Pesanan kepada pembaca,

Sila beri komen anda, segala komen anda amatlah saya hargai. komen anda akan menjadikan saya lebih berusaha untuk membuatkan cerita yang lebih menarik. Tetapi saya minta maaf seandainya cerita dalam penulisan ini tidak berapa menarik kerana saya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini. Akhir kata saya iringi dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini.

Friday, 8 February 2013

Kau Rantai Hatiku 30



HARI minggu ini, Azwan terpaksa menemani Sally untuk memilih pakaian di hari pernikahan mereka. Walau pun dia tidak gembira namun dia terpaksa juga menemani Sally ke butik pengantin. Dia duduk menantikan Sally untuk memilih pakaiannya.

Honey, yang ini okey tak?” soal Sally kepada Azwan. Azwan yang duduk membaca majalah terus menutup majalah itu sambil memandang tepat ke arah Sally. Dari tadi lagi dia duduk menanti Sally di ruang sofa itu hanya mengangguk. Dia sendiri tiada hati dengan pernikahan ini. Tetapi dia harus bertanggungjawab keatas perbuatan yang di lakukannya malam itu.

“You.. seriuslah sikit.. Ni cantik tak?” soal Sally tidak puas hati. Dia memusingkan badannya agar Azwan melihat pakaian yang tersarung di tubuhnya itu.

“Apa pun yang you pakai semuanya cantik. Sebab you memang cantik pun..” jawab Azwan sambil tersenyum. Senyuman itu hanya senyuman yang di buat-buat agar Sally tidak berkecil hati dengannya. Sally tersenyum gembira. Dia tidak menyangka malam itu malam yang membuatkan dia dapat memiliki Azwan selamanya.

HARI ini Azwan sudah sah bergelar suami kepada Sally. Majlis pernikahannya berlangsung secara sederhana sahaja. Lagipun mereka tiada masa untuk mempersiapkan majlis kahwin seperti yang di impikan. Dia langsung tidak menduga perkara ini akan berlaku terhadap dirinya. Walaupun dia suami kepada wanita lain, dalam hatinya dia hanya mencintai Humaira. Dia tidak pernah membuang nama Humaira dalam hatinya. Namun bagai mana penerimaan Humaira terhadap dirinya jika gadis itu tahu tentang status dirinya. Dia tidak sanggup menghadapi keadaan itu.

Setiap kali dia melihat nama si pemanggil di telefonnya, hatinya rasa ingin menangis. Dia tidak tahu apa yang akan dia katakan kepada Humaira jika hal ini sampai ke pengetahuan Humaira. Buat masa sekarang lebih baik dia menyepikan diri. Dia tidak mau melukakan hati gadis yang amat di cintainya itu.

SUDAH sebulan Azwan menyepikan diri darinya selepas pergaduhan mereka hari itu. Dia langsung tidak menelefon Humaira. Apabila Humaira menelefon sengaja pula Azwan memutuskan talian itu. Humaira benar-benar sedih dan sakit hati. Besar sangatkah kesalahannya sampaikan Azwan bertindak menyepikan dirinya. selalunya Azwan tidak pernah bersikap begini kepadanya. dia sedar Azwan benar-benar marahkan dirinya.

PAGI ini mereka akan menghadiri mesyuarat. Projek itu akan di lancarkan tak lama lagi. Dan dalam pemilihan pekerja untuk ke Johor Bahru, Humaira di pilih. Yang mengejutkan pula ialah hanya dia dan Tengku Elman saja yang pergi. Ini membuatkan Isabella tidak puas hati. Sekarang dia sudah jadi tunang Tengku Elman. Tapi takkan pula Tengku Elman memilih untuk pergi ke Johor bersama Humaira!

“Kenapa tidak I saja yang pergi dengan you?” soalan Isabella itu menyentap hati Humaira. Betul juga kenapa Tengku Elman memilih dirinya untuk menemani dia ke Johor Bahru. Lagipun dia sedar dia tak setanding Cik Isabella. Kalau nak di bandingkan tentang kemampuan, dia memang kalah dengan Cik Isabella.

“Kalau you pergi dengan I siapa nak jaga pejabat semasa ketiadaan I..” jawab Tengku Elman Qaufar. Dia masih berlagak selamba. Sebagai ketua dia berhak memilih sesiapa saja untuk pergi dengannya.

“Serahkan tugas tu pada Encik Johan..” jawab Isabella. Dia mula rasa geram kerana Tengku Elman tidak memilihnya untuk pergi ke Johor Bahru. Matanya sudah menjeling ke arah Humaira. Humaira hanya menunduk.

“Ini soal kerja.. I bukan nak pergi bermain-main dengan Humaira. lagi pun Encik Johan ada banyak kerja yang perlu di selesaikan” jawapan tegas dari Tengku Elman Qaufar itu membuatkan wajah Isabella makin masam mencuka.

Selepas mesyuarat semua orang keluar dari bilik itu. Humaira tergesa mengejar Tengku Elman dari belakang. Ada sesuatu yang ingin di katakan kepadanya.

“Tengku..” panggilnya. Tengku Elman Qaufar menoleh. Sementara itu Isabella juga memberhentikan langkahnya. Pandangan tajam di hadiahkan kepada Humaira. entah apa lagi yang gadis ini mahukan dari Tengku Elman. Sengaja saja dia nak menunjuk-nunjuk di depan Tengku Elman.

“Ada apa?” soal Tengku Elman.

“Kalau saya tak nak pergi ke Johor itu boleh ke?” soal Humaira teragak-agak. Tengku Elman merenung tajam ke arah anak mata Humaira.

What??”

“Kalau saya tak nak pergi ke Johor boleh ke?” ulang Humaira lagi. Tengku ini memang sengaja buat tak dengar kot? Bisik hati Humaira.

What your reason?” suara Tengku Elman kedengaran tegas!

“Sebab saya memang tak nak pergi. Itu saja alasannya.”

“Awak tak ada alasan yang kukuh pun untuk tidak pergi ke Johor. Apa, awak ingat saya sesuka hati nak suruh awak pergi? Apa ni?” soal Tengku Elman dengan keras. dia tidak suka kalau ada pekerja yang melanggar cakapnya.

Humaira mengetap bibir. Memang dia tiada alasan untuk menolak permintaan bosnya itu. Tetapi dia hanya tidak mahu pergi ke Johor berdua dengan Tengku Elman.

“Kalau awak ada masalah, cakap sekarang!” ujar Tengku Elman.

“Ma..Maafkan saya.. Saya tak ada masalah. Cuma saya tak nak pergi ke Johor itu saja.” Jawab Humaira dengan tergagap-gagap. Kecut perut juga dia bila mendengar Tengku Elman meninggikan suaranya.

“Lain kali, kalau awak ada masalah peribadi, awak jangan masukkan dalam masalah kerja.. Sebab itu adalah dua perkara itu berbeza. Faham!! Dan esok saya nak awak tunggu saya depan bangunan sebelum pukul 7 pagi. Awak jangan lambat!!” tegas Tengku Elman lalu dia melangkah meninggalkan Humaira dan Isabella di situ.

“Mengada-ngada!! Kalau Tengku yang suruh you pergi, pergi sajalah.. Ni banyak pula songeh..” marah Isabella pula. Isabella meninggalkan Humaira disitu. Humaira hanya menunduk. Lemah rasa nyawanya bila terkenangkan dia terpaksa pergi berduaan dengan Tengku Elman ke Johor Bahru.

Di dalam bilik, Tengku Elman tersenyum sendirian. Tak dapat dia menahan hati bila mengenangkan wajah pucat Humaira ketika dia meninggikan suaranya tadi. Itulah siapa suruh dia tak nak pergi Ke johor. Dahlah dia tak ada alasan pun untuk menolak tugas itu.

Dia memusing-musingkan kerusi yang di dudukinya. Entah mengapa dia berasa gembira sangat dalam hatinya. Sekejap-sekejap dia tersenyum sendirian. Sekurang-kurangnya dia harus pandai memanfaatkan masa dan peluang itu bersama Humaira.

MALAM itu, Humaira mengemaskan pakaiannya. Dia sudah memberitahu tentang pemergiannya ke Johor Bahru dengan Mak Teh dan Pak Teh. Dia mahu tidur awal malam ini. Biar esok dia tidak terlambat untuk ke tempat kerja. Teringat kembali dengan pesanan Tengku Elman pagi tadi. Lelaki itu selalu bersikap tegas dalam kerja. Tetapi bila berada di luar dia menjadi orang lain pula. Sungguh dia tidak faham dengan perangai Tengku Elman.

Manakala, Tengku Elman sudah tidak sabar menantikan hari esok untuk perjalanannya bersama Humaira ke Johor Bahru.

PAGI itu Humaira terpaksa mengikut Tengku Elman Qaufar pergi ke Johor Bahru. Pada mulanya dia enggan pergi kerana tidak manis jika dia pergi bersama Tengku Elman Qaufar yang kini menjadi tunangan orang. Namun Tengku Elman Qaufar berkeras juga mahu dia mengikutinya pergi ke Johor Bahru.

Dalam perjalanan Humaira hanya diam. Dia masih geram dengan sikap Tengku Elman yang seperti sengaja mahu mencari ruang untuk bersamanya. Namun tidak tahukah Tengku Elman bahawa dia merasa sangat rimas dan entah mengapa hatinya seperti mahu memberontak sahaja.

“You tak suka ke pergi ke johor dengan I?” soal Tengku Elman.

Humaira hanya mendiamkan diri. Tiada topic yang boleh di bualkan bersama Tengku Elman. Sekarang ini hanya hatinya yang mendongkol geram, marah dan benci pada lelaki sebelahnya itu.

“Ira.. you tak suka ke pergi dengan I ni?” soal Tengku Elman Qaufar apabila Humaira masih lagi membisu.

“Memang Ira suka pergi ke Johor tapi bukan dengan Tengku!” jawab Ira keras. Sungguh kalau ada pilihan lain, itu lebih baik dari mengikut lelaki sebelahnya itu.

Why? I ada buat salah ker?” soalan Tengku Elman membuatkan Humaira makin geram. ‘Dia nikan sengaja nak tanya soalan bodoh macam tu!’

“Bukan buat salah tapi tak manis kalau orang tengok dan nampak!”

‘Hish lelaki ni buat-buat tak faham bahasalah pulak!’

“Apa salahnya. I ni kan bos you.. You datang ke Johor pun sebab urusan kerja. Bukan kita nak pergi berseronok..” ujar Tengku Elman tidak puas hati!

Teringat kembali bagaimana Isabella merayu-rayu agar Tengku Elman memilih dia yang pergi ke Johor bersama dengannya.

“Tengku cakap memang senang. Tapi yang menanggungnya Ira.. Tengku faham tak! Lain kali lebih baik Tengku ajak Cik Isabella pergi outstation.”

“Masalahnya kerja ini memerlukan perhatian you bukannya individu lain. Cik Isabella awak tu memang tunang saya tapi ini urusan kerja bukan urusan peribadi..” Tengku Elman pula naik geram mendengar alasan Humaira yang memang tak masuk akal. Kenapalah dia ni tak faham-faham antara urusan kerja dengan urusan peribadi.

“Suka hati Tengkulah..  Ira nak cakap macam mana? Tengkukan bos! Boskan erhak buat keputusan!” ujar Humaira dengan nada meninggi. Dia mengalihkan padangannya ke sisi sebelah tingkap kereta pacuan empat roda itu. Tengku Elman juga mendiamkan diri. Hanya Dj radio yang menemani sepanjang perjalanan mereka.

Sekali-sekala Tengku Elman mengalihkan pandangan dari depannya. Gadis itu langsung tak berbunyi. Dia rasa bosanlah pula. Dia ingatkan perjalanan kali ini dia dapat mengembalikan suasana dingin antara dia dengan Humaira. Namun sangkaannya meleset sekali.

DIdalam pejabatnya, Isabella langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja. Ingatannya hanya pada Tengku Elman yang jauh di mata. Mengenagkan tunangnya itu bersama Humaira hatinya jadi bungkam! Dia tidak dapat lari dari perasaan cemburu! Biar pun dia tahu Humaira tidak ada hati dengan Tengku Elman tetapi dia juga manusia biasa. Manalah tahu tiba-tiba Tengku Elman jatuh cinta pada Humaira..

Beberapa kali dia mendail nombor Tengku Elman namun hanya suara operator saja yang menjawab. Lelaki itu memang suka menyakitkan hatinya. Kalau tidak kerana sayang dan cintanya pada lelaki itu sudah lama dia tinggalkannya.

“Tok..tok..tok..”

“Masuk!”  jawab Isabella dari dalam. Aya terus membuka pintu bilik tersebut. Dia membawa fail yang di minta oleh Cik Bellanya.

“Ni fail yang Cik Bella nakkan..” ujar Aya. Dia sendiri tidak faham kenapa Cik Bella mahukan fail peribadi itu. Fail itu berpindah tangan. Isabella membuka fail tersebut. Dia mula membaca isi kandungan fail itu. Kemudian dengan kasar tangannya menutup kembali fail itu.

“Bukan ini fail yang I nak!! You ni tak pandai buat kerja ke? Lain fail yang I minta, lain pula yang you bagi kat I..” marah Isabella tiba-tiba. Wajah Aya di renungnya. Aya pula terkejut mendengar Isabella memarahinya. Tapi memang betul itu fail yang di minta oleh cik Isabella itu. Aya terus keluar membawa fail yang di lemparkan Isabella kepadanya.

“Mentang-mentang bos tak ada kat sini, suka hati dia saja nak marahkan kita..” ujar Aya. Dia geram dengan sikap Isabella. Semasa ketiadaan Tengku Elman, dia yang berkuasa sepenuhnya.

“Kenapa ni Aya?” soal Zana yang kebetulan mendengar Aya membebel seorang diri. Dari tadi lagi mulut Aya tidak habis-habis mengomel.

“Cik Bella punya pasallah.. dia juga yang nak minta fail ni tadi.. bila Aya bagi kat dia dia cakap bukan fail ini yang dia minta. Aku pun tak faham fail apa yang dia nak.. lepas tu dia marah-marah pulak! Mentang-mentang bos tak ada kat sini dia nak tunjuk kuasa pulak!”

“Kau sabar jelah dengan perangai dia.. Bukan kau tak tahu, dia jelous sebab Humaira yang pergi ke Johor dengan bos. Bukan dia! Jadi mungkin dia benganglah tu..” jawab Zana lagi.

“Kalau ya pun dia jelous tu janganlah nak marah-marahkan pekerja..”

“Apa yang bising sangat tu?” tegur satu suara garang. Kedua mereka terkejut melihat Isabella sudah berjalan menghampiri mereka.

“Tak ada apa-apa..” jawab Zana dengan pantas. Dia sudah ketakutan melihat wajah begis Isabella. Dia juga tidak menyangka Isabella keluar pada masa itu.

“Kalau ada orang cari I nanti cakap I keluar..” ujar Isabella pada Zana.

“Baik Cik Bella..”  jawab Zana lagi. Isabella terus melangkah meninggalkan Zana dan Aya di situ.

“Fuh!!! Nasib baik dia tak dengar aku marah-marah dia..” ujar Aya sambil mengurut dadanya tanda lega.

“Itulah kau.. Nak marah-marah tu tengoklah kiri kanan. Dah tiba-tiba dia muncul.. nasib baik dia tak dengar apa-apa..” Zana menepuk bahu Aya.

“Terima kasih kerana menyelamatkan aku tadi.. kalau tak memang mampuislah aku kena bom lagi dengan Cik Bella...

“Sama-sama.. buatlah kerja..” ujar Zana kepada Aya. Mereka berdua masing-masing menuju ke meja kerja.

“AWAL Bell balik hari ni?” soal Datin Melinda sebaik saja melihat kelibat anak gadis kesayangannya di muka pintu. Isabella yang mendengar teguran dari Datin Melinda terus berpaling.

“Tak ada mood nak buat kerjalah mummy..”

“Kenapa? Kan hari tu Bell cakap Tengku Elman pergi Johor hari ni.. Pasal tu ke?” soal datin Melinda lagi. Dia melihat wajah anaknya muram sahaja. Tidak lain tidak bukan mesti dia punya masalah dengan Tengku Elman.

“Pasal siapa lagi mummy. Hidup Bell hanya untuk Elman yang tak ada hati perut tu..”

“Kenapalah anak mummy jadi macam ni? Jangan kerana seorang lelaki, Bell jadi lemah macam ni..”

“Masalahnya mummy, dia pergi ke Johor dengan Humaira. Bell cemburu tau! Manalah tahu kot-kot Elman terjatuh cinta dengan dia..” Isabella merungut lagi.

“Bell.. cubalah fikir rasional sikit.. Be profesional.. ini soal kerja. Pasal projek pertama Tengku Elman. Tak kanlah Bell nak tengok dia gagal dalam projek ni.. Kalau dia berjaya, Bell pun kena tempias dia tau tak!” pujuk Datin Melinda.

“Bell taulah mummy. Tapi Bell tak dapat nak elak rasa curiga dan cemburu. Bila Bell ingat Elman dengan gadis lain, memang Bell tak dapat nak control perasaan Bell” Isabella berterus terang. Mungkin dia terlampau cemburu kerana tidak mahu kehilangan Tengkuu Elman.

Datin Melinda memeluk Isabella. Dia membelai belakang anak gadisnya itu.

“Cemburu tu perlu tapi jangan terover sangat. Nanti Tengku Elman lari.. Siapa yang susah? Bell dan mummy juga!” bisik Datin Melinda ke telinga Isabella. Isabella meleraikan pelukan. Dia tersenyum senang. Dalam saat-saat begini, dia sangat beruntung kerana mempunyai seorang ibu seperti Datin Melinda di sisinya.

 


Wednesday, 6 February 2013

Ada Dia Di Hati 3


Petang itu tiba-tiba Alisha teringat pesanan yang di berikan oleh lelaki itu. Namun dia malas mahu ke tepi pantai. Lagi pun cuaca hari ini tak beberapa baik. Mungkin nak hujan!! Langit yang cerah tengah hari tadi pun menjadi mendung. Dalam hatinya hanya berserah. Kalau ada jodoh tak kemana. Petang esok barulah dia pergi. Itu pun kalau cuaca mengizinkan.

Zafran Haicarl sudah menunggu gadis itu di tempat yang di janjikan. Namun kelibat gadis itu langsung tidak kelihatan. Sudah dua jam dia menunggu sambil melapangkan fikirannya. Namun orang yang di tunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Sudah sakit lehernya kerana selalu memalingkan kepalanya ke arah tempat mengutip siput itu.

Akhir nya dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah agam itu. Mungkin dia ada hal kot. Lagi pun dia memang tidak dapat menghubungi gadis itu kerana gadis itu tidak mempunyai telefon bimbit.

Mak Jah tersenyum melihat kelibat Zafran Haicarl yang baru pulang dari pantai. Lalu dia mendekati Zafran. Wajah anak muda itu kelihatan tidak ceria.

“Ada jumpa Isha tak?” soalnya. Zafran menggeleng. Mak Jah hanya tersenyum.

“Patutlah muka moyok semacam je” usik Mak Jah.

“Tapi Zaf dah janji nak jumpa dia..” ujar Zafran perlahan.

“Mungkin dia ada hal kot! Kenapa tak telefon dia? Tanya dia kenapa tak datang jumpa?” soal Mak Jah lagi. Zaman sekarang mana ada susah. Asal ada nombor telefon bimbit call je..

“Kalaulah Zaf boleh call dia taklah susah..”  jawab Zafran Haicarl sambil tersenyum.

“Tak apalah mungkin esok dia akan ke pantai. Kalau ada jodoh tak kemana..”

“Itulah yang Zaf harapkan mak.. Mak masak apa hari ni? Zaf laparlah..” ujar Zafran sambil menggosok-gosok perutnya. Dia memang sudah menganggap Mak Jah seperti ibunya. Kerana wanita itu bekerja dengan keluarganya sejak dia di lahirkan lagi.

“Mak masak makanan kegemaran Zaf. Zaf pergilah mandi dulu, nanti mak siapkan..”  Mak Jah menyuruh seperti anak kecil.

Zafran Haicarl terus menuju kebiliknya dia mahu membersihkan dirinya. Rasa peluh yang melekit di tubuhnya membuatkan dia tidak selesa.

...........................................

Zafran berjalan-jalan di sekitar tempat peranginan itu. Beberapa orang gadis asyik melirik pandang padanya. Mungkin mereka adalah pelancong.

Handsome lelaki itukan?” kedengaran seorang gadis berkata dengan kawannya.. kawannya yang lain juga mengia. Zafran hanya tersenyum ke arah mereka. Apalagi menjerit kesukaanlah mereka. Kemudian Zafran menggeleng kepalanya. Dia terus berjalan lagi. Tiba-tiba matanya terpandang akan gerai yang menjual rantai kulit siput. Cepat sahaja kakinya melangkai ke gerai cenderamata itu.

“Encik nak beli ke?” soal si penjual itu.

“Saya tengok-tengok je.. Semuanya cantik-cantik.. Teliti pula orang yang membuatnya..”  jawab Zafran ramah.

“Memang betul cakap encik..  Saya pun suka kalau dia yang buat gelang atau rantai ni..” ujar kakak yang bernama Eliza itu.

“Maksudnya bukan kakak yang buat ni?” soal Zafran Haicarl lagi.

“Bukan saya yang buat encik. Ada seorang gadis yang tolong buatkan untuk akak. Akak cuma jual je..” terang kakak itu lagi.

“Seorang gadis?” soal Zafran lagi.

“Ya..akak selalu ambil barang dia untuk di jual. Dia yang tolong akak buat semua ni.. Nak harapkan kakak mana ada masa. Benda ni semua nak dibuat dengan teliti dan kemas. Barulah ada orang nak membeli.”

“Gadis tu tinggal kat area ni ke kak?”

“Dia tinggal di kampung sebelah.. namanya Alisha...”

“Isha?”

“Mana encik tahu nama dia? Encik kenal dia ke?”

Zafran mengangguk. Kak Tipah tersenyum. Dia tak sangka lelaki ini kenal dengan Alisha. Patutlah dia banyak bertanya tadi..

Zafran terus teringat akan janjinya dengan Alisha. Dia mahu awal sampai di sana manalah tahu  gadis itu akan datang petang itu

“Kak saya minta diri dululah ya..”

“Okeylah.. hati-hati..” ujar Kak Tipah lagi. Dia masih tersenyum melihat gelagat lelaki itu tadi.

.........................................

Alisha mengambil bakul untuk mengutip kulit siput. Nampaknya cuaca hari ini cerah sekali. Tiada tanda-tanda mahu hujan. Dia mencari kelibat ibunya.

“Ibu...” Alisha memanggil ibunya.

“Ye.. ibu kat sini..” jawab Mak cik Limah.

“Ibu, Isha nak pergi ke pantai. Isha nak pergi kuitp kulit siput. Yang Isha kutip hari tu dah habis..” terang Alisha lagi. Sudah menjadi kebiasaannya dia akan ke pantai itu untuk mengutip kulit siput.

“Pergilah.. Jangan balik lewat sangat..” pesan Mak Limah.

“Baik ibu..” ujar Alisha. Dia menyalami tangan Makcik Limah. Kemudian dia berjalan menuju ke pantai.

Ketika Alisha sampai di tepi pantai itu, sempat dia memerhati orang sekeliling. Manalah tau tiba-tiba saja lelaki itu ada di situ. Sempatlah dia menyembunyikan diri!! Namun dia tersenyum lega apabila dia tidak nampak bayang lelaki itu. Seronok dia dapat mengutip kulit siput yang cantik kali ini. Memang rezeki dialah tu!!

Hei Sweet girl!! Seronok nampak kutip kulit siput.”

Alisha tersentak mendengar teguran di depannya. Jantungnya berdegup kencang. Lambat-lambat dia mengangkat wajahnya. Matanya bulat!! Jelas lelaki yang berada di depannya ini adalah Zafran! Dia memakai seluar pendek separa lutut dan berselipar jepun. Sungguh santai gayanya dengan ber t-shirt biru. Lelaki itu mengangkat kening dan tersenyum pada Alisha.

“Kenapa? Terkejut ke? Sorrylah..” ujar Zafran Haicarl dengan senyuman.

“Atau you takut dengan I” usiknya lagi. Merah muka Alisha mendengarnya.

“Eh.. mana ada!!” jawab Alisha gugup. Zafran tersenyum. ‘Tak nak ngakulah tu. Tadi yang dia tercari-cari tadi tu apa?’ bisik Zafran. Sengaja dia bersembunyi di sebalik batu bila dia melihat gadis itu ada datang tepi pantai. Memang betul tekaannya bila gadis itu tidak nampak dirinya cepat-cepat dia meneruskan kerjanya.

“Boleh kita berkenalan. My name is...”

“Cakap English lagi..”

“Maaf.. Nama saya Zafran Haicarl bin Razman. Panggil Zaf pun boleh..”

Alisha terpinga-pinga. Lelaki ni dah kerek kot. Kan malam itu dia dah tahu nama lelaki itu. Dan lelaki itu pun tahu juga namanya. Buat apa nak berkenalan segala!!

“Maaf Encik Zafran. Saya sibuk ni.. Lagipun saya kena cepat balik rumah.. Nanti hari hujan” jawabnya. Zafran Haicarl hanya tersenyum manis. Mungkin si gadis ini agak pemalu. Yelah mana di buat orang berkenalan dengan si ibu dulu baru bertanya nama anak gadisnya.

“Kalau macam tu, saya tolong awak..” dia mempelawa diri. Dia turut mengutip kulit siput yang cantik pada pandangan matanya.

“Tak payahlah Encik Zafran. Saya boleh buat sendiri..” jawab si gadis itu. Zafran Haicarl memandang wajah gadis itu.

“Apa kata I pergi rumah sweet girl. Boleh I berkenalan dengan parent you!” entah kenapa datang pula idea nakalnya untuk mengambil perhatian si gadis itu.

What???” jerit Alisha. Lelaki ini biar betul. Tak pernah di buat orang padanya!

Owesome!!! Pandai pun you cakap Inggeris.. But I serious nak pergi rumah parent you..” ujar Zafran Haicarl lagi.

“Pergilah kalau berani!!” cabar Alisha lagi. Mana pernah ada lelaki yang berani menjejak kaki kerumah orang tuanya. Dalam diam dia tersenyum. Padan muka kau!!

“Saya nak balik dulu..” Alisha berjalan dengan cepat. Hari pun macam mahu hujan. Lagi pun bila teringat pesan ibunya tadi memang dia mahu cepat sampai ke rumah.

“I belum habis cakap dengan you lagilah!!” laung Zafran. Dia sebenarnya tidak mahu memaksa si gadis untuk lama-lama di situ kerana hari nampaknya mahu hujan. Akhirnya dia pulang kerumah agam dengan senyuman. Dia harus menyahut cabaran dari si gadis. Kalau benarlah dia pergi ke rumah si gadis itu apa yang dia mahu katakan? Otaknya sudah ligat mencari alasan yang munasabah.

“Saya peduli apa???”

Zafran Haicarl hanya tersenyum mendengar jawapan dari si gadis itu..

..........................................

Entah mengapa malam itu, Alisha tidak dapat melelapkan matanya. Ingatannya asyik kepada lelaki yang bernama Zafran itu.. Hish!! Kenapa pula dengan aku ni?? Janganlah cakap aku pun terkena penyakit macam Shikin.. Penyakit angau! Hishh tak naklah aku!! Aduh mata, cepatlah kau tidur..

Tiba-tiba dia teringat kata-kata lelaki itu. Dia jadi takut. Entah mengapa mulutnya menggatal saja mencabar lelaki itu datang ke rumah. Kalau dia betul-betul datang apa dia nak bua? Apa yang dia mahu jelaskan kepada ibu dan ayah?

“Arghhhh!!” dalam keadaan tidak sedar dia menjerit sendiri..

“Kenapa Isha?” terjengul wajah Mak Limah di pintu bilik. Dia terkejut mendengar Alisha menjerit sebenarnya.

“Tak ada apalah bu..” jawab Alisha yang terkejut dengan soalan Mak Limah.

“Habis yang Isha menjerit tu kenapa? Ibu pun terkejut dengar tau!!”

“Maaflah bu.. Isha tak sengaja.. Ni tadi ada lipas lalu.. Itu yang Isha menjerit..” Alisha terpaksa memberi alasan yang agak logik juga.

“Baguslah kalau tak ada apa-apa.. Ibu nak masuk tidur dulu..”

“Baik ibu.. selamat malam..” ujar Alisha lagi.

‘Huh!!’ Alisha mengurut dadanya tanda lega..Ini semua gara-gara lelaki itu..

.........................................

Alisha tengah menyiram bunga di tepi rumah. Kusyuk sekali dia menyiram. Kedengaran orang memberi salam. Alisha menoleh. Terkejut!! Namun dia menjawab juga salam itu. Perlahan kakinya melangkah ke arah lelaki itu.

“Encik Zafran buat apa kat sini?” Soal Alisha terus saja pada lelaki itu.

“Sayakan dah janji nak datang sini?” jawab Zafran selamba.

“Eh budak ni, ada pula kata macam tu dengan tetamu. Encik Zafran dah datang, kita jemput dia masuk.” Balas ayahnya Pak Hamid sebaik sahaja tawanya bersama Zafran terlerai akibat kehadiran Alisha.

Alisha mengetap bibir, malu apabila mendengar teguran sebegitu dari ayahnya. Apa lagi Zafran Haicarl terus-terusan tersenyum sambil memandang Alisha.

‘Mesti dia ingat aku main-main nak pergi jumpa keluarga dia kot? Sekarang kau tengoklah’ Sekali lagi Zafran tersenyum. Sambil itu dia mengikut belakang Pak Hamid.

 Mereka duduk di atas kusyen kayu yang ada di ruang tamu itu.

“Isha tolong buatkan tetamu kita ni air?”

“Baiklah ayah..” jawab Isha. Walaupun dia tidak suka dengan kedatangan lelaki itu namun dia tetap juga melayan lelaki itu sebagai tetamu ayahnya.

Pak Hamid menjemput Zafran duduk. Dia tidak tahu mengapa lelaki muda ini datang ke rumahnya.

“Ada apa Encik Zafran datang ke rumah Pak cik ni?” soal Pak Hamid samba tersenyum.

“Sebenarnya pakcik, saya datang nak ucapkan terima kasih pada anak pakcik kerana dia tolong saya hari itu.”

“Kalau hal itu tak ada apa-apalah. Itukan kewajipan kita sebagai seorang insan, saling tolong menolong..” jawab Pak Hamid. Dia sebenarnya tahu ada hal lain yang ingin lelaki muda itu mahu katakan. Kalau setakat nak ucap terima kasih pun takkan mahu sanggup sampai kerumahnya petang ini. Anak muda itu menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Pak cik Hamid masih menunggu.

“Saya sebenarnya nak berkenalan lebih rapat dengan anak Pakcik. Itu pun kalau pakcik izinkan..” ujar Zafran dengan hati-hati. Dia tidak mahu Pakcik Hamid tersalah sangka pada niat ikhlasnya. Pakcik Hamid ketawa. Dalam zaman serba moden ini, memang jarang nak jumpa lelaki muda yang beradab dan bersopan seperti lelaki ini.

“Sebenarnya Pak Cik tak kisah kalau kamu nak berkenalan dan berkawan dengan Alisha. Tapi kita kamu tau sajalah.. dalam kampung macam ni, tak manis kalau orang nampak!”

“Saya faham Pak cik. Sebab itulah saya nak minta kebenaran dari Pakcik terlebih dahulu..”

Akhirnya kedua mereka ketawa.

................................

Entah mengapa malam ini Zafran Haicarl tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya asyik teringat pada Alisha. Gadis yang kian mendapat tempat di hatinya. Zafran bangun dari katil lalu menuju ke ruang beranda. Zafran membenamkan tubuhnya pada sofa itu. Matanya merenung kegelapan malam. Simbahan lampu jalan dan lampu-lampu pagar rumahnya menerangi kawasan. Fikirannya melayang lagi.

Malam ini Sofia bersendirian lagi di bilik tidurnya. Tiba-tiba dia teringatkan Zafran yang berada di bilik sebelah. Dengan cepat dia melangkah menuju ke bilik Zafran. Ketiadan Tuan Razman ketika ini seolah-oalh memberi peluang untuk dia mendekati Zafran. Dengan perlahan dia membuka pintu bilik Zafran. Dia tersenyum sendiri apabila pintu bilik Zafran tidak terkunci. Selalunya pintu itu sentiasa berkunci jika ada dia di dalam. Zafran tidak menyedari kehadirannya dalam bilik itu. Ketika itu dia melihat Zafran sedang duduk di ruang lobi depan biliknya.

"Zaf.." telinganya menangkap suara halus di belakangnya. Serentak itu, kedua-dua belah tangan Sofia memeluk lehernya dari belakang. Zafran tersentak. Deangan pantas  Zafran melepaskan diri.

"Sofia? Apa yang you buat ni?” Zafran terkejut melihat Sofia berdiri di sisinya. Sofia cuba duduk di kisi sofa menghimpit tubuhnya.

"Malam-malam macam ni you tak rasa sunyi ke? I sunyi Zaf!” Sofia dengan suara manjanya.

“Apa yang you buat ni?" soal Zafran dengan kuat. Perempuan ni dah gila agaknya. Zafran bangun dengan pantas. Sofia mencapai tangannya.

“Zafran!!” Sofia memanggilnya agak kuat.

“Mengapa you tak suka I? Takkan you tak ridukan I?” Sofia merayu. Zafran terkejut.

“You ni kenapa? Oh.. mentang-mentang papa I tak ada kat rumah, you nak buat perangai!!”

I miss you Zaf! I rindukan segala kenangan kita yang dulu..” rengek Sofia lagi.

“Bawa mengucap Sofia. You tak bolah buat macam ni. Ini salah dan berdosa!” Zafran cuba untuk menenangkan dirinya. Dia tidak mahu terus memarahi Sofia.

“Tapi Zaf..  Zaf tentu sunyikan? Kalau you nak, I boleh serahkan diri I..” soal Sofia lagi.

“You dah hilang akal ke? You tau tak you ni siapa bagi I! You tu isteri papa I.. so maknanya you tu dah jadi mak tiri I! My step mother okey!!" marah Zafran lagi. Dia tidak tahu macam mana lagi dia mahu bercakap dengan perempuan yang sudah hilang akal ini.

I miss you..." tiba-tiba Sofia menerpa ke arah Zafran. Zafran terkejut. Dia cuba menolak tubuh Sofea.

"Kau dah gila?" jerit Zafran lagi. Kali ini dia sudah tidak dapat mengawal perasaan marahnya lagi.

"Memang I gila!! Gilakan you!"

“Tolong keluar dari sini!” Zafran memberi arahan.

"Tapi I nak luangkan masa dengan you.. I rindukan you."

"I cakap keluar dari bilik I sekarang!" Zafran menjerit dengan kuat,

Sofia masih juga tidak keluar. Keadaan itu menyebabkan Zafran jadi berang. Lalu dia menarik tangan Sofia keluar dari biliknya.

Sofia mendengus geram. Cepat-cepat Zafran mengunci pintu biliknya. Entah mengapa malam ini dia terlupa mengunci pintu biliknya. Apa yang di fikirnya sekarang hanya mahu segera pulang ke kl secepat mungkin.

Terus sahaja dia mengambil beg pakaiannya. Dia tidak tahu berapa hari lagi papanya akan pulang semula ke rumah itu. Dan kalau boleh sepanjang ketiadaan papanya dia tidak mahu berada di rumah itu. Dia takut kejadian tadi akan berulang lagi. Dan mungkin lebih teruk dari itu.

Satu persatu pakaiannya mula di kemas. Tidaklah banyak pakaiannya yang perlu dibawa kerana dia sememangnya sudah punya rumah sendiri di kuala lumpur.

Selesai mengemas pakaian, Zafran terus membaringkan badannya. Entah pukul berapa dia terlelap.

......................................

Awal pagi Zafran sudah bersiap dengan beg pakaiannya. Dan dia tidak mahu ambil tahu tentang perihal Sofia. Kalau boleh dia mahu lupakan peristiwa malam tadi.

“Zaf nak kemana dengan beg pakaian ni?” soal Mak Jah.

“Zaf nak balik KL Mak.. ada urusan sikit..” jawab Zafran sambil tersenyum.

“Apa pun sarapan dululah ya.. Mak jah dah sediakan makanan kegemaran Zaf..”

“Okey..” ujar Zafran sambil mengambil tempat duduk di meja makan. Mak Jah menghidangkan mee goreng kuning kegemaran Zafran. Zafran tersenyum bila menghidu bau makanan kegemarannya itu.

“Kalau Mak Jah yang masak mesti sedap..” usik Zafran.

“Biasalah tu.. berapa hari Zaf nak pergi Kl tu?” soal Mak Jah.

“Tak tahulah Mak. Kalau urusan Zaf dah selesai nanti Zaf balik sini.. Mak ada nak pesan apa-apa tak?”

“Mak tak pesan apa-apalah.. Cukuplah Zaf pergi dan balik dengan selamat..”

Zafran menghabiskan mee kuing di pinggannya. Kemudian dia cepat-cepat bangun dan menyalami tangan Mak Jah.

“Mak, Zaf pergi dulu.. Mak jaga diri tau!” ujar Zafran.

“Zaf pun sama. Hati-hati dalam perjalanan.. kalau ada apa-apa tu telifon mak ya!!”

“Baik mak.. Zaf pergi dulu..”

Zafran terus mengambil begnya lalu menuju ke keretanya.

Sofia yang menuruni anak tangga hanya sempat mendengar bunyi kereta Zafran pergi. Mungkin dia pergi kerja bisik hatinya.

 

 

 

Friday, 1 February 2013

Kau Rantai Hatiku 29



“Wan hairanlah dengan perangai Pak Lang dan Mak Lang tu?” ujar Azwan sebaik saja melabuhkan punggungnya berdepan dengan Ira. Entah kenapa semenjak pulang dari bertemu dengan Pak Lang dan Mak Langnya hari itu dia berasa tidak sedap hati. Tambahan pula sekarang ini dia begitu susah berjumpa dengan Ira.

“Kenapa?” Ira mengerutkan dahinya. Dia tidak faham dengan kata-kata Azwan.

“Iyalah.. Wan ingat nak sunting Ira jadi isteri Wan, tapi mereka tak benarkan.. Kenapa ya?” jawab Azwan. Teringat pula kata-kata Pak Lang dan Mak Langnya tempoh hari.

“Apa???”

“Wan ingat nak sunting Ira jadi peneman hidup. Sebab tulah Wan datang jumpa Pak Lang dan Mak lang hari tu.”

“Mereka tak cakap apa pun dekat Ira” Ira cuba mengingati kalau-kalau ada Mak Teh beritahu kedatangan Azwan ke rumah hari tu.

“Mereka tak cakap ke Wan datang ke rumah hari tu?” soal Azwan. dia pula terkejut mendengar kata-kata Humaira.

“Ya. mereka tak cakap pun yang Wan datang kerumah. Tapi hari tu, Mak Teh ada cakap, Ira tak boleh kahwin dengan mana-mana laki pun. Ira pun tak tanya kenapa?” Ira mengerutkan dahinya bila teringat pesanan dari Mak teh tempoh hari. Dia pun bingung juga kenapa dia tidak terus bertanya masa itu.

“Peliklah. Ira ada rahsiakan apa-apa dari Wan ke?” soalnya. Matanya tertancap pada wajah Ira. Wajah itu sangat di dambakannya. Namun impiannya hancur apabila Mak Teh dan Pak Teh tidak merestui hubungan mereka.

“Eh.. taklah.. Mana ada Ira berahsia apa-apa!” jawab Ira agak gugup.

“Tapi masa Wan tanya kenapa, mereka cakap Ira dah ada orang lain.. Betul ke Ira dah ada orang lain? Jangan-jangan Ira dah jatuh cinta dengan lelaki pelik tu.”

“Tengku Elman..” secara tidak sengaja dia tersebut nama itu. Memang lelaki itu ada di sebelah sana. Sedang menjamu selera dengan tunangnya Isabella.

“Yalah.. diakan kerabat Diraja. Tengku katakan.. Kaya lagi tu. Mana sama taraf dengan Wan ni?” ujar Azwan. Dia memandang ke arah wajah Ira. Semenjak kemunculan lelaki pelik itu, Ira sedikit berubah terhadap dirinya. Jangan-jangan Ira dah jatuh cinta dengan lelaki pelik itu. Siapalah tak suka dengan lelaki yang handsome dan juga kaya seperti Tengku Elman. Tiba –tiba dia berasa cemburu.

“Ira jatuh cinta dengan lelaki itu ke?” soalnya lagi. Dia betul-betul inginkan kepastian dari mulut Ira.

“Awak cakap apa ni?” marah Ira. Dia betul-betul tidak faham dengan sikap Azwan kebelakangan ini. Ada saja modalnya nak cari gaduh.

“Ira dah jatuh cinta dengan dia ke?” ulangnya lagi.

“Awak ni kenapa? Tengku Elman tu dah bertunang.. Tunang dia anak Dato.. Manalah dia nak jatuh cinta dengan Ira yang tak ada apa-apa. Tak percaya tu kat depan kita tu..” Ira mengerling kearah yang di maksudkan.

“Kalau Ira sukakan orang pun bukannya Mak Teh dan Pak Teh benarkan. Mereka asyik ingatkan Ira supaya tak rapat sangat dengan mana-mana lelaki di luar sana. Ira pun tak fahamlah..” kedengaran Ira mengeluh.

“Manalah Wan tahu.. Kot-kot Ira dah jatuh cinta dengan lelaki tu” Hatinya sedikit lega mendengar jawapan dari mulut Ira. Tetapi dalam hatinya siapa tahu. Memang Tengku Elman sudah bertunang, tetapi dia boleh putuskan tunang bila-bila masa saja.

“Orang yang berkahwin lagikan boleh bercerai apa lagi orang yang baru bertunang.” ujarnya perlahan namun boleh di dengar oleh Humaira.

“Hish.. Tak baik tau cakap macam tu.. Wan ni kenapa?”

“Saja.”

“Huh.. buang masa je Ira keluar dengan awak ni..” sambil itu Ira terus bangkit dari tempat duduk nya. Sudah tidak ada selera dia mahu makan di situ lagi. Ditambahkan lagi dengan perangai Azwan yang kuat cemburu dan curiga terhadap dirinya. Ini belum lagi kahwin.

“Ira.. Ira.. tunggu..”

Tengku Elman terus menoleh bila mendengar nama Humaira di panggil. Isabella juga sama. dia ternamapak lelaki yang mengikut di belakang Humaira. kini barulah dia percaya yang Humaira sudah punya teman istimewa namun dia tetap juga rasa risau.

AZWAN pulang ke Johor dengan perasaan sakit hati. Malam ini kalau boleh dia mahu berhibur untuk menghilangkan rasa resah di hatinya. Sebelum pulang petang tadi dia bertengkar hebat dengan Humaira. Tidak pernah sekali pun selama perhubungan mereka, mereka bergaduh besar seperti itu.

 Dia tidak menafikan perasaan cemburu bila dia melihat cara pandangan Humaira pada Tengku Elman. Sebagai seorang lelaki dia tahu.

Dia mula meminum air yang tidak pernah selama ini di sentuh. Namun hari ini, malam ini dia mahu melupakan segala masalahnya dengan Humaira. Lupakan untuk seketika. Bunyi muzik yang rancak itu telah melekakan fikiran Azwan.

Sally dari tadi melihat Azwan meneguk air yang tidak pernah di sentuhnya selama ini. Bukan dia tidak mengajak Azwan minum bersama tetapi selalu saja di tolak oleh Azwan. Entah mengapa malam ini dia ternampak Azwan meneguk air itu. Tanpa membuang masa dia terus mendekati Azwan.

“Hi Azwan.. Minum sorang-sorang je ke?”

“Habis you nampak I minum dengan siapa?” soal Azwan lagi. Dia berasa malas mahu berbalah dengan sesiapa ketika dan saat ini. Kepalanya sudah sedikit pening.

“Kalau macam tu apa kata I temankan you minum malam ni. Lagi pun inilah kali pertama I nampak you sentuh air tu..”

Mereka berdua pun minum bersama. Sehinggakan Azwan yang baru minum dua gelas air yang memabukkan sudah merasa kepalanya berpinar-pinar. Sally hanya tersenyum senang. Akhirnya lelaki itu akan jatuh ke tangannya juga.

Humaira berkurung di dalam bilik. Pulangnya dari pertemuan dengan Azwan petang tadi dia terus saja mengurungkan diri. Entah dia tidak faham apa yang mereka bertengkarkan petang tadi. Namun apa yang dia tahu itu bukan pertengkaran biasa. Nampaknya Azwan benar-benar marah. Azwan kecewa dengan dirinya.

Humaira dari petang tadi cuba menelefon Azwan. Namun satu panggilannya tidak berjawab. Masih marahkan Azwan terhadapnya. Kalau iaya pun marah mengapa telefon bimbitnya di tutup. Dia pening memikirkan masalahnya dengan Azwan. Manalah tahu lelaki itu benar-benar merajuk. Dia bimbang juga. Akhirnya malam itu dia tertidur lewat.

KEESOKAN harinya Azwan terbangun dari tidurnya. Alangkah terkejutnya dia bila dia mendapati dirinya tidur di sebelah seorang perempuan dengan pakaian yang bertaburan di atas lantai. Kepalanya yang masih sakit itu cuba di tahan.

Sally juga tersedar dalam masa yang sama melihat Azwan yang terduduk tanpa kata itu. Namun dia tersenyum tenang.

“I minta maaf Sally.. I tak tahu apa yang I dah buat pada you..” Azwan berkata perlahan.

“I tak kisahlah Wan.. Salah I juga..” jawab Sally dengan tenang.

“I akan bertanggungjawab..” Azwan berkata lemah. Dia sudah tiada daya lagi. Fikirannya kini bertambah serabut. Dia cintakan Humaira dalam masa yang sama dia harus bertanggung jawab pada Sally. Ingin saja dia meraung saat itu! Biar semua orang tahu apa yang ada di hatinya ini.

HUMAIRA datang ke kedai untuk menjenguk Arin. Rasanya sudah lama dia tidak singgah ke sana. Arin memang menantikan kedatangan Humaira pagi Sabtu itu. Ada banyak perkara yang ingin di bincangkannya bersama Humaira.

Namun dia perasan wajah Humaira sekarang ini tidak riang seperti selalu. Pernah juga hari itu Humaira menelefonnya dan mengadu masalahnya pasal Azwan. Tapi itu beberapa hari yang lalu.

“Hai kenapa ni? Pagi-pagi lagi dah tunjuk muka moyok..” soal Arin sebaik saja Humaira melabuhkan pinggang di kerusi.

“Tak ada apalah..” jawab Humaira pendek. Namun wajahnya tetap menunjukkan dia seperti ada masalah. Mana Arin mahu percaya alasannya.

“Cakap tak ada apa.. tapi aku perasanlah wajah kau tu ada masalah.. ni mesti pasal Wankan?” soal Arin sambil memandang wajah Humaira. Humaira mengeluh panjang.

“Memang pun dah sebulan dia tak telefon aku. Selepas  kami bergaduh hari tu.. Takkanlah dia merajuk lama-lama kot? Selama kami berkawan, dia tak pernah buat perangai pun..”

“Kan aku dah cakap, ni mesti masalah kau dengan dia belum selesai lagi..”

“Betullah. Dia betul-betul marahkan aku!”

“Pasal apa dia marah sangat kat kau? kau ada buat salah dengan dia ke?”

“Hari tu, dia ada datang jumpa Pak Teh dan Mak Teh. Katanya dia nak berterus terang pasal hubungan kami..”

“Maksudnya dia nak datang melamar?” ujar Arin dan Humaira mengangguk.

“Tapi Pak Teh dan Mak Teh tak setuju...”

“Alasannya?”

“Alasannya , Ira dah ada yang lain.. Marahlah si Wan tu!” ujar Humaira lagi. Dia sendiri pun tidak faham kenapa Mak Teh dan Pak Teh tak merestui hubungan dia dengan Azwan.

“Habis tu apa yang berlaku?”

“Wan tuduh Ira ada hubungan dengan Tengku Elman. Pada hal Tengku Elman dah bertunang pun dengan Cik Isabella..” Humaira cuba menjelaskan perkara yang sebenarnya.

“Wan tu terburu-buru sangat. Siasat dulu sebelum dia nak marahkan Ira. Itu yang Arin tak suka pasal Wan. Suka sangat nak bertindak terburu-buru.”

“Tapi aku sedihlah dia buat aku macam ni.. Aku call, dia langsung tak di angkat. Dia apalagi, langsung tak call Ira. hantar sms pun dia tak balas. Aku risaulah Rin..”

“Ira ada tanya kat Mak Teh dan Pak Teh tak, kenapa mereka cakap macam tu?” soal Arin lagi tidak puas hati. Memang dia tahu sejak dulu lagi, Mak Teh dan Pak Teh melarang Humaira rapat dengan mana-mana lelaki. Humaira menggeleng. Tak terfikir pun dia untuk bertanyakan hal itu kepada keluarga angkatnya itu.

“Apa pun banyak-banyakkan bersabarlah Ira. Ini mungkin ujian tuhan pada Ira..” pujuk Arin lagi. Dia turut bersimpati dengan nasib Humaira.

HUMAIRA pulang ke rumah. Dia mahu bertanya tentang sesuatu kepada Mak Teh. Selama ini dia hanya mendiamkan diri. Namun hari ini dia ingin bertanya serius kepada Mak Teh tentang alasannya menolak niat baik Azwan. Biarpun dia tidak mencintai Azwan, namun dia tidak sanggup mengecewakan hati Azwan yang benar-benar cintakan dirinya.

Sesampai sahaja di rumah, dia melihat Mak Teh sedang sibuk menyediakan ramuan untuk memasak makan malam. Humaira terus sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi itu selepas memberi salam. Mak Teh menoleh lalu menjawab salam Humaira.

“Mak Teh masak apa hari ini?” soal Humaira memulakan bicara.

“Masak kari ketam. Makanan kesukaan Ira..” jawab Mak Teh sambil membasuh bawang besar yang sudah di kupasnya tadi.

Humaira masih lagi teragak-agak mahu bertanyakan hal yang sering bermain di fikirannya itu. Wajah Mak Teh di renungnya. Dia sangat menghormati wanita separuh umur itu. Dia juga sudah menganggap Mak Teh seperti ibu kandungnya sendiri. Walaupun dia sendiri tidak pasti asal usulnya.

“Mak Teh, boleh Ira tanya sesuatu?” Humaira bertanya lagi. Mak Teh menoleh kearahnya. Ada riak kehairanan di wajahnya.

“Nak tanya apa?” lembut Mak Teh menjawab.

“Kenapa Mak Teh dan Pak Teh tak setuju dengan hubungan Ira dan Wan?”

Mak Teh sudah menduga soalan itu akan keluar juga dari mulut Humaira suatu hari nanti. Dan hari ini Humaira sudah pun menyatakannya.

“Mmmm..” belum sempat Mak Teh mahu menjawab soalan itu, Zeti pula sampai di ruang dapur sambil duduk bersebelan Humaira.

“Kak Ira.. Hari ini Zeti seronok sangat kat sekolah..”

“Kenapa?” soal Humaira. Dia menjadi lupa soalan yang di ajukan kepada Mak Teh tadi. Sebaliknya dia beralih topic kepada Zeti. Dalam diam Mak Teh mengurut dadanya tanda lega. Alangkah risaunya dia sebentar tadi ketika Humaira menyoal dia tadi. Nasib baiklah Zeti tiba pada waktunya.

HUMAIRA berjalan-jalan di sekitar Time square itu. Dia mahu melapangkan fikiran yang telah di bebani masalahnya dengan Azwan. Manalah tahu dengan berbuat demikian dia akan melupakan sekejap masalahnya dengan Azwan!

Dia duduk di sebuah kerusi yang di sediakan khas di dalam Time square itu. Sekali sekali matanya di jamu dengan pelbagai gelagat manusia. Tanpa di sedarinya, ada seorang wanita yang duduk di kerusi yang sama dengannya.

Sekali wanita separuh umur itu berpaling, kedua-dua mereka terkejut.

“Ni Humairakan?”

“Puan, Tengku Surayakan?” kedua-dua bertanya serentak. Akhirnya kedua-dua mengangguk. Meletus tawa dari kedua-dua bibir mereka.

“Ira seorag saja ke?” soal Tengku Suraya. Humaira mengangguk.

“Puan?” soal Humaira sambil matanya mencari-cari wajah lain. Manalah tahu kalau-kalau ada Cik Isabella bersama dengan Tengku Suraya.

“Saya pun datang sorang-sorang. Kalau macam tu apa kata Ira temankan auntie pergi membeli belah. Rasa bosan pula nak jalan sorang-sorang..” ujar Tengku Suraya. Teringat dia ketika suatu masa dulu. Setiap kali dia keluar membeli barang, Ariana mesti setia menemaninya.

“Ira tak menyusahkan Auntie ke?” soal Humaira lagi.

Tengku Suraya menggeleng. Dia tersenyum. Malah dia gembira kalau Humaira dapat menerima ajakannya. Tiba-tiba dia rindukan wajah seseorang!

“Kalau macam tu Ira tak kisah. Lagi pun Ira baru balik dari butik tadi. Ada hal sekejap dengan kawan. Dan lepas ni Ira dah lapang.” jawab Humaira lagi.

Mereka berdua meneruskan perjalanan. Hubungan mereka semakin rapat. Manakala Tengku Suraya pula seperti menganggap yang Humaira itu adalah Ariana. Semua ciri-ciri dan perwatakannya sama seperti menantunya dulu. Cuma wajahnya memang sedikit berbeza.

Selepas penat membeli belah, Tengku Suraya mengajak Humaira singgah minum di sebuah restoran mewah. Pada mulanya Humaira menolak. Tetapi akhirnya dia mengalah apabila Tengku Suraya pandai memujuknya.

“Ni Auntie nak tanya, Ira jangan ambil hati ya?” Tengku Suraya menyusun kata-kata dengan berhati-hati. Manalah tau tiba-tiba gadis itu tersinggung dengan soalan yang bakal di ajukan nanti.

“Ada apa auntie?” soal Humaira hairan.

“Humaira dengan Tengku Elman ada apa-apa ke?” soalan itu mengejutkan Humaira.

“Tak ada apa-apa. Kenapa Auntie tanya macam tu?” soal Humaira dengan perasaan tidak selesanya. Tengku Suraya menarik nafas. Matanya tetap tidak jemu memandang wajah yang berada di depannya.

“Sebenarnya, sebelum pertunangannya dengan Bella, Tengku Elman pernah menolak untuk tidak meneruskan pertunangan itu. Katanya dia sudah ada gadis pilihan. Dan auntie rasa orang yang di maksudkan itu ialah Ira..” ujar Tengku suraya lagi.

“Tengku Elman cakap macam tu?”

Tengku Suraya mengangguk.

“Dia minta pertunangan itu tidak di teruskan. Tapi Auntie tak dapat buat apa-apa. Sebab auntie dah berjanji dengan Datin Melinda sebelum mereka belajar di luar negara dulu. Lima tahun yang dulu..”

Kini giliran Humaira pula yang mengeluh. Teringat kembali bagaimana perlakuan Tengku Elman yang seperti memaksanya untuk mengaku perasaan kepadanya.

“Ira minta maaf, auntie. Kalau di sebabkan Ira berlakunya perkara sebegini.”

“Ira tak bersalah.. Cuma mungkin juga Tengku Elman keliru sebenarnya dengan wajah Ira. Lagipun Ira boleh panggil auntie mama..” kata-kata itu mengejutkan Humaira. Bagaimana Tengku Suraya boleh menyuruhnya memanggil dengan perkataan mama. Nanti apa pula kata orang sekeliling. Terutamanya Isabella!!

“Kenapa Auntie cakap macam ni? Seganlah Ira..”

Auntie sebenarnya rindu sangat nak dengar orang panggil auntie mama.. Ira boleh panggil auntie mamakan?” ujar Tengku Suraya dengan penuh mengharap.

“Habis tu macam mana dengan Isabella?” dalam keadaan yang terdesak ini pun Humaira sempat memikirkan kepentingan orang lain!

“Dia tak sama macam Ira..”

“Apa pun Ira berharap hubungan Tengku Elman dengan Isabella berkekalan. Sebab Ira nampak Isabella betul-betul sayangkan Tengku Elman.”

Tengku Suraya memandang tepat ke arah wajah Humaira. Di sebalik wajah itu dia teringatkan seseorang.

“Ira pula macam mana? Langsung sikit pun tiada perasaan dengan Tengku Elman?” soal Tengku Suraya pula. Dia tahu anak gadis itu seperti menyimpan sesuatu. Perlahan-lahan Humaira menggeleng kepalanya. Tengku Suraya menepuk lembut bahu Humaira.