Apa maksud Cik Sofia?”

“Maksudnya, Zafran kahwin dengan you sebab dia mahu melepaskan rasa marahnya pada I. Dia nak tunjukkan yang dia boleh bahagia dengan perempuan lain. Pada hal hari-hari dia datang jumpa dengan I sebab dia masih cintakan I!” rasa puas hatinya bila kata-kata itu dapat menyakitkan hati wanita yang bergelar isteri kepada anak tirinya itu. Dia rasa sakit hati melihat kebahagiaan yang baru tercipta diantara pasangan yang masih di gelar pengantin baru itu.

Alisha hanya menggeleng kepalanya tanda tidak percaya. Kata-kata yang keluar dari bibir suaminya tempoh hari mungkin dusta semata atau perempuan ini yang cuba mempermainkan perasaannya.

...............................

Alisha menyembam wajahnya di atas tilam. Tiada perkataan yang dapat di gambarkan ketika ini. Marah kecewa, geram, benci menjadi satu. Gambar perkahwinannya dengan Zafran di tatap. Dia rasa mahu menjerit sekuat hati biar orang tahu perasaan yang di alaminya. Kadang kala dia rasa adakah dia bermimpi? Namun semua itu kenyataan. Dia terpaksa menerima hakikat bahawa Sofia adalah bekas kekasih Zafran. Dia rasa tertipu. Kad yang di terima oleh Zafran hari itu sebenarnya di berikan oleh Sofia. Memang benar Zafran pernah memberitahunya dia pernah bercinta tetapi dia tidak menyangka perempuan yang di maksudkan itu ialah Sofia!

Dia sudah tidak tahu untuk percaya kepada siapa. Apa yang dia tahu kini dia berseorangan. Dia rasa dirinya di khianati. Sampai hati abang Zaf buat Alisha begini. Pada siapa Alisha mahu mengadu? Dia menangis sendirian.

Dalam bilik berlainan, Sofia tersenyum puas! Rasakan balasan yang akan kau terima Zaf! Kau patut rasakan kesakitan yang aku tanggung kerana kau menolak cintaku.!!

Sofia memikirkan satu jalan untuk menghalau Alisha dari rumah. Hanya dengan ketiadaan Alisha barulah Zafran Haicarl akan datang kepadanya.

..........................................

Mak Jah perasan wajah Alisha seperti orang sedih. Biasalah kalau sudah berjauhan, pasti ada perasaan saling merindu. Lalu dia mendekatinya.

“Isha kenapa nak? Isha nampak sedih..”

“Isha sedih Mak Jah..”

“Kenapa Isha sedih? Atau Isha rindukan Zaf?” duga Mak Jah sekali lagi. Namun bibirnya tetap menitip senyuman. Alisha sudah di anggap macam anak kandung sendiri. Lagipun Alisha tidak pernah bersuara tinggi dengannya.

“Isha tak sangka Abang Zaf sanggup buat Isha begini..” ujar Alisha perlahan namun dapat di dengar oleh Mak Jah.

“Dia buat apa kat Isha?” soal Mak Jah risau. Dia risau jika ada apa-apa yang berlaku pada Alisha. Dia sudah berjanji pada zafran untuk menjaga Alisha ketika ketiadaannya.

“Mak Jah tahu tak, dia kahwin dengan Isha sebab dia nak balas dendam pada Cik Sofia. Pada hal Isha dah mula sukakan dia. Dan Isha benar-benar cintakan abang Zaf!!”

“Dari mana Isha tahu?”

“Cik Sofia yang cakap. Abang Zaf masih cintakan Cik Sofia. Patutlah hari tu Isha nampak dia memeluk Cik Sofia di bilik. Bila Isha tanya abang Zaf, dia cakap Isha salah faham. Masa itu Isha tak tahu perempuan yang di maksudkan abang Zaf dulu rupanya Cik Sofia. Isha sedih sangat.. Isha tak tahu nak mengadu pada siapa?” terang Alisha dengan tangisannya.

Mak Jah terus memeluk tubuh Alisha. Dia juga benar-benar kesal dengan apa yang berlaku. Kalaulah dia tahu Zafran buat begitu pada Alisha tidak mungkin dia meminang gadis itu untuknya.

“Isha banyakkan bersabarlah ya... Mungkin Cik Sofia cakap macam tu sebab dia tak nak lihat korang bahagia..”

“Tapi Isha tak percayakan diri Isha.. Isha rasa nak balik rumah keluarga Ishalah..”

Mak Jah hanya mampu mengangguk. Dia faham akan kesedihan di hati Alisha. Namun dia tidak berdaya buat apa-apa. Cik Sofia itu memang sudah melampau. Sepatutnya dia tidak lagi menganggu kebahagian Zafran Haicarl. Rupa-rupanya dalam diam Sofia membuat onar lagi!

....................................

Sudah beberapa hari dia tidak dapat menghubungi Alisha. SMS terakhir dari Alisha yang di terimanya agak pelik bunyinya. Tapi yang menghairankan dia, sampai sekarang Alisha tidak membalas sms yang berikutnya. Dia jadi risau. Manalah tahu kalau berlaku perkara yang tidak di ingininya. Malam tadi pun dia bermimpi ngeri tentang Alisha. Itu menambahkan lagi rasa risau di hatinya.

Entah sejak tadi lagi, Zafran merasa tidak sedap hati. Apa pula agaknya yang berlaku? Telefon bimbit di ambil. Lalu di mendail nombor telefon bimbit milik Alisha. Namun hanya kedengaran peti suara yang menjawab. Berkali-kali dia mendail namun jawapannya tetap sama. Entah kemana pula isterinya itu pergi. Kalau ya pun kenapa telefon bimbitnya tidak aktif. Tolonglah jangan nak seksa hati abang Isha.. Dalam tidak sedar dia mengeluh lagi.

“Kau ni kenapa dari tadi lagi asyik merenung handphone tu?” soal Shahrul. Dia tahu sangat gelagat kawannya yang seorang tu. Rindu binilah tu.. Kalau tidak ada kerja mesti dia akan merenung telefon bimbitnya itu,

“Aku call Isha tak dapat-dapat. Asyik voicemail je.. Apalah gunanya aku belikan handphone untuk dia” rungut Zafran geram!

“Rindu binilah tu..” usik Shahrul.

“Mestilah wei.. Separuh mati aku rindu kat dia ni tau.. Rasa tak sabar nak balik jumpa dia..” ujar Zafran dengan senyuman di bibirnya.

“Mungkin dia ada hal kot? Kenapa Zaf tak call ke rumah?” ujar Shahrul lagi. Betul juga kata Zafran, siapa yang tak rindu bini. Tambahan lagi mereka masih bergelar pengantin baru. Namun atas tuntutan kerja dan cita-cita, mereka berdua datang ke negara yang bernama Jepun ini.

Call rumah pun bukan ada orang yang angkat. Entah aku rasa tak sedap hati jer!” Zafran mula mengadu. Entah mengapa dalam tidur pun dia termimpikan yang Alisha pergi meninggalkan dirinya. Dia betul-betul takut jika benar itu yang terjadi.

“Cubalah sekali.. Manalah tahu untung ada nasib nanti tu..” Shahrul memujuk sahabatnya itu.

Zafran mengangguk. Untuk sekali ini. Dia masih hampa kerana orang yang mengangkat telefon itu bukannya Mak Jah tetapi seorang pembantu rumah Indonesia yang baru. Habis tu, Mak Jah kemana? Makin berpusing kepalanya memikirkan. Dan seterusnya dia langsung tidak dapat berfikir kerana ada perasaan tidak sedap hati timbul pula!